Adsense

Isnin, 13 Februari 2012

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Juruterbang AirAsia X langgar aspek keselamatan Australia

Posted: 12 Feb 2012 04:12 PM PST

MELBOURNE – Penyiasat keselamatan udara Australia mendapati bahawa juruterbang-juruterbang AirAsia X telah dua kali menerbangkan pesawat begitu rendah di Lapangan Terbang Gold Coast hingga melanggar sempadan keselamatan antara daratan dan kapal terbang lain.

image Juruterbang AirAsia X langgar aspek keselamatan Australia

Kapal terbang Airbus A330 itu membuat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Gold Coast apabila kejadian itu berlaku pada 4 Mei dan 29 Mei 2010.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, dalam satu laporan yang mengklasifikasi kejadian itu sebagai 'serius', berkata pesawat-pesawat itu turun ke ketinggian yang tidak lagi terdapat jaminan pemisahan dari daratan dan dari kapal terbang yang beroperasi di luar ruang udara terkawal.

Ketika itu awan berada pada paras rendah dan penglihatan kurang jelas, tetapi sebab kenapa juruterbang-juruterbang itu melangkaui jarak selamat itu tidak diberikan.

Bagaimanapun, penyiasat-penyiasat berkata anak kapal "barangkali tidak dilengkapi secukupnya untuk mengendalikan jalan tuju dengan kaedah selain kaedah terurus auto juruterbang".

Sebagai tindak balas kepada kejadian itu AirAsia X telah mengubah prosedur bagi anak kapal semasa melaksanakan pendaratan serta mengubah suai program latihan simulator. – Bernama

///sinarharian///

Nikita belum puas tatu dada

Posted: 11 Feb 2012 05:00 PM PST

JAKARTA: Artis Nikita Mirzani mengaku kurang berpuas hati dengan tatu yang ada di dadanya sekarang. Dia merancang untuk menambah koleksi tatu bagi memenuhi bahagian dadanya.

foto%2BNikita%2BMirzani Nikita belum puas tatu dada

sumber

"Sebenarnya tatu yang ada sekarang belum lengkap, tetapi kalau ditambah lagi akan memenuhi seluruh dada," katanya yang menunjukkan tatu besar bertulis namanya di dada, di Studio ANTV, semalam. Menurut wanita yang mendapat teguran daripada Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) kerana tampil keterlaluan dia menggemari tatu sejak 2007. "Saya menggemari tatu sejak 2007. Pada awalnya mahu mencuba imej yang kecil tetapi kelihatan lucu, jadi saya buat yang besar saja sampai sekarang," katanya.

Nikita+Mirzani sexy Nikita belum puas tatu dada

sumber

Kini Nikita memiliki 17 tatu di seluruh tubuhnya. Namun, hanya satu yang menjadi kegemaran kerana dirasa menambah keseksiannya.

"Sekarang saya ada 17 tatu dan yang menjadi kegemaran adalah tatu di bawah pusat dengan imej bunga. Kalau memakai bikini, saya akan berasa seksi," katanya.

///hmetro///