Adsense

Rabu, 7 November 2012

Zon Artis

Zon Artis


Chef Riz & Ana Dahlia Sah Bercerai, Dedahkan Punca

Posted: 07 Nov 2012 06:44 PM PST

CHEF RIZ DAN ANA DAHLIA BERCERAI

Teka-teki mengenai status perkahwinan Chef Riz dan Ana Dahlia yang hangat diperkatakan ketika ini akhirnya terjawab apabila Chef Riz sendiri mengesahkan yang dia sudah pun bercerai dengan isterinya, Ana Dahlia.

Chef Riz bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci perceraian berkenaan. Namun mengakui ia berpunca daripada tiada persefahaman antara mereka sejak melayari bahtera perkahwinan 11 bulan lalu.

Menurut Chef Riz:-

"Ya, saya memang sudah bercerai dan saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,"

CHEF RIZ DAN ANA DAHLIA BERCERAI

Flashback – Cerita pergolakan rumah tangga mereka mula menjadi perbualan ramai apabila pasangan ini dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, Selangor.

Psstt: Lukisan akrilik pada badan manusia yang ohsem!

Related Posts with Thumbnails