Gosip Artis Malaysia |
| You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Gosip Artis Malaysia |
| You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Utusan Online - Hiburan |
| Posted: Kuasa hebat Nasha AzizOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
AURA dan pesona wanita tinggi lampai ini memang cukup kuat. Walaupun pelakon baru muncul silih berganti, tetapi tiada siapa yang mampu menafikan kuasa yang dimiliki oleh model dan aktres bernama komersial Nasha Aziz ini. Buktinya, pada majlis The Blue Kebaya Showcase anjuran The Weld dengan kerjasama Rafflesia yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini, kehadirannya memang cukup dinantikan. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, semua mata terus memandang kepada figura yang cukup unggul di pentas peragaan ini sehinggakan artis lain yang hadir bagaikan ditenggelamkan oleh karisma Nasha. Tampil anggun menyarungkan kebaya moden biru firus rekaan Iszal dari butik Citra ini, Nasha sememangnya menjadi perhatian pada petang itu. Seperti biasa, model dan aktres ternama ini menjadi tumpuan lensa kamera apabila jurufoto tidak putus-putus merakamkan wajah anggunnya dengan pelbagai gaya yang cukup menarik. Tidak menunggu lama, pihak media yang hadir dengan pantas membawa Nasha ke satu sudut untuk menemuramahnya. Maklumlah, bukan mudah hendak mendapatkan Nasha untuk mengetahui berita terbarunya melainkan hanya dalam acara seperti ini mahupun pelancaran drama atau filem yang ada melibatkan dirinya sahaja. Apatah lagi, wajahnya juga jarang ditonton di kaca televisyen mahupun di layar lebar sehingga penonton dan peminat setianya sendiri tertanya-tanya ke manakah hilangnya jelitawan pujaan ramai ini. Lalu, pada acara yang berlangsung di pusat membeli-belah The Weld, Kuala Lumpur merupakan peluang keemasan untuk bertanyakan perihal terbaru Nasha. Bukan hanya soal kerjaya tetapi juga cerita cintanya bersama Nur Iman Tang Abdullah yang pasti bukan lagi satu rahsia. Namun, mengenali Nasha, dia bukanlah seorang yang gemar menjaja cerita cinta tanpa sebarang sebab. Sambil memberikan justifikasi, jelas Nasha, dia tidak mahu dilabelkan sebagai artis yang hanya mahu menjual kisah peribadi semata-mata untuk tatapan umum. "Bukan saya lokek mahupun tidak selesa apabila mahu berkongsi soal cinta tetapi biarlah cerita itu ada hala tujunya. "Jika hanya menonjolkan kisah cinta dengan tujuan mahu melariskan akhbar, saya tidak setuju. Saya faham apa yang anda (media) mahu dan kalau boleh, janganlah sampai menenggelamkan karier saya," kata pemilik nama penuh Noraishah Abdul Aziz itu dalam nada penuh diplomasi. Ditanya tentang hubungannya dengan jejaka mualaf itu, Nasha memberitahu dia masih lagi berkawan dengan Nur Iman dan hubungan mereka tetap baik seperti biasa. Katanya lagi, hubungan silaturahim sesama insan antara dirinya dan Nur Iman sebagai saudara seagama tidak akan putus sampai bila-bila. "Semuanya masih berjalan dengan baik dan apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, lebih banyak lampu merah daripada lampu hijau apabila memperkatakan tentang soal perkahwinan," cerita wanita berusia 40 tahun ini dengan maksud yang cukup mendalam. Menutup cerita itu dan menghormati permintaannya untuk tidak lagi mengulas lanjut berhubung kisah cintanya itu, perbualan diteruskan tentang perkembangan karier seninya. Dengan pantas, wajahnya terus berseri dan ceria malah cukup rancak berkongsi cerita dengan pihak media pada petang itu. Hakikatnya menurut peragawati unggul ini, dia tidak pernah menghilang. Malah, Nasha menjelaskan dia masih lagi aktif berlakon. "Cuma, kalau tiada cerita yang boleh dikongsi, saya lebih selesa mendiamkan diri. Tetapi, diam saya tidak bermakna saya hanya duduk goyang kaki. "Sebaliknya, saya sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Supermak yang masih berjalan ketika ini. "Dalam masa yang sama, saya sibuk dengan beberapa drama bersiri lain dan itulah fokus saya buat masa ini," kata Nasha yang melupakan seketika dunia peragaan apabila sibuk dengan bidang lakonan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
| Posted: Peminat puas tonton LoudnessOleh ABD. AZIZ ITAR
PARA peminat mula mengenali Loudness sejak kumpulan rock Jepun itu ditubuhkan pada tahun 1981. Namun, nama kumpulan empat anggota itu paling meletup apabila mereka muncul dengan album Inggeris pertama berjudul Thunder In The East pada 1985 mengandungi 10 buah lagu. Sejak 26 tahun lalu, ramai yang ternanti-nantikan kemunculan Loudness di negara ini. Justeru, apabila kumpulan yang dianggotai Minoru Niihara selaku vokalis, Akira Takasaki (gitaris), Masayoshi Yamashita (bassis) dan Masayuki Suzuki (dram) itu mengadakan konsert pertama di negara ini, ia sukar dilepaskan para peminat. Hebatnya sambutan para peminat Loudness itu dapat dilihat menerusi Konsert 30 Years Anniversary yang diadakan di pusat hiburan KL Live, Kuala Lumpur baru-baru ini. Pada konsert yang mengenakan tiket berharga RM98 dan RM138 itu, para peminat mula membanjiri pusat hiburan tersebut sejak pukul 4 petang biarpun Loudness hanya muncul mengadakan persembahan mereka pada pukul 7.30 malam. Hampir 2,500 peminat yang memenuhi ruang terhad di KL Live begitu teruja apabila Loudness muncul dengan lagu pertama mereka Fire of Spirit dan Hit The Rails. Pekikan para penonton semakin kuat apabila kumpulan rock dari Tokyo itu meneruskan persembahan mereka dengan lagu Crazy Night. Lebih mengimbau nostalgia apabila Akira Takasaki memetik gitarnya dengan plucking secara solo bagi mengalunkan intro lagu paling popular Loudness berjudul Heavy Chains yang dipetik daripada album Thunder In The East. Minoru yang banyak berceloteh pada konsert selama 90 minit itu seakan-akan tidak percaya dengan sambutan hangat pada konsert dan kunjungan pertamanya ke negara ini. "Loudness telah ditubuhkan sejak 30 tahun lalu. Begitu cepat masa berlalu tetapi baru sekarang kami dapat datang ke Malaysia. Kami tahu Loudness memang mempunyai ramai peminat di sini. Tetapi baru hari ini kesempatan bertemu dengan anda kesampaian," ujarnya. Para peminat yang kebanyakannya berusia 30-an tidak ketinggalan menyanyikan bersama-sama lagu-lagu yang disampaikan pada malam itu. Loudness pula boleh dianggap bijak dalam mencuri perhatian para peminat dalam konsert sulung mereka itu. Ini kerana, Loudness banyak membawakan lagu-lagu popular mereka seperti Crazy Doctor, Black Star Oblivion, The King of Pain, Crazy Doctor, Get Away dan In The Mirror. Paling meruntun penghayatan para peminat apabila Loudness menyanyikan salah satu lagu slow rock popular mereka berjudul So Lonely. Situasi itu turut berjaya mengheret para peminat bagi menyanyikan lagu tersebut secara beramai-ramai. Kebanyakan lagu yang dipersembahkan Loudness pada konsert itu dipetik daripada album mereka berjudul Thunder In The East, Hurricane Eyes dan Lightning Strikes. Tambah menghangatkan para penonton apabila Minoru menjemput vokalis kumpulan Search, Amy berduet dengannya menerusi lagu Shadows of War dan Let's Go. "Di sini saya dengan bangganya menjemput Mr. Amy Pheeweet bersama-sama saya berduet dalam lagu Shadows of War. Saya harap anda semua terhibur dengan persembahan duet kami ini," katanya yang mendapat tepukan gemuruh para penonton. Sama seperti 'guitar hero' lain, Akira Takasaki yang juga salah seorang gitaris tersohor dunia tidak melepaskan peluang menunjukkan skilnya menerusi lagu instrumental, Explorer. Para peminat yang tidak puas menyebabkan Loudness kembali semula ke pentas dengan encore tiga lagu lagi berjudul Let It Go, Like Hell dan lagu penutup, S.D.I. Konsert itu turut diserikan oleh tiga kumpulan rock tempatan iaitu Sofea, Satira dan She Wolves sebagai artis pembuka tirai. Selain konsert, di luar pusat hiburan itu, para peminat juga mengerumuni gerai khas yang menjual kemeja-T Loudness dengan harga RM55 sehelai yang menampilkan dua warna iaitu hitam dan putih. Hampir 500 helai kemeja-T itu habis dijual sebelum konsert itu berlangsung. Sebelum berkunjung ke Kuala Lumpur, Loudness yang kini dalam rangka konsert jelajah dunia telah singgah ke Jakarta, Indonesia pada 24 Julai lalu sebelum meneruskannya di Singapura pada 25 Julai dan di Bangkok, Thailand pula pada 27 Julai. Search jemput Loudness Oktober ini Amy yang menjadi penyanyi jemputan Loudness pada konsert malam itu amat teruja apabila diberi peluang berkongsi pentas dengan kumpulan rock terkenal dari Negara Matahari Terbit itu. Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman gandingannya dan Minoru tidak terhenti setakat itu sahaja, sebaliknya dia dan Search mempunyai perancangan lebih besar. Penyanyi berusia 53 tahun itu berkata, dia telah menjemput Loudness untuk berkongsi pentas dengan Search pada Konsert Fenomena 30 Tahun Search pada Oktober ini. "Pada konsert ulang tahun ke-30 Search yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Oktober ini Loudness akan mengadakan konsert bersama-sama kami. "Saya jangkakan Loudness akan mengadakan persembahan sekitar 45 minit bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun penubuhan Search sejak tiga dekad lalu," katanya kepada Hits. Amy yang merupakan vokalis asal Search yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1981 menambah, Loudness diundang pada konsert itu kerana hubungan mereka yang akrab. Malah, kata Amy dia bukan setakat sudah lama mengikuti perkembangan Loudness tetapi turut menjalin hubungan yang baik dengan keempat-empat anggota kumpulan rock bertaraf legenda tersebut. "Sebenarnya hubungan Search dan Loudness telah terjalin sejak lebih 30 tahun lalu di mana pada tahun 1980-an saya pernah menonton konsert Loudness di Pulau Sentosa, Singapura. "Bagi saya Loudness dan Search adalah dua kumpulan yang berbeza budaya dan bangsa tetapi ada persamaan daripada segi genre serta perjuangan kami dalam muzik rock. "Sewaktu kunjungan Loudness ke Kuala Lumpur sempena konsert ini, saya sempat menjamu mereka makan di Restoran Cheng Ho milik saya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur," ujarnya. Menceritakan pengalamannya berduet dengan Minoru dalam dua lagu Loudness berjudul Shadows of War dan Let's Go, Amy bukan setakat teruja tetapi tidak menduga peluang itu turut sebagai hadiah buat para peminatnya. Idea itu dicetuskan oleh Akira Takasaki yang mahukan saya berduet dengan Minoru bagi menghangatkan lagi konsert yang dinanti-nantikan para peminat tempatan itu. "Pada mulanya saya dan Minoru hanya merancang untuk berduet dalam lagu Shadows of War sahaja tetapi sewaktu berada di belakang pentas Akira telah berbisik kepada sahaja. "Dia (Akira) kata mahukan saya berduet sebuah lagu lagi bertajuk Let's Go tetapi saya tidak ingat lirik lagu itu. Tetapi Akira kata tidak mengapa, dia akan ajar dan suruh nyanyi lagu itu masa korus sahaja. Saya pun akur. "Paling mengejutkan saya apabila Akira juga pada masa sama berjanji akan mencipta sebuah lagu khas untuk dirakamkan dalam album Search yang akan datang," jelasnya penuh bangga. Di samping Amy, anggota-anggota Search seperti Kid dan Yazit serta vokalis MAY, Mus serta bassisnya, Yus hadir sama menonton konsert Loudness yang menjadi idola mereka selama ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Celebrity News |
| Kisah Ayam dan Kambing Sombong Posted: 26 Jul 2011 10:00 AM PDT Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu. Ayam : Kambing, pekabo? Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni. Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko. Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan? Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya..... Kambing : Apsal pulak? Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak... ZoOM : Hahahaha lawak2...ohh kambing...oh Ayamm..... Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis Direct Email |
| You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Berita Harian: Hip |
| Posted: 25 Jul 2011 07:26 PM PDT Hip Terlalu banyak lampu merahZAHIRNYA dia nampak sempurna pada pandangan khalayak. Cantik, glamor, memiliki kerjaya hebat serta mempunyai teman lelaki yang kacak dan penyayang membuatkan ramai yang menyifatkan kehidupan model dan pelakon jelita, Nasha Aziz sebagai seorang wanita sudah lengkap segala-galanya. Malah, ada yang menyimpan angan-angan untuk menjadi seperti wanita tinggi lampai ini disebabkan aura serta pesona yang ada pada dirinya. Namun apa yang tersurat, takkan sama dengan apa yang tersirat. Dari mata kasar, memang tidak ada apa yang kurang dalam hidup wanita ini. Tapi, gelora di dalam hatinya, tak siapa yang tahu. Mendasari jauh ke dalam lubuk sanubari Nasha, ternyata masih ada ruang kosong yang harus diisi. "Kalau ditanya apakah saya bahagia dengan kehidupan sekarang, jawapannya, ya! Saya bahagia, dari aspek fizikal dan jasmani. Alhamdulillah, saya ada kerjaya, dikurniakan kesihatan yang baik, mempunyai teman untuk berkongsi kejayaan saya."Cuma dari sudut rohani, ia masih belum lengkap sepenuhnya. Tak ada yang dapat berkongsi sewaktu jiwa dirundung duka. "Malah saya masih tertanya-tanya, adakah ada insan di dunia yang nyata ini, yang boleh berkongsi emosi dan mampu menjadi pendengar setiap duka dan lara yang saya alami. Susah sangatkah seseorang untuk membezakan antara simpati dan empati? "Apa yang saya mahukan adalah simpati iaitu menyokong perasaan, mahu mengambil tahu dan berkongsi rasa dan bukannya empati yang menuntut penyelesaian dan tindakan," kata Nasha penuh makna.
Sesekali berbicara dengan wanita ini, banyak perkara yang mahu dicungkil terutama yang berkaitan dengan kisah peribadi. Tentunya ramai yang ingin tahu, selepas tiga tahun menjalinkan hubungan dengan promoter konsert dan juga pengurus acara bernama Nur Iman Tang Abdullah, bilakah pasangan ini mahu menoktahkan hubungan mereka itu dengan ikatan perkahwinan. "Setiap mereka yang bercinta, memang ada niat ke arah itu. Apa yang boleh saya katakan, dalam hidup ini terlalu banyak warna dan dalam hubungan kami, terlalu banyak lampu merah yang perlu dilepasi berbanding lampu hijau," jawab Nasha tanpa menjelaskan lebih lanjut apakah bentuk halangan itu. Bagaimanapun, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-17 ini, menegaskan walaupun ada halangan yang berlaku, namun hubungannya dengan jejaka itu masih berjalan seperti biasa. Sambut Ramadan di lokasi SEJAK lima tahun lalu iaitu setiap kali Ramadan menampakkan sinarnya, Nasha tidak pernah melepaskan peluang untuk merebut peluang keemasan itu untuk menunaikan tarawih di seberapa banyak masjid di sekitar Lembah Klang. Itulah rutinnya setiap kali dalam bulan puasa. Namun untuk tahun ini, nampaknya rutin itu terpaksa dikurangkan sedikit kerana terbabit dalam penggambaran drama bersiri Supermak terbitan Filmscape Sdn Bhd.
"Bagaimanapun, saya ada juga meminta kebenaran daripada pihak produksi untuk memberikan kelonggaran supaya saya dapat melakukan rutin itu. Terpulanglah pada mereka bagaimana keputusannya nanti," katanya. Selain Nasha, drama itu turut dibarisi pelakon lain seperti Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Syawal AF, Henzy Andalas, Nelly dan Haider Harris.
"Pada awalnya saya ditawar watak ketua pramugari yang kuat cemburu dan kaki buli. Tapi selepas mendengar cerita dari pengarahnya, Din CJ dan segala watak yang ada di dalam filem Skandal yang diadaptasikan daripada novel tulisan Richie Rachman itu, saya begitu terpaut pada watak ibu ayam. Saya dapat bayangkan betapa terujanya saya untuk membina perwatakan sedemikian. "Walaupun sedikit, tapi saya berani untuk mengatakan watak itu akan dapat meninggalkan kesan yang besar di hati penonton. Contohnya filem Sepi arahan Kabir Bhatia. Pada awalnya saya ditawarkan watak yang dipegang oleh Vanida, tapi selepas membaca skrip watak Suzie, saya terpikat dengannya dan tak sangka watak itu berjaya menjulang saya menjadi Aktres Pembantu Terbaik Anugerah Skrin 2008," kata Nasha yang mengakui begitu cerewet dalam memilih watak. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| Tempurung Pecah: Angkat karya tempatan bertaraf antarabangsa ya Mat? Posted: 25 Jul 2011 07:08 PM PDT Hip AKU dipanggil oleh kenalan lama yang sangat disayangi iaitu seorang rakan lama - produser - pelakon - adik berjiwa besar aku - Datin Seri Tiara Jacquelina untuk bersama-sama menyiapkan satu teater muzikal bertajuk Secret Life Of Nora, yang akan dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada September ini.Ajengan riso (risau) teman nenguk (tengok) kengkawan (kawan-kawan) yang terbabit! Hebat-hebat belaka. Kesemua mereka terdiri daripada manusia teater yang berbakat besar dan berhidung rendah walaupun hasil karya mereka tinggi ukurannya. Steven Dexter, mat saleh jenis British yang mengarah teater terbitan West End seperti Peter Pan dan Pirates of the Penzane - muzik dan lakon pentas milik Gilbert dan Sullivan yang aku sampai sekarang menganga tidak faham jenaka yang terlalu pekat referencenya, Roslan Aziz sebagai Pengarah Muzik; Raja Malik yang bertanggungjawab mereka set; Pat Ibrahim, koreografer yang sememangnya berkali-kali menghasilkan tarian fussion yang mencetuskan keindahan alun tari moden dalam teater tempatan, dan gubahan muzik oleh Weng Onn San yang tersangat muda usianya namun hasil gubahan lagu yang dibikinnya terlalu indah dan teaterical melebihi kemampuan akal budak semuda dirinya! Aku suka teater. Apatah lagi yang akan dipersembahkan di Istana Budaya. Segala-galanya perlu padat dan penuh warna-warni. Hiruk pikuk di belakang pentasnya bagai kapal bawang karam. Dari primadonanya hinggalah kepada pembantu skrip, semuanya ligat berlari mengejar babak. Dan, segala-galanya dilakukan penuh kasih pada seni itu sendiri.Insan teater bermati-matian kerja mereka dan selalunya mendapat habuan apresiasi segera oleh penonton. Aku suka itu. Berkarya terus menerus menembusi penonton, tiada masa atau objek untuk menghalangnya. Semuanya diberi secara tunai dan jurusan lurus puas terus ke hati penerima. Kali pertama hasil naskhah aku yang dipentaskan adalah Puteri Gunung Ledang - The Musical yang aku sangat kagum dengan skala produksinya. Besar dan berani. Skrip aku diangkat menjadi sebuah teater yang penuh gemerlapan. Walaupun demikian aku tiada dipanggil membabitkan diri kerana mereka yang berkarya memiliki hidung tinggi dan hidung aku sangat lepek di mata mereka agaknya. Aku lihat dari jauh saja. Ibarat kanak-kanak yang melihat anak-anak kaya bermain kasut roda di gelanggang milik peribadi. Sepatu aku selipar jepun yang dibubuh roda yang diperbuat daripada buku benang nilainya.
Hidup mesti move on. Itu adalah slogan aku sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Kita harus terus berjuang untuk menghidupkan kerja seni kita tanpa perlu memikirkan terlalu panjang apa sahaja halangan atau petaka yang terjadi dalam proses menyiapkan karya kita. Kita berkerja seni. Seribu tahun akan masih hidup bernyawa lagi kerja kita, kalau niat dan seninya jujur. Itulah caranya Chairil Anwar dapat hidup seribu tahun, fikir aku. Dan kepada mereka yang tidak mengenali Chairil Anwar, silalah layari internet dan bacalah. Anda tidak perlu punyai otak lagi untuk bercerita seni jika anda tidak mengenalinya, Melayu puitis. Seterusnya aku ingin membabitkan diri dengan lebih mendalam kerja-kerja teater ini. Kerana aku minat. Kerana aku sangat iri hati melihat pementasan yang berjaya. Indah sungguh kerja mereka. Berat sungguh mengabadikannya. Setiap penonton tempatan mahupun antarabangsa, jurang kepuasan mereka sama jalur nikmatnya. Apabila dijemput untuk bersama-sama menjayakan teater terbaru dari Tiara dan kumpulan Enfiniti Vision Media miliknya itu, aku ragut. Aku selam sedalam-dalamnya isi cerita dan perwatakan yang digubah oleh Dexter dan penulisnya Raymond Miranda, membawa mereka ke satu arah yang kuat warna tempatannya. Yang lebih mesra dengan persekitaran tempatan yang kita lebih impikan dari menelan bulat apa itu diimport adalah enak. Cerita yang penuh aksi dan jenaka ini sememangnya menduga kewarasan aku berkarya. Tidak pernah lagi aku berhadapan dengan satu set penceritaan yang begitu mudah tetapi sangat mencabar perjalanan rentaknya. Dari watak, dailog, set hinggalah ke gubahan lagu yang diperdengarkan segala-galanya amat segar dan bijak. Saksikanlah watak Encik J yang dibawa oleh Aznil Nawawi nanti. Dijamin akan mengangkat beliau sebagai pelakon teater pilihan 2011! Mampukah aku mengikut rentak berkarya di dalam semua ini? Di manakah aku dapat berkongsi sumbangan di dalam pembikinan sebuah teater bertaraf antarabangsa milik tempatan ini? Segala-galanya pasti akan aku hadapi dengan penuh cabaran dan yang jelas aku tidak lagi kanak-kanak yang melihat keramaian di luar pagar. Sekarang aku berdiri di kalangan mereka yang sama-sama menjayakan satu persembahan seni teater terbaik tahun ini. Satu teater kebangsaan yang berjiwa antarabangsa... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
:: MYARTIS.COM :: |
| HUBUNGAN FAHMI & ELIA RETAK..?? Posted: 25 Jul 2011 02:22 PM PDT Penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi yang baru-baru ini bertunang dengan Elia menjadi mangsa gosip pihak tidak bertanggungjawab. Dakwa mereka, Fahmi dilihat berjalan dengan seorang wanita sambil berpegangan tangan macam pasangan kekasih layaknya. Lebih memburukkan keadaan, dakwa mereka lagi perempuan tersebut lebih menarik dan lebih cantik daripada Elia. Malah di blog Elia juga, terdapat entry terkini yang kononnya ditulis oleh Elia sendiri berjudul 'doaku buat kekasih' yang menimbulkan seribu tanda tanya. Melalui penulisan tersebut, dakwa mereka lagi seperti ada sesuatu yang sedang melanda hubungan Elia dan Fahmi. Biasalah... bila dah glamor, pelbagai gosip dan dugaan bakal melanda. Harapan kita semua, semoga dakwaan tersebut hanya sekadar gosip semata-mata. Semoga Fahmi dan Elia dikuatkan iman untuk terus mempertahankan ikatan pertunangan yang telah terjalin. Amin...! Klik untuk imej besar... ![]() ![]() . |
| You are subscribed to email updates from :: MYARTIS.COM :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Himpunan Kisah Sensasi |
| Suhaila Dedah Rahsia Bersengketa Dengan Jimmy Shanley Posted: 25 Jul 2011 01:37 PM PDT nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]> Suhaila mendakwa Jimmy pernah memukul dan mengongkongnya. Foto NORAFIFI EHSAN PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong. "Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang… itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja. "Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin. Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan. Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan. "Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami. "Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa. "Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan…saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya. Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim. Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu. "Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab… semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja. "Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya. Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila. Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya. Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu. "Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya," ujar Jimmy. Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang. Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri. Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya. "Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy. Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat. Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan. Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri. Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986. Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010. |
| You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
macam macam hiburan terkini |
| Suhaila Dedah Rahsia Bersengketa Dengan Jimmy Shanley Posted: 25 Jul 2011 08:15 PM PDT PETALING JAYA: Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong. "Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja. "Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin. Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan. Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan. "Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami. Suhaila akhirnya "membuka mulut" kenapa dia enggan bersuamikan Jimmy. "Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa. "Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya. Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim. Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu. "Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja. "Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya. Jimmy dan Suhaila hanya mengecapi kebahagian selama 10 hari perkahwinan mereka. Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila. Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya. Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu. "Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya," ujar Jimmy. Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang. Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri. Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya. "Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy. Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat. Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan. Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri. Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986. Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010. google: Suhaila dan jimmy shanley, konflik Suhaila dan jimmy shanley, berita Suhaila dan jimmy shanley, penceraian Suhaila dan jimmy shanley, berita penceraian Suhaila dan jimmy shanley, kenyataan balas Suhaila dan jimmy shanley, Suhaila dan jimmy shanley bergaduh, Suhaila dan jimmy shanley bercerai, gambar terbaru Suhaila dan jimmy shanley isteri Suhaila dan jimmy shanley, terkini terbaru Suhaila dan jimmy shanley, anak Suhaila dan jimmy shanley, baby Suhaila dan jimmy shanley, nama anak baby Suhaila dan jimmy shanley, gambar seksi suhail, facebook suhaila, blog suhaila, suhaila hot, gambar terkini terbaru suhaila isteri jimmy |
| Fathia Tepis Tuduhan Sudah Besar Kepala Posted: 25 Jul 2011 08:11 PM PDT KUALA LUMPUR: Pelakon Nur Fathia Latiff, 23, yang mesra disapa Fathia menyangkal dakwaan yang mengaitkan dirinya sebagai artis bermasalah susulan insiden terbaru kononnya dia semakin besar kepala sehingga gagal muncul di lokasi penggambaran sebuah drama baru-baru ini. Menurut heroin drama Stanza Cinta itu, dia semakin pelik dengan pelbagai kontroversi yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini sedangkan semua dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan ditokok tambah. "Saya semakin pelik dengan pelbagai gosip yang melanda akhir-akhir ini. Walhal, sebelum ini saya sudah terlibat dengan pelbagai drama dan filem tetapi tidak pernah pula mendapat respons negatif daripada produksi terbabit. "Kenapa saya harus berubah sikap menjadi seorang yang besar kepala dan berlagak tidak bertempat pula sekarang ini? "Namun, apa yang mampu saya jelaskan dakwaan-dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan sengaja diperbesarkan oleh pihak yang tidak senang dengan saya," luahnya kepada mStar Online, baru-baru ini. Jelasnya lagi, sebagai orang baru dalam dunia lakonan apa yang termampu dilakukannya adalah untuk tidak melenting dan bersabar menghadapi tohmahan tersebut. "Selepas isu baling telefon, kini saya didakwa tidak berdisiplin dan besar kepala pula. Saya hanya mampu bersabar dan akur menghadapinya. "Kejadian yang berlaku ini membuka mata bahawa ada ramai individu yang tidak boleh dipercayai dan hanya bermulut manis di depan saja. "Walaupun saya telah memberikan komitmen terbaik dan bersikap sebaik mungkin, ada juga yang gemar menyampaikan cerita buruk tidak berasas," katanya yang tidak akan patah semangat atau serik dengan gosip-gosip yang timbul. Menyentuh jadual seninya, Fathia akan terus sibuk dengan komitmen lakonan menjelang bulan Ramadan pada minggu depan, selain bakal terlibat dengan sebuah filem antarabangsa arahan pengarah dari "China". "Sekarang, saya sedang sibuk dengan penggambaran sebuah telefilem di samping Fizz Fairuz arahan Wan Asliza. "Saya juga akan terlibat dengan filem berjudul Nasi Lemak 2.0 arahan pengarah China, Namewee di samping Afdlin Shauki, penyanyi Reshmonu dan model Nadine tidak lama lagi," katanya. |
| Suami Zakiah Anas Enggan Tebus Talak Posted: 25 Jul 2011 08:10 PM PDT PETALING JAYA: Suami kepada personaliti TV3, Zakiah Anas,45, pada Isnin, memberitahu bahawa dia tidak bersetuju dengan saranan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di sini yang mencadangkan agar pasangan tersebut berpisah secara khuluk (tebus talak). Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamed membuat saranan itu mengikut Seksyen 48(6) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984 selepas meneliti laporan wakil hakam (penimbang tara) yang dilantik untuk mencari jalan penyelesaian kemelut rumah tangga yang telah berlarutan selama tiga tahun. Dalam majlis hakam itu, Zakiah diwakili oleh peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie manakala suaminya, Mohamad Yusof @ Muhamed Yusof Taib,49, diwakili Tuan Mohd Zamani Tuan Ahmad yang merupakan imam di Masjid Kampung Johan Setia, Wangsa Maju, dekat sini. Pada prosiding itu, Wan Mahyuddin juga mengambil kesempatan untuk menyoal wakil-wakil hakam berkenaan mengenai saranan khuluk. Kedua-dua wakil hakam tersebut memberitahu, tiada persetujuan mengenai khuluk dicapai dan mereka juga tidak bersedia untuk melafazkan khuluk, meskipun diberi kuasa untuk berbuat demikian mengikut undang-undang. Justeru itu, Wan Mahyuddin memutuskan bahawa wakil hakam itu dibatalkan dan satu wakil hakam yang baru akan dilantik. "Mahkamah melantik proses hakam yang sama untuk kali ketiga yang terdiri daripada pegawai-pegawai sulh," tambah Wan Mahyuddin. Beliau seterusnya menetapkan 16 Ogos depan untuk sebutan semula bagi melantik wakil hakam. Terdahulu, Muhamad Yusof yang pernah berkhidmat dalam bidang media masih mempertahankan pendiriannya untuk tidak melepaskan Zakiah, meskipun wakil hakam telah memutuskan bahawa ikatan kasih sayang tidak lagi wujud dalam perkahwinan itu. Dakwa Muhamad Yusof, dia tidak pernah diberikan peluang untuk berbincang dengan Zakiah yang telah memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik daripadanya. "Saya terkilan perkahwinan yang dibina sejak 18 tahun lalu dibiarkan begitu sahaja dan turut kasihan dengan anak-anak yang telah ditinggalkan," katanya. Muhamad Yusof seterusnya mendakwa, dia dan Zakiah telah tinggal berasingan sejak tiga tahun lalu dan wanita itu turut mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Muhamad Yusof seterusnya memohon agar mahkamah memerintahkan Zakiah untuk meminda permohonannya kepada perceraian secara fasakh, sekiranya masih mahu berpisah. Bagaimanapun, peguam syarie Abdullah Anuar Sahri yang mewakili Zakiah memberitahu, anak guamnya tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Kemelut rumah tangga pasangan tersebut bermula sejak tahun 2009 apabila Zakiah memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, dekat sini. Dia kemudiannya meminda permohonan itu sebanyak dua kali, iaitu kepada fasakh dan taklik sebelum menarik semula permohonan pada 1 September 2009 yang menyebabkan Mohamad Yusof, menarik semula permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya. Pada Januari 2010, Zakiah sekali lagi memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik yang berlanjutan sehingga kini. Zakiah dan Mohamad Yusof dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar, 15 tahun. |
| Sheila Majid Rindu Masa Kecil Anak-Anak Posted: 25 Jul 2011 08:10 PM PDT KUALA LUMPUR: Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid, 46, merindui keadaan masa kecil anak-anaknya yang dirasakan cepat berlalu. Kini, penyanyi lagu Warna dan Aku Cinta Padamu ini bahagia dengan empat anaknya, Nur Khaleda, 20, Megat Abd Majid, 17, Khadeja Zaireen, 7, dan Khalefa Laila Murshim, 5, yang sedang membesar. "Saya masih lagi aktif dengan kerjaya seni, perniagaan dan menumpukan kepada keluarga. "Alhamdulillah, saya sibuk menguruskan anak-anak yang semakin membesar dan merasakan semuanya berlalu terlalu cepat sehingga kadangkala saya merindui waktu usia mereka masih kecil dan bayi," katanya ketika majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi peraduan produk Jerneh di Restoran Rebung, Bangsar, di sini, Ahad. Bercerita tentang masa depan anak-anaknya, Sheila seronok berkongsi tentang Khaleda yang telah menuntut di Kolej Universiti Help dalam jurusan psikologi manakala Megat pula bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Saya agak tertarik dengan pendapat Khaleda apabila saya bertanyakan kenapa dia memilih psikologi berbanding jurusan lain. Dia berjaya meyakinkan saya bahawa jurusan itu mampu memberi masa depan yang cerah kepada kariernya. "Saya juga berharap anak-anak saya yang lain memperoleh masa depan yang cemerlang dan kerjaya yang bagus kelak. Mana tahu Megat akan menjadi seorang chef suatu hari nanti," ujarnya berseloroh. Menyentuh tentang karier seni Sheila, wanita ini aktif memenuhi jemputan nyanyian di majlis tertentu dan bakal menerbitkan dua buah album pada tahun ini. "Saya masih aktif menyanyi seperti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam Sabtu lalu dan membuat persembahan amal di Johor pada minggu lalu. "Pada minggu ketiga bulan Ramadan ini, saya akan terbitkan album yang memuatkan lapan buah lagu Hari Raya Aidilfitri lama dan baru yang diberi sentuhan dan susunan muzik baru. InsyaAllah, saya akan merakamkan album ini pada 1 Ogos ini. "Selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, saya akan muncul dengan album Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid yang menampilkan 20 buah lagu yang pernah dipersembahkan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur sebelum ini," katanya yang turut merupakan Duta Institut Jantung Negara dan Prudential serta jurucakap Diamond Water Filter. Selain itu, dia tidak menolak jika ada peluang untuk memasarkan album-album tersebut ke pasaran Indonesia. Dia juga teruja apabila mendengar khabar lagu-lagunya sering diputarkan di stesen radio di Indonesia serta kebanyakan peminatnya di laman sosial Twitter dan Facebook adalah dari Indonesia. Kini, dia berjaya mengumpul lebih 27,000 peminat di Twitter manakala lebih 74,000 peminat di Facebook. |
| You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Kosmo Online - Hiburan |
| Posted: Mahu berpijak di bumi nyataKISAH percintaan Nora Elena dan Seth Tan menjadi idaman dan igauan setiap penonton yang mengikuti siri drama tersebut yang telah ditayangkan di slot Akasia TV3 beberapa bulan lalu. Di dalam drama yang diadaptasi dari sebuah novel yang berjudul Kasih Yang Suci ini, pendatang baharu Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd. Baharum telah diberi kepercayaan untuk memegang watak utama di samping pelakon kacak Aaron Aziz yang memegang watak Seth Tan. Walaupun telah tiga tahun berada di dalam industri seni, nama Siti Saleha kurang dikenali ramai. Namun, bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Watak Nora Elena berjaya melonjak terus nama gadis berusia 21 tahun ini dalam bidang yang diminatinya sejak kecil itu. "Saya tidak sangka drama ini mendapat sambutan ramai. Namun, apa yang boleh dikatakan, saya seronok sepanjang terlibat dalam penggambaran Nora Elena. Saya juga suka kepada watak yang saya lakonkan sejurus selepas menerima tawaran tersebut. "Ia merupakan pengalaman pertama saya berlakon dan memegang watak dari drama yang diadaptasikan dari sebuah novel," ujar Saleha yang manis berkebaya rekaan Salikin Sidek ketika ditemui dalam majlis The Blue Kebaya Showcase, The Weld, Kuala Lumpur baru-baru ini. Di sebalik kejayaan dan kepuasan berlakon yang dikecapinya, Saleha akui masih baru dengan publisiti yang diterima dirinya dan sedikit sebanyak membuatkan empunya diri takut dengan penerimaan masyarakat terhadapnya.
"Saya mendapat kepuasan yang berlainan setelah berlakon di dalam drama ini dan dari segi publisiti pula sedikit menakutkan. Ini kerana kini apabila saya bersiar-siar atau berjalan di mana-mana, orang akan mula mengenali dan melihat saya. "Seperti baru-baru ini, ketika saya ingin menuju kereta selepas tamat kuliah, tiba-tiba seorang lelaki memanggil saya dari arah belakang. Masa itu, saya sedar yang saya semakin dikenali. Namun, saya tidak mahu sombong dan lupa diri," cerita Saleha yang berikrar dia akan sentiasa mengingatkan dirinya agar terus berpijak di bumi nyata dan tidak hanyut dibuai keenakkan dunia glamor. Kontroversi foto seksi Bukan seorang, malah ramai artis tempatan yang pernah terpalit kontroversi dek foto-foto yang dimuat naik melalui laman web sosial interaktif Facebook justeru foto tersebut disiarkan di blog-blog untuk tatapan masyarakat bagi dibuat penilaian. Sebagai seorang artis yang namanya kian melonjak naik, Saleha juga tidak terlepas daripada kontroversi yang mungkin boleh mengganggu perjalanan kariernya sebagai anak seni. Tidak berapa lama dahulu, foto-foto Saleha berpakaian seksi disebarkan melalui laman-laman blog hiburan yang mana foto tersebut jelasnya diambil dari laman Facebooknya yang telah diprivasikan. "Ada juga perasaan takut yang menyelubungi diri. Namun, foto-foto yang disebarkan itu gambar lama saya bersama keluarga dan rakan-rakan. Tapi, saya berasa pelik kerana laman Facebook saya memang telah diprivasikan hanya kepada rakan-rakan dan keluarga sahaja. "Jadi saya tidak pasti bagaimana mereka mendapatkan foto-foto tersebut. Tidak pernah terjadi kepada saya sebelum ini. Mungkin kini saya perlu berhati-hati untuk melakukan apa sahaja," tuturnya sopan yang juga mengatakan tidak mahu namanya naik, jatuh dan hilang begitu sahaja. Tambahnya lagi, mengenai kontroversi yang diterimanya, ia merupakan sebahagian daripada asam garam kehidupan jika ingin bergelar seorang artis. Saat diaju persoalan mengenai apakah empunya diri tidak takut kontroversi yang melanda menjatuhkan populariti yang sedang diraihnya, jawab anak kacukan Melayu-Inggeris ini, ia merupakan perkara normal dan cabaran cabaran yang perlu dihadapi jika ingin menjulang nama di persada seni.
"Mungkin sebelum ini, nama saya bersih dan ada di antara mereka yang ingin mengambil kesempatan dari foto laman Facebook saya. Namun, jika ada rezeki saya di dalam bidang ini, tidak akan ke mana. Biarlah ia lambat sekalipun, tapi kejayaan yang dikecapi berpanjangan," ujar gadis yang mula menceburkan diri di dalam bidang hiburan sejak berumur 13 tahun dan drama pertama penampilannya merupakan 5 Jingga pada tahun 2008. Privasi diceroboh Menjawab soalan para media yang bertanya mengenai mungkinkah privasinya telah diceroboh menerusi laman sosial popular tersebut, dia mengaku ada timbul perasaan curiga namun dirinya tidak mahu menyalahkan sesiapa. "Ini merupakan sebahagian dari kehidupan seorang selebriti dan jika boleh saya memang tidak mahukan langsung kontroversi seperti ini dan saya mahu dikenali sebagai seorang pelakon yang bersih. "Saya masih belum bersedia kerana selama ini saya fikirkan mereka hanya mahu tahu mengenai perkembangan karier saya sahaja, tapi rupa-rupanya anggapan saya salah. Baru kini saya sedar bahawa peminat ingin juga ketahui segalanya tentang artis yang mereka minati," jelasnya sambil mengukir senyuman sambil menjelaskan bahawa ramai juga peminat yang masih menyokongnya dan memberikan komen-komen positif terhadap apa yang terjadi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||||
| Posted: Platun Setangkas HarimauOleh KHAIRUL AMRI HASSAN BARISAN karyawan drama bersiri Platun Harimau yang kini sedang bersiaran setiap Khamis di RTM2. MENJEJAK tanpa dijejak, membunuh tanpa dibunuh! Kejam bunyinya namun itu semangat sebenar perajurit tanah air yang tidak jemu berkhidmat di perbatasan demi mempertahankan negara tercinta. Merangkak, menyusup, menghidu dan merenung tajam pada setiap inci perubahan tanah, pokok, bukit dan sungai bagaikan Sang Belang memburu gerombolan mangsa sudah cukup menggambarkan sifat sebenar sepasukan tentera yang bertempur pengganas komunis sekitar tahun 1980-an. Diterjemah ke dalam sebuah naskhah baharu bercorak drama 13 episod, cerita sebenar unit komando khas Platun Harimau di bawah pimpinan Leftenan Fauzi menentang pengganas komunis Black Jacket kini sudah mula bersiaran di RTM2 bermula hari Khamis, 21 Julai lalu pukul 9 malam. Drama yang diarahkan oleh Razali Mohd. Yussof itu sebenarnya direalisasikan daripada karya tulisan Leftenan Kolonel Mohd. Radzi Abdul Hamid dan turut mendapat kerjasama Tentera Darat Malaysia sepanjang pembikinannya selama sebulan. Platun Harimau antara lain turut membariskan pelakon hebat antaranya Zul Huzaimi, Norman Hakim, Yatt Hamzah, Yus Waisar, Safura Yaacob dan Zamarul Hisyam. Bagi pengarah drama itu, berdepan dengan jarak lokasi penggambaran yang jauh ke dalam hutan dan kerjasama dengan pasukan yang mengutamakan disiplin seperti tentera merupakan cabaran utama menghasilkan filem bercorak ketenteraan itu. "Kos pembikinan drama ini lebih kurang RM500,000, tetapi hasil daripada bantuan logistik pasukan Tentera Darat Malaysia banyak perbelanjaan dapat dijimatkan," ujarnya ketika ditemui selepas majlis pratonton drama Platun Harimau di Wisma Transit Kuala Lumpur baru-baru ini. Memilih kawasan Tapah, Sungai Udang dan Hospital Kem Terendak, Melaka sebagai lokasi utama pembikinan drama itu, kisah yang penuh tragis dan patriotik itu turut mengetengahkan elemen kekeluargaan dan percintaan pada masa yang sama.
Yatt Hamzah yang memegang watak Dr. Bani dan menjadi kekasih kepada Leftenan Fauzi yang dilakonkan oleh Zul Huzaimi berkata impian menyarung sut celoreng yang dipendamnya selama ini sudah terlaksana. "Daripada kecil lagi saya bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang pesawat tentera, syukur Alhamdulillah menerusi drama ini saya dapat juga memakai seragam celoreng itu walau sekadar lakonan. Ia umpama satu penghargaan kepada saya," bicaranya menyusun frasa. Selain itu, muncul mendukung watak sebagai seorang wanita yang baik hati, lemah lembut tapi luarannya perlu tegas, Yatt mengakui itu pengalaman sulung yang dikutipnya. "Dalam drama ini saya akan berdepan dengan dilema antara memilih cinta atau keluarga dan saya akan melakonkan watak seorang wanita bertudung yang baik tapi cuba menyembunyikan sifat sebenar apabila sedang berkhidmat," ceritanya mengenai watak yang dilakonkannya. Jadi, jangan lepaskan peluang menyaksikan drama penuh mendebarkan, tragis, tangis, tawa dan air mata itu setiap hari Khamis pukul 9 malam di saluran RTM2. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |