Berita Harian: Hip |
Posted: 07 Mar 2013 03:24 PM PST Bekas pelajar AF3 hairan bagaimana gosip rampas kekasih, bergaduh boleh timbul Sudahlah dituduh menyebar cerita teman lelakinya yang didakwa seorang kerabat dirampas aktres, Nur Fathia Abdul Latiff, nama Marsha Milan Londoh dikhabarkan pula bergaduh dengan pelakon itu gara-gara gosip terbabit.
Belum pernah digandingkan bersama dalam lakonan, apatah lagi berkawan rapat dengan Fathia, Marsha menegaskan mana mungkin dirinya akan berbuat demikian, apatah lagi lelaki yang dimaksudkan itu langsung tidak dikenalinya. "Kami pernah bertembung di majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), tetapi hanya sekadar bertegur, tak lebih daripada itu. Selain itu, kami pernah digandingkan sekali dalam sesi fotografi sebuah majalah, awal tahun ini. "Apabila cerita ini timbul, memang ia tak masuk akal kerana kami saling tak mengenali. Tiba-tiba bergaduh? Saya rasa ada pihak ketiga dalam isu ini kerana saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau cerita mengatakan dia merampas teman lelaki saya. Cuba jelaskan teman lelaki saya yang mana, kerana sudah setahun saya solo," katanya.
Marsha yang tenang berdepan gosip sedemikian berkata, dia mahu orang ramai lebih menumpukan kepada karier seninya daripada menyebar cerita berbaur fitnah. "Saya sudah lama dalam industri. Perkara sebegini memang lumrah, jadi kita tidak boleh lari. "Saya juga tak berani nak cerita hal peribadi lagi, takut nanti diputar-belit. Yang penting, saya tak ada masalah dengannya. Dia ada hak untuk berkawan dengan sesiapa saja, begitu juga saya. Dalam hal ini, tidak timbul istilah rampas," katanya. Menurut Marsha lagi, dia sendiri hanya mendengar cakap-cakap orang dan tidak pernah terbaca mengenai gosip terbabit, begitu juga kenyataan Fathia beberapa hari lalu. HIP Selasa lalu turut menyiarkan kenyataan Fathia yang menafikan wujudnya masalah antara mereka berdua berhubung perkara itu. Seronok berlakon filem animasi Bekas bintang Akademi Fantasia 3 ini berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton filem animasi stereoskopik pertama Malaysia berjudul Bola Kampung The Movie. Mengenai watak Puteri Amanda lakonannya, dia mengaku pengalaman kali pertama berlakon filem animasi memberikan cabaran berbeza. Dia juga banyak menonton animasi di YouTube untuk mempelajari teknik memasukkan suara ke dalam filem kartun. "Sebenarnya, saya dipanggil Animasia Studio untuk merakam lagu runut bunyi filem ini, Rindu, berduet dengan Harris Alif. Sebaliknya, saya diuji bakat untuk watak Amanda. Nampaknya mereka berpuasa hati dan terus menawarkan saya watak ini. "Seronok berlakon dalam cerita animasi kerana ia tidak terlalu mengganggu kerja yang lain. Saya datang ke studio cuma empat hingga lima kali saja," katanya yang tidak lupa mendoakan keselamatan penduduk di negeri kelahirannya, Sabah, serta pasukan keselamatan yang bertugas di sana. Info: Marsha Milan Londoh:
|
Posted: 07 Mar 2013 03:22 PM PST Walaupun sudah empat tahun berpisah, penyanyi Tegar tetap jaga hubungan baik dengan Yoyo Antara perkara tidak dilupakan Rossa atau nama sebenar, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 34, ketika mengerjakan Haji, Oktober tahun lalu ialah doa di depan Kaabah buat bekas suaminya, Yoyo, supaya diberikan kesihatan yang baik dan terus berjaya dalam kerjaya. Sekarang pun saya semakin selesa mengenakan persalinan labuh dan akan terus membuang imej seksi" Rossa, Penyanyi "Ya, memang bukan dia yang minta (didoakan) tetapi saya mendoakan semua insan yang rapat dengan saya, tidak terkecuali Yoyo. Namun tidak bermakna ada sesuatu antara kami," katanya sambil tersenyum manis tatkala ditemui pada sidang media Glitz, Glam & Classy With Rossa, kelmarin. Terdahulu, perkahwinannya dengan Yoyo yang juga anggota kumpulan Padi itu berakhir secara rasmi pada 14 Julai 2009 selepas lebih lima tahun mendirikan rumah tangga. Kongsi Rossa yang sememangnya ramah berbicara, sebelum berlepas ke Tanah Suci lagi sudah ramai kenalan yang turut menitipkan pesan memintanya mendoakan mereka di sana. Hasrat tutup aurat Ditanya mengenai perubahan diri selepas menyandang gelaran Hajah, katanya, sebelum ini ramai tertanya-tanya apabila dia membuka hijab semula selepas genap 40 hari pulang dari sana. Tidak sesekali mahu mempersendakan agama, ia disebabkan kontrak yang sudah ditandatangani sejak awal, namun jauh di sanubarinya dia tetap ingin menutup aurat dan berhijab penuh. "Doakan saya mendapat hidayah-Nya. Saya melihat semua ini sebagai peralihan secara berperingkat. Sekarang pun saya semakin selesa mengenakan persalinan labuh dan akan terus membuang imej seksi. "Bagi yang memberi komen sama ada positif atau negatif, semuanya saya terima dengan hati terbuka. Siapa yang tidak ingin berubah menjadi insan yang lebih baik?" katanya yang anggun mengenakan gaun biru Cosry. Rai setiausaha Menyentuh malam meraikan setiausaha kelolaan Little Penguin Productions Sdn Bhd, nada suara Rossa yang tadi agak serius kembali ceria memandangkan hampir lima tahun dia tidak terbabit dalam acara seperti itu di sini. Kali ini dia berpeluang meraikan insan istimewa itu pada majlis makan malam bersama barisan pemuzik hebat di bawah pimpinan Aubrey Suwito, selain diselitkan peragaan fesyen sentuhan Putra Aziz. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |