Gosip Artis Malaysia |
- Filem 'Zaiton Ceritaku' Gagal
- Seksi Hanya Salah Faham - Nadia
- Rita Berjaya Batal Kes Nusyuz
- Chef Riz Mengaku Sudah Bercerai
Posted: 07 Nov 2012 06:12 PM PST PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon, Esma Daniel tidak berasa kecewa apabila filem pertama arahannya berjudul Zaiton Ceritaku gagal mendapat sambutan dengan kutipan tidak sampai RM100,000. Esma berkata, filem berkenaan yang mula ditayangkan pada 1 November lalu hanya mampu bertahan selama seminggu di pawagam dan terpaksa ditamatkan selepas mendapat sambutan dingin daripada orang ramai. "Faktanya filem arahan saya itu gagal mendapat sambutan daripada penonton dan saya tidak menyalahkan pihak panggung menarik keluar ia daripada tayangan dalam tempoh seminggu kerana ia telah termaktub dalam peraturan Syarat Wajib Tayang (SWT). "Saya terpaksa mengakui hakikat itu kerana pada minggu pertama lagi Zaiton Ceritaku gagal mengutip angka yang memberangsangkan bagi membolehkan ia kekal untuk tayangan," ujarnya ketika dihubungi di sini pada Rabu. Zaiton Ceritaku berkisar mengenai liku-liku kehidupan dilalui penyanyi Zaiton Sameon yang popular menerusi lagu Menaruh Harapan selepas ditimpa kemalangan yang turut meragut nyawa anak tunggalnya Irwan pada 21 Februari 1990. Ia memaparkan pahit getir kehidupannya yang berdepan trauma akibat kemalangan itu sehingga banyak pihak menganggapnya tidak siuman. Filem tersebut menelan belanja sebanyak RM1.1 juta. Esma turut menolak kegagalan Zaiton Ceritaku itu kerana terpaksa bersaing dengan filem antarabangsa seperti Skyfall 007 yang sedang ditayangkan sebaliknya ia berpunca daripada sokongan penonton. "Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak akibat kegagalan filem ini kerana setiap penonton itu berhak membuat keputusan untuk menonton karya yang mereka suka," katanya. Dalam pada itu, Esma berkata, faktor kekurangan promosi mungkin menjadi sebab ia gagal mendapat perhatian namun pihak penerbit telah melakukan yang terbaik bagi memastikan karya tu berjaya. Bagaimanapun kata Esma, dia bersyukur apabila maklum balas yang diterima selepas penonton menyaksikan filem itu cukup baik dan mereka berpuas hati dengan garapan yang dilakukan mengenai kisah hidup penyanyi terkenal itu. "Sebagai pengarah saya gembira apabila penonton memberikan ulasan yang baik mengenai filem itu cuma barangkali ia tidak terjemah dalam bentuk kutipan," katanya. Sementara itu, Esma menjadikan kegagalan itu sebagai satu pengajaran untuk menjadikannya lebih cemerlang ketika berkarya pada masa akan datang. - --- | ||
Seksi Hanya Salah Faham - Nadia Posted: 07 Nov 2012 06:09 PM PST PETALING JAYA: Penyanyi tahun 90-an yang popular dengan lagu Salam Untuk Kekasihiaitu Nadia berkata tuduhan yang mengatakan dia pernah bertudung dan kini kembali seksi tercetus kerana salah faham pihak tertentu. Pemilik nama sebenar Zarina Mohd Ali ini memberitahu, dakwaan itu timbul kerana dia sering menghadiri kuliah agama ketika menetap di Kuala Lumpur (KL) beberapa tahun lalu. "Ketika duduk di KL sebelum ini, saya akui kerap menghadiri kuliah agama di kawasan Ampang. Apabila muncul di majlis ilmu dan agama tentulah saya menjaga aurat sebagai Muslimah. "Ketika itu pula saya tidak aktif menyanyi, jadi mungkin sebab itu orang yang nampak saya berimej tersebut menyangka saya sudah berhijrah. "Kini apabila saya muncul kembali dalam bidang seni, timbul pula cerita kononnya saya buka tudung dan dedahkan aurat kerana mahu menyanyi semula," katanya ketika dihubungi di sini. Ibu kepada dua anak ini juga memohon maaf jika imej seksinya menimbulkan perasaan kurang senang kepada masyarakat tetapi ia hanya penampilan luaran sebagai penghibur. "Sudah banyak kali saya dengar orang bercakap dan memperkatakan mengenai imej luaran saya. Saya minta maaf jika ada pihak yang kurang senang. "Namun saya tidak mahu hipokrit dan masih tahu batas sebagai ibu dan Muslimah. Saya tahu sesuaikan penampilan mengikut keperluan sesuatu majlis atau acara," katanya. Justeru dia berharap agar orang ramai tidak menilai dan menjatuhkan hukum dengan sewenang-wenangnya berdasarkan penampilannya. "Saya kecewa dengan sikap segelintir pihak yang anggap diri mereka alim lantas memandang rendah pada wanita Islam yang tidak menutup aurat. "Pakaian bukan ukuran. Apa juga saya pakai dan lakukan saya sentiasa ingat Tuhan dan agama. "Tidak baik jika kita mudah menilai dan menghukum orang lain menerusi luaran tanpa mengenali seseorang terlebih dahulu," katanya. Terbaru, pengusaha Timah's Motel di Sabah ini tampil dengan lagu terbaru berjudul Hanya Untukmu yang mula diputarkan di radio sejak empat bulan lalu. Katanya, lagu itu juga akan dimuatkan dalam album terbaru yang dijangka dipasarkan pada awal 2013. - --- | ||
Posted: 07 Nov 2012 04:31 PM PST PETALING JAYA: Hasrat Aidil Zafuan Abd. Radzak yang mahu menuntut isterinya pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar kembali taat (nusyuz) tidak menjadi selepas mahkamah rendah syariah di sini pada Rabu menerima permohonan Rita bagi membatalkan permohonan tersebut. Malah lebih malang lagi Aidil yang juga pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu selaku plaintif diperintahkan untuk membayar segala kos mahkamah. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Saharuddin Selamat selepas meneliti kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, yang dikemukakan dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu. "Selepas meneliti permohonan plaintif (Aidil) yang difailkan pada 15 Mei lalu, didapati pihaknya meletakkan alamat yang tidak lengkap terhadap permohonan kembali taat yang dikemukakan terhadap pihak defendan (Rita). "Jadi, pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan pada 3 Julai lalu diluluskan," katanya pada prosiding yang diadakan pada Rabu. Saharuddin, turut memaklumkan, peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari telah menarik diri daripada mewakili plaintif yang dibuat pada 30 Oktober lalu. Sementara itu Rita, 35, yang berbaju hitam dengan tudung biru hadir ditemani Mohd Ihsan Mohd Daud mewakili peguam syarienya Datuk Mohd Zaidi Zain yang terpaksa menghadiri perbicaraan lain di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu, Kelantan. Rita yang ditemui di luar mahkamah bersyukur apabila bantahan awal yang difailkannya diluluskan mahkamah dan akan meneruskan kes cerai yang masih lagi belum selesai. "Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mahkamah tidak menangguhkan keputusan kes bantahan awal ini meskipun tanpa kehadiran dia (Aidil). "Saya hanya ingin mempertahankan diri dan hak saya bersama anak-anak. Apabila sudah sampai di tahap ini (membawa kes ke mahkamah), maksudnya saya sudah mula berjuang dan tidak akan menoleh ke belakang. "Selepas ini, peguam saya akan selesaikan status perhubungan kami pula. Tunggu sahaja nanti," ujarnya. Aidil pada Rabu tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diberi peringatan semasa sebutan kes pada 3 Oktober lepas. Aidil telah meninggalkan rumah kelaminnya di Sunway Damansara di sini kira-kira lima bulan lalu untuk tinggal berasingan di kediaman yang disediakan oleh pihak ATM di USJ Subang Jaya, di sini. Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun. Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis. - --- | ||
Chef Riz Mengaku Sudah Bercerai Posted: 07 Nov 2012 04:22 PM PST
KUALA LUMPUR – Chef selebriti, Chef Riz, mengesahkan kebenaran desas-desus yang tersebar luas ketika ini bahawa dia sudah pun bercerai dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia. "Ya, saya memang sudah bercerai," kata anak sulung Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail ketika dihubungi Kosmo! semalam. Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci perceraian berkenaan. Baru-baru ini, pasangan tersebut dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, Selangor. Chef Riz mengakui perceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman antara mereka sejak melayari bahtera perkahwinan 11 bulan lalu. Dia juga mengakui perkenalan singkat hanya selama lapan bulan turut menjadi punca keruntuhan rumah tangganya. Ana Dahlia, 29, yang merupakan pelakon filem Mantra diperkenalkan kepada Che Riz oleh adiknya sendiri, Serina. "Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami," ujarnya. - --- |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |