Adsense

Selasa, 1 November 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Yassin, Didie dan Enot selamba

Posted:

Yassin, Didie dan Enot selamba

Yassin, Didie dan Enot selamba

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar HAFIZ JOHARI


3G berharap peminat terhibur dengan persembahan mereka.


BERHADAPAN dengan 16 lagi kumpulan yang bertanding bagi merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega (MLM) bukanlah sesuatu yang mudah.

Pun begitu, bagi pasukan yang terdiri daripada dua kuntum bunga dan seekor kumbang ini, keserasian merupakan senjata utama untuk meneruskan langkah. Kalau boleh, sehingga ke peringkat akhir.

Menamakan kumpulan mereka sebagai 3G, Yassin Yahya, Enot dan Didie Alias membuka langkah persembahan pertama mereka dalam MLM Jumaat lalu, dengan penuh keyakinan.

Telatah bersahaja dan ekspresi muka Yassin sudah cukup untuk mengundang penonton tidak kering gusi.

Ini kerana trademark wajah yang selamba milik Yassin merupakan bahan gelak penonton di rumah dan di Royal Theater Selangor di Shah Alam yang mengikuti MLM secara langsung di Astro Warna.

Tidak cukup dengan penampilan Yassin, kebecokan mulut Didie dan Enot turut membuatkan keadaan bertambah bingit apabila ketiga-tiga mereka beraksi di pentas MLM.

Ternyata, ungkapan serasi yang diucapkan oleh mereka dalam persembahan pada malam itu, bukanlah sesuatu yang dibuat-buat tetapi ia benar-benar dapat dirasai oleh penonton.

Bagi Yassin, apa yang dipersembahkan oleh 3G pada malam itu adalah hasil perbincangan dan persetujuan yang dicapai sesama sendiri.

Mendengarkan kata-kata yang terpacul daripada mulut Yassin, Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohammad @ Ali mengangguk-anggukan kepalanya tanda bersetuju dengan pendapat Yassin.

"Jadi, dengan masa yang sangat terhad, kami gunakan dengan sebaik mungkin bagi memastikan apa yang dirancang untuk dipersembahkan kepada penonton, berjalan lancar," kata Didie bersungguh.

Bagi Alliza Abdullah atau lebih dikenali sebagai Enot, masa yang diberikan oleh penganjur (tiga minit 30 saat) untuk persembahan merupakan satu cabaran.

Jelasnya, dalam tempoh sesingkat itu, ketiga-tiga ahli 3G perlu menonjolkan diri masing-masing sambil mengekalkan elemen lucu.

3G dengan rendah dirinya memberitahu Hits, mereka tidak meletakkan harapan yang menggunung tinggi untuk bergelar juara MLM sebaliknya lebih senang hadir sebagai peserta berkumpulan yang mampu menggeletek hati penonton.

Yassin muncul kembali

Memulakan langkah sebagai anak seni selepas menyertai pertandingan realiti televisyen Sinaran Passport Kegemilangan pada tahun 1997, nama Yassin lebih sinonim dengan kumpulan lawak nombor satu negara, Senario.

Bertahan hampir 10 tahun di bawah payung Senario, zaman kegemilangan Yassin dilihat berakhir apabila dirinya terpalit dengan gejala negatif.

Agak lama juga, pelakon filem Aku Kaya The Movie (2003) ini berdiam diri namun hari ini, Yassin bangkit di atas pentas MLM bersama kumpulan 3G.

"Saya bersyukur kerana MLM adalah platform untuk saya beraksi bersama Didie dan Enot menghiburkan penonton.

"Terus terang saya katakan di sini bahawa inilah kali pertama kami bergandingan. Oleh itu, kualiti persembahan harus dipertingkatkan dari minggu ke minggu.

"Saya amat berharap peminat dan juga penonton di rumah terhibur dengan persembahan kami dan ingin menyaksikan aksi 3G pada minggu kedua dan seterusnya," kata Yassin yang juga muncul sebagai side kick kepada Apek dalam filem Duyung (2008).

Yassin mengakui tidak mahu bersikap hipokrit dengan mengatakan kumpulan 3G tidak mensasar salah satu tempat di peringkat akhir.

Katanya, walaupun MLM baru sahaja bermula namun mereka berpandangan jauh.

Katanya, jika 3G dapat mengekalkan momentum persembahan dan muncul pada setiap minggu, itu merupakan satu bonus bagi kumpulan mereka.

Didie bijak bahagi masa

Walaupun baru sahaja pulang dari Korea kerana terbabit dengan rancangan travelog yang dikendalikan oleh Awal Ashaari dan juga Scha Alyahya, Didie bijak mengatur jadual seninya dan mencuri masa untuk menyertai MLM.

Bagi Didie yang terkenal sebagai artis wanita yang kuat bekerja, setiap peluang dan ruang yang datang akan digunakan sebaiknya kerana bidang seni merupakan punca pendapatan beliau selama ini.

Biarpun tidak pernah mengeluh penat namun dia mengakui, perlu pandai mengatur masa agar tidak terlalu terkejar-kejar.

Kata Didie, rezeki pemberian Tuhan kepadanya dan keluarga tidak akan disia-siakan.

"Saya sebenarnya baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie Biar Mimpi Sampai ke Bintang.

"Dalam pada itu, saya juga terlibat dengan penggambaran drama bersiri, Peah Gossip bersama Fasha Sandha.

"Memanglah kalau diikutkan terasa penat tetapi saya suka dengan apa yang saya lakukan sekarang ini. Ia sudah menjadi darah daging saya," katanya ketika ditemui selepas siaran langsung MLM selesai.

Kata Didie, tumpuannya kini lebih kepada 3G kerana menyedari, saingan daripada peserta-peserta lain tidak kurang hebatnya.

Justeru, katanya, 3G memerlukan momentum terbaik kerana selain mahu menghiburkan peminat, biarlah persembahan 3G mendapat tempat di hati penonton dan para juri.

MLM dunia Enot

Seluruh tenaga dan minda Enot difokuskan kepada 3G walaupun dalam masa yang sama, pelakon comel ini menjalankan perniagaan keknya.

Kata Enot, apabila dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon sekarang ini, masanya memang sesuai untuk tumpuan sepenuh masa kepada 3G.

"Menyertai MLM bersama Didie dan Yassin adalah suatu langkah yang tidak pernah terlintas di fikiran saya.

"Apatah lagi beraksi dan bersaing dengan 16 peserta termasuk dari negara-negara jiran kita.

"Maka itulah, bagi saya mahupun dua lagi rakan dalam 3G, kami akan cuba untuk memberikan persembahan terbaik," katanya yang belum merasa puas menghiburkan penonton MLM.

Kata Enot, walaupun kehadiran 3G dalam MLM sebagai peserta underdog namun mereka serius dalam memberikan persembahan pada minggu hadapan.

"3G akan mencari idea yang lebih bernas dengan lawak yang lebih bersahaja untuk penonton. Apabila penonton ketawa, itulah kejayaan bagi kami," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Segar dan baharu untuk tv9

Posted:

Segar dan baharu untuk tv9

Segar dan baharu untuk tv9

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


IDOLA Kecil akan diteruskan untuk tahun keempat


SELEPAS mencatat rekod sebagai stesen nombor dua negara sepanjang tahun 2011 seperti mana yang dikeluarkan oleh AC Nielsen, TV9 tidak mahu terus duduk diam dan menikmati kejayaan tersebut.

Sebaliknya, stesen televisyen yang terkenal dengan kata pengenalan, Di Hatiku itu mahu memberikan santapan terbaik untuk penonton setia mereka menerusi pelbagai program menarik sepanjang tahun 2012.

Sudah pasti, TV9 sudah pun mengatur strategi terbaik bagi memastikan mereka akan terus mendekatkan diri dengan penonton setia mereka khususnya golongan remaja dari 15 hingga 29 tahun.

"Ternyata percubaan kami dalam memperbanyakkan program untuk remaja sepanjang tahun 2011 telah membuahkan hasil.

"Bukan hanya menerusi program televisyen, tetapi TV9 sendiri telah turun padang dengan menganjurkan pelbagai acara padang yang melibatkan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi seperti Ekspresi Remaja, Jam Session dan Gig TV9.

"Lalu, kami sudah bersedia untuk memberikan lebih banyak program menarik khusus untuk golongan ini selain mengekalkan kandungan sedia ada dengan pendekatan baharu dan segar," jelas Pengurus Besar Kumpulan Penjenamaan TV9, Sherina Mohamed Nordin penuh optimis dalam satu pertemuan dengan pihak media di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Hebat

Untuk tahun 2011, kata Sherina, antara program yang mendapat tempat di kalangan penonton remaja termasuklah Remaja, Remaja Ekstrem, Hujan di Paris dan Bunkface di Hong Kong.

Bagi meneruskan kesinambungan kejayaan itu, Sherina menjelaskan TV9 akan tampil dengan dua program baru iaitu Soundcheck dan program realiti, Versus (VS).

"Apa yang boleh kami katakan dua program ini merupakan yang terbesar untuk tahun 2012. Rancangan VS misalnya, merupakan program pencarian bakat baru secara berkumpulan yang kami percaya akan mendapat perhatian kelak.

"Untuk VS, kami akan bekerjasama dengan stesen radio Hot FM dan menariknya tentang rancangan ini apabila kandungan untuk televisyen dan radio adalah berbeza.

"Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada penonton dan pendengar radio dapat menikmati program ini dengan lebih meluas," jelas Sherina lagi.

Bagi Soundcheck pula, ia diinspirasikan daripada program Live From Abbey Road yang akan menampilkan temu bual bersama artis tempatan yang baru dan lama selain persembahan mini daripada mereka.

Kekal

Sementara itu, Sherina turut mengumumkan program realiti Idola Kecil juga akan diteruskan untuk musim keempat kerana ia terus mendapat tempat di kalangan masyarakat terutama ibu bapa.

Namun begitu, Akademi Al-Quran (AQ) yang sudah lima musim bersiaran di TV9 nampaknya akan direhatkan buat sementara waktu.

"Kami fikir adalah lebih baik untuk AQ dianjurkan selang setahun agar kami sendiri dapat memperbaiki dan memantapkan lagi kandungannya," terangnya lagi.

Menyedari persaingan yang harus dihadapi daripada stesen televisyen lain, TV9 mengorak setapak langkah lagi dengan memperkenalkan program bual bicara bola sepak, Gila Bola.

Menampilkan Seelan Paul dan penyampai radio Hot FM, Kieran sebagai pengacaranya, Gila Bola bakal menjadi program bual bicara sukan percuma pertama yang ditayangkan pada waktu perdana.

Untuk tahun 2012, rezeki juga terus berpihak kepada penyampai radio dan pengacara popular, Faizal Ismail apabila rancangan bual bicaranya, Apa Saja FBI akan kembali untuk tahun kedua.

"Selain Faizal, kami juga akan menampilkan Awal Ashaari dalam program bual bicaranya yang pertama. Namun, buat masa ini, kami tidak boleh lagi mendedahkan konsep rancangan itu.

"Ternyata, Awal begitu teruja sewaktu kami melamarnya untuk mengendalikan programnya sendiri. Kami memilihnya kerana percaya dengan kredibilitinya sebagai seorang pengacara," kata Sherina yang memberitahu rancangan hiburan seperti Hip TV, Galaksi dan Chopp!! akan terus dikekalkan.

Sebagai pembaharuan untuk TV9 selain mahu menarik perhatian remaja, stesen itu juga akan menayangkan dua siri drama Hollywood iaitu Teen Wolf dan The Nine Lives of Chloe King.

Mantap

Dalam masa yang sama, kata Sherina, TV9 tidak akan sama sekali mengabaikan kandungan untuk slot Raudhah yang menampilkan rancangan berbentuk keagamaan kerana ia mempunyai kelompok penonton tersendiri.

Jelasnya, program-program seperti Halaqah, Semanis Kurma, Usrah, Saffiya, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah serta Adik & Al-Quran akan dikekalkan malah kandungan mereka juga dimantapkan.

"Malah, kami sendiri mempunyai perancangan untuk menambah sebuah lagi program dalam siri Tanyalah. Insya-Allah dan jika semuanya berjalan lancar, ia akan menampilkan seorang tokoh agama tersohor," kata Sherina yang mengunci rapat mulutnya ketika diminta untuk memberitahu siapakah tokoh agama yang dimaksudkan.

Peluang

Tidak melupakan penggemar setia drama tempatan, tahun 2012 bakal menyaksikan pelbagai drama hebat yang akan menghiasi saluran yang juga boleh ditonton menerusi saluran 119, Astro itu.

Untuk slot Aurora dan Ratu, ia bakal diisi dengan drama bersiri menarik yang pastinya akan menggamit penonton untuk menontonnya kelak. Semuanya adalah untuk menguatkan lagi jenama slot tayangan pada pukul 8.30 malam itu.

Antara yang akan menjadi perhatian adalah drama bersiri Cinta Jangan Pergi arahan Kabir Bhatia manakala skripnya pula oleh Mira Mustaffa.

Bagaikan mahu mengulangi fenomena Nur Kasih, Cinta Jangan Pergi sekali lagi menggandingkan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sebagai teraju utama.

"Bukan itu sahaja, kami juga akan bekerjasama dengan penerbit dan pengarah muda yang mempunyai minat mendalam terhadap dunia pengarahan serta penerbitan.

"Jangan terkejut kalau saya katakan ada di antara mereka merupakan nama-nama popular dalam bidang lakonan yang bakal menyaksikan mereka bertukar portfolio selepas ini.

"Kami memang mahu memberi peluang kepada mereka dan ada juga yang mahu bekerjasama dengan kami," ujar Sherina yang memberitahu drama bersiri seperti Bulan, Bintang dan Kita serta Pulau juga akan ditayangkan nanti.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tumpang populariti Alyah

Posted: 31 Oct 2011 05:16 PM PDT

Hip

Tiga dara bergabung hasilkan kumpulan Chocolate

MUNGKIN ada kelainan yang mahu dicipta oleh kumpulan yang menggunakan nama Chocolate untuk memikat hati orang ramai, sama seperti yang kini dilalui penyanyi popular, Alyah menerusi lagu-lagu dendangan yang cukup merdu.

Malah semangat yang ditonjolkan melalui sikap tiga gadis yang bernaung di bawah Like Music Entertainment milik Norhasliah Abu Hasan atau Alyah begitu terasa sekali. Mereka sepakat mahu bekerja keras dan memberikan terbaik kepada industri seni. Chocolate yang berdiri daripada Eeza Zainal,18, Nadia Parmila, 24, dan Mell Hilton,23 mempunyai gaya vokal dan perwatakan berbeza dalam mencipta satu fenomena baru kepada industri apabila mereka juga mampu menyanyi secara solo dengan baik.

Ketika ditemui pada penggambaran video muzik Alyah dan Chocolate berjudul Boomerang baru-baru ini, ketiga-tiganya yang masih belajar itu tekad mahu mencontohi perjalanan seni Alyah yang dianggap seperti kakak sendiri.

"Kami disatukan dalam kumpulan Chocolate menerusi uji bakat yang dijalankan Like Music Entertainment.
Sebelum ini kami tidak kenal antara satu sama lain. Saya dari Tawau manakala Mell dan Eeza masing-masing dari Kota Kinabalu serta Klang.
"Kumpulan ini ditubuhkan pada awal April lalu," kata Pamela yang melihat kehadiran mereka dalam kumpulan remaja itu sebagai saling melengkapi kekurangan yang sedia ada.

Pamela dan Eeza menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), manakala Mell pula di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

"Eeza dalam jurusan seni muzik manakala Mell pula di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Komitmen kami bukan sekadar dalam bidang nyanyian tetapi juga perlu fokus kepada pelajaran dan semua ini kami anggap sebagai satu cabaran.

"Seperti Eeza, suaranya unik kerana serak basah, Mell pula mempunyai kelebihan dalam membawakan lagu bernada perlahan manakala saya sendiri mampu membawakan lagu bernada tinggi," kata Pamela yang menuntut dalam jurusan khidmat pelanggan.

Berbicara soal keserasian pula, mereka mengakui ia tidak mudah dibentuk tetapi apabila menjadikan Alyah sebagai contoh, ketiga-tiganya bersetuju untuk mempunyai matlamat sama iaitu berjaya dalam bidang muzik.

"Bukan mudah untuk mencapai kata sepakat tetapi selalunya keputusan yang dibuat adalah atas dasar kebaikan kepada kumpulan dan bukan bersifat peribadi. Kami tidak pernah bergaduh dan sudah mula memahami sikap masing-masing.

"Kami tiada masalah dan mahu fokus kepada kerjaya kami dan paling penting tidak ada sifat mementingkan diri sendiri," katanya sambil memberitahu mereka berkongsi apa saja termasuk pakaian supaya ketiga mereka mampu tampil cantik serta bergaya.

Lagu Boomerang jadi taruhan

TUAH Chocolate mungkin terletak kepada pembimbingnya, Alyah yang terkenal dengan lagu Kisah Hati. Mereka mengakui hakikat itu.

Jadi, ketiga-tiga tidak tidak mahu melepaskan peluang yang ada di depan mata begitu saja.

"Kami tidak menafikan populariti Alyah sebagai tuah yang hadir sekelip mata. Peluang yang diperoleh ini memberikan pengalaman baru kepada kami. Apa yang berada di fikiran kini adalah supaya album ini mendapat tempat di hati peminat," katanya bersungguh-sungguh.

Sementara itu, Alyah sebagai pemilik LME, berkata selepas sebelas tahun meredah gelombang penuh dugaan dalam bidang seni suara, dia berasakan tiba masanya untuk berkongsi pengalaman dengan bakat baru pula.
Katanya, kelahiran Boomerang sebagai taruhan single pertama syarikatnya itu diharapkan mampu memberikan kelainan kepada industri seni.

"Boomerang adalah lagu dan video klip yang bergenrekan Retro Pop yang mengembalikan era 70an serta 80an yang dilatari warna-warni disko kasut roda. Saya turut membuat penampilan khas dalam lagu ini dan saya mahu berkongsi apa saja bersama anak didik saya ini.

"Lagipun kami mahu sentiasa cuba menampilkan sesuatu yang segar kepada setiap hasil seni Like Music dan klip video ini dilihat mampu mengembalikan era permainan kasut roda yang popular yang disesuaikan dengan gaya fesyen kontemporari," katanya sambil memberitahu lagu itu adalah gubahan Audi Mok dan Omar K dan dicipta Ad Samad.

Katanya, LME adalah sebuah syarikat kerdil tetapi dirinya bersyukur apabila mempunyai tenaga kerja dan rakan-rakan yang menyokong syarikatnya dengan sepenuh hati.

"Daripada segi pengurusan sehinggalah hasil seni kreatif, saya bangga kerana sentiasa dibantu dengan idea serta kerjasama yang baik.

"Saya memberikan nama Chocolate kepada mereka kerana melihat coklat sebagai kegemaran remaja dan disukai semua, jadi ia adalah simbolik kepada kumpulan ini. Pemilihan mereka juga adalah apabila saya melihat ketiga mereka sama seperti sikap saya iaitu mahu bekerja keras," katanya yang memberitahu kesemua mereka dilihat sebagai cerminan dirinya sendiri.

Alyah bakal muncul dengan single terbaru berjudul Lena Sahara hasil tulisan Yassin dalam masa terdekat ini.

"Fokus sekarang adalah memulihkan kesihatan kerana baru menjalani pembedahan apendiks. Itu paling penting. Bukan mudah untuk saya mencapai sehingga tahap ini dan saya akan memberikan persembahan yang terbaik," katanya yang memberitahu lagu itu sudah ditonton oleh lebih sejuta peminat di YouTube.

Full content generated by Get Full RSS.

Lemas dibelit ular putih

Posted: 31 Oct 2011 05:10 PM PDT

Hip

Aksi bertenaga Whitesnake beri kepuasan maksimum kepada peminat rock klasik

TERNYATA, Whitesnake masih mampu mencuri tumpuan peminat dan menariknya himpunan peminatnya, tidak tertakluk kepada mereka yang sezaman dengan era rock pppular ini tetapi juga mampu menggamit kehadiran anak muda dan belia yang dilahirkan selepas kemunculan kumpulan ini.

Hampir 5,000 peminatnya berpeluh-peluh dalam kehangatan mengikut setiap rentak lagu yang dimainkan oleh kumpulan ular putih ini menerusi Konsert Whitesnake - Live in Malaysia di Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu. Walaupun tidak dinafikan kelewatan sedikit pada jadual konsert hingga kedengaran suara teriakan hingar bingar peminat yang mahu kumpulan itu muncul memeriahkan suasana malam di stadium tertutup itu pada awalnya, tetapi sebaik konsert ditamatkan, seribu satu kepuasan terpancar pada wajah peminat tatkala selepas dihiburkan dengan lebih 10 himpunan lagu lama dan baru kumpulan itu.

Tiada lagi kemarahan atau rasa tidak puas hati setelah kelewatan kira-kira 20 minit itu dibayar dengan harga sebuah himpunan lagu yang disampaikan oleh penyanyi vokal kumpulan itu bersama kumpulannya dengan cukup lantang dan lemaknya.

Whitesnake tidak hanya menumpukan dalam memberikan persembahan kepada vokal semata-mata kerana setiap bakat seni yang ada dalam kumpulan yang hebat itu ditonjolkan kepada peminatnya secara eksklusif.

Teriakan peminat kedengaran sehingga membingitkan telinga sebaik bekas kumpulan Deep Purple yang juga vokalis kumpulan, David Coverdale memperkenalkan Doug Aldrich dan Reb Beach kepada peminat.
Kerakusan mereka menunjukkan kehandalan memetik gitar selama 15 minit cukup mengujakan sehingga stadium mula sepi sebentar sebelum tepukan paling gemuruh dilayarkan kepada mereka.

Tiada kata dapat diungkapkan betapa hebatnya kebolehan pemetik gitar kumpulan itu yang sudah memberikan nilai tambah kepada peminat yang mengeluarkan belanja membeli tiket persembahan pada malam itu.

Tidak berakhir dengan perkenalan kepada dua aset kebal yang menyinari Whitesnake, David selaku ketua memperkenalkan pula Tichy Brian, pemain dram kumpulan yang aksinya cukup mengujakan mata memandang dan telinga yang mendengar kerana tidak cukup menghentakkan dram dengan menggunakan kayu dan lahirlah dentuman dan nada bunyi padu.

Bunyi paluan dram yang menggunakan lebih daripada dua kayu itu turut mempersonakan dan Tichy Brian dilihat cukup bertenaga dalam membuai perasaan taksub peminatnya.

Begitu juga dengan permainan keyboard oleh Brian Ruedy dan kehalusan Michael Devin menggemakan alatan bass tidak dapat dinafikan sudah membawa penonton ke dalam dunia fantasi rock yang tidak berpenghujung.

Himpunan lagu daripada kumpulan rock itu tidak menghampakan. Lagu seperti Best Years, Give Me All Your Love, Love Ain't No Stranger, Is This Love, Steal Your Heart Away, Forevermore, Can You Hear The Wind Blow, Love Will Set You Free, The Deeper The Love, Fool For Your Loving, Here I Go Again dan Still Of The Night mengikat hati peminat bahawa memilih kumpulan itu sebagai idola tidak ada silapnya lagi.

David turut menyanyikan lagu dari kumpulan Deep Purple, Soldier Of Fortune membuatkan peminatnya seperti hilang arah dan teriakan tanda keriangan itu ditamatkan dengan tepukan gemuruh.

Sepanjang persembahan itu juga, David tidak hanya menumpukan kepada nyanyiannya semata-mata kerana apa yang diperhatikan, pada usia veterannya itu dia turut menunjukkan kasih sayang kepada peminatnya dengan sesekali dilihat menunjukkan isyarat melalui tangan kepada peminat yang dibalas dengan teriakan keseronokan daripada penghuni sementara stadium itu.

Pengharapan peminat yang hadir pada malam itu tidak membungkam langsung wajah kecewa kerana rata-rata yang pulang membawa 'trofi kenangan indah' yang cukup berbaloi.

Penampilan penyanyi rock tersohor negara, Ella dalam menyampaikan lagu juga sedikit sebanyak memanaskan suasana dan kegelisahan penonton menantikan kemunculan kumpulan Whitesnake yang julung kalinya berada di Malaysia dalam melengkapkan lawatan promosi album studio ke 11 kumpulan itu di seluruh dunia.

Bukan hendak memperkecilkan penampilan Ella, tetapi kemunculannya tidak lebih sebagai pelengkap dan sekadar memenuhi syarat untuk mana-mana penyanyi luar membuat persembahan di negara ini. Akhirnya, kemunculan Ella hanya dianggap 'kecil' saja di sisi Whitesnake.

Full content generated by Get Full RSS.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Saman Fitnah : Nadia Mustafar Diarah Bayar RM50,000 Kepada Lisdawati

Posted: 31 Oct 2011 02:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Nadia Mustafar pada Isnin,diarahkan untuk membayar ganti rugi berjumlah RM50,000 kepada dramatis, Lisdawati dalam saman fitnah berhubung penerbitan artikel isu hutang di Majalah Media Hiburan, enam tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Yong Zarida Sazali turut memerintahkan supaya Nadia yang membintangi filem Zombie Kampung Pisang' untuk membayar faedah pada kadar empat peratus bermula daripada tarikh penghakiman sehingga penyelesaian kes.

Perbicaraan melibatkan keterangan lima saksi. Keputusan itu diberikan tanpa kehadiran Lisdawati mahupun Nadia yang hanya diwakili oleh peguam masing-masing.

Lisdawati, 33, yang merupakan isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi diwakili oleh peguam Sangeet Kaur Deo manakala Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35,diwakili peguam siti Julaini Mohd Sahar.

Prosiding mahkamah bermula selepas Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin memfailkan saman pada 21 April tahun lalu atas dakwaan Nadia telah mengeluarkan kenyataan berbentuk fitnah dalam temu bual oleh wartawan Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani (Allahyarham).

Temu bual tersebut kemudiannya diterbitkan dalam artikel bertajuk 'Hutang – Nadia Mustafar serang Lisdawati?' oleh majalah itu pada keluaran bertarikh 8 hingga 14 Januari2005.

Nadia juga didakwa enggan untuk meminta maaf daripada Lisdawati walaupun telah diminta untuk berbuat demikian pada 18 Julai 2005.

Lisdawati yang memohon ganti rugi sebanyak RM250,000 mendakwa, dalam erti biasa artikel itu dapat difahamkan bahawa dia telah meminjam wang, berhutang dan gagal menjelaskan hutang.

Lisdawati mendakwa dirinya tidak pernah meminjam wang daripada Nadia sebaliknya berbuat demikian dengan teman lelaki Nadia semasa itu, Mohd Roslan Omar.

Bagaimanapun, Nadia pada pembelaan yang difailkan pada 18 Mei lalu mendakwa, artikel tersebut tidak mempunyai unsur fitnah dan hanya meminta supaya orang yang berhutang untuk menjelaskan hutang dengannya.

Nadia juga mengatakan dia telah bekerja di luar daerah semasa itu dan menyuruh Mohd Roslan untuk berjumpa dengan Lisdawati dan mendahulukan wang RM10,000 bagi pihaknya.

//mstar///

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Lakonan karier sepenuh masa

Posted: 31 Oct 2011 06:41 AM PDT

TIGA tahun bergelar pelakon, nama Mon Ryanti barangkali masih 'kabur' dalam kalangan penonton tanah air. Malah, mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan si jelita ini dan apakah produk filem dan drama pernah dibintanginya?

Meraih peluang secara kebetulan pada 2009 apabila bahagian kakinya terpilih untuk menjadi poster filem Remp-It V3 Samseng Jalanan arahan Farid Kamil, anak jati Johor ini berkata dia tidak pernah pun berangan untuk membina karier dalam bidang seni.

Mon Ryanti atau nama sebenarnya, Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee, 23, berkata tuah kaki itu yang membuka jalannya. Walaupun, poster dihasilkan tidak lulus kerana hanya menampilkan paras punggungnya hingga kaki, peluang tetap ada.

"Saya kemudian dilamar pemilik MIG Productions Sdn Bhd, David Teo untuk menjadi pelakon. Ketika itu, perasaan saya berbelah bagi untuk menerima atau menolaknya kerana sedar diri tiada bakat dan tahu memang tak boleh berlakon langsung.


"Sifat malu yang tebal untuk beraksi di hadapan kamera adalah faktor utama.

Saya juga tak yakin boleh berlakon memandangkan tiada asas dalam lakonan. Ini kerana saya tidak pernah mendapat pendedahan dengan mengikuti bengkel atau kursus.

"Jadi, macam mana saya hendak berlakon dan pasti akan menyusahkan pihak produksi nanti. Apapun, David meyakinkan saya supaya mencuba dulu. Justeru, saya bulatkan tekad berlakon sekadar mencari duit poket," katanya.

Menurut Mon Ryanti, ketika itu pun dia masih melanjutkan pengajian dalam bidang akaun dan kewangan. Jadi, enggan terlalu bergantung kepada kewangan keluarga, dia gigih berusaha mencari sumber pendapatan dengan terbabit sebagai model peragaan.

Memulakan langkah dalam lakonan dengan drama E-Toyol.com dan Julia Juli pada 2009, rezeki Mon Ryanti semakin murah pada 2010 dengan pelbagai drama terbitan MIG Productions dibintanginya seperti Epilog Syurga Cinta, Jalan Pinang Sebatang dan Cinta Tikar Sejadah.

Selain itu, dia juga berlakon dalam drama Takut Bini Sayang Suami, Adnan Sempi-It The Series, Duda & Dara serta Diva-Diva Pencen. Tidak terhenti setakat itu, Mon Ryanti turut memperoleh peluang beraksi di layar perak menerusi filem Mantra.

Apapun, lembaran 2011 nyata lebih luas untuknya apabila MIG Productions memberi kepercayaan lebih besar dengan melakonkan watak utama dalam filem seperti Nongkrong, Hantu Dalam Botol Kicap dan Keramat. Dia juga muncul dalam filem Super Duper Lover.

Tidak sekadar filem, Mon Ryanti juga terbabit menjayakan drama dan telefilem seperti Saya Tahu Apa Awak Buat Raya Lalu dan Klik. Katanya, dengan rezeki yang tak putus diterima, kini lakonan menjadi karier sepenuh masa walaupun saingan sengit.

"Kemunculan artis baru sekarang terlalu ramai dan di bawah naungan pengurusan MIG Productions saja kini ada 60 orang. Bagaimanapun, saya tidak gusar menghadapinya kerana yakin dengan bakat yang dimiliki pasti ruang rezeki tak ke mana.

"Apa yang penting bagi saya, lakonan ditonjolkan perlulah berkesan dan terbaik. Oleh itu, untuk memperolehnya saya sanggup mengulang beberapa kali sehingga mendapat apa yang diinginkan pengarah. Sebagai pelakon baru, saya masih belajar," katanya.

Menurut Mon Ryanti, bukan mudah meraih kejayaan. Oleh itu, dia tidak malu mengulang babak dilakonkan beberapa kali demi kepuasan diri. Ujarnya, memandangkan lakonan adalah sumber pendapatannya, dia perlu melakukan sebaik mungkin.

Mon enggan dikait kontroversi

MEMILIKI pakej lengkap dengan wajah cantik dan tubuh seksi, apakah Mon Ryanti tidak bimbang dirinya akan dikaitkan dengan kontroversi?

Katanya, tak dinafikan ada juga kerisauan itu. Namun, dia sedar kontroversi adalah lumrah kehidupan artis.

"Dalam soal imej, saya berpakaian mengikut keselesaan. Justeru, saya harap tiada pihak cuba menyalah tafsir atau menjadikannya ruang untuk saya terbabit dengan kontroversi. Jujurnya, saya akui tidak mahu terjebak dengan sebarang kontroversi.

"Saya mahu diri ini dinilai dengan bakat lakonan ditonjolkan dan bukan menerusi perkara bukan-bukan termasuk imej. Apapun, jika terjebak juga dengan kontroversi, saya lebih selesa berbincang dengan pihak pengurusan, MIG Productions.

"Menerusi perbincangan, mungkin akan memperoleh jalan penyelesaian terbaik.
Bagaimanapun, saya sangat berharap penonton dapat menerima dengan menilai hasil lakonan dijayakan. Saya mahu dikenali dengan bakat diri," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan keluarga, Mon Ryanti berkata dia gembira mendapat sokongan daripada ibu bapanya. Jelas anak kedua daripada tiga beradik itu, dia takkan mensia-siakan kepercayaan keluarga dengan mempamerkan lakonan terbaik.

Full content generated by Get Full RSS.

41 filem rebut anugerah

Posted: 31 Oct 2011 06:32 AM PDT

DEBARAN menantikan acara Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) semakin memuncak apabila ia dijangka berlangsung pada 18 hingga 20 November ini.

Lebih sekadar platform artis melaram dan meraih glamor terima anugerah, acara tahunan ini sepatutnya diberi tumpuan lebih serius dalam mengangkat martabat industri perfileman tanah air.

Menerusi acara ini, penggiat seni termasuk masyarakat dapat melihat sejauh mana pencapaian filem tempatan sama ada ia boleh dibanggakan atau sebaliknya.

Untuk FFM24, kemeriahan awal dapat dirasakan apabila 41 filem bertanding termasuk lapan filem bukan bahasa Malaysia turut mencuba nasib. Mengikut jumlah ini, ia menunjukkan penyertaan filem bertanding semakin meluas dan mendapat perhatian ramai pihak produksi.


Pengerusi Promosi & Publisiti FFM24, Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, sepatutnya acara ini mendapat perhatian lebih banyak filem tempatan untuk bertanding dan ini secara tidak langsung mewujudkan suasana meriah yang diharapkan penganjur.


"Kami sendiri meletakkan matlamat untuk mencapai 50 filem masuk acara ini pada tahun depan. Walaupun kuantiti banyak, tetapi saya percaya masih ada filem yang mempunyai kualiti.

"Semua filem yang bertanding kali ini sudah ditayangkan. Buat masa ini persiapan rancak dijalankan dan sudah mencecah hingga 70 peratus," katanya ketika ditemui pada acara Jelajah FFM24 di Johor Bharu, baru-baru ini.

Mat London berkata, mengenai perubahan tarikh malam kemuncak yang sepatutnya dijadualkan pada 19 November tidak memberi masalah pada penganjur, Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Dalam pada itu, ketiadaan Presiden Gafim, Jurey Latif Mohd Rosli turun padang pada acara Jelajah FFM24 di Johor Bharu menimbulkan tanda tanya mengenai pendirian badan persatuan itu terhadap acara anjuran sendiri.

Mat London menjelaskan, acara Jelajah FFM24 adalah inisiatif Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dalam menyemarakkan FFM24. Kerajaan memberikan peruntukan RM1 juta untuk penganjuran FFM24.

Walaupun tiada peruntukan diberikan Gafim pada acara sampingan ini, FDAM tetap mencari jalan menerusi kerjasama dengan kerajaan negeri dan beberapa penaja untuk meneruskannya. Johor Bharu menjadi lokasi terakhir acara Jelajah FFM24 selepas Ipoh dan Pulau Pinang.

"Saya tidak kecewa dengan Gafim berhubung perkara ini kerana FDAM diberi kebebasan dalam menjalankan acara ini. Sepanjang 23 tahun FFM dianjurkan, ini kali pertama acara jelajah diadakan.

"Acara jelajah seperti ini bukan saja membawa artis bertemu peminat lebih dekat, tetapi turut mempromosikan filem yang bertanding. Menerusi tiga lokasi yang dijalankan, sambutan yang diterima cukup meriah.

"Di sebalik acara ini, saya berharap setiap kali penganjuran ia memberi pengajaran pada penganjur memperbaiki pada masa akan datang.

"Menariknya, lokasi Iskandar Malaysia (Koridor Pembangunan Johor) sudah menyatakan minat untuk bekerjasama menganjurkan festival ini pada 2013.

"Saya sendiri berpandangan sepatutnya acara ini diperbesarkan dengan menjemput ramai penggiat seni dan artis dari rantau Asia hadir.

"Pertemuan bersama karyawan tempatan ini bukan saja suatu yang meriah dan dinamik, tetapi ia juga memberi pendedahan pada orang luar menilai acara ini suatu yang hebat dan dapat dibanggakan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Fasha bukan orang ketiga

Posted:

Fasha bukan orang ketiga

Fasha bukan orang ketiga

Johan tidak menyalahkan Izreen berikutan kontroversi yang melanda diri mereka berdua saat ini.


PERTEMUAN yang diaturkan dalam satu sesi fotografi baru-baru ini secara kebetulan telah mempertemukan dua bintang baru Izreen Azminda Aznam, 26, dan Johan Ariff Asaari, 25 yang mana mereka kini dilanda kontroversi cinta membabitkan aktres Fasha Sandha.

Hubungan mesra dan foto-foto berdua Johan dan gandingannya dalam drama popular Cinta Elysa, aktres terkenal Fasha Sandha didakwa menjadi punca hubungan cinta Johan dan Izreen retak.

Enggan sebenarnya untuk digandingkan bersama dalam foto pada mulanya, namun atas dasar profesional, kedua-dua mereka akhirnya bersetuju untuk memenuhi permintaan Kosmo! meskipun air muka kedua-duanya jelas membuktikan hubungan dingin antara mereka.

Tidak banyak berbicara ketika sesi fotografi berlangsung di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini, baik Izreen mahupun Johan tidak mahu konflik yang berlaku antara mereka dipanjangkan kerana mereka sedar industri hiburan tempatan tidak sebesar mana.

Izreen ternyata tetap dengan pendiriannya yang mendakwa dia dan Johan merupakan pasangan kekasih sejak bulan Mei tahun ini.

Sebaliknya pula dengan Johan yang sehingga kini, tidak mengaku pernah bercinta dengan Izreen tetapi hanya mengaku mereka sekadar teman rapat. Ikuti temu bual eksklusif mereka bersama Kosmo!.

Tidak mahu besarkan isu – Johan

KOSMO!: Adakah ini kali pertama Izreen dan Johan berjumpa selepas kenyataan balas antara kalian?

Johan: Sebelum ini kami ada juga berjumpa untuk sesi fotografi sebuah majalah. Saya tidak ada masalah dengannya meskipun selepas dia memberikan kenyataan pada pihak media.

Jika tidak ada masalah, kenapa hubungan yang dulunya rapat kini menjadi regang?

Johan: Saya akui saya memang pernah berkawan rapat dengannya kerana kami terlibat dalam drama Juvana, itu sahaja. Semua orang ada sejarah masing-masing tidak terkecuali saya. Bagi saya tidak perlu bercerita panjang lebar mengenai hal ini kerana sekarang kita harus memandang ke hadapan bukannya ke belakang.

Johan salahkan Izreen atas kelantangannya bersuara mengenai hal kalian?

Johan: Saya tidak pernah salahkan sesiapa dalam hal ini. Lebih baik saya berdiam diri, jika kami sama-sama bersuara dan berbalas antara satu sama lain, pada akhirnya kami berdua juga akan kelihatan bodoh dan tiada siapa juga akan menang.

Mungkinkah gosip cinta antara Johan dan Fasha menjadi punca hubungan kalian regang?

Johan: Saya anggap Fasha hanya sebagai pelakon senior dan menghormatinya. Dia juga banyak mengajar saya untuk menjadi seorang pelakon yang baik kerana dia mempunyai lebih pengalaman daripada saya, tidak lebih daripada itu.

Apa pandangan Johan terhadap kontroversi cinta ini kerana tidak secara langsung ia mempopularkan Johan.

Johan: Biarlah ia bertitik noktah di sini. Saya sebagai manusia biasa, hanya reda kepada Allah dan saya tidak pernah mulakan serta tidak pernah ciptakan apa-apa pun. Tiba-tiba saya boleh ada pengalaman dan di dalam tahap begini. Namun, saya anggap ini merupakan pengalaman kehidupan sebagai seorang pelakon dan saya reda. Apa pun saya akan cuba buat yang terbaik sebagai seorang pelakon.

Adakah disebabkan kontroversi ini, Johan dan Izreen sudah tidak bertegur sapa?

Johan: Saya akan tetap mendoakan setiap rakan-rakan saya mencapai yang terbaik di dalam kerjaya masing-masing termasuklah Izreen sendiri. Saya tidak pernah anggap Izreen sebagai musuh saya dan saya anggap ini adalah ujian daripada Allah. Mungkin kali ini yang terkena ujian tersebut adalah saya dan saya tidak perlu salahkan dia (Izreen) kerana dia juga manusia. Saya juga ada salah kerana saya juga manusia, saya telah memaafkannya dan saya tidak pernah anggap dia musuh saya.

Adakah sejak kontroversi ini timbul Johan dan Izreen masih berhubung antara satu sama lain?

Johan: Tidak pernah.

Andai kalian disatukan dalam drama, adakah Johan menerimanya?

Johan: Saya terima, Insya-Allah kerana bagi saya seorang pelakon perlu bersikap profesional dan jangan disebabkan sejarah lama mahupun perkara-perkara sebegini terus tidak mahu berlakon atau sebagainya. Mungkin dengan bekerjasama, kami akan mendapat persefahaman baharu.

Jangan tabur janji palsu – Izreen

KOSMO!: Adakah kalian memang benar-benar bercinta?

Izreen: Ya, memang kami bercinta sebenarnya, saya pun telah beberapa kali beri kenyataan jelas pada pihak media. Kami berkenalan pada bulan Mac kerana terlibat dalam penggambaran drama bersiri Juvana dan mula bercinta pada Mei 2011.

Bagaimanapun, Johan tidak pernah mengaku memiliki hubungan cinta dengan Izreen. Siapa yang betul sebenarnya?

Izreen: Saya rasa saya tidak perlu ulas lagi, apa yang saya tahu, saya ada bukti, malah rakan-rakan saya dan dia semuanya tahu mengenai hubungan kami. Dia tidak mahu mengaku, mungkin sekarang namanya sedang naik dan menganggap mempunyai komitmen satu halangan buatnya. Saya tidak paksa. Biarlah apa yang terjadi antara kami, hanya kami berdua sahaja yang tahu.

Sejauh mana hubungan kalian?

Izreen: Macam pasangan bercinta yang lain, dia ada membawa saya berjumpa dengan keluarganya dan dia pernah cakap sebelum ini dia tidak pernah bawa mana-mana wanita bertemu ibu bapanya. Sebagai seorang wanita, ketika itu saya rasa, dia benar-benar serius dengan saya. Saya pun ada bawa dia balik bertemu dengan keluarga saya di Jitra, Kedah.

Sejak bila hubungan kalian retak?

Izreen: Sejak dia berlakon drama Cinta Elysa, saya pun tidak tahu apa masalahnya. Awal-awal penggambaran semua seperti biasa, malah, saya sempat berbuka puasa dengannya di set penggambaran sebelum ini. Tetapi pada pertengahan penggambaran, semakin sukar untuk saya hubungi dia. Selesai sahaja penggambaran drama itu, baru dia hubungi saya itu pun sekali sahaja.

Adakah Izreen masih sayangkan Johan dan mungkinkah cinta akan bertaut kembali?

Izreen: Sekarang ini saya hanya anggap dia sebagai kawan sahaja, harapan antara kami, memang tidak ada langsung.

Tidakkah keberanian Izreen mengeluarkan kenyataan memakan diri sendiri?

Izreen: Saya akui mula-mula saya keluarkan kenyataan, saya terlalu ikut emosi tanpa berfikir baik dan buruknya. Selepas itu, ramai yang hentam saya dan kata saya mencari publisiti murahan. Sejak itu ramai yang pandang serong terhadap saya, kenyataan saya hari ini adalah untuk membersihkan nama saya sahaja.

Bersedia andai mendapat tawaran berlakon bersama?

Izreen: Sebagai pelakon saya profesional, saya okey sahaja kalau diminta berlakon bersamanya. Saya sudah tutup buku apa yang terjadi antara kami.

Sepanjang lima tahun terlibat dalam industri seni, adakah ini ujian terbesar kamu?

Izreen: Selama ini saya tidak pernah terlibat dalam sebarang konflik seperti ini, ini yang pertama kali dan pengajaran buat saya supaya tidak mudah percaya dengan janji manis lelaki. Saya anggap kami tidak ada jodoh.

Kata-kata terakhir Izreen buat Johan

Izreen: Andai dia bertemu dengan wanita yang benar-benar dia suka, kalau boleh kahwin sahaja terus, jangan beri harapan palsu pada wanita. Ini satu pengajaran juga untuk dia. Sebagai sahabat, saya sentiasa menyokong dia kerana bagi saya dia seorang pelakon yang berbakat besar.

Full content generated by Get Full RSS.

Clever 2 lebih menarik

Posted:

Clever 2 lebih menarik

Clever 2 lebih menarik

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


RAVI (empat dari kanan) pada sidang akhbar Clever! musim kedua baru-baru ini.


SEBAGAI penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia, menggunakan slogan 'Macam-macam Ada', Astro mengekalkan momentum dengan menyediakan pelbagai jenis saluran bukan sahaja hiburan, sukan dan muzik malah termasuk pendidikan.

Khusus buat penonton yang meminati bidang sains, rancangan Clever! edisi Malaysia sangai sesuai ditonton kerana ia bukan sahaja sesuai untuk pelajar sekolah namun semua peringkat umur.

Menerusi program terbitan ini, penonton boleh belajar dan mengetahui lebih banyak mengenai sains dan eksperimen yang akan membuatkan anda teruja dengan hasil kajian yang dilakukan.

Setelah berjaya mendapat sambutan luar biasa di musim pertama, Clever! di musim kedua kini kembali dan apa yang menarik, program ini masih lagi mengekalkan dua orang hosnya, Aznil Nawawi dan Rafidah Abdullah.

Produksi musim kedua ini memperkukuhkan komitmen Astro dalam menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan warga muda Malaysia dengan menggabungkan aspek pendidikan dan elemen hiburan.

"Kami mengekalkan semangat yang sama seperti musim pertama yang mana ia bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari dan memahami sains menerusi format persembahan yang menghiburkan lagi menarik.

"Musim ini, Clever! akan membawakan pengalaman lebih meluas dan lebih seronok bagi menarik perhatian pelajar merangsang minda mereka untuk mecetuskan logik akal dan kreativiti," jelas Ketua Pendidikan Astro, Ravi Gopal semasa sidang akhbar yang diadakan di Restoran Delicious, Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Apa yang menarik, beberapa selebriti tempatan akan dijemput bagi sama-sama menguji pengetahuan saintifik pada diri mereka dengan berganding bersama peserta yang merupakan pelajar sekolah sebagai sebuah pasukan. Antara selebriti yang membuat penampilan istimewa dalam Clever! 2 termasuklah Zizan, Johan dan Nabil Raja Lawak, Jaclyn Victor, Ana Raffali, Sarimah Ibrahim, Diana Danielle dan Didie Alias.

Selain itu, bagi mereka yang mahukan pengalaman langsung mengenai dunia sains, Karnival Sains Clever! yang diadakan di banyak lokasi akan dibuka secara percuma kepada orang awam.

Bagi penonton yang ketinggalan dan ingin menonton episod Clever! dan ingin mendalami pemahaman sains mereka, sila lawat laman web Clever! di www.astro.com. my/clever.

Jangan ketinggalan menonton episod baharu musim baharu Clever! yang akan ke udara setiap Sabtu pada pukul 1.30 petang mulai 22 Oktober lepas di saluran Astro TVIQ (saluran 610).

Full content generated by Get Full RSS.

Isnin, 31 Oktober 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Now Everyone Can Fly to New Zealand AirAsiaX 8TV

Posted: 31 Oct 2011 09:48 PM PDT

KIA ORA!! - TEROKAI KEINDAHAN NEW ZEALAND BERSAMA 8TV DAN AIRASIA X!

Menjelajah ke dunia luar dan menimba pengalaman baru boleh membantu kita untuk menjadi lebih berdikari dan mengenal erti sebenar kehidupan dengan menghargai keindahan budaya dan cara hidup yang berbeza.

Terkenal dengan jolokan 'middle earth', New Zealand adalah satu negara yang cukup dikenali dikalangan negara-negara Pasifik yang lain. Sumber ekonomi yang banyak bergantung kepada industri pelancongan kerana keindahan flora dan fauna, pemandangan gunung-ganang yang indah, pantai yang putih bersih dan gunung berapi yang masih aktif menjadikan New Zealand sebagai salah sebuah negara terkenal sebagai destinasi pelancongan pilihan.

Henry Golding AirAsiaX

New Zealand yang terkenal dengan kedudukan geografinya yang terpencil dengan keluasan sebesar negara Jepun dan Britain ini juga mempunyai flora dan fauna yang luar biasa. Negara ini menjadi habitat kepada pelbagai jenis fauna yang jarang ditemui di tempat lain antaranya burung-burung unik seperti kakapo, iaitu sejenis spesis burung kakak tua besar yang tidak boleh terbang, burung kea serta satu-satunya burung 'alpine parrot'.

Antara fauna lain yang terdapat di negara ini adalah penguin dan kiwi yang juga merupakan simbol utama kepada New Zealand. Keindahan alam semulajadi di negara ini boleh dinikmati dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik yang lain seperti menaiki bot, menyusuri pantai-pantai yang cantik, aktiviti 'bungee jumping' dari tanah-tanah tinggi, dan macam-macam lagi.

Kali ini, 8TV dengan kerjasama AirAsia X akan membawa anda dalam siri jelajah terbaru ke New Zealand melalui program Now Everyone Can Fly to New Zealand. Program terbaru 8TV ini bakal membuat penoton teruja untuk melihat keindahan dan keistimewaan destinasi-destinasi menarik di New Zealand. Anda juga dapat menyaksikan perbezaan budaya dan cara hidup sekaligus melancong tanpa perlu mengeluarkan bajet yang banyak!

Henry Golding AirAsiaX

AirAsia X dan Tourism New Zealand dengan bangganya mempersembahkan Now Everyone Can Fly to New Zealand yang akan membawa anda menjelajah New Zealand dalam 8 episod yang pasti menghirburkan! Siri terbaru Now Everyone Can Fly to New Zealand dengan kerjasama AirAsia X ini akan membawa penonton ke destinasi-destinasi AirAsia X sekaligus memberi penonton peluang untuk menikmati pakej-pakej menarik yang ditawarkan.

Program yang membawa anda mengenali negara yang juga terkenal kerana mempunyai nama tempat yang terpanjang di dunia iaitu 'Taumatawhakatangi-hangakoauauotamatea-turipukakapikimaunga-horonukupokaiwhenuaki-tanatahu ini akan dihoskan oleh pengacara terkenal Henry Golding. Henry yang cukup sinonim dengan program berunsur 'travelogue' pernah mengacarakan program 'Welcome To The Rail World' dan 'Without Boundaries Islands and Beaches' yang pernah disiarkan di 8TV.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja utama rancangan ini iaitu AirAsia X kerana membawa kita semua melihat keindahan New Zealand. Now Everyone Can Fly to New Zealand akan memberikan banyak pengisian yang menarik khas untuk penonton yang gemar menjelajah ke dunia luar! Saya sangat teruja dan berharap penonton semua bersama-sama mengikuti perjalanan Henry dalam program ini. Now Everyone Can Fly to New Zealand akan disiarkan setiap Ahad jam 10.30 malam bermula 6 November 2011 ekslusif di saluran hip 8TV" kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV & ntv7.

"Sekarang semua mampu terbang ke New Zealand dengan AirAsia X and dan berpeluang berkongsi cerita dengan Henry Golding di 8TV! Anda pastinya bakal merasai pengalaman baru tentang New Zealand selama program ini berlangsung. Saya ingin mencabar anda semua untuk menonton program ini dan cuba untuk menyebut nama tempat paling panjang di New Zealand ini." ujar Mark Frood, Pengurus Besar Pasaran Asia, Tourism New Zealand.

AirAsia X cukup berbangg dengan bekerjasama dengan Tourism New Zealand dan 8TV memperkenalkan siri 'travelogue' terbaru tentang New Zealand. Kami cukup berbesar hati bekerja dengan Henry Golding dan percaya telah melakukan yang terbaik bagi memperkenalkan New Zealand kepada Malaysia. AirAsia X telah melancarkan penerbangan ke Christchurch April lepas dan dengan kerjasama dari Tourism New Zealand maka lahirlah program "Now Everyone Can Fly To New Zealand". ujar Darren Wright, Head of Commercial, AirAsia X.

Pastikan anda bersedia untuk meneroka keindahan dan keistimewaan budaya di New Zealand dalam siri jelajah Now Everyone Can Travel to New Zealand yang akan menemui anda setiap Ahad jam 10.30 malam bermula 6 November 2011 ini. 8TV juga terdapat di saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda di www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti 8TV di www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts.

Henry Golding AirAsiaX

Host Profile : Henry Golding

Biography:

Henry Golding merupakan seorang personaliti TV yang semakin popular dan menjadi buruan ramai penerbit di Asia Tenggara. Memiliki latar belakang Inggeris dan Iban, Henry menjalani hidup dengan keseimbangan nilai barat dan budaya timur dan juga meneruskan minat dalam bidang Pelancongan dan Anthropology. Minat yang mendalam terhadap dua bidang ini membolehkan Henry menyesuaikan diri dengan mudah walaupun dalam persekitaran yang berbeza.

Sebelum berhijrah ke Asia, Henry merupakan seorang 'Hair stylist' di salon terkemuka di kawasan Sloane Square di London barat. Lokasi terkemuka ini menjadikan salon ini sebagai tempat untuk Ikon terkemuka Britain mendapatkan khidmat seperti Kate Middleton dan selebrti seperti Michael Caine, Ivana dan Ivanka Trump.

Selepas 4 tahun bekerja di London, Henry membuat keputusan berhijrah ke Asia untuk meneruskan minatnya yang mendalam dalam pelancongan. Henry mendapat tawaran pertama selepas hanya 3 bulan berada di Malaysia untuk mengendalikan program siaran lansung 8TV iaitu "The 8TV Quickie". Dalam pada masa yang sama juga, Henry ditawarkan untuk beberapa projek lain 8TV iaitu Motorsports@Petronas, Maybeline Simply Fabulous, Ultimate Prom Night dan Shout! Awards 2010.

Kerjaya Henry semakin melonjak naik apabila beliau ditawarkan untuk menjadi hos rancangan ESPN iaitu Castrol Football Crazy yang telah disiarkan ke lebih 20 negara di Asia. Rancangan ini telah memberikan Henry peluang untuk melancong ke Madrid sekali gus bertemu dan berlatih dengan pemain bola sepak terkenal, Cristaino Ronaldo dan juga ke Afrika Selatan untuk merasai kehangatan Piala Bolasepak Dunia atau 'World Cup' dan menemu bual Arsene Wenger.

Programa baru Henry yang telah disiarkan pada 21 Julai tahun lepas iaitu "Welcome to the Rail World" merupakan program melancong solo di 9 buah negeri di Malaysia menggunakan kemudahan kereta api untuk menikmati suasana sebenar dan kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat di Malaysia.

TV Shows:
Shout! Awards 2010
Welcome To The Rail World – 2010
ESPN's Castrol Football Crazy – 2009
Motorsports@petronas -host-2009
Maybeline Model search-host- 2009
8tv's The Quickie- Host-2008
Ultimate prom night- Judge-2008
Ho Chak- Guest host- 2008
Venus- Guest- 2008

Interviews:
Pussy Cat Dolls-2008
Daughtry-2008
Fall Out Boy-2009
Harlan Fadhilla, motoGP rider- 2009
Liverpool FC vs Singapore 2009
The Saturdays- 2009
Cristiano Ronaldo – 2010
Arsene Wenger- 2010

Emcee jobs:
Adidas Yoga- 2008
MIFA- 2008
Cleo Fashion Rocks- 2008
8tv 5th Anniversary- 2008
Joanne Kam- 2009
Ribena- 2009
Coca Cola camni lah-2009
Adidas 60th Anniversary- 2009
Guinness 250th anniversary- 2009
Adonis Miss Malaysia world- 2009
Tuned into fashion- one Utama- 2009
Adidas collection 2009
Levis lady style – 2009
Harpers Bazaar – 2009
Monash Ball 2009
ESPN Grandstand Vietnam – 2010
ESPN Grandstand Kuala Lumpur – 2010

Relevant Exposure and experience:
Coca Cola- Main-2008
Tic Tac- Main- 2008
Celcom- Main-2008
Prego pasta- main-2008
Shangri la internal promo- main-2008
Uberman- Main and Face for Product including Hair, Facewash and Deodorant – 2008
Levis- Main-2008
Cadbury's chocolate-2009
Mobily, Dubai 2009
Levi's imprint and accelerate campaign- 2009
Johnny Walker Don't drink and drive campaign- 2009

About AirAsia and AirAsia X
AirAsia, the leading and largest low-cost carrier in Asia, services the most extensive network with approximately 139 routes. Within 10 years of operations, AirAsia has carried over 100 million guests and grown its fleet from just two aircraft to approximately 106. The airline today is proud to be a truly ASEAN (Association of Southeast Asian Nations) airline with established operations based in Malaysia, Indonesia, Thailand and Philippines servicing a network stretching across all ASEAN countries, China, India, Bangladesh, Sri Lanka and Australia. This is further complemented by AirAsia X, its long-haul low fare affiliate carrier that currently flies to destinations in China, India, Australia, Taiwan¸ Iran, Korea, UK, Japan, France and New Zealand. AirAsia was named the World's Best Low Cost Airline in the annual World Airline Survey by Skytrax for three consecutive years (2009, 2010, and 2011).

Tourism New Zealand
Tourism New Zealand is the organisation responsible for marketing New Zealand to the world as a tourist destination. The major tool we use to do this is the 100% Pure New Zealand marketing campaign, a campaign that has evolved over the past decade to make New Zealand one of the world's most well-respected tourism brands.

International tourism has grown to become New Zealand's largest earner of foreign exchange, pumping around NZD9.5 billion annually into the nation's economy.

Understandably, an industry of this magnitude does not grow by itself. In a fiercely contested global tourism marketplace, Tourism New Zealand is responsible for ensuring New Zealand remains attractive internationally as a visitor destination.

Through the 100% Pure New Zealand campaign we take New Zealand's story to consumers, the travel trade and the global media, while working with the industry here in New Zealand to ensure we deliver on the promises made through the campaign.

Tourism New Zealand is a Crown Entity funded by the New Zealand Government and established under the New Zealand Tourism Board Act 1991. We are led by a Board of Directors appointed by the Minister of Tourism and have a team of around 120 staff in New Zealand and 13 offices around the world. From humble beginnings, we are now the oldest tourism marketing department in the world.

Henry Golding AirAsiaX

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Team Toyo Drift Competition 2008 @ Speedway Plus Motorsport Circuit
  • New Zealand AirAsia X Ultimate NZ Action Hero Day 2
  • Airasia X Firms Up Engine Supplier For The Newly Purchased Airbus A330-200S
  • Airasia X's Whale Of A Sale Is Back
  • Concert Bruno Mars Kuala Lumpur Malaysia 2011
  • New Zealand AirAsia X Ultimate NZ Action Hero Day 1
  • Traveloque Korea Bersama Awal Ashaari & Scha Alyahya
  • Menangi Percutian Ke New Zealand Terhebat Airasia X
  • Airasia X Conquers Mount Fuji
  • Fly-Thru With Airasia From Hong Kong, Macau & Guangzhou
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Filem Aku Bukan Tomboy Selongkar Dunia Tomboy

    Posted: 31 Oct 2011 06:43 PM PDT

    Pada jam 8 malam – 31 Oktober 2011, telah berlangsung Majlis Prebiu Media Filem Aku Bukan Tomboy di GSC Mid Valley. Filem ini merupakan filem ke-6 hasil karya pengarah muda, Syamsul Yusof selepas filem Evolusi KL Drift, Bohsia… Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift 2, Khurafat dan KL Gangster. Tahniah buat Syamsul Yusof kerana filem kali ini lain dari yang lain, unik dan skripnya memang mantap.

    Setiap filem yang dihasilkan oleh Syamsul Yusof pasti melahirkan satu kelainan mengikut selera dan citarasa penonton selain mesej yang disampaikan. Aku Bukan Tomboy ada konsep dan tema yang ingin diketengahkan iaitu menyelongkar dunia kehidupan golongan tomboy dan pengkid di Malaysia.

    0

    Menerusi filem Aku Bukan Tomboy, Syamsul bukan sahaja menggalas tanggungjawab sebagai sutradara malah beliau turut memainkan watak penting.

    Seorang lagi bintang hebat Shaheizy Sam tidak perlu dipertikaikan bakat lakonannya. Ini adalah filem ke-3 Shaheizy Sam bersama Skop Productions selepas Bohsia, Jangan Pilih Jalan Hitam dan Evolusi KL Drift 2.

    Sekali lagi ditampilkan Scha Al-Yahya yang mana beliau bukan kali pertama membawa watak wanita yang keras tapi sebenarnya dah banyak kali. Namun, lakonan Scha kali ini memang antara yang terbaik setakat ini. Suka dengan dialog yang bersahaja dan skrip pula memberikan impak yang penting dalam filem bergenre seperti ini. Kali ini Scha memegang watak seorang gadis tomboy yang mana dalam hatinya masih ada cinta untuk lelaki. Ini adalah filem ke-2 Scha bersama Skop Productions selepas Evolusi KL Drift 2. Tahniah buat Scha.

    "Aku Bukan Tomboy" sebuah cerita komedi romantik. Saksikan filem "Aku Bukan Tomboy" di seluruh pawagam di seluruh Malaysia, Singapore dan Brunie pada
    17 November 2011. Aku Bukan Tomboy bakal di tayangkan di 80 pawagam secara serentak. Aku Bukan Tomboy adalah filem pertama genre komedi romantik arahan Syamsul Yusof, terbitan Skop Productions.

    6

    4

    5

    3

    2

    1

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Seksi Faezah Elai Heroin Tomboy Drama Sutera Maya Pakai Tank Top
  • Gambar Amylia Adnan AF3 Jadi Tomboy Pengkid Pasangan Lesbian
  • Sinopsis Aku Bukan Tomboy
  • Filem Anak Halal di Pawagam 13 Disember 2007
  • Pierre Andre & Fasha Sandha Cium Mulut?
  • Budiey Mencari 20 Pembaca Bertuah Bagi Menghadiri Majlis Pra Tonton Filem 9 September!
  • Filem Anak Halal Lakonan Fasha Sandha & Maya Karin 13 Disember ini!
  • Gambar Melissa Maureen Rizal @ Sambutan Ulangtahun Pertama Portal GUA
  • Live & Loud: Tayangan Perdana Anak Halal @ Kuala Lumpur International Film Festival
  • Traveloque Korea Bersama Awal Ashaari & Scha Alyahya
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Zon Artis

    Zon Artis


    Kim Kardashian Fail Penceraian Terhadap Suaminya

    Posted: 31 Oct 2011 10:28 PM PDT

    Kim Kardashian Files For Divorce From Kris Humphries

    Hanya 72 hari selepas melangsungkan perkahwinan yang bernilai USD10 juta di Montecito, California pada 20 Ogos lalu, Kim Kardashian, 30 dilaporkan telah menfailkan penceraian terhadap suaminya bintang bola keranjang NBA, Kris Humphries, 26.

    Berita tersebut disahkan oleh pengacara E! News, Ryan Seacrest melalui laman Twitter miliknya semalam yang memberitahu Kim sendiri telah memberitahu perkara itu kepadanya selepas laman gosip TMZ mendedahkan mengenai perkara itu beberapa hari lalu.

    Kim dikatakan menfailkan penceraian dengan alasan tidak mempunyai persefahaman dengan suaminya itu. Sumber rapat dengan pasangan itu pula memberitahu, mereka berpisah kerana Kim tidak mahu berpindah ke Minnesota tempat asal suaminya.

    Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.