Adsense

Selasa, 12 Februari 2013

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Zain Saidin Bercuti Bersama Rozita Che Wan Di Universal Studio

Posted: 11 Feb 2013 05:30 PM PST

Posted: 12 February 2013 at 9:30 am  

Zain Saidin dan Rozita Che Wan

Sempena cuti panjang tahun baru cina ni, Zain Saidin nampaknya mengambil peluang untuk bercuti bersama kekasih tercinta, siapa lagi kalau bukan Rozita Che Wan.. Pasangan kekasih, Zain Saidin dan Rozita Che Wan dikatakan telah bercuti ke negara jiran, Singapore dan berjalan-jalan di Universal Studios Singapore (USS) kelmarin..

Tapi anda semua jangan salah faham.. mereka tidak pergi berdua sahaja tetapi pergi beramai-ramai termasuk la anak lelaki Rozita Che Wan, Zaquan Adha dan juga Ayu Raudhah.. Mungkin percutian ini untuk merapatkan lagi hubungan Zain Saidin bersama keluarga Rozita Che Wan kan…

Melalui akaun Instagram, mereka juga sempat berkongsi gambar percutian bersama di USS ni.. Jadi apa kata kita layan beberapa keping gambar percutian Zain Saidin bersama Rozita Che Wan Di Universal Studio Singapore kat bawah ni…

ND Lala Halang Shila Amzah Bercakap Dengan Media

Posted: 11 Feb 2013 08:13 AM PST

Posted: 12 February 2013 at 12:13 am  

ND Lala Halang Shila Amzah Bercakap Dengan Media

Shila Amzah yang menghilangkan diri hampir seminggu, akhirnya muncul di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional pagi tadi.. Shila Amzah telah menghiburkan penonton dengan 4 buah lagu iaitu Zheng Fu, Set Fire to the Rain, Patah Seribu dan Forever Love, sekitar jam 11.15 pagi dan mendapat tepukan gemuruh dari hampir 80,000 penonton yang hadir..

Apa yang menariknya, selepas Shila Amzah selesai membuat persembahan, dia yang pada mulanya bersetuju untuk ditemu bual oleh wartawan bagaimanapun dihalang oleh bapanya, ND Lala daripada memberi sebarang kenyataan mengenai kontroversi yang melanda..

Kamu hendak tanya apa? Macam inilah… saya akan mengadakan sidang akhbar khas dalam masa terdekat untuk jawab segala persoalan. ?Tarikh dan tempat juga akan dimaklumkan kelak,"

Shila Amzah yang kelihatan terpinga-pinga hanya mampu berdiam diri sebelum dia dibawa pergi sambil dikawal ketat pengawal peribadi dan pasukan keselamatan..