Adsense

Rabu, 28 Disember 2011

Celebrity News

Celebrity News


The World Class Goalkeeper, Khairul Fahmi Di Majalan Glam

Posted: 28 Dec 2011 02:19 AM PST

Penjaga Gol Kebangsaan yakni Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi perhatian sekali lagi kerana wajah beliau jelas terpampang sebagai penghias 'Cover Page" Majalah Glam. Mungkin sekarang ini penerbit dan pengedar sudah jelas akan kemampuan ahli sukan mampu menjadi penarik majalah mereka.

Namun yang menjadi perhatian ZoOm adalah ayat ini "The World Class Goalkeeper", Tabik spring dekat Khairul Fahmi@Apek kerana terpilih menjadi penghias muka depan majalan Glam ini.

JIka sebelum ini kisah panas pertunangan beliau yang hanya sampai separuh jalan, dan seterunya kisah percintaan beliau dengan gadis bernama Dahlia melonjakkan nama beliau diarena hiburan dan bahan bacaan di Malaysia khasnya.

ZoOM : Seksi nyeerrr Aperk dekat majalah ni :) Apa Pula Kata Anda ?
 
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Joran - Teknik Memasang Umpan Cacing

Posted: 28 Dec 2011 12:03 AM PST



Untuk makluman ZoOM adalah kaki pancing tegar dan sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti kaki pancing dialam maya/sesawang. Dan sesekali ZoOm dan rakan-rakan sepejabat atau keluarga akan meluangkan masa untuk memancing.

Hari ini ZoOM akan berkongsi dengan anda cara-cara memasang umpan(cacing) ketika memancing ikan air tawar.

TEKNITEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.


Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing pada mata kail antara teknik yang boleh digunakan ketika memancing air tawar untuk memikat penghuni sungai ataupun tasik. Cacing adalah antara umpan paling berkesan untuk kebanyakan ikan air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa ekor sekali gus seperti gambar rajah berikut.



Info : http://jom-pancing-ikan.blogspot.com
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Jue Aziz nafi “buat perangai”

Posted:

Jue Aziz nafi "buat perangai"

Jue Aziz nafi "buat perangai"

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar SAFRIZAL AZMI


KECEWA dengan laporan yang mengatakan dia kini mempunyai masalah disiplin.


AKHIRNYA teka-teki mengenai status sebenar Jue Aziz di dalam pementasan teater Semerah Padi terjawab, apabila dia muncul buat pertama kali pada hari ketiga pementasan teater tersebut di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Abd. Aziz, 28, sebelum ini dikatakan bakal digugurkan dari pementasan teater tersebut kerana masalah yang ditimbulkan pelakon itu sendiri.

Dia yang dikatakan gagal hadir sewaktu latihan minggu terakhir pementasan teater ini menimbulkan keadaan panik kepada pihak produksi kerana tiba-tiba sepi tanpa berita dan gagal di hubungi .

Menjawab persoalan kehilangan misteri dari latihan pementasan teater tersebut, Jue memberitahu bahawa dia sebenarnya terpaksa mengambil cuti sakit selama empat hari apabila kondisi badannya terlalu lemah untuk meneruskan latihan yang sudah bermula sejak pertengahan November lalu.

"Saya diberi cuti sakit bermula 16 sehingga 19 Disember.

"Saya pitam dan muntah-muntah. Keadaan ini menyebabkan seluruh anggota saya menjadi terlalu lemah sehingga gagal hadir ke latihan," katanya ketika ditemui selepas pementasan teater Semerah Padi di Istana Budaya baru-baru ini.

Menurut Jue dia sangat kecewa dengan pendedahan media sebelum ini yang mengatakan bahawa dia mempunyai masalah disiplin dan gagal hadir ke latihan selama berminggu-minggu, sehingga menimbulkan masalah kepada pihak produksi teater Semerah Padi.

"Adalah tidak benar bahawa saya tidak hadir ke latihan selama berminggu-minggu seperti yang dilaporkan. Saya juga menyangkal dakwaan yang mengatakan tarikh pementasan teater ini dianjak adalah disebabkan saya.

"Apa yang berlaku adalah saya terlalu lemah untuk meneruskan latihan pada minggu terakhir, malah saya ada memberitahu pihak produksi mengenai keadaan sebenar saya," jelasnya.

Bagaimanapun watak Dara yang dibawa Jue juga dikongsi dengan pelakon Arbaiah Ahmad Nadzri atau Abby Nadzri, dimana kedua mereka akan bergilir membawa watak ini sepanjang pementasan teater itu berlangsung ketika ini.

Teater ini telah dipentaskan bermula 21 Disember lalu dan berakhir pada 31 Disember ini.

Menurut Jue dia langsung tidak terkilan memberikan laluan kepada Abby untuk sama-sama memegang watak Dara, malah menurutnya kehadiran Abby yang dipilih empat hari sebelum pementasan pertama teater ini diadakan amat membantunya

"Mungkin ini yang terbaik memandangkan keadaan saya masih lagi belum pulih sepenuhnya.

"Tidak mahu penonton keliru dengan kemunculan Dara yang berbeza, kami berdua sering berbincang agar pembawaan watak Dara itu dapat di hidupkan dalam keadaan yang sama oleh kedua kami," katanya yang tetap hadir ke latihan selepas mengambil cuti sakit selama empat hari.

Pernah menjayakan Bangsawan Naga Chini, pada 2006 menurut Jue dia amat teruja untuk menerima tawaran sebagai Dara di dalam teater Semerah Padi ini.

"Saya sangat teruja untuk menerima tawaran ini pada awal bulan oktober lalu.

"Malah bagi memberikan komitmen sepenuhnya terhadap pementasan teater ini, saya langsung tidak mengambil tawaran lain," katanya.

Bukan sakit akibat sihir

Ditanya sama ada sakit yang dihadapinya ini akibat daripada terkena sihir bagai diperkatakan, menurut Jue ia tidak berkaitan sama sekali.

"Saya bukan terkena buatan orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.

"Dan sehingga hari ini juga saya sebenarnya belum 100 peratus sihat," katanya.

Walaupun muncul hanya pada hari ketiga pementasan teater ini diadakan, menurut Jue dia tetap berbangga kerana mampu membawakan watak Dara dengan baik walaupun tidak menjalani latihan sepenuhnya.

"Saya langsung tidak pernah menghabiskan latihan pementasan ini sepenuhnya akibat keadaan saya yang tidak mengizinkan.

"Dan hari ini apabila diberi peluang untuk membawakan watak Dara buat pertama kali, perkara pertama yang difikirkan saya adalah kemampuan saya. Bagaimanapun saya bersyukur kerana berjaya membawakan watak Dara ini dengan baik hari ini," katanya yang bakal berlepas ke Indonesia penghujung bulan Febuari depan untuk telemovie bersama produksi di sana.

Sementara itu teater Semerah Padi arahan Rosdeen Suboh ini turut dibintangi Khir Rahman, Fauzi Nawawi, Datuk Baharuddin Omar, Azizah Mahzan, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Baby Erin.

Full content generated by Get Full RSS.

Pi Mai 'kempunan' ke final

Posted:

Pi Mai 'kempunan' ke final

Pi Mai 'kempunan' ke final

Oleh HANIZA HASSAN
Gambar NASIRRUDDIN YAZID


Aksi terakhir kumpulan Pi Mai di pentas Maharaja Lawak Mega yang berlangsung di Johor Bharu tidak mampu meneruskan kemaraan mereka ke peringkat seterusnya.


TIRAI pentas separuh akhir pertandingan realiti lawak terbesar rantau ini iaitu Maharaja Lawak Mega (MLM) yang bersiaran di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Johor minggu lalu sudah berlabuh.

Malah peserta yang mara ke pentas final juga bukan lagi rahsia apabila empat peserta iaitu Kumpulan Boboi, Syok, Saehu dan Osbon akan berentap sesama sendiri bagi merebut takhta juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM350,000.

Mengimbau persembahan minggu ke sembilan itu, nasib tidak menyebelahi Kumpulan Pi Mai yang terpaksa akur apabila tersingkir dengan jumlah undian sebanyak 49 peratus jauh ketinggalan dengan empat peserta lain. Pi Mai nampaknya kempunan untuk mara ke final, jauh sekali merampas gelaran tertinggi pertandingan berkenaan.

Biarpun begitu, semua peserta yang diberi dua tugasan iaitu kisah dongeng dan kisah keluarga benar-benar membuatkan kira-kira 8,000 hadirin yang memenuhi stadium tidak berhenti ketawa.

Bagi Pi Mai yang dianggotai pelawak veteran, Sathia, Imuda dan Mat Over, berada dalam kelompok lima terakhir dan mampu bertahan sehingga ke pentas separuh akhir sudah cukup menggembirakan mereka.

Apatah lagi, berentap bersama 17 peserta lain sejak awal benar-benar memberi saingan sengit kepada mereka.

"Ini semua takdir, kami reda dengan keputusan yang tertulis. Adat pertandingan ada menang dan ada kalah.

"Namun kami sangat gembira dengan pencapaian kumpulan sehingga mampu melangkah ke separuh akhir.

"Selepas ini kami akan kembali kepada pekerjaan asal kami dan saya percaya pihak Astro tidak akan membiarkan kami begitu sahaja dan mungkin mereka akan merencanakan sesuatu untuk kami," ujar Imuda ketika ditemui selepas habis program.

Mengakui satu hakikat, pemilik nama sebenar A.Rahim Muda itu berkata, faktor umur juga membuatkan mereka sukar untuk 'menangkap' jenaka zaman moden yang disifatkan lebih 'bertenaga' dan terus terang.

"Yelah masing-masing sudah berusia. Saya sendiri berumur 52 tahun manakala Mat Over pula dah nak masuk 60 tahun dan Sathia pula 47 tahun. Saya akui sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada kami untuk mengikut rentak zaman sekarang.

"Teknik jenaka juga sudah berbeza. Namun saya sangat berterima kasih kepada Astro khususnya MLM kerana mengembalikan Pi Mai Pi Mai Tang Tu ke pentas seni. Ia merupakan kemunculan semula kami sejak tahun 2002 selepas ia mula ditayangkan pada tahun 1983," katanya lagi.

Sementara itu, pengkritik tetap MLM, Datuk Chef Wan ketika sidang media berkata, Pi Mai mempamerkan lawak yang stereotaip setiap minggu malah konsistensi kumpulan berkenaan juga tiada.

Menyentuh soal isi kandungan, Chef Wan berkata, momentumnya tidak seiring, ada kala isi kandungannya bagus dan ada kala kurang menyerlah biarpun mereka mempunyai kekuatan tersendiri.

"Lawak mereka setiap minggu sama, tipikal Pi Mai. Jalan ceritanya ada namun bila bercakap soal isi kandungan, terdapat kekurangan.

"Lawak adalah sesuatu yang mudah. Ia diperjelaskan dan dibuktikan lagi dengan tawa yang tidak berpenghujung penonton. Jika mereka suka mereka akan ketawa dan mereka akan senyap bila ia tidak menjadi.

"Secara keseluruhan persembahan semua peserta termasuk Pi Mai, apa yang boleh disimpulkan mereka sudah menunjukkan yang terbaik. Kita nampak kegigihan mereka untuk melahirkan satu lawak yang bermutu dan tidak lari dari garis panduan yang ditetapkan," katanya.

Seperti biasa, selain Chef Wan, barisan pengkritik MLM terdiri daripada Zainal Abidin Hassan, Datuk Siti Nurhaliza dan minggu lepas, juri jemputan ialah penyanyi, Ferhad.

Kumpulan Osbon mendahului para peserta lain pada MLM lepas dengan memperoleh 72 markah, diikuti Boboi (72), Saehu (59), Syok (58) dan Pi Mai (49).

Hadiah kepada pemenang pula adalah, juara akan membawa pulang wang tunai RM350 ribu dan trofi, tempat kedua pula, wang tunai RM250 ribudan trofi manakala tempat ketiga, wang tunai RM150 ribu dan trofi.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Search tawan Tawau

Posted: 27 Dec 2011 03:05 PM PST

Hip

Tenaga setanding kumpulan rock veteran antarabangsa

SEMAKIN tua semakin menjadi. Bagaimana kebanyakan kumpulan rock veteran antarabangsa yang aktif mengadakan jelajah konsertnya, begitulah juga dengan Search.

Berumur lewat 40-an, malahan ada yang sudah melebihi usia 50-an tetapi Search tetap bertenaga untuk membuat persembahan lebih dua jam tanpa henti. Selepas puas beraksi menjelajah Semenanjung, Search menyeberang Laut China Selatan dengan memilih bandar Tawau, Sabah, sebagai lokasi pilihan dalam Siri Konsert Jelajah Fenomena mereka pada 24 Disember lalu. Cuaca mendung dan hujan renyai pada sebelah petang di Tawau memang agak merisaukan penganjur.

Beberapa jam sebelum konsert dimulakan, cuaca semakin baik walaupun langit masih mendung. Bermula jam 6 petang, sedikit demi sedikit kelibat peminat mula muncul di perkarangan Stadium Mini di Kompleks Sukan Tawau. Sekitar jam 7 petang, mereka sudah dibenarkan masuk.

Kira-kira jam 8 malam barulah suasana kemeriahan dirasai dengan kemunculan Stacy yang beraksi penuh agresif ketika membuat persembahan pembukaan.
Selepas hampir 45 minit kemudian, Stadium Mini Tawau mula riuh rendah dengan penayangan klip video yang memaparkan sedutan ringkas sejarah dan pencapaian Search selama 30 tahun dalam persada muzik rock.
Masih bertenaga dan mengekalkan attitude rock, Amy, Nasir dan Yazid memulakan peranan masing-masing dengan penuh bersemangat. Kawalan stamina dan suara yang teratur membuatkan vokal Amy sentiasa konsisten, tidak ada tanda 'pancit' biarpun pada lagu yang bernada tinggi.

Din (pemain gitar rhythm) dan Kid (gitar utama) melengkapkan aksi kumpulan ini yang turut disokong oleh Firdaus sebagai pemain keyboard. Kid yang tampil dengan gaya seolah-olah seperti Slash, bekas pemain gitar Gun'N' Roses, tidak ketinggalan untuk menunjukkan skil bermain gitar secara solo.

Enam lagu dinyanyikan tanpa henti pada segmen pertama konsert ini. Amy mula melontarkan suaranya dengan menyanyikan lagu Panggung Khayalan, Gothic Malam Edan, disusuli lagu Fenomena, Serigala Segalanya, Balada Pemuzik Jalanan serta Hongky Tong Kosong.

Babak kedua konsert ini dimulakan dengan sedutan klip video yang merakamkan ulasan sebahagian peminat mengenai Search dan lagu-lagu mereka.

Apabila Firdaus memulakan intro lagu Isabella, suasana stadium mula bising. Ternyata Isabella memang lagu wajib dinyanyikan oleh Search dalam setiap persembahannya.

Pada babak kedua ini, Search menyanyikan 11 lagu dalam pelbagai rentak daripada rock n roll kepada Balada rock. Sebaik saja menyanyikan Isabella, lagu seterusnya Melastik Ke Bintang, cakap Memang Mudah, Rozana, Bisa, Laila Namamu Di Atas, Kejora, Gadisku, Isi Dan Kulit, Langit Dan Bumi dan Menara Kesesatan.

Segmen ketiga pula agak menarik apabila dimulakan dengan persembahan secara solo oleh Din dan Kid. Kedua-kedua saling mempamerkan kehandalan bermakna gitar sebelum Amy mengambil kedudukannya di pentas untuk menyanyikan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur.

Seterusnya, Amy menyanyikan lagu Tiada Lagi yang pernah dipopularkan oleh Mayank Sari diikuti dengan Pelesit Kota. Nasir kemudian mengambil giliran untuk membuat persembahan intro untuk lagu yang memang ditunggu oleh peminat, Pawana.

Konsert Jelajah Fenomena Search diakhiri dengan lagu Balada rock yang boleh meninggalkan kenangan indah kepada peminat kumpulan ini apabila Amy menyanyikan Fantasia bulan Madu.

M Nasir kembali bersemangat

Sementara itu mengulas mengenai Konsert Fenomena 30 Tahun Search, pemain bass, Nasir Daud berkata, selepas selesai jelajah Tawau, konsert seterusnya ialah di Kuching pada 31 Disember dan kemungkinan turut beraksi di Singapura.

Tempoh 'Fenomena 30 Tahun Search' ialah selama setahun bermula Oktober 2011 sehingga Oktober 2012.

"Dalam tempoh setahun itu, memang kami sudah merancang pelbagai projek. Selain konsert, kami juga memang sedang membuat persiapan untuk album terbaru Search," katanya.

Tambah Nasir lagi, komposer dan penerbit, Datuk M Nasir yang sebelum ini agak keberatan kali ini sudah teruja untuk menerbitkan album terbaru Search selepas melihat sambutan peminat berdasarkan konsert mereka.

"Dulu apabila kami minta dia (M Nasir) terbitkan album, dia tanya balik kepada kami, Search ada peminat lagi ke? Tapi kali ini, selepas melihat sambutan peminat pada konsert fenomena, dia jadi sangat teruja untuk menyiapkan album terbaru Search.

"Sambutan dan sokongan peminat terhadap Konsert Fenomena 30 tahun Search turut memberi semangat kepada M Nasir. Malahan empat lagu hampir disiapkan. Kami harap tahun depan album baru Search dapat disiapkan," jelas Nasir.

Ditanya mengenai kemampuan pemain dram, Yazid Ahmad untuk meneruskan konsert fenomena Search tahun depan, Nasir berkata, mereka sudah ada pengganti yang bersedia untuk mengambil alih tempat Yazid.

"Sebagai orang lama dalam Search, kita faham mengapa Yazid tidak mahu melepaskan 'kerusi' pemain dram. Dia memang seorang yang bersemangat tinggi walaupun keadaan kesihatannya kadang-kadang kurang baik. Tapi selagi dia mampu, kami tidak ada halangan.

"Tapi sekiranya Yazid tidak mampu atas sebab kesihatannya, kami sudah bersedia dengan pengganti pemain dram yang bagus macam yazid juga," kata Nasir mengulas keadaan Yazid yang kesihatannya kadang-kadang terjejas kerana masalah kencing manis.
Dalam persembahannya, Amy 'mengisytiharkan' bandar Tawau sebagai tempat kelahiran muzik rock di Sabah. Malahan vokalis Search ini juga menyifatkan Tawau juga seperti Johor Bahru di Semenanjung kerana melahirkan ramai pemuzik atau artis yang dikenali ramai.

"Dari dulu lagi, Tawau selalu akan menjadi destinasi utama kepada setiap penyanyi atau kumpulan rock membuat persembahan. Tawau sentiasa menjadi lokasi pilihan sebelum ke bandar lain di Sabah.

"Ini kerana Tawau mempunyai peminat muzik rock yang ramai. Setiap kali mana-mana kumpulan rock atau penyanyi membuat persembahan di sini, sambutannya pasti tidak menghampakan. Sebab itu, saya boleh katakan Tawau sebagai tempat paling 'best' bagi kebanyakan kumpulan rock kerana peminatnya yang cukup mengagumkan kami," katanya.

Info: Search akan meneruskan Konsert Fenomena 30 tahun di Kuching, Sarawak pada 31 Disember 2011. Tiket konsert berharga RM25.

Fakta Fenomena & Search

  • Konsert Fenomena 30 Tahun Search adalah sempena pembabitan kumpulan ini dalam dunia muzik selama tiga dekad.
  • Album Fenomena diterbitkan pada tahun 1989. Ia adalah album Search bersama Pacific Music Records Company atau PMC (sebelum ditukar menjadi BMG Music) selepas mereka berhijrah dari syarikat rakaman Polygram.
  • Album Fenomena yang keempat dihasilkan oleh Search selepas Cinta Buatan Malaysia (1985), Langit Dan Bumi (1986) dan Mentari Merah di Ufuk Timur (1987).
  • Album Fenomena terjual lebih dari 220,000 unit di Malaysia dan lebih dari 600,000 unit di Indonesia.
  • Album Fenomena juga adalah album Search pertama yang terdapat dalam bentuk cakera padat (CD). Bentuk kaset pada 1989.
  • Ketika album ini diterbitkan, kumpulan Search terbabit ialah Amy (vokalis), Hillary Ang (gitar), Noordin Taib @ Din (gitar), Hamzah Mohd Taib @ Kid (gitar), Nasir Daud (bass) dan Yazid Ahmad (dram). Hillary meninggalkan Search pada pertengahan sesi rakaman album Fenomena untuk mengejar kerjaya solo.
  • M. Nasir sebagai penerbit album Fenomena. Rakamannya dilakukan di Gins Studio, Jakarta dan King's Studio, Petaling Jaya.
  • Album Fenomena versi kaset (1989) mengandungi 10 lagu, iaitu Fenomena ciptaan M Nasir lirik oleh Usop; Purnama (Bob Lokman/Bob Lokman), Isabella (Search/Bob Lokman); Derap Komando (Search/Wanafisu); Ku Taklukkan Dunia (Search/Search); Bencana (M Nasir/Siso); Pawana (M Nasir/S Amin Shahab); Songsang (Bok Lokman/Usop) dan Gadis Misteri (M Nasir/S Amin Shahab)
  • Versi CD (1990) memuatkan tambahan dua lagu iaitu Mencari (instrumental) solo daripada Kid dan Malam (ciptaan M Nasir)
  • Fenomena menjadi judul filem yang ceritanya ditulis oleh Zain Mahmod dan diarahkan oleh Aziz M Osman. Selain kumpulan Search, filem ini turut dibintangi Ramona Rahman, M Nasir dan Abu Bakar Omar.
  • Ketika Festival Filem Malaysia ke-9 pada 1991, filem Fenomena menang Skor Muzik Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Jurukamera Terbaik (Badaruddin Azmi), Penataan Bunyi Terbaik (Musa Idris), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Noramarina Zulkifli) dan Anugerah Khas Juri - Filem Box-Office.
  • Filem Fenomena yang ditayangkan pada 1991 mencatatkan kutipan lebih RM1 juta, angka box-office ketika itu.
  • Lagu Isabella yang dimuatkan dalam album Fenomena turut diangkat menjadi judul filem. Filem Isabella terbitan bersama syarikat produksi Malaysia dan Indonesia diarahkan oleh Boyke Roring (Indonesia) menggandingkan Amy dengan Nia Dzulkarnain selain Julia Rais dan anggota Search.
  • Album Fenomena juga membawakan kumpulan Search dipilih oleh peminat sebagai Penyanyi Berkumpulan Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 1987 dan 1989.
  • Lagu Isabella dari album ini juga dipilih sebagai Lagu Terbaik dan Search juga dipilih sebagai penyanyi yang membuat Persembahan Terbaik menerusi lagu itu pada Anugerah Juara Lagu 1989.
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Jawablah! 'Kami memang gaduh besar'

    Posted: 27 Dec 2011 02:51 PM PST

    Hip

    Abby masih sayang Zul walaupun hubungan terlerai

    CINTA mereka unik. Jarak usia serta status yang dipegang iaitu si bujang dan janda membuatkan hubungan antara Abby Abadi dan Zul Ariffin menjadi perhatian ramai.

    Namun ketika mengharapkan hubungan berkekalan, perpisahan pula yang muncul. Tidak seperti pasangan bercinta lain yang saling menuding jari apabila cinta tidak kesampaian, Abby atau Zul masing-masing selesa mengunci mulut. Apakah punca membuatkan ikatan yang terjalin selama tiga tahun itu terlerai, juga tiada siapa tahu. Bertemu Abby sewaktu menghadiri majlis pelancaran laman sosial mface baru-baru ini, membongkar apa yang terbuku di hatinya.

    Sambil mengakui keliru dengan status perhubungan mereka itu, Abby bagaimanapun tidak pernah menyimpan dendam pada Zul.

    Katanya, walaupun harapan kini tinggal impian namun dalam hatinya, nama jejaka yang pernah bertakhta itu tidak pernah terpadam.

    Berita lanjut dapatkan sisipan Hip dalam akhbar Berita Harian hari ini

    Full content generated by Get Full RSS.

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


    Filem Papa I Love You

    Posted: 26 Dec 2011 12:25 PM PST

    gambar lawak cerita lawak

    Posted My Gosip: 27 December 2011 at 4:25 am under filem  

    papa i love youSinopsis Papa I Love You:- Mengisahkan seorang ayah, BAHA yang berusaha untuk membesarkan anak tunggalnya, MIA dengan sempurna di dalam kehidupannya yang penuh dengan kesempitan sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Baha bertemu dengan ELLY, seorang wanita yang sering membantu menjaga Mia dikala Baha sibuk mencari kerja. Elly dan Mia melengkapkan hidup Baha meskipun ditimpa kesempitan dek kerana kekurangan wang dan tidak mempunyai kerja tetap.

    DATUK KUDIN seorang ayah yang semasa mudanya mempunyai segala – galanya namun kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjayanya telah menyebabkan dia kehilangan anak kesayanganya, Elly. Baha menjadi orang tengah dalam membantu merapatkan semula hubungan Elly dan Datuk Kudin dan ini akhirnya telah menyebabkan hubungan Elly dan Baha sendiri menjadi tegang. Perpisahan Baha dan Elly telah menyebabkan Mia sedih dan secara tak sengaja ditimpa kemalangan. Melihatkan betapa besarnya kasih sayang Baha terhadap Mia telah menyedarkan Elly supaya memberikan peluang kepada ayahnya sendiri, Datuk Kudin.

    Tajuk Filem:
    Papa I Love You

    Pengarah: Hashim Rejab

    Penerbit: Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

    Dipawagam: 29 Disember 2011

    Pelakon Papa I Love You:
    Lisa Surihani
    Mia Sara Nasuha
    Zalif Sidek
    Zaidi Omar
    Bob Kuman
    Syanie
    Zul Handyblack

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full content generated by Get Full RSS.

    Himpunan Kisah Sensasi

    Himpunan Kisah Sensasi


    Diaz, P. Diddy ditangkap basah!

    Posted: 27 Dec 2011 05:00 PM PST

    hi 03.1 Diaz, P. Diddy ditangkap basah!
    CAMERON DIAZ dan P. Diddy sedang bercinta atau sekadar kawan?

    KEDUA-DUA bintang terkenal Cameron Diaz dan P. Diddy mengaku mereka baik sekadar teman. Bagaimanapun, hubungan mereka nampaknya bukan sekadar teman biasa, tapi boleh dianggap sebagai teman tapi mesra! Ini kerana baru-baru ini, mereka telah 'tertangkap basah' sewaktu bermesra di dalam sebuah parti.

    Menurut laporan New York Post, mereka tertangkap sedang bermesra di sebuah kelab malam di New York. Diaz hadir lebih dahulu di situ untuk makan malam bersama beberapa teman di restoran Marble Lane di Hotel Dream Downtown.

    Kemudian saat malam beranjak larut, aktres itu dikatakan membuat keputusan untuk menghabiskan sisa malamnya bersama P. Diddy. Diddy kemudian dilihat membuat pesanan.

    Beberapa saksi juga menyatakan bahawa bintang Knight & Day itu kelihatan begitu mesra di samping rapper tersebut. Mereka bukan sekadar berdakapan, tetapi dilihat bercium dan bercumbu mesra termasuk sewaktu menari bersama.

    Ini bukan kali pertama Diaz dan Diddy digosipkan berpacaran. Sejak Oktober lalu, tidak lama selepas Diaz putus cinta dengan Alex Rodriguez, pasangan ini dikesan makan malam bersama di New York City.

    Keesokan harinya, mereka berjalan bersama-sama di Washington Square Park dan mereka juga dikesan makan tengah hari di Beverly Hills.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Harian Metro: Rap

    Harian Metro: Rap


    Muzik Bunkface bergema di Indonesia

    Posted: 27 Dec 2011 06:00 AM PST

    PELUANG mendekati jiwa anak muda ini mengungkap seribu macam kisah peribadinya. Namun, seberapa banyak persoalan yang ditanya, sebanyak itu juga pesannya agar segala apa yang disembangkan tidak diterjemah dalam sebuah lembaran cerita.

    Kata Shamsul Annuar Mohd Baharom atau lebih dikenali sebagai Sam juga vokalis kumpulan Bunkface, biar episod peribadinya terus kekal dalam simpanannya sendiri tanpa perlu dikongsikan bersama khalayak kerana keutamaan dalam lapangan seni adalah untuk memperdagangkan bakat nyanyian yang ada bukannya mempamerkan kisah diri sendiri.

    Kronologi yang pernah meletak nama Sam jauh ke atas adalah kisah cintanya bersama pelakon jelita, Juliana Evans. Ketika itu, wajahnya mula banyak menghiasi majalah dan dada akhbar. Namun, entah apa puncanya, hubungan itu berakhir.

    Tatkala mengusik persoalan mengenai itu, Sam tersenyum dan menyifatkan apa yang pernah berlaku adalah pengajaran dan pengalaman tanpa perlu diungkit lagi.


    "Saya optimis dan terus pandang ke depan. Saya tidak mahu lagi berbicara soal cinta atau apa saja yang berkaitan peribadi kerana ia sedikit-sebanyak memberikan tekanan kepada saya selain mengganggu perjalanan Bunkface. Lihat saja sebelum ini, wajah saya tidak lagi diletak selari dengan perjuangan muzik Bunkface sebaliknya penuh dengan kisah cinta dan peribadi.


    "Cukup-cukuplah dulu ketika baru sibuk mengenal rentak. Kini, saya mula belajar untuk menjadi insan yang lebih berhati-hati dan matang untuk menentukan langkah sendiri," katanya.

    Bagaimanapun, kata anak muda berusia 24 tahun ini, kisah cintanya sebelum ini tidak sekali mengundang rasa kesal atau kecewa sebaliknya ia menjadi satu titik permulaan buatnya melihat senario bergelar selebriti dengan lebih luas dan logikal.

    "Saya seorang yang berterus terang dan mudah. Saya tidak licik dalam berteka-teki terutama membabitkan soal cinta dan hubungan. Namun, lama-kelamaan saya sedar, sisi peribadi ada kalanya perlu disimpan kemas tanpa meluahkan kepada sesiapa. Lantas peristiwa itu saya jadikan sebagai pengalaman.

    "Saya tidak kata menyesal dengan apa yang berlaku. Itulah rencah dan warna menjadi anak seni. Selepas ini apa yang boleh dikatakan, saya inginkan seorang wanita yang memahami dan bukan lagi mereka yang terbabit dalam lapangan yang sama dengan saya. Bukan cuba menyalahkan atau meletak hukum pada hubungan terdahulu sebaliknya itulah keinginan saya sekarang.

    "Jujurnya, saya melihat pasangan atau kekasih adalah insan yang tidak henti menyokong dari belakang selain menjadi tempat terbaik meluahkan segala masalah dan perasaan. Mungkin jika datang masanya nanti akan diketahui juga. Saya tidak pernah mencari dan hanya membiarkan ketentuan itu yang datang sendiri.

    "Setakat ini, saya lebih selesa sendirian dan meletak sepenuh fokus pada percaturan Bunkface," katanya yang mengakui enggan kisah cinta mengaburi kariernya lagi.

    Mengikuti Sam bersama dua lagi temannya, anggota Bunkface iaitu Paan atau nama sebenarnya Ahmad Farhan Hashim dan Mohd Farouk Jaafar (Youk) bulan lalu ketika mereka bertiga sibuk menjelajah kota Jakarta, Indonesia bagi mengintai peluang menembusi pasaran sana, jelas terlihat kesungguhan anak muda ini dalam memperjuangkan muzik mereka.

    Sesekali Sam mengusik sambil berseloroh, mana tahu jika tepat percaturan yang dilakukan, mungkin dirinya bersama Bunkface akan menjadi bintang terkenal di serantau Asia Tenggara nanti.

    "Alhamdulillah, Bunkface masih bertahan selepas lima tahun memperjuangkan genre dan imej muzik kami. Siapa sangka apa yang kami persembahkan mendapat tempat dan ruang di hati peminat. Namun, sejauh itu perjalanan kami ia tidak semudah yang disangka sebaliknya pelbagai ranjau dan dugaan yang kami tempuhi bersama.

    "Kini selepas berpuas hati dengan apa yang kami capai dan lakukan di industri tempatan, kami beranikan diri untuk melangkah setapak lagi ke depan untuk menyebarkan pengaruh muzik kami di Indonesia. Itulah impian kami bertiga dan saya bersyukur akhirnya jalan itu terbuka untuk kami mencuba nasib. Saya tidak mahu meletak keyakinan tinggi melangit, namun apa yang kami lakukan setakat ini adalah permulaan yang baik.

    "Insya-Allah jika ada rezeki, kami akan terbang 'menjual' muzik kami di sana pula," katanya.

    Bunkface berada di kota Jakarta selama seminggu November lalu bagi mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe, Jakarta di depan wakil syarikat rakaman untuk menilai kemampuan dan kekuatan muzik mereka.

    Kemudian, kumpulan yang menyuntik eksperimen melodi dalam jalur muzik alternatif rock ini diundang pula menyerikan festival Urban Fest 2011 di Pasar Seni Ancol, Jakarta sebagai satu-satunya bakat Malaysia yang diberi ruang menghiburkan golongan muda di sana.

    Tidak hanya itu, Bunkface turut diundang menjadi tetamu istimewa, sekali gus membuat persembahan di program bual bicara popular di sana, Bukan Empat Mata.

    Melihat peluang dan profil seni yang dihidangkan buat mereka, Sam yang juga anak kelahiran Basildon, England hanya mampu mengukir senyuman dan menyifatkan apa yang diberikan itu sebagai sebuah cenderahati indah atas segala usaha yang mereka berikan selama ini.

    "Memang saya sendiri terkejut pada awalnya apabila diberitahu mengenai undangan ke Urban Fest dan membuat persembahan di Hard Rock Cafe. Maklumlah sejak dulu, ia bagai satu persepsi dan stigma kononnya bakat kita sukar menembusi tembok industri muzik di Jakarta. Lantas apabila kami diterima baik seperti ini, ia sudah tentu satu kenangan dan pengalaman indah buat kami bertiga.

    "Kami ke sana untuk mencuba nasib. Mungkin darah muda berkobar-kobar, kami sentiasa memikirkan soal untuk ke depan dan memberikan yang terbaik buat pencinta muzik. Syukur alhamdulillah peluang ini sampai buat kami. Bayangkan Bunkface berada di Hard Rock Cafe dan membuat persembahan di depan wakil syarikat rakaman.

    "Paling menggembirakan kami apabila tiga daripada wakil syarikat rakaman yang hadir sudah mula merisik kami. Sekarang semuanya dalam proses perbincangan dan pertimbangan.

    "Kami ingin sekali melebarkan pengaruh kami ke sana dan itu sudah tentu menjadi misi terbaru Bunkface ketika ini," katanya lagi yang kini sedang sibuk mengumpul material baru untuk album terbaru Bunkface.

    PROFIL

    Nama penuh: Shamsul Annuar Mohd Baharom
    Tarikh lahir: 11 Disember 1987
    Umur: 24 tahun
    Tempat lahir: Basildon, England
    Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
    Kerjaya: Vokalis kumpulan Bunkface dan komposer
    Album: Phobia Phoney
    Pencapaian: Anugerah Kembara di Anugerah Industri Muzik ke-17, Lagu Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-17 menerusi lagu Situasi, menerima pengiktirafan di Asia Voice Independent Music Awards 2009, Komposer Muda Berbakat di Malam Mesra Badan Pelindung Hak Cipta Muzik (MACP) 2011



    Full content generated by Get Full RSS.

    Mface tiru facebook?

    Posted: 27 Dec 2011 05:38 AM PST

    DILAHIRKAN pada tanggal 14 Mei 1984, usianya kini 28 tahun. Namun sejak tiga tahun yang lalu yakni 2008 beliau sudah pun bergelar bilionair, sekali gus diumumkan sebagai juwatan termuda dunia. Kekayaan milik Mark Zuckerberg bukan warisan turun-temurun keluarga sebaliknya bersandarkan aset perniagaannya sendiri.

    Facebook, yang berinteraksi sekitar Universiti Harvard pada 2004 mencetuskan fenomena seluruh dunia sehingga menjulang nama Mark.Kejayaan Mark dibaca, memberi inspirasi kepada orang ramai khususnya golongan remaja mengikuti jejaknya.

    Berasakan Malaysia juga berkemampuan mewujudkan laman sosial sendiri setanding facebook, pelakon dan pengacara, Datuk AC Mizal memperkenalkan laman sosial pertama Malaysia iaitu Mface.

    Membawa pengertian Malaysian Face (Mface), dicetuskan hasil perkongsian idea AC Mizal bersama rakan kongsi juga pengasas laman itu, Tedy Teow.


    Majlis pelancarannya diadakan di Hotel Doubletree By Hilton, Ampang, Rabu lalu dan dimeriahkan dengan kehadiran Afdlin Shauki, Zizan Razak, Amyza Adnan, Ezlynn, Aril AF7, Linda dan Diana Rafar, Kumpulan Forteen, Serina Redzuan, Sathiya dan ramai lagi.


    Menurut AC, Mface sebuah laman sosial tempatan diilhamkan daripada facebook bagaimanapun konsep yang diketengahkan sedikit berbeza kerana ia membawa pulangan buat pelayarnya.

    "Fungsinya sama seperti facebook apabila pengguna boleh mengemas kini gambar, status dan berkongsi perkembangan serta maklumat mereka dengan orang ramai.

    "Cuma yang berbeza adalah kita wujudkan laman ini dengan cara yang lebih bijak dan bermanfaat, dengan menawarkan peluang menjana pendapatan kepada 60 artis tanah air yang sama-sama berusaha membangunkan menerusi laman itu.

    "Jika sebelum ini golongan artis kerap mengemas kini status dan perkembangan mereka di laman sosial seperti facebook dan twitter secara percuma, penyertaan dalam Mface ini memberikan pendapatan apabila syer mereka dilaburkan ke dalam pasaran saham kelak.

    "Setiap seorang artis meskipun mereka pasangan suami-isteri tetap akan diberikan 100,000 unit. Bagaimanapun, sebelum mendapat perolehan syer kita perlu mencapai satu juta pengguna bagi melayakkan laman ini disenaraikan dalam bursa saham.

    "Apabila ia disenaraikan dalam bursa saham kelak, semua artis akan menerima pendapatan daripada syer mereka," katanya.

    AC menambah, dia berniat membantu golongan artis kerana kebanyakan mereka tidak berpendapatan tetap dan melihat Mface salah satu ruang niaga yang baik
    "facebook mahupun twitter menjadi sangat terkenal kerana golongan selebriti turut menggunakan medium itu, sekali gus mempopularkannya tetapi apa yang mereka dapat sedangkan setiap hari pengasasnya bertambah kaya.

    "Saya mewujudkan Mface ini supaya artis juga boleh mendapatkan hak mereka dengan melantik 60 artis terawal yang datang mendaftar di pelancaran ini sebagai pemilik syer, MFace.

    "Hanya ini mampu saya lakukan untuk menyatakan keprihatinan saya sebagai anak seni dan agar suatu hari apabila sudah tiada saya akan diingat kerananya," katanya.

    Cara mendaftar Mface cukup mudah sama seperti facebook atau twitter tanpa memerlukan sebarang modal atau bayaran.

    Sebagai bentuk promosi dalam tempoh enam bulan, setiap pemilik akaun Mface yang mengumpul mata tertinggi menerusi kemas kini status mereka pada setiap minggu berpeluang untuk memenangi hadiah iPad 2.

    "Pemilik akaun Mface tidak kira golongan artis atau orang awam akan berpeluang untuk memenangi hadiah iPad 2 menerusi mata terkumpul tertinggi yang diperoleh daripada kemas kini status mereka.

    "Untuk berlaku adil, pemenang mingguan tidak akan diberi kepada individu yang sama meskipun kita boleh menjangkakan siapakah artis yang mempunyai paling ramai pengikut berdasarkan populariti mereka," katanya.

    Merancang untuk meluaskan jaringan Mface ke negara serantau Asia, AC yakin ia bakal diterima rakyat negara ini, sekali gus mencapai sasaran 1 juta pengguna dalam tempoh beberapa bulan dari sekarang.

    Untuk menyertai laman ini, pengguna boleh layari www.mface.me. Temubual yang sama, AC turut mengesahkan penerimaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' bersempena sambutan hari keputeraan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ke-81 pada Khamis.

    Pengesahan AC itu sekali gus menepis pelbagai spekulasi yang mempertikaikan pengurniaan itu sebelum ini kepadanya.

    "Saya menerima surat pengurniaan Datuk dua tahun lalu pada hari keputeraan baginda yang ke-79. Cuma pengurniaan darjah itu belum dilaksana secara rasmi pada satu majlis dinamakan pengkalungan.

    "Apabila ada wartawan menemubual saya, benarkah saya memperoleh gelaran datuk saya mengakulah kerana memang itulah perutusan yang saya terima. Entah bagaimana hal itu menjadi kontroversi.

    "Bertitik-tolak daripada kes saya, pihak istana memberi arahan selagi tidak tiba hari pengkalungan maka gelaran datuk tidak boleh diguna walaupun sudah memperoleh surat penganugerahan darjah," katanya.



    Full content generated by Get Full RSS.

    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Kerja amal Jimmy

    Posted:

    Kerja amal Jimmy

    Kerja amal Jimmy

    PASTINYA ramai yang sudah tahu tentang pergolakan rumah tangga yang berlaku di antara pengacara Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy yang ketika ini masih lagi dibicarakan di mahkamah.

    Dengan kemelut yang melanda pasangan tersebut, ia seolah-olah turut memberi impak kepada hubungannya sebagai bapa kepada anak mereka iaitu Zahrah Shanley yang telah dilahirkan pada 24 Jun yang lalu.

    Masakan tidak, pengacara yang popular menerusi rancangan Trek Selebriti ini meluahkan sehingga kini dia tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan Zahrah setelah kali terakhir menatap anaknya pada bulan Jun lalu semasa baru dilahirkan.

    Jimmy mendakwa, dia dihalang daripada bertemu dengan anaknya yang kini tinggal bersama keluarga isterinya.

    "Bapa mana yang tidak sedih kalau tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anak kandung sendiri. Seboleh-bolehnya saya ingin menjadi seorang bapa yang mampu memberi kasih sayang sepenuhnya seperti bapa-bapa yang lain.

    "Melihat ibu bapa yang membawa anak mereka keluar bersiar-siar, sudah tentu saya ingin lakukan perkara yang sama. Dalam hati, hanya Allah yang tahu tentang perasaan rindu saya terhadap Zahrah," ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran drama Antara Garisan baru-baru ini.

    Untuk mengubati kerinduan terhadap anak sulungnya itu, Jimmy memberitahu, cuma gambar-gambar sahaja yang menjadi pengubat kelukaan, selain sentiasa berdoa agar anaknya terus berada dalam keadaan yang sihat.

    Ujarnya lagi, dia hanya berkesempatan dapat bermanja dengan Zahrah sewaktu baru dilahirkan, kini peluang tersebut seolah-olah semakin sukar dan dia seperti dihalang untuk bertemu dengan anaknya itu.

    "Saya tidak kisah kalau sudah ditakdirkan tidak bahagia untuk menjadi seorang suami. Saya lebih rela sekiranya dapat menjadi seorang bapa yang terbaik kepada anak saya dan mahu melihatnya membesar seperti kanak-kanak lain," ujarnya.

    Pada masa yang sama, Jimmy secara terus-terang mengaku masih lagi mencintai isterinya itu dan tidak berhasrat untuk melepaskannya, biarpun Suhaila sudah memfailkan penceraian di mahkamah.

    Akuinya, walaupun kini dia mempunyai ramai kenalan wanita, tetapi dia tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti dan terus berharap agar isterinya itu akan kembali hidup bersama dengannya.

    "Secara terus-terang saya bersedia untuk memberi kemaafan kepada isteri atas segala kesalahan yang dilakukan. Setiap hari saya berdoa supaya Allah dapat melembutkan hati dia.


    TANPA disedari rumah tangga yang dibina Jimmy dan Suhaila sudah menjangkau usia setahun.


    "Ibu mertua juga turut memberi nasihat supaya saya tidak melepaskan Suhaila. Buat masa ini, saya sudah lali dengan apa yang berlaku dan menyerahkan semua keputusan kepada mahkamah," jelasnya.

    Mengenai pendedahannya di Mahkamah Rendah Syariah baru-baru ini dengan mendakwa isterinya itu seorang kaki judi dan perokok yang menjadi punca permasalahan rumah tangga mereka, Jimmy enggan mengulas panjang memandangkan kesnya itu masih lagi dalam proses perbicaraan.

    Ujarnya, selepas ini dia berharap supaya kes perbicaraan tentang kesnya itu akan dibicarakan secara tertutup supaya tidak mengaibkan mana-mana pihak termasuk dirinya sendiri.

    "Lagipun sehingga sekarang dia masih lagi isteri saya dan pada masa yang sama saya perlu menjaga nama baik dan reputasi keluarga mertua memandangkan mereka agak dikenali ramai," ujarnya.

    Ditanya sama ada dia berasa kesal terhadap apa yang menimpa dirinya saat ini, pengacara tersebut memberitahu dia tetap menerima dengan hati terbuka walaupun agak pahit untuk ditelan.

    "Ada peminat yang memberikan nasihat supaya saya terus tabah dalam mengharungi kehidupan seharian. Bila difikirkan semula, saya rasa patut bersyukur kerana ada orang lain yang lebih tidak bernasib baik," ujarnya.

    Ceramah motivasi

    Selain kelihatan tenang dan ceria sewaktu bertemu dalam majlis pelancaran drama Antara Garisan baru-baru ini, ternyata tubuh pengacara itu juga dilihat lebih berisi berbanding sebelumnya.

    Menurut Jimmy, jika sebelum ini berat badannya cuma sekitar 54 kilogram, tetapi kini berat badannya meningkat kepada 64 kilogram sehingga menampakkan bentuk badannya yang berisi.


    JIMMY kini mahu meluaskan bakat ke dalam bidang lakonan.


    "Biasanya kalau tidak ada sebarang pekerjaan, saya lebih suka duduk di rumah dan memasak. Bila ada masa terluang, saya akan mengajak rakan-rakan untuk datang ke rumah dan menjamu mereka makanan yang saya masak.

    "Bagi saya, itu adalah salah salah satu cara yang mampu saya lakukan dalam usaha untuk melupakan segala masalah yang dialami sekarang ini dan rasa lebih tenang dengan kehidupan sekarang," ujarnya.

    Menurutnya lagi, kini dia juga telah dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa masjid di kawasan kediamannya dan diberi tugas untuk memberi ceramah motivasi kepada kanak-kanak.

    Ujarnya, ia adalah salah satu aktiviti secara sukarela yang dilakukan ketika ini dan gembira kerana dapat mendampingi kanak-kanak, sekali gus turut dapat mengubat kerinduan terhadap anaknya itu.

    "Pada masa yang sama, saya kini turut menyertai Islamic Relief Malaysia untuk menjalankan kerja-kerja sukarelawan. Pada bulan hadapan, saya sudah ada perancangan untuk memberikan ceramah motivasi di sekolah-sekolah," ujarnya.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Masa depan peserta Masterchef

    Posted:

    Masa depan peserta Masterchef

    Masa depan peserta Masterchef

    Oleh HARYATI KARIM


    CHEF RIZ meminta agar audiens tidak terlalu emosi apabila peserta disingkirkan kerana masa depan mereka tetap cerah.


    PROGRAM realiti masakan terkenal Masterchef yang ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) kini hanya tinggal 8 orang peserta bagi merebut gelaran juara Masterchef sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta menerbitkan buku masakan sendiri.

    Sehingga hari ini, program Masterchef sudah memasuki episod yang yang ke-59. Cabaran yang diberikan semakin hari semakin sukar. Hanya mereka yang berbakat, kreatif dan tabah sahaja akan kekal sehingga ke peringkat akhir kelak.

    Mengulas mengenai prestasi peserta sepanjang program ini berlangsung, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz, 29, yang merupakan salah seorang juri tetap program ini berkata, prestasi peserta semakin bagus meskipun kadangkala dia kecewa dengan hasil masakan peserta.

    "Dalam program ini prestasi peserta saya lihat semakin bagus tetapi ada naik turunnya. Mereka yang sudah sampai tahap top 10 ada masanya mengecewakan saya walaupun masakan mereka okey tetapi ada yang belum cukup baik.

    "Tetapi dalam ramai-ramai peserta ada tiga dan empat orang yang saya lihat layak berada sehingga ke peringkat final kerana konsisten serta kualiti masakan yang diberikan," ujarnya yang merahsiakan nama-nama peserta yang dianggap terbaik itu.

    Chef Riz yang merupakan suami kepada aktres Ana Dahlia itu turut menambah program Masterchef bukanlah sebuah program realiti berlandaskan emosi dan membidas penonton yang mempertikaikan keputusan juri ketika proses penyingkiran berlaku.

    "Penonton harus ingat bahawa ini sebuah program realiti masakan, kita nilai daripada segi rasa, persembahan dan skil masakan seseorang peserta.

    "Sebaliknya pula yang berlaku terhadap penonton yang cepat berasa kasihan serta emosi contohnya ketika penyingkiran Mohamad Saiful Alip, seorang penoreh getah.

    "Akhirnya, juara Masterchef mewakili tukang masak amatur di Malaysia. Mungkin pada masa depan mereka akan diundang untuk menyertai program Masterchef negara lain, jadi kita harus bersiap sedia memilih yang terbaik daripada yang terbaik," balasnya.

    Kesemua peserta Masterchef dikuarantin selama 12 minggu sepanjang penggambaran program berlangsung dan sepanjang itu juga penonton dapat menyaksikan tekanan yang diberikan buat peserta.

    Kata Chef Riz, tekanan itu sengaja diberikan kepada peserta untuk membiasakan diri mereka dengan situasi dan tekanan sebenar bekerja di dapur sebagai tukang masak profesional.

    "Memang juri Masterchef sengaja beri tekanan kerana itulah hakikat sebenarnya dalam bidang masakan. Masa diberi terhad, kehendak kami sebagai juri sangat tinggi, jika mereka boleh bertahan maknanya mereka boleh bekerja sebagai tukang masak profesional," tuturnya.

    Bercakap mengenai masa depan peserta program ini, Chef Riz memberitahu ada antara peserta yang tersingkir pada peringkat awal sudah mula bekerja dalam bidang masakan.

    "Sebenarnya masa depan peserta bergantung kepada impian masing-masing. Ada yang masuk program ini sekadar ingin mencari pengalaman dan ada yang benar-benar ingin menukar bidang pekerjaan ke bidang masakan.


    CHEF ZUBIR memuji sikap peserta Masterchef yang semakin serius terhadap seni kulinari.


    "Seperti salah seorang peserta, Aishah seorang pemandu lori, dia tidak dapat masuk top 24 tetapi kerana semangat, minat dan impiannya untuk bekerja dalam industri makanan, saya ambil dia bekerja. Sekarang dia bekerja di restoren milik saya, On The Table Cafeteria di Putrajaya," katanya.

    Timbul minat

    Seorang lagi juri tetap program Masterchef, Chef Zubir atau nama sebenarnya Zubir Md. Zain, 45, memberitahu kebanyakan peserta program ini mempunyai minat untuk mendalami bidang masakan secara serius.

    "Walaupun pada peringkat permulaan mereka sekadar mencuba nasib dan ingin pengalaman tetapi apabila mereka masuk program ini, perasaan cinta terhadap bidang masakan bercambah.

    "Ramai yang tanya saya, apa yang mereka perlu lakukan selepas tersingkir atau program ini tamat. Bagi saya setiap peserta yang keluar daripada Masterchef mempunyai peluang cerah tetapi belum boleh terus jadi chef profesional kerana mereka harus belajar dan bermula daripada bawah sebelum jadi yang terbaik," jawabnya.

    Kagum dengan semangat yang ada dalam diri setiap peserta Masterchef, kata Chef Zubir andai kata program ini akan diteruskan untuk musim yang kedua pesertanya kelak harus lebih banyak menimba ilmu masakan sebagai persediaan.

    "Sekurang-kurangnya peserta harus tahu masakan tempatan, Barat dan Asia. Lebih baik jika mereka tahu bagaimana untuk memasak pencuci mulut atau masakan sejuk kerana dalam Masterchef bukannya semua tugasan memasak masakan panas sahaja," ucapnya.

    Selain bertindak sebagai pengacara dan juri, Chef Zubir, Chef Riz dan seorang lagi juri tetap iaitu Chef Johari Edrus turut terlibat memberi idea dalam pemberian cabaran kepada peserta.

    Program Masterchef versi Malaysia yang merupakan sebuah program francais di lebih 10 buah negara seperti Amerika Syarikat, Greece, Indonesia, India, Croatia, Australia, New Zealand, Filipina dan Sweden bersiaran setiap hari Rabu sehingga Sabtu pada pukul 9 malam hanya di Astro Ria.c

    Full content generated by Get Full RSS.

    Kemewahan anak Cruise

    Posted:

    Kemewahan anak Cruise

    Kemewahan anak Cruise


    SURI


    PASANGAN Tom Cruise dan Katie Holmes dilaporkan telah menyewa tempat meluncur ais yang ditutup daripada dikongsi orang ramai khusus untuk puteri mereka, Suri, dengan harga RM16,000 selama satu bulan.

    "Cruise menyewanya selama musim (dingin) ini sehingga tidak ada orang lain yang boleh menggunakannya," ujar sumber kepada New York Daily News.

    Sebelum ini, Cruise dan Holmes juga dikhabarkan telah membelanjakan sebanyak RM410,000 untuk membeli hadiah Krismas yang diinginkan Suri iaitu seekor kuda poni, subang berlian dan gaun buat anak mereka yang hanya berusia lima tahun itu.

    Full content generated by Get Full RSS.

    Selasa, 27 Disember 2011

    Zon Artis

    Zon Artis


    David Teo Dianugerahkan Pangkat Mejar

    Posted: 27 Dec 2011 06:55 PM PST

    DAVID TEO DIANUGERAHKAN PANGKAT MEJAR

    Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan kepada David Teo kerana telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terhadap Syor-Syor Majlis Angkatan Tentera ke-508 untuk menerima Penganugerahan Tauliah (Kehormat Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan-ASP) yang membawa gelaran Mejar (Kehormat).

    Majlis penganugerahan yang disempurnakan oleh Brigedier Jeneral Mohd Nazir bin Mami (Panglima 12 Briged) ini telah diadakan di Pejabat Panglima 12 Briged, Kem Wardieburn Setapak semalam.

    DAVID TEO DIANUGERAHKAN PANGKAT MEJAR

    Menurut David Teo, dia tidak menyangka dan terperanjat dengan penganugerahan tersebut kerana dia mengakui yang dia masih tidak melakukan yang terbaik untuk mempromosikan Askar Wataniah kepada masyarakat.

    Kata David Teo lagi:-

    "Jika ada yang mempertikaikan tentang penganugerahan ini, saya terima dengan hati yang terbuka. Bagi saya, niat menyertai Askar Wataniah bukan kerana inginkan pangkat. Dulu masa ditawarkan pangkat Datuk pun saya tak boleh terima. Saya memang tak ada niat untuk menerima penganugerahan ini.

    "Apa-apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia di atas penganugerahan ini. Ini satu bonus dan pemberian yang sangat saya hargai. Dengan penganugerahan pangkat ini juga, ia menjadikan saya lebih bersemangat dalam menggalakkan masyarakat untuk menyertai Askar Wataniah."

    + GUA

    Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Video: DJ Earworm Lancarkan Mashup Terbaru ‘United States Of Pop 2011′ (World Go Boom)

    Posted: 27 Dec 2011 09:13 PM PST

    Terkenal dengan beberapa mashup 'United States of Pop' yang dibuat untuk tahun-tahun sebelum ini, DJ Earworm kini mengembangkan lagi pengaruhnya.

    Kali ini, tampil dengan gaya yang sama tapi lebih menarik kerana dia turut melancarkan muzik video rasmi untuk mashup terbarunya di Youtube, 'United States of Pop 2011′ (World Go Boom).

    Mashup ini menampilkan 25 buah lagu popular pilihan DJ Earworm termasuklah lagu Adele, Bruno Mars, Black Eyed Peas, Rihanna, Cee Lo Green, Maroon 5, Pitbull, JLo, Katy Perry dan juga Lady Gaga. OHBULAN! pasti mashup kali ini mampu memikat halwa telinga anda lebih lama dari mashup sebelumnya.

    Jom layannn!

    Full content generated by Get Full RSS.

    Cair Habis, Khairul Fahmi Che Mat Hiasi Majalah Glam Isu Jan/Feb 2012!

    Posted: 27 Dec 2011 07:36 PM PST

    Pemain bolasepak bertukar menjadi selebriti? Itulah yang sedang berlaku kepada dunia bolasepak tempatan.

    Dari hanya sekadar picisan dan tidak dikenali sesiapa, kehebatan pemain Harimau Muda dan Harimau Malaya telah meningkatkan semangat dan sokongan peminat. Ia sekaligus mengangkat nama-nama pemain bolasepak tempatan seperti Safee Sali, Safiq Rahim, Nazmi Faiz dan yang paling penting, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, penjaga gol kebangsaan.

    Tidak terlepas dari gosip-gosip liar, jejaka kacak dari Kelantan ini telah dipanggil untuk menghiasi muka depan Majalah Glam lelaki isu Januari dan Februari 2012. Khairul Fahmi telah digandingkan bersama seorang model wanita bernama Anastascia untuk isu ini dan digelar 'World Class Goalkeeper' oleh Majalah Glam.

    Ingin melihat gambar dan cerita lebih lanjut mengenai Khairul Fahmi? Dapatkan Majalah Glam lelaki di pasaran sekarang!

    Full content generated by Get Full RSS.