Adsense

Isnin, 8 Ogos 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Astro Raikan 1Malaysia Dengan Lebih 50 Program Baru

Posted: 08 Aug 2011 07:58 PM PDT

Astro meraikan 1Malaysia dengan lebih 50 program baru serta sebuah saluran baru, MyMusic (Saluran 318)

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 54, para pelanggan Astro kini berpeluang untuk menikmati lebih 50 program-program baru yang menekankan semangat 1Malaysia serta sebuah saluran baru iaitu MyMusic (Saluran 318) menerusi Kempen "NEGARAKU, THE BEST OF 1MALAYSIA" yang menampilkan lebih 140 program di platform Astro bermula 15 Ogos hingga 16 September 2011.

Group Shot with Astro Talents (Detailed Caption in txt file) 2

Dato' Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro berkata, "Keindahan negara kita terletak kepada kemampuan masyarakat yang berbilang kaum untuk hidup bersama dengan penuh harmoni dan saling menghormati walaupun berbeza latar belakang. Kepelbagaian inilah yang mahu kami contohi menerusi program-program yang telah disusunkan. Para pelanggan kini ditawarkan pelbagai pilihan kandungan NEGARAKU yang menampilkan keunikan budaya kita menerusi program-program pelbagai genre; daripada yang bersejarah hinggalah kontemporari. Hasil perkongsian bersama dengan rangkaian media global seperti Discovery Channel, National Geographic Channel, The History Channel dan Disney Channel serta saluran-saluran tempatan Astro yang lain seperti Astro Awani, Astro Arena, Astro Vaanavil serta banyak lagi, kami akan bawakan pengisian yang terbaik sempena meraikan Negara Malaysia khusus buat para pelanggan."

Mulai 15 Ogos hingga 16 September 2011, rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton pelbagai program-program baru seperti 'In Person: Unsung Heroes' dan 'Meja Bulat Merdeka Special' di Astro Awani (Saluran 501), 'Hotels of Malaysia' dan 'Nature's Keepers Malaysia' di Discovery HD (Saluran 571), 'Arena Sukan: DYMM Sultan Azlan Shah', 'Marina Chin' dan 'Ishtiaq Mubarak' di Astro Arena (Saluran 801) serta banyak lagi.

Selain daripada saluran antarabangsa, saluran-saluran Astro yang lain juga turut membariskan sajian istimewa khas untuk para penonton sepanjang bulan kemerdekaan ini. Antaranya termasuklah 'Waktu Rehat – Squire Anding' dan 'Merdeka Day Specials' di Disney Channel (Saluran 615), 'Passage to Malaysia – Into the Wild' di TLC (Saluran 707), 'P Ramlee' di History Channel (Saluran 555), 'Mahathir' di The Biography Channel (Saluran 731), 'A Leader's Legacy: Tun Abdul Razak' di National Geographic Channel (Saluran 553), Prebet Jamilah 2 di Astro RIA (Saluran 104), Hai Zi (Musim 4) di Astro AEC (Saluran 301), MY FM 13th Birthday Bash di Astro Wah Lai Toi (Saluran 311), 'Merdeka Special Musical Concert' dan 'Tun VT Sambanthan' di Astro Vaanavil (Saluran 201) serta banyak lagi.

Selain itu, Astro juga cuba menyemai semangat 1Malaysia menerusi muzik yang diterbitkan sendiri oleh rakyat Malaysia di sebuah saluran baru iaitu MyMusic di Saluran 318 yang boleh ditonton mulai 31 Ogos hingga 16 September 2011. Ini merupakan sebahagian daripada Kempen NEGARAKU yang mana MyMusic memberi peluang kepada belia Malaysia untuk menghantarkan video muzik terbitan tempatan yang menampilkan bakat seni, suara dan elemen bunyian Malaysia.

Sebagai tambahan kepada Kempen MyMusic, Astro turut memperkenalkan MyMusic Indiepretasi yang mana ia memberi peluang kepada artis-artis muda tempatan untuk merakam semula 10 buah lagu yang diundi sendiri oleh rakyat Malaysia. Antara lagu-lagu yang tersenarai untuk gubahan dan rakaman semula termasuklah "Balada Pemuzik Jalanan" oleh Search, "Standing in the Eyes of the World" oleh Ella, "31 Ogos" oleh Sudirman serta banyak lagi. Rakyat Malaysia boleh melayari laman http://www.mymusic.my/ untuk mengundi 10 lagu terbaik kegemaran mereka yang mana lagu-lagu yang bakal disenarai pendek akan dirakam semula dan diberi gubahan baru dan segar oleh artis-artis muda tempatan. Lagu-lagu tersebut juga boleh didapati secara muat turun digital dan akan diterbitkan dalam bentuk album kompilasi untuk edaran sekitar tahun ini. Rakyat Malaysia juga boleh menyertai peraduan reka cipta kulit album yang diadakan di laman sesawang rasmi.

Bagi menjayakan inisiatif ini, Astro telah bekerjasama dengan penggiat seni tempatan yang berbakat besar seperti Hafiz, Adira, Hazama, Fina, Najwa, Azlan & The Typewriter, Altimet & Aizat, Phoebe, Mei Yan, Aanantha serta ramai lagi untuk merakamkan semula lagu "Saya Anak Merdeka" nyanyian asal oleh Dr. Sam seawal tahun 1986 dengan gubahan dan suntikan baru dan segar yang kini berjudul "Saya Anak Malaysia". Astro juga turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk menghantarkan klip video "Saya Anak Malaysia" yang dihasilkan mengikut terjemahan dan versi sendiri untuk disiarkan di Saluran MyMusic.

Para penonton boleh melayari laman sesawang www.astro.com.my untuk jadual penuh program-program istimewa 'NEGARAKU, THE BEST OF 1MALAYSIA' bermula 15 Ogos hingga 16 September 2011. Manakala untuk maklumat lanjut mengenai MyMusic, layari http://www.astro.com.my/mymusic


Henry Tan, COO Astro

Henry Tan, COO Astro

Yasmin Megat, Vice President, GenNext

Yasmin Megat, Vice President, GenNext

(Fr L-R) Henry Tan, COO Astro_ Vincent De Paul, News Controller, Astro_ Dato' Rohana Rozhan, CEO Astro

(Fr L-R) Henry Tan, COO Astro_ Vincent De Paul, News Controller, Astro_ Dato' Rohana Rozhan, CEO Astro

Group Shot with Astro Talents (Detailed Caption in txt file)

Vincent De Paul, News Controller, Astro

Vincent De Paul, News Controller, Astro

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Mawi dan Akhil Hayy Dalam Program Raya 1001 Inspirasi Raikan Kemenangan
  • Astro Lancar NEGARAKU THE BEST OF 1MALAYSIA STORIES ON AIR
  • Jimmy Shanley Jadi Pengacara Program Itu Dia
  • Suatu Ketika Papar Kisah Sejarah
  • Majlis Pra-Tonton Program Ramadan Astro
  • Program Hebat Sempena Aidilfitri 1430H di Astro
  • Sekitar Makan Malam Astro Bersama Media
  • Karnival Jom Heboh 2010 Kuala Lumpur
  • Ustazah Pilihan Astro Oasis
  • Awal Ashaari Hos Program Realiti TV Aci Tak Aci
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Karyawan Sumbang Duit Raya Untuk Artis Veteran

    Posted: 08 Aug 2011 07:47 PM PDT

    KARYAWAN SUMBANG DUIT RAYA UNTUK ARTIS VETERAN DAN RAIKAN ANAK-ANAK YATIM SEMPENA MAJLIS PELANCARAN BAZAAR RAYA MERDEKA 2011

    Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, Persatuan Karyawan Malaysia telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama artis-artis veteran, anak-anak yatim dan media di Bazaar Raya Merdeka Karyawan yang bertempat di River City, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

    Majlis yang juga merupakan sempena Majlis Pelancaran Bazaar Raya Merdeka Karyawan yang disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Ismail sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Turut memeriahkan majlis adalah YB Dato' Hj. Abdul Manan Ismail, Pengerusi Perbadanan Harta Intelek (MyIPO), Bhg.Dato' Daud bin Tahir, Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, YBhg. Dato'Kamaruzaman Che Mat, Pengarah Urusan Bank Rakyat, YBhg.Dato' Azizan Mohd. Sudin, Ketua Pengarah MyIPO, YBhg.Datuk Sarimah Ahmad, Pengerusi Kehormat Persatuan Karyawan Malaysia, dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, YBhg.Dato' Freddie Fernandez.

    karyawan

    Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia merupakan dua buah agensi yang bernaung di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan turut menyumbangkan sumbangan kepada Persatuan Karyawan Malaysia. Selain itu, MyIPO turut membuka sebuah gerai sebagai penyalur informasi mengenai peranan MyIPO dalam memelihara harta intelek kepada orang awam. Pengerusi MyIPO, YB Dato' Abdul Manan Ismail berharap agar orang ramai yang datang membeli-belah di Bazaar Raya Merdeka Karyawan 2011 ini, dapat memanafaatkan sepenuhnya gerai informasi MyIPO untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hak-hak dan bagaimana memelihara harta intelek.

    Bank Rakyat juga telah berbesar hati untuk menyumbang sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM20,000 untuk 2 buah rumah anak yatim yang baru dibina, yang terletak di Bukit Jelutong dan 17 artis veteran Persatuan Karyawan Malaysia. Pengarah Urusan Bank Rakyat, YB Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, pihak Bank Rakyat amat berbesar hati untuk menyumbang sedikit sumbangan kepada para artis veteran yang memerlukan di samping sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim seperti yang biasa dilakukan di tahun-tahun sebelumnya.Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, YBhg. Dato' Freddie Fernandez berkata; "Kami di Karyawan amat memetingkan kebajikan para artis, terutamanya para artis veteran yang selama ini menghiburkan kita semua sejak dulu lagi. Apa salahnya kita hulurkan bantuan sesama kita. Saya harap, akan ada lagi agensi-agensi seperti MyIPO, SSM dan Bank Rakyat, yang sangat prihatin terhadap isu kebajikan artis Malaysia. Terima kasih banyak- banyak kepada mereka kerana menyumbang duit raya artis veteran pada tahun ini. Hanya Tuhan yang membalas jasa baik anda semua" Tambah beliau lagi, "Memandangkan kempen 1Malaysia yang sangat menjadi kebanggan rakyat Malaysia sekarang, apa kata kita buat 1 Persatuan untuk para penggiat seni tanahair. Lupakan segala pergolakan, politik dan pertelingkahan antara kita yang tidak mendatang hasil. Sempena bulan puasa ini, marilah kita sama-sama bersatu dan bernaung di bawah 1 (SATU) PERSATUAN demi kebaikan bersama."

    Turut memberi sumbangan adalah pihak Pasaraya Besar Giant yang sudi menyumbangkan sumbangan berbentuk voucher.

    Datuk Sarimah Ahmad turut meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada para media yang tidak henti-henti memberikan sokongan kepada Persatuan Karyawan Malaysia. Kata beliau, "Media adalah tunggak utama kami untuk sampai ke tempat yang kami berada sekarang. Bagai aur dengan tebing, media dan artis haruslah sama-sama berganding bahu membantu antara satu sama lain. Terima kasih kerana sokongan anda selama ini."

    Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Syed Mahdi, Ketua Biro Agama Islam Persatuan Karyawan Malaysia diikuti dengan ucapan YB Menteri dan sumbangan kepada anak-anak yatim dan artis-artis veteran.

    karyawan

    Tags: , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Karyawan Sedia Platform Untuk Artis Berniaga
  • Duit Raya RM500 Dari Tayangan Unggul Astro Shaw
  • FINAS Terus Bantu Penggiat Filem
  • Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini, Ifa Radziah di Rakaman Melodi Raya
  • Music Aid 2010
  • ANUGERAH SEMPRIT RAYA KLFM
  • Gossip Artis Perasan Kaya Raya
  • Penyertaan Festival Filem Malaysia ke-22 2009 Dibuka
  • Pelakon Delimawati Tak Kenang Budi?
  • Sehari Bersama Dato' Sarimah
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.