macam macam hiburan terkini |
- Diana Danielle Bawa Buku Ke Mana-mana
- Kemalangan Sedarkan Awi Rafael Dari ‘Hanyut’
- Farawahida Bangun Selepas Kisah Pahit
- Fida Kongsi Petua Elak Rambut Bau Masam
- Man Bai Tidak Pakai Kasut Dibeli
- Restoran Intai-Intai, Artis Raikan Anak Yatim
- Zarina Zainuddin Mahu Tulis Kisah Hidup
Diana Danielle Bawa Buku Ke Mana-mana Posted: 07 Aug 2011 07:20 PM PDT SEAWAL usia 20 tahun, pelakon jelita Diana Danielle Danny Beeson (gambar) sudah mampu hidup senang dengan kerjaya lakonan yang dibinanya sejak tahun 2002. Tidak pun naik secara mendadak, hasil pengalaman kerja yang dikutip membuatkan Diana kini boleh dikategorikan sebagai seorang pelakon wanita yang kukuh dalam karier. Akui Diana, keinginannya yang mahu belajar berdikari dan memegang duit sendiri membuatkan dia memulakan kerjayanya sebagai pelakon iklan terlebih dahulu ketika berumur 12 tahun selain ingin mengubah cara kehidupan yang lebih selesa. Kerana itu juga membuatkan personaliti anak kacukan Melayu-Inggeris ini dilihat lebih matang daripada usianya sebenar. "Memang dari segi fizikal, saya dilihat lebih matang berbanding usia, tapi saya masih budak-budak lagi tau, banyak yang kena saya pelajari," selorohnya memulakan bicara. Sambil menyolekkan sendiri wajah gebunya, kata Diana, dia sudah biasa memegang duit sendiri walaupun masih lagi muda kerana ingin mengurangkan beban ibunya dan kini bersyukur, segala keperluan asas keluarga, boleh ditanggungnya. Bagaimanapun, Diana belum lagi merasakan bahawa diri sudah cukup kukuh dalam kerjaya seninya itu. "Masih banyak perkara yang perlu saya belajar dalam dunia seni ini dan rasanya tapak karier saya belum kukuh. "Mungkin dari segi kepunyaan wang, ya saya akui, setakat ini bolehlah tampung ibu dan adik angkat saya, Halley Hayden yang baru berusia tiga tahun itu, Alhamdulillah. "Cuma dalam industri lakonan ini, kita mempunyai ramai saingan dan justeru itu setiap tawaran yang diterima saya perlu mengasah bakat dan lakukan yang terbaik," ujarnya. Bagaimanapun, kata Diana, dia bukanlah seorang pelakon yang workaholic seperti segelintir pelakon lain kerana sukar memberi fokus apabila berlangsungnya penggambaran nanti. Baginya, dalam setahun, dia hanya akan mengambil antara dua hingga tiga tawaran filem mengikut kemampuannya. "Saya kagum dengan segelintir pelakon yang boleh bekerja dari satu projek ke projek yang lain dan saya tidak mampu melakukannya. "Biasanya, selepas selesai satu projek, saya akan berehat selama dua hingga tiga bulan sebelum mengambil tawaran filem baru. Saya tidak mahu terburu-baru dalam melakukan sesuatu. "Lebih senang jika kita dengar dan belajar secara perlahan, itu cara saya. Karakter saya ini, jika bekerja terlalu kuat, mulalah rasa serabut dan tak boleh fokus pada sesuatu benda," katanya yang kini sibuk dengan penggambaran filem Azazil bersama pelakon Remy Ishak. Tak ikut peredaran fesyen Seperti biasa, menjadi satu pandangan skeptikal semua orang apabila menganggap seorang pelakon semestinya mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi. Tidak buat Diana, dia lebih selesa berimej sederhana dan fesyen bukanlah satu kemestian serta itu bukan minatnya. "Ramai yang berkata saya ini seorang yang selekeh. Memang betul pun. Saya tak ikut perkembangan fesyen terkini dan menganggap fesyen memerlukan saya keluarakan wang yang banyak. "Saya tak kisah jika berhabis wang untuk kucing kesayangan, buku dan DVD filem. "Membeli barang-barang solekan, minyak wangi dan baju adalah satu pembaziran," katanya rancak memberi pandangan. Tambah Diana, imej bukanlah satu isu besar buatnya, malah dia tidak kisah jika memerlukan diri menjadi gemuk dalam sesebuah watak. Seperti umum tahu, Diana kini sedang hangat bercinta dengan pelakon dan pengarah hebat, Farid Kamil. Sengaja mengusik pernah atau tidak dia terfikir untuk menamatkan zaman bujang pada usia muda, Diana tidak kisah dengan hal itu jika ditakdirkan Allah. Malah pelakon ini juga mempunyai impian perkahwinan di mana dia mahu majlisnya itu nanti diadakan secara kecil-kecilan dan dihadiri oleh orang yang tersayang yang telah memberi sokongan terhadapnya sahaja. "Saya tak suka majlis perkahwinan yang besar. Cukuplah jika tetamu yang hadir itu terdiri daripada orang yang mempunyai kaitan dan rapat dalam hidup saya. "Ya, saya tak kisah jika jodoh saya sampai awal atau kahwin muda. Malah sejak kehadiran Halley di rumah, dia mengajar saya untuk tidak mementingkan diri. "Dia juga mengajar saya untuk berkongsi kasih sayang dan kini saya sudah boleh bermain bersama-samanya mahupun kanak-kanak lain. Mungkin juga saya boleh menguruskan sebuah keluarga," ujarnya tersenyum. Trivia Diana Danielle - Sebenarnya Diana lebih meminati bidangnyanyian daripada lakonan. - Gemar melukis dan mencipta lagu. - Bakal muncul dengan single terbaruberjudul Tak Pernah Ada. - Seorang yang 'gila buku' danmengimpikan sebuah perpustakaankecil di rumahnya. - Tidak suka berkunjung ke kelab malam. - Seorang yang cemerkap (clumsy). - Meminati buku berkisarkan kisah-kisahbenar dan akan membawasekurang-kurangnya sebuahbuku ke mana-manasahaja. - Mahu mengikutjejak langkahidolanya,Jodi Fostermenyambungpengajian dalambidang psikologi |
Kemalangan Sedarkan Awi Rafael Dari ‘Hanyut’ Posted: 07 Aug 2011 07:07 PM PDT PETALING JAYA: Sejak terlibat dengan kemalangan jalan raya pada Rabu lalu, penyanyi Awi Rafael tidak putus bersyukur dan berjanji untuk lebih menumpukan kepada ibadat harian. Penyanyi lagu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta ini yakin Allah masih menyayangi dirinya dan memberikan peluang untuk dia berubah ke jalan yang baik agar tidak terus hanyut dengan populariti yang diraih. "Saya akui bila mendapat terlalu banyak perhatian, kadangkala kita lupa siapa kita di sisi Allah. Saya bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk lebih awal untuk saya berubah. Jadi, saya perlu perbetulkan solat dan banyakkan amalan ibadat. "Sebelum ini, mungkin saya terlalu peramah dengan semua orang dan bersikap acuh tak acuh dengan solat," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di majlis berbuka puasa Muzik FM di Hotel Pearl International, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Malah, Awi juga semakin rajin mengerjakan solat terawih dengan rakan-rakannya pada bulan Ramadan ini. Paling penting, dia bersyukur kerana dirinya selamat dalam kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan itu pada sekitar pukul 5 petang selepas menjalani sesi fotografi dengan sebuah majalan hiburan di Shah Alam. "Saya rasa bersyukur dan terperanjat dengan insiden itu serta sempat mengucap istighfar. Kereta jenis Triton yang saya naiki remuk teruk akibat melanggar pokok. "Nasib baik saya tidak mengalami kecederaan teruk melainkan luka sedikit di dahi. Waktu itu, saya memakai baju Melayu dan songkok. Jadi, songkok itu telah menyelamatkan kepala saya yang terhantuk di cermin tingkap. "Selepas terlibat dengan kemalangan itu, terus saya ke klinik dan merawat luka di dahi. Tengkuk saya juga masih berasa kebas selepas kemalangan itu tetapi setakat ini doktor mengesahkan tiada apa-apa kecederaan dalaman," jelasnya lagi. Tambahnya, sewaktu keretanya berpusing sebanyak tiga kali sebelum melanggar pokok dan turut melanggar beberapa buah kenderaan di situ turut mengingatkan Awi kepada ibu dan bapanya yang tinggal berjauhan daripadanya. Setelah ibu dan bapanya berpisah lapan tahun lalu, ibunya menetap di Pontian, Johor manakala bapanya berada di Indonesia. |
Farawahida Bangun Selepas Kisah Pahit Posted: 07 Aug 2011 07:07 PM PDT SELEPAS dihimpit dengan pelbagai kontroversi, pemilik nama Farawahida Razali atau Fara (gambar) bangkit memulakan semangat baru. Wanita berusia 26 tahun ini mengakui pengalaman lalu membuatkannya lebih matang dalam mengharungi gelombang industri seni tanah air. Bagi penyanyi berkulit sawo matang ini, segala peristiwa hitamnya apabila dikatakan mempunyai masalah dengan bekas pengurusnya dulu sudah dibuang jauh-jauh dan kini dia mahu membuka lembaran baru dalam hidup. "Sebagai artis, kita akan terdedah dengan apa juga kontroversi, cerita manis atau buruk. "Namun apa yang terjadi pada saya sekitar tahun 2009 itu adalah satu pengalaman buruk yang banyak mengajar erti kehidupan sebenar. "Setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmahnya dan apa yang terjadi kepada saya juga ada kebaikan yang Allah tunjukkan," jelasnya yang dihimpit kontroversi ekoran perselisihan faham dengan bekas pengurusnya, Julfekar Ahmad Shah. Tambah Fara, dia kini bergerak sendiri dalam menguruskan kerjaya nyanyiannya tanpa bergantung kepada individu lain. Biarpun penat namun kepuasan yang diperoleh daripada hasil titik peluh sendiri adalah sangat berharga. "Saya masih belajar untuk berdiri sendiri biarpun ia bukan semudah disangka namun hasil yang saya peroleh sama ada banyak atau sikit sangat memberi kepuasan kepada saya," jelasnya. Sinar baru Tiga tahun menyepi tanpa sebarang perkembangan, Fara akui tahun 2011 menjadi tahun untuknya bergiat aktif di persada seni semula. Mempertaruhkan "single" terbaru berjudul Jangan Tanya Aku Lagi, lagu berkenaan menjadi lagu runut bunyi bagi drama slot Legenda di TV3, berjudul Mata Ayer. "Jangan Tanya Aku Lagi ini menjawab persoalan peminat yang tertanya-tanya ke mana saya menghilang selama ini. "Lagu genre balada ini juga masih lagi dalam rangka promosi dan sedang dimainkan di corong-corong radio," ujarnya yang kini mencari material baru untuk "single" kedua. Sementara itu, Fara berkata rezekinya datang apabila ditawarkan untuk menyanyikan lagu runut bunyi drama terbaru TV3 berjudul Supermak. Lagu berjudul Kuasa Wanita ciptaan Hafiz Hamidun itu juga masih dalam proses untuk dijadikan "single" terbarunya. Lebih menggembirakan penyanyi ini apabila dipelawa untuk menyanyikan sebuah lagu Hari Raya. "Saya sangat berbesar hati apabila mempunyai lagu Hari Raya sendiri berjudul Hayati Raya Sejati dan semua proses rakaman serta klip video sudah siap untuk ditayangkan pada Syawal ini," jelasnya. 10 soalan menarik 1. Kenangan di bulan Ramadanyang tidak dapat dilupakan? Curi-curi minum air di bilik airsewaktu darjah tiga. Ketika itusangat dahaga selepas pulang darisekolah. Kemudian saya sambungsemula berpuasa dan berbukabersama-sama. 2. Makanan kegemaran waktuberbuka? Laksa utara. Saya pernah makanlaksa selama sebulan terutamanyalaksa yang dibeli di sebuah kedaidi Taiping. 3. Pernah ponteng puasa? Pernah, masa kecil. 4. Tabiat buruk ketika bulanRamadan? Makan dengan banyak waktuberbuka dan kerap tergigit jari. 5. Kuih lopes, tepung pelitadan murtabak? Saya suka murtabak sebab sayatak makan kuih muih. 6. Tarawih di masjid ataubersama keluarga? Di masjid sebab lebih ramaidan meriah. 7. Berbuka dirumah atau dimajlis-majlistertentu? Saya suka masakdan berbuka bersamakeluarga di rumahberbanding di luar. 8. Bangun pukul berapawaktu Ramadan? Sekitar pukul 9 pagi, biasanyaselepas sahur dan solat subuhsaya akan tidur semula. 9. Makan apa ketikabersahur? Tak tentu. Kadang-kadangsekadar minum air sahaja. 10. Mercun atau bunga api? Biasa beli bunga api untukadik saya. |
Fida Kongsi Petua Elak Rambut Bau Masam Posted: 07 Aug 2011 07:05 PM PDT SEPANJANG bulan Ramadan ini, pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim (Fida), 25, (gambar) meluangkan masa untuk menjelajah ke setiap negeri di Semenanjung Malaysia dan berkunjung ke kampung-kampung untuk menghantar makanan berbuka puasa dan bersahur. Setakat ini, program yang dinamakan "Rifters Jelajah Amal Tanpa Henti" itu telah disempurnakan di Negeri Sembilan dan Melaka yang mana pada hari kedua Ramadan, Fida bersama-sama rakan kelab peminatnya, Rifters telah bersahur bersama-sama dengan penduduk di Melaka dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Meneruskan kembara tersebut, Fida dan Rifters akan mengunjungi negeri sebelah utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak bermula hari ini. "Jika mengikut perancangan, sepatutnya saya ke Terengganu pada Khamis lalu tetapi disebabkan mempunyai komitmen lain di Kuala Lumpur, jadi saya terpaksa menangguhkannya. "Kunjungan kami ke setiap negeri menyasarkan rumah golongan yang hidup susah dan keluarga ibu tunggal. "Kami menaiki kereta dan berkonvoi beramai-ramai. Misalnya, kami menyertai lebih sepuluh buah kereta semasa berkunjung ke Negeri Sembilan pada awal Ramadan lalu," katanya yang muncul di TV3 menerusi drama Kasih Alia pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam. Selain itu, dia juga sibuk dengan beberapa jemputan majlis berbuka puasa dan beberapa rakaman program seperti Galaksi Raya dan Melodi Raya yang akan disiarkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti. "Bulan Ramadan tahun ini tidak terlalu sibuk seperti tahun lepas," ujarnya lagi yang akan muncul di pawagam menerusi filem Man Sewel Datang KL. Beralih kepada nyanyian, Fida yang turut menyanyikan lagu tema drama Kasih Alia berjudul Teriakan Kalbu. "Selepas ini, saya mempunyai perancangan untuk membuat "single" album dan menyanyikan beberapa lagu tema untuk drama yang dilakonkan," ceritanya. Sekali pandang, wajah Fida persis penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza. Setelah dirisik, tidak hairanlah kerana dia dan penyanyi itu sebenarnya sepupu. Memiliki wajah yang cantik memberikan bonus kepada Fida dan lebih manis lagi dia memakai tudung. Menyentuh tentang penjagaan kecantikan tambahan pula bertudung, Fida perlu lebih menitik beratkan penjagaan rambut. "Biasanya kalau kita memakai tudung, kita perlu mengeringkan rambut dengan pengering rambut atau biarkan kering sendiri bagi mengelakkan rambut menjadi bercabang, berbau masam dan rambut berbuah. "Jadi, apabila berpeluh, sekurang-kurangnya rambut yang kering itu masih akan berbau wangi mengikut syampu yang dipakai," katanya. Tambahnya: "Jika mencuci rambut, elakkan mengguna kuku untuk mengurut kulit kepala sebaliknya gunakan hujung jari sahaja. Ini kerana kulit kepala akan luka dan memudahkan pertumbuhan kelemumur. "Untuk memiliki rambut cantik sama ada bertudung atau tidak, saya mempunyai petua tradisional iaitu menggunakan minyak kelapa yang dibuat sendiri oleh makcik saya. "Caranya, masak santan asli sehingga pecah minyak, selepas itu kisar santan itu dengan daun pandan dan gaul sehingga sebati. Selepas itu, baru sapukan pada rambut dan bungkus dengan kain atau plastik antara 15 hingga 30 minit bergantung kepada jenis rambut. Kemudian baru cuci. "Jika rambut jenis berminyak, disarankan mengambil masa 15 minit berbanding rambut yang kering." Selain itu, Fida berkongsi tentang petua untuk kulit selepas berjemur di bawah matahari terik sehari suntuk. "Selepas berjemur di tengah panas, saya akan memakai bedak sejuk pada waktu malam untuk merawat kulit yang menjadi terbakar dan panas. Namun, jangan amalkan selalu kerana bimbang kulit menjadi kering," ujarnya. PROFIL Nama Sebenar: Rafidah Ibrahim Tarikh lahir: 4 Jun 1986 Asal: Kuala Lumpur Pendidikan: Sijil PelajaranMalaysia (SPM) Karier: Pelakon dan penyanyi Drama: Kasih Alia, E-Toyol,Epilog Syurga Cinta, Cinta TikarSejadah Filem: Adik Manja The Return,Kongsi, Man Sewel Datang KL Pencapaian: Juara SitiNurhaliza Mencari BintangPantene 2007 |
Man Bai Tidak Pakai Kasut Dibeli Posted: 07 Aug 2011 07:04 PM PDT Album memuatkan lapan buah lagu tersebut telah berada di pasaran sejak 30 Jun lalu. Jelas Man Bai, kehadiran album terbaru itu adalah percaturan dia untuk menarik semula perhatian peminat terhadap dirinya. Baginya, jiwa dan konsep yang dibawa melalui album yang mengandungi lapan lagu itu, mempunyai kelainan. "Apa yang saya nyatakan, hanya boleh dibuktikan oleh peminat yang mendengar lagu-lagu saya nanti. "Biar peminat yang menilai kualiti album itu yang mampu menjadi pengubat rindu mereka terhadap kehilangan saya selama ini. "Sebenarnya rindu saya juga terubat melalui album ini. Rasanya sudah sampai masa untuk saya kembali menghasilkan sesuatu kepada peminat," katanya. Bagaimanapun, bapa kepada Imran Fitri,14, Luqman Hakim,12, dan Sarah Aishah,10, itu mengakui agak takut dengan penerimaan masyarakat. "Saya takut dengan reaksi peminat sebab negara ini mempunyai ramai penyanyi. Saya juga tidak tahu berapa lama lagi akan bertahan dalam industri ini. "Walaupun begitu, saya tetap akan cuba mengalih perhatian peminat kepada Man Bai," ujarnya bersungguh-sungguh. Masih mengekalkan jiwa 'cinta' yang terkenal menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan sebelum ini seperti Kau Ilhamku dan Masih Aku Terasa, dia juga akan membawa peminat mengimbau semula kenangannya bersama kumpulan Gersang yang popular era 80an. "Saya mengilhamkan lima lagu baru iaitu Air Mata, Tentang Cinta, Sendiri, Awan Berlalu Pergi dan duet bersama Datuk Khadijah Ibrahim iaitu Kita Cinta yang diterbitkan sendiri oleh saya. "Selain itu, saya turut menyanyikan semula lagu Kau Ilhamku dan Masih Aku Terasa dengan susunan muzik yang diubah sebanyak 60 peratus berbanding lagu lama. "Untuk menyanyikan lagu Masih Aku Terasa, saya terpaksa mengawal suara agar ada persamaan daripada suara ketika saya menyanyikan lagu itu pada usia 18 tahun dulu," jelasnya. |
Restoran Intai-Intai, Artis Raikan Anak Yatim Posted: 07 Aug 2011 07:03 PM PDT MAJLIS berbuka puasa menjadi lebih bermakna apabila ia diraikan oleh mereka yang kurang bernasib baik khususnya anak-anak yatim. Seperti amalan biasa setiap kali Ramadan, anak-anak yatim dan orang-orang tua akan mendapat perhatian apabila syarikat-syarikat korporat menaja majlis berbuka puasa bagi meraikan mereka. Restoran Intai-Intai yang terletak di Backyard, Jalan Ampang, Hulu Klang, Kuala Lumpur milik Baha Azman Nor tidak ketinggalan meraikan anak-anak yatim dengan penglibatan para artis. Kira-kira 48 anak yatim termasuk pelajar tahfiz dari Rumah Jagaan Al-Hidayah, Setapak Kuala Lumpur diraikan dalam majlis yang sederhana pada awal Ramadan lalu. Keceriaan mereka jelas terbayang apabila berpeluang berjumpa dengan artis kesayangan masing-masing yang turut mengambil peluang berbuka bersama. Inilah masanya golongan yang kurang bernasib baik itu dapat bertemu para artis yang selama ini hanya ditonton menerusi televisyen sahaja. Antara artis yang memeriahkan majlis berbuka puasa itu seperti Adam (AF2), Kumpulan V.I.P, Amran Ismail, Zain Saidin, Daus (AF8), Syed Ali, Lena (AF9), Roslan Shah, Rizal, Linda Jasmin, Que Haidar dan pengarah filem pendek Shuhaimi Lua. Mereka mengambil peluang merapatkan diri dengan golongan yang kurang bernasib baik untuk sama-sama merasai pengalaman beraya dan juga berpuasa sebagai anak yatim. Menurut Amran, amalan mendekatkan diri dengan golongan tersebut merupakan sesuatu aktiviti yang amat baik apatah lagi pada bulan Ramadan. "Saya akan bercuti selama sebulan dan akan berkunjung ke rumah anak-anak yatim untuk berjumpa dengan mereka. Ini salah satu amalan yang hendak saya lakukan pada tahun ini," kata Amran. Sementara bagi Zain Saidin, golongan yang kurang bernasib baik dapat memberi keinsafan kepada setiap manusia untuk lebih mengenali diri sendiri. Katanya merapatkan diri dengan golongan berkenaan pada bulan Ramadan mampu membersihkan jiwa daripada perasaan yang tidak baik. "Apabila kita melihat anak-anak yatim, ia banyak mengajar kita untuk melihat kelemahan dan kekurangan diri sendiri," katanya. Perkara itu turut di sokong oleh artis-artis lain yang menggagap bulan mulia ini wajar dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mendekatkan seseorang dengan masyarakat khususnya golongan yang kurang bernasib baik. Sementara itu pemilik restoran berkenaan iaitu Baha yang juga bekas warden asrama Akademi Fantasia Ketiga (AF3), restoran berkenaan menyediakan lebih 101 hidangan berbuka puasa dengan konsep atmosfera rumah Melayu. Selain daripada hidangan berupa pelbagai jenis kuih-muih Melayu, Intai-Intai juga turut memperkenalkan hidangan dari Bangkok, kambing panggang, laksam dan juga nasi kerabu. Harga bagi seorang ialah RM48. Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi Bad 019-6167004. |
Zarina Zainuddin Mahu Tulis Kisah Hidup Posted: 07 Aug 2011 07:02 PM PDT DRAMATIS dan ahli perniagaan Zarina Zainuddin, 41, (gambar) kini kembali aktif di bidang lakonan selepas menghilangkan diri sejak sekian lama. Zarina mengakui minatnya yang mendalam dalam bidang seni membuatkan dia mengambil kesempatan untuk bergiat aktif dalam bidang seni. Dia yang kini sudah mempunyai empat orang anak lelaki iaitu kembar sulung, Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal (Azal) Azrai, masing-masing bersusia 15 tahun, Muhammad Naim Azrai, 8, dan Muhammad Adam Azrai, 5, mengakui bahagia dengan kehidupan berkeluarga sekarang ini. Biarpun sibuk menguruskan kerjaya lakonan dan perniagaannya, pelakon filem Momok Jangan Panggil Aku ini tidak sekali-kali melupakan tanggungjawab terhadap keluarga. Malah dia sentiasa meletakkan keluarga sebagai keutamaannya. Drama terbaru lakonan Zarina ialah Ana Lu'lu di TV3. bi>Apakah yang ada dalam fikiran anda sekarang? Terlalu banyak… Siapa manusia yang paling anda kagumi? Suami saya kerana menjadikan saya sebagai seorang isteri, wanita dan ibu yang bersemangat dan penuh wawasan. Apakah yang paling anda takuti? Diserang penyakit. Saya mahu hidup dalam suasana yang tenang dan sihat walafiat. Apakah sifat-sifat yang menonjol dalam diri anda? Pemurah dan cepat memaafkan kesilapan orang. Apakah sifat-sifat yang anda tidak sukai pada orang lain? Tamak dan hasad dengki sesama manusia. Pernah anda membenci sesiapa? Ya pernah, tapi saya sudah memaafkannya. Perkara paling hebat yang pernah anda lakukan? Menjaga nenek saya yang strok sehingga ia pulih seperti sedia kala. Pernah anda dibenci? Oleh siapa? Ada kot...? Bakat apakah yang paling anda ingini? Menyanyi. Saya pernah merakamkan album bersama arwah adik saya Noliana Sulaiman di bawah bimbingan Ramli MS tak lama dulu. Jika anda dapat menukar satu perkara tentang diri anda, apakah yang akan anda tukar? Saya mahu kembali ke alam remaja. Apakah pencapaian anda yang paling besar? Setakat Top5 anugerah skrin TV3 melalui drama 'Becha Usang' dan pengusaha produk Addura Marketing (M) Sdn Bhd. Pada situasi mana anda menganggap anda gagal? Gagal menjayakan sesuatu watak dengan cemerlang. Kerja yang paling best pernah anda lakukan? Buat kerja pemasaran dengan syarikat saya. Perkara yang paling anda hargai yang ada pada seorang kawan? Susah senang bersama. Siapakah penulis kegemaran anda? Mama Juwie Siapa hero fiksyen anda? Tiada Bagaimanakah anda mahu dikenang? Melalui cerita kisah hidup yang akan saya tulis. Moto kehidupan anda? Hidup mestilah bersabar. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |