Sensasi |
- Iqram Dinzley ingin berhenti berlakon untuk mendalami agama Islam
- Nabila akui Johan Asaari lelaki sempurna
- Gaya Selebriti Hollywood di Red Carpet Grammy Awards ke 54
- Gambar Nita Hamzah kini selesa menggelapkan kulit
Iqram Dinzley ingin berhenti berlakon untuk mendalami agama Islam Posted: 13 Feb 2012 09:39 PM PST Pelakon, Iqram Dinzley mengakui pernah berhasrat untuk berhenti daripada bidang lakonan kerana ingin mendalami agama Islam. Iqram berkata, keputusan itu telah difikirkannya sebanyak dua kali iaitu pada kali pertama dia pulang dari menunaikan Umrah pada tahun 2006 dan ketika bercuti di Turki pada tahun lalu. "Dah dua kali saya berhajat untuk meninggalkan bidang lakonan ini untuk mendalami lagi agama Islam yang selama ini saya rasakan diri ini agak cetek dalam pengetahuan agama. "Bagaimanapun saya rasa, perubahan boleh dilakukan secara berperingkat dan pada masa sama saya tetap mendalami ilmu-ilmu agama yang banyak lagi rasanya saya tidak tahu," katanya. Tambah Iqram, antara perubahan yang dilakukannya ialah dia tidak lagi memakai seluar pendek seperti yang sering digayakannya sebelum ini apabila keluar beriadah. "Selain itu juga, jujur saya katakan, saya sedang berusaha untuk menguatkan rukun Islam yang kedua iaitu sembahyang lima waktu sehari. "Benar, perkara ini harus dilakukan sejak dahulu lagi, tetapi saya sedang bergerak ke arah kebaikan, Insya-Allah," ujarnya. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nabila akui Johan Asaari lelaki sempurna Posted: 13 Feb 2012 09:26 PM PST Sensasi pasti ramai yang kenal kedua artis nie,Nabila Huda dan Johan Asaari dan kedengaran desas desus kononnya mereka bercinta,pergi dating sana-sini.Tengok wayang bersama. Bahkan Nabila memanggil Johan dengan panggilan "Sayang". Semasa sesi photo Shoot ,kedua mereka kelihatan begitu mesra dnegan gelagat seperti orang bercinta dan sungguh selesa berpegangan .Namun menurut Nabila dan Johan mereka adalah kawan karib. Ish ish..ade ke kawan karib berlainan jantina kene panggil "sayang",pegang-pegang sume nie? Memang begitu "senang" lah bagi lelaki mengambil kesempatan terhadap kawan karib kalau mcm nie..huhu.. Sensasi pun ade jugak kawan karib lain jantina,tapi tak kuaseee haih nak pegang atau panggil syg...hell noo..panggil "aku kau" sudah.. "Sebelum Pelangi Kasih kami pernah sama-sama berlakon drama untuk RTM. Orangnya pendiam, merendah diri dan pemalu tetapi sangat menghormati pelakon senior. Di lokasi, dia bersungguh-sungguh mahu belajar dan akan bertanya apa yang perlu dilakukan bagi memastikan lakonannya lebih berkesan. "Untuk menghilangkan rasa gugup ketika menjayakan babak romantik dalam Pelangi Kasih, saya mengajaknya berbual dan berkongsi beberapa tips. Tak sangka kami boleh jadi kawan baik. Sudah lama saya tidak ada kawan rapat lelaki. Saya selesa berkongsi apa saja cerita dengannya. "Dia pun ikhlas dalam persahabatan. Walau orang cakap macam-macam pasal saya, dia tidak kisah dan boleh terima saya seadanya. Jika tidak terikat dengan penggambaran, kami akan lepak dan andai sibuk, kami akan berhubung melalui telefon. "Sebagai kawan karib, saya turut bertindak sebagai penasihat imejnya. Jika ada penggambaran atau sesi fotografi, dia akan tanya saya apa yang perlu dipakai," katanya. Mengenai pengganti kekosongan hatinya, Nabila yang kini hidup sendiri selepas bercerai dengan Zaidy Zailani menjelaskan, masih terlalu awal untuk berbicara soal hati dan perasaan. Apatah lagi mereka masih dalam proses mengenali. Katanya, andai benar ada cinta satu hari nanti biarlah ia hadir tanpa dipaksa. Andai itu takdirnya, Nabila tidak menolak tetapi buat masa ini mereka hanya bersahabat baik. "Saya tahu orang ingat kami bercinta selepas digandingkan dalam Pelangi Kasih. Kalau cinta lokasi tidak mungkin kami rapat hingga sekarang. Lagipun mana boleh baru kenal terus bercinta. Itu cinta nafsu namanya. "Jujur, kami tidak pernah bercakap soal perasaan. Pengalaman menjadikan saya takut untuk bercinta. Saya bimbang apabila wujud rasa itu akan rosakkan persahabatan. Andai putus, saya masih mahu berkawan baik tetapi cara itu tidak boleh diterima masyarakat kita. Saya pernah melaluinya dan tidak mahu ia berulang. "Cara hidup saya dan Johan berbeza dan itulah yang membuatkan persahabatan kami semakin erat. Dia 'family man' dan bagi saya dia lelaki yang sempurna serta baik. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Gaya Selebriti Hollywood di Red Carpet Grammy Awards ke 54 Posted: 13 Feb 2012 09:03 PM PST Apa yang menarik tentang Anugerah untuk selebriti,tentulah acara Red Carpet,dan apa yang menarik dalam acara Red Carpet tentulah mencuci mata melihat selebriti yang cantik dan jelita, dengan gaya mekap yang bermacam rupa.Fesyen pakaian ya ng menarik dan pelik-pelik. Dan Fesyen Hollywood sering menjadi insprirasi buat Selebriti tempatan kita. Jom Cuci mata ,..
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Gambar Nita Hamzah kini selesa menggelapkan kulit Posted: 13 Feb 2012 08:53 PM PST Kalau dulu Agnes Monica menggelapkan kulit dan menggayakan Kebaya fesyen nampak seluar dalam tapi sebenarnya agnes nampak cantik juga berkulit gelap,Kini Nita pula menggelapkan kulit selepas putus cinta dengan Zahid AF...Amacam,ok tak? Nita Hamzah pemilik nama sebenar Norhanita bt Hamzah merupakan pemenang tempat kedua untuk program realiti tv Malaysian Idol musim 2. Nama beliau mula dikenali ramai setelah menyertai program ini. Nita yang sebelum ini pernah bercinta dengan pemenang Akademi Fantasia musim ke-2, Zahid kini dilihat semakin menggemari melakukan aktiviti laut. Mungkin berasa bosan selepas cinta yang disulam putus ditengah jalan, Nita mencari sesuatu yang baru untuk dilakukan seperti aktiviti laut selain dari menyanyi. Dan dalam gambar pun jelas menampakkan kulit penyanyi lagu "True Love" ini jauh lebih gelap berbanding sebelum ini. Nita juga tampak seronok dan selesa melakukan aktiviti lasak yang kini menjadi kegemarannya. |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |