Adsense

Rabu, 13 Februari 2013

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Respon Almy Nadia Mengenai Pertunangan Fizz Fairuz Dengan Wanita Lain

Posted: 12 Feb 2013 07:09 AM PST

Posted: 12 February 2013 at 11:09 pm  

almy nadia

Pada awalnya, MyGosip sendiri pun macam tidak percaya yang Fizz Fairuz telah selamat bertunang dengan seorang gadis yang berasal daripada Kuantan, Pahang, Azlyn Massiela Mohd Nazar dan bukannya dengan kekasih hatinya, Almy Nadia.. Iya la selama bertahun-tahun Almy Nadia menunggu Fizz Fairuz melamarnya, tup tup dia bertunang dengan orang lain pula..

Almy Nadia yang ditanya oleh pihak media mengenai perkara ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut selagi Fizz Fairuz tidak membuka mulut mengenai pertunangannya dan mengapa mereka putus..

"Tiada kata-kata mampu saya ucapkan mengenai pertunangan Fizz dengan wanita itu.Hanya satu mampu diucapkan, 'pulang paku ke buah keras'. Fikirkan"

"Saya tahu Fizz sudah bertunang. Kalau nak tahu cerita lebih, tanyalah dia (Fizz) kenapa dia bertunang dan kenapa kami berpisah,"

Almy Nadia yang terkilan dengan pertunangan itu turut menafikan yang dia mempunyai orang lain sehingga menyebabkan mereka putus.. Namun Almy Nadia menyifatkan hubungan mereka putus kerana Almy Nadia bukan orang kaya..

"Pergi tanya Fizz dulu, kita tengok apa jawapan dia. Kalau dia buka mulut, saya juga sudah bersedia dengan jawapan saya. Berani kerana benar, takut kerana salah"

"Sepanjang bergelar anak seni, saya tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan fikirkanlah. Sekarang ini siapa yang bertunang dan siapa yang ada orang lain

"Saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata selepas mendapat tahu tentang pertunangan itu. Lebih baik tanya Fizz dan keluarganya,"

MyGosip harap Almy Nadia tabah menghadapi dugaan ini.. Lepasni kita tunggu la apa pula respon Fizz Fairuz.. Apa-apa pun MyGosip ucapkan tahniah buat Fizz Fairuz kerana telah selamat bertunang.. semoga pertunangannya berkekalan sehingga di'ijabkabulkan kelak..

Sumber: Akhbar Harian Metro