Adsense

Ahad, 10 Mac 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Bukan zon selesa

Posted: 09 Mar 2013 04:39 PM PST

Kali pertama Shaheizy Sam beraksi di depan kamera pada 1994 dan selepas 19 tahun, barulah dia berpeluang menikmati apa itu makna populariti dan kemasyhuran. Jangka masa itu bukannya singkat sebelum dia berjaya bertakhta di hati peminat, sekali gus pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, itupun selepas 17 tahun beliau bergelumang sebagai anak seni.

Sam terus melakar kejayaan apabila dia diumumkan sebagai Aktor Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) menerusi filem Kongsi, diikuti gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Filem pada Anugerah Skrin (ASK) 2012 selepas memberikan lakonan cemerlang dalam Songlap. Pun begitu, Sam gagal mempertahankan gelarannya pada FFM25 baru-baru ini apabila tewas di tangan pelakon veteran, Faizal Hussein yang muncul menerusi filem Bunohan, juga diangkat sebagai Filem Terbaik.

Sekalipun mempertaruhkan dua filem - Songlap dan SAM, pelakon ini nampaknya tidak mampu menandingi kehebatan Faizal, justeru, muncul dakwaan, Sam bukan lagi pilihan industri apabila kredibilitinya sudah digugat.

Namun, dia tetap tercalon sebagai finalis ABPBH2012 menerusi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, menerima saingan hebat daripada Aaron Aziz, Adi Putra, Bront Palarae dan Zizan Razak. Apa komen Sam apabila dia dikatakan sudah hilang sengat?

Penjurian dalam FFM ini bersifat subjektif. Cita rasa peribadi juri berbeza setiap tahun dan skopnya sangat besar.

Mereka menilai lakonan seseorang itu daripada perspektif yang berbeza. Kadang-kadang kegagalan itu perlu bagi seorang artis kerana kejayaan sebenarnya boleh membuatkan kita berada di dalam zon yang sangat selesa dan rasa dah cukup bagus. Apabila perlu menempuh kegagalan, ia mengajar kita supaya terus melipat gandakan usaha untuk jadi lebih baik, kata Sam.

Mimpi ngeri
Bercakap mengenai peluang dirinya merampas kembali gelaran Bintang Paling Popular pada ABPBH2012, 7 April depan, Sam menyifatkan sesiapa saja yang tersenarai sebagai finalis mempunyai harapan cerah membawa pulang anugerah berprestij itu.

Sekali lagi kita tidak boleh duduk dalam zon selesa setiap masa. Penyokong artis ini adalah askar yang mempertahankan populariti artis kegemaran mereka.
Apabila berasakan diri kita popular, ramai juga yang kecundang apabila langsung tidak tersenarai sebagai Top 5, itu lagi bahaya! Saya lihat kembali senarai finalis, ramai artis popular tahun lalu tidak tersenarai, mimpi ngeri tu! Sebab tu saya kata, sesiapa saja ada peluang untuk bergelar Bintang Paling Popular.

Saya sendiri, selepas 17 hingga 19 tahun, baru saya berpeluang melihat hasil titik peluk sendiri. Contohnya, Normah Damanhuri, selepas lebih 30 tahun dia bergelar anak seni, hanya pada FFM25 ini, barulah dia berpeluang dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Begitu juga dengan Faizal Hussein, inilah kemenangan pertamanya dalam sejarah penganjuran FFM selepas puluhan tahun dia berlakon. Itulah dugaan yang Tuhan tunjuk supaya kita terus berusaha, jelas Sam lagi.

Ada juga situasi, berlakon baru setahun dua, filem dan dramanya pun tak ada yang benar-benar mengangkat nama artis berkenaan, tapi begitu mudah menempatkan nama beliau di FFM mahupun ABPBH untuk beberapa kategori. Artis seperti ini menganggap dirinya begitu popular dan mudah lupa diri, apa yang boleh Sam perkatakan mengenai perkara ini?

Kes lupa diri

Semua itu rezeki masing-masing.

Tetapi kena ingat, perkara yang baik, Tuhan uji juga. Tuhan beri kita rezeki awal-awal, tapi ada kalanya mudah sangat lupa diri. Bagi saya, ada artis yang namanya cepat naik, popular mendadak, kadang-kadang situasi itu membuatkan mereka terkejut.

Bila terkejut, itu yang ada kes lupa diri. Sebenarnya, kejayaan yang diraih itu, satu dugaan, bukan hanya kesusahan yang Tuhan duga.

Kita ni sebagai manusia, tak ada siapa yang sempurna.

Setinggi manapun kejayaan kita, kita harus ingat asal usul kita, kita berpijak di bumi yang nyata. Manusia juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan, jadi kita harus ada sikap menyedari kesilapan itu dan cepatcepatlah minta maaf. Akur dengan kekurangan.

Bagi saya, apabila kita berada di dunia seni, jangan lupa diri, kita sebenarnya sama saja di mata Tuhan dan seperkara lagi, apabila Tuhan beri kita rezeki, jangan lupa mengumpul.

Hidup kita ni umpama roda. Apabila kita masih berada di atas, jangan lalai kerana suatu ketika nanti, kita akan turun ke bawah.

Justeru, jangan cepat selesa dengan hidup kita hari ini.

Kita ni hidup sebagai artis, tidak bermakna orang memuja kita setiap masa.

Sesiapa saja berada di sekeliling kita, memerlukan antara satu sama lain. Hati peminat kena jaga, dia orang yang membayar gaji kita. Begitu juga hubungan dengan wartawan, perlu kita pelihara setiap masa. Wartawan yang akan bercerita pasal diri kita pada orang ramai. Beginilah, kalau nak orang suka kita, kita kena suka orang dulu. Beri najis dapat najis, beri bunga dapat bunga, kata Sam yang baru selesai penggambaran drama bersiri 13 episod, Kisah Cinta bersama Nur Fazura yang akan disiarkan di TV3 menerusi slot Lestary, April depan. Sam juga bakal muncul dengan filem terbarunya, Adnan Sempit 3, terbitan MIG, sedikit masa lagi.

Sabtu, 9 Mac 2013

Blog Selebriti TV

Blog Selebriti TV


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


'Agama terbaik'

Posted: 08 Mar 2013 04:49 PM PST

Keputusan Marcell memeluk Islam akhiri polemik perkahwinan berbeza agama dengan pelakon Singapura, Rima Melati

Seakan akur kerinduan peminat yang sekian lama dahaga berita terbaru mengenai dirinya, Marcell begitu terbuka untuk berkongsi apa saja pada pertemuan yang diatur sempena Anugerah Bella 2013 siaran ntv7, Sabtu lalu.

Berganti topik mengenai kecederaan tulang belakang yang pernah hampir membuatnya lumpuh, serta keikhlasannya memeluk Islam selepas mencetuskan polemik apabila berkahwin ketika berbeza agama, Marcell tidak menepis setiap soalan yang diajukan.

Bagi pemilik nama lengkap, Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan, kemahuannya menganut Islam bukan untuk dibanggakan kerana pencarian menemui agama suci itu adalah sebahagian persediaannya menuju jalan abadi iaitu akhirat.

"Saya seorang gemar mengetahui dan mencungkil rahsia spiritual, membuatkan saya mendalami banyak agama. Jujurnya saya sudah lama tertarik untuk memeluk Islam, cuma belum saatnya hingga setahun lalu saya akhirnya yakin dengan pegangan yang dipilih.

"Saya mendapat rezeki bertemu penari Darwish, lalu diperkenalkan kepada tokoh sufi terkemuka asal Lubnan, Maulana Syekh Muhammad Hisyam Kabbani.

"Tidak dinafikan isteri saya, Rima Melati Adams banyak mempengaruhi saya untuk menjalani hidup dengan lebih baik.

"Kami dipertemukan dalam situasi yang berbeza namun cuba bertahan dengan menghormati pegangan agama masing-masing ketika mengambil keputusan berkahwin pada 28 Januari 2009 di Singapura.
Isteri tidak memaksa

"Rima sentiasa percaya, perbezaan yang kami jalani itu sebagai satu proses dan tidak pernah memaksa saya mengubah keyakinan hingga akhirnya saya yakin Islam agama terbaik untuk dianuti," katanya.

Marcell berkata, isterinya yang pernah popular menerusi drama Dendam adalah insan paling bahagia apabila dia memilih Islam kerana bebanan terutama penilaian masyarakat terhadap mereka sebahagiannya seperti dibawa pergi.

"Isu keyakinan terhadap agama adalah sesuatu yang tidak boleh dibohongi, bukan hanya pada hubungan kami berdua tetapi juga kepada masyarakat luar yang cuma menghukum tanpa pernah tahu apa yang kami lalui.

Ada yang beranggapan saya menukar ganti agama kerana perempuan, tetapi mengapa mereka tidak pernah cuba melihat saya sebagai manusia yang sentiasa mencari apa terbaik untuk diri ini.

"Saya tidak takut untuk terus mencari dan tak akan pernah berhenti mencari apa yang terbaik dalam hidup ini. Mungkin ada yang berasakan diri mereka hebat kerana dilahirkan sebagai Islam.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Ayuh kita hulurkan derma untuk Tabung Wira Lahad Datu

Posted: 08 Mar 2013 04:47 PM PST

BENARLAH kata ungkapan, manusia hanya boleh merancang tetapi Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Setelah bertahun lamanya menyimpan hasrat untuk membawa Anugerah Bintang Popular BH ke Sabah dan merancang berbulan lamanya sehingga sudah mempunyai tarikh yang sesuai untuk berjumpa dengan rakan ABPBH di sana, tetapi hasrat itu terpaksa disimpan saja.

Ikut perancangan, hari ini teman, suku sakat dan rakan artis seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Shaheizy Sam, Sleeq, Didie Alias, Shah Iskandar, Fara Fauzana, AG dan Along Cham sudah pun berada di Kota Kinabalu. Tetapi apakan daya kerana perkembangan terbaru di Negeri di Bawah Bayu itu tidak mengizinkan ABPBH untuk 'bikin gempak'.

Memang tak sesuai rasanya ketika sudah ada yang terkorban demi mempertahankan negara kita pula mahu 'happening' di tempat yang sama walaupun jarak Lahad Datu dan Kota Kinabalu adalah dalam tujuh, lapan jam perjalanan melalui darat. Rakan artis yang sudah mengosongkan jadual mereka untuk bersama-sama bertemu dengan peminat yang selama ini menyokong kegiatan seni mereka juga amat terkilan.

Bukan tak pernah mengunjungi bumi bertuah itu untuk apa saja aktiviti sama ada untuk bercuti atau memenuhi tuntutan kerja tetapi inilah julung kalinya mereka berada di Kota Kinabalu atas tiket ABPBH. Teman sendiri pun begitu teruja kerana sudah lama tidak ke Sabah. Kali pertama ketika teman masih bujang trang tang tang... Ketika itu memenuhi tuntutan kerja sebagai wartawan membuat liputan Tan Sri Musa Hitam yang melawat ke daerah Kundasang.

Nak dijadikan cerita...itulah satu-satunya peluang teman ke sana. Selepas itu ketika rakan sekerja Veena Rusli menjadi Ketua Biro BH di Sabah, berkali-kali juga sudah berjanji untuk mengunjunginya - nak makan udang dan makanan laut yang lain. Masa itu tak perlu risau fenomena 'red tide'. Kononnya hendak eat, pray, love di Kota Kinabalu yang teman akui memang destinasi yang menarik untuk dikunjungi. Janji memang sukar ditepati kerana tuntutan kerja yang sibuknya bagaikan tiada noktah.

Begitulah ceritanya sehingga pihak sekretariat ABPBH mahu mendekatkan lagi majlis anugerah yang bertujuan untuk memartabatkan artis tempatan melalui pilihan pembaca ke bumi indah itu. Teman tahu orang Sabah adalah penyokong setia ABPBH. Kebetulan ramai pula artis yang asalnya orang Sabah seperti Rich Estranged, Marsha Milan Londoh, Stacy, Adam dan yang terbaru adalah Jimmy Palikat dan Wawa Zainal.

Keputusan untuk tidak membawa ABPBH ke Sabah disambut dengan reaksi positif. Terima kasih rakyat Sabah kerana begitu memahami. Insya-Allah kalau ada rezeki dan ada penaja yang sudi untuk bekerjasama dengan BH, kami akan ke sana juga. Mana nak tahu apabila selesai segala kemelut ini barangkali BH akan membawa semua pemenang tahun ini.
Sebagai ganti, ABPBH dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) akan mengadakan majlis tahlil dan bacaan yassin untuk wira kita yang terkorban serta solat hajat memohon doa kepada Allah SWT agar menghindari segala musibah di bumi Malaysia ini terutama rakyat Sabah di Kompleks FINAS di Hulu Klang. Namun maaf ya...majlis ini adalah satu majlis tertutup dan kedatangan adalah melalui jemputan saja. Tak nak pula ada yang salah erti dengan majlis ini. Ini bukan majlis untuk raih undi.

Terima kasihlah rakan di FINAS terutama Pengerusi, Datuk Md Afendi Hamdan dan Ketua Pengarah, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah kerana sedia menjadi hos majlis itu. Terharu sungguh kerana hanya dengan satu panggilan mereka menerima kedatangan ABPBH dengan tangan terbuka. Jadi kepada mereka yang sudah dijemput itu, sudi-sudilah datang. Ini bukan majlis hiburan tetapi majlis yang mahu mengenang dan mendoakan kesejahteraan mereka yang terkorban serta mahu mengembalikan keamanan di Sabah.

Dalam majlis itu juga, pihak ABPBH akan membantu mengutip sumbangan daripada hadirin untuk diserahkan kepada Tabung Wira Lahad Datu yang dilancarkan oleh Media Prima baru-baru ini bagi membantu meringankan beban keluarga yang ditinggalkan suami dan ayah. Memang terharu sungguh teman membaca cerita mereka. Orang kata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jadi hulurlah sebanyak dan seikhlas mungkin. Kalau dengan seringgit, kita dapat mengubah hidup mereka apalah salahnya.

Teman pula sejak akhir-akhir ini memang tangkap syahdu. Dengar lagu Barisan Kita yang kerap diputarkan di TV3 dan radio buat teman begitu terharu. Sudah lama teman tak dengar lagu patriotik sebegini yang mengajak kita semua menghargai keamanan bumi tercinta. Khamis lalu, teman turut sebak apabila pelakon veteran Hamid Gurkha sebak dan menitiskan air mata mengenangkan anggota keselamatan yang terkorban ketika diwawancara dalam MHI di TV3.

Teman memanjat kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberi nikmat, kesejahteraan dan keamanan itu di bumi tercinta. Teman tidak merasai kehidupan di zaman Jepun dan cuma mendengarnya daripada ibu bapa, datuk dan nenek. Tetapi sekurang-kurangnya teman dapat rasai kehidupan ketika tercetusnya 13 Mei dulu. Memang menakutkan. Pembaca budiman jangan kita robekkan rasa selamat dan aman ini. Alfatihah untuk anggota keselamatan yang terkorban dalam peristiwa pencerobohan Sabah baru-baru ini. Jumpa lagi!

Jumaat, 8 Mac 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Marsha tak kenal Fathia

Posted: 07 Mar 2013 03:24 PM PST

Bekas pelajar AF3 hairan bagaimana gosip rampas kekasih, bergaduh boleh timbul

Sudahlah dituduh menyebar cerita teman lelakinya yang didakwa seorang kerabat dirampas aktres, Nur Fathia Abdul Latiff, nama Marsha Milan Londoh dikhabarkan pula bergaduh dengan pelakon itu gara-gara gosip terbabit.

Tidak terkejut dengan cerita itu, Marsha, 28, bagaimanapun menjelaskan, dia tidak 'mengenali' Fathia apatah lagi untuk bergaduh dengan pelakon berusia 25 tahun itu. Marsha sebaliknya berasakan ada pihak ketiga yang sengaja melempar fitnah dengan niat melaga-lagakan mereka berdua.

Belum pernah digandingkan bersama dalam lakonan, apatah lagi berkawan rapat dengan Fathia, Marsha menegaskan mana mungkin dirinya akan berbuat demikian, apatah lagi lelaki yang dimaksudkan itu langsung tidak dikenalinya.

"Kami pernah bertembung di majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), tetapi hanya sekadar bertegur, tak lebih daripada itu. Selain itu, kami pernah digandingkan sekali dalam sesi fotografi sebuah majalah, awal tahun ini.

"Apabila cerita ini timbul, memang ia tak masuk akal kerana kami saling tak mengenali. Tiba-tiba bergaduh? Saya rasa ada pihak ketiga dalam isu ini kerana saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau cerita mengatakan dia merampas teman lelaki saya. Cuba jelaskan teman lelaki saya yang mana, kerana sudah setahun saya solo," katanya.
Tiada rampas-merampas

Marsha yang tenang berdepan gosip sedemikian berkata, dia mahu orang ramai lebih menumpukan kepada karier seninya daripada menyebar cerita berbaur fitnah.

"Saya sudah lama dalam industri. Perkara sebegini memang lumrah, jadi kita tidak boleh lari.

"Saya juga tak berani nak cerita hal peribadi lagi, takut nanti diputar-belit. Yang penting, saya tak ada masalah dengannya. Dia ada hak untuk berkawan dengan sesiapa saja, begitu juga saya. Dalam hal ini, tidak timbul istilah rampas," katanya.

Menurut Marsha lagi, dia sendiri hanya mendengar cakap-cakap orang dan tidak pernah terbaca mengenai gosip terbabit, begitu juga kenyataan Fathia beberapa hari lalu. HIP Selasa lalu turut menyiarkan kenyataan Fathia yang menafikan wujudnya masalah antara mereka berdua berhubung perkara itu.

Seronok berlakon filem animasi

Bekas bintang Akademi Fantasia 3 ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton filem animasi stereoskopik pertama Malaysia berjudul Bola Kampung The Movie.

Mengenai watak Puteri Amanda lakonannya, dia mengaku pengalaman kali pertama berlakon filem animasi memberikan cabaran berbeza. Dia juga banyak menonton animasi di YouTube untuk mempelajari teknik memasukkan suara ke dalam filem kartun.

"Sebenarnya, saya dipanggil Animasia Studio untuk merakam lagu runut bunyi filem ini, Rindu, berduet dengan Harris Alif. Sebaliknya, saya diuji bakat untuk watak Amanda. Nampaknya mereka berpuasa hati dan terus menawarkan saya watak ini.

"Seronok berlakon dalam cerita animasi kerana ia tidak terlalu mengganggu kerja yang lain. Saya datang ke studio cuma empat hingga lima kali saja," katanya yang tidak lupa mendoakan keselamatan penduduk di negeri kelahirannya, Sabah, serta pasukan keselamatan yang bertugas di sana.

Info: Marsha Milan Londoh:
* Bakal muncul dengan filem Laga, selain single ciptaan sendiri, Jangan Bilang Cinta, April ini. Sebelum ini Marsha mempertaruhkan lagu Bila dan Janji.
* Ketika ini, Marsha sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Duri Di Hati.

Doa Rossa untuk bekas suami

Posted: 07 Mar 2013 03:22 PM PST

Walaupun sudah empat tahun berpisah, penyanyi Tegar tetap jaga hubungan baik dengan Yoyo

Antara perkara tidak dilupakan Rossa atau nama sebenar, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 34, ketika mengerjakan Haji, Oktober tahun lalu ialah doa di depan Kaabah buat bekas suaminya, Yoyo, supaya diberikan kesihatan yang baik dan terus berjaya dalam kerjaya.

Baginya, walau mereka sudah hampir empat tahun berpisah, lelaki itu pernah singgah dalam hidupnya, malah tetap bergelar bapa kepada satu-satunya buah cinta mereka, Rizki, 5.
Sekarang pun saya semakin selesa mengenakan persalinan labuh dan akan terus membuang imej seksi" Rossa, Penyanyi

"Ya, memang bukan dia yang minta (didoakan) tetapi saya mendoakan semua insan yang rapat dengan saya, tidak terkecuali Yoyo. Namun tidak bermakna ada sesuatu antara kami," katanya sambil tersenyum manis tatkala ditemui pada sidang media Glitz, Glam & Classy With Rossa, kelmarin.

Terdahulu, perkahwinannya dengan Yoyo yang juga anggota kumpulan Padi itu berakhir secara rasmi pada 14 Julai 2009 selepas lebih lima tahun mendirikan rumah tangga.
Sementara itu, difahamkan pelantun lagu Tegar itu baru sampai dari Jakarta dan terus berkejar ke Hotel Mandarin Oriental, lokasi berlangsungnya majlis pengumuman sambutan Minggu Setiausaha yang dijadualkan diadakan pada 13 April ini.

Kongsi Rossa yang sememangnya ramah berbicara, sebelum berlepas ke Tanah Suci lagi sudah ramai kenalan yang turut menitipkan pesan memintanya mendoakan mereka di sana.
"Ramai yang kirim (doa) sampai saya perlu menulis setiap permintaan mereka di atas sehelai kertas, takut terlupa. Saya berbesar hati dapat melunaskan permintaan mereka, atas bantuan kertas itu," ceritanya disusuli tawa kecil.

Hasrat tutup aurat

Ditanya mengenai perubahan diri selepas menyandang gelaran Hajah, katanya, sebelum ini ramai tertanya-tanya apabila dia membuka hijab semula selepas genap 40 hari pulang dari sana.

Tidak sesekali mahu mempersendakan agama, ia disebabkan kontrak yang sudah ditandatangani sejak awal, namun jauh di sanubarinya dia tetap ingin menutup aurat dan berhijab penuh.

"Doakan saya mendapat hidayah-Nya. Saya melihat semua ini sebagai peralihan secara berperingkat. Sekarang pun saya semakin selesa mengenakan persalinan labuh dan akan terus membuang imej seksi.

"Bagi yang memberi komen sama ada positif atau negatif, semuanya saya terima dengan hati terbuka. Siapa yang tidak ingin berubah menjadi insan yang lebih baik?" katanya yang anggun mengenakan gaun biru Cosry.

Rai setiausaha

Menyentuh malam meraikan setiausaha kelolaan Little Penguin Productions Sdn Bhd, nada suara Rossa yang tadi agak serius kembali ceria memandangkan hampir lima tahun dia tidak terbabit dalam acara seperti itu di sini.

Kali ini dia berpeluang meraikan insan istimewa itu pada majlis makan malam bersama barisan pemuzik hebat di bawah pimpinan Aubrey Suwito, selain diselitkan peragaan fesyen sentuhan Putra Aziz.

Khamis, 7 Mac 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Rabu, 6 Mac 2013

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Nouri Ramli Didakwa Bunuh Suami?

Posted: 06 Mar 2013 05:01 PM PST

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Jericho, Aaron berganding bahu

Posted: 05 Mar 2013 03:01 PM PST

Aktor tersohor Filipina teruja berlakon dengan Bintang Paling Popular 2011

Sememangnya pelakon Pangako Sayo dan Sanay Wala Nang Wakas, Jericho Rosales, 33, mempunyai ramai pengikut di negara ini. Ia jelas kelihatan tatkala bintang Filipina ini muncul pada sesi bertemu peminat di ibu kota, baru-baru ini.

Ramai pengikut setia hadir untuk menatap wajah kacaknya dari dekat, selepas hanya menonton aksinya di TV sebelum ini. Ketika berlakon drama terbabit, usianya baru 21 tahun.

Menyedari populariti yang ada padanya, maka tidak hairan apabila dia dilamar membintangi drama bersiri tempatan yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi. Lebih menarik, dia akan digandingkan dengan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2011, Aaron Aziz.

Jericho yang sebelum ini pernah berlakon dalam filem Bilut, arahan Bade Azmi, berbesar hati dapat sekali lagi bekerjasama dalam produksi Malaysia.

Minat rakam lagu Melayu

"Saya teruja dengan tawaran Astro. Projek ini akan dimulakan mungkin pada suku ketiga tahun ini. Sayangnya, saya belum boleh huraikan lebih lanjut mengenainya.

"Sebelum ini saya pernah berlakon dengan aktres tempatan, Carmen Soo, dan semestinya saya berbesar hati jika berpeluang beraksi dengan pelakon kegemaran ramai di negara ini.
"Begitu juga dalam bidang nyanyian, saya seronok jika berpeluang bekerjasama dengan penyanyi di sini. Saya sendiri pernah merakamkan lagu Gadis Melayu dan tak mustahil saya rakamkan lagi lagu bahasa Melayu selepas ini," katanya yang berasakan Malaysia umpama rumah kedua untuknya dek kekerapan berkunjung ke negara ini.

Tiada apa-apa dengan Carmen

Jericho yang akan menghadiri Festival Filem ASEAN di Sarawak penghujung Mac ini turut bercerita mengenai kisah cintanya.

Dia kini menjalinkan hubungan dengan Kim Jones, 25, sekali gus menafikan wujud hubungan istimewa antara dirinya dengan Carmen. Sebaliknya kata Jericho, dia dan Carmen hanya kenalan rapat sejak berlakon bersama dalam drama, A Time For Us, empat tahun lalu. Dia juga belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.

"Kami pasti akan mengumumkan tarikhnya jika kami memutuskan untuk berkahwin.

"Saya pelakon dan dia pula pengacara. Walaupun kami dalam industri seni sama, tapi dalam dua dunia berbeza. Tahun ini masuk tahun kedua kami bersama, dan saya selesa dengannya kerana dia seorang yang ceria.

"Sekarang pun saya boleh ingat pertemuan kami di sebuah majlis makan malam. Itulah juga situasi paling kekok pernah saya lalui. Dia cukup pekat dengan dialek Australianya. Tapi saya gembira dipertemukan dengan Kim," ujarnya.

Selasa, 5 Mac 2013

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Yasin Diugut Bunuh Gara-Gara Video Reformasi

Posted: 05 Mar 2013 07:00 PM PST

Helmi Gimik nyaris maut kereta terbakar

Posted: 05 Mar 2013 06:54 PM PST

Adibah Noor Tidak Lagi Merajuk

Posted: 05 Mar 2013 05:53 PM PST

Sabri Yunus Pernah Niat Tinggalkan Dunia Lawak

Posted: 05 Mar 2013 05:52 PM PST

Jeslina Hashim Sah Cerai Talak Satu

Posted: 05 Mar 2013 05:51 PM PST

Penyanyi Wanita Belasah Suami Hingga Mati

Posted: 05 Mar 2013 05:44 PM PST

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Fathia, Marsha tidak gaduh

Posted: 04 Mar 2013 09:27 AM PST

Gara-gara tuduhan merampas kekasih penyanyi, pengacara dan pelakon seksi, Marsha Milan Londoh, aktres yang semakin mencipta nama, Nur Fathia Abdul Latiff, didakwa bermasam muka dengan artis yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Akademi Fantasia musim ketiga itu.

Persengketaan timbul apabila kononnya Marsha tidak boleh menerima hakikat cinta hatinya yang juga seorang kerabat, kini sudah beralih arah kepada pelakon berdarah kacukan Arab-Melayu itu. Bagaimanapun, ia sekadar cerita disampaikan dari mulut ke mulut serta belum terbukti kesahihannya.

Justeru, pertemuan dengan Fathia, 25, ketika dia menghadiri majlis sidang media ketiga Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 di Holiday Villa Hotel & Suites Subang, Rabu lalu, merungkai tanda-tanya serta persoalan membabitkan dirinya dan Marsha.

Terkejut dengan perkhabaran disampaikan itu, Fathia berkata, tidak pernah ada sengketa antara merka.

"Kami tidak pernah bergaduh dan tiada masalah. Kalau jumpa pun kami tetap bertegur. Malah kami pernah mengadakan sesi fotografi bersama.

"Gosip ini timbul apabila ada yang mendakwa saya merampas kekasihnya. Apa yang boleh saya katakan, saya tidak pernah merampas kekasih sesiapa. Hubungan saya dengan bekas teman lelakinya sekadar kawan biasa. Buat masa ini, saya memang masih single," tegas Fathia menafikan gosip berkenaan.

Tolak pinangan kerabat
Walaupun mengaku hatinya belum dimiliki mana-mana lelaki, namun gadis ini dikatakan menolak tuah apabila menolak pinangan seorang kerabat. Saat diajukan pertanyaan itu, Fathia mengakuinya.

"Memang saya pernah dilamar kerabat, tetapi saya tolak kerana lebih selesa jika calon suami orang kebanyakan. Saya tak nak jadi hipokrit. Lagipun saya masih muda dan biarlah dalam usia sebegini, saya lebih tumpukan perhatian dalam pelajaran dan kerjaya lakonan," katanya yang enggan mendedahkan identiti kerabat dikaitkan dengannya itu.

Memandangkan statusnya seorang pelajar, Fathia berkata, dia perlu membahagikan masa sebaik mungkin supaya apa yang dikendong ketika ini tidak keciciran.

"Bulan Mac ini saya akan kembali ke kampus untuk meneruskan pengajian dalam bidang perundangan. Seperti pernah saya katakan sebelum ini, apabila kembali bergelar pelajar, segala aktiviti seni akan diperlahankan kerana waktu cuti semester tempoh hari, saya banyak berlakon.

"Ini memang cara saya dan inilah juga strategi supaya orang tidak jemu dengan lakonan saya. Bila cuti, saya akan aktif. Kalau orang nak kata saya mahu lebih eksklusif, saya tak kisah asalkan ia baik untuk perkembangan kerjaya seni saya," ujar Fathia.

Berdebar jadi pengacara undangan ABPBH

Dijolok pertanyaan tidakkah dia bimbang peminat akan melupakan dirinya apabila mengamalkan sikap 'tenggelam timbul' seperti itu, ditambah dengan kehadiran ramai bakat baru, Fathia yakin perkara ia tidak berlaku.

"Jika lakonan kita berkualiti, saya yakin peminat atau penerbit tidak akan lupa dan mereka akan tetap mengambil kita berlakon," tuturnya.

Mengenai pembabitannya sebagai pengacara undangan pada malam kemuncak ABPBH 2012 di Stadium Putra, Bukit Jalil, 7 April ini, Fathia mengakui perasaannya bercampur baur, iaitu bimbang dan teruja kerana inilah julung kali dia menaiki pentas sambil menggalas tanggungjawab penting untuk anugerah berprestij itu.

Bukan punca Qi, Yuna berpisah

Posted: 04 Mar 2013 09:24 AM PST

Sejak awal-awal lagi bakat baru, Nelydia Senrose, sedar persoalan mengenai persahabatannya dengan pelakon yang juga pengacara, Qi Razali, pasti akan diajukan wakil media kepadanya tatkala ditemui pada majlis sidang media ketiga di Holiday Villa Hotel & Suites, Subang, baru-baru ini.

Begitupun dia yang akan tampil sebagai pengacara undangan pada anugerah gilang-gemilang itu, 7 April ini di Stadium Putra Bukit Jalil, tidak berasakan perlu merahsiakan perkara itu. Justeru, pelakon berusia 19 tahun ini mengaku mula berkawan rapat dengan lelaki berkenaan sejak dua bulan lalu.

Namun, Nelydia dengan tegas menafikan dirinya menjadi punca perpisahan Qi, 35, dan penyanyi terkenal, Yuna. Malah, katanya, dirinya tiada kaitan langsung dengan perkara itu.

"Saya bukanlah punca mereka berpisah dan sebelum ini pun saya tak pernah masuk campur dengan kisah mereka berdua. Kami hanya rapat sebagai kawan baik dan itu pun sejak kira-kira dua bulan lalu.

"Saya tahu saya tak boleh nak tutup mulut orang dan saya juga sedar, tempias yang saya kena ini ialah lumrah dalam dunia hiburan. Sejujur saya katakan, kami rapat, namun ia tidak lebih daripada kawan.

"Saya sendiri pun tak tahu macam mana boleh timbul kisah saya merosakkan hubungan mereka? Yang peliknya, saya dan Qi bukanlah rapat sangat, cuma saya selesa berkawan dengannya sebab dia seorang yang bijak. Dia jauh lebih berusia berbanding saya, sebab itu pemikirannya matang dan bijak.

"Tambahan pula, saya pelajar dalam jurusan Psikologi dan dia sering membantu saya membuat tugasan," katanya.
Tak tolak jodoh lelaki berusia

Pelajar tahun pertama di Kolej Segi, Petaling Jaya, Selangor ini juga menyatakan dirinya tidak pernah bertemu dengan Yuna walaupun mereka tinggal di kawasan yang sama di Subang.

Ditanya mengenai masa depan hubungannya bersama Qi, gadis ini menolak untuk memberi komen berlebihan kerana takut disalah tafsir. Namun, sekiranya dia dijodohkan bersama lelaki berusia, Nelydia tidak akan menolak.

Pelakon drama bersiri popular Setia Hujung Nyawa ini berkata, dia memang sukakan lelaki yang lebih matang daripadanya.

Mengimbas kembali perkenalan bersama Qi, gadis ini memberitahu, mereka saling mengenali sejak tahun lalu apabila terbabit dalam drama bersiri Friday I'm In Love.

Selama berkawan dengan pemuda itu, Nelydia tidak pernah bertanyakan mengenai hubungannya bersama Yuna, kerana dia menghormati hal peribadi Qi.

"Saya ikhlas berkawan dengannya. Saya juga tidak ambil tahu kisahnya dengan Yuna. Masing-masing fokus dengan kerja dan saya pula mengikut rentak saja, serta tak mahu meletakkan apa-apa harapan," tambahnya yang kini sibuk menjalani penggambaran telefilem arahan Murali Abdullah, Andai Aku Tahu.

Isnin, 4 Mac 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Usah kejar glamor

Posted: 03 Mar 2013 02:46 PM PST

Piee, L Ramlie kongsi kisah hidup sebagai anak seni

"Jangan terlalu mengejar dan mengharapkan kemewahan dalam bidang seni kerana ia tidak menjamin masa depan," pesan pelakon dan pelawak terkenal, Shafiee Jaafar atau lebih dikenali dengan panggilan Piee, 82, kepada pelapis muda dalam industri hiburan.

Bukan hanya menjadikan dirinya dan artis seangkatan sebagai contoh, malah Piee berkata, Allahyarham Tan Sri P Ramlee sendiri tidak memiliki kekayaan ketika hayatnya.
"Pesan saya kepada generasi muda, elakkan perbuatan ditegah agama, jangan tinggal solat dan jangan terlalu berbangga dengan apa yang dimiliki atau terlampau mengejar populariti kerana ia hanyalah sementara," Piee

Sedih memikirkan nasib insan seni sepertinya, yang tidak mampu memiliki harta jutaan dolar hasil lakonan dan nyanyian seperti artis antarabangsa, dia menasihati generasi muda agar berfikir panjang demi masa depan mereka dan tidak memfokuskan kepada dunia seni semata-mata.

Pernah tidur di jeti

Mengambil kisah hidupnya sendiri yang terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan demi bergelar anak seni, Piee pernah tidur di Pangkalan Jeti Pulau Pinang kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk pulang ke rumah selepas membuat persembahan boria di Sungai Petani, Kedah, ketika era 50-an.

"Masa itu hanya ada 50 sen saja dan nak balik pun sudah larut malam, jadi terpaksa tidur di jeti. Melihat kesusahan saya dulu, saya melarang anak-anak untuk terbabit dalam bidang ini walaupun ada anak saya yang meminatinya. Saya cakap padanya, buatlah kerja apa saja, yang penting halal dan bukan dalam bidang seni kerana ia tak menjamin apa-apa termasuk kemewahan.
"Tengok P Ramlee, tiada orang sehebat dia sehingga kini walaupun di Amerika, tetapi dia hanya hebat dalam bidang seni bukan dari segi harta. Di Amerika, sekali berlakon filem dapat jutaan dolar, tetapi di sini hanya RM20,000 ke RM30,000. Itu pun habis beli kereta mewah dan barang berjenama. Saya dulu pergi kerja ulang-alik dengan basikal buruk saja," katanya.

Lupakan bidang seni

Piee yang mempunyai enam cicit memberitahu, dia sudah melupakan bidang seni. Walaupun masih ada tawaran berlakon, dia terpaksa menolak dek faktor usia.

Bersyukur dengan kesihatan diberikan, bintang Sifu & Tonga dan Alamak Toyol ini sudah puas menikmati kehidupan sebagai insan seni. Kini, dia lebih gembira menumpukan kepada ibadat dan keluarga.

Berkongsi cerita dan pengalaman sepanjang bergelar anak seni dengan artis muda yang mengikuti siri jelajah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 bagi zon utara, antaranya Jimmy Palikat, Shah Iskandar, DJ Lin, Along Cham, Stellar Band dan bekas juara Bintang Idola BH 2012, Liawanis, di rumahnya di Teluk Bahang, Pulau Pinang, ia memberi pendedahan kepada mereka di samping mengeratkan hubungan antara artis baru dengan lama.

"Saya tidak menumpukan kepada bidang lakonan saja kerana saya juga bekerja di sebuah syarikat lori dan baru saja berhenti pada Disember lalu sebab sudah tidak larat. Macam itu juga dengan dunia lakonan, sampai bila pun tak kaya.

"Pesan saya kepada generasi muda, elakkan perbuatan ditegah agama, jangan tinggal solat dan jangan terlalu berbangga dengan apa yang dimiliki atau terlampau mengejar populariti kerana ia hanyalah sementara," katanya yang banyak membintangi filem arahan Prof Razak Mohaideen.

Sedih dan terharu dengan kehadiran rombongan jelajah ABPBH, Piee bersyukur kerana masih ada insan yang sudi menjenguknya walaupun sudah tidak lagi aktif berlakon.

Biarlah ada pendapatan tetap

Dalam kunjungan ke utara, rombongan ABPBH turut melawat penyanyi era 60-an, Datuk L Ramlie di Kepala Batas, Pulau Pinang. Tidak seperti Piee, L Ramlie mengalami masalah kesihatan selepas disahkan menghidap penyakit jantung, buah pinggang dan paru-paru sejak 25 Disember tahun lalu. Kini dia dinasihatkan berehat selama empat bulan di rumah.

Bergerak menggunakan tongkat, penyanyi Dara Pujaan berusia 71 tahun ini turut sudi berkongsi cerita dan kisah hidupnya sebagai anak seni.

"Saya masih lagi menyanyi dan mendapat tawaran persembahan sehingga di Kuala Lumpur, tetapi disebabkan faktor kesihatan sekarang tidak mengizinkan, saya terpaksa berhenti sekejap. Doktor nasihatkan saya agar tidak berjalan jauh, menaiki pesawat dan bas. Jika nak memandu, tidak boleh lebih daripada dua jam.

"Saya tidak pernah melarang anak-anak bermain muzik, malah tiga anak lelaki boleh bermain muzik, cuma mereka tidak pandai menyanyi. Bagi saya, jika itu keinginan mereka, saya izinkan tetapi kena ada sumber pendapatan tetap dan jadikan muzik sebagai kerjaya kedua. Bidang ini bukan penentu masa depan," katanya.

Jangan terlalu ego

Tidak mahu melihat artis muda kini hanyut dibuai keasyikan mengejar bidang seni, dia mengingatkan mereka supaya tidak sombong dan menghormati artis senior. Malah, jangan terlalu mengejar glamor serta terlalu ego kerana ia hanya membuatkan mereka lupa tanggungjawab sebagai anak seni.

"Jadikan artis senior sebagai contoh dan dapatkan petua daripada mereka untuk terus kekal lama dalam industri. Dengan cara itu, bukan saja ilmu yang kita dapat, bahkan ia mengeratkan hubungan antara yang lama dan baru," katanya yang mempunyai empat anak serta 13 cucu.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Abby Abadi ‘Ustazah Jadian’ Mampu Pesongkan Akidah – Zed Zaidi

Posted: 03 Mar 2013 07:01 PM PST

Posted: 4 March 2013 at 11:01 am  

zed zaidi

Abby Abadi yang lantang bersuara sebelum ini dilabelkan sebagai 'Ustazah Jadian' oleh Zed Zaidi dan apa yang merisaukan adalah bila 'Ustazah Jadian' ini berbicara di khuatiri ianya mampu memesongkan akidah umat Islam di negara ini.. Sehubungan dengan itu Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menasihati mana-mana artis yang kini menjadi penceramah Pas bermuhasabah diri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan sewenang-wenangnya..

"Abby ibarat seorang ustazah tidak bertauliah yang sesuka hati mengeluarkan fatwanya sendiri seperti mana yang pernah ditunjukkan beberapa pemimpin Pas lain.

"Jadi, bila seseorang 'Ustazah Jadian' ini berbicara, saya khuatir macam-macam perkara buruk akan terjadi ke atas anak bangsa Melayu kerana statusnya sebagai seorang artis mampu mempengaruhi sekali gus menggugat keimanan peminatnya," katanya melalui akhbar Utusan semalam..

Kenyataan diatas adalah respon daripada Zed Zaidi mengenai dakwaan Abby Abadi Dalam ceramah anjuran Pas kawasan Permas, yang mengatakan artis negara ini sebagai golongan buta politik dan tersasar jauh dari landasan Islam serta mendakwa kebanyakan artis mempunyai ego yang tinggi sehingga lupa rezeki adalah pemberian Allah.

Abby juga menyifatkan artis-artis yang menyertai majlis anjuran UMNO atau Barisan Nasional hanyalah sekadar untuk menghiburkan penonton dan mendapat bayaran tanpa mengambil tahu perihal politik.

Sumber:Utusan

Saya Tak Mahu Dengar Nama Dia – Sharnaaz Ahmad

Posted: 03 Mar 2013 06:21 PM PST

Posted: 4 March 2013 at 10:21 am  

Sharnaaz-Ahmad

Jika sebelum ini Shila Amzah dikatakan enggan mengulas mengenai kontroversi percintaannya yang lalu, Nampaknya Sharnaaz Ahmad juga mengambil pendekatan yang sama.. Sharnaaz Ahmad dikatakan enggan bercakap mengenai hal itu malah tidak mahu mendengar namanya atau apa sahaja mengenai hubungannya yang lalu..

Sharnaaz Ahmad juga kesal dan sudah serik untuk bercakap mengenai hal itu kerana kenyataannya sebelum ini sering dimanipulasikan oleh pihak lain dan akhirnya dia dipersalahkan..

"Kalau boleh, saya tidak mahu bercakap pasal hal ini lagi. Saya tak mahu dengar nama dia (Shila) atau apa-apa pasal hubungan lalu. Saya hanya akan jawab pertanyaan mengenai soal kerja sahaja."

"Saya sudah serik untuk bercakap kerana kenyataan saya sering dimanipulasikan pihak lain. Jadi, kesudahannya, saya juga yang dipersalahkan. Lebih baik saya diam dan fokus pada kerja sahaja." Jawab Sharnaaz apabila ditanya bagaimana kehidupannya setelah cinta bersama Shila Amzah kecundang di tengah jalan.

Sharnaaz Ahmad juga ditanya adakah dia sudah serik untuk bercinta lagi setelah apa yang sudah berlaku sebelum ini..

"Saya belum bersedia untuk ke arah itu. Buat masa ini, saya hanya mahu fokus dalam kerjaya. Lagipun, kerjaya adalah keutamaan saya. Kriteria untuk memilih wanita pun saya tak tahu nak yang macam mana. Biarlah dulu."

Sumber: Sinar Harian

Ahad, 3 Mac 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


ABPBH 2012: Artis baru, lama serikan segmen persembahan

Posted: 02 Mar 2013 02:55 PM PST

Kelainan demi kelainan cuba dilakukan penganjur Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 dalam menjanjikan yang terbaik buat pembaca setia termasuk peminat anugerah berkenaan menjelang malam kemuncaknya pada 7 April ini.

Perubahan dimaksudkan itu seiring lokasi terbaru ABPBH 2012 iaitu di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan bukan lagi di Arena Of Stars, Genting Highlands. Pengumuman pada sidang media ketiga anugerah ini pada petang Rabu lalu di Vintage, Room, Holiday Villa Hotel & Suites Subang, Subang Jaya, memperlihatkan semangat baru semua pihak yang terbabit untuk melihat suasana baru ABPBH apabila berlangsung di dalam stadium kelak.

Pengerusi Bersama Jawatan Kuasa Induk ABPBH 2012, Shamshul Azree Samshir, berkata perubahan lokasi tahun ini dengan kerjasama Perbadanan Stadium (M) Sdn Bhd membolehkan ruang stadium terkenal itu dimanfaatkan dengan pelbagai agenda. Ia termasuk mewujudkan segmen permaidani merah yang dihoskan Didie Alias dan Along Cham.
Tahun ini, artis yang sudah mengesahkan diri untuk membuat persembahan ialah Ziana Zain, Datuk M Nasir, Datuk AC Mizal, Stacy, Adira, Ainan Tasneem, Black, Ella, Fida Ibrahim, Najwa Latif, One Nation Emcees, RJ, Salam Band, Sleeq, Kilafairy, Marsha, Asmidar, Stella Band, Mastura, Syam Kamarul dan Projek Pistol.

Hos utama Pada majlis prakemuncak petang itu juga turut diumumkan hos utama ABPBH 2012 yang akan dikendalikan Fara Fauzana dan Zizan Razak. Lebih istimewa diwujudkan juga buat kali pertama pengacara bersama seperti dipraktikkan dalam penganjuran Anugerah Academy atau Oscars.

"Tugas pengacara bersama ini lebih kepada mengumumkan sesuatu perkara seperti persembahan dan gandingan penyampai seterusnya. Bererti di atas pentas ABPBH 2012 nanti akan ada satu sudut untuk mereka.

Inisiatif ini bertitik tolak untuk menarik lebih ramai anak seni bersama merasai momen ABPBH.

"Selain itu, peranan hos utama dan penyampai trofi masih seperti biasa. Berbalik kepada gandingan Fara dan Zizan, semuanya atas paksi memberi semula dan menentukan apa yang diingini.
Maksudnya kita mengadakan bancian secara interaktif di Facebook dan rata-rata peminat mahu dikekalkan Zizan sebagai hos.

"Pemilihan Fara pula atas kesepakatan mahu mencari pengacara yang mampu mengimbangi kehadiran Zizan yang tebal dengan lawak jenaka. Gandingan mereka sebenarnya pun sempat kita saksikan ketika mengacara Melodi sebelum ini," kata Shamsul.

Pengacara Bersama yang diumumkan ialah Awi Rafael, Hanez Suraya, Forteen, Hairul Azreen, Iqram Dinzly, Kamal Adli dan Nelydia Senrose.

Penyampai trofi pula terdiri dari Aaron Aziz, Rozita Che Wan, Dazrin, Fizo Omar, Fizz Fairuz, Johan As'ari, Lisa Surihani dan Nabila Huda.

Tak ketinggalan memeriahkan barisan penyampai trofi ialah Nadiya Nisaa, Nazim Othman, Neelofa, Nur Fathia, Shah Iskandar, Tasha Shilla dan Tomok. Tambah Shamsul lagi, pemilihan nama yang disebut tadi mempunyai signifikan tersendiri terutama dalam aspek populariti, selain berdepan tempias kontroversi.

Sementara itu, malam kemuncak ABPBH 2012 yang memilih tema Ledakan Geometri bakal menyaksikan deretan artis membuat persembahan dengan menampilkan generasi lama dan baru. Semestinya segmen persembahan antara yang ditunggu-tunggu penggemar ABPBH.

Tahun ini, artis yang sudah mengesahkan diri untuk membuat persembahan ialah Ziana Zain, Datuk M Nasir, Datuk AC Mizal, Stacy, Adira, Ainan Tasneem, Black, Ella, Fida Ibrahim, Najwa Latif, One Nation Emcees, RJ, Salam Band, Sleeq, Kilafairy, Marsha, Asmidar, Stella Band, Mastura, Syam Kamarul dan Projek Pistol.

Nostalgia foto

Persembahan retro yang pasti mengundang nostalgia bakal dihangatkan lagi dengan Amir Ukays, Ayai Ilusi, Bagio Damasutra, Jay Jay, Zarul Umbrella dan tak dilupakan persembahan membabitkan juara Bintang Idola BH tahun lalu, Liawanis.

"Nama-nama yang kita senaraikan untuk membuat persembahan ini juga dipertimbangkan daripada peminat menerusi Fan Page Facebook, ABPBH. Selalunya kalau sebut ABPBH, pasti ramai akan mengaitkannya dengan segmen persembahan selain menyatukan pelbagai disiplin dan cabang kreatif seperti pelakon, penyanyi dan fesyen.

"Seperti tahun sebelumnya, kita mahu memberikan persembahan yang terbaik untuk dikenang pembaca dan peminat. Setiap segmen persembahan yang dirancang mempunyai kejutan, keunikan, genre dan ciri-ciri tersendiri. Lebih penting, selain karyawan seni bersatu di sini, kita mahu semua yang datang dapat menikmati keindahan ABPBH," katanya.

Zizan, Fara serasi berganding

Beralih kepada cerita pengacara utama ABPBH 2012, tahun ini menjadi tahun ketiga Zizan menggalas tanggungjawab di kerusi berkenaan. Dua tahun lalu, Zizan berkolaborasi dengan Sharifah Shahira dan Raja Azura. Tahun lalu ketiga mereka dibantu pula dengan pembabitan Didie Alias.


Di bahu Zizan yang juga calon kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular tergalas tanggung jawab berat dalam memastikan kelancaran anugerah ini. Malah, penyertaan Fara di posisi pengacara ibarat mimpi jadi kenyataan kepada Zizan.

"Fara antara kegemaran saya kerana dia seperti rujukan saya dalam beberapa perkara termasuk dalam aspek pengacaraan dan radio. Saya sudah lama berdoa supaya dapat mengacara dengannya. Alhamdulillah, berita bergandingan dengannya ini satu hadiah besar buat saya.

"Salah satu yang saya puji mengenai kredibiliti Fara ialah dia bijak memberi isyarat untuk saya memperlahankan tempo. Jadi, tak wujud situasi di mana semua pengacara berebut nak bercakap serentak. Itu antara kelebihannya jadi saya tahu di mana perlu berhenti bercakap.

"Pembabitan saya dengan ABPBH ini tidak kira sama ada datang sebagai calon bertanding atau pengacara amat dihargai. Sejak awal lagi saya sudah mengosongkan jadual kerja menjelang kemuncak ABPBH 2012. Sebelum ini pun saya ada diberi bayangan untuk mengacarakan ABPBH 2012. Ingat sekadar bayangan, rupa-rupanya menjadi kenyataan," kata Zizan yang ketika ini sedang melunaskan filem Abang Long Fadil terbitan Skop Production.

Hampir sempurna

Fara pula melihat peluang seketika dia dan Zizan berpeluang mengacarakan Melodi di TV3 sebelum ini sebagai ruang untuk terus memanjangkan keserasian mereka di ABPBH 2012. Rekod laluan bidang pengacaraan Fara boleh dianggap hampir sempurna selepas buat julung kalinya berpeluang mengacarakan anugerah ini.

Sebelum ini Fara pernah mengacarakan Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Skrin di TV3 selain kini memberikan komitmen untuk program Nona juga di saluran TV yang sama.

"Gandingan Fara dengan Zizan ini ternyata akan dilihat berbeza dengan gandingan hos ABPBH terdahulu. Pasti ada yang cuba mengatakan diri Fara dibayangi pengacara dulu. Tetapi Fara sahut cabaran ini. Cuma pada mulanya apabila tawaran ini diusulkan, Fara ingat ia hanya tawaran main-main seperti Panggilan Hangit di Hot FM.

"Tahun sebelumnya Fara hanya berada di bawah pentas menyaksikan gelagat
teman mengacarakan ABPBH 2012. Tahun ini Fara pula berada di atas pentas. Dulu Fara sering ketawakan gelagat pengacara ABPBH yang selalu menggeletek hati Fara dan ia bukan tugas mudah menyampaikan mesej serta maklumat, selain mencuit hati penonton," kata Fara yang mengenakan busana berwarna biru rekaan Boutique Dewi Sofea.

Sempena acara prakemuncak ABPBH 2012 itu juga diadakan pertunjukan fesyen seiring dengan tema Ledakan Geometri daripada Boutique Dewi Sofea dan Calvin Thoo. Ia membabitkan artis tempatan seperti Hanez Suraya, Soo Wincci, Nabila Huda, Kamal Adli, Kaka Azraff, Emma Maembong dan ramai lagi selain model tempatan.

Selain barisan penaja ABPBH 2012, acara berkenaan dimeriahkan dengan kehadiran Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali; Pengerusi Bersama Jawatan Kuasa Induk ABPBH 2012, Hanizam Abdullah dan Pengarang Hiburan Edisi Mingguan BH, Akmal Abdullah.

INFO: ABPBH2012

- Edisi kali ini yang menyaksikan acara kemuncaknya berlangsung 7 April ini di Stadium Putra Bukit Jalil menawarkan tajaan secara keseluruhan bernilai melebihi RM2 juta.

− Ganjaran lumayan kali ini merangkumi kerjasama dan tajaan daripada Habib Jewels Sdn Bhd, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), stesen radio HotFM, Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd, Boutique Dewi Sofea Sdn Bhd dan Holiday Villa Hotel & Suite, Subang.

− Tak ketinggalan penerbangan rasmi yang cukup sinonim dengan tagline penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad dan StarCruise Travel Service Sdn Bhd.

- Pengangkutan rasmi berubah tangan ke Empayan Holding Sdn Bhd serta Perbadanan Stadium (M) Sdn Bhd selaku lokasi malam kemuncak ABPBH 2012.

Malaysia dijemput sertai Festival Monte-Carlo

Posted: 02 Mar 2013 02:32 PM PST

Buat julung kalinya, delegasi Malaysia dijemput untuk menghadiri Festival De Television De Monte-Carlo, Monaco, yang dikhususkan kepada penerbitan telefilem, drama, berita dan dokumentari yang akan diadakan pada 9 hingga 13 Jun ini.

Festival berkenaan sebenarnya sudah menjadi acara tahunan dalam kalendar industri televisyen dunia yang menyaksikan tahun ini memasuki penganjuran kali ke-53. Festival berkaitan kandungan televisyen itu juga dianjurkan di bawah kelolaan Presiden Monaco, Putera Albert II.

Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia(PTVM), Jurey Latif Rosli berbangga dengan jemputan kepada pihaknya yang disampaikan penganjur, Pierre Edouard Coursault kerana ia juga adalah kami pertama Malaysia mendapat jemputan terus daripada pihak penganjur sendiri.
Kita juga akan menjalinkan kerjasama erat dengan pihak penganjur dan juga belajar daripada mereka untuk menganjurkan festival antarabangsa khususnya kepada penerbitan kandungan televisyen di Malaysia," Jurey Latif

Aplikasi penerbitan

"Jemputan ini membuka mata pihak penganjur mengenai perkembangan penerbitan kandungan televisyen di Malaysia. Di Malaysia, sebenarnya kita berjaya menjana keuntungan lebih RM2 billion setahun yang mana sebenarnya lebih besar berbanding industri perfileman.

"Begitu juga kualiti penerbitan yang mana apabila menyertai festival antarabangsa seperti ini kita mendapat kesempatan untuk melihat sendiri produk televisyen daripada peserta lain yang mereka hasilkan menerusi studio penerbitan antarabangsa dan seterusnya belajar supaya kita dapat aplikasikan dalam penerbitan di Malaysia," kata Jurey yang juga Presiden GAFIM.
Tambah Jurey lagi, pembabitan Malaysia dalam festival antarabangsa seperti ini sebenarnya mampu untuk memperkenal imej Malaysia di mata dunia.

"Secara tidak langsung pembabitan delegasi dari Malaysia nanti dapat mempromosikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran kepada syarikat produksi antarabangsa. Kita mempunyai pelbagai lokasi menarik yang boleh dijadikan sebagai lokasi penggambaran cuma tidak dihebahkan kepada pihak luar mengenai lokasi menarik di Malaysia.

Pasaran global

"Kita juga akan mendapat pendedahan lebih luas mengenai pasaran antarabangsa untuk menjual pelbagai produk televisyen kita ke peringkat antarabangsa.

Kalau diikutkan banyak program TV seperti program masakan dan dokumentari bermutu dihasilkan anak tempatan berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

"Selain itu, kita juga akan menjalinkan kerjasama erat dengan pihak penganjur dan juga belajar daripada mereka untuk menganjurkan festival antarabangsa, khususnya kepada penerbitan kandungan televisyen di Malaysia," katanya.

Jurey juga menggalakkan syarikat penerbitan di Malaysia untuk menghantar penyertaan mereka yang mana boleh dihantar terus kepada pihak penganjur.

Harap FINAS bantu

"Setakat ini ramai penerbit yang berminat untuk menghantar penyertaan dan menyertai festival yang akan diadakan nanti. Namun begitu penyertaan adalah terus kepada pihak penganjur yang mana mereka boleh melayari laman web www.tvfestival.com untuk mendaftar penyertaan mereka sebelum 12 Mac ini.

"Syarikat penerbitan di Malaysia seharusnya mengambil kesempatan ini kerana secara tidak langsung penyertaan mereka ke festival ini nanti mampu membuka mata kepada produksi antarabangsa mengenai industri penerbitan kandungan televisyen di Malaysia dan seterusnya dapat menjalinkan mewujudkan satu kerjasama erat di peringkat antarabangsa.

Kita juga berharap FINAS dapat memberi sokongan kewangan dan tajaan untuk membiayai kos penyertaan delegasi Malaysia ke sana nanti," katanya.