Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Now Everyone Can Fly to New Zealand AirAsiaX 8TV Posted: 31 Oct 2011 09:48 PM PDT KIA ORA!! - TEROKAI KEINDAHAN NEW ZEALAND BERSAMA 8TV DAN AIRASIA X! Menjelajah ke dunia luar dan menimba pengalaman baru boleh membantu kita untuk menjadi lebih berdikari dan mengenal erti sebenar kehidupan dengan menghargai keindahan budaya dan cara hidup yang berbeza. Terkenal dengan jolokan 'middle earth', New Zealand adalah satu negara yang cukup dikenali dikalangan negara-negara Pasifik yang lain. Sumber ekonomi yang banyak bergantung kepada industri pelancongan kerana keindahan flora dan fauna, pemandangan gunung-ganang yang indah, pantai yang putih bersih dan gunung berapi yang masih aktif menjadikan New Zealand sebagai salah sebuah negara terkenal sebagai destinasi pelancongan pilihan. New Zealand yang terkenal dengan kedudukan geografinya yang terpencil dengan keluasan sebesar negara Jepun dan Britain ini juga mempunyai flora dan fauna yang luar biasa. Negara ini menjadi habitat kepada pelbagai jenis fauna yang jarang ditemui di tempat lain antaranya burung-burung unik seperti kakapo, iaitu sejenis spesis burung kakak tua besar yang tidak boleh terbang, burung kea serta satu-satunya burung 'alpine parrot'. Antara fauna lain yang terdapat di negara ini adalah penguin dan kiwi yang juga merupakan simbol utama kepada New Zealand. Keindahan alam semulajadi di negara ini boleh dinikmati dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik yang lain seperti menaiki bot, menyusuri pantai-pantai yang cantik, aktiviti 'bungee jumping' dari tanah-tanah tinggi, dan macam-macam lagi. Kali ini, 8TV dengan kerjasama AirAsia X akan membawa anda dalam siri jelajah terbaru ke New Zealand melalui program Now Everyone Can Fly to New Zealand. Program terbaru 8TV ini bakal membuat penoton teruja untuk melihat keindahan dan keistimewaan destinasi-destinasi menarik di New Zealand. Anda juga dapat menyaksikan perbezaan budaya dan cara hidup sekaligus melancong tanpa perlu mengeluarkan bajet yang banyak! AirAsia X dan Tourism New Zealand dengan bangganya mempersembahkan Now Everyone Can Fly to New Zealand yang akan membawa anda menjelajah New Zealand dalam 8 episod yang pasti menghirburkan! Siri terbaru Now Everyone Can Fly to New Zealand dengan kerjasama AirAsia X ini akan membawa penonton ke destinasi-destinasi AirAsia X sekaligus memberi penonton peluang untuk menikmati pakej-pakej menarik yang ditawarkan. Program yang membawa anda mengenali negara yang juga terkenal kerana mempunyai nama tempat yang terpanjang di dunia iaitu 'Taumatawhakatangi-hangakoauauotamatea-turipukakapikimaunga-horonukupokaiwhenuaki-tanatahu ini akan dihoskan oleh pengacara terkenal Henry Golding. Henry yang cukup sinonim dengan program berunsur 'travelogue' pernah mengacarakan program 'Welcome To The Rail World' dan 'Without Boundaries Islands and Beaches' yang pernah disiarkan di 8TV. "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja utama rancangan ini iaitu AirAsia X kerana membawa kita semua melihat keindahan New Zealand. Now Everyone Can Fly to New Zealand akan memberikan banyak pengisian yang menarik khas untuk penonton yang gemar menjelajah ke dunia luar! Saya sangat teruja dan berharap penonton semua bersama-sama mengikuti perjalanan Henry dalam program ini. Now Everyone Can Fly to New Zealand akan disiarkan setiap Ahad jam 10.30 malam bermula 6 November 2011 ekslusif di saluran hip 8TV" kata Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV & ntv7. "Sekarang semua mampu terbang ke New Zealand dengan AirAsia X and dan berpeluang berkongsi cerita dengan Henry Golding di 8TV! Anda pastinya bakal merasai pengalaman baru tentang New Zealand selama program ini berlangsung. Saya ingin mencabar anda semua untuk menonton program ini dan cuba untuk menyebut nama tempat paling panjang di New Zealand ini." ujar Mark Frood, Pengurus Besar Pasaran Asia, Tourism New Zealand. AirAsia X cukup berbangg dengan bekerjasama dengan Tourism New Zealand dan 8TV memperkenalkan siri 'travelogue' terbaru tentang New Zealand. Kami cukup berbesar hati bekerja dengan Henry Golding dan percaya telah melakukan yang terbaik bagi memperkenalkan New Zealand kepada Malaysia. AirAsia X telah melancarkan penerbangan ke Christchurch April lepas dan dengan kerjasama dari Tourism New Zealand maka lahirlah program "Now Everyone Can Fly To New Zealand". ujar Darren Wright, Head of Commercial, AirAsia X. Pastikan anda bersedia untuk meneroka keindahan dan keistimewaan budaya di New Zealand dalam siri jelajah Now Everyone Can Travel to New Zealand yang akan menemui anda setiap Ahad jam 10.30 malam bermula 6 November 2011 ini. 8TV juga terdapat di saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda di www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti 8TV di www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts. Host Profile : Henry Golding Biography: Henry Golding merupakan seorang personaliti TV yang semakin popular dan menjadi buruan ramai penerbit di Asia Tenggara. Memiliki latar belakang Inggeris dan Iban, Henry menjalani hidup dengan keseimbangan nilai barat dan budaya timur dan juga meneruskan minat dalam bidang Pelancongan dan Anthropology. Minat yang mendalam terhadap dua bidang ini membolehkan Henry menyesuaikan diri dengan mudah walaupun dalam persekitaran yang berbeza. Sebelum berhijrah ke Asia, Henry merupakan seorang 'Hair stylist' di salon terkemuka di kawasan Sloane Square di London barat. Lokasi terkemuka ini menjadikan salon ini sebagai tempat untuk Ikon terkemuka Britain mendapatkan khidmat seperti Kate Middleton dan selebrti seperti Michael Caine, Ivana dan Ivanka Trump. Selepas 4 tahun bekerja di London, Henry membuat keputusan berhijrah ke Asia untuk meneruskan minatnya yang mendalam dalam pelancongan. Henry mendapat tawaran pertama selepas hanya 3 bulan berada di Malaysia untuk mengendalikan program siaran lansung 8TV iaitu "The 8TV Quickie". Dalam pada masa yang sama juga, Henry ditawarkan untuk beberapa projek lain 8TV iaitu Motorsports@Petronas, Maybeline Simply Fabulous, Ultimate Prom Night dan Shout! Awards 2010. Kerjaya Henry semakin melonjak naik apabila beliau ditawarkan untuk menjadi hos rancangan ESPN iaitu Castrol Football Crazy yang telah disiarkan ke lebih 20 negara di Asia. Rancangan ini telah memberikan Henry peluang untuk melancong ke Madrid sekali gus bertemu dan berlatih dengan pemain bola sepak terkenal, Cristaino Ronaldo dan juga ke Afrika Selatan untuk merasai kehangatan Piala Bolasepak Dunia atau 'World Cup' dan menemu bual Arsene Wenger. Programa baru Henry yang telah disiarkan pada 21 Julai tahun lepas iaitu "Welcome to the Rail World" merupakan program melancong solo di 9 buah negeri di Malaysia menggunakan kemudahan kereta api untuk menikmati suasana sebenar dan kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat di Malaysia. TV Shows: Interviews: Emcee jobs: Relevant Exposure and experience: About AirAsia and AirAsia X Tourism New Zealand International tourism has grown to become New Zealand's largest earner of foreign exchange, pumping around NZD9.5 billion annually into the nation's economy. Understandably, an industry of this magnitude does not grow by itself. In a fiercely contested global tourism marketplace, Tourism New Zealand is responsible for ensuring New Zealand remains attractive internationally as a visitor destination. Through the 100% Pure New Zealand campaign we take New Zealand's story to consumers, the travel trade and the global media, while working with the industry here in New Zealand to ensure we deliver on the promises made through the campaign. Tourism New Zealand is a Crown Entity funded by the New Zealand Government and established under the New Zealand Tourism Board Act 1991. We are led by a Board of Directors appointed by the Minister of Tourism and have a team of around 120 staff in New Zealand and 13 offices around the world. From humble beginnings, we are now the oldest tourism marketing department in the world. Tags: 8TV, AirAsiaClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Filem Aku Bukan Tomboy Selongkar Dunia Tomboy Posted: 31 Oct 2011 06:43 PM PDT Pada jam 8 malam – 31 Oktober 2011, telah berlangsung Majlis Prebiu Media Filem Aku Bukan Tomboy di GSC Mid Valley. Filem ini merupakan filem ke-6 hasil karya pengarah muda, Syamsul Yusof selepas filem Evolusi KL Drift, Bohsia… Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi KL Drift 2, Khurafat dan KL Gangster. Tahniah buat Syamsul Yusof kerana filem kali ini lain dari yang lain, unik dan skripnya memang mantap. Setiap filem yang dihasilkan oleh Syamsul Yusof pasti melahirkan satu kelainan mengikut selera dan citarasa penonton selain mesej yang disampaikan. Aku Bukan Tomboy ada konsep dan tema yang ingin diketengahkan iaitu menyelongkar dunia kehidupan golongan tomboy dan pengkid di Malaysia. Menerusi filem Aku Bukan Tomboy, Syamsul bukan sahaja menggalas tanggungjawab sebagai sutradara malah beliau turut memainkan watak penting. Seorang lagi bintang hebat Shaheizy Sam tidak perlu dipertikaikan bakat lakonannya. Ini adalah filem ke-3 Shaheizy Sam bersama Skop Productions selepas Bohsia, Jangan Pilih Jalan Hitam dan Evolusi KL Drift 2. Sekali lagi ditampilkan Scha Al-Yahya yang mana beliau bukan kali pertama membawa watak wanita yang keras tapi sebenarnya dah banyak kali. Namun, lakonan Scha kali ini memang antara yang terbaik setakat ini. Suka dengan dialog yang bersahaja dan skrip pula memberikan impak yang penting dalam filem bergenre seperti ini. Kali ini Scha memegang watak seorang gadis tomboy yang mana dalam hatinya masih ada cinta untuk lelaki. Ini adalah filem ke-2 Scha bersama Skop Productions selepas Evolusi KL Drift 2. Tahniah buat Scha. "Aku Bukan Tomboy" sebuah cerita komedi romantik. Saksikan filem "Aku Bukan Tomboy" di seluruh pawagam di seluruh Malaysia, Singapore dan Brunie pada Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |