Adsense

Isnin, 11 Julai 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Alasan Que kembali berlakon

Posted:

Alasan Que kembali berlakon

Alasan Que kembali berlakon

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar HAFIZ JOHARI


REAKSI Que Haidar sewaktu menjawab soalan daripada pihak media yang menghadiri pelancaran filem Rock Ooo... di Ipoh, Perak, baru-baru ini.


KEPUTUSAN yang diambil oleh pelakon hebat ini untuk bersara dari dunia lakonan sejak dua tahun lalu memang mengejutkan ramai pihak.

Ketika namanya berada di puncak dan belum puas menikmati kehidupan sebagai seorang aktor ternama, secara tiba-tiba Que Haidar mengambil keputusan drastik seperti itu.

Pelbagai tanggapan negatif mula timbul dan sudah pasti salah satunya apabila nama isterinya, Linda Jasmine Hashim dikaitkan sebagai punca segala-galanya.

Secara tidak langsung, ramai menganggap Linda telah mengongkong Que selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009.

Apabila dapat bertemu dengan Que sewaktu menghadiri majlis pelancaran dan meninjau lokasi penggambaran filem Rock Ooo... di Ipoh, Perak, minggu lalu, peluang itu diambil untuk bertanyakan perihal sebenar kepadanya.

"Ingin saya jelaskan di sini, Linda tidak pernah mengongkong mahupun mempengaruhi setiap keputusan yang saya buat. Malah, dia sendiri yang menyokong dan menyuruh saya membintangi filem Rock Ooo... ini.

"Semua keputusan yang saya ambil adalah daripada diri saya sendiri dan untuk menjawab persoalan anda (pihak media) mengapa saya mahu bersara, ia adalah sesuatu yang sukar dijawab.

"Barangkali ia ada kaitan dengan kehidupan saya sendiri yang sudah dewasa dan matang. Saya kira waktu ini adalah masa untuk bersama dengan keluarga dan menumpukan perhatian kepada mereka," katanya membuka bicara.

Namun, jawapan yang diberikan bagaikan tidak memberi kepuasan keada pihak media.

Sehinggalah, pengarah filem Rock Ooo..., Mamat Khalid yang turut berada pada sesi temu bual itu 'terlepas cakap' mengatakan Que sebenarnya merajuk dengan beberapa individu yang terlibat dalam dunia seni.

Sukar untuk menolak

Dek kerana kata-kata pedas yang dilemparkan kepadanya telah membuatkan Que jauh hati lantas mengambil keputusan untuk bersara.

Agak terkejut dengan cerita itu, Que terus diasak untuk menceritakan perkara sebenar. Namun, anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor, itu hanya mampu ketawa sahaja tanpa mahu mengulas lanjut.

"Biarlah apa yang berlaku hanya saya sahaja yang tahu. Saya sendiri tidak mahu memanjangkan isu ini. Buat masa ini, saya masih berpegang teguh kepada prinsip saya untuk bersara.

"Saya lebih selesa untuk membiarkan takdir yang menentukan bilakah saya akan kembali aktif sebagai pelakon sepenuh masa. Ketika ini, saya gembira dengan kehidupan saya bersama keluarga tersayang," kata pemilik nama penuh Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar ini sambil menutup cerita itu.

Jika benar pelakon berusia 32 tahun ini sudah mahu melupakan terus dunia lakonan yang telah mempopularkan namanya itu, apakah menyebabkan Que mengubah pendiriannya apabila mengambil keputusan bersetuju untuk membintangi filem Rock Ooo...?

Sambil menghela nafas panjang, Que mengakui skrip filem itu terlalu kuat untuk dia menolaknya selain barisan pelakon dan Mamat sendiri yang membuat Que mengubah keputusannya.

"Apabila diberikan skrip, helaian demi helaian saya selak dan merasakan filem ini memiliki jiwa yang sangat besar. Ceritanya adalah tentang naik turun seorang insan yang melalui laluan yang cukup mencabar untuk mencapai cita-citanya sebagai seorang penyanyi.

"Tidak cukup dengan itu, Rock Ooo... mempunyai pengakhiran yang cukup menyentuh jiwa apabila Mamat cuba merangkumi nasib yang perlu dihadapi oleh industri muzik rock pada ketika itu.

"Cerita ini bukan hanya sekadar komedi semata-mata tetapi ia mempunyai semangat dan keikhlasan yang cukup murni sehinggakan saya fikir saya perlu berlakon dalam filem ini," jelas aktor yang pernah dijulang sebagai Pelakon Harapan Lelaki Festival Filem Malaysia Ke-19 (2006) menerusi filem Castello ini penuh bersungguh.

Tidak dirancang

Menceritakan detik-detik bagaimana dia 'terjebak' semula ke dunia lakonan untuk filem Rock Ooo..., cerita Que semuanya tidak dirancang.

Semuanya bermula sewaktu dia bertemu dengan Mamat di sebuah pusat membeli-belah dan dalam masa yang singkat itu, pengarah kreatif itu sempat menceritakan sinopsis filem terbarunya itu.

Kemudian, Que 'diperdaya' pula oleh sahabatnya, Khir Rahman yang mengajaknya untuk berbual santai di sebuah kedai mamak tanpa disedari Que, ia sebenarnya adalah perjumpaan untuk filem Rock Ooo....

"Bayangkan ketika itu, saya seram sejuk dan gementar kerana sudah dua tahun saya tinggalkan dunia glamor ini. Jadi, apabila kembali semula dengan melakukan proses yang pernah saya lalui dulu sebelum berlakon sesebuah filem, saya menjadi kaku (ketawa).

"Selepas berbincang, saya tidak boleh lagi berkata tidak dan akhirnya saya bersetuju. Sukar untuk menolak pelawaan Mamat yang sudah saya kenali begitu lama iaitu sebelum saya bergelar pelakon lagi.

"Begitu juga dengan aktor lain seperti Khir Rahman dan Shoffi Jikan yang telah saya anggap sebagai saudara saya sendiri. Jadi, kerana mereka jugalah, saya kembali berlakon," kata Que yang begitu galak bercerita sehingga terpancar jelas keseronokan dan kegembiraan yang bukan kepalang di wajahnya.

Menangis di lokasi

Menyambung bicara, Que yang pernah dua kali dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik FFM menerusi filem Maut dan KL Menjerit 1 itu memberitahu dia kekok apabila kali pertama menjejakkan kaki ke set penggambaran filem Rock Ooo....

Que merasakan dirinya seperti orang yang baru kali pertama berlakon sehinggakan dia begitu sukar untuk mencari rentak seperti mana yang dimahukan oleh Mamat dalam menjayakan watak Amy Mat Piah dalam filem itu.

Que mengakui dia menangis di hari kedua kerana terasa bagai hilang arah dan gagal mencari jiwa lakonan yang sebelum ini umpama begitu mudah dilakukannya.

"Kerana itu jugalah, kami memulakan penggambaran dengan adegan yang mudah terlebih dahulu sebelum sampai ke babak yang sukar dan menuntut permainan jiwa serta emosi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amylea tunggu pinangan Farouk Flava

Posted:

Amylea tunggu pinangan Farouk Flava

Amylea tunggu pinangan Farouk Flava

Oleh HASNURUL MOHAMED
Gambar Amin Farij Hasan



D UA tahun menjalin percintaan masih belum meyakinkan pasangan merpati dua sejoli, Amylea Azizan, 25, dan Farouk Flava, 21, untuk melangkah ke gerbang perkahwinan.

Walaupun Amylea dan Farouk telah berkawan selama empat tahun namun kedua-duanya masih dalam proses memahami dan mengenali hati budi masing-masing.

"Hubungan kami bukan rahsia kerana keluarga masing-masing mengetahuinya.

"Bagi saya, restu keluarga itu amat penting dan alhamdulillah, kami mendapat restu dalam menjalin hubungan ini," kata Amylea.

Baru-baru ini, tercetus khabar angin yang mengatakan kononnya bekas pelajar program realiti televisyen Akademi Fantasia musim ketiga (2005) itu telah berkahwin.

"Saya belum lagi berkahwin. Khabar angin itu mengatakan dengan siapa agaknya saya berkahwin?

"Kalau dengan kekasih saya (Farouk), tak mengapalah. Jangan pula saya dikatakan berkahwin dengan orang lain.

"Kalau benar saya sudah berkahwin, pastinya saya mahu berkongsi berita gembira ini dengan semua orang dan tidak mahu menyembunyikannya.

"Apa yang saya nyatakan ini adalah benar walaupun ia soal peribadi. Lain kali, kalau ada terdengar berita seperti ini, eloklah bertanya terus kepada saya," katanya tenang.

Amylea yang pernah menjadi peserta One In A Million (OIAM) musim ketiga pada tahun 2009 tidak melenting ditebak dengan soalan berbaur peribadi itu beranggapan, khabar angin itu merupakan doa yang baik ke atas dirinya.

"Itu adalah satu doa yang baik ke atas diri saya. Jadi, saya tidak marah cuma jika masih ada lagi pihak yang enggan percaya dengan penjelasan saya ini, bolehlah bertanya kepada ibubapa saya," katanya.

Sementara itu, Farouk atau nama sebenarnya, Mohd. Farouk Abdul Razak, peserta pertandingan Gangstarz musim pertama (2007) yang berdiam diri sepanjang mendengar jawapan daripada Amylea berhubung gosip perkahwinan, tersenyum apabila diminta bercerita tentang hubungan cintanya dengan kekasihnya itu.

"Saya sebenarnya ingin membawa hubungan kami ini ke satu peringkat lagi iaitu ke arah perkahwinan tetapi ia bukan semudah itu.

"Jujurnya saya beritahu di sini bahawa saya masih mengumpul duit kerana hasrat di hati memang ingin menghantar rombongan peminangan pada tahun hadapan.

"Sama ada awal, pertengahan atau pun hujung tahun, masih belum dapat ditentukan," kata Farouk dalam nada tenang.

Bercinta dengan Amylea, akui Farouk, mengajarnya erti kematangan dalam menjalani kehidupan.

Ini kerana, katanya, walau pun Amylea empat tahun lebih tua daripada usianya, dia tidak pernah terasa kekasihnya itu bersikap dominasi.

"Dia matang dalam membuat keputusan. Dia juga tidak pernah membuatkan saya terasa rendah diri.

"Hubungan dengannya seimbang dan bersamanya, saya merasa diri ini lengkap," katanya sambil memandang ke arah Amylea yang duduk di sebelahnya.

Katanya lagi, dia dan Amylea adalah pasangan yang serasi dan hubungan mereka diketahui keluarga masing-masing.

"Apabila hubungan yang dijalin ini mendapat restu daripada orang tua kami, itu adalah satu petanda yang baik.

"Jadi, dari sekarang kami belajar erti susah senang bersama dan kami lebih mengenali hati budi masing-masing," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Dilema wajah kacukan

Posted: 10 Jul 2011 05:41 PM PDT

Hip

pix_gal0
Penerbit tidak bersikap adil terhadap pelakon campuran

RAMAI yang berangan mahu memiliki seraut wajah tampan, malah tidak kurang yang berasakan adalah satu bonus juga sekiranya mereka turut mewarisi darah kacukan. Namun memiliki wajah Pan Asia juga ada dilemanya sendiri, seperti diluahkan jejaka ini.

Sedang rancak berbicara, tiba-tiba nada suaranya berubah apabila kami beralih kepada topik lakonan. Walhal sebelum itu, adik kepada bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin, Zain cukup bersemangat bercerita mengenai perancangan untuk melahirkan album rap.

Tidak mudah, kata jejaka berusia 27 tahun ini apabila bergelar anak kacukan. Gara-gara wajahnya yang lebih iras kepada 'Mat Salih' berbanding Melayu, dia mendapati sukar untuknya menjadi pelakon lebih versatil. Perbualan kami yang tadinya rancak berkisar mengenai album, bertukar menjadi sesi luahan perasaan. Sempat penulis berbisik kepada Zain, keluh-kesahnya itu lebih menarik untuk dipaparkan berbanding rancangan mahu menerbitkan album. Paling tidak, ada pihak di luar sana yang mungkin akan membuka mata. Bukan tidak bersyukur dengan apa yang diterimanya sekarang. Malah baru setahun lebih bergelar pelakon, anak bongsu daripada tiga beradik ini sudah banyak menghiasi kaca televisyen. Namun hatinya sedikit terguris dengan mentaliti penerbit tempatan yang tidak berani dengan pembaharuan. Apabila kekecewaan itu bersarang, timbul keinginan di hati jejaka peramah ini untuk meninggalkan arena lakonan tempatan dan terbang mencuba nasib di negara seberang, Indonesia, mengikut jejak langkah Ashraf Sinclair.

"Orang anggap menjadi anak kacukan ini istimewa, sebaliknya ia lebih menyukarkan, terutama untuk pelakon lelaki. Tawaran watak agak terhad, sehingga ada kalanya saya berasakan industri tidak bersikap adil terhadap pelakon berwajah Pan Asia seperti saya.

"Produser seharusnya membuka minda mereka. Bagi mereka, pelakon lelaki berwajah Pan Asia hanya sesuai membawakan watak jahat dan playboy, sedangkan kami juga mampu menjadi pelakon versatil, tetapi mereka tidak mahu memberikan peluang.

"Bukan tidak timbul keinginan untuk membawakan watak hero, tetapi mereka tidak memberikan peluang itu kepada saya. Memang saya pernah diberikan peluang memegang watak utama, tetapi cuma untuk sekali dua. Selebihnya hanyalah watak sampingan. Saya bukan hendak kata saya terlalu bagus atau berharga, sehingga merugikan mereka jika tidak ambil saya berlakon. Cuma, sekurang-kurangnya janganlah bersikap double-standard. Tiada salah sekiranya produser kita mencuba sesuatu yang baru," kata Zain penuh harapan.
Dalam nada kesal jejaka ini bertanya, kenapa penerbit tidak memberikan bimbingan sekiranya mereka berasakan lakonannya masih kurang kerana dia bersedia untuk memperbaiki persembahannya?

"Saya akan memberi tempoh tiga tahun saja kepada industri. Jika kerjaya lakonan saya berkembang mekar, mungkin saya akan terus berada di sini. Bagaimanapun, jika penerbit terus enggan memberi peluang kepada saya, mungkin saya akan memikirkan untuk ke Indonesia.

"Mereka lebih menghargai bakat seseorang pelakon berbanding orang di sini. Abang ipar saya, Salyo, memang sudah lama menyuarakan cadangan untuk memperkenalkan saya kepada penerbit drama di sana kerana dia mengenali ramai orang yang terbabit dalam bidang seni. Tetapi saya menolak kerana saya sayangkan tanah air saya sendiri.

"Tengoklah macam mana nanti, kalau perlu, saya berhijrah. Saya akan pergi walaupun terpaksa bermula dari bawah sekalipun," kata jejaka yang pernah bekerja sebagai jurulatih peribadi sebelum bergelar pelakon.

Kagumi karya Syamsul

DALAM rancak bercerita mengenai kekesalan terhadap industri lakonan, sempat juga jejaka ini meluahkan rasa kagumnya terhadap karya arahan Syamsul Yusof. Katanya, dia mula mengikuti perkembangan hasil seni anak bujang Datuk Yusof Haslam itu sejak KL Drift lagi. Sejak itu, dia mula menyanjung filem hasil sentuhan pengarah yang sebaya dengannya itu.

Karya terbaru Syamsul, KL Gangster yang berjaya memungut RM12 juta paling dikagumi Zain. Malah dia memasang angan-angan agar dapat bekerjasama dengan sutradara muda itu satu hari nanti.

"Saya mengagumi Syamsul kerana dia seorang anak muda yang berani mencuba. Saya memang suka karyanya sejak dulu lagi. Filem seram arahannya, Khurafat, sebuah filem yang amat baik sekali dan saya juga menggemari KL Gangster.

"Bila menonton filem arahan Syamsul, memang kita dapat rasakan jiwanya kerana kita boleh melihat keikhlasan dan minat Syamsul dalam berkarya. Kekaguman saya pada Syamsul membuatkan keinginan untuk berlakon dengannya begitu membuak-buak. Saya harap diberi peluang oleh Syamsul untuk berlakon dalam filem arahannya satu hari nanti," kata jejaka yang pernah dikaitkan dengan Rozita Che Wan ini.

Ingin bergelar penyanyi

MEMINATI muzik rap sejak kecil, cita-cita itu tidak pernah padam walaupun kerjaya yang diceburi sekarang agak tersasar dari minat utamanya. Jejaka yang bakat lakonannya dicungkil oleh Zeel Production itu berkata, setelah menceburi dunia lakonan barulah dia berjaya mengumpulkan bajet untuk menghasilkan album.

"Saya pernah menerima tawaran daripada sebuah syarikat rakaman, tetapi saya tolak kerana tidak mahu terikat dengan genre yang saya tidak minat. Walaupun terpaksa menunggu lama, saya tidak kisah asalkan akhirnya saya dapat buat benda yang saya suka.

"Sebagai pengenalan, saya akan merakamkan album raya terlebih dulu. Walaupun lagu raya, ia masih berkonsepkan rap dan ada unsur kelakar kerana saya sukakan genre itu. Saya percaya jika kita betul-betul minat, hasil yang akan dilahirkan nanti pasti memuaskan," katanya yang akan bekerjasama dengan DJ Anowl.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beralih arah

Posted: 10 Jul 2011 05:37 PM PDT

Hip

Daripada cinta mendayu, 6ixth Sense muncul dengan irama kerohanian

SEBELUM ini, mereka terkenal dengan barisan lagu cinta romantis yang mendayu-dayu, yang banyak menghiasi drama bersiri TV, namun kini kumpulan 6ixth Sense cuba mengalihkan sedikit selera dengan mengetengahkan pembawaan lagu yang lebih segar, yang berunsurkan kemanusiaan, ketuhanan, kedamaian dan kerohanian.

Namun, akui vokalisnya, Adi atau nama sebenarnya Adi Priyo Sambodo, yang ditemui pada majlis kerjasama Digimusic dan Sony Ericsson di Kelab Mist baru-baru ini, tidak semestinya kumpulan nasyid saja yang boleh menyampaikan lagu berkonsepkan ketuhanan, malah kumpulan pop seperti mereka juga berkebolehan menyampaikan mesej yang berbentuk nasihat.

"Sebelum ini juga kami ada menghasilkan lagu berkonsepkan kerohanian, seperti lagu Tanpa dan Khatimah Cinta, cuma orang ramai kurang menyedarinya. Kini dengan pembikinan single baru yang berunsurkan sebegitu, mungkin orang ramai lebih memahami. "Single baru yang akan muncul dengan konsep kerohanian ini, khas buat bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Sememangnya kami sasarkan lagu ini untuk bulan puasa, khusus bagi pendengar yang tidak jemu mendengar barisan lagu kami sejak dari dulu lagi.

"Lagu ciptaan dan lirik nukilan kami sendiri ini dijangka keluar sebelum bulan mulia itu, khas untuk menghiburkan pendengar di samping menyambut kedatangan bulan Syawal yang dinanti-nantikan. Selain itu, saya juga bekerjasama dengan kumpulan nasyid, Raihan, dalam program Pusat Pengumpulan Zakat dan terbabit dalam video muzik mereka berjudul Rintihan Taubat. Selain itu kami turut menyanyikan sebuah lagu yang akan dimuatkan di dalam album kompilasi mereka," katanya.

Selain Adi, 6ixth Sense juga dianggotai oleh Muhamad Fairos atau Ayoy, dan Shahrul Effendy (Athan), Mohd Faiz Azizi (Gjie) dan Mohammad Safwan (Wan).

Sementara itu, siapa tidak kenal dengan kumpulan yang popular dengan lagu Tidak Bisa Memilihmu ini, di mana barisan lagunya sering menjadi runut bunyi bagi drama bersiri sekali gus menjadi siulan ramai.
Lagu mereka bukan saja dapat menarik minat penerbit drama bersiri, malah meraih jumlah lagu yang dimuatkan turun paling tinggi, iaitu sehingga kini ia mencapai hampir 2 juta, secara tidak langsung membuktikan keupayaan lagu mereka menarik pendengar tempatan.

Menurut rekod syarikat Universal Music, lagu Tanpa dan Cinta Yang Sempurna juga pernah menerima jumlah langganan tertinggi pada 2009. Menerusi nada dering pemanggil, 6ixth Sense meraih jumlah muat turun sehingga 300,000 pelanggan, malah menurut data yang dikeluarkan Universal Music, lagu kumpulan itu berjudul Tanpa dan Tak Bisa Memilihmu mempunyai lebih 400,000 langganan.

Jika dulu kita dapat lihat, artis berlumba-lumba dengan jumlah penjualan album, malah penyanyi menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama mereka, namun sesuai peredaran zaman, penjualan album bukan lagi tempat bergantung harap mahupun penanda aras kepada penerimaan peminat.

Senario kian berubah, kini dengan adanya teknologi yang semakin canggih dari masa ke masa, peminat lebih gemar memuat turun lagu berbanding membeli album. Melihat kepada kejayaan kumpulan anak muda ini, tidak hairanlah mereka sering dipanggil untuk membuat persembahan pentas. Hampir setiap lagu keluaran mereka, mendapat tempat di hati pendengar.

Kumpulan ini mula bergelar artis rakaman pada 2005, di mana pada mulanya mempertaruhkan single pertama mereka yang pernah dipopularkan oleh artis veteran, J. Mizan pada era 70-an, berjudul Hari Ini dan Semalam.

Sepanjang pembabitan mereka, sudah empat album yang dihasilkan iaitu Hari Ini pada 2006, 6ixth Sense (2007), Cinta Yang Sempurna (2008) dan paling terbaru, +-x/ (2010).

Pada mulanya, hanya dicalonkan ke peringkat akhir pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 dalam kategori Artis Duo atau Berkumpulan Popular, tapi pada tahun seterusnya kumpulan ini memenangi anugerah dalam kategori yang sama pada ABPBH 2010, mengalahkan Meet Uncle Hussain, Bunkface, Azlan & The Typewriter dan gandingan Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan serta Altimet.

Meluaskan empayar, kumpulan ini turut dicalonkan pada anugerah muzik anjuran tiga negara serantau, Malaysia, Singapura dan Indonesia, iaitu Anugerah Planet Muzik yang akan berlangsung pada 15 Julai ini. Kumpulan 6ixth Sense dicalonkan di dalam dua kategori iaitu Lagu Terbaik Serantau (Khatimah Cinta) dan Kumpulan atau Duo Terbaik Serantau.

Manakala, kumpulan yang sedang hangat mempromosikan single terbaru mereka, Cinta Matiku ini juga muncul mendekati peminat secara tidak langsung memeriahkan acara anjuran kerjasama TV9 dan Digi, iaitu Konsert Gig di I-City, Shah Alam pada 9 dan 10 Julai.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gambarhehe

Gambarhehe


Penyokong BERSIH terbaik jatuh kepada…

Posted: 11 Jul 2011 02:00 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 terbaik jatuh kepada.. Orang kuning dari DIGI.. Maxis dan Celcom pasti gembira dengan penangkapan mereka.. haha

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Siti Nurhaliza bakal melanjutkan pelajaran di UITM

Posted: 10 Jul 2011 07:54 PM PDT

siti nurhalia belajar di uitmSatu sikap yang harus dipuji buat Datuk Siti Nurhaliza… Walaupun dia sudah bergelar diva dan juga penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza masih lagi berhasrat untuk menyambung pelajaranya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak lama lagi.. Datuk Siti Nurhaliza akan melanjutkan pelajaran dalam jurusan muzik yang sekarang ni masih lagi dalam peringkat perbincangan dengan UITM bagi merealisasikan impian Siti…

Datuk Siti Nurhaliza yang sekarang ni hanya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memang bercita-cita melanjutkan pelajaran sejak 10 tahun yang lepas lagi.. tapi memandangkan ketika itu Siti sibuk dengan kerjayanya sebagai penyanyi.. terpaksa la Datuk Siti Nurhaliza menanguhkan dulu cita-cita dia.. Mungkin sekarang adalah waktu yang sesuai untuk Datuk Siti Nurhaliza melanjutkan kembali pengajian beliau..

MyGosip harap segala perjalanan Datuk Siti Nurhaliza untuk menyambung pengajian berjalan dengan lancar hendaknya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gambar di Majlis Perkahwinan Tomok dan Ayu

Posted: 10 Jul 2011 07:17 PM PDT

Tahniah buat Tomok kerana telah selamat bernikah dengan Ayu pada 1 Julai 2011 yang lalu.. Dengan hanya sekali lafaz sahaja Ayu telah disahkan menjadi isteri kepada tomok.. Tomok juga membawa sembilan dulang hantaran termasuk wang mas kahwin bernilai RM300 dan wang hantaran bernilai RM12697.11, manakala Ayu pula membalas dengan sebelas dulang hantaran…

Pada hari sabtu (2 julai 2011) majlis resepsi untuk belah perempuan telah diadakan di Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat dalam suasana yang sangat meriah..

Pada hari rabu (6 julai 2011) majlis resepsi untuk para media dan peminat pula diadakan di Saloma Bistro dengan berkonsepkan ala-ala Jawa..

MyGosip harap perkahwinan Tomok dan Ayu ini berkekalan sehingga ke anak cucu hendaknya.. Buat peminat-peminat Tomok, jom kita layan gambar di Majlis perkahwinan Tomok dengan Ayu kat bawah ni…

tomok kahwin

gambar tomok kahwin

tomok kahwin dengan ayu

perkahwinan tomok

perkahwinan tomok dan ayu

gambar tomok kahwin

gambar majlis perkahwinan tomok

6 julai 2011, majlis resepsi untuk para media dan peminat
gambar majlis kahwin tomok

tomok dan isteri

majlis perkahwinan tomok

majlis perkahwinan tomok dan ayu

ayu dan tomok kahwin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Perkenal produk baru SimplySiti

Posted: 10 Jul 2011 05:39 AM PDT

TATKALA banyak penganjuran program hiburan seperti konsert, teater dan persembahan dibatalkan gara-gara perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di sekitar Lembah Klang, penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 32, pula punya perspektif berbeza dengan meneruskan persembahan eksklusifnya, malam Sabtu lalu.

Konsert Malam Gala dan karnival ulang tahun pertama SimplySiti yang diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam turut membariskan tiga lagi penyanyi terkenal lain, Amy Search, Ana Raffali dan Aizat Amdan.

"Bohong jika saya katakan tidak bimbang atau tidak mengambil peduli akan senario yang berlaku. Namun semua itu tidak langsung mengganggu perjalanan penganjuran majlis ini kerana lokasinya bukanlah di sekitar Kuala Lumpur yang menjadi sasaran utama perhimpunan itu sebaliknya majlis ini kami lakukan di Shah Alam.

"Bukan saja jauh daripada Kuala Lumpur malah kami anjurkan dalam kawasan universiti yang saya yakin tahap keselamatannya tinggi. Proses pembatalan sesebuah pengajuran majlis atau konsert seperti ini bukanlah satu keputusan mudah kerana ia membabitkan banyak pihak.

"Malah tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan sudah pun habis terjual. Lantas ia akan berlanjutan kepada masalah lain pula jika mengambil keputusan untuk membatalkannya. Lagipun saya sendiri kagum melihat segala persiapan dan konsep penganjuran oleh pelajar UiTM yang begitu kemas dan tersusun," katanya.


Menyifatkan penganjuran Konsert Malam Gala dan karnival ulang tahun pertama SimplySiti ini sebagai sebuah persembahan yang indah dan istimewa, Siti berasa bertuah kerana mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk UiTM sendiri dan barisan teman penyanyi yang tidak berfikir panjang bagi turut serta membantu.

"Saya berpuas hati dengan sambutan yang diterima kerana secara keseluruhannya saya merasakan persembahan ini cukup berjaya baik dalam mencapai objektifnya untuk mengumpul dana mahupun menghiburkan kesemua penonton yang hadir.


"Menariknya, saya turut melihat persembahan ini bagai sebuah malam penghargaan buat semua yang menyokong kejayaan SimplySiti selama ini.

"Tidak sekadar pengguna yakin dan percaya dengan produk ini sebaliknya saya turut ingin meraikan semua individu yang terbabit dalam menyumbang kejayaan ini termasuk peminat, pihak media serta rakan kongsi perniagaan yang tidak henti membantu.


"Saya cukup terharu dengan sambutan yang diberi. Bayangkan 5,000 peminat setia hingga ke akhir persembahan memenuhi ruang dewan ini di ketiga-tiga aras. Saya cukup seronok dan berterima kasih kepada peminat," katanya.

Mengangkat matlamat bagi mengisi Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM, semua hasil kutipan derma dan tiket yang berharga RM38 pada malam konsert disalurkan terus ke dalam tabung berkenaan.

Dana yang terkumpul juga akan digunakan bagi membantu kira-kira 5,000 pelajar cemerlang UiTM yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian di dalam dan luar negara. Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid turut hadir menyaksikan konsert itu.


Menariknya, Siti tampil dengan motosikal berkuasa besar bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ketika masuk ke dewan sebagai gimik pembukaan. Peminat bersorak dan tidak henti menjeritkan namanya.

Pada malam itu, penyanyi nombor satu negara itu menyampaikan beberapa lagu termasuk Destinasi Cinta pada awal pembukaan sambil memperkenalkan satu lagi produk terbaru SimplySiti, Lovely Edition diikuti Biarlah Rahsia dan lagu tradisionalnya yang tampak bagai persembahan Citrawarna.


Penyanyi kelahiran Pahang ini turut berduet bersama Aizat menerusi lagu kegemarannya, Lagu Kita sebelum memperdengarkan buat pertama kali lagu Inggeris terbarunya, Falling In Love.


Penyanyi muda, Ana Raffali pula tampil dengan baju kurung tanpa gitar kali ini dengan menyanyikan lagu keramatnya, Tolong Ingatkan Aku. Menariknya, kata Ana dia terharu dan bangga berpeluang menjayakan persembahan malam itu kerana kembali ke UiTM dan menghiburkan peminat di sini selepas beberapa tahun meninggalkan kampus jurusan Undang-Undang.


Penyanyi terkenal, Amy pula menyampaikan dua lagu, Kerja Gila dan lagu keramat, Isabella manakala Aizat bersahaja menyanyikan dua lagu solo, Sungai Lui dan Years From Now.


Konsert Malam Gala dan Karnival Ulang tahun pertama SimplySiti dilakukan atas kerjasama empat fakulti iaitu Teka, Fakulti Muzik, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dan Fakulti Senireka.


Kesungguhan dan komitmen kesemua pelajar yang terbabit akhirnya berjaya merealisasikan sebuah persembahan yang bertenaga dan penuh sambutan.


Mengenai buah hatinya, SimplySiti yang kini sudah pun menjengah usia setahun, penyanyi yang tidak lekang dengan senyuman itu berkali-kali mengucap syukur kerana usahanya selama ini dalam membina empayar perniagaan kosmetik ini berjaya mencapai sasaran dan mengikut perancangan awalnya.


"Memang begitu pantas dan saya sendiri tidak sangka sudah melangkaui setahun rupanya SimplySiti. Namun alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang diharapkan dan saya sentiasa bersyukur kerana apa yang diinginkan dapat direalisasi.


"Selain kempen mengumpulkan wajah-wajah SimplySiti yang kami lakukan sejak Januari lalu serta beberapa rangka jelajah promosi produk, kami kini lebih cenderung memikirkan soal meluaskan lagi pasaran.

"Kini, kami hanya berjaya menembusi pasaran Brunei lantas seterusnya saya memandang untuk memperkenalkan produk ini hingga ke Singapura dan Indonesia dalam masa terdekat.


"Saya sendiri berterima kasih dengan beberapa pihak yang sentiasa berada di belakang saya dan syarikat dalam mengemudi perniagaan ini. Setakat ini, saya mampu tersenyum melihat perkembangan positif dan segala pencapaian syarikat dalam membawa perniagaan ini ke tahap yang lebih baik," katanya.

>PROFIL
NAMA PENUH: Siti Nurhaliza Tarudin
TARIK LAHIR: 11 Januari 1979
TEMPAT LAHIR: Temerloh, Pahang
KELUARGA: Anak keempat daripada tujuh beradik
STATUS: Isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa
PENGALAMAN MANIS: Menjuarai Bintang HMI 95
ALBUM: Siti Nurhaliza I, Cindai, Adiwarna, Pancawarna, Sahmura, Safa, Sanggar Mustika, E.M.A.S, Prasasti Seni, Transkripsi, Hadiah Daripada Hati, Lentera Timur dan Tahajjud Cinta
PENCAPAIAN: Menerima lebih 100 anugerah dan pengiktirafan dalam dan luar negara
PENGACARA: Program bual bicara SITI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SKMM, MDeC tak sokong

Posted: 10 Jul 2011 05:33 AM PDT

JIKA sebelum ini Malaysia menjadi tumpuan penganjuran Festival Filem Asia Pasifik, Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (Kliff) dan Short Shorts Film Festival Asia, sekali lagi kita berbangga apabila Festival Filem Pendek Antarabangsa Kuala Lumpur (Klis) buat julung kali akan dianjurkan pada awal tahun depan.

Acara peringkat global ini dijangka menarik perhatian ramai peserta menerusi kerjasama dengan laman sesawang antarabangsa, Withoutabox, platform yang bertanggungjawab menyediakan sistem penyertaan filem ke lebih 850 festival filem seluruh dunia.


Di sebalik publisiti meluas menerusi laman sesawang popular ini, penganjur, Klis Network melahirkan rasa terkilan apabila acara terbesar ini gagal mendapat sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) termasuk Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Pengarah Klis, Martias Mohd Ali berkata, dua badan kerajaan itu kurang yakin dengan kebolehannya bersama rakannya, Yusof Kelana selaku pengarah eksekutif dan Jurey Latif Rosli mengendalikan acara ini.


"Kami amat kecewa dengan perkara ini apabila tidak mendapat sokongan dua badan penting ini. Memang kami tidak pernah menganjurkan acara besar ini tetapi saya sendiri banyak kali hadir ke acara seperti ini di seluruh dunia.


"Selepas melihat kejayaan negara lain sebagai penganjur, saya percaya sudah sampai masanya kita mempunyai festival filem pendek sendiri bertaraf antarabangsa.

"Adanya acara ini, ia diharap dapat membuka mata ramai pihak. Sebagai permulaan, kami memberi peluang kepada sesiapa saja menghantar penyertaan.


"Tiada tema khusus atau bayaran dikenakan. Rakaman menerusi telefon bimbit juga boleh dihantar tetapi ia haruslah mempunyai kualiti yang boleh ditonton dan sari kata.

"Bukan soal kualiti diberi perhatian lebih tetapi idea atau mesej yang ingin disampaikan menjadi penilaian juri," katanya pada sidang media Klis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Martias berkata, buat masa ini, sebanyak 350 penyertaan diterima sejak dibuka pada 16 Jun lalu. Daripada jumlah penyertaan seluruh dunia itu, empat dari Malaysia.


"Kami menjangkakan lebih 3,000 penyertaan akan diterima sehingga tarikh tutup pada 30 November nanti. Kebanyakan penyertaan yang diterima mempunyai kualiti dan tahu aspek fotografi.


"Dalam pada itu, matlamat penganjuran ini juga mahu melayakkan karya tempatan agar berpeluang menyertai majlis anugerah berprestij, Academy Award suatu hari nanti.


"Kami berharap penggiat seni tempatan mengambil peluang menghantar seberapa banyak karya mereka ke Klis. Peluang ini harus digunakan sebaik mungkin untuk menimba pengalaman dan bertukar pandangan," katanya.


Acara ini yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 30 Januari hingga 1 Februari 2012 turut dimeriahkan dengan acara lain seperti seminar, bengkel, 'Film Market' dan tayangan filem percuma di skrin Dataran Merdeka.


Empat kategori dipertandingkan iaitu Filem Pendek, Animasi, Pelajar dan tanggungjawab sosial korporat (CSR). Setiap penyertaan harus menggunakan durasi antara dua hingga 20 minit.


Yusof pula berkata, acara ini penting dalam mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai potensi filem pendek yang menjadi salah satu acara popular pada peringkat antarabangsa.


Menariknya, acara yang mendapat sokongan DBKL, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Skop Productions, MIG Pictures, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Astro selaku stesen penyiar, dianjurkan sempena Hari Wilayah yang disambut pada 1 Februari.


"Pemenang utama setiap kategori berpeluang menerima hadiah wang tunai AS$2,000 bersama trofi dan geran tajaan Finas. Hadiah wang tunai tempat kedua pula AS$1,000 manakala AS$500 tempat ketiga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Kembali kerana skrip

Posted:

Kembali kerana skrip

Kembali kerana skrip



TEMPOH dua tahun tidak mendengar arahan 'action-cut', 'berkahwin' dengan kawan-kawan lama di set penggambaran, ada keterujaan yang meluap-luap di hati pelakon Que Haidar saat ditemui pada sesi sidang media dan penggambaran filem Rock Ooo di Ipoh, Perak pada hari Rabu lalu.

Banyak yang diluahkan pelakon versatil itu. Kembalinya dia ke lapangan yang tidak pernah melupakan kredibiliti anak seni sejati sepertinya terus dirai. Namun empunya diri sendiri yang berasa kekok.

Que tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara dengan media. Bimbang reaksi yang bakal diterima kelak apabila dia kembali ke lapangan ini. Takut khalayak melemparkan kejian kepadanya kerana 'memakan semula' kata-kata kononnya mahu bersara.

Ironi, aktor berusia 32 tahun itu bukan mahu bersara. Dia hanya menyatakan akan mengurangkan aktiviti sebagai pelakon kerana mempunyai kepentingan lain sebagai ketua keluarga yang dibina lebih dua tahun lalu.

Namun apabila ada naskhah yang bagus pada pandangannya, dia juga tidak mahu melepaskan peluang itu. Kerana itu dia kini kembali melakukan rutin anak seni dengan bergabung semula bersama sutradara Mamat Khalid dan teman-teman seperjuangan yang lain seperti Sofi Jikan, Khir Rahman, Pekin, Azmi dan ramai lagi dalam usaha merealisasikan sekuel filem Rock itu.

Kepada pihak media, Que turut menghuraikan banyak dakwaan nakal terhadap kehilangannya selama dua tahun dan mengapa dia kembali berlakon.

Dakwaan-dakwaan tersebut semua menuduh ia disebabkan oleh isterinya, Linda Jasmine yang tidak membenarkan dia berlakon kerana cemburu serta dakwaan dia muflis yang menyebabkan Que kini berlakon semula.


PENAMPILAN seorang rocker daripoada Que khusus untuk naskhah Rock Ooo.


"Selepas bernikah, memang saya ada membuat kenyataan untuk tidak lagi aktif sebagai pelakon. Ini kerana saya mahu menumpukan fokus kepada kerjaya baharu saya sebagai tenaga pengajar di kolej Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Kuala Lumpur secara kontrak dan di Linda Jasmine Studio.

"Hari ini, saya kembali berlakon adalah atas keputusan saya sendiri. Ia tidak ada kena-mengena dengan Linda dan isteri saya amat menyokong saya kembali aktif. Selama ini, Linda juga tak pernah menghalang saya daripada berlakon, namun ia adalah keputusan saya sendiri untuk memberi fokus kepada pekerjaan lain.

"Saya juga menafikan dakwaan muflis dan sebagainya. Saya kembali berlakon terutama untuk filem ini adalah kerana ia sebuah skrip yang bagus, sutradara yang bagus, tenaga krew yang bagus dan pelakon-pelakon yang bagus, " katanya bersungguh-sungguh.

Malah dia kini melihat dirinya seperti pelakon baru yang hampir tidak dapat mengejar momentum kehebatan pelakon-pelakon di dalam filem ini seperti Sofi Jikan, Khir Rahman dan lain-lain.

Selain itu, Que juga berasa begitu kecil dan kekok untuk kembali berlakon, Que mengaku dia menangis pada hari kedua penggambaran dijalankan.

"Pada hari pertama penggambaran, abang Mamat cakap saya macam 'kayu'. Saya sangat terpukul. Pada hari kedua pula, saya menangis kerana mencari dan tertekan bimbang tidak dapat mengejar momentum lakonan pelakon-pelakon hebat yang lain," ujarnya.

Bagaimanapun perasaan cuak dan kurang keyakinan diri beransur hilang selepas semua memberi semangat dan dia kembali mendapat rentak untuk memuntahkan kredibiliti yang terperosok jauh entah ke mana selama dua tahun tidak berlakon.


QUE bersetuju untuk kembali aktif dalam dunia lakonan jika karakter yang ditawarkan berjaya memikat hatinya.


Sementelah, karakter Amy Mat Piah, vokalis kumpulan Rimba Bara dan sejarah filem ini juga banyak membantu dia bangkit.

Ditanya tentang naskhah Rock Ooo dan karakter Amy, Que memberitahu Rock Ooo kali ini memberi penekanan kepada Amy, seorang penyanyi yang tidak boleh menyanyi namun yakin dia adalah penyanyi yang hebat.

Katanya yang harus menyanyi di dalam filem ini: "Amy percaya dia adalah seorang vokalis rock, namun sebenarnya dia tidak rock langsung. Dia tak sedar bahawa selama ini, dia hanya terikut-ikut dengan trend rock yang cukup hebat pada tahun 80-an itu."

Keputusan

Apabila Que kembali berlakon, ia seperti memberi isyarat bahawa dia mungkin akan terus aktif selepas usai penggambaran Rock Ooo.

Saat persoalan itu dilontarkan, Que menegaskan dia belum berminat untuk kembali aktif seperti dahulu, malah apa yang terjadi pada hari ini (berlakon filem Rock Ooo) juga tidak menjadi perancangannya sebelum ini.

"Saya memilih untuk tidak berani nak cakap bahawa saya akan aktif atau tidak aktif selepas filem ini. Saya tak fikir soal itu. Jadi saya tak ada jawapan. Namun sekiranya ada cerita yang menepati cita rasa saya, mungkin saya tidak akan menolak.

"Tetapi buat masa ini, saya selesa dengan kehidupan saya yang sederhana dan mempunyai masa untuk keluarga serta kerjaya saya sekarang," katanya yang juga memberitahu dia hanya akan bekerja dengan orang yang dipercayainya sahaja selepas ini.

Menyentuh tentang kehidupan peribadinya, bapa kepada Ratu Haidar, satu tahun lapan bulan itu memberitahu dia cukup teruja menjadi seorang bapa.

Malah tanpa berselindung, Que memberitahu dia dan Linda ingin menimang cahaya mata kedua, namun masih belum mempunyai rezeki. "Kalau boleh, saya nak anak lelaki pula," kata Que ringkas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zac, Ashley bercinta?

Posted:

Zac, Ashley bercinta?

Zac, Ashley bercinta?


KEINTIMAN Zac-Ashley tidak boleh disembunyikan lagi.


BEKAS teman lelaki Vanessa Hudgens, Zac Efron kelihatan gembira menghabiskan masa santainya dengan membeli-belah di Studio City, California, Selasa lalu.

Pelakon utama High School Musical itu membawa telefon bimbit iPhone4 di tangannya sambil menyertai kawan-kawannya termasuk pelakon Rumer Willis menuju ke kedai Urban Outfitters.

Sebelum ini, Zac dikhabarkan berada di pantai Malibu bagi menyambut sambutan hari jadi Ashley Tisdale yang ke-26.

Menggendong Ashley yang juga pelakon siri High School Musical itu di belakang badannya, kedua-dua teman rapat itu bersuka ria berpesta di pantai yang menyebabkan khabar angin segera bertiup kencang bahawa mereka sedang dilamun cinta.

Ekoran gosip di tabloid yang telah menyiarkan gambarnya bersama Zac itu, Ashley telah menulis di laman sosial twitter miliknya yang berbunyi, "Jangan percaya dengan semua gambar-gambar yang disiarkan. Mereka sengaja mereka perkara itu bagi melariskan jualan! Saya gembira menyambut sambutan hari jadi yang hebat di samping teman-teman, keluarga dan teman lelaki saya, Scott. Saya tidak akan membiarkan gosip bodoh ini merosakkan apa yang saya miliki! Xoxo."

Sumber turut memberitahu, sedang dia gembira menyambut ulang tahunnya yang ke-26, Ashley dikejutkan dengan kehadiran Zac.

Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya dengan kehadiran pelakon kacak itu, Ashley juga menghantar tweet kemudiannya yang berbunyi: "Saya sangat gembira dengan kehadiran Zac. Dia merupakan abang dan rakan baik saya!".

Ashley juga berterima kasih kepada peminat-peminatnya yang menghantar ucapan Selamat Hari Jadi. Tulisnya lagi di Twitter: "Terima kasih kepada semua peminat yang menghantar ucapan. Anda yang terbaik. Saya sayang anda semua!".

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua naskhah, satu teater

Posted:

Dua naskhah, satu teater

Dua naskhah, satu teater

Oleh NOR IDAYU BOSRO
berita@kosmo.com.my


LAGAK tersendiri. Dari kiri: Sarimah, Misha dan Norzizi menyuntik tenaga lakonan masing-masing untuk karakter cucu-cucu saudara naskhah Mak Dara Nyonya.


NAMA Mak Dara yang terkenal dek jamu tradisionalnya sudah tidak asing lagi tetapi ramai yang mungkin tidak mengetahui kisah pahit getir kehidupannya sebelum bergelar usahawan wanita berjaya.

Riwayat hidup Mak Dara atau nama sebenarnya Halimah Shuib diangkat ke pentas teater buat kali pertama dalam pementasan teater berjudul Mak Dara Nyonya yang digabungkan bersama kisah dari Indonesia berjudul Nyonya.

Dia yang mewarisi keturunan Arab dari ibunya, Kamariah Latif dan darah Jawa dari bapanya, Suib Elias dilahirkan pada 1 Oktober 1945 di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Berkat dorongan adiknya, Munawwar, dia menyertai pertandingan ratu dan berjaya menyandang takhta Ratu Kebaya sebanyak 12 kali.

Menurut Siti Rohayah Attan selaku penerbit dan penulis skrip Mak Dara, konflik hidupnya bermula apabila mahligai perkahwinan yang dibina bersama suami, Syed Ali diracuni orang ketiga iaitu pembantu rumahnya sendiri.

"Mak Dara menukar hak milik rumah pemberian ibu bapanya kepada nama suami sebagai bukti cintanya namun dijual kepada orang lain.

"Syed Ali kemudiannya berpindah keluar bersama isteri barunya meninggalkan Mak Dara bersama lima anak hasil perkongsian hidup mereka tanpa sebarang nafkah," ulasnya mengenai jalan cerita Mak Dara.

Bukan sahaja kehilangan kasih sayang suami, dia juga kehilangan harta pusaka dan situlah bermulanya kesengsaraannya Mak Dara membesarkan kesemua enam anaknya termasuk seorang hasil daripada perkahwinan pertama yang hanya mampu bertahan selama setahun.

Kisah Mak Dara diselang-selikan dengan naskhah Nyonya yang berunsurkan komedi sinis yang mengisahkan kehidupan seorang nyonya di Indonesia.


ZAIFRI sebagai ahli perniagaan yang cuba menggoda Nyonya lakonan Sherry.


Nyonya terpaksa berperang dengan saudagar antik yang ingin mengambil kesempatan ke atasnya sepanjang suaminya terlantar di hospital akibat barah lidah.

Dia juga terpaksa berhadapan dengan cucu saudaranya yang menuntut harta pusaka sehingga mengugut ingin membunuhnya.

Tidak dinafikan kedua-dua naskhah tersebut berlainan genre namun menurut pengarahnya, Rosminah Tahir, terdapat keserasian pada kombinasi naskhah tersebut iaitu berperihalkan wanita dan masyarakat.

"Saya cuba cungkil kisah ketabahan dan kejayaan seorang wanita yang disebaliknya terselit kesengsaraan dan duka lara.

"Selain itu, elemen perlakuan wanita Nyonya yang sudah berasimilasi dengan budaya dan norma masyarakat Melayu di Indonesia turut saya garapkan dalam teater ini," tambahnya lagi.

Bagi penonton yang menyaksikan teater ini, mereka bakal dihidangkan dengan paparan kisah wanita sebagai isteri dan ibu dalam dua situasi yang berbeza yang pasti memberi keunikan dalam teater terbitan CTRA Production ini.

Watak Mak Dara yang diterajui karyawan teater, Juhara Ayob dihayati dengan begitu baik sekali walaupun pada mulanya dia agak takut untuk menjiwai watak orang yang masih hidup kerana bimbang akan disamakan dengan karakter sebenar Ibu Halimah.

Walaupun beraksi secara solo, Juhara bijak menggunakan pentas sebaik-baiknya membuatkan penonton seolah-olah berada dalam peristiwa yang berlaku.

Sementara itu, watak Nyonya pula dijayakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Teater Akademi Seni Kebudayaan dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Sherry Syed Abdullah.


AKSI Fara dan Zaifri berjaya menggamatkan suasana.


Berbekalkan pengalaman berlakon dalam 23 teater sebelum ini, dia harus menghidupkan watak Nyonya yang bukan sahaja penuh dengan ekspresi malahan memerlukan sedikit penguasaan bahasa Indonesia.

"Syukurlah saya pernah ke Bandung selama dua minggu untuk mempelajari dan mendalami 'randai' atau teater tradisional suku Minangkabau yang kaya dengan nilai etika dan estetika.

"Dari situ saya mempelajari sedikit sebanyak bahasa Indonesia daripada segi dialek dan lenggok pertuturannya yang betul," kata Sherry ketika ditemui wartawan pada majlis previu teater Mak Dara Nyonya di Panggung Eksperimen Aswara baru-baru ini.

Turut sama terlibat ialah Norzizi Zulkafli, Sarimah Ibrahim dan Misha Omar untuk karakter cucu-cucu saudara.

Di samping itu, Zaifri Husin yang memegang watak saudagar bergelar Tuan dan Fara Fauzana sebagai isterinya juga berjaya merealisasikan naskhah Nyonya.

Kemunculan Fara sebagai pendatang baru dalam dunia teater tidak mengecewakan apabila diberi tanggungjawab menggalas watak isteri saudagar antik.

"Dia benar-benar komited terhadap watak yang diberi dan banyak bertanya kepada pelakon lain yang jauh lebih berpengalaman" kata Pengarah Pemasaran CTRA Production, Chloe H.B Siao.

Teater Mak Dara Nyonya dipentaskan dari 6 hingga 12 Julai ini di Auditorium Pusat Perlancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahad, 10 Julai 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Hos Without Boundaries, Henry Golding “Diserang” Ikan Jerung

Posted: 10 Jul 2011 09:22 PM PDT

Meletakkan pengacara popular Henry Golding sebagai hos untuk program ini sememangnya keputusan yang sangat bijak kerana Henry sememangnya gemar mengembara dan sangat 'adventurous'. Personaliti Henry yang selamba, peramah dan berani memcuba benda-benda baru membuatkan program ini kelihatan santai.

Without Boundaries memuatkan 10 episod yang padat dengan info dan aktiviti-aktiviti menarik sepanjang berada di pulau dan pantai. Antara destinasi-destinasi yang dimuatkan di dalam program ini Pulau Perhentian, Pulau Redang, Tenggol, Lang Tengah, Pulau Tioman, Pulau Rawa, Cherating, Pulau Langkawi dan Pangkor Laut.

Henry juga akan membawa anda ke Sabah yang cukup dikenali dengan keindahan pulau-pulau di sana antaranya Pulau Manukan, Pulau Sapid dan juga Pulau Tiga yang cukup popular kerana menjadi lokasi penggambaran rancangan realiti popular 'Survivor'. Tidak lengkap sekiranya tidak menyelam di Sipadan dan Mabul. Henry berkesempatan ke Sipadan dan Mabul dan turut ke Pulau Layang-Layang!

Henry yang mempunyai sijil menyelam akan membawa anda mengenali dan menikmati keunikan dunia di dasar laut tidak ketinggalan menyaksikan keindahan alam semulajadi yang pasti memukau pandangan anda!

Bila ditanya apakah memori atau pengalamannya yang paling sukar dilupakan, Henry bercerita bagaimana dia terserempak dengan ikan jerung Hammerhead semasa menyelam di Pulau Layang-Layang. Sambungya lagi " kami sedang menyelam di sepanjang terumbu karang dengan kedalaman 35m, tiba-tiba entah dari mana, muncul ikan jerung Hammerhead di hadapan dan saya terkedu! Saya berfikir dalam diri sendiri "besar ikan ni. Eh kejap..dekatnya ia!

Bila saya mengetuk tangki oksigen untuk menarik perhatian mereka yang lain, ikan jerung itu sudah pun berenang pergi.

Tidak hanya berseronok, Henry juga terlibat dalam kerja-kerja amal sepanjang produksi berlangsung antaranya membantu menyelamatkan penyu-penyu, batu karang, menjaga kebersihan pantai dan banyak lagi. Pelbagai informasi dan tips-tips menarik yang turut dipaparkan dalam program ini. Segalanya tanpa batasan dalam Without Boundaries!.

Ikuti perjalanan penuh 'adventure' Henry Golding dalam rancangan Without Boundaries, setiap Rabu jam 9.30 malam bermula 13 Julai 2011 eksklusif di 8TV.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Video) Hatimu Milikku Nera Cover Piano, Champion Habis!

Posted: 10 Jul 2011 09:00 PM PDT

Home > Video > (Video) Hatimu Milikku Nera Cover Piano, Champion Habis!

Sebenarnya, banyak bakat-bakat baru tempatan yang boleh membuatkan anda berkata "wow", tapi berkemungkinan besar exposure yang diberikan oleh media tidak meluas. Apa yang membezakan OHBULAN! dengan blog lain, kami sememangnya mempunyai minat yang tinggi terhadap bakat-bakat baru. Pada kami, setiap bakat mempunyai peluang untuk menonjolkan bakat kalau kena dengan caranya.

Imbas kembali, minggu lepas kami paparkan video instrumental gitar Kisah Hati – Alyah. Setakat hari ini, video tersebut telah mencatat 22 400 viewers sejak dipaparkan dalam OHBULAN!,  ohsem!

Hari ini, kami paparkan pula video instrumental piano Hatimu Milikku – Nera AF9 daripada AffanAizatMusic. Empunya video ini dikatakan amat rajin membuat cover yang mantap, ditambah lagi dengan rakaman video yang berkualiti. Tak adil untuk sebuah video yang baik, hanya menerima 1500 viewers.

Enjoice and appreciate the music, after this jump!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Movie Date Natasha Hudson Bersama Peminat SEKALI LAGI

Posted: 10 Jul 2011 08:41 AM PDT

Pada jam 1.30 petang tadi, Budiey sempat singgah di Cathay Cineleisure untuk bertemu dengan pelakon terkenal Natasha Hudson yang menganjurkan Movie Date bersama peminatnya menonton filem Sekali Lagi. Seramai 30 orang peminat telah dipilih melalui akaun twitter milik beliau iaitu @natasha_hudson dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Cuma mungkin ada beberapa orang peminat yang tak dapat datang tanpa memberitahu Natasha, bagi Budiey itu perkara biasa kerana Budiey juga pernah mengalami masalah yang sama setiap kali buat Movie Day Out bersama pembaca. Mesti ada sorang dua yang tak datang. Sabar je lah eh.

Apa yang penting, Movie Date yang julung kali diadakan ini dapat merapatkan lagi hubungan Natasha Hudson bersama peminatnya.

Kenapa filem Sekali Lagi? Ya, walaupun Natasha Hudson tak terlibat langsung dengan filem ini, namun, beliau rasa adalah satu tanggungjawabnya untuk menyokong industri dengan mengajak peminat menonton. Yang bestnya, peminat yang hadir tak perlu membayar apa-apa pun sebab semua tiket dibeli sendiri oleh wang saku Natasha Hudson.

Hadir sama ialah anak Natasha Hudson, Nessa Helena yang makin membesar. Comel.

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Me & @natasha_hudson di Movie Date Sekali Lagi

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Natasha Hudson Pakai Rekaan Zery Zamry di ABP2010
  • Trivia: Nur Fatimah & Datin Natasha Hudson
  • Carleed featuring Natasha Hudson Jika Ku Boleh Ubah Dunia
  • Natasha Hudson Pelakon Tipu Kanan Tipu Kiri Hamil 4 Bulan
  • Gambar Wedding Natasha Hudson & Mohd Faiz
  • Jennifer Hudson Red Carpet 2011 Grammy Awards
  • Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari Berkahwin 4 Ogos?
  • Selamat Datang ke Dunia Blog, Natasha Hudson!
  • Selebriti di Pengumuman Hos Penyampai & Persembahan Artis ABP 2010
  • Gambar Natasha Hudson di Sidang Media Muzikal Ibu Zain
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Aizat Amdan di Malam Gala SimplySiti

    Posted: 10 Jul 2011 04:53 AM PDT

    Bak kata Dato' Siti Nurhaliza semasa mahu menjemput Aizat berduet bersama beliau untuk lagu LAGU KITA, penyanyi ini dulunya BESAR tapi sekarang dah KECIL. Dulu, masa Aizat kecil lagi, famili dan keluarga Aizat tak lupa untuk mengunjungi rumah Dato' Siti di hari raya. Aizat kan peminat setia Tok Ti dari dulu lagi.

    Masa Malam Gala SimplySiti, Aizat menghiburkan hadirin dengan lagu Years From Now, Sungai Lui dan sebuah lagu LAGU KITA dinyanyikan bersama Siti Nurhaliza. Satu kolaborasi yang boleh dilayan gak la.

    Selain berduet dengan Aizat, Malam Gala SimplySiti menyaksikan kolaborasi hebat antara SimplySiti bersama institusi pengajian tinggi terulung, UiTM. Ini adalah satu tanda sokongan dan usaha amal bagi mengumpulkan dana bagi Tabung Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM, sebuah inisiatif untuk membiayai pelajar-pelajar yang berpotensi tetapi kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke UiTM.

    Aizat Amdan

    Aizat Amdan

    Aizat Amdan

    Aizat Amdan

    Aizat Amdan

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Aizat Amdan, Ana Raffali & Amy Search di Malam Gala SimplySiti
  • Siti Nurhaliza di Malam Gala SimplySiti UiTM Shah Alam
  • Gambar Selebriti di Malam Gala Rafflesia 2011
  • Siti Nurhaliza Lancar Produk Terbaru SimplySiti Vogue Edition
  • Siti Nurhaliza Beri Hadiah Peribadi di Malam Gala SimplySiti
  • Gambar Selebriti di Rumah Terbuka Aidilfitri SimplySiti
  • Gambar Fara Fauzana di Rumah Terbuka SimplySiti
  • Jemputan Pembaca Sensasi Selebriti ke Rumah Terbuka Aizat AF5
  • Sneak Preview Pelancaran Album Aizat Percubaan Pertama
  • Aizat Bakal Berlakon Filem Animasi Firefly
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.