Adsense

Selasa, 14 Februari 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Cinta jarak jauh Farhan

Posted:

Cinta jarak jauh Farhan

Cinta jarak jauh Farhan

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar WAHIDIN SALIM


Farhan mencium tangan bakal ibu mertuanya selepas selesai upacara menyarungkan cincin.


BUKAN senang untuk menjalin hubungan cinta jarak jauh. Banyak juga kedengaran cinta jarak jauh tidak sempurna, hanya yang benar-benar serius mampu bernokhtah dengan bahagia.

Namun bagi bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ke-empat ini, bukan satu bebanan untuk meneruskan cinta meskipun terpisah beribu-ribu batu dengan arjuna hati.

Siapa sangka, perkenalan antara Farhan Azizan, 28, dan Rashdan Shuhaimi, 28, yang diperkenalkan oleh seorang sahabat akhirnya membawa mereka jauh ke kemuncak cinta.

Walaupun begitu, akui Farhan, hubungan cinta jarak jauh bukannya mudah.

"Jika diikutkan, banyak cabaran yang kami perlu tempuhi sepanjang kami bercinta. Kami pernah bergaduh sehinggakan tidak bertegur dan berhubung selama dua bulan.

"Tapi dalam jangka masa kami bergaduh, Rashdan tidak henti-henti memujuk saya dan hubungan kami kembali normal selepas itu," katanya sambil tersenyum.

Demi menjaga hubungan tersebut, mereka juga sentiasa berhubung setiap hari melalui pelbagai cara.

"Sepanjang dia melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK), kami tetap akan berhubung setiap hari, walau apa cara sekali pun.

"Kami gunakan semua platform perhubungan yang ada seperti Facebook, Skype, BlackBerry Messenger (BBM), Yahoo Messenger dan sebagainya untuk berhubung," katanya.

Selain itu, Farhan juga bersyukur kerana dalam masa yang sama, tunangnya itu juga sangat memahami kerjayanya.

Berdiri atas tali pertunangan tersebut, Farhan menyatakan mereka akan melangsungkan pernikahan pada awal tahun hadapan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang diadakan di Cafe Flora, AmpWalk, baru-baru ini.

"Insya-Allah, setelah disetujui oleh kedua-dua belah pihak keluarga. Masih belum memilih tarikh yang sesuai, tetapi ia akan berlangsung tahun depan.

"Sebenarnya jangka masa hampir setahun tersebut adalah untuk memberi peluang kepada kami untuk mengukuhkan karier masing-masing.

"Rashdan yang baru pulang dari UK juga baru sahaja mula bekerja sebagai pengurus akauntan di Petronas," jelas Farhan lagi.

Pada majlis tersebut, Farhan menerima sebentuk cincin emas putih yang disarungkan oleh bakal ibu mertuanya, Faridah Hussin.

Selain itu, dia juga turut menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan membalas tujuh dulang.

Ambil peluang keterbukaan PARFI

Posted:

Ambil peluang keterbukaan PARFI

Ambil peluang keterbukaan PARFI

Bersama ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

Anjakan Seni
SUATU ketika, sekitar 20 tahun lalu industri perfileman di Indonesia memang hebat. Dalam setahun negara jiran itu menerbitkan sehingga 400 buah filem cereka.

Pada masa sama, bidang perfileman di negara ini pula baru mula merangkak. Dalam setahun untuk menerbitkan 10 filem cereka pun begitu payah. Banyak kekangan dihadapi oleh penggiat filem tempatan. Terutama dalam soal mencari dana.

Malah, sambutan penonton dingin juga menyebabkan banyak penerbit filem 'bungkus' di tengah jalan dan menanggung kerugian besar. Ada penerbit yang hanya mampu menghasilkan sebuah filem, kemudian mengucapkan selamat tinggal kepada bidang berkenaan ekoran menanggung kerugian.

Bagaimanapun, lasdskap industri filem tempatan memperlihatkan perubahan ketara sejak lima tahun kebelakangan ini. Kepercayaan penonton terhadap filem tempatan menjadikan banyak penerbit semakin berani mempertaruhkan wang dalam industri berkaitan. Sehinggalah jumlah penerbitan mencecah lebih 40 filem cereka setahun.

Maka, industri filem negara tahun demi tahun melahirkan ramai jutawan filem. Bukan sahaja di kalangan penerbit, sebaliknya pengarah dan juga pelakon yang bernasib baik.

Ironinya, sejak setahun kebelakangan ini, Indonesia hanya menghasilkan sekitar 100 filem cereka setahun dan jumlah itu dikatakan semakin merudum.

Indonesia tertinggal dibelakang walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh para penggiat filem di sana bagi merancakkan semula bidang tersebut.

Persatuan Artis Filem Indonesia (PARFI) misalnya, sanggup turun padang termasuklah berkunjung ke negara ini bagi melakukan kerjasama dengan para penggiat tempatan.

Antaranya dengan melakukan memorandum persefahaman (MoU) dengan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) hujung bulan lalu. Sebanyak enam perkara utama yang ditekankan dalam MoU tersebut.

PARFI antaranya berminat untuk melakukan pertukaran artis antara Malaysia dan Indonesia dalam pembikinan filem mahupun drama televisyen di negara masing-masing.

Pendekatan persatuan artis Indonesia yang kini diterajui oleh presidennya, Gatot Brajamusti itu sangat positif. Ini kerana, sebelum ini industri perfileman termasuklah muzik di negara seberang itu sangat ketat dalam mengawal kemasukan artis mahupun album serta filem dari Malaysia.

Pernah suatu ketika dulu ramai artis Malaysia mengeluh kerana terlalu sukar menembusi pasaran Indonesia ekoran terlalu banyak sekatan. Hinggakan artis Malaysia yang mahu mengadakan persembahan di sana diwajibkan berdaftar di bawah satu organisasi.

Selain itu, ramai juga penyanyi yang dipaksa menukar lirik lagu mereka bagi disesuaikan dengan bahasa Indonesia sebelum ia dibenarkan ke udara di radio dan televisyen.

Bidang perfileman mengalami nasib yang lagi teruk. Sehingga hari ini, hampir tidak ada filem dari Malaysia yang berjaya menembusi pasaran di sana. Kalau ada pun kali terakhir ialah siri animasi Upin & Ipin yang berjaya melepasi semua halangan tersebut.

Dalam hal ini, baik GAFIM mahupun persatuan-persatuan artis lain termasuklah Persatuan Penyanyi, Pengubah Lagu dan Penulis Lirik (PAPITA) haruslah mengambil peluang daripada sikap keterbukaan PARFI itu.

Tidak cukup dengan persatuan-persatuan artis, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) juga sepatutnya melihat peluang daripada MoU yang jarang dilihat antara karyawan Malaysia dan Indonesia itu.

Di saat merudumnya industri perfileman Indonesia, banyak pawagam di negara jiran itu kosong dengan tayangan filem-filem tempatan. Sebaliknya, filem-filem dari Hollywood dan Hong Kong kini paling banyak mendominasi pawagam di negara tersebut.

Menurut wakil PARFI, Aditya Gumay yang mewakili presiden persatuan itu, terdapat lebih 600 rangkaian pawagam 21 Cineplex dan lebih 300 cawangan pawagam Blitz di Indonesia yang mengalami kekurangan filem untuk ditayangkan.

Pada kunjungannya itu, Aditya kagum apabila ada filem Malaysia seperti KL Gangster yang berjaya membuat kutipan tiket RM11.7 juta sewaktu tayangannya di pawagam seluruh negara baru-baru ini.

"Di Indonesia sekarang ini, bilangan filem agak sedikit dan penontonnya juga tidak ramai.

Contohnya, untuk penonton filem seram purata penonton yang menontonnya sekitar sejuta orang sahaja.

"Sementara penonton filem cinta pula sekitar 3.5 juta orang yang mana ia terlalu kecil jika dibandingkan dengan penduduk Indonesia yang jumlahnya lebih 200 juta," katanya.

Indonesia kini membuka ruangnya untuk itu dan terpulanglah kepada penerbit Malaysia untuk membawa produk yang mereka rasakan mampu untuk memenuhi cita rasa para penonton di sana yang tidak jauh beza daripada segi bahasa dan sosio budayanya.

Diharap menerusi MoU antara GAFIM dan PARFI itu ia akan memecahkan tembok yang menghalang kemasukan karya-karya filem dan muzik Malaysia ke negara jiran itu. Pelbagai langkah susulan harus dilakukan dan ia tidak sepatutnya hanya sekadar MoU semata-mata.

Celebrity News

Celebrity News


Rita Rudani Nak Pemilik Akaun Twitter Bob Azuan Mohon Maaf

Posted: 14 Feb 2012 09:26 AM PST

Rita

Diantara Komen Bob @Twitter 

Pelakon Rita Rudaini Mokhtar menuntut seorang pemilik Twitter@bob_azuan segera membuat permohonan maaf kepadanya kerana menghina, memfitnah serta memalukannya melalui laman Twitter akaun tersebut.

Rita berkata, tindakan individu itu benar-benar menjatuhkan maruahnya kerana turut terlibat untuk campur tangan dalam krisis rumah tangga yang sedang dihadapinya ketika ini.

"Saya menuntut individu tersebut membuat permohonan maaf kepada saya dengan seberapa segera.
"Saya telah diaibkannya dengan kata-kata kesat berbau penghinaan menerusi komen-komennya dalam Twitter berkenaan,"

Rita diminta mengulas tindakan seorang individu yang menggunakan identiti@bob_azuan melemparkan kata-kata aib terhadapnya termasuklah menggelar Rita dengan perkataan

"Ritaik".


ZOOM : ayat diatas adalah pertikan daripada Mstar Online mengenai Rita yang kini menyimpan perasaan marah kepada seorang pemilik akaun Twitter yang mengugut beliau serta menggelar dengan nama yang tak elok. Tetapi menurut info Rita kenal dengan individu tersebut...tetapi kenal tetap kenal...see you @Twitter :)
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Aliff Aziz Mengaku Teman Tapi Mesra Dengan Anne Ngasri

Posted: 14 Feb 2012 09:13 AM PST

Setelah beberapa lama berada dilaman gossip, akhirnya empunya diri tampil menjawap isu dan gossip yang menimpanya. Jika dulu kita hanya membaca tulisan penulis blog dan majalah tetapi kini pengakuan daripada Aliff daripada seberang ini mengiakan mereka memang teman tapi mesra :). Dan berikut beberapa jawapan beliau mengenai kisah perhubungan mereka.
"Saya akui rapat dengannya (Anne). Dia sangat baik dan mengambil berat terhadap saya. Sejak pindah ke Kuala Lumpur, saya tinggal bersendirian. Selain pekerja di Sony Music, Anne dan keluarganya yang mengisi kesunyian dan membantu saya menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di sini. 

"Sikapnya yang banyak membantu dan memberi dorongan kepada saya untuk fokus dan bekerja keras menyebabkan saya selesa," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Ketika ditanya mengenai Anne yang berstatus ibu tunggal itu Aliff berkata, perkara tersebut bukan satu isu yang boleh menghalang mereka daripada berkawan.
"Sejak dulu saya mudah tertarik pada wanita yang lebih berusia dan matang. Saya masih muda dan memerlukan teman yang bukan sahaja mengambil berat malah turut membimbing saya menjadi lelaki yang lebih baik.
"Dia seorang wanita yang positif dan saya belajar banyak perkara daripadanya sejak kami rapat. Saya boleh merasai keserasian itu setiap kali kami bersama. Keluarga kami juga tiada sebarang halangan," katanya.

Diusik mengenai reaksinya berhubung dakwaan orang ramai yang kerap melihat mereka keluar berdua-duaan, Aliff berkata dia tidak kisah dilihat bersama kerana ia adalah lumrah kehidupan selebriti yang sering menjadi perhatian umum.

"Sebagai selebriti sudah tentu orang akan kenal pada kita, jadi tidak perlulah saya hendak menafikan atau menyorok kerana ia bukan perkara yang buruk.

"Ia bukan halangan untuk kami keluar makan atau menonton wayang bersama seperti yang didakwa. Saya tidak melihat persahabatan kami sebagai satu masalah atau isu pun," katanya.

Sempat diusik mengenai perkembangan kes kontroversi antara dia dan pelakon Zarina Anjoulie yang tercetus baru-baru ini, Aliff menegaskan dia tidak akan memberikan sebarang penjelasan berhubung isu tersebut buat masa ini dan hanya akan tampil menjawab kontroversi itu pada waktu paling sesuai kelak.

"Orang boleh cakap apa sahaja tentang kes itu tetapi saya tidak akan memberi penjelasan pada waktu ini. Syarikat rakaman Sony Music sedang meneliti kes ini dan apabila sampai waktu saya akan umumkan kepada semua.

"Namun, itu tidak bermakna saya seorang yang pengecut atau mahu lari daripada masalah. Saya lelaki yang tidak akan lari daripada masalah yang melibatkan saya. Cuma kena tunggu waktu yang sesuai," katanya.

Info : Mstar

ZoOM : Patutlah Anjalieeee marah sebab Jejaka ni dah ada pasangan baru, sabarlah Aliff nak buat macam mana satu Malaysia ni dah tau...Apa kata anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Konterversi Road Block Di Malaysia Dan Luar Negara

Posted: 14 Feb 2012 04:02 AM PST

Dalam Mood letih sebab menunaikan tanggungjawap seharian (Kerja + Keluarga) ZoOM meronda-ronda laman "Muka Buku" mencari satu entry yang boleh dikongsi bersama dengan anda di ZOoMartis. Namun tetiba je ZoOM tertarik dengan satu gambar yang dah 2ribu yang Share kepada rakan-rakan di Facebook.


Namun komen dalam tu boleh tahan juga dan diantaranya komen daripada "Muka Buku" kesan daripada gambar diatas :




ZoOM : Sekadar berkongsi dengan anda semua



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Cara Baru Pencuri Kereta - Tolong Sebarkan !!

Posted: 14 Feb 2012 03:12 AM PST

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) 

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN


Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat

Sumber : Facebook


ZoOM : Sama-samalah kita beringat dan berkongsi maklumat ini dengan rakan-rakan anda di luar sana & di Facebook hanya Click SHARE...

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Permata baru Grammy

Posted: 13 Feb 2012 01:10 PM PST

Hip

Pemergian Whitney Houston menyentap sedikit kemeriahan malam anugerah

UMPAMA patah tumbuh hilang berganti, kehadiran dan populariti penyanyi soul British, Adele, yang kian melonjak, ibarat hadiah yang menjadi galang ganti kepada pemergian diva pop tersohor, mendiang Whitney Houston, 48, Ahad lalu.

Biarpun kematian Houston masih diratapi, namun keunggulan Adele sedikit sebanyak mengubat kesedihan peminat. Genre lagu dibawakan mereka berbeza, namun dua ikon ini memiliki banyak persamaan. Masing-masing memiliki lontaran vokal yang baik dan kedua-duanya berkebolehan mencipta lagu. Malah, karya nukilan mereka berjaya muncul sebagai lagu popular. Walaupun berita kematian mengejut Houston umpama mencantas kisah kegemilangan yang bakal dikecapi penyanyi bertubuh montel pada malam berprestij itu, namun kemenangan besar yang diraih penyanyi berusia 24 tahun itu, mengembalikan semula tumpuan kepadanya.

Pernah diminta menguruskan badan untuk berjaya dalam industri seni, tetapi nyata kata-kata sindiran seakan langsung tidak mendatangkan kudis kepada penyanyi ini untuk menghasilkan lagu berkualiti sekali gus menjadi kegilaan seluruh dunia.

Buktinya, enam pencalonan disapu bersih Adele pada malam penuh emosi itu. Kemenangan pertama diraih penyanyi yang cukup popular dengan lagu rangkaian lagu hit seperti Rolling In The Deep, Someone Like You dan banyak lagi beberapa minit setelah tirai Grammy disingkap.

Dia merangkul anugerah Rekod Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi Rolling In The Deep serta membolot trofi Persembahan Vokal Solo Pop Terbaik, Album Pop Terbaik dan Video Muzik Terbaik.
Kemenangan yang sememangnya sudah dijangka ramai itu membuatkan penyanyi ini sedikit emosi tatkala menerima trofi.

"Ini sesuatu yang sangat mustahil. Walau apa pun, terima kasih kepada semua pengatur cara radio, dan pihak penyiaran kerana tidak jemu-jemu memutarkan Rolling In The Deep, walaupun lagu itu bukanlah dalam kategori pop," katanya tatkala menerima anugerah Rekod Terbaik.

Sementara itu, pencabar terdekat penyanyi ini, kumpulan Foo Fighters yang turut dicalonkan dalam enam kategori, tidak mengecewakan apabila menang lima daripadanya termasuk Persembahan Rock Terbaik untuk lagu Walk.

Vokalisnya, Dave Grohl, berkata mereka sangat terharu kerana biarpun tidak menggunakan studio yang hebat untuk rakaman, sebaliknya merakam lagu itu di garaj, namun lagu mereka tetap berjaya menarik perhatian juri.

"Ini menunjukkan elemen kemanusiaan dalam menghasilkan lagu menjadi kunci utama kepada muzik berkualiti," katanya.

Sementara itu senarai pencalonan paling banyak bukanlah jaminan untuk mengungguli anugerah. Penyanyi rap, Kanye West, yang dicalonkan dalam tujuh kategori, hanya membawa pulang empat trofi. Namun, penyanyi itu tidak hadir pada malam anugerah.

Turut menerima trofi pada malam itu ialah Tony Bennett dan Amy Winehouse untuk Persembahan Duo/Berkumpulan Pop Terbaik (Body & Soul) dan Lady Antebellum untuk Album Country Terbaik (Own The Night).

Anugerah yang sepatutnya berlangsung penuh gemilang bagaimanapun berubah suasana berikutan pemergian mengejut Houston. Hos majlis, LL Cool J memulakan malam berkenaan dengan meminta khalayak berdoa untuk mendiang. Sementara, Jennifer Hudson muncul mendendangkan lagu I Will Always Love You, sebagai memperingati penyanyi wanita itu.

Buat kali pertama, Rihanna dan bekas teman lelakinya, Chris Brown, muncul pada acara sama. Bagaimanapun, mereka tampil menyanyi secara berasingan. Turut mengadakan persembahan ialah Coldplay, Alicia Keys, Taylor Swift dan ramai lagi.

Pengarah India hasilkan filem Cina

Posted: 13 Feb 2012 01:03 PM PST

Hip

SELEPAS menghasilkan beberapa judul Melayu dan Tamil seperti Pensil, Sumpahan Puaka dan Garuuda, kini pembikin filem daripada Genius Parade Sdn Bhd, M Subash, (gambar) tampil berbeza dengan mengarahkan filem Cina berunsurkan seram, sekali gus meletakkan dirinya sebagai sutradara bukan Cina tempatan pertama mengarahkan filem Cina tanah air.

Pada mulanya, akui Subash, ramai yang kurang yakin dengan kebolehannya.

Namun selepas mengetahui dirinya boleh bertutur dalam bahasa Cina dengan baik, kesangsian mula terhakis dan seluruh kru dan pelakon komited memberikan kerjasama, membolehkan penggambaran memakan masa seminggu saja. Subash pernah belajar di Sekolah Kebangsaan Yuk Chi di Batang Berjuntai. Dari situlah dia mampu untuk memahami bahasa berkenaan dan bertutur dengan fasih.

Subash serta penerbitnya, M Suurya, yang ditemui di Balai Berita baru-baru ini nyata teruja dengan karya terbaru mereka, You Believe In Ghost? itu. Mereka mengharapkan sambutan memberangsangkan dan pungutan yang tinggi, supaya ia boleh dijadikan penggerak kepada filem seterusnya.

Melihat kepada sambutan diterima untuk filem Ah Beng dan Nasi Lemak 2.0, Subash percaya, filem ini juga boleh menarik penonton.

Menurutnya, genre seram dipilih disebabkan sifat sejagatnya. Sebagai contoh, filem Nang Nak dari Thailand yang masih mampu mendapat sambutan hangat penonton walaupun menggunakan bahasa Siam.
"Ini kerana filem seram boleh ditonton oleh pelbagai bangsa walaupun bahasa berlainan digunakan.

Tambah lagi, jalan cerita yang saya terapkan tidak memerlukan penonton berfikir kerana ia senang difahami serta menggunakan dialog yang mudah.

"Tidak dinafikan mengarah filem berbahasa Cina ini ada cabarannya. Pada mulanya ada yang kurang percaya pada kebolehan saya, tapi selepas dua atau tiga babak pertama, kami semua mula rasa seronok untuk bekerjasama," kata Subash yang juga penulis filem itu.

You Believe in Ghost? agak menarik apabila ia boleh dilihat sebagai projek harmoni berbilang kaum, yang mana pengarah dan penerbitnya berbangsa India, barisan kru terdiri daripada orang Melayu, dan pelakon pula dibarisi bakat berbangsa Cina.

Filem yang bakal ditayangkan pada Mei ini antara lain memaparkan empat kisah yang bercerita mengenai kasih sayang, fobia, komedi dan kepercayaan karut.

Kisah yang dipaparkan adalah hasil daripada kajian yang dilakukan selama empat bulan oleh Subash sendiri. dia dapat merumuskan 85 peratus rakyat di dunia percaya wujudnya hantu.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Berbogel, Jennifer Lopez Kembali Bikin Panas

Posted: 13 Feb 2012 05:00 PM PST

PENYANYI sensasi, Jennifer Lopez kembali memanaskan dunia Hollywood apabila dia kembali dengan foto berbentuk 'provokatif'.

Jennifer atau nama singkatannya, J.Lo muncul tanpa seurat benang dalam sebuah foto bagi membintangi sebuah iklan minyak wangi jenama Glowing.

Ketika ditemubual bersama majalah Women's Wear Daily, juri American Idol itu mempromosikan produk tersebut dengan menunjukkan foto bogelnya itu.

Foto bogel Jennifer bagi mempromosikan minyak wangi 'Glowing'. Foto: www.aceshowbiz.com

"Glowing adalah satu produk minyak wangi yang semestinya disukai oleh ramai wanita kerana aromanya bersifat semula jadi.

"Minyak wangi ini juga tidak sama seperti yang sering saya pakai sebelum ini. Lebih sesuai jika saya menggelarkannya aroma yang seksi," kata penyanyi berusia 42 tahun itu.

Glowing akan mula berada di pasaran pada bulan Mei depan.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Terpaksa jalani pembedahan

Posted: 13 Feb 2012 05:05 AM PST

RAMALAN kemenangan penyanyi popular Britain, Adele pada acara anugerah muzik berprestij antarabangsa, Anugerah Grammy ke-54 berlangsung di Staples Center, Los Angeles pagi semalam tepat apabila penyanyi itu sapu bersih enam anugerah yang tercalon untuk dirinya kali ini.

Ini adalah Grammy kedua diterima penyanyi berusia 23 tahun itu selepas menang Artis Baru Terbaik pada 2009.

Kejutan yang diduga itu bukan saja menyaksikan Adele berbangga menerusi album judul 21 menang anugerah utama, Album Terbaik manakala lagu Rolling in the Deep meraih anugerah Rakaman Terbaik dan Lagu Terbaik termasuk Persembahan Solo Pop Terbaik (Someone Like You), Album Vokal Pop Terbaik dan Muzik Video Terbaik.

Ketika naik ke pentas menerima anugerah bersama produser, Paul Epworth, penyanyi 'Tottenham Diva' ini tidak lupa memberikan ucapan penghargaan pada produsernya yang bertanggungjawab mencipta lagu itu.


"Dia seorang yang hebat. Terima kasih banyak Paul," katanya ringkas.


Meraikan kegembiraannya, Adele diberi peluang mengadakan persembahan selepas itu. Menariknya, ia adalah persembahan pertamanya selepas menjalani pembedahan tekak pada Oktober lalu, tetapi dia berjaya memukau tetamu dengan persembahan vokalnya yang masih mantap.

Aktres Gwyneth Paltrow yang diberi tugasan menjemput Adele ke pentas membuat persembahan bersama penyanyi koir pada rangkap korus turut meraih 'standing ovation' dan ucapan terima kasih.

Adele atau nama penuhnya, Adele Laurie Blue Adkins berasal dari Tottenham, London berjaya mencatat jualan album 21 sebanyak 12 juta unit seluruh dunia sejak awal tahun lalu.

Mencipta sejarah Grammy termasuk dirinya sendiri, Adele menjadi penyanyi kedua meraih pencalonan terbanyak pada acara ini selepas penyanyi rap, Kanye West dengan tujuh pencalonan. Kemunculan semula Adele digelar diva soul Britain di pentas Grammy kali ini selepas berehat panjang membuktikan dia masih hebat dengan kelebihan vokal yang dimiliki berbanding paras rupa.

Sebelum acara berlangsung, Adele menyatakan dia menganggap pencalonannya untuk Grammy sebagai penghargaan sambil berkongsi perasaan seronok dan gementar.

"Bidang nyanyian sebati dalam hidup saya. Ia adalah hobi, cinta, kebebasan dan kini menjadi karier saya. Saya tidak mempunyai pilihan berdepan pembedahan ini sama ada mahu terus menyanyi atau berdepan risiko kehilangan suara sampai bila-bila," katanya dalam blognya.

Pencapaian Adele di pentas antarabangsa suatu yang membanggakan buat negara kelahirannya selepas band Brit Pop popular, The Beatles mempunyai dua lagu 'Top 5' pada 1964 untuk single dan album serentak.

Merujuk pada kemenangan lain pada acara Grammy kali ini turut menyaksikan band rock alternatif popular, Foo Fighters membawa pulang tiga anugerah - Lagu Rock Terbaik menerusi Walk, Persembahan Hard Rock/Metal Terbaik (White Limo) dan Album Rock Terbaik (Wasting Light) buat kali keempat berturut-turut.

Jangkaan peminat genre rap terhadap kemenangan Kanye West juga menepati ramalan apabila penyanyi ini merangkul tiga anugerah untuk Album Rap Terbaik menerusi My Beautiful Dark Twisted Fantasy bersama Lagu Rap Terbaik (All of the Lights) dikongsi bersama komposer Jeff Bhasker, Stacy Ferguson, Malik Jones dan Warren Trotter manakala lagu sama menang anugerah Kolaborasi Rap Terbaik berkongsi kemenangan bersama Rihanna, Kid Cudi dan Fergie.

Bekas pemenang Album Terbaik Grammy ke-52, dua tahun lalu, Taylor Swift meneruskan kecemerlangannya dengan dua anugerah diterima, Persembahan Solo Country Terbaik menerusi lagu Mean dan Lagu Country Terbaik. Dia juga mengadakan persembahan untuk lagu kemenangannya itu.

Gandingan mantap penyanyi Cee Lo Green bersama Melanie Hallim mempertaruhkan lagu Fool For You berjaya menang dua anugerah, Persembahan Vokal Tradisional R&B Terbaik manakala Lagu R&B Terbaik dikongsi bersama Jack Splash.
Mendiang Amy Winehouse turut menerima anugerah Persembahan Pop Duo atau Kumpulan Terbaik menerusi lagu Body and Soul dikongsi bersama Tony Bennett.

Pada acara yang menghargai sumbangan warga seni yang terbabit dalam bidang muzik, hadirin turut memberikan penghormatan pada mendiang Whitney Houston yang meninggal dunia mengejut sehari sebelum acara ini berlangsung.

Pembukaan acara bersama LL Cool J bertindak sebagai pengacara memberi peluang pada tetamu memperingati diva pop popular ini menerusi persembahan 'tribute' disampaikan Jennifer Hudson.

"Kejadian ini suatu yang tidak disangka. Kita semua kehilangan anggota keluarga sendiri. Perkara sepatutnya yang kita lakukan ialah berdoa pada wanita yang kita cintai. Whitney, kami sentiasa menyayangimu," kata penyanyi rap terbabit.

Berkongsi perasaan sedih pada pemergian itu, tetamu bersama penyanyi terkenal Paul McCartney yang duduk di barisan depan kembali menyaksikan klip video lagu popular Whitney, I Will Always Love You dan kemudian tetamu berdiri memberi tepukan 'standing ovation'.

Di sebalik suasana sedih, perjalanan acara ini dimeriahkan dengan persembahan ramai artis popular antaranya, Sir Paul McCartney, Katy Perry, Bruce Springsteen, Foo Fighters, Kelly Clarkson, Dave Koz, Bruno Mars, David Guetta, Chris Brown, Nicki Minaj, Deadmau5 dan The Band Perry.

Senarai pemenang

  • Persembahan Pop Duo atau Kumpulan Terbaik
    Body and Soul (Tony Bennett & Amy Winehouse)
  • Album Alternatif Terbaik
    Bon Iver (Bon Iver)
  • Persembahan R&B Terbaik
    Is This Love (Corrine Bailey Rae)
  • Rakaman Dance Terbaik
    Scary Monsters bersama Nice Sprites (Skrillex)
  • Album Dance/Electronica Terbaik
    Scary Monsters bersama Nice Sprites (Skrillex)
  • Album Muzikal Teater Terbaik
    The Book of Mormon (Robert Lopez, Trey Parker & Matt Stone)
  • Album World Music Terbaik
    Tassili (Tinariwen)
  • Album Latin Pop Rock, Rock atau Urban Terbaik
    Drama y Luz (Mana)
  • Album Tropical Latin Terbaik
    Last Mambo (Cachao)
  • Album Skor Soundtrack Visual Media Terbaik
    The King's Speech (Alexandre Desplat)
  • Album Historical Terbaik
    Band on the Run (Paul McCartney Archive Collection - Deluxe Edition)
  • Persembahan Country Duo atau Kumpulan Terbaik
    Barton Hollow (The Civil Wars)
  • Album Vokal Jazz Terbaik
    The Mosaic Project (Terri Lyne Carrington & various artist)
  • Album Jazz Instrumental Terbaik
    Forever (Corea, Clark & White)
  • Improvised Jazz Solo Terbaik
    500 Miles High (Chick Corea)
  • Album Blues Terbaik
    Revelator (Tedeschi Trucks Band)
  • Album Folk Terbaik
    Barton Hollow (The Civil Wars)
  • Album Reggae Terbaik
    Revelation Pt 1: The Root of Life (Stephen Marley)
  • Produser Sepanjang Tahun, Bukan Klasikal
    Paul Epworth
  • Produser Sepanjang Tahun, Klasikal
    Judith Sherman


  • Gaya Hujan tampil akustik

    Posted: 13 Feb 2012 04:50 AM PST

    MEMBAWAKAN jenis muzik rock alternatif, Hujan bakal mengadakan persembahan akustik mereka pada 24 Februari ini bertempat di KL Pac, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

    Istimewanya konsert pada kali ini kerana ia menampilkan seratus peratus persembahan daripada Hujan tanpa ada pembabitan daripada kumpulan muzik lain.

    Bagi pemain keyboard Hujan, Hang Dimas Santoso, konsert ini boleh dianggap istimewa kerana jika sebelum ini peminat akan meloncat agresif semasa menonton Hujan membuat persembahan tetapi pada kali ini mereka membawakan situasi berbeza apabila mahukan peminat lebih santai dan rileks.

    "Ini adalah konsert penutup bagi album ketiga Hujan sebelum kami memperkenalkan album baru yang dijangka berada dalam masa terdekat.


    "Terdapat beberapa kejutan pada konsert akustik ini apabila kami melakukan beberapa perubahan pada susunan muzik supaya peminat dapat menghayati alunan yang dipersembahkan," katanya.


    Hujan turut dianggotai oleh Noh Salleh selaku vokalis, Izzat Uzaini (bes), AG Coco (gitar) dan Ambobzeela (dram).

    Mengimbas detik awal pembabitan Hujan di dalam dunia muzik, mereka mula dikenali ramai selepas single pertama, Pagi Yang Gelap mendapat tempat di hati peminat apabila siaran radio tempatan sering memutarkan lagu berkenaan.

    Ditubuhkan pada 2006, Hujan terus mengorak langkah sehingga merentasi luar negara apabila melancarkan misi mengembara Jelajah Hujan ke United Kingdom dengan membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield dan Cardiff.

    Menjadikan kumpulan The Strokes dan Butterfingers sebagai pencetus ilham, sekali lagi mereka ke Eropah apabila diundang untuk membuat persembahan dengan kumpulan rock legenda Malaysia, Search di Dublin dan London.

    Susulan muzik mereka dianggap istimewa kerana sering tampil dengan idea dan pendekatan baru selain mempunyai 'attitude' sendiri yang membuatkan mereka lain daripada kumpulan band indie yang sudah sedia ada.

    Antara lagu popular mereka adalah Kotak Hati, Jiwa Kelajuan, Dugaannya, Obsesi, Empayarmu, Mencari Konklusi, Bila Aku Sudah Tiada dan Kau Selalu Ada.

    Sehingga kini peminat tegar mereka yang dikenali sebagai Raingers tidak putus-putus menyokong dengan mengikuti setiap persembahan yang diadakan kumpulan itu.

    Telah menghasilkan tiga album bermula dengan nama Hujan, Mencari Konklusi dan Lonely Soldier Boy, mereka memperkasakan setiap kelemahan dengan mengambil contoh pemain muzik yang lain bagi meningkatkan lagi 'skil' muzik mereka itu.

    Peminat Hujan boleh mendapatkan tiket bermula dari RM48, RM63 dan RM78.

    "Tidak ada sebarang had umur yang ditetapkan jadi semua peminat kami yang datang dari golongan kanak-kanak, remaja mahu pun orang dewasa boleh sama-sama menyaksikan konsert ini.

    "Hanya 100 tiket dikeluarkan untuk harga RM48 manakala 150 keping untuk RM63 dan selebihnya pada harga RM78. Semua itu berdasarkan siapa cepat dia dapat," katanya.

    Tiket boleh didapati di kedai Morning Rocket yang terletak di Bandar Sri Permaisuri atau dengan melayari laman sesawang www.klpac.org atau www.ilassotickets.com



    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Pengabadian Whitney, pengiktirafan Adele

    Posted:

    Pengabadian Whitney, pengiktirafan Adele

    Pengabadian Whitney, pengiktirafan Adele

    'AWAN' hitam yang muncul dalam bentuk suasana kesedihan susulan kematian mengejut bekas penyanyi diva, Whitney Houston yang seakan-akan cuba membelenggu kemeriahan majlis Grammy Awards ke-54 yang berlangsung di Staples Center, California, Los Angeles semalam bagaimanapun disulami sinar cahaya terang, kemilau dari kemenangan mengagumkan figura paling popular dan terunggul di dunia saat ini - Adele!

    Mendiang Houston, 48, yang dijadualkan membuat persembahan pada konsert praGrammy disahkan meninggal pada Sabtu, 11 Februari lalu dua hari sebelum berlangsung majlis anugerah muzik paling berprestij ini, menyebabkan Grammy kali ini dipenuhi dengan aura pemenang enam Anugerah Grammy itu.

    Nama mendiang disebut-sebut oleh kebanyakan kalangan karyawan muzik yang muncul pada Grammy kali ini, baik di pentas acara mahupun pada acara karpet merah. "Ada kematian dalam kalangan keluarga kami," ucap hos Grammy ke-54, rapper LL Cool J.

    "Muncul sedikit awan hitam...banyak orang bersedih hati hari ini," akui pula penyanyi country, Miranda Lambert yang nyata cukup pilu dengan kepergian Whitney.

    Meruntun emosi

    Majlis yang meraikan karyawan muzik pelbagai genre dari pop hingga country itu turut diselitkan dengan acara khas bagi memperingati Whitney, khususnya dengan penampilan pemenang Oscar, Jennifer Hudson yang mengalunkan lagu paling hit mendiang, I Will Always Love You dengan penuh syahdu yang nyata sukses dalam meruntun emosi setiap yang melihat dan mendengar persembahan tersebut.

    Biarpun Grammy kali ini meriah dengan persembahan hebat antaranya, Rihanna, Chris Brown, Bruno Mars, Coldplay, Katy Perry dan Nicki Minaj, namun sinar cahaya yang terang pada Grammy kali ini mula menjana tatkala Adele diumumkan menang satu per satu enam kategori yang diraihnya.

    Masih tersenyum tatkala diumumkan menang untuk kategori kelima dirinya dipertandingkan iaitu anugerah kedua tertinggi Grammy - Rakaman Terbaik Sepanjang Tahun, selepas disahkan sebagai pemenang kategori Album Pop Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Vokal Album Pop Terbaik, Adele tidak lagi dapat menahan emosi apabila diumumkan sebagai pemenang anugerah tertinggi Grammy - Album Terbaik Sepanjang Tahun!

    "Ibu, emas adalah bagus!" jerit pemilik nama Adele menujukan kemenangan itu untuk turut dikongsi bersama ibunya, Penny Adkins mengiringi tangisan terharunya saat menjulang trofi Album Terbaik Sepanjang Tahun sambil dikelilingi karyawan penting di sebalik kejayaannya itu termasuk penerbit album 21, Ryan Teddy.


    JENNIFER HUDSON kelihatan pilu ketika mendendangkan lagu I Will Always Love You khusus untuk mengenang mendiang Whitney Houston.


    Tambah Adele: "Album ini (21) dihasilkan dengan meraih inspirasi daripada sesuatu yang sangat normal...hubungan (cinta) yang tidak menjadi."

    Ironinya, jika sepanjang hayatnya, Whitney merangkul enam anugerah Grammy, namun Adele nyata lebih hebat apabila menang enam Grammy secara sekali gus menerusi Grammy ke-54 ini. Ia menyamai rekod yang dibuat oleh Beyonce sebelum ini yang pernah menang enam anugerah Grammy ke-52 secara sekali gus pada tahun 2010.

    Dicampur dua lagi anugerah Grammy yang diraihnya menerusi album sulungnya, 19 pada Grammy tahun 2009 iaitu Artis Baharu Terbaik dan Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik, Adele kini mengumpul sejumlah lapan Anugerah Grammy hanya menerusi dua buah album.

    Pada usianya yang baru 23 tahun, perjalanan Adele masih jauh dan laluan emas berkilauan buatnya yang kini terbentang luas sekali gus menyediakan suatu cabaran yang hebat buat dirinya sama ada di masa mendatang ini dia akan kekal hebat seperti hari ini atau turut menyertai 'laluan maut' seperti mana mendiang Houston.

    Foo Fighters kuasai rock

    Selain Adele, band rock Foo Fighters turut menang besar apabila merangkul lima kemenangan termasuk kategori Album Rock Terbaik menerusi album mereka, Wasting Light.

    "Bagi saya, kemenangan kami ini sangat penting kerana ia menunjukkan elemen terpenting manusia adalah untuk menghasilkan muzik. Ia (muzik) tentang apa yang lahir dari hati," ucap vokalis Foo Fighters, David Grohl.

    Kanye West yang meraih pencalonan Grammy terbanyak sebanyak tujuh lebih satu daripada Adele, menang empat anugerah termasuk untuk kategori Album Rap Terbaik dan Lagu Rap Terbaik.

    West bagaimanapun tidak hadir pada majlis anugerah yang menyaksikan penyanyi country jelita, Taylor Swift meraih dua anugerah iaitu Persembahan Solo Country Terbaik dan Lagu Country Terbaik.

    Sebenarnya ramai ingin melihat kemunculan West pada acara yang sama dihadiri oleh Swift kerana mereka berdua pernah terbabit dalam kontroversi pada tahun 2009 iaitu pada acara MTV Video Music Aweards. Ia tercetus apabila West yang berang dengan kemenangan Swift merangkul Anugerah Video Penyanyi Wanita Terbaik mengalahkan calon lain termasuk Beyonce telah menyerbu pentas dan merampas trofi yang dijulang Swift ketika itu.


    TINGGAL KENANGAN. Wajah gembira mendiang Whitney Houston ketika menjulang trofi Anugerah Persembahan Vokal Penyanyi Wanita R&B Terbaik pada Grammy Awards ke-42 pada tahun 2000.


    Lain hal pula dengan Chris Brown yang sebelum ini pernah terbabit dengan kes pukul penyanyi Rihanna, juga pada tahun 2009.

    Biarpun mengetahui Rihanna muncul dan membuat persembahan di pentas Grammy kali ini, namun Brown menunjukkan sisi profesionalnya apabila hadir bukan sahaja untuk membuat persembahan yang hebat tetapi meraih ganjaran positif apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Album R&B Terbaik.

    Selain menjadi acara paling bererti buat penyanyi legenda Diana Ross yang diberikan pengiktirafan kehormat Grammy iaitu Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, warna-warni dan corat-coret Grammy ke-54 pada tahun ini disempurnakan dengan persembahan penutup daripada otai legenda yang pernah mencetuskan fenomena bersama Beatles suatu ketika dahulu, tidak lain dan tidak bukan Paul McCartney.

    Teka-teki siapa tunang Farhan terjawab

    Posted:

    Teka-teki siapa tunang Farhan terjawab

    Teka-teki siapa tunang Farhan terjawab

    Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


    FARHAN bergambar dengan seluruh ahli keluarganya pada majlis pertunangannya 12 Februari lalu.


    KALI pertama Farhan Akademi Fantasia (AF4), 28, dan Ahmad Rashdan Suhaimi, 28, dipertemukan pada majlis sambutan hari jadi Farhan yang ke-22 pada tahun 2006. Mereka tidak menyangka perkenalan itu boleh menimbulkan bibit-bibit cinta seterusnya membawa mereka ke fasa perhubungan yang lebih serius iaitu pertunangan.

    Masakan tidak, hubungan cinta yang terjalin erat selama dua tahun kemudiannya dipisahkan antara benua dek kerana kekasih hati terpaksa melanjutkan pelajaran ke United Kingdom selama hampir empat tahun.

    Tidak gentar dengan dugaan sebegitu, pemilik sebenar nama Nur Farhan Azizan, begitu setia menunggu sang kekasih. Sebaliknya, kekasih hati nun jauh pula resah gelisah meninggalkan buah hati yang semakin mencipta nama di Malaysia.

    "Kami dipertemukan oleh Kak Nur iaitu salah seorang rakan kelab peminat saya ketika sambutan hari jadi saya pada tahun 2006. Rashdan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada tahun 2008. Selama tiga tahun kami menjalinkan percintaan jarak jauh, banyak kesukaran yang kami hadapi. Dia risaukan saya kerana saya artis. Takut ada skandal tetapi saya jaga semuanya dan tahu batas-batas dalam perhubungan," ujarnya kemudiannya terus disunting Rashdan setelah pulang dari United Kingdom kira-kira empat bulan lalu.

    Lantas setelah hampir tujuh tahun menyulam cinta akhirnya Farhan dan Rashdan mengikat tali pertunangan pada 12 Februari lalu di Flora Amwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

    Pertunangan mereka sekali gus melenyapkan teka-teki media bahawa teman lelaki yang beberapa kali mengikutnya ke majlis-majlis hiburan yang disangkakan pengurus Farhan rupa-rupanya seorang pengurus akauntan di Petronas.

    Ditanya mengenai cabaran sepanjang percintaan jarak jauhnya, Farhan mengaku pernah berdepan pergaduhan sehingga menyebabkan mereka tidak berhubung selama dua bulan.

    Namun, semuanya kembali baik tatkala Rashdan menghubunginya semula.

    "Selama dia berada di sana pelbagai sistem komunikasi telah kami gunakan. Antaranya, Yahoo Messenger, Skype, Facebook, Twitter dan macam-macam lagi demi mengeratkan lagi hubungan. Namun, adat bercinta jarak jauh kami juga berdepan dengan pergaduhan dan terputus hubungan selama dua bulan," ujarnya yang manis dalam persalinan kelabu dan ungu hasil rekaan Syarakim ketika ditemui selepas majlis pertunangannya.

    Mengikat tali pertunangan selama setahun, ungkap Farhan, mereka memerlukan masa kira-kira setahun untuk memberi masa kepada masing-masing mengukuhkan karier sementelah tunangnya baru sahaja memulakan tugasnya sebagai pengurus akauntan.

    Ditanya apakah ciri-ciri yang ada pada Rashdan sehingga dirinya terpikat kepada jejaka itu, ujar Farhan, tunangnya seorang yang sangat memahami walaupun pemikirannya agak konservatif.

    "Saya ini seorang yang berfikiran terbuka. Tetapi Rashdan tidak. Dia agak konservatif. Itu salah satu sebab saya tertarik kepada dia. Saya rasa lelaki yang berfikiran begini boleh membimbing saya ke arah yang lebih baik. Selain itu, dia juga seorang yang sangat memahami. Malah, dia tidak menghalang saya untuk terus aktif menyanyi selepas berkahwin nanti," tuturnya.

    Pada majlis pertunangan itu, Farhan menerima sebentuk cincin emas putih bertakhtakan berlian yang disarungkan oleh bakal mentuanya, Faridah Hussin.

    Menariknya, tidak seperti kebanyakan majlis pertunangan yang lain, majlis pertunangan Farhan tidak dihadiri oleh tunangnya, Rashdan.

    Menurut Farhan, perkara tersebut (ketidakhadiran Rashdan) memang dirancang kerana mereka mahu kesederhaan dan mengikut adat lama.

    Farhan turut menerima lima dulang hantaran berupakan manisan iaitu kek cawan, buah-buahan, pot pouri, sirih junjung dan sedikit wang perbelanjaan sebagai tanda pertunangan.

    Pihak Farhan pula membalas tujuh dulang hantaran yang juga berupakan manisan iaitu kek cawan, al-Quran, buah-buahan, kek fondant, sejadah dan sirih junjung.

    Pasangan itu sepakat untuk memberi hantaran sepersalinan ketika hari pernikahan kelak. Mereka dijangka melangsungkan pernikahan pada awal tahun depan.

    9X program untuk belia

    Posted:

    9X program untuk belia

    9X program untuk belia

    Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


    ANTARA barisan artis muda yang terlibat di dalam program 9X.


    SEJAJAR dengan komitmen saluran TV9 yang mengetengahkan kreativiti di kalangan remaja dan belia, sebuah slot telah dilancarkan khusus bagi tontonan remaja dan belia dalam lingkungan usia antara 19 hingga 29 tahun bagi memberi ruang untuk golongan tersebut melempiaskan idea mereka.

    Slot yang diberi nama 9X menjanjikan kelainan serta pengisian yang lebih menarik menggunakan formula yang bersesuaian dengan cita rasa sasaran penonton saluran TV9 yang lebih muda.

    Slot tersebut akan menemui penonton TV9 bermula 20 Februari ini pada setiap hari Isnin hingga Rabu pukul 10.30 malam. Antara program menarik yang diselitkan dalam slot ini adalah seperti Aizat Gegar NZ, Teenwolf, Pulau, Soundcheck, 9X Mix Tape dan banyak lagi.

    Menurut Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin berkata, 9X bakal menjanjikan kelainan dari segi konsep dan juga barisan program yang disiarkan juga akan hadir dalam pelbagai genre.

    Idea 9X hadir melalui hasil pertemuan dengan golongan belia dalam acara padang TV9 sekitar tahun 2011. Melihatkan jumlah belia yang mempunyai idea kreatif, imaginatif yang di luar jangkaan, 9X dicipta sebagai medium untuk mereka meluah dan mengembangkan bakat terpendam yang ada dalam pelbagai bidang.

    "Kami berpegang teguh kepada tiga perkara iaitu untuk terus menyuntik elemen baharu di dalam semua usaha kami untuk terus memberikan kelainan serta untuk terus menjadi sumber inspirasi kepada penonton kami.

    "Menyedari bahawa adanya keserasian di antara nilai-nilai kami dan komuniti remaja masa kini, ianya menaikkan semangat kami untuk memainkan peranan dalam menyediakan platfom bagi mereka untuk mengekspresikan diri di samping menjadikan ia sebagai aspirasi kepada yang lain," tutur Sherina ketika mengadakan pelancaran 9X di Yayasan Seni, Kuala Lumpur.

    Tambahnya lagi, 9X bukan sahaja akan menjadi tapak permulaan kepada para remaja untuk berkarya dan berkongsi kreativiti, malah TV9 turut memberi sokongan serta menggalakkan para belia untuk menceburkan diri dalam bidang produksi yang seterusnya akan disiarkan di saluran TV9 untuk tontonan semua.

    Selain itu, program menarik seperti ini adalah satu tujuan untuk menaikkan rating saluran TV9 yang berada di tempat kedua di bawah saluran TV3 dengan perkongsian peratusan sebanyak lapan peratus.

    "Jika sebelum ini slot Skrin di TV9 pada pukul 8.30 malam mendapat kutipan penonton seramai 700,000 orang. Namun, kini kami telah dapat mencecah sehingga 1 juta penonton. Dan jujur, kami agak berbangga dengan pencapaian tersebut walaupun saluran TV9 hanya dapat bersaluran di Semenanjung Malaysia sahaja," jelas Sherina teruja.

    Bagi belia yang ingin mengetengahkan idea-idea mereka dalam slot ini, TV9 sangat terbuka untuk menerima kertas cadangan dan idea dari sesiapa sahaja. Namun, kelainan dari segi konsep dan idea diperlukan supaya ia tidak kelihatan sama dengan konsep atau program yang sedia ada.

    Isnin, 13 Februari 2012

    Zon Artis

    Zon Artis


    Promo: Tiket Penerbangan Ke Paris Buat Penonton Setia TV9

    Posted: 13 Feb 2012 10:18 PM PST

    Berita baik untuk semua penonton setia TV9 di mana anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi peraduan-peraduan hebat di TV9. Kesemua peraduan adalah amat mudah. Oleh itu jangan ketinggalan untuk menyertainya. Antara peraduan menarik yang ditawarkan bermula pada bulan Februari ini adalah:

    Cipta Perbualan Romantis antara Ariana & Mikhail

    PERADUAN TV9 MALAYSIA

    Jika sebut "Paris", pasti ramai yang terus membayangkan kecantikan dan nilai-nilai romantis yang tersemat di dalam kota cinta tersebut. Drama Ariana Mikhail lakonan Nora Danish dan Syed Hussein (Sein) melalui slot Ratu, setiap Isnin & Selasa, 8.30 malam mengisahkan cinta pertama mereka yang berlatarbelakangkan kota Paris ini. TV9 ingin memberi peluang kepada penonton setianya untuk merasai detik-detik percintaan Ariana dan Mikhail dengan menawarkan dua (2) tiket penerbangan ke Paris.

    Caranya mudah sekali di mana peserta hanya perlu mencipta perbualan paling romantis di antara Ariana dan Mikhail berdasarkan gambar yang dipaparkan di www.tv9.com.my. Paling menarik, pemenang akan dipilih sendiri oleh Ariana (Nora Danish) dan Mikhail (Sein) berdasarkan dialog yang paling romantis. Peraduan bermula pada 13 Februari dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Februari 2012.

    Peraduan SMS Mutiara Hati – Anugerah

    PERADUAN TV9 MALAYSIA

    Program Anugerah menerusi slot Mutiara Hati di TV9 kini kembali sekali lagi dengan Peraduan SMS yang menjanjikan para pemenangnya tiket istimewa ke Lost World of Tambun! Peraduan SMS Mutiara Hati ini akan bermula pada 13 Februari 2012 dan berakhir pada 9 Mac 2012.

    Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu menonton sinetron Anugerah yang disiarkan di TV9 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 5.30 petang untuk mendapatkan kata kunci yang berlainan pada setiap hari. Terdapat 4 kata kunci pada setiap minggu dan seterusnya peserta perlu menghantar SMS MUTIARA ke 33399 untuk memberi semua kata kunci pada minggu tersebut serta menjawab satu soalan seminggu.

    Peserta dengan jawapan yang tepat dan paling pantas akan diumumkan sebagai pemenang. Satu (1) pemenang akan dipilh setiap minggu mengikut kriteria pemilihan dan pemenang akan diumumkan pada hari Jumaat minggu yang seterusnya. 4 pemenang bertuah akan diumumkan dan setiap pemenang akan mendapat tiket ke Lost World of Tambun (Baucer Keluarga untuk 4 orang).

    Peraduan Movie Night

    PERADUAN TV9 MALAYSIA

    Seperti yang sudah diketahui ramai, TV9 kini menyiarkan pelbagai filem antarabangsa terbaik pada setiap hari Sabtu jam 10.00 malam menerusi slot Movie Night. Penonton hanya perlu menonton filem-filem terbaik ini di TV9 untuk mendapatkan 3 soalan dan slogan. Jawapan paling tepat dan cepat serta slogan paling kreatif akan diumumkan sebagai pemenang. Hadiah yang ditawarkan berupa iPod Touch, PSP Go dan XBOX 360 Slim. Peraduan bermula pada 17 Mac 2012 dan tarikh tutup adalah pada 15 April 2012. Filem-filem Movie Night yang terlibat dalam peraduan ini adalah:

    1. Gamer (17 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
    2. Aeon Flux (24 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
    3. Bandslam (31 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
    4. Rambo (7 April 2012. Sabtu, 10 malam)
    5. The Ring (14 April 2012, Sabtu. 10 malam)

    Psstt: Memang unik dan lain daripada yang lain bangunan-bangunan ni~

    Related Posts with Thumbnails

    Sensasi

    Sensasi


    Iqram Dinzley ingin berhenti berlakon untuk mendalami agama Islam

    Posted: 13 Feb 2012 09:39 PM PST


    Pelakon, Iqram Dinzley mengakui pernah berhasrat untuk berhenti daripada bidang lakonan kerana ingin mendalami agama Islam.

    Iqram berkata, keputusan itu telah difikirkannya sebanyak dua kali iaitu pada kali pertama dia pulang dari menunaikan Umrah pada tahun 2006 dan ketika bercuti di Turki pada tahun lalu.

    "Dah dua kali saya berhajat untuk meninggalkan bidang lakonan ini untuk mendalami lagi agama Islam yang selama ini saya rasakan diri ini agak cetek dalam pengetahuan agama.

    "Bagaimanapun saya rasa, perubahan boleh dilakukan secara berperingkat dan pada masa sama saya tetap mendalami ilmu-ilmu agama yang banyak lagi rasanya saya tidak tahu," katanya.

    Tambah Iqram, antara perubahan yang dilakukannya ialah dia tidak lagi memakai seluar pendek seperti yang sering digayakannya sebelum ini apabila keluar beriadah.

    "Selain itu juga, jujur saya katakan, saya sedang berusaha untuk menguatkan rukun Islam yang kedua iaitu sembahyang lima waktu sehari.

    "Benar, perkara ini harus dilakukan sejak dahulu lagi, tetapi saya sedang bergerak ke arah kebaikan, Insya-Allah," ujarnya.

    Nabila akui Johan Asaari lelaki sempurna

    Posted: 13 Feb 2012 09:26 PM PST

    Sensasi pasti ramai yang kenal kedua artis nie,Nabila Huda dan Johan Asaari dan kedengaran desas desus kononnya mereka bercinta,pergi dating sana-sini.Tengok wayang bersama. Bahkan Nabila memanggil Johan dengan panggilan "Sayang".

    Semasa sesi photo Shoot ,kedua mereka kelihatan begitu mesra dnegan gelagat seperti orang bercinta dan sungguh selesa berpegangan .Namun menurut Nabila dan Johan mereka adalah kawan karib.

    Ish ish..ade ke kawan karib berlainan jantina kene panggil "sayang",pegang-pegang sume nie? Memang begitu "senang" lah bagi lelaki mengambil kesempatan terhadap kawan karib kalau mcm nie..huhu..

    Sensasi pun ade jugak kawan karib lain jantina,tapi tak kuaseee haih nak pegang atau panggil syg...hell noo..panggil "aku kau" sudah..






    "Sebelum Pelangi Kasih kami pernah sama-sama berlakon drama untuk RTM. Orangnya pendiam, merendah diri dan pemalu tetapi sangat menghormati pelakon senior. Di lokasi, dia bersungguh-sungguh mahu belajar dan akan bertanya apa yang perlu dilakukan bagi memastikan lakonannya lebih berkesan.

    "Untuk menghilangkan rasa gugup ketika menjayakan babak romantik dalam Pelangi Kasih, saya mengajaknya berbual dan berkongsi beberapa tips. Tak sangka kami boleh jadi kawan baik. Sudah lama saya tidak ada kawan rapat lelaki. Saya selesa berkongsi apa saja cerita dengannya.

    "Dia pun ikhlas dalam persahabatan. Walau orang cakap macam-macam pasal saya, dia tidak kisah dan boleh terima saya seadanya. Jika tidak terikat dengan penggambaran, kami akan lepak dan andai sibuk, kami akan berhubung melalui telefon.

    "Sebagai kawan karib, saya turut bertindak sebagai penasihat imejnya. Jika ada penggambaran atau sesi fotografi, dia akan tanya saya apa yang perlu dipakai," katanya.

    Mengenai pengganti kekosongan hatinya, Nabila yang kini hidup sendiri selepas bercerai dengan Zaidy Zailani menjelaskan, masih terlalu awal untuk berbicara soal hati dan perasaan. Apatah lagi mereka masih dalam proses mengenali. Katanya, andai benar ada cinta satu hari nanti biarlah ia hadir tanpa dipaksa. Andai itu takdirnya, Nabila tidak menolak tetapi buat masa ini mereka hanya bersahabat baik.

    "Saya tahu orang ingat kami bercinta selepas digandingkan dalam Pelangi Kasih. Kalau cinta lokasi tidak mungkin kami rapat hingga sekarang. Lagipun mana boleh baru kenal terus bercinta. Itu cinta nafsu namanya.

    "Jujur, kami tidak pernah bercakap soal perasaan. Pengalaman menjadikan saya takut untuk bercinta. Saya bimbang apabila wujud rasa itu akan rosakkan persahabatan. Andai putus, saya masih mahu berkawan baik tetapi cara itu tidak boleh diterima masyarakat kita. Saya pernah melaluinya dan tidak mahu ia berulang.

    "Cara hidup saya dan Johan berbeza dan itulah yang membuatkan persahabatan kami semakin erat. Dia 'family man' dan bagi saya dia lelaki yang sempurna serta baik.

    Gaya Selebriti Hollywood di Red Carpet Grammy Awards ke 54

    Posted: 13 Feb 2012 09:03 PM PST

    Apa yang menarik tentang Anugerah untuk selebriti,tentulah acara Red Carpet,dan apa yang menarik dalam acara Red Carpet tentulah mencuci mata melihat selebriti yang cantik dan jelita, dengan gaya mekap yang bermacam rupa.Fesyen pakaian ya ng menarik dan pelik-pelik.
    Dan Fesyen Hollywood sering menjadi insprirasi buat Selebriti tempatan kita.

    Jom Cuci mata ,..
    Adele
    Alicia Keys
    Carrie Underwood
    Cyndi Lauper masih nampak 'hot' walaupun
    sudah berusia 58 tahun! Woot!
    Begitu juga dengan Diana Ross yang bakal
    menjangkau usia 68 tahun pada 26 Mac akan datang!
    Penyanyi kumpulan Black Eyed Peas, Fergie nampak
    pelik dengan pakaian lace berwarna oren ini.
    Foo Fighters
    Jessie J kelihatan seperti bola disko!
    Namun dressnya kelihatan cantik on her body!
    Seperti kali pertama Katy Perry
    tidak kelihatan OTT (over the top)!
    Kelly Osbourne
    Kings Of Leon
    Lady Antebellum
    Pengacara Anugerah Grammy, LL Cool J.
    Nicki Minaj
    Produksi penulisan lagu The Smeezingtons yang dianggotai oleh
    Philip Lawrence (kiri), Bruno Mars dan Ari Levine.
    Good girl gone bad! Rihanna!
    Sum 41
    Penyanyi desa terkenal, Taylor Swift.

    Gambar Nita Hamzah kini selesa menggelapkan kulit

    Posted: 13 Feb 2012 08:53 PM PST

    Kalau dulu Agnes Monica menggelapkan kulit dan menggayakan Kebaya fesyen nampak seluar dalam tapi sebenarnya agnes nampak cantik juga berkulit gelap,Kini Nita pula menggelapkan kulit selepas putus cinta dengan Zahid AF...Amacam,ok tak?


    Nita Hamzah pemilik nama sebenar Norhanita bt Hamzah merupakan pemenang tempat kedua untuk program realiti tv Malaysian Idol musim 2. Nama beliau mula dikenali ramai setelah menyertai program ini.

    Nita yang sebelum ini pernah bercinta dengan pemenang Akademi Fantasia musim ke-2, Zahid kini dilihat semakin menggemari melakukan aktiviti laut. Mungkin berasa bosan selepas cinta yang disulam putus ditengah jalan, Nita mencari sesuatu yang baru untuk dilakukan seperti aktiviti laut selain dari menyanyi.

    Dan dalam gambar pun jelas menampakkan kulit penyanyi lagu "True Love" ini jauh lebih gelap berbanding sebelum ini. Nita juga tampak seronok dan selesa melakukan aktiviti lasak yang kini menjadi kegemarannya.