Berita Harian: Hip |
Posted: 12 Feb 2012 02:57 PM PST Hip Kehilangan secara mengejut diratapi rakan seperjuanganTIADA lagi penyanyi yang mampu mengubah sebuah lirik menjadi melodi yang cukup indah, apabila penyanyi kulit hitam, Whitney Houston, 48, menghembuskan nafas terakhirnya, kelmarin. Kehilangan Whitney cukup mengejutkan bukan saja buat peminat lagu I Will Always Love You, tetapi turut diratapi rakan seperjuangannya. Penyanyi Aretha Fraklin, tidak mampu berkata-kata akibat terlalu sedih dengan pemergian sahabatnya itu."Saya tidak mampu untuk bercakap sekarang. Kehilangan Whitney cukup mengejutkan, saya tidak percaya dengan berita yang saya lihat di kaca televisyen. Berita menyedihkan ini membuatkan saya teringat kepada ibunya Cissy serta anaknya Bobbi Kriss, keluarga dan Bobby (Brown)," katanya. Penyanyi legenda yang dilahirkan tanggal 9 Ogos 1963 di Newark, New Jersey, ditemui mati oleh pengawal peribadinya di dalam bilik Hotel Hilton di Beverly Hills California kira-kira jam 3.55 petang. Houston yang memulakan kerjaya dalam dunia nyanyian sejak muda, berada di Beverly Hills kerana terbabit dengan persembahan sempena sambutan majlis pra-Anugerah Grammy. Kali terakhir penyanyi itu ditemui pada Khamis lalu. Anugerah Grammy berlangsung hari ini di Staples Center, Los Angeles. Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini. |
Dengarnya... Ada kes pilih kasih di Istana Budaya? Posted: 12 Feb 2012 02:04 PM PST Hip CIK Normah sebenarnya bangga apabila industri komedi kita semakin mendapat tempat. Buatlah apa saja program yang membabitkan artis komedi, pasti meletup! Filem kita juga banyak diselitkan dengan kemunculan pelawak untuk memancing perhatian, tidak kiralah dalam genre seram mahu pun romantik.Cik Normah akui, komedi kembali semarak selepas Astro memperkenalkan program realiti Raja Lawak, diikuti Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. Sejak itu pelawak tanah air yang dulunya ala-ala sudah tidak mendapat tempat di stesen TV, kini kembali bernafas, sekali gus menjana pendapatan. Malah, sebahagiannya siap muncul sebagai nama paling popular. Apabila Cik Normah baru-baru ini menyaksikan program komedi yang buat julung kali diangkat ke pentas bertaraf antarabangsa, iaitu Lawak Ke? Der, sambutannya sungguh di luar dugaan. Tahniah buat Istana Budaya serta semua yang menjayakannya. Bercerita mengenai pementasan ini, Cik Normah yang berkesempatan menjenguk majlis pengumuman program Istana Budaya 2012 tidak lama dulu tumpang teruja apabila dimaklumkan akan diwujudkan slot Bila Hati Di Geletek, dengan memberi tanggungjawab kepada Global Network Entertaiment (GNE), milik penerbit dan pelakon, Den Wahab.Peliknya, tatkala pengumuman susulan dilakukan, alih-alih nama Tall Order Productions milik Hans Isaac pula yang naik. Bukanlah Cik Normah nak berpandangan serong, cuma pelik apabila ia benar-benar direalisasikan, syarikat Harith Iskander, NRG Enterprise, pula yang bekerjasama dengan Istana Budaya. Mana satu yang betul ni? Ini idea asal siapa, sebab dalam setiap sidang media ada saja perubahan? Apa jadi pula dengan nasib individu yang mula-mula tampil dengan idea berkenaan, siapa lagi kalau bukan Den Wahab? Kenapa tiba-tiba pihak Istana Budaya membuat pengakuan mereka sudah merancang persembahan genre berkenaan sejak lama dulu, cuma kalendar panggung terbabit sudah penuh.
Cik Normah harap orang kuat Istana Budaya dapat memberi penerangan, bimbang nanti makin ramai orang tersalah sangka. Iyalah, reputasi panggung berprestij itu cukup gah. Kita tak mahu nanti ada pihak ambil kesempatan, nama Istana Budaya pula yang tercalar. Mana taknya, terkial-kial produksi lain menghantar kertas cadangan, tapi masih tak sangkut-sangkut. Tak naklah nanti orang kata, Istana Budaya tu hanya untuk sesetengah orang atau produksi saja. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |