Adsense

Rabu, 7 November 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Filem 'Zaiton Ceritaku' Gagal

Posted: 07 Nov 2012 06:12 PM PST

Esma tidak menyalahkan pihak panggung menarik filem itu keluar daripada senarai tayangan kerana ia adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan.
PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon, Esma Daniel tidak berasa kecewa apabila filem pertama arahannya berjudul Zaiton Ceritaku gagal mendapat sambutan dengan kutipan tidak sampai RM100,000.
Esma berkata, filem berkenaan yang mula ditayangkan pada 1 November lalu hanya mampu bertahan selama seminggu di pawagam dan terpaksa ditamatkan selepas mendapat sambutan dingin daripada orang ramai.
"Faktanya filem arahan saya itu gagal mendapat sambutan daripada penonton dan saya tidak menyalahkan pihak panggung menarik keluar ia daripada tayangan dalam tempoh seminggu kerana ia telah termaktub dalam peraturan Syarat Wajib Tayang (SWT).
"Saya terpaksa mengakui hakikat itu kerana pada minggu pertama lagi Zaiton Ceritaku gagal mengutip angka yang memberangsangkan bagi membolehkan ia kekal untuk tayangan," ujarnya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Zaiton Ceritaku berkisar mengenai liku-liku kehidupan dilalui penyanyi Zaiton Sameon yang popular menerusi lagu Menaruh Harapan selepas ditimpa kemalangan yang turut meragut nyawa anak tunggalnya Irwan pada 21 Februari 1990.
Ia memaparkan pahit getir kehidupannya yang berdepan trauma akibat kemalangan itu sehingga banyak pihak menganggapnya tidak siuman.
Filem tersebut menelan belanja sebanyak RM1.1 juta.
Pelakon Nadia Aqila memegang watak sebagai Zaiton Sameon dalam filem berkenaan yang berkisar mengenai liku-liku kehidupan dilalui penyanyi itu selepas dia ditimpa kemalangan ngeri yang meragut nyawa anak tunggalnya Irwan pada 21 Februari 1990.
Esma turut menolak kegagalan Zaiton Ceritaku itu kerana terpaksa bersaing dengan filem antarabangsa seperti Skyfall 007 yang sedang ditayangkan sebaliknya ia berpunca daripada sokongan penonton.
"Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak akibat kegagalan filem ini kerana setiap penonton itu berhak membuat keputusan untuk menonton karya yang mereka suka," katanya.
Dalam pada itu, Esma berkata, faktor kekurangan promosi mungkin menjadi sebab ia gagal mendapat perhatian namun pihak penerbit telah melakukan yang terbaik bagi memastikan karya tu berjaya.
Bagaimanapun kata Esma, dia bersyukur apabila maklum balas yang diterima selepas penonton menyaksikan filem itu cukup baik dan mereka berpuas hati dengan garapan yang dilakukan mengenai kisah hidup penyanyi terkenal itu.
"Sebagai pengarah saya gembira apabila penonton memberikan ulasan yang baik mengenai filem itu cuma barangkali ia tidak terjemah dalam bentuk kutipan," katanya.
Sementara itu, Esma menjadikan kegagalan itu sebagai satu pengajaran untuk menjadikannya lebih cemerlang ketika berkarya pada masa akan datang.
- ---

Seksi Hanya Salah Faham - Nadia

Posted: 07 Nov 2012 06:09 PM PST

Nadia sebelum ini terkenal dengan lagu Salam Untuk Kekasih.
PETALING JAYA: Penyanyi tahun 90-an yang popular dengan lagu Salam Untuk Kekasihiaitu Nadia berkata tuduhan yang mengatakan dia pernah bertudung dan kini kembali seksi tercetus kerana salah faham pihak tertentu.
Pemilik nama sebenar Zarina Mohd Ali ini memberitahu, dakwaan itu timbul kerana dia sering menghadiri kuliah agama ketika menetap di Kuala Lumpur (KL) beberapa tahun lalu.
"Ketika duduk di KL sebelum ini, saya akui kerap menghadiri kuliah agama di kawasan Ampang. Apabila muncul di majlis ilmu dan agama tentulah saya menjaga aurat sebagai Muslimah.
"Ketika itu pula saya tidak aktif menyanyi, jadi mungkin sebab itu orang yang nampak saya berimej tersebut menyangka saya sudah berhijrah.
"Kini apabila saya muncul kembali dalam bidang seni, timbul pula cerita kononnya saya buka tudung dan dedahkan aurat kerana mahu menyanyi semula," katanya ketika dihubungi di sini.
Ibu kepada dua anak ini juga memohon maaf jika imej seksinya menimbulkan perasaan kurang senang kepada masyarakat tetapi ia hanya penampilan luaran sebagai penghibur.
"Sudah banyak kali saya dengar orang bercakap dan memperkatakan mengenai imej luaran saya. Saya minta maaf jika ada pihak yang kurang senang.
"Namun saya tidak mahu hipokrit dan masih tahu batas sebagai ibu dan Muslimah. Saya tahu sesuaikan penampilan mengikut keperluan sesuatu majlis atau acara," katanya.
Justeru dia berharap agar orang ramai tidak menilai dan menjatuhkan hukum dengan sewenang-wenangnya berdasarkan penampilannya.
"Saya kecewa dengan sikap segelintir pihak yang anggap diri mereka alim lantas memandang rendah pada wanita Islam yang tidak menutup aurat.
"Pakaian bukan ukuran. Apa juga saya pakai dan lakukan saya sentiasa ingat Tuhan dan agama.
"Tidak baik jika kita mudah menilai dan menghukum orang lain menerusi luaran tanpa mengenali seseorang terlebih dahulu," katanya.
Terbaru, pengusaha Timah's Motel di Sabah ini tampil dengan lagu terbaru berjudul Hanya Untukmu yang mula diputarkan di radio sejak empat bulan lalu.
Katanya, lagu itu juga akan dimuatkan dalam album terbaru yang dijangka dipasarkan pada awal 2013.
- ---

Rita Berjaya Batal Kes Nusyuz

Posted: 07 Nov 2012 04:31 PM PST

Rita Rudaini
PETALING JAYA: Hasrat Aidil Zafuan Abd. Radzak yang mahu menuntut isterinya pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar kembali taat (nusyuz) tidak menjadi selepas mahkamah rendah syariah di sini pada Rabu menerima permohonan Rita bagi membatalkan permohonan tersebut.
Malah lebih malang lagi Aidil yang juga pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu selaku plaintif diperintahkan untuk membayar segala kos mahkamah.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Saharuddin Selamat selepas meneliti kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, yang dikemukakan dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.
"Selepas meneliti permohonan plaintif (Aidil) yang difailkan pada 15 Mei lalu, didapati pihaknya meletakkan alamat yang tidak lengkap terhadap permohonan kembali taat yang dikemukakan terhadap pihak defendan (Rita).
"Jadi, pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan pada 3 Julai lalu diluluskan," katanya pada prosiding yang diadakan pada Rabu.
Aidil Zafuan
Saharuddin, turut memaklumkan, peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari telah menarik diri daripada mewakili plaintif yang dibuat pada 30 Oktober lalu.
Sementara itu Rita, 35, yang berbaju hitam dengan tudung biru hadir ditemani Mohd Ihsan Mohd Daud mewakili peguam syarienya Datuk Mohd Zaidi Zain yang terpaksa menghadiri perbicaraan lain di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu, Kelantan.
Rita yang ditemui di luar mahkamah bersyukur apabila bantahan awal yang difailkannya diluluskan mahkamah dan akan meneruskan kes cerai yang masih lagi belum selesai.
"Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mahkamah tidak menangguhkan keputusan kes bantahan awal ini meskipun tanpa kehadiran dia (Aidil).
"Saya hanya ingin mempertahankan diri dan hak saya bersama anak-anak. Apabila sudah sampai di tahap ini (membawa kes ke mahkamah), maksudnya saya sudah mula berjuang dan tidak akan menoleh ke belakang.
"Selepas ini, peguam saya akan selesaikan status perhubungan kami pula. Tunggu sahaja nanti," ujarnya.
Aidil pada Rabu tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diberi peringatan semasa sebutan kes pada 3 Oktober lepas.
Aidil telah meninggalkan rumah kelaminnya di Sunway Damansara di sini kira-kira lima bulan lalu untuk tinggal berasingan di kediaman yang disediakan oleh pihak ATM di USJ Subang Jaya, di sini.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.
- ---

Chef Riz Mengaku Sudah Bercerai

Posted: 07 Nov 2012 04:22 PM PST

Perkahwinan Chef Riz dan Ana Dahlia pada 1 Disember tahun lepas di Taiping, Perak hanya tinggal kenangan.

KUALA LUMPUR – Chef selebriti, Chef Riz, mengesahkan kebenaran desas-desus yang tersebar luas ketika ini bahawa dia sudah pun bercerai dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia.
"Ya, saya memang sudah bercerai," kata anak sulung Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci perceraian berkenaan.
Baru-baru ini, pasangan tersebut dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, Selangor.
Chef Riz mengakui perceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman antara mereka sejak melayari bahtera perkahwinan 11 bulan lalu.
Dia juga mengakui perkenalan singkat hanya selama lapan bulan turut menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.
Ana Dahlia, 29, yang merupakan pelakon filem Mantra diperkenalkan kepada Che Riz oleh adiknya sendiri, Serina.
"Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami," ujarnya.
- ---

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Zizan tak terkejut

Posted: 06 Nov 2012 02:53 PM PST

Juliana nafi lelaki dalam foto tersebar di internet kekasih

Pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Razak, tidak terkejut dengan penyebaran gambar intim Juliana Evans bersama lelaki yang didakwa sebagai kekasih baru aktres itu, di internet, sejak Jumaat lalu.

Ketika dihubungi Zizan berkata, dia tidak pernah menjalinkan hubungan istimewa bersama pelakon kacukan itu. Justeru, dia tidak perlu berasa terkejut dengan kewujudan gambar terbabit.

Sebaliknya pelakon Hantu Kapcai ini tumpang gembira sekiranya Juliana sudah pun menemui pasangan serasi.

Menurut Zizan, sejak gambar itu tersebar, dia dihujani pelbagai pertanyaan daripada peminat menerusi laman Twitternya. Rata-rata ingin mendapatkan pengesahannya mengenai hubungan Juliana dengan jejaka kaukasia itu.

"Bagaimanapun, saya tidak tahu hendak jawab apa. Jadi saya memilih untuk mendiamkan diri saja.

"Saya juga tidak terkejut sebab kami memang tidak mempunyai ikatan, malah tidak pernah janji apa-apa. Kalau benar dia sudah ada teman lelaki, itu bukanlah masalah bagi saya.

"Memang saya tidak pernah meletakkan sebarang harapan sebaik saja dia ke luar negara. Saya kurang percaya pada hubungan jarak jauh. Jadi biarlah dia jalani hidupnya sendiri," kata Zizan.
Sekadar teman baik

Sejak Juliana berangkat ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat, Zizan langsung tidak terfikir untuk serius dengan pelakon Hantu Bonceng itu. Bahkan, hubungan mereka tidak lebih sekadar teman baik.

Akui Zizan, dia pernah bertanya pada Juliana, bagaimana jika dia mahu menjalinkan hubungan yang serius dengan wanita itu. Namun ia tidak dipersetujui pelakon cantik itu, yang sudah mempunyai perancangan untuk menyambung pengajian ke luar negara.

"Dia memiliki ciri-ciri wanita yang saya mahukan - cantik dan gila-gila. Karakter dia sesuai dengan saya, tetapi secara jujur kami tidak pernah serius.

"Saya akui, kami pernah melafazkan kata-kata sayang, tetapi ia tidak lebih daripada ungkapan untuk seorang sahabat baik. Walaupun saya pernah menangis sewaktu menghantarnya ke lapangan terbang pada Januari lalu, tetapi itu bukanlah petanda yang kami bercinta.

"Saya menangis ketika itu sebab bakal kehilangan seorang sahabat baik," kata artis yang semakin sibuk ini.

Percaya rakan disabotaj

Pada awal pemergian Juliana dulu, mereka sering berhubung, terutama melalui Skype. Namun lama-kelamaan Zizan mula terfikir masing-masing perlu ada kehidupan sendiri serta tidak lagi boleh menunggu.

"Lagipun saya sibuk bekerja dan dia pula dengan pengajiannya. Manalah kami ada masa sangat hendak berhubung? Lama kelamaan, masing-masing mula faham," katanya yang kali terakhir bertemu dengan Juliana ketika promosi filem Mael Lambung, penghujung Jun lalu.

Zizan bagaimanapun mempersoalkan, bagaimana gambar terbabit boleh tersebar? Dia percaya, foto itu bukan dimuat naik oleh Juliana, sebaliknya mungkin ada pihak yang sengaja mensabotaj pelakon itu.

Sementara itu, Juliana menerusi Twitternya menjelaskan, lelaki kulit putih yang dirakam bersamanya dalam beberapa foto itu bukanlah kekasihnya.

"Hakikatnya, lelaki itu bukanlah kekasih saya," katanya ketika menjawab pertanyaan seorang peminat berhubung foto keintimannya bersama pemuda berkenaan.

Bakal pengantin sibuk

Posted: 06 Nov 2012 02:46 PM PST

Liyana kepenatan, tapi seronok sambung belajar di New York

Walau dihambat jadual harian padat ditambah tugasan lapangan, Liyana Jasmay yang kini bergelar penuntut jurusan lakonan dan perfileman di Akademi Filem New York tetap sedia memenuhi permintaan untuk ditemubual.

Tetap ramah seperti biasa, Liyana yang selesa disapa Nana mengaku, begitulah rutin hariannya sepanjang enam bulan di kota itu, dengan kelas bermula seawal jam 9 pagi dan hanya pulang selepas mata hari terbenam. Namun tidak sesekali dia merungut kerana wanita muda ini semakin seronok mendalami ilmu dalam bidang dicintai.

"Saya sudah punya diploma dalam bidang sama dan kursus ini melengkapkan lagi pengetahuan kerana di sini lebih kepada amali, malah antara tugasan ialah menjalankan tugasan belakang tabir dalam projek penggambaran.

"Dua bulan terawal saya mendalami ilmu lakonan dan sekembali bercuti sebulan, kursus bersambung pula dengan penerbitan. Pembelajaran berlangsung secara intensif, cepat namun banyak ilmu yang saya peroleh," katanya yang mempunyai syarikat produksi sendiri.

Pilih putih sebagai tema

Sementara itu, berkongsi persediaan hari bahagianya yang berkonsepkan cinta, gadis kecil molek berusia 24 tahun yang sememangnya dikenali dengan sikap manja memaklumkan, dia meletakkan rona putih sebagai tema utama, terutama dalam pemilihan busana pengantin.

Bakal mengenakan persalinan sentuhan Jovian Mandagie untuk akad nikah dan resepsi, selain rekaan Rizman Ruzaini bagi acara memotong kek, bagi Nana putih melambangkan kesucian cinta abadi.
"Majlis perkahwinan tidak dapat lari daripada putih kerana setiap hari kita banyak bermain dengan warna, apatah lagi bagi individu bergelar artis. Di mana-mana majlis, kita kerap mengenakan gaun aneka rona. Jadi bagi saya putih dan perkahwinan begitu simbolik," katanya yang menempah busana sebelum berlepas ke New York.

Berdasarkan perancangan, tamat saja kuliah sekitar pertengahan Disember nanti Nana yang setia ditemani ibu, Datin Habsah Simpon sejak memulakan pengajian Julai lalu, akan terus pulang ke tanah air bagi menguruskan persediaan kenduri yang masih berbaki.

Tunang, bapa akrab

Menganggap ibu tersayang sebagai sahabat paling akrab, dia bersyukur apabila ibu bapanya turut menyenangi bakal suaminya, Fathudin Mazlan, 28, apatah lagi bagi Nana, sikap lelaki itu yang menghormati orang tua dan pandai mengambil hati membolehkannya mudah 'masuk' dalam keluarga mereka.

"Awal dulu Fathudin takut juga dengan Babah (ayah) sebab tengok luaran nampak serius. Lagipun sebagai ayah tentu dia bersifat pelindung tambahan pula berhadapan lelaki yang bakal mendampingi anaknya," tambahnya sambil tertawa kecil.

Namun sambung Nana lagi, hubungan kedua-duanya semakin rapat sejak ayahnya mempunyai tugasan di Sabah dan di sana Fathudin banyak membantu malah sejak itu bakal suami dan ayahnya umpama sahabat karib.

"Dari situ saya nampak keikhlasan hati Fathudin yang bukan sekadar menyayangi saya, malah memenangi hati semua, sekali gus menerima semua insan yang saya sayangi bagai keluarga sendiri," ulas pelakon Khurafat ini.

Info:

* Majlis perkahwinan Liyana-Fathuddin akan diadakan pada 2 Februari 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

* Seramai 300 tetamu termasuk keluarga terdekat serta teman media bakal menyerikan majlis pernikahan pada sebelah pagi manakala pada acara resepsi pula dianggarkan kira-kira 1,000 tetamu diundang.

* Majlis menyambut menantu di pihak keluarga Fathudin yang juga usahawan itu dijadualkan berlangsung di Dewan Perdana Felda pada 9 Februari depan.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Surat Ameng Spring Dari Penjara Buat Isteri Terharu

Posted: 06 Nov 2012 04:56 PM PST

Surat Ameng Spring Dari Penjara Buat Isteri Terharu
Penyanyi Ameng daripada kumpulan Spring yang berada didalam penjara sempat menulis surat kepada isterinya, Sabariah Zakariah.. Surat yang dutulis pada 9 Oktober yang lalu hanya sampai kepada isterinya semalam akibat tapisan daripada pihak penjara.. Apa yang menariknya, Menurut Sabariah surat kali ini menunjukkan sifat romantik suaminya yang tidak pernah diungkapkan dengan kata-kata selama lapan tahun mereka mendirikan rumah tangga..

"Saya baru terima surat ketiga daripada Ameng pada hari ini (Selasa). Surat itu dikirimkan pada 9 Oktober lalu tetapi baru hari ini sampai."

"Saya terharu dengan isi surat itu kerana ia menceritakan isi hati dan perasaan suami terhadap saya. Selama saya mengenalinya, tidak pernah dia meluahkan kata-kata sedalam itu kerana dia bukan jenis yang romantik.

"Surat kali ini sangat mendalam dan istimewa. Ia menguatkan lagi hubungan kami suami isteri,"

"Banyak dugaan sejak dia dipenjarakan. Ramai yang meragui kesetiaan Ameng terhadap saya apabila dia dibebaskan nanti tetapi saya percaya apa juga luahan dan kerinduannya itu adalah ikhlas.

"Surat itu memang saya tunggu-tunggu. Bagi saya, perbualan secara berdepan dengan kata-kata dalam surat amat berbeza kesannya," (Mstar)

Tambah Sabariah lagi, surat tersebut menjadi pengubat rindu buat beliau sehinggalah pada sesi lawatan akan datang.. Kali terakhir Sabariah melawat Ameng ialah pada Aidiladha yang lalu..

Untuk pengetahuan anda, Ameng Spring telah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan dadah..

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Nyanyian jatuh nombor 2

Posted: 06 Nov 2012 06:25 AM PST

LUPAKAN saja kisah silamnya dulu kerana ia sudah pun menjadi sejarah. Bagi anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini, kontroversi yang pernah melanda hidupnya dulu sedikit sebanyak mematangkannya dalam meniti perjalanan sebagai anak seni.

Selepas tiga tahun mendiamkan diri dan mengumpul kekuatan dalam diri, bekas juara One In A Million (OIAM) musim kedua, Ayu yang juga pemilik nama sebenar, Norayu Damit, 23, percaya, sampai masanya dia bangkit semula untuk buat 'comeback' sekali gus merancakkan kembali persada hiburan tanah air.

Ternyata, status isteri dan ibu kepada dua cahaya mata bukan penghalang buatnya kembali meneruskan cabang seni yang sudah sebati dalam dirinya sejak dulu.

"Sebelum ini, saya memperlahankan aktiviti seni sebaik saja OIAM berakhir kerana fokus pada rumah tangga dan bisnes bersama suami menerusi syarikat Kenali Pura Network yang membekalkan peralatan makmal di sekolah, lebih setahun lalu.


"Maklumlah, anak masih kecil dan sangat memerlukan perhatian daripada saya sebagai ibu. Selain memasak untuk keluarga, anak saya yang nombor dua juga masih menyusu badan, ketika itu.


"Walaupun tiada publisiti, saya bersyukur kerana masih dapat kepercayaan memenuhi undangan menyanyi di sekitar Kuala Lumpur, Melaka dan Selangor," katanya.

Walaupun ingin kembali dalam dunia glamor, keutamaan Ayu tetap pada rumah tangganya.

"Saya tak kisah orang kata tidak popular berbanding rakan seperjuangan lain kerana yang penting hidup saya bahagia sekarang. Suami dan anak-anak tetap nombor satu dalam hidup dan karier seni pula jatuh nombor dua.

"Saya juga yakin untuk kembali dalam bidang seni kerana anakk sudah besar sikit dan suami juga merestui dan memberi sokongan padu kerana dia tahu minat saya yang mendalam dalam bidang nyanyian," katanya.

Hasil perkongsian hidup dengan Syed Fauzi Syed Baharuddin, 25 tahun, Ayu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Nasrul Haikal, 3 tahun dan Sharifah Alya Adriana, 1 tahun, 3 bulan.

Mengenai gosip dirinya yang dikatakan ada masalah 'tingkah laku' hingga menyebabkan namanya tenggelam dalam bidang seni, Ayu mengakui dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya cerita seperti itu.

"Ini kali pertama saya dengar gosip seperti itu. Selepas Anugerah Planet Muzik 2009, saya perlahankan aktiviti seni kerana fokus pada rumah tangga.

"Sepanjang terbabit dalam bidang seni, saya tidak pernah menimbulkan masalah pada orang lain. Apa yang saya tahu hanya menyanyi dan buat 'show' saja kerana segala urusan lain diserahkan pada pengurusan 8 Unit sebelum ini.

"Namun, saya akur, tidak tahu macam mana nak berhubung dengan pihak media tempatan pada awal pembabitan dalam bidang seni dulu. Mungkin sebab itu saya kurang publisiti berbanding rakan seperjuangan lain. Tapi, saya tidak kecewa pun dengan apa yang berlaku kerana menyedari diri tidak diberi peluang ketika itu," katanya.

Ayu mula belajar erti berdikari

DALAM diam rupa-rupanya, sudah setahun Ayu keluar dari syarikat rakaman Monkey Bone Records dan pengurusan 8 Unit. Ketika bernaung di bawah Monkey Bone selama tiga tahun, Ayu juga sempat menghasilkan dua album. Bagaimanapun, album penghargaannya dengan Monkey Bone yang mengandungi lagu hits 80-an belum dilancarkan lagi.

Lebih menarik, album 'tribute' yang juga cover version Melayu itu memuatkan lagu seperti Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon), Flora Cinta (Min Malik), Setia Kasih (Haleeda), Salam Buat Kekasih (Nadia), Dendam Dalam Diam (Nora) dan Penghujung Rindu (Jamal Abdillah).

"Selepas tamat kontrak, saya putuskan untuk belajar berdikari dan menguruskan sendiri karier seni dengan dibantu pengurus, Jeff Wai. Terus terang, saya keluar dari Monkey Bone dan 8 Unit bukan kerana ada masalah sebaliknya saya keluar secara baik kerana ingin belajar berdikari demi jaminan masa depan.

"Dari segi imej pula, saya tidak merancang buat perubahan mendadak kerana selesa dengan imej ringkas dan sesuai dengan status sebagai isteri dan ibu. Ia memang cabaran besar bagi saya untuk menjual vokal dan bukan imej seksi.
Apabila berkahwin, saya perlu menjaga nama baik suami dan keluarga yang beri kepercayaan selama ini," katanya.

Bagi mengubati kerinduan peminatnya, Ayu juga mempertaruhkan single barunya berjudul Hati Ini yang juga terbitan Global Records Sdn Bhd. Single genre balada ini ciptaan Mohd Atlas.

"Saya a sudah berhenti menyanyi di Glass Lounge, Hotel Crowne Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur kerana ingin memberi fokus pada single ini.

"Buat masa ini, saya muncul dengan single terlebih dulu khusus untuk peminat yang masih menyokong sampai sekarang. Single ini juga menepati cita rasa sendiri. Selain itu, saya masih mencari material sesuai untuk bingkisan album penuh nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


Kontroversi bagaikan badi FFM

Posted: 06 Nov 2012 06:11 AM PST

BAGAIKAN kelaziman, penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) pasti mencetuskan kontroversi tersendiri. Saban tahun ada sahaja cakap-cakap belakang diperkatakan sebaik majlis yang bertujuan meraikan karyawan filem ini selesai. Ada-ada saja isu tidak puas hati ditimbulkan penggiat seni sendiri.

Sudah dapat diagak penganjuran FFM bersempena sambutan jubli perak mengundang kontroversi apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) bertindak mengambil alih penganjurannya daripada Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang dikatakan mempunyai hak penuh menganjurkannya.

Paling melukakan Gafim ialah Finas bertindak mengadakan kerjasama dengan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang bukan ahli gabungan mereka untuk penganjuran FFM25 yang berlangsung pada 30 Disember ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam hal ini, individu yang dilihat menjadi mangsa keadaan tentunya penerbit Datuk Yusof Haslam yang muncul pada sidang media FFM25 oleh Finas sebelumnya.

Justeru, Gafim tampil dengan sidang akhbar khas bagi membantah penganjuran FFM25 oleh gabungan dua pihak ini pada 25 Oktober.

Persoalannya, apakah perkara ini menjejaskan komitmen PFM dalam bekerjasama dengan Finas? Wartawan RAP, Ridzuan Abdul Rahman (mohamadridzuan@hmetro.com.my) mendapatkan penjelasan daripada Yusof sendiri. Menariknya, jawapan yang diberikan cukup berlapik dan penuh hati-hati kerana beliau bimbang rakan lamanya dalam industri berkecil hati.

RAP: Bagaimana PFM boleh terbabit dengan FFM25?

YUSOF: Kami hadir menerusi surat jemputan daripada Finas. Saya sebenarnya mewakili Presiden PFM, Datin Paduka Shuhaimi Baba yang tak dapat menghadirkan diri. Sebagai Timbalan Presiden saya perlu pikul tanggungjawab yang diberikan.

RAP: Maksudnya PFM tidak tahu perkara sebenar sebelum sidang media itu?

YUSOF: Saya memang tak tahu butir lengkap. Namun, sebagai penerbit filem, sudah tentulah kami harus bergandingan dengan Finas dalam penganjuran majlis ini.

RAP: Adakah Datuk terkejut Gafim tak terbabit sama?

YUSOF: Ya saya sebenarnya terkejut. Saya kata pada Ketua Pengarah Finas, Mohd Naquib Razak supaya panggil Gafim juga untuk turut serta. Beliau setuju dan kata ini hanya sidang media dan berikutnya akan buat mesyuarat dengan Gafim. Dia mengaku terlepas pandang perkara ini.

RAP: Gafim kata berhak anjurkan FFM kerana sudah dipatenkan sebagai hak mereka. Apa komen Datuk?

YUSOF: Saya tak pasti sama ada itu sudah dipatenkan sebagai milik Gafim atau tidak. Mereka sebenarnya pun daripada gabungan persatuan seni. Kalau penerbit tak bagi filem untuk dipertandingkan pun susah juga.

Apapun saya lebih suka pilih jalan tengah dan nak semuanya bergabung. Apa salahnya kita sama-sama menganjurkan dan memeriahkan majlis untuk meraikan anak seni.

RAP: Ketika sidang media itu, apakah Datuk rasa akan berlaku kekecohan mengenai FFM25?

YUSOF: Ya, itulah yang saya rasa dan perkara ini terus saya beritahu kepada Naquib. Dia kata akan panggil semua dalam mesyuarat yang akan diadakan. Seperti yang saya kata, Naquib mengaku terlepas pandang perkara ini.

RAP: Perasaan Datuk apabila perkara ini menjadi kecoh?

YUSOF: Saya memang berharap kemelut ini diselesaikan cara baik. Kita perlu duduk semeja untuk kepentingan industri. Sebagai orang lama yang bergiat lebih 40 tahun dalam seni, saya harap FFM akan berjalan lancar. Sesiapa yang tak puas hati sila luahkan dan jangan bercakap belakang. Saya tak nak orang seni diketawakan oleh masyarakat.

RAP: Selepas keluar Gafim, apakah PFM menyokong penganjuran FFM?

YUSOF: Kami tetap menyokong FFM kerana ia membawa manfaat kepada perkembangan industri. Itu langsung tak jadi masalah buat kami.

RAP: Apakah Datuk lihat FFM25 akan ditunda?

YUSOF: Sama ada penganjurannya terlajak atau tidak, ia mesti dilangsungkan juga sekurang-kurangnya Januari nanti. Kalau tidak nanti, akan berlaku lambakan filem kerana difahamkan 75 filem cereka akan dipertandingkan.

RAP: Setuju kalau dikatakan FFM tak lekang daripada kontroversi?

YUSOF: Kontroversi tak salah kalau bertujuan memeriahkan. Tapi janganlah keterlaluan sehingga orang hilang hormat terhadap penggiat seni. PFM tidak akan tarik diri dalam penganjuran FFM. Saya juga difahamkan Finas sudah bertemu dengan Gafim pada Isnin lalu. Kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama menganjurkan FFM25. Ini satu perkembangan yang baik kerana kita perlu bersatu membangunkan industri seni.

RAP: Apa komen mengenai Majlis Tindakan Bersama tiga persatuan iaitu FDAM, Seniman dan Profima yang minta Finas menguatkuasa kembali Padu Citra pada 1 Januari 2013?

YUSOF: Mereka kena bincang dengan PFM sebagai penerbit dan tak boleh pandai-pandai buat keputusan. Jangan buat budaya sendiri kerana perbincangan ini perlu membabitkan PFM dan Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM). Kerja filem ibarat kamikaze kerana tak menentu masa. Ini budaya semula jadi orang seni yang tak sama dengan orang kerja kerajaan. Sebelum buat keputusan semua pihak perlu duduk berbincang.

RAP: Datuk menyokong Padu Citra?

YUSOF: Saya tak nafikan Padu Citra bagus, tapi sebelum itu perlu ada tindakan proaktif daripada pelbagai pihak. Kadangkala saya malas nak bagi komen, tapi melihatkan situasi sekarang saya rasa perlu juga bercakap. Bukan nak menidakkan pentingnya Padu Citra, tapi sebarang perbincangan perlu membabitkan PFM dan PTVM sebagai penerbit. Bagaimana kalau penerbit ambil orang baru bekerja dalam produksi? Perlu ada mekanisma lengkap dalam perkara ini.
Saya harap Finas juga kena tahu sensitiviti semua pihak sebelum bertindak.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tolak populariti, terima kualiti

Posted:

Tolak populariti, terima kualiti

TANPA berselindung, Faizal Hussein, Maya Karin mahupun Azhanrani memberitahu mereka tidak meletakkan harapan untuk menang dalam Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) yang bakal berlangsung pada 9 November ini. Tegas anak-anak seni berkaliber itu, mereka bekerja secara ikhlas dan lebih mementingkan kualiti serta kepuasan dalam bekerja.

Biar masing-masing tidak meletak sasaran untuk menang, namun melihat kepada filem dan watak yang didukung mereka begitu hebat, maka kebarangkalian untuk mereka menang adalah besar.

ASK 2012 boleh dikatakan medan 'tuah' buat Faizal apabila tiga filem lakonannya tercalon iaitu Bunohan, Abuya dan Datin Ghairah. Tercalon untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik bagi filem Bunohan, tegas Faizal, dia bersyukur kerana filem itu juga berjaya mewakili negara ke pencalonan awal Academy Awards ke-83.

Bagi Maya Karin atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 33, dia berbangga dengan pencapaian filem Ombak Rindu yang menerima banyak pencalonan termasuk pencalonan untuk dirinya iaitu Pelakon Wanita Terbaik Filem dalam anugerah tersebut.

Menganggap pencalonan tersebut sebagai rezeki, jelas Maya, bukan kemenangan menjadi keutamaan, sebaliknya dia lebih mementingkan kualiti kerja dan sentiasa menunjukkan komitmen 100 peratus dalam bekerja.

Sebaliknya, bagi pelakon berbakat besar, Azhanrani, 37, ini adalah kali pertama dia tercalon untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk drama Pelarian.

Tidak meletakkan sebarang sasaran, ungkap lelaki yang senang disapa Azhan itu, jika menang ia merupakan satu bonus buat dirinya.

Faizal ke Hollywood

Tepat jangkaan Faizal, 45, apabila filem Bunohan berjaya mewakili negara ke Academy Awards ke-83 pada tahun hadapan. Disebabkan itu, pelakon yang cukup sinonim dengan filem nostalgia Gila-Gila Remaja itu tidak terkejut dengan pencalonan filem tersebut ke luar negara.

Ungkapnya, biar pada mulanya filem tersebut menerima kritikan orang ramai apabila ditayangkan tetapi dia sedar filem itu bagus dan mampu ke peringkat antarabangsa.

"Saya cukup berbangga dengan pencapaian ini dan secara tidak langsung menjadi duta yang mewakili negara kita di Hollywood. Saya rasa ini merupakan satu petanda aras bahawa filem Malaysia akan diangkat ke mata dunia suatu hari nanti," katanya.

Cuma, harapannya kini agar filem Bunohan mampu memasuki pencalonan Top 5 Academy Awards ke-83, seterusnya membuka ruang dan peluang untuknya melangkah kaki ke Hollywood.

Ternyata harapannya itu bakal menjadi kenyataan apabila dedah Faizal, baru-baru ini dia ada menerima dana daripada sebuah syarikat komunikasi untuknya bertapak di Hollywood.

Biarpun pada mulanya Faizal agak keberatan untuk berkongsi cerita tersebut kerana beranggapan perkara itu masih lagi dalam perbincangan, namun kerana rasa gembira impiannya selama ini bakal tercapai perkara itu akhirnya dikongsikan secara eksklusif bersama Kosmo!.

"Sebenarnya ada projek rahsia yang bakal saya jalankan. Baru-baru ini saya ada menerima dana daripada sebuah syarikat komunikasi yang sudah merangka perjalanan karier saya di Hollywood," jelasnya.

Luah Faizal, sebenarnya sejak umurnya 20-an lagi dia sudah mengimpikan untuk ke Hollywood namun, ternyata impiannya itu terlaksana ketika usianya mencecah 45 tahun.

Berasakan tidak terlalu lewat untuknya pergi ke peringkat antarabangsa, ujar Faizal, projek itu akan berjalan sepanjang pencalonan filem Bunohan bagi kategori Filem Asing Terbaik dalam Academy Awards ke-83 yang akan berlangsung pada 10 Januari 2013.

Berjaya atau tidak projek itu nanti bukan menjadi keutamaan Faizal, tetapi tegasnya ia bertujuan sebagai pembakar semangat kepada pelakon-pelakon Malaysia untuk tampil ke peringkat antarabangsa.

Ia akan dapat membuka peluang yang lebih besar lagi kepada aktor-aktor tempatan untuk meluaskan lagi bakat mereka di luar negara khususnya di Hollywood.

"Saya boleh katakan projek tersebut sebagai pembakar semangat dan motivasi kepada pelakon-pelakon di Malaysia untuk ke peringkat antarabangsa," ujarnya.

Selain Faizal, filem yang mengambil latar belakang cerita di sebuah kampung di Kelantan itu turut dibintangi oleh pelakon lain seperti Zahiril Adzim, Bront Palarae, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Wan Hanafi Su dan Tengku Azura.


DARI kiri: Faizal Hussein, Maya Karin dan Azhanrani memiliki karisma tersendiri sebagai anak seni yang disegani. Ketiga-tiganya dilihat sebagai pencabar hebat dalam kategori yang mempertandingkan mereka menerusi Anugerah Skrin 2012 yang bakal berlangsung pada Jumaat ini.


Mengenai perkembangan terkini, Faizal mengakui terpaksa menyimpan jambang sehingga malam ASK 2012 kerana terlibat dengan penggambaran drama 13 episod untuk RTM 1 iaitu Beret Hijau.

Membawa peranan sebagai ketua militan jahat bernama Abu Farsi, dedah Faizal, dia mampu bertahan dalam industri seni berkat daripada peranan antagonis yang dibawa sejak tahun 2000.

"Saya ada strategi untuk membuatkan penonton dan peminat tidak puas menonton lakonan saya. Disebabkan itu, bermula tahun 2000, saya banyak menerima watak antagonis tidak kira dalam drama mahupun filem," jelasnya yang risau penonton muak jika terlalu kerap muncul di media.

Eksperimentasi Maya

Bakal muncul dengan persalinan ala puteri raja daripada pereka Khairi Sufi untuk ASK 2012 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, ini merupakan penampilan pertamanya dalam anugerah tersebut selepas lima tahun tidak berpeluang menghadirinya.

Bukan sebab tidak dicalonkan, tetapi menurut pelakon yang memegang peranan Katerina dalam filem terbaharunya iaitu Lagenda Budak Setan 2, dia tidak dapat hadir ke ASK sebelum ini kerana tidak mempunyai kelapangan waktu.

Ditanya bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni sehingga kini, ujar Maya, semuanya kerana dia bijak mengawal kualiti kerja dan melakukan sebaik mungkin setiap watak yang diberikan.

Disebabkan itu, katanya, dia tidak pernah mengambil dua kerja dalam masa serentak kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada satu karya.

Menolak semua tawaran drama yang datang, jelas Maya, ia bukan disebabkan dia berlagak diva atau menganggap dirinya besar dan tidak layak untuk berlakon drama, tetapi dia akui begitu selektif memilih watak dan jalan cerita yang benar-benar berkualiti untuk dilakukan.

"Saya bukan berlagak tidak mahu berlakon drama dan hanya berlakon filem sahaja, tetapi saya kena selektif. Kebanyakan drama yang saya terima ada skripnya yang masih belum siap, jalan cerita yang tidak jelas penghabisannya dan masa penggambaran yang terlalu lama," ujarnya yang tidak suka menerima karya yang tidak bermutu.

Ujar Maya, jika terbabit dengan sesebuah filem sekalipun, dia hanya memberikan masa paling lama enam minggu untuk melakukannya namun, janjinya dia akan meletakkan 100 peratus komitmen untuk karyanya itu.

Selepas itu, tutur wanita cantik itu lagi, dia akan melakukan pelbagai aktiviti kesukaannya seperti mendaki gunung untuk kepuasan peribadi.

Mengakui suka bereksperimentasi dalam mencuba pelbagai watak, dedah Maya dia harus akur bahawa selera peminat lebih suka melihatnya membawakan watak yang sama seperti watak Izzah dalam filem Ombak Rindu.

"Saya menerima banyak komen peminat yang mempertikaikan jika saya membawakan watak yang lain daripada watak sebelum ini. Sebaliknya, saya pula tidak suka membuat benda yang sama (berlakon watak yang sama). Bagaimanapun, selepas menonton lakonan saya, peminat akhirnya menerima dan menyukai watak baharu yang saya lakonkan," ceritanya.

Tidak meletakkan sasaran sehingga bila dia akan berlakon, kata Maya, menjadi keutamaan baginya setiap kali muncul di kaca TV atau layar perak, peminat menyukai hasil lakonannya dan dia juga mendapat kepuasan maksimum.

Populariti Azhanrani

Azhanrani mula berlakon pada tahun 2005 apabila menghiasi slot Samarinda, Sesuci Cinta Sofia di TV3. Namun, impak lakonan yang dibawa lelaki berwajah serius ini masih belum menyerlah di kaca mata peminat.

Hampir tujuh tahun merangkak kemudian bertatih dalam industri bukan jangka masa yang singkat namun, ia tidak pernah mengecewakan Azhan.

Sehingga dia muncul dalam drama Gemilang, Supermak dan terbaharu Amukan Pocong untuk slot Seram diTV3, baru kehadirannya dalam industri lakonan disedari.

Pun begitu, akui Azhan, sehingga kini orang ramai masih lagi tidak mengetahui namanya.

"Banyak kali orang yang terjumpa saya akan cakap, 'Eh awak ini yang berlakon dalam drama Amukan Pocong itukan...', 'Awak berlakon dalam drama Supermak kan...'," dedahnya yang tidak ambil hati kerana namanya masih tidak dikenali peminat.

Bagi pelakon yang mencuri perhatian peminat dengan karisma lakonannya, tidak dikenali bukan merupakan satu isu besar bagi dirinya, sebaliknya dia lebih suka orang mengenali karakter yang dibawanya di dalam drama atau filem.


MAYA, Azhan dan Faizal lebih mementingkan kualiti kerja berbanding menerima tempias popular kerana kontroversi.


Mengakui kurang dikenali dari segi nama dan kurang pendedahan di dada akhbar mahupun program hiburan, bagaimanapun, tawaran lakonan tetap bertali arus.

"Walaupun kurang pendedahan di majalah atau surat khabar, peluang sentiasa ada. Biarlah nama saya tidak popular seperti pelakon lain, asalkan tawaran lakonan sentiasa ada.

"Dari segi perkembangan karier, saya bersyukur kerana tawaran sentiasa ada, malah kadangkala terpaksa tolak," katanya.

Dalam nada rendah diri, Azhan akui seronok dapat bekerja dengan ramai pengarah besar tempatan. Tanpa berselindung, itulah impiannya selama bergelar pelakon iaitu bekerja dengan semua pengarah tempatan untuk merasai nikmat kepuasan berlakon.

"Saya membesar dengan teater sejak kecil. Selepas lama bergiat dalam teater dan bermula daripada Lantai T Pinkie, saya dibawa masuk ke dunia penyiaran oleh tiga pengarah iaitu Along Kamarudin, Ahmad Nor Bujang dan Zuraidah," jelasnya.

Sejak itu, Azhan menggalas peranan sebagai anak seni dalam lebih 40 buah drama TV, antara lain Ku Milikmu, Tower 13, Lembing dan Dayang dan Warkah Terakhir.

Ana Dahlia menyesal

Posted:

Ana Dahlia menyesal

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


ANA DAHLIA dan Chef Riz bernikah 11 bulan lalu. Rumah tangga mereka kini sedang bergolak.


BADAI yang melanda rumah tangga pelakon filem Mantra, Ana Dahlia dan chef selebriti terkenal, Chef Riz menjadi teka-teki dan status perkahwinan mereka masih mengundang tanda tanya ramai pihak.

Kontroversi itu muncul setelah pasangan itu dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Selangor pada awal minggu lalu untuk mengambil borang penceraian.

Walaupun kedua-duanya telah memberikan kenyataan balas mengenai keadaan hubungan mereka, namun punca sebenar keretakan rumah tangga mereka belum lagi didedahkan.

Kosmo! yang berkesempatan bertemu dengan pelakon Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, 29, di majlis ramah mesra drama bersiri Cinta Itu Milikku di Sri Pentas baru-baru ini untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripadanya.

Kosmo!: Sepanjang kes rumah tangga Ana dibicarakan dengan lebih meluas sejak akhir-akhir ini, tiada lagi kenyataan mengenai punca masalah rumah tangga kalian bergolak. Apakah komen anda?

Ana Dahlia: Hal ini terlalu peribadi buat saya. Sampai masanya orang ramai akan tahu perkara sebenar. Tidak perlu saya aibkan diri saya, keluarga kedua-dua belah pihak dan orang sekeliling.

Benarkah anda dan Chef Riz hadir ke mahkamah untuk mengambil borang penceraian baru-baru ini?

Saya tidak boleh cakap apa-apa. Saya tidak mengesahkan atau menafikan perkara itu.

Benarkah ada dakwaan anda kini sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang sehingga menyebabkan keretakan rumah tangga anda?

Ingin saya tegaskan di sini, saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki jauh sekali untuk berlaku curang.

Boleh anda jelaskan tentang status perkahwinan anda kini? Adakah kalian masih tinggal sebumbung?

Itu terlalu peribadi, jadi saya tidak perlu jawab. Buat masa ini saya tidak boleh jelaskan lagi mengenai status perkahwinan saya. Sampai masa perkara ini akan jelas dengan sendiri.

Anda dan Chef Riz hanya baru 11 bulan berkahwin dan kini perkahwinan kalian sudah bergolak. Anda ralat?

Saya akui kami berkenalan dalam tempoh yang singkat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin dan tidak cukup mengenali hati budi masing-masing.

Itu salah saya. Sebaik-baiknya, janganlah membuat keputusan terburu-buru dan menyebabkan kita tersilap langkah. Saya terima keluarga sebelah mentua kerana mereka sangat baik dan rapat dengan saya.

Apakah tindakan anda sekarang? Adakah anda berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan kalian?

Saya rasa semua orang melakukan perkara yang sama untuk menyelamatkan rumah tangga (jumpa kaunselor). Kini saya hanya berserah dan berusaha untuk diri saya.

Adakah isu kepincangan rumah tangga anda kini mengganggu fokus kerja?

Terus-terang, ya. Tapi saya harus fokus terhadap karier dan tidak mahu memikirkan hal ini sehingga ia menjejaskan kehidupan saya.

Buat masa ini, saya masih perlu menjalani penggambaran drama Cinta Itu Milikku dan saya juga tidak ada menerima tawaran lain.

Kontrak tetamu Timberlake-Biel

Posted:

Kontrak tetamu Timberlake-Biel


GAMBAR perkahwinan Justin Timberlake dan Jessica Biel telah menjadi muka depan majalah Hello!.


JUSTIN TIMBERLAKE dan Jessica Biel telah pun selamat berkahwin pada 19 Oktober lalu. Pasangan tersebut kini sedang menikmati bulan madu mereka di Tanzania.

Namun, rupa-rupanya setiap tetamu yang hadir ke majlis tersebut harus menandatangani satu kontrak yang telah disediakan oleh pasangan selebriti tersebut.

Hal itu didedahkan oleh bintang Jimmy Falon. Falon memberitahu: "Ya, saya telah menandatangani satu kontrak sebagai tetamu pada majlis tersebut."

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan isi kandungan kontrak yang perlu ditandatangani para tetamu. Sebaliknya hanya memberitahu majlis tersebut telah berjalan dalam suasana yang cukup sederhana tetapi romantik.

Selasa, 6 November 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Shila Amzah di Pelancaran Trio Safi Balqis

Posted: 06 Nov 2012 05:37 PM PST

Pada jam 2 petang semalam (7 November 2012), Budiey berkesempatan untuk menghadiri majlis ramah mesra bersama duta Shila Amzah yang kini sudah menjadi duta Safi Balqis selama 3 tahun. Tahniah buat Shila Amzah.

Majlis santai kasual yang diadakan di Jeumpa D'ramo itu juga turut memperkenalkan produk terbaru Trio Safi Balqis.

Semasa pelancaran ini, Shila Amzah juga telah memperkenalkan terbaru yang kini turut ditayangkan di TV.

Shila Amzah juga turut menghiburkan peminat dan media yang hadir dengan sebuah lagu , tonton video ini:

Shila Amzah Safi Balqis

Shila Amzah Safi Balqis

Shila Amzah Safi Balqis

Shila Amzah Safi Balqis

Shila Amzah ditemuramah oleh Ayie Stailista. Ooooppps ke tidak?

Shila Amzah Safi Balqis

Shila Amzah bersama pemenang dari budiey.com.

Shila Amzah Safi Balqis

Shila Amzah Safi Balqis

Shila Amzah Safi Balqis

Shila Amzah Safi Balqis

Shila Amzah Safi Balqis

Shila Amzah Safi Balqis

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Tags: , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Shila Amzah Perkenal Produk Terbaru Trio Safi Balqis

Posted: 06 Nov 2012 07:14 AM PST

Kekalkan keremajaan pesona wajah dengan rangkaian trio terbaharu SAFI BALQIS PERFECT 10!
Cerah Sempurna dalam hanya 14 hari!

Pada jam 2 petang tadi, telah berlangsungnya satu majlis ramah mesra bersama duta Shila Amzah yang kini sudah menjadi duta Safi Balqis selama 3 tahun. Tahniah buat Shila Amzah. Majlis santai kasual yang diadakan di Jeumpa D'ramo itu juga turut memperkenalkan produk terbaru Trio Safi Balqis.

SAFI BALQIS PERFECT 10 kini hadir dengan trio terbaharu yang pasti akan menghidupkan raut wajah remaja cerah sempurna yang menjadi asas kepada kekuatan keyakinan diri setiap gadis untuk berdiri yakin dengan personaliti tersendiri dan terbang tinggi mengejar mimpi.

Shila Amzah

Lengkapkan rejim kecantikanmu dengan rangkaian pupur ruji kecantikan anda yang berikut daripada SAFI BALQIS PERFECT 10, sahabat baikmu.

"Tiga trio terbaharu SAFI BALQIS PERFECT 10 ini adalah definisi kesungguhan kami dalam memberikan para gadis serta golongan wanita muda di Malaysia rangkaian produk pupur cantik yang sesuai dengan keperluan kulit wajah mereka. Ketiga-tiga produk yang ditawarkan mempunyai kekuatan fungsi dan formulasi tersendiri dalam memberikan raut wajah Cerah Sempurna idaman setiap gadis" Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Kumpulan Produk SAFI.

Shila Amzah Perkenal Produk Terbaru Trio Safi Balqis

Tambah beliau lagi, " Rangkaian Produk SAFI BALQIS PERFECT 10 ini diperkaya dengan formulasi Nano Biowhite yang bertindak pantas di dalam sel kulit untuk mencerahkan wajah dalam masa 14 hari dan Nano Q10 yang mengekalkan keanjalan struktur kulit wajah. Dipasarkan pada harga yang berpatutan, SAFI BALQIS PERFECT 10 adalah umpama sahabat baik anda, sentiasa di sisi dan solusi kepada perihal kecantikan."

Katakan hello kepada trio terbaharu sahabat baikmu ini!

Rasa tidak selesa dan kurang yakin apabila keluar dengan kulit wajah yang berminyak? Kini tidak lagi dengan LOSYEN PELEMBAP KAWALAN MINYAK SAFI BALQIS PERFECT 10 SPF 15 yang ringan serta tidak berminyak mampu mengawal penghasilan minyak berlebihan ketika melakukan aktiviti lasak, diperkaya dengan manfaat Nano Biowhite yang mencerahkan kulit serta Nano Q10 yang mampu mengekalkan keanjalan kulit dan semestinya SPF 15 untuk melindungi wajah cerah sempurnamu daripada pancaran sinar UV. Gunakan ia selepas Serum SAFI BALQIS PERFECT 10. Ia hadir di dalam pek bungkusan moden dengan pam bebas udara pada harga RM19.90 – 50 ml.

Shila Amzah

Hari-harimu pasti akan lebih bertenaga jika punya raut wajah yang segar dan bertenaga. Katakan selamat tinggal kepada sel-sel kulit mati dan bintik-bintik hitam pada kulit dengan GEL PENGELUPASAN SAFI BALQIS PERFECT 10.

Formulasinya membantu menghilangkan bintik-bintik hitam pada wajah dengan pantas tanpa rasa sakit sambil mengecilkan pori wajah serta menggalakan pertumbuhan sel kulit muka yang baru. Manfaat Nano Biowhite dan Nano Q10 mencerahkan, menganjal,,menghalus dan melembutkan kulit wajahmu dalam hanya masa 14 hari. Ayuh mulakan transformasi wajahmu dengan produk hebat ini. Cuma berharga RM16.90 dalam pek 40 g.

Gadis SAFI BALQIS PERFECT 10 adalah gadis yang berkeyakinan dan tentu sekali dikagumi kerana raut wajah cerah sempurna mereka! Ini rahsia cantik kita berdua yang harus kita kongsikan bersama, pastikan anda tidak ketinggalan untuk memiliki produk cantik mesti ada daripada SAFI BALQIS PERFECT 10 ini. Tampil yakin dengan Krim BB SPF30 PA++ SAFI BALQIS PERFECT 10 Ianya diperkaya dengan manfaat Vitamin E yang merawat dan melindungi sel kulit dari dalam dan merupakan krim pencerah wajah, serta menjadi asas kepada solekanmu.

Produk hebat ini diperkaya dengan manfaat Nano BioWhite dan Nano Q10 yang mencerahkan, menganjal, menghalus dan melembutkan kulit wajahmu dalam hanya masa 14 hari. Dapatkannya pada harga RM19.90 dalam pek bersaiz 20 g.

Melengkapkan dimensi dinamis tiga produk ini, adalah teraju utama disebalik wahana cantik ini – gadis SAFI BALQIS PERFECT 10 sendiri, Shila Amzah. Kini tahun ketiga bergelar Duta SAFI BALQIS PERFECT 10, Shila Amzah adalah figura muda yang menjadi nadi inspirasi dan aspirasi setiap gadis. Pesona bintang tersendiri, keyakinan diri yang tinggi, kesungguhan mengejar mimpi dan transisi gaya bersederhana kini.

Shila Amzah Perkenal Produk Terbaru Trio Safi Balqis

Shila Amzah Perkenal Produk Terbaru Trio Safi Balqis

Shila Amzah Perkenal Produk Terbaru Trio Safi Balqis

Shila Amzah

Shila Amzah

Ini dia gambar pemenang bertuah dari budiey.com yang dapat berpeluang bertemu dengan Shila Amzah. Tahniah Fatihah!

Shila Amzah

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

No tags for this post.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: