Adsense

Isnin, 8 Ogos 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Awal tiada niat tandingi

Posted:

Awal tiada niat tandingi <i>Melodi</i>

Awal tiada niat tandingi Melodi

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN


AWAL Ashaari merupakan pengacara Fuhhh! yang berjaya menghidupkan rancangan itu sejak hampir dua tahun lalu.


AWAL Ashaari merupakan pengacara rancangan hiburan, Fuhhh! terbitan TV3 sejak ia diterbitkan pada Januari tahun lalu. Malah, sejak dari awal diterbitkan sehinggalah kini, pengacara berusia 29 tahun terbabit masih mengacarakan rancangan tersebut.

Biarpun masih setahun jagung, tetapi Fuhhh! merupakan salah satu rancangan hiburan yang popular selepas Melodi yang turut diterbitkan oleh TV3 yang masing-masing terletak di bawah saluran televisyen (TV) swasta milik stesen penyiaran Media Prima Berhad.

Berbeza dengan Melodi yang sering bertukar-tukar pengacara, ia berlainan dengan Fuhhh! yang masih menaruh kepercayaan terhadap Awal sebagai pengacaranya. Fuhhh! dan Melodi juga dikatakan saling bersaing antara satu sama lain sejak akhir-akhir ini.

Menurut Awal, dia tidak menafikan rancangan yang diacarakannya itu mempunyai tarikan tersendiri. Namun, sambutan para penonton itu bukan menunjukkan dia mahu menandingi rancangan yang dikatakan berasal daripada inspirasi kejayaan Melodi.

"Saya cuba melakukan sedaya upaya saya bagi menarik lebih ramai penonton menyaksikan Fuhhh! pada setiap minggu. Ia tiada kena mengena dengan istilah mahu 'caras mencaras' dan sebagainya. Setakat ini pun, Melodi masih berada di tangga teratas rancangan hiburan di TV3.

"Biarpun Melodi dan Fuhhh! rancangan berkonsepkan hiburan tetapi pendekatan kami berbeza. Contohnya, Melodi lebih ke arah gosip dan cerita sensasi, manakala Fuhhh! berbentuk informasi dalam dunia hiburan," katanya kepada Hits sewaktu ditemui baru-baru ini.

Pada pertemuan sebelum rakaman Fuhhh! Merdeka Raya di PNB Darby Park, Kuala Lumpur itu, Awal mengacarakan rancangan tersebut bersama ramai artis jemputan antaranya pelakon drama Juvana, Johan As'ari, Saiful Apek, Fizz Fairuz, Miera Leyana dan Mia Sara.

Fuhhh! Merdeka Raya dengan durasi tayangan hampir sejam yang diterbitkan oleh Zamzuri Zaini atau lebih dikenali sebagai Ayau dengan kerjasama PNB Darby Park itu akan disiarkan melalui TV3 pada 30 Ogos ini pukul 11 malam sempena Hari Raya Aidilfitri.

Jelas anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur (KL) ini, Melodi dan Fuhhh! juga menampilkan gaya persembahan yang berbeza bukan setakat pengisian bahan-bahan di dalamnya tetapi juga waktu tayangannya agar ia tidak mengelirukan para peminat dua rancangan itu.

"Melodi ditayangkan pada setiap hari Ahad pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang, sedangkan Fuhhh! pula disiarkan pada setiap Selasa pukul 11.05 malam hingga 12 tengah malam. Fuhhh! dirakamkan sedangkan Melodi pula disiarkan secara langsung.

"Saya yakin lama kelamaan para peminat akan dapat membezakan antara rancangan Melodi dan Fuhhh! Sebab itu saya kata, saya mahupun Fuhhh! bukannya mahu bersaing dengan Melodi kerana kami berada di bawah stesen yang sama. Tetapi ia satu alternatif buat para penonton," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Elaine penyeri Neon Trees

Posted:

Elaine penyeri Neon Trees

Elaine penyeri Neon Trees

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar MOHD AZIM ABD RAHMAN

BUKAN sekadar penyeri dalam kumpulan Neon Trees, Elaine Bradley membuktikan kehadirannya menganggotai kumpulan yang berasal dari Utah, Amerika Syarikat (Amerika) itu mempunyai fungsi yang sama hebat dalam memastikan muzik mereka diminati ramai.

Kehebatannya bermain drum tidak pernah dipandang rendah oleh tiga lagi anggota dalam Neon Trees iaitu Tyler Glenn (vokalis), Chris Allen (gitar) dan Branden Campbell (bass).

Berasal dari Chicago, Elaine berkata, gender tidak pernah menjadi penghalang baginya untuk maju dan mendalami muzik.

"Saya sering menjadikan pemain drum daripada kumpulan rock legenda Led Zeppelin, John Bonham, sebagai idola saya.

"Oleh itu, dalam mempelajari sesuatu yang baru, saya mempunyai sikap tidak pernah meletakkan had jika kita mahu belajar.

"Maka itulah, di awal saya memulakan langkah sebagai pemain drum yang kedengaran biasa-biasa sahaja, saya berkata kepada diri sendiri, ini tidak betul.

"Saya perlu memperbaiki tahap ketukan dan permainan saya daripada biasa kepada luar biasa.

"Jadi, saya mengambil keputusan untuk mendalami kehebatan alat muzik tersebut dan sekali gus, mencabar diri saya supaya menjadi lebih baik," katanya ketika ditemui di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kehadiran Neon Tress di Kuala Lumpur adalah atas undangan untuk mengadakan persembahan di MTV World Stage Live in Malaysia.

Berbalik kepada perbualan Hits bersama wanita hebat ini, Elaine memberitahu, dalam kehidupannya, dia berpegang kepada prinsip.

"Setiap apa yang saya lakukan, saya akan cuba lakukannya sebaik mungkin dan selagi saya tidak berpuas hati dengan pencapaian yang saya sasarkan, saya tidak akan berhenti.

"Dalam kamus hidup saya, istilah 'menyerah' tidak ada sama sekali. Biarpun saya seorang perempuan dalam Neon Trees namun anggota lain dalam kumpulan ini bukan sahaja menghormati saya tetapi memberi layanan yang sama sahaja," katanya .

Kelebihan Elaine bermain drum mendapat pujian daripada Chris yang mengakui, kagum dengan kebolehan yang dimiliki oleh rakannya itu.

"Dia hebat dan amat meyakinkan. Tanpa dia, kumpulan kami akan menjadi pincang.

"Kalau saya seorang pemain drum, saya mahu menjadi sehebat Elaine," kata Chris.

Muzik yang menangkap

Bukan mahu bersikap terlalu memuji tetapi hakikatnya, alunan muzik yang diadunkan oleh kumpulan ini sememangnya menangkap jiwa anak muda terutama sekali melalui single pertama mereka, Animal.

Membawakan genre alternatif rock, Neon Trees sememangnya mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri dalam memancing halwa telinga pendengar.

Menurut Chris, mereka bukan sahaja terkejut tetapi bangga mempunyai platform peminat yang kukuh di Malaysia.

"Saya terkejut dan dalam masa yang sama, terharu apabila melihat reaksi dan sambutan peminat di sini.

"Kami berasa amat dihargai kerana sepanjang mengadakan persembahan, peminat turut sama menyanyi dengan kami.

"Itu sebagai bukti yang peminat benar-benar mengetahui lagu-lagu kami dan bagi kami, ini adalah 'sesuatu' dan ia pasti yang paling baik buat Neon Trees," katanya dengan nada teruja.

Katanya lagi, sejak Neon Trees ditubuhkan enam tahun lalu, mereka banyak melalui pengalaman pahit maung dalam usaha memantapkan muzik yang dimainkan oleh mereka.

Justeru, apabila mendapat undangan mengadakan persembahan di Malaysia, mereka tidak menolak sebaliknya melihat inilah peluang untuk mengenali dan mendekatkan diri dengan peminat di benua Asia pula.

"Jujur saya katakan di sini bahawa kami sangat menghargai sokongan peminat setia kami di sini. Kami sememangnya bertuah kerana peminat tidak henti-henti memberikan sokongan padu kepada kami.

"Tanpa peminat, umpama tiada ertinya kehadiran Neon Trees dalam dunia hiburan walaupun peminat kami bukannya berada di Amerika.

"Maka itulah, setelah membuat persembahan di sini, saya percaya, bahasa bukanlah penghalang kepada peminat untuk menggemari mana-mana kumpulan muzik kegemaran mereka," ujarnya.

Menyentuh tentang lagu hit mereka, Animal, Elaine dan Chris menyatakan lirik tersebut adalah nukilan tersendiri vokalis mereka, Tyler Glenn termasuk menghasilkan lirik lagu itu.

"Pendengar tidak perlu skeptikal apabila membaca judul single kami, Animal. Ia mempunyai maksud yang tersendiri dan dikaitkan dengan sesiapa sahaja.

"Maka itu, terpulang kepada mereka (peminat) untuk membuat konotasi sendiri ke atas lagu itu, " katanya.

Lagu Animal pernah didendangkan drama muzikal televisyen terkenal, Glee, musim kedua manakala lagu Your Surrender pula menjadi runut bunyi filem komedi, Prom.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Dapat skrip teruk!

Posted: 07 Aug 2011 08:27 PM PDT

Hip

Wajah kemelayuan semakin pudar?

KETIKA kebanyakan pelakon berebut-rebut mengejar tawaran lakonan, tetapi tidak bagi pelakon dan penghias iklan televisyen, Deanna Yusof apabila dia mengambil pendekatan berhati-hati dalam menilai setiap skrip yang ditawarkannya.

Malah dia tidak kisah jika tidak ditawarkan sebarang lakonan kalau skrip dan lakon layar yang diberikan dirasakan lemah dari jalan cerita, selain watak dan perwatakannya pula dianggap tidak kuat.

Walaupun sebenarnya, wanita yang pernah membintangi filem Cermin ini sudah dihujani banyak tawaran, tetapi dia belum bertemu skrip yang betul-betul menguji keupayaannya sebagai pelakon. "Bukan tidak mahu berlakon, tetapi skrip yang ditawarkan pula teruk. Watak tidak mencabar dan jalan cerita yang sama saja.

"Lagi pun saya kerap ditawarkan watak pada saat akhir dan saya tahu, saya pilihan kedua kalau kejadian seperti itu berlaku," katanya yang memberitahu sering ditawarkan pada saat akhir dan kadang kala dua atau tiga hari sebelum penggambaran bermula.

Memilih untuk kekal menetap di Malaysia, Deanna memberitahu, sebelum ini dia berminat membintangi dua filem yang dilihat punyai potensi dalam penulisan skripnya, namun masalah kewangan yang menyebabkan semua itu tidak dapat diteruskan.

Kata wanita yang memiliki wajah lembut ini, walaupun sudah empat tahun menyepi dalam bidang lakonan, dia masih menunggu skrip filem yang sesuai untuk dilakonkan dan mengambil sikap teliti dalam membuat sebarang keputusan.
"Setiap kerja yang kita lakukan perlukan minat dan kesungguhan. Saya tidak mengatakan tidak berminat dalam dunia lakonan cuma mungkin ini masa berehat untuk saya," katanya.

Anak kelahiran London, England ini, berkata dia mahu watak yang dibawakan membuatkan peminatnya jatuh cinta dengan perkembangan karakter yang mengemudi setiap filem pilihannya.

Wanita berusia 44 tahun yang kekal langsing ini turut memberitahu, tawaran iklan juga kini sudah agak berkurangan kerana kebanyakan produksi iklan lebih mahukan model dari luar negara.

Istimewanya, wanita ini jujur memberitahu, sejak meningkat usia, ada beberapa produksi yang memberitahu wajah kemelayuannya semakin pudar dan lebih kepada wajah Pan Asia.

"Ada juga yang cakap wajah saya semakin lama semakin kurang jelas kemelayuan. Mereka cakap wajah saya lebih ke arah wajah artis luar negara. Betulkah?" tanya Deanna kepada penulis.

Deanna yang mengisi masa dengan mengambil pelbagai kursus ilmu seperti pemasaran, berkata dia juga sedang mengacarakan program sebuah realiti terbitan stesen TV tempatan.

"Saya sebagai pengacara dan rancangan ini sungguh menarik kerana menampilkan forum sosial berkenaan apa yang diinginkan lelaki. Ia juga menampilkan enam lelaki yang bukan saja kacak, malah mempunyai pakej lengkap yang diperlukan lelaki dan mungkin juga wanita," kata pelakon filem Ringgit Kasorga, Anna And The King, Return To Paradise, Abang 92 dan Selubung.

Wanita yang mempunyai hobi bermain tenis dan memasak ini turut berkongsi rahsia dirinya yang suka menjengah ke dapur memasak pelbagai jenis makanan tempatan dan Barat untuk dihidangkan kepada rakan terdekat.

"Saya mempunyai hobi memasak dan selalunya saya menjemput sepuluh tetamu yang terdiri daripada rakan terdekat dan saya akan menghidangkan mereka masakan saya, lengkap dari menu utama sehingga pencuci mulut.

"Saya juga akan pastikan orang yang saya jemput itu daripada mereka yang suka makan dan akan mengambil masa beberapa hari untuk menyiapkan hidangan," katanya yang kini mahir memasak kari, nasi lemak, nasi beriani dan ayam berempah.

Berkongsi pengalaman membintangi teater Wangi Jadi Saksi arahan U-Wei, Deanna yang pernah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik pada Festival Filem Malaysia 1992 menerusi filem Selubung, berkata teater yang dipentaskan di Singapura dua tahun lalu itu mendapat sambutan apabila dimainkan selama lima hari dan istimewanya apabila muzik teater itu dimainkan sendiri pemuzik dari Indonesia.

"Busana, muzik dan dekorasi pentas semuanya indah dan dalam pementasan teater itu hanya saya seorang wanita," katanya yang menceritakan pementasan teater itu mengangkat wataknya sebagai Wangi, isteri kepada Hang Tuah.

"Hanya saya tahu siapa sebenarnya membunuh Hang Tuah dan dalam cerita biasa Hang Jebat adalah pembunuhnya dan teater ini adalah berbeza," katanya yang memberitahu menerima tawaran berlakon filem selepas Syawal nanti.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Usop Wilcha perlu masa

Posted: 07 Aug 2011 08:19 PM PDT

Hip

Pendengar anggap empat penyampai dalam Hot FM AM Krew masih baru

BENARKAH kehadiran Usop Wilcha di dalam slot pagi radio Hot FM sejak sebulan setengah yang lalu dikatakan tidak begitu memberi impak besar kepada Hot FM AM Krew?

Dalam erti kata lain dia tidak membantu menaikkan jumlah pendengar slot berkenaan, sedangkan tujuan Usop atau nama sebenarnya Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalullai dilamar menyertai stesen berkenaan kerana popularitinya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang memberi impak pada popularitinya.

Pengurus Rangkaian Radio Media Prima, Anida Tahrim, ketika ditemui di majlis pelancaran lagu raya penyampai radio Hot FM bersama bintang Idola Kecil musim ketiga dan Upin & Ipin berkata, setakat ini laporan terbaru mengenai jumlah pendengar masih belum diperoleh. Bagaimanapun, dia tidak menafikan menerima maklum balas berbeza dari pendengar. Kata Anida, ia perkara biasa setiap kali produk baru diperkenalkan. Pendengar mungkin memerlukan sedikit masa untuk menerima kehadiran Usop dalam slot pagi. Situasi sama pernah dihadapi stesen berkenaan ketika AG diserap masuk.
Namun, Anida yakin lama-kelamaan peminat dapat membiasakan diri mereka dengan kehadiran Usop.

"Pendengar mungkin masih belum biasa lagi dengan kehadiran empat penyampai kerana mereka sudah terbiasa dengan format dua penyampai seperti sebelum ini. Dari pihak penyampai sendiri, mereka juga masih menyesuaikan diri dengan format baru ini.

"Bagaimanapun kami sentiasa mengingatkan mereka supaya tahu apa yang mereka ingin disampaikan dan kenali kekuatan masing-masing. Kita faham kritikan daripada pendengar, malah Hot FM sendiri masih lagi berusaha untuk menggilap bakat Usop.
"Kekuatan Usop terletak pada visual. Orang kena tengok dia, barulah mereka akan tertarik kepadanya. Tetapi kalau mendengar suaranya saja tanpa melihat orangnya, mereka memang memerlukan sedikit masa untuk menerima dia. Daripada maklum balas pendengar yang mengikuti Hot FM menerusi televisyen, mereka boleh menerima Usop," kata Anida.

Ketika menyertai Hangatnya Tour anjuran stesen radio berkenaan, Anida berkata, Usop mampu menarik perhatian peminat sekali gus mempopularkan jenama stesen radio ini.

"Daripada maklum balas peminat di siri jelajah kami, Usop ternyata mempunyai pengikutnya. Cuma di radio penerimaan pendengar perlukan sedikit masa. Usop sebelum ini terbabit dengan dunia korporat, jadi secara peribadinya dia seorang yang serius.

Berbeza daripada wataknya dalam filem, sebab itu kami mengingatkan kepadanya supaya berjenaka, kerana itu yang peminat nak dengar.
"Pada waktu sama kami juga mengingatkan kepadanya bila dia perlu berlawak dan lawak yang bagaimana sesuai untuk diketengahkan. Alhamdulillah Usop seorang yang boleh di bawa berbincang dan dia juga seorang yang rajin serta komited," kata Anida.

Sementara itu, sempena Aidilfitri nanti, Hot FM sekali lagi meneruskan tradisinya menghasilkan dua lagu istimewa raya khas buat pendengar dan penonton TV9. Single raya berjudul Hangatnya Raya Di Hatiku itu dihasilkan rentetan daripada kejayaan penjualan album tahun lalu yang membabitkan artis di bawah pengurusan Monkey Bone, Astro dan PMP Entertainment yang berjaya dijual sebanyak 6,943 unit dalam bentuk cakera padat, 6,197 unit cakera video (VC), 6,197 (cakera padat digital - DVD) dan 6,000 muat turun.

Bagaimanapun tahun ini, pendengar Hot FM boleh memuat turun lagu yang menyaksikan paduan suara semua penyampai Hot FM dan finalis Idola Kecil iaitu Harrism, Puteri, Hadi dan Angel selain kemunculan khas Upin dan Ipin menerusi laman web rasmi stesen berkenaan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


JIMMY DIHARAMKAN CUKUR JAMBUL ANAK??

Posted: 07 Aug 2011 02:34 PM PDT

Gosip bertiup kencang mendakwa Jimmy Shanley sebenarnya telah diharamkan daripada menghaditi Majlis cukur jambul anaknya Zahra shanley yang diadakan baru-baru ini. Dakwa peminat Jimmy lagi, semua bukti jelas menunjukkan isteri Jimmy sendiri Nursuhaila Eliani Suhaimy yang seolah-olah mengharamkan Jimmy daripada hadir melalui tulisannya di Facebook.

Melihat perbalahan yang timbul antara keluarga Jimmy dan Suhaila, nampaknya tiada seorangpun antara mereka yang mahu beralah melainkan terus-terusan menuding jari antara satu sama lain. Apakah mungkin tiada jalan lain melainkan penceraian sahaja yang dapat menyelesaikan kemelut yang melanda?

Ingatlah... perceraian yang dibenci adalah perceraian yang terjadi kerana tidak ada sebab yang jelas atau saling tuduh menuduh tanpa mahu mengalah sedikitpun. Hadis Rasulullah S.A.W: "Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak menyukai aku".


Klik untuk imej besar...









Gambar-gambar dipetik daripada Facebook.



.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Gambar Jojie Bertudung, Ella bila lagi?

Posted: 08 Aug 2011 06:45 AM PDT




RAMAI yang memuji penampilan dan hijrah kakak kepada penyanyi rock Ella, Jojie Aminuddin. Sebaik sahaja gambar-gambar kemunculan Jojie bertudung dimuat naik di laman sosial Twitter dan Facebook, ramai yang bertanyakan Diva tentang kebenaran hijrah tersebut.
Sambil tersenyum, Diva hanya dapat mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur dengan kemanisan Ramadan yang dibawakan Jojie.

Diva cuma mahu sampaikan pesanan dan salam teman-teman yang rata-rata sangat gemar dengan hijrah Jojie. Memang waktu Diva tenung-tenung gambarnya, sangat manis Jojie berimej sebegitu dan harap berkekalan. Diva tumpang bangga dan senyum.
Diva: Tersenyum bila ada khabar kononnya filem Gila-Gila Remaja akan dibuat sekuel. Agaknya macam manalah gaya Faizal Hussien atau Roy dalam sekuel itu nanti.

Gambar Raja Farah Bertudung

Posted: 08 Aug 2011 06:42 AM PDT


Desas desus cerita yang mengatakan pelakon Raja Farah telah bertudung telah pun kini terbukti. Isteri kepada Megat Bashirun membuat pendirian untuk bertudung bukan lah suatu paksaan dan juga desakkan mana-mana pihak namun melalui dirinya sendiri. Ini terjadi sebelum dia berkahwin apabila Raja Farah sendiri telah bernazar dia akan bertudung sekiranya bertemu jodoh.
Dan di bulan yang suci ini, kita dapat menyaksikan penampilan pertama Raja Farah bertudung. Ini membuktikan dia mengotakan janjinya. Suaminya juga menyokong 101% keputusan isterinya yang tercinta ini,

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Leonardo berharga AS$77 juta

Posted: 07 Aug 2011 05:28 PM PDT

hi 06.1 Leonardo berharga AS$77 juta

JOHNNY Depp yang selama ini mengungguli carta pelakon termahal perlu memberi laluan kepada rakannya, Leonardo DiCaprio.

Leonardo yang terkenal melalui filem Titanic dinobatkan majalah Forbes sebagai pelakon dengan bayaran termahal.

Hasil filem Inception lakonannya, pelakon kacak tersebut mengaut bayaran setinggi AS$77 juta (RM238 juta) pada 2010.

Ini sekali gus menempatkan Leonardo pada kedudukan teratas dalam senarai 10 pelakon termahal.

Selain Inception, kekayaan Leonardo itu datang daripada satu lagi filem lakonannya, Shutter Island, juga ditayangkan pada tahun lalu.

Johnny sebelum ini menduduki tangga teratas dengan bayaran AS$50 juta (RM155 juta).

Tempat ketiga dipegang Adam Sandler (AS$40 juta), diikuti bintang Men In Black, Will Smith (AS$36 juta). Tom Hanks masih mampu menempatkan dirinya di posisi kelima dengan bayaran AS$35 juta (RM108 juta).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bekas model Playboy hidup disara kerajaan

Posted: 07 Aug 2011 05:02 PM PDT

du 07.1 Bekas model Playboy hidup disara kerajaan

WILLENHALL, Britain – Seorang bekas model majalah bogel Playboy yang pernah hidup mewah di Beverly Hills, Amerika Syarikat (AS) kini terpaksa tinggal di sebuah rumah kerajaan dan menerima elaun pengangguran £50 (RM241.28) seminggu untuk menyara kehidupannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Model seksi berkenaan, Tracy Harrison pernah menerima bayaran £40,000 (RM193,027) untuk satu sesi foto dan hidup dalam kemewahan sejak dia berhijrah ke Los Angeles ketika berusia 21 tahun.

Harrison, 46, pernah tinggal di sebuah kapal layar mewah di Monaco selama 15 tahun bersama teman lelakinya selepas dia meninggalkan California, AS.

Namun, wanita itu kini menganggur dan tinggal di rumah kerajaan tempat dia dibesarkan di sini.

Wanita itu memberitahu, dia telah menjual semua barang kemasnya untuk menyara kehidupannya sejak pulang ke Britain beberapa tahun lalu.

Menurutnya, dia gagal memperoleh pekerjaan sejak empat tahun lalu.

"Sebaik sahaja pihak majikan mengetahui tentang kisah silam saya, mereka tidak mahu mengupah saya," katanya. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Diana Danielle Bawa Buku Ke Mana-mana

Posted: 07 Aug 2011 07:20 PM PDT

SEAWAL usia 20 tahun, pelakon jelita Diana Danielle Danny Beeson (gambar) sudah mampu hidup senang dengan kerjaya lakonan yang dibinanya sejak tahun 2002.

Tidak pun naik secara mendadak, hasil pengalaman kerja yang dikutip membuatkan Diana kini boleh dikategorikan sebagai seorang pelakon wanita yang kukuh dalam karier.

Akui Diana, keinginannya yang mahu belajar berdikari dan memegang duit sendiri membuatkan dia memulakan kerjayanya sebagai pelakon iklan terlebih dahulu ketika berumur 12 tahun selain ingin mengubah cara kehidupan yang lebih selesa.

Kerana itu juga membuatkan personaliti anak kacukan Melayu-Inggeris ini dilihat lebih matang daripada usianya sebenar.

"Memang dari segi fizikal, saya dilihat lebih matang berbanding usia, tapi saya masih budak-budak lagi tau, banyak yang kena saya pelajari," selorohnya memulakan bicara.

Sambil menyolekkan sendiri wajah gebunya, kata Diana, dia sudah biasa memegang duit sendiri walaupun masih lagi muda kerana ingin mengurangkan beban ibunya dan kini bersyukur, segala keperluan asas keluarga, boleh ditanggungnya.

Bagaimanapun, Diana belum lagi merasakan bahawa diri sudah cukup kukuh dalam kerjaya seninya itu.

"Masih banyak perkara yang perlu saya belajar dalam dunia seni ini dan rasanya tapak karier saya belum kukuh.

"Mungkin dari segi kepunyaan wang, ya saya akui, setakat ini bolehlah tampung ibu dan adik angkat saya, Halley Hayden yang baru berusia tiga tahun itu, Alhamdulillah.

"Cuma dalam industri lakonan ini, kita mempunyai ramai saingan dan justeru itu setiap tawaran yang diterima saya perlu mengasah bakat dan lakukan yang terbaik," ujarnya.

Bagaimanapun, kata Diana, dia bukanlah seorang pelakon yang workaholic seperti segelintir pelakon lain kerana sukar memberi fokus apabila berlangsungnya penggambaran nanti.

Baginya, dalam setahun, dia hanya akan mengambil antara dua hingga tiga tawaran filem mengikut kemampuannya.

"Saya kagum dengan segelintir pelakon yang boleh bekerja dari satu projek ke projek yang lain dan saya tidak mampu melakukannya.

"Biasanya, selepas selesai satu projek, saya akan berehat selama dua hingga tiga bulan sebelum mengambil tawaran filem baru. Saya tidak mahu terburu-baru dalam melakukan sesuatu.

"Lebih senang jika kita dengar dan belajar secara perlahan, itu cara saya. Karakter saya ini, jika bekerja terlalu kuat, mulalah rasa serabut dan tak boleh fokus pada sesuatu benda," katanya yang kini sibuk dengan penggambaran filem Azazil bersama pelakon Remy Ishak.

Tak ikut peredaran fesyen

Seperti biasa, menjadi satu pandangan skeptikal semua orang apabila menganggap seorang pelakon semestinya mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi.

Tidak buat Diana, dia lebih selesa berimej sederhana dan fesyen bukanlah satu kemestian serta itu bukan minatnya.

"Ramai yang berkata saya ini seorang yang selekeh. Memang betul pun. Saya tak ikut perkembangan fesyen terkini dan menganggap fesyen memerlukan saya keluarakan wang yang banyak.

"Saya tak kisah jika berhabis wang untuk kucing kesayangan, buku dan DVD filem.

"Membeli barang-barang solekan, minyak wangi dan baju adalah satu pembaziran," katanya rancak memberi pandangan.

Tambah Diana, imej bukanlah satu isu besar buatnya, malah dia tidak kisah jika memerlukan diri menjadi gemuk dalam sesebuah watak.

Seperti umum tahu, Diana kini sedang hangat bercinta dengan pelakon dan pengarah hebat, Farid Kamil.

Sengaja mengusik pernah atau tidak dia terfikir untuk menamatkan zaman bujang pada usia muda, Diana tidak kisah dengan hal itu jika ditakdirkan Allah.

Malah pelakon ini juga mempunyai impian perkahwinan di mana dia mahu majlisnya itu nanti diadakan secara kecil-kecilan dan dihadiri oleh orang yang tersayang yang telah memberi sokongan terhadapnya sahaja.

"Saya tak suka majlis perkahwinan yang besar. Cukuplah jika tetamu yang hadir itu terdiri daripada orang yang mempunyai kaitan dan rapat dalam hidup saya.

"Ya, saya tak kisah jika jodoh saya sampai awal atau kahwin muda. Malah sejak kehadiran Halley di rumah, dia mengajar saya untuk tidak mementingkan diri.

"Dia juga mengajar saya untuk berkongsi kasih sayang dan kini saya sudah boleh bermain bersama-samanya mahupun kanak-kanak lain. Mungkin juga saya boleh menguruskan sebuah keluarga," ujarnya tersenyum.

Trivia Diana Danielle

- Sebenarnya Diana lebih meminati bidangnyanyian daripada lakonan.

- Gemar melukis dan mencipta lagu.

- Bakal muncul dengan single terbaruberjudul Tak Pernah Ada.

- Seorang yang 'gila buku' danmengimpikan sebuah perpustakaankecil di rumahnya.

- Tidak suka berkunjung ke kelab malam.

- Seorang yang cemerkap (clumsy).

- Meminati buku berkisarkan kisah-kisahbenar dan akan membawasekurang-kurangnya sebuahbuku ke mana-manasahaja.

- Mahu mengikutjejak langkahidolanya,Jodi Fostermenyambungpengajian dalambidang psikologi

Kemalangan Sedarkan Awi Rafael Dari ‘Hanyut’

Posted: 07 Aug 2011 07:07 PM PDT

PETALING JAYA: Sejak terlibat dengan kemalangan jalan raya pada Rabu lalu, penyanyi Awi Rafael tidak putus bersyukur dan berjanji untuk lebih menumpukan kepada ibadat harian.

Penyanyi lagu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta ini yakin Allah masih menyayangi dirinya dan memberikan peluang untuk dia berubah ke jalan yang baik agar tidak terus hanyut dengan populariti yang diraih.

"Saya akui bila mendapat terlalu banyak perhatian, kadangkala kita lupa siapa kita di sisi Allah. Saya bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk lebih awal untuk saya berubah. Jadi, saya perlu perbetulkan solat dan banyakkan amalan ibadat.

"Sebelum ini, mungkin saya terlalu peramah dengan semua orang dan bersikap acuh tak acuh dengan solat," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di majlis berbuka puasa Muzik FM di Hotel Pearl International, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Malah, Awi juga semakin rajin mengerjakan solat terawih dengan rakan-rakannya pada bulan Ramadan ini.

Paling penting, dia bersyukur kerana dirinya selamat dalam kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan itu pada sekitar pukul 5 petang selepas menjalani sesi fotografi dengan sebuah majalan hiburan di Shah Alam.

"Saya rasa bersyukur dan terperanjat dengan insiden itu serta sempat mengucap istighfar. Kereta jenis Triton yang saya naiki remuk teruk akibat melanggar pokok.

"Nasib baik saya tidak mengalami kecederaan teruk melainkan luka sedikit di dahi. Waktu itu, saya memakai baju Melayu dan songkok. Jadi, songkok itu telah menyelamatkan kepala saya yang terhantuk di cermin tingkap.

"Selepas terlibat dengan kemalangan itu, terus saya ke klinik dan merawat luka di dahi. Tengkuk saya juga masih berasa kebas selepas kemalangan itu tetapi setakat ini doktor mengesahkan tiada apa-apa kecederaan dalaman," jelasnya lagi.

Tambahnya, sewaktu keretanya berpusing sebanyak tiga kali sebelum melanggar pokok dan turut melanggar beberapa buah kenderaan di situ turut mengingatkan Awi kepada ibu dan bapanya yang tinggal berjauhan daripadanya.

Setelah ibu dan bapanya berpisah lapan tahun lalu, ibunya menetap di Pontian, Johor manakala bapanya berada di Indonesia.

Farawahida Bangun Selepas Kisah Pahit

Posted: 07 Aug 2011 07:07 PM PDT

SELEPAS dihimpit dengan pelbagai kontroversi, pemilik nama Farawahida Razali atau Fara (gambar) bangkit memulakan semangat baru.

Wanita berusia 26 tahun ini mengakui pengalaman lalu membuatkannya lebih matang dalam mengharungi gelombang industri seni tanah air.

Bagi penyanyi berkulit sawo matang ini, segala peristiwa hitamnya apabila dikatakan mempunyai masalah dengan bekas pengurusnya dulu sudah dibuang jauh-jauh dan kini dia mahu membuka lembaran baru dalam hidup.

"Sebagai artis, kita akan terdedah dengan apa juga kontroversi, cerita manis atau buruk.

"Namun apa yang terjadi pada saya sekitar tahun 2009 itu adalah satu pengalaman buruk yang banyak mengajar erti kehidupan sebenar.

"Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya dan apa yang terjadi kepada saya juga ada kebaikan yang Allah tunjukkan," jelasnya yang dihimpit kontroversi ekoran perselisihan faham dengan bekas pengurusnya, Julfekar Ahmad Shah.

Tambah Fara, dia kini bergerak sendiri dalam menguruskan kerjaya nyanyiannya tanpa bergantung kepada individu lain.

Biarpun penat namun kepuasan yang diperoleh daripada hasil titik peluh sendiri adalah sangat berharga.

"Saya masih belajar untuk berdiri sendiri biarpun ia bukan semudah disangka namun hasil yang saya peroleh sama ada banyak atau sikit sangat memberi kepuasan kepada saya," jelasnya.

Sinar baru

Tiga tahun menyepi tanpa sebarang perkembangan, Fara akui tahun 2011 menjadi tahun untuknya bergiat aktif di persada seni semula.

Mempertaruhkan "single" terbaru berjudul Jangan Tanya Aku Lagi, lagu berkenaan menjadi lagu runut bunyi bagi drama slot Legenda di TV3, berjudul Mata Ayer.

"Jangan Tanya Aku Lagi ini menjawab persoalan peminat yang tertanya-tanya ke mana saya menghilang selama ini.

"Lagu genre balada ini juga masih lagi dalam rangka promosi dan sedang dimainkan di corong-corong radio," ujarnya yang kini mencari material baru untuk "single" kedua.

Sementara itu, Fara berkata rezekinya datang apabila ditawarkan untuk menyanyikan lagu runut bunyi drama terbaru TV3 berjudul Supermak.

Lagu berjudul Kuasa Wanita ciptaan Hafiz Hamidun itu juga masih dalam proses untuk dijadikan "single" terbarunya.

Lebih menggembirakan penyanyi ini apabila dipelawa untuk menyanyikan sebuah lagu Hari Raya.

"Saya sangat berbesar hati apabila mempunyai lagu Hari Raya sendiri berjudul Hayati Raya Sejati dan semua proses rakaman serta klip video sudah siap untuk ditayangkan pada Syawal ini," jelasnya.

10 soalan menarik

1. Kenangan di bulan Ramadanyang tidak dapat dilupakan?

Curi-curi minum air di bilik airsewaktu darjah tiga. Ketika itusangat dahaga selepas pulang darisekolah. Kemudian saya sambungsemula berpuasa dan berbukabersama-sama.

2. Makanan kegemaran waktuberbuka?

Laksa utara. Saya pernah makanlaksa selama sebulan terutamanyalaksa yang dibeli di sebuah kedaidi Taiping.

3. Pernah ponteng puasa?

Pernah, masa kecil.

4. Tabiat buruk ketika bulanRamadan?

Makan dengan banyak waktuberbuka dan kerap tergigit jari.

5. Kuih lopes, tepung pelitadan murtabak?

Saya suka murtabak sebab sayatak makan kuih muih.

6. Tarawih di masjid ataubersama keluarga?

Di masjid sebab lebih ramaidan meriah.

7. Berbuka dirumah atau dimajlis-majlistertentu?

Saya suka masakdan berbuka bersamakeluarga di rumahberbanding di luar.

8. Bangun pukul berapawaktu Ramadan?

Sekitar pukul 9 pagi, biasanyaselepas sahur dan solat subuhsaya akan tidur semula.

9. Makan apa ketikabersahur?

Tak tentu. Kadang-kadangsekadar minum air sahaja.

10. Mercun atau bunga api?

Biasa beli bunga api untukadik saya.

Fida Kongsi Petua Elak Rambut Bau Masam

Posted: 07 Aug 2011 07:05 PM PDT


SEPANJANG bulan Ramadan ini, pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim (Fida), 25, (gambar) meluangkan masa untuk menjelajah ke setiap negeri di Semenanjung Malaysia dan berkunjung ke kampung-kampung untuk menghantar makanan berbuka puasa dan bersahur.

Setakat ini, program yang dinamakan "Rifters Jelajah Amal Tanpa Henti" itu telah disempurnakan di Negeri Sembilan dan Melaka yang mana pada hari kedua Ramadan, Fida bersama-sama rakan kelab peminatnya, Rifters telah bersahur bersama-sama dengan penduduk di Melaka dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Meneruskan kembara tersebut, Fida dan Rifters akan mengunjungi negeri sebelah utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak bermula hari ini.

"Jika mengikut perancangan, sepatutnya saya ke Terengganu pada Khamis lalu tetapi disebabkan mempunyai komitmen lain di Kuala Lumpur, jadi saya terpaksa menangguhkannya.

"Kunjungan kami ke setiap negeri menyasarkan rumah golongan yang hidup susah dan keluarga ibu tunggal.

"Kami menaiki kereta dan berkonvoi beramai-ramai. Misalnya, kami menyertai lebih sepuluh buah kereta semasa berkunjung ke Negeri Sembilan pada awal Ramadan lalu," katanya yang muncul di TV3 menerusi drama Kasih Alia pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.

Selain itu, dia juga sibuk dengan beberapa jemputan majlis berbuka puasa dan beberapa rakaman program seperti Galaksi Raya dan Melodi Raya yang akan disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

"Bulan Ramadan tahun ini tidak terlalu sibuk seperti tahun lepas," ujarnya lagi yang akan muncul di pawagam menerusi filem Man Sewel Datang KL.

Beralih kepada nyanyian, Fida yang turut menyanyikan lagu tema drama Kasih Alia berjudul Teriakan Kalbu.

"Selepas ini, saya mempunyai perancangan untuk membuat "single" album dan menyanyikan beberapa lagu tema untuk drama yang dilakonkan," ceritanya.

Sekali pandang, wajah Fida persis penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza. Setelah dirisik, tidak hairanlah kerana dia dan penyanyi itu sebenarnya sepupu.

Memiliki wajah yang cantik memberikan bonus kepada Fida dan lebih manis lagi dia memakai tudung.

Menyentuh tentang penjagaan kecantikan tambahan pula bertudung, Fida perlu lebih menitik beratkan penjagaan rambut. "Biasanya kalau kita memakai tudung, kita perlu mengeringkan rambut dengan pengering rambut atau biarkan kering sendiri bagi mengelakkan rambut menjadi bercabang, berbau masam dan rambut berbuah.

"Jadi, apabila berpeluh, sekurang-kurangnya rambut yang kering itu masih akan berbau wangi mengikut syampu yang dipakai," katanya.

Tambahnya: "Jika mencuci rambut, elakkan mengguna kuku untuk mengurut kulit kepala sebaliknya gunakan hujung jari sahaja. Ini kerana kulit kepala akan luka dan memudahkan pertumbuhan kelemumur.

"Untuk memiliki rambut cantik sama ada bertudung atau tidak, saya mempunyai petua tradisional iaitu menggunakan minyak kelapa yang dibuat sendiri oleh makcik saya.

"Caranya, masak santan asli sehingga pecah minyak, selepas itu kisar santan itu dengan daun pandan dan gaul sehingga sebati.

Selepas itu, baru sapukan pada rambut dan bungkus dengan kain atau plastik antara 15 hingga 30 minit bergantung kepada jenis rambut. Kemudian baru cuci.

"Jika rambut jenis berminyak, disarankan mengambil masa 15 minit berbanding rambut yang kering."

Selain itu, Fida berkongsi tentang petua untuk kulit selepas berjemur di bawah matahari terik sehari suntuk.

"Selepas berjemur di tengah panas, saya akan memakai bedak sejuk pada waktu malam untuk merawat kulit yang menjadi terbakar dan panas. Namun, jangan amalkan selalu kerana bimbang kulit menjadi kering," ujarnya.

PROFIL

Nama Sebenar: Rafidah Ibrahim

Tarikh lahir: 4 Jun 1986

Asal: Kuala Lumpur

Pendidikan: Sijil PelajaranMalaysia (SPM)

Karier: Pelakon dan penyanyi

Drama: Kasih Alia, E-Toyol,Epilog Syurga Cinta, Cinta TikarSejadah

Filem: Adik Manja The Return,Kongsi, Man Sewel Datang KL

Pencapaian: Juara SitiNurhaliza Mencari BintangPantene 2007

Man Bai Tidak Pakai Kasut Dibeli

Posted: 07 Aug 2011 07:04 PM PDT


SETELAH hampir 12 tahun menyepi daripada industri seni, bekas penyanyi kumpulan Gersang, Abdul Rahman Osman (Man Bai), 44, baru sahaja kembali melancarkan album solo berjudul Inspirasi.

Album memuatkan lapan buah lagu tersebut telah berada di pasaran sejak 30 Jun lalu.

Jelas Man Bai, kehadiran album terbaru itu adalah percaturan dia untuk menarik semula perhatian peminat terhadap dirinya.

Baginya, jiwa dan konsep yang dibawa melalui album yang mengandungi lapan lagu itu, mempunyai kelainan.

"Apa yang saya nyatakan, hanya boleh dibuktikan oleh peminat yang mendengar lagu-lagu saya nanti.

"Biar peminat yang menilai kualiti album itu yang mampu menjadi pengubat rindu mereka terhadap kehilangan saya selama ini.

"Sebenarnya rindu saya juga terubat melalui album ini. Rasanya sudah sampai masa untuk saya kembali menghasilkan sesuatu kepada peminat," katanya.

Bagaimanapun, bapa kepada Imran Fitri,14, Luqman Hakim,12, dan Sarah Aishah,10, itu mengakui agak takut dengan penerimaan masyarakat.

"Saya takut dengan reaksi peminat sebab negara ini mempunyai ramai penyanyi. Saya juga tidak tahu berapa lama lagi akan bertahan dalam industri ini.

"Walaupun begitu, saya tetap akan cuba mengalih perhatian peminat kepada Man Bai," ujarnya bersungguh-sungguh.

Masih mengekalkan jiwa 'cinta' yang terkenal menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan sebelum ini seperti Kau Ilhamku dan Masih Aku Terasa, dia juga akan membawa peminat mengimbau semula kenangannya bersama kumpulan Gersang yang popular era 80an.

"Saya mengilhamkan lima lagu baru iaitu Air Mata, Tentang Cinta, Sendiri, Awan Berlalu Pergi dan duet bersama Datuk Khadijah Ibrahim iaitu Kita Cinta yang diterbitkan sendiri oleh saya.

"Selain itu, saya turut menyanyikan semula lagu Kau Ilhamku dan Masih Aku Terasa dengan susunan muzik yang diubah sebanyak 60 peratus berbanding lagu lama.

"Untuk menyanyikan lagu Masih Aku Terasa, saya terpaksa mengawal suara agar ada persamaan daripada suara ketika saya menyanyikan lagu itu pada usia 18 tahun dulu," jelasnya.

Restoran Intai-Intai, Artis Raikan Anak Yatim

Posted: 07 Aug 2011 07:03 PM PDT


MAJLIS berbuka puasa menjadi lebih bermakna apabila ia diraikan oleh mereka yang kurang bernasib baik khususnya anak-anak yatim.

Seperti amalan biasa setiap kali Ramadan, anak-anak yatim dan orang-orang tua akan mendapat perhatian apabila syarikat-syarikat korporat menaja majlis berbuka puasa bagi meraikan mereka.

Restoran Intai-Intai yang terletak di Backyard, Jalan Ampang, Hulu Klang, Kuala Lumpur milik Baha Azman Nor tidak ketinggalan meraikan anak-anak yatim dengan penglibatan para artis.

Kira-kira 48 anak yatim termasuk pelajar tahfiz dari Rumah Jagaan Al-Hidayah, Setapak Kuala Lumpur diraikan dalam majlis yang sederhana pada awal Ramadan lalu.

Keceriaan mereka jelas terbayang apabila berpeluang berjumpa dengan artis kesayangan masing-masing yang turut mengambil peluang berbuka bersama.

Inilah masanya golongan yang kurang bernasib baik itu dapat bertemu para artis yang selama ini hanya ditonton menerusi televisyen sahaja.

Antara artis yang memeriahkan majlis berbuka puasa itu seperti Adam (AF2), Kumpulan V.I.P, Amran Ismail, Zain Saidin, Daus (AF8), Syed Ali, Lena (AF9), Roslan Shah, Rizal, Linda Jasmin, Que Haidar dan pengarah filem pendek Shuhaimi Lua.

Mereka mengambil peluang merapatkan diri dengan golongan yang kurang bernasib baik untuk sama-sama merasai pengalaman beraya dan juga berpuasa sebagai anak yatim.

Menurut Amran, amalan mendekatkan diri dengan golongan tersebut merupakan sesuatu aktiviti yang amat baik apatah lagi pada bulan Ramadan.

"Saya akan bercuti selama sebulan dan akan berkunjung ke rumah anak-anak yatim untuk berjumpa dengan mereka. Ini salah satu amalan yang hendak saya lakukan pada tahun ini," kata Amran.

Sementara bagi Zain Saidin, golongan yang kurang bernasib baik dapat memberi keinsafan kepada setiap manusia untuk lebih mengenali diri sendiri.

Katanya merapatkan diri dengan golongan berkenaan pada bulan Ramadan mampu membersihkan jiwa daripada perasaan yang tidak baik.

"Apabila kita melihat anak-anak yatim, ia banyak mengajar kita untuk melihat kelemahan dan kekurangan diri sendiri," katanya.

Perkara itu turut di sokong oleh artis-artis lain yang menggagap bulan mulia ini wajar dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mendekatkan seseorang dengan masyarakat khususnya golongan yang kurang bernasib baik.

Sementara itu pemilik restoran berkenaan iaitu Baha yang juga bekas warden asrama Akademi Fantasia Ketiga (AF3), restoran berkenaan menyediakan lebih 101 hidangan berbuka puasa dengan konsep atmosfera rumah Melayu.

Selain daripada hidangan berupa pelbagai jenis kuih-muih Melayu, Intai-Intai juga turut memperkenalkan hidangan dari Bangkok, kambing panggang, laksam dan juga nasi kerabu.

Harga bagi seorang ialah RM48. Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi Bad 019-6167004.

Zarina Zainuddin Mahu Tulis Kisah Hidup

Posted: 07 Aug 2011 07:02 PM PDT


DRAMATIS dan ahli perniagaan Zarina Zainuddin, 41, (gambar) kini kembali aktif di bidang lakonan selepas menghilangkan diri sejak sekian lama. Zarina mengakui minatnya yang mendalam dalam bidang seni membuatkan dia mengambil kesempatan untuk bergiat aktif dalam bidang seni.

Dia yang kini sudah mempunyai empat orang anak lelaki iaitu kembar sulung, Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal (Azal) Azrai, masing-masing bersusia 15 tahun, Muhammad Naim Azrai, 8, dan Muhammad Adam Azrai, 5, mengakui bahagia dengan kehidupan berkeluarga sekarang ini.

Biarpun sibuk menguruskan kerjaya lakonan dan perniagaannya, pelakon filem Momok Jangan Panggil Aku ini tidak sekali-kali melupakan tanggungjawab terhadap keluarga. Malah dia sentiasa meletakkan keluarga sebagai keutamaannya. Drama terbaru lakonan Zarina ialah Ana Lu'lu di TV3.

bi>Apakah yang ada dalam fikiran anda sekarang?

Terlalu banyak…

Siapa manusia yang paling anda kagumi?

Suami saya kerana menjadikan saya sebagai seorang isteri, wanita dan ibu yang bersemangat dan penuh wawasan.

Apakah yang paling anda takuti?

Diserang penyakit. Saya mahu hidup dalam suasana yang tenang dan sihat walafiat.

Apakah sifat-sifat yang menonjol dalam diri anda?

Pemurah dan cepat memaafkan kesilapan orang.

Apakah sifat-sifat yang anda tidak sukai pada orang lain?

Tamak dan hasad dengki sesama manusia.

Pernah anda membenci sesiapa?

Ya pernah, tapi saya sudah memaafkannya.

Perkara paling hebat yang pernah anda lakukan?

Menjaga nenek saya yang strok sehingga ia pulih seperti sedia kala.

Pernah anda dibenci? Oleh siapa?

Ada kot...?

Bakat apakah yang paling anda ingini?

Menyanyi. Saya pernah merakamkan album bersama arwah adik saya Noliana Sulaiman di bawah bimbingan Ramli MS tak lama dulu.

Jika anda dapat menukar satu perkara tentang diri anda, apakah yang akan anda tukar?

Saya mahu kembali ke alam remaja. Apakah pencapaian anda yang paling besar?

Setakat Top5 anugerah skrin TV3 melalui drama 'Becha Usang' dan pengusaha produk Addura Marketing (M) Sdn Bhd.

Pada situasi mana anda menganggap anda gagal?

Gagal menjayakan sesuatu watak dengan cemerlang. Kerja yang paling best pernah anda lakukan?

Buat kerja pemasaran dengan syarikat saya.

Perkara yang paling anda hargai yang ada pada seorang kawan?

Susah senang bersama.

Siapakah penulis kegemaran anda?

Mama Juwie

Siapa hero fiksyen anda?

Tiada

Bagaimanakah anda mahu dikenang?

Melalui cerita kisah hidup yang akan saya tulis.

Moto kehidupan anda?

Hidup mestilah bersabar.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


&#8216;Saya nak rasa aura lakonan Saadiah&#8217;

Posted: 07 Aug 2011 08:07 AM PDT

BAKAT semula jadi dan cetusan emosi dimiliki aktres serba boleh, Jue Aziz dalam bidang lakonan sememangnya mendapat perhatian ramai pengarah terkenal di persada hiburan tanah air.

Malah, dia sering menerima tawaran memegang pelbagai watak dalam drama, filem mahupun teater arahan mereka.

Justeru, tidak hairanlah, Jue kini menjadi calon utama membawa watak Dara untuk pementasan teater Semerah Padi di Istana Budaya, Kuala Lumpur, dalam masa tidak sampai empat bulan lagi.

Kata Jue atau pemilik nama sebenar, Zuliana Abd Aziz, dia menerima tawaran berlakon dalam teater itu yang disifatkan pentas terbaik menguji kemampuan sebenar.


Nampaknya, aktres berusia 28 tahun itu kini menjadi pilihan penerbit teater berkenaan, Megat Mohd Nor atau Keno menawarkannya membawa watak terbabit. Teater Semerah Padi bakal dipentaskan bermula 22 Disember hingga 31 Disember nanti.


Apa lebih menarik, barisan pelakon turut menampilkan beberapa pelakon berpengalaman - Zul Huzaimy, Zamarul Hisham, Khir Rahman dan Jalil Hamid.

Berkesempatan bertemu pelakon pernah digelar 'gedik' ini pada penggambaran telemovie Tidak Terputus Tasbih Itu di Batu 18, Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini, Jue begitu bersemangat sekalipun berdepan dilema 'mendapatkan masa sesuai' untuk Semerah Padi.

Dia berterus terang meluahkan rasa gembira impian membawa watak Dara dalam Semerah Padi terlaksana.

"Kebetulan, tarikh pementasan Semerah Padi bertembung dengan komitmen menjalani penggambaran sebuah drama bersiri untuk stesen TV3.

"Jika difikirkan, tidak tahu mana satu nak terima atau lupakan saja watak Dara itu. Lagipun, komitmen teater bukan sesuatu yang mudah.

"Buat masa ini, masih tiada kepastian 100 peratus dan harap semuanya berjalan lancar. Saya akui berlakon teater sebati dalam diri," katanya.

Kata Jue lagi, dia juga memang menanti peluang beraksi dalam teater berkenaan.
"Siapa yang tidak mahu berlakon dalam cerita diangkat daripada filem klasik arahan Tan Sri P Ramlee pada pertengahan 50-an?

"Saya mahu mencabar diri, merasai aura watak Dara dipegang Seniwati Saadiah ketika bergandingan bersama beberapa nama besar seperti Nordin Ahmad dan Salleh Kamil ketika itu.

"Ia turut mengingatkan saya kerana sebelum terjun bidang lakonan pun saya bermula menerusi lakonan teater Naga Tasik Cini. Lebih banyak lebih bagus kerana mahu memperkayakan pengalaman sebagai anak seni sekali gus membalas kepercayaan diberikan," katanya.

Pada masa sama, Jue tidak sabar menantikan tayangan dua filem lakonannya yang dijangka pada Syawal dan November depan.

Filem terbabit ialah Hantu Bonceng bergandingan dengan Zizan Raja Lawak serta Juliana Evans.

Dia juga berlakon dalam filem Abuya bergandingan dengan hero watak Azroy dalam filem Gila-Gila Remaja pada 1986, Faizal Hussin.

Jue yang turut meminati motosikal berkuasa tinggi bercerita lanjut mengenai lakonannya dalam telefilem Tidak Terputus Tasbih Itu yang julung kalinya disiarkan untuk TV Al-Hijrah.

"Memang menyeronokkan apatah lagi cabaran penggambaran pada Ramadan. Kena banyak bersabar dan sesekali fokus terganggu akibat batuk ketika dialog kerana tekak kering.

"Apapun, ia pengalaman bagus memandangkan berbuka puasa bersama kru produksi membuat kami mesra seperti sebuah keluarga," katanya.

Ditanya sama ada dia tidak ada masalah bertudung dalam drama, akui Jue, sudah banyak drama lakonannya sebelum ini dia tampil bertudung.

"Cuma dalam telefilem ini, saya mengenakan tudung lebih labuh dan menutup aurat. Memang tidak sama kerana syarat dan mesej drama berbeza. Jadi perlu cepat menyesuaikan diri dan cuba beri yang terbaik.

"Bukan mudah dapat peluang berlakon dengan orang lama seperti Datuk Rahim Razali, Nasir Bilal Khan dan Aznah Hamid yang bersikap profesional. Mereka 'cool' dan secara tidak langsung, kita juga mahu jadi seperti mereka," katanya.

Dalam pada itu, Jue menyuarakan pendirian tegasnya mengenai sikapnya yang dikatakan memilih untuk berlakon di stesen televisyen tertentu.

"Tidak wujud persoalan saya pilih drama, telefilem atau apa saja untuk siaran stesen tertentu. Tidak sama sekali. Saya tidak pilih drama untuk stesen ini atau itu kerana semuanya ada karakter dan tema masing-masing.

"Tidak kisah mana-mana stesen televisyen, saya suka bekerjasama. Bukan sebab sesebuah stesen ada ramai penonton, lebih popular, lebih ramai peminat atau mengenakan syarat etika paparan, saya terpaksa buat keputusan kurang bijak.

"Seseorang artis perlu bagus berlakon dan menyampaikan mesej baik untuk disiarkan oleh stesen televisyen. Selagi ada tawaran dan selagi khidmat lakonan ditagih pengarah, mengapa menolak?," katanya.

Berkongsi cerita peribadinya iaitu sama ada dia sudah dilamar seseorang, kata Jue, dia enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Saya tidak mahu bercakap soal hati sudah dimiliki atau belum. Apabila ada orang masuk meminang dan hati saya terbuka untuk menerimanya, saya tidak mahu tangguh untuk mendirikan rumah tangga.

"Saya harap peminat di luar sana bersabar sehingga detik penting itu tiba," katanya.

PROFIL

NAMA PENUH: Zuliana Abd Aziz
TEMPAT LAHIR: Ampang, Selangor
TARIKH LAHIR: 18 Februari 1983
ADIK-BERADIK: Anak bongsu daripada lima beradik
PENDIDIKAN: Diploma Setiausaha Kolej Stamford
HOBI: Menonton wayang, menunggang motosikal berkuasa tinggi, mengikuti perkembangan teknologi elektronik dan komunikasi terbaru pasaran
CITA-CITA: Menjadi pelakon filem, drama dan teater berjaya
TELEMOVIE: Wasiat Anak Dara, Unjul Nak Jadi Orang, Berlari Ke Belakang, Anak Rintih, Kekasih Sejati, Ab Taufan, Seputih Salju, Tidak Terputus Tasbih Itu.
DRAMA EPISOD: Lagenda Budak Setan, Janji Kekasih, Kata Hati, Sebuah Ilusi, Intan Sayang Manja, Orang Minyak Naik Minyak.
FILEM: Hantu Bonceng, Abuya
TEATER: Tasik Naga Cini, Impak Maksima The Musical

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tinjau nasib anak yatim

Posted: 07 Aug 2011 07:57 AM PDT

MASIH segar di ingatan sebahagian besar kakitangan Airtime Management & Programming Radio Network Sdn Bhd (AMP Radio Network), peristiwa hitam yang menimpa penghuni rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah At-Taqwa, Hulu Langat yang menjadi mangsa bencana alam, tanah runtuh.

Kejadian berlaku meragut nyawa 16 orang berupa 15 penghuni rumah anak yatim dan seorang tenaga pengajar.

Sebagai saluran komunikasi paling efektif dalam menyebarkan maklumat, sewaktu kejadian berlaku, stesen beroperasi di bawah AMP Radio Network iaitu Era FM menerusi penyampai mereka Aznil Nawawi, Hanif Hamzah atau Haniff dan Shahreza Mohd Shah (Ray), bukan saja menceritakan perkembangan berlaku membabitkan peristiwa terjadi. Lebih daripada itu mereka turut melawat mangsa dan keluarganya di hospital.

Sudah dua bulan, kejadian berlalu dan perkembangan membabitkan anak-anak yang terselamat dan kini menumpang di penempatan sementara di Pusat Latihan Yayasan Dakwah Islamiyah (Yadim), Hulu Langat tidak diketahui umum.


Mahu memastikan kebajikan anak-anak ini terus terbela, AMP Radio Network membabitkan rangkaian Melayu iaitu Era FM, Sinar FM, XFM dan THR Gegar baru-baru ini mengadakan lawatan khas ke Yadim di samping menyampaikan sumbangan. Lebih istimewa apabila ia dilaksanakan dalam bulan penuh berkat.


Kesempatan ini turut diambil beberapa kakitangan dan penyampai Era, Ray, Pengurus Program Sinar FM, Rostam Said bersama penyampai Sinar FM lain iaitu Abby Fana dan Nila Kurnia, bermesra sambil menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama.

Ternyata usaha dilakukan AMP Radio Network cukup menggembirakan hati Ray memandangkan selepas lawatan yang diadakan bersama rakan penyampai lain di hospital sebaik kejadian berlaku, dia belum ada kesempatan dengan bertemu dengan anak-anak yatim Hidayah At-Taqwa.

Ray berkata, seperti juga usaha yang dilakukan sebelum ini, kehadirannya pada hari ini selain berbuka puasa bersama, turut memberi semangat kepada mereka agar kuat dan tabah menghadapi dugaan.

"Inilah masanya untuk saya mengenali mereka dengan lebih mesra dan rapat," katanya yang turut sibuk melayani anak-anak yatim terbabit.

Kata Ray, dia berbesar hati apabila majikannya mengambil inisiatif untuk memanjangkan usaha yang sudah dilaksanakan sebelum ini dengan mengaturkan satu lawatan khas dengan bersama-sama menjalani ibadat seperti bacaan Yasin dan tahlil, juga bertarawih bersama penghuni At-Taqwa.

"Begitupun pada hari ini saya berasa sayu dan insaf, terutama apabila setiap kali anak-anak ini memulakan bacaan doa mereka akan mengingati rakan-rakan mereka yang telah tiada dengan menyebut nama satu-persatu. Pada saya mereka cukup kuat dalam berhadapan dengan dugaan menimpa mereka," katanya.

Bagi Abby Fana, atau nama penuhnya Habsah Omar, hatinya tersentuh kala doa dibaca mereka menyebut satu persatu nama rakan yang menjadi mangsa tanah runtuh.

"Apabila menyebutnya saya berasakan ia seperti baru saja berlaku, bagaimanapun ramai antara kita sudah lupa dengan kejadian terbabit. Biasalah orang kita apabila bencana sedang berlaku mereka begitu prihatin tetapi apabila timbul cerita baru atau tumpuan sudah berubah ke arah lain kita lupa dengan apa yang sudah terjadi sebelum ini," katanya.

Seharusnya perhatian diberikan berterusan termasuklah dengan bantuan yang dihulurkan. Mengambil contoh bantuan terhadap masyarakat Palestin yang ditindas Yahudi mendapat pembelaan berterusan dari masyarakat tempatan. Perkara sama juga perlu dilaksanakan membabitkan anak-anak At-Taqwa.

"Satu pengajaran yang saya dapat daripada majlis diadakan ini saya lihat anak-anak At-Taqwa begitu kental. Mereka cukup kuat. Mereka juga buat kita faham makna reda sebenar-benarnya. Mereka yakin bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya," katanya.

Mewakili AMP Radio Network, Rostam berkata tujuan utama lawatan diadakan selain daripada sebahagian dari khidmat masyarakat dijalankan, ia diharapkan mampu membuka mata kepada orang ramai bahawa anak-anak yatim Hidayah At-Taqwa ini masih memerlukan bantuan dan perhatian dari pelbagai pihak.

"Seperti yang dinyatakan Di Pertua Persatuan Anak Yatim Malaysia, Dr. Idris Musa yang bertanggungjawab mengusahakan asrama yang musnah dalam kejadian tanah runtuh terbabit. Anak-anak ini memerlukan bantuan secara berterusan. Walaupun sebelum ini ada bantuan diberikan ia datang daripada orang perseorangan. Dana yang ada pun tidak mencukupi kerana perbelanjaan untuk anak-anak ini besar dari sudut makan dan minum, tempat berlindung dan lebih penting pendidikan mereka," katanya.

Rostam mengharapkan kehadiran mereka di YADIM berupa penempatan sementara anak-anak yatim At-Taqwa ini mampu menimbulkan kesedaran kepada orang ramai. Perkara itu juga akan dilakukan oleh stesen radio Melayu bernaung di bawah AMP dalam usaha memastikan bantuan akan berpanjangan.

Sementara itu Dr. Idris menjelaskan penghuni rumah anak yatim At-Taqwa ini masih lagi berada dalam keadaan trauma dan harus menjalani rawatan psikologi kanak-kanak di Hospital Serdang.

"Mereka tidak harus diingatkan mengenai perkara itu. Oleh itu soalan mengarah kepada kejadian telah berlaku diharapkan tidak diutarakan demi kebaikan mereka. Kerana itu walaupun ada yang menjemput kami untuk menghadiri majlis seumpamanya ia tidak dapat dilakukan. Terlalu banyak perhatian bimbang akan memberi kesan.

"Selain itu kebajikan anak-anak ini juga perlu dijaga terutama membabitkan persekolahan mereka. Kerana itu apabila ada yang menjemput hadir ke majlis berbuka puasa ia tidak dapat dipenuhi. Namun kami berbesar hati dengan usaha dilakukan AMP Radio Network yang datang dan melawat kami di sini sambil berbuka dan beribadat bersama," katanya.

Menjelaskan mengenai bentuk bantuan diperlukan jelas Idris lagi, pihaknya memerlukan lebih RM1 juta untuk membangunkan kembali asrama anak-anak yatim At-Taqwa bagi menggantikan semula penempatan mereka yang musnah dalam kejadian tanah runtuh.

"Itulah juga nilai kerugian dialami seandainya dihitung jumlah kemusnahan memandangkan ia sudah ditubuhkan sejak 1997. Apa yang penting kami dapat menyediakan prasarana cukup selesa untuk anak-anak ini. Sekarang ini kami menumpang di YADIM, bagaimana YADIM sendiri punya aktiviti tersendiri perlu dilakukan jadi mungkin ia sedikit kurang selesa buat kami," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut jelas Idris, pihaknya sudah merangka penempatan baru bagaimanapun mereka belum lagi memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib yang sebelum ini berjanji untuk membantu pihaknya membangunkan kembali Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah At-Taqwa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.