Adsense

Isnin, 17 Disember 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Alyah Tidak Berhasrat Untuk Memohon Maaf, Pereka Fesyen Serik

Posted: 17 Dec 2012 12:19 AM PST

alyah
Berikutan luahan hati dua pereka fesyen iaitu Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini di laman twitter sebelum ini, penyanyi Alyah dikatakan tidak berhasrat untuk memohon maaf.. Alyah menjelaskan yang dia tidak akan meminta maaf kerana berasa dirinya dihina dan diaibkan oleh pereka fesyen berkenaan menerusi laman Twitter mereka…

"Maruah saya sudah dipijak-pijak. Mereka telah mengaibkan saya dengan kata-kata yang kurang manis. Buat apa saya perlu memohon maaf tentang perkara itu kerana ia telah dibayar dengan kata-kata hinaan yang diberikan mereka."

"Belum sempat saya nak terangkan sebab-sebab saya tidak memakai pakaian rekaan tersebut, mereka telah menghentam saya di Twitter. Saya rasa dihina,"

Menurut Alyah, beliau bukanya sengaja untuk tidak mengayakan pakaian rekaan mereka berdua.. tetapi pakaian rekaan Hatta dan Rizman mempunyai masalah zip serta beberapa perkara lain. Jelas Alyah lagi, dia bercadang untuk menyelesaikan masalah tersebut secara berdepan serta ingin menjelaskan mengapa pakaian itu tidak dipakai.

"Saya bukannya seorang yang suka melarikan diri daripada masalah. Ada sebab-sebabnya kenapa saya tidak memakai pakaian mereka dan saya enggan memperbesarkan perkara ini."

"Tambah pula Hatta dan Rizman Rizman telah banyak membantu menaja pakaian saya selama ini, jadi saya tak mahulah nak memburukkan keadaan."

"Jika mereka mengatakan saya tamak kerana ingin menggunakan khidmat ramai pereka fesyen hanya untuk sebuah acara cahaja. siapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka akan tahu, setiap majlis anugerah, saya akan bertukar tiga pakaian," jelasnya.

Manakala, Rizman Ruzaini pula mengatakan yang dia sudah serik dan enggan bekerjasama dengan Alyah lagi selepas ini.. Rizman juga menyifatkan yang Alyah tidak profesional dan kejadian ini bukanlah pertama kali.

"Tiga perkara yang menunjukkan Alyah tidak profesional iaitu dia tidak datang dan berbincang dengan kami pakaian yang ingin dipakai, sebaliknya hanya menghantar gambar sebagai contoh untuk kami menghasilkan pakaiannya.

"Kedua, selepas gaun itu siap, dia tidak datang pula untuk mencuba, sehinggalah apabila gaun itu dibawa ke Singapura, ia langsung tidak dipakai.

"Sebelum ini sudah banyak kali saya menghubunginya tetapi tidak berjawab dan semua urusan perbincangan hanyalah menerusi pembantu peribadinya sahaja.

"Kos pakaian itu bukannya murah, ia bernilai ribuan ringgit dan tujuan ia ditaja adalah untuk mempromosikan jenama kami. Cukuplah, ini adalah kali terakhir kerjasama saya dengan dia," ujarnya.

Artikel sebelum ini – Hatta Dolmat Dan Rizman Ruzaini Kecewa Dengan Sikap Alyah

Sumber: Mstar

Datuk K Jalani pembedahan Hari Ini – Kecederaan Agak Serius

Posted: 16 Dec 2012 11:29 PM PST

datuk k kemalangan
Pasti ramai yang ingin tahu perkembangan terkini suami Dato` Siti Nurhaliza iaitu Datuk K yang mengalami kemalangan di New Zealand Khamis lalu sewaktu beliau bersiar-siar dengan menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson.. Melalui portal Murai yang menemubual kakak Datuk K, Datin Zaiton Mohd Jiwa memberitahu yang ketika ini Datuk K sedang menjalani pembedahan di hospital yang terletak di Invercargill, Queestown…

"Pembedahan sedang dilakukan untuk memulihkan semula kecederaan dalaman yang dialami Dato` Khalid selepas tangan, kaki dan bahunya patah akibat kemalangan yang tidak diduga itu."

"Selepas pembedahan ini dilakukan, barulah doktor dapat menentukan sama ada Dato` Khalid fit atau tidak untuk dibawa pulang semula ke Malaysia. Dan, sejak semalam, semua anak-anak Dato` Khalid sudah sampai di sini untuk melihat keadaan bapa mereka."

"Kak Ton pun tak tahu nak cakap apa lagi dan Kak Ton pun tak tahu bila Kak Ton dapat bawa Dato` Khalid balik ke Malaysia. Semuanya bergantung kepada keadaan Dato` Khalid. Tapi, apa yang boleh Kak Ton katakan keadaan Dato` Khalis stabil dan Kak Ton harap ramai yang akan doakan agar Dato` Khalid cepat sembuh," katanya.

Apabila ditanya sejauh mana seriusnya kecederaan yang dialami Datuk K, Kak Ton menjawab kecederaan yang dialami oleh Datuk K memang agak serius..

"Apa yang boleh Kak Ton katakan di sini bahawa kecederaan yang dialami Dato` Khalid memang agak serius," katanya.

Buat semua pembaca MyGosip, Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan Datuk K, semoga beliau kembali sembuh seperti sebelum ini..

Ahad, 16 Disember 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Misi Dahlia Shazwan

Posted: 15 Dec 2012 01:43 PM PST

Finalis On Air nafi dia 'anak emas' Aznil Nawawi kerana sering diberi peluang jadi pengacara

Walaupun sekadar berentap hingga pusingan separuh akhir dalam program realiti pengacaraan TV, On Air musim pertama, Dahlia Shazwan Mohd Amin, 24, dilihat lebih menonjol berbanding finalis program terbabit.

Selepas berpeluang mengacarakan program hiburan Gala TV di Astro Awani, dia seterusnya diberi kepercayaan untuk berganding dengan pengacara, Awal Ashaari untuk segmen karpet merah dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-19, baru-baru ini.
Saya tidak menganggap kerjaya pengacara adalah bidan terjun untuk saya mencari kerja. Fokus saya kini adalah dalam pengacaraan dan ingin tinggalkan nama seperti ditinggalkan barisan pengacara wanita generasi terdahulu dan saya berharap untuk mengisi kekosongan itu. - Dahlia Shazwan Mohd Amin

Melihat deretan peluang diperolehnya membuatkan ramai mengandaikan Dahlia ibarat 'anak emas' kepada Aznil Nawawi atau Pak Nil yang dianggap mentor kepada barisan pengacara pelapis di Astro. Bukan ingin mendabik dada, Dahlia berasakan peluang keemasan yang diterimanya itu adalah kepercayaan Astro terhadapnya untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkenaan.

"Semua peserta On Air akan mendapat peluang dan sekarang adalah rezeki saya untuk mengendalikan beberapa program di Astro. Tiada unsur 'anak emas' di Astro mahupun oleh Pak Nil kerana masing-masing perlu menonjolkan bakat dan kerja yang baik untuk mendapat peluang.

"Pak Nil adalah seorang profesional, dia lebih tahu untuk menilai bakat seseorang untuk di tonjolkan ke depan. Saya tahu Pak Nil membuat perancangan terbaik untuk semua peserta On Air, cuma masing-masing perlu merebut peluang diberikan.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kerana Pak Nil memberi kepercayaan dan yakin dengan kemampuan saya mengacarakan segmen karpet merah AIM19 dan kepercayaan ini harus saya balas dengan hasil kerja yang mampu memuaskan hati semua pihak terbabit.
Walaupun kali pertama, saya berpuas hati dengan hasil kerja itu dan saya akui masih banyak perkara lagi perlu diperbaiki untuk mengendalikan sesuatu program yang disiarkan secara langsung," katanya.

Pengalaman berharga

Jelas Dahlia lagi, pembelajarannya mendalami selok belok dalam bidang pengacaraan tidak akan tamat sebaliknya peluang mengacarakan majlis tertentu adalah pengalaman paling berharga untuk memantapkan lagi kerjayanya.

"Pembelajaran tidak pernah berhenti dan pengalaman akan mengajar saya untuk lebih cepat belajar dalam selok belok dunia pengacaraan. Lagipun sekarang di bawah kendalian Pak Nil, kami masih lagi mengikuti kelas pengacaraan setiap minggu sehingga tahun depan.

Melalui kelas terbabit, ia banyak memberi saya ilmu baru hasil pengalaman luas Pak Nil dalam bidang pengacaraan, selain sesi post mortem untuk mengenal pasti kesilapan untuk diperbaiki. Seperti semua tahu, Pak Nil memang seorang serius dan tegas ketika bekerja tapi dia tidak pernah menjatuhkan sebaliknya memberi motivasi untuk meningkatkan lagi keyakinan kami semua," katanya yang menjadikan bekas pengacara, Wan Zaleha Radzi sebagai idolanya.

Pendedahan sejak kecil

Tambah Dahlia, minatnya dalam bidang media penyiaran lebih menjurus kepada pengaruh bapanya yang juga pesara dalam bidang media, melalui pendedahan sejak kecil itu menimbulkan minatnya untuk terjun dalam bidang berkenaan.

"Sebelum menyertai On Air, saya bekerja dalam bidang produksi tetapi pada masa sama saya mencari peluang untuk terjun dalam bidang media. Bila diadakan sesi uji bakat dan saya berjaya melangkah dalam program terbabit, saya berasakan perjalanan semakin lancar untuk mengejar cita-cita. "Saya dibesarkan dalam dunia kewartawanan kerana ayah adalah seorang wartawan.

Ini yang menjadikan minat itu terbit sejak kecil lagi dan saya sudah tetapkan kerjaya yang saya akan lakukan bila dewasa. Lagipun bidang kewartawanan dan pengacaraan tidak jauh bezanya dan saling berkait menjadikan saya pilih untuk terjun dalam dunia pengacaraan," kata pemegang Diploma Komunikasi dan Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka.

Melihat tidak ramai yang menjadikan bidang pengacaraan ini sebagai kerjaya menjadikan Dahlia optimis untuk terus mendambakan diri dalam bidang ini dan yakin mampu untuk meninggalkan kekosongan itinggalkan pengacara generasi terdahulu.

"Saya tidak menganggap kerjaya pengacara adalah bidan terjun untuk saya mencari kerja. Fokus saya kini adalah dalam pengacaraan dan ingin tinggalkan nama seperti ditinggalkan barisan pengacara wanita generasi terdahulu dan saya berharap untuk mengisi kekosongan itu.

"Tapi bukannya senang untuk mengisi kekosongan itu kerana masih banyak yang harus saya lalui.

Bidang pengacaraan juga ada risiko tersendiri, jadi saya harus tumpu kepada usaha meningkatkan diri sendiri dan setiap hari adalah pembelajaran," katanya.

Adik Manja versi 2012

Posted: 15 Dec 2012 01:30 PM PST

Filem: Adik Manja Returns
Genre: Komedi Drama
Pelakon: Dharma Harun Al-Rashid, Rozita Che Wan, Maria Tunku Sabri, Faezah Elai, Jihan, Juliana Evans
Pengarah: Dharma Harun Al-Rashid− Penerbit: Adik Manja Sdn Bhd− Tayangan: Mulai 20 Disember 2012

Dulu, peng hujung era 1970-an, filem Adik Manja arahan Othman Hafsham pernah mencipta fenomena. Filem itu juga melonjakkan nama pelakonnya, Dharma Harun Al-Rashid serta pelakon pembantunya, Adibah Amin hinggakan tokoh wartawan itu meraih trofi Aktres Pembantu Terbaik menerusi Festival Filem Malaysia edisi pertama (FFM1) pada 1980. Malah, Adik Manja juga meraih gelaran Filem Komedi Terbaik dan Skrip Terbaik FFM1.

Selepas 34 tahun filem Adik Manja diterbitkan iaitu pada 1978, kemudian ditayangkan pada 1979, kini pelakon utama filem terbabit, Dharma mengambil peranan untuk menerbitkan semula filem yang pernah memenangi tiga anugerah itu. apakah Dharma menghasilkan filem ini untuk bernostalgia ketika zaman kegemilangannya? Atau, mungkin dia 'merindui' watak cikgu yang dibawanya dalam filem itu bersama gandingannya dulu, Norkumalasari?

Buah tangan sulung
Kini, filem Adik Manja Returns dihasilkan yang menyaksikan Dharma sendiri menjadi sutradaranya, sekali gus ia adalah buah tangan sulungnya dalam pengarahan filem. Menerusi terbitan Adik Manja Sdn Bhd, filem ini juga boleh dilihat sebagai mengembalikan semula ingatan generasi muda terhadap filem hebat yang pernah menjadi boxoffice pada 1979.

Jika dulu, Adik Manja dibarisi Dharma, Norkumalasari, Adibah, Noraini Hashim dan Shasha, kali ini untuk versi 2012 ia dibintangi Rozita Che Wan, Maria Tunku Sabri, Faezah Elai, Juliana Evans dan ramai lagi.

Untuk edisi remake, nyata Dharma dilihat masih mengekalkan formula asal denga n menampilkan kenakalan pelajar perempuan, cuma kali ini ia diangkat pada tahap kolej. Namun, gelagat dan kenakalan pelajar yang menjadi nadi kepada naratif Adik Manja Returns.

Ini menjadikan penonton tidak boleh lari daripada membandingkannya dengan versi asal. Dalam dunia yang sudah berubah, pengarah menyelitkan isu terkini terutama minat golongan muda terhadap perlumbaan drift kereta dan tarian hip-hop serta shuffle, selain plot utama menampilkan konflik antara dua kumpulan iaitu kumpulan Bib (Faezah) dan Su (Juliana Evans).

Namun begitu, konflik digambarkan kurang berkembang baik, sebaliknya lebih menumpukan kepada aktiviti yang dijalankan kumpulan Bib, menjadikan lakonan Faezah Elai dan Jihan (Tam) dilihat lebih menonjol berbanding lakonan Juliana Evans. Begitu juga mutu lakonan yang ditunjukkan Rozita sebagai Pengetua Sofia yang dilihat agak kaku dan kurang berkesan.

Gaya tersendiri

Biarpun lebih dikenali dalam bidang pengacaraan, penampilan Maria Tunku Sabri sebagai Cikgu Dibah juga mempunyai gaya tersendiri membawa watak terbabit tanpa mengikut lakonan asal oleh Adibah. Tidak banyak yang dapat dihuraikan dengan penampilan Dharma sebagai Cikgu Azmi dalam filem kali ini yang dilihat biasa saja tanpa boleh membandingkan watak asalnya yang dicorakkan Hafsham dulu.

Menilai keseluruhan filem ini, dari awal filem lagi penonton disajikan gerak tarian, namun disebabkan terlalu mengikut lagu menjadikan babak-babak berkenaan menjadi sedikit hambar untuk ditonton. Selain itu, untuk menutup kelemahan tarian yang ditunjukkan barisan pelakon filem ini, pengarah memanjangkan babak tarian oleh sekumpulan penari lelaki sedangkan mereka hanya penari undangan dalam filem ini.

Namun, tidak boleh dinafikan filem ini mampu untuk membuatkan penonton ketawa dengan keletah pelakonnya. Mungkin pada minit awal filem ini berjaya menarik penonton untuk mengetahui jalan ceritanya. Filem ini bukannya mengajak penonton untuk lebih mengikuti penceritaannya, sebaliknya lebih untuk berkongsi cerita dengan dunia remaja masa kini.

Bagi mereka yang masih mengingati filem versi dulu, ia lebih menarik untuk dibuat perbandingan apatah lagi untuk melihat suasana latar zaman, gaya hidup, penampilan fesyen pakaian, cara berdialog serta isu semasa yang dikupas.

Senopsis Adik Manja Returns:
Mengisahkan kenakalan pelajar perempuan di Kolej Professional Skill hingga menyebabkan Pengetua Sofia (Rozita Che Wan) terpaksa mengambil khidmat bekas pensyarah lelaki kolej terbabit iaitu Cikgu Azmi (Dharma). Banyak cabaran terpaksa dihadapi Cikgu Azmi bagi memulihkan sikap pelajar di situ, terutama dua kumpulan pelajar yang sering mendatangkan masalah disiplin iaitu kumpulan Bib (Faezah) dan kumpulan Su (Juliana). Filem ini juga memaparkan gaya hidup remaja kini yang gemarkan tarian shuffle dan hip-hop. Namun, Cikgu Azmi menggunakan formulanya sendiri bagi memulihkan dan mendamaikan dua kumpulan pelajar perempuan berkenaan.

Sabtu, 15 Disember 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Masih berahsia

Posted: 14 Dec 2012 11:14 AM PST

Ternyata tidak semua sedia dikongsi gadis berusia 27 tahun ini. Apatah lagi jika disua soalan berkaitan peribadi, bibir Revalina S Temat pasti terkunci kemas. Pernah menjalin cinta dengan Ringgo Agus Rachman, seterusnya dikatakan intim dengan bintang sinetron, Riza Shahab, tiada jawapan pasti diterima daripada pemain utama filem, Perempuan Berkalung Sorban itu apabila disentuh mengenai lelaki.

Persoalan mengenai teman lelaki kembali hadir apabila Revalina muncul berpegangan tangan dengan jejaka yang cuma dikenali Boy ketika meraikan majlis ulang tahun Riza, baru-baru ini. Namun apabila didekati media, gadis berdarah Melayu-Palembang ini memilih untuk bungkam dan membiarkan saja persoalan mengenai peribadinya menjadi tanda tanya.

"Kalau untuk bertanya hal peribadi, saya keberatan menjawab," kata Revalina ketika ditemui pada majlis yang berlangsung di Djakarta Theater, Jalan MH Thamrin, Jakarta Pusat.

Tanda tanya mengenai jejaka yang bertakhta di hati bintang utama sinetron popular, Bawang Merah Bawang Putih dan terbaru, Saranghae, I Love You ini semakin liar selepas percintaannya dengan dua lelaki lain juga berakhir dengan perpisahan. Kelibat Revalina kembali menjadi buruan media apabila sering tampil mesra dengan Riza. Bagaimanapun, Revalina pada bulan lalu membantah antara mereka mempunyai hubungan istimewa.

Namun kemesraan yang dipamerkan apabila dia mencium pipi Riza selepas jejaka itu memotong kek ulang tahun kelahirannya membuatkan media berteka-teki status keakraban mereka.

"Kami sudah lama kenal, malah Riza sentiasa membuat saya selesa apabila bersama.

Saya sudah anggap dia sebagai seorang sahabat, ada ketika seperti bayi. Mengapa masih kaitkan kami? Parah begini kerana saya sudah ada teman lain," kata Revalina pantas menepis segala gosip diperkatakan.
Enggan membiarkan persoalan peribadinya terhenti di situ, susuk tubuhnya yang semakin menyusut turut menimbulkan spekulasi.

Ada mengaitkan Revalina sengaja menurunkan berat badan atas permintaan kekasihnya, namun dibantah keras oleh gadis itu.

Dia mengamalkan diet atas keinginan sendiri kerana mahukan hidup lebih sihat dan bukan ingin kelihatan cantik di mata teman lelaki.

Perkara itu bagi Revalina, tidak wajar dibangkitkan kerana selama ini dia tidak pernah terbuka mengakui mengenai teman lelaki.

Namun, seperti gadis lain yang memasuki usia matang, Revalina juga memiliki keinginan untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi perkara itu tidak pernah menjadi keutamaannya kerana ketika ini, fokusnya lebih terarah kepada membina karier.

"Saya mahu bernikah cuma tidak tahu bila. Saat ini saya hanya menikmati hidup bersendirian, selain memenuhi minat dalam lakonan," katanya.

Oh! Yeahhh...Cik Ta, Is bertunang?

Posted: 14 Dec 2012 11:07 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Pada bulan lalu, dalam ruangan Kak Pora (B*POP - BH Ahad) ada usik-usik hubungan aktres jelita top - Rozita Che Wan (Cik Ta) berkawan baik dengan aktor kacak berusia 30 tahun dari Singapura - Iskandar Shah atau panggilannya ‘Is’. Selepas itu terus ‘malatop’ dunia hiburan!

Jumaat, 14 Disember 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Datuk K kemalangan

Posted: 13 Dec 2012 06:53 AM PST

Siti batal kemunculan di Banjarmasin untuk bersama suami di New Zealand

Sepatutnya semalam, penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, menghiburkan peminatnya di Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia. Namun manusia hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan.

Beberapa jam sebelum konsert berlangsung, Siti menerima berita buruk menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan suami tercinta, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, terbabit dalam kemalangan sewaktu menunggang motosikal berkuasa tinggi di New Zealand.

Hati mana yang mampu tenang pada saat suami ditimpa musibah, sedangkan si isteri tidak berada di sisi untuk menemani? Lantas, keputusan nekad harus dibuat dan Siti akhirnya memilih untuk melupakan hasrat meneruskan siri akhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang. Dia memutuskan untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur.

Walaupun dihimpit perasaan gundah, namun Siti tetap tenang berdepan saat mencemaskan seperti itu, sambil mengharapkan semua pihak mendoakan yang baik-baik saja untuk suaminya.

"Keadaan suami Siti tidak begitu membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil. Cuma, dia mengalami kecederaan akibat patah bahu, tangan dan kaki. Doakan semoga suami Siti cepat pulih," katanya yang akan berlepas ke New Zealand hari ini untuk bersama-sama Khalid, dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa.

Selesai cara baik

Posted: 13 Dec 2012 06:50 AM PST

MIG akan jumpa pihak ATM tamatkan isu pakaian tentera pada majlis resepsi Farid, Diana

Isu pelakon Farid Kamil menggayakan pemakaian istiadat ketenteraan ketika majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini akan ditangani majikannya, Metrowealth International Group (MIG), dalam masa terdekat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, berkata pihaknya tidak terbabit dengan isu pakaian berkenaan yang ditentukan sendiri pihak pengantin.

Bagaimanapun, MIG berusaha untuk menyelesaikan perkara itu dengan cara baik bersama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Sebenarnya, saya tidak mahu komen apa-apa kerana hal ini ingin diselesaikan dengan baik bersama ATM. Kita juga tidak mahu memanjangkan isu ini. Penyelesaiannya juga akan diumumkan kepada media dalam sidang media yang akan diaturkan dalam masa terdekat.

"Saya juga berharap media tidak mengganggu Farid kerana semua isu berkaitan masalah ini sudah diserahkan kepada saya untuk menanganinya," katanya ketika dihubungi HIP, semalam.

Tak menyesal
Malah David berkata, aspek pakaian bukan di bawah bidang kuasanya, tetapi mengakui hanya menjadi perantara antara pihak pengantin dan ATM.

"Pakaian ditentukan sendiri oleh pengantin dan dia juga ada melantik perancang perkahwinan untuk mengaturkan perjalanan majlis resepsinya.

"Saya sebagai majikan hanya menguruskan perkara berkaitan tetamu jemputan dan lokasi, serta memastikan perjalanan acara berjalan dengan lancar," katanya yang tidak terbabit dengan protokol majlis.

Pada masa sama David tidak mahu menyesali apa yang sudah berlaku kerana setiap kesilapan boleh diselesaikan, jika kena dengan caranya.

"Sebagai manusia, saya tidak kesal berlakunya hal ini. Namun, semuanya sudah berlaku dan kita tidak mampu untuk berpatah balik, jadi kita akan betulkan semula apa yang salah dan tangani isu ini bersama ATM secara baik," katanya.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Julia Perez Tiada Permit Untuk Berlakon Di Malaysia

Posted: 14 Dec 2012 12:29 AM PST

julia perez berlakon di malaysia
Akibat keceluparan mulut Julia Perez yang mengutuk drama di Malaysia melalui akaun twitter miliknya sehingga mencetuskan perang twitter diantara Zed Zaidi dan Julia Perez, akhirnya menemui jalan penamat apabila Zed Zaidi selaku presiden Seniman menjalankan siasatan keatas Julia Perez.. Siasatan yang dijalankan akhirnya mendapati Julia Perez telah bekerja atau berlakon di Malaysia tanpa permit yang sah..

Status Julia Perez ketika ini tiada bezanya dengan pekerja asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial yang banyak terjadi dekat Malaysia ni.. Pihak Finas yang menyedari mengenai perkara ini akhirnya membuat serbuan melalui team penguatkuasaan bahagian utara di lokasi pengambaran di Padang Kota Lama.. Namun serbuan tersebut tidak berhasil kerana Julia Perez dikatakan telah pulang ke Indonesia..

Gambar Baby Fasha Sandha Yang Masih Didalam Kandungan

Posted: 13 Dec 2012 07:20 PM PST

fasha sandha mengandung
Fasha Sandha yang kini sedang mengandung 6 bulan dan hanya tinggal beberapa bulan untuk melahirkan baby sulungnya hasil perkahwinan bersama Jejai telah berkongsi gambar anaknya yang masih lagi didalam kandungan.. Fasha Sandha juga bersyukur kerana baby didalam kandunganya sihat dan tiada sebarang masaalah.. MyGosip masih belum pasti lagi jantina Anak Fasha Sandha yang dijangkan akan dilahirkan sekitar awal bulan Febuari ni… Apa pun jantina anaknya nanti mesti comel kan..

Jadi sebelum kita melihat baby sulung Fasha Sandha tu nanti, Jom kita layan dulu gambar baby Fasha yang masih didalam kandungan kat bawah ni…

baby fasha sandha dalam kandungan

Khamis, 13 Disember 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Suami Datuk Siti Nurhaliza Kemalangan

Posted: 13 Dec 2012 12:31 AM PST

Siti Nurhaliza bersama suaminya Khalid Mohamad Jiwa.
PETALING JAYA: Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga suami kepada penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di New Zealand pada Khamis.
Utusan Malaysia pada Khamis melaporkan dalam kemalangan itu Datuk K yang menunggang motosikal berkuasa tinggi patah bahu, cedera pada tangan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.
Siti Nurhaliza yang kini berada di Banjarmasin, Indonesia untuk mengadakan konsert terakhirnya iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang pada malam Khamis dilaporkan terpaksa membatalkan konsert tersebut.
Siti memohon maaf kerana terpaksa membatalkan konsertnya di Banjarmasin, Indonesia.
Sementara itu Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminat kerana tidak dapat mengadakan konsert itu.
"Salam... maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua "team" konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya," kata Siti menerusi Twitter miliknya.
Akibat kejadian itu Siti akan berlepas ke New Zealand pada Jumaat untuk melihat keadaan suaminya bersama kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa.
- ---

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Formula menjadi

Posted: 12 Dec 2012 03:28 PM PST

Lagu duet Tasha, Syed Shamim pikat lebih sejuta tontonan sejak video muzik dimuat turun di laman YouTube

Menyertai artis generasi baru termasuk penyanyi bertudung yang menjadikan laman YouTube sebagai medium menembusi arena seni suara tempatan, Tasha Manshahar, 20, tampil dengan identiti berbeza.

Bersama teman akrab yang sama menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras, Syed Shamim Abdul Kadir, 19, mereka bergabung suara memperkenalkan dendangan ciptaan sendiri, selain menyampaikan lagu saduran popular.

Selepas memuat turun lagu Cuba Teka, Februari lalu diikuti hampir 10 lagu saduran artis antarabangsa dan tempatan, pendengar sudah mengenali mereka sebagai duo. Lagu mereka pantas menarik peminat hingga mencatat lebih sejuta tontonan sejak mula disiarkan.

Menyedari gandingan itu disenangi ramai, Tasha dan Syed Shamim memilih meneruskan duet apatah lagi selepas mendapat lamaran label FMC sejak September lalu.

"Awalnya saya sekadar suka-suka memuat turun video lagu saduran ke dalam YouTube. Tak sangka kecenderungan ini menarik perhatian ramai. Macam lagu Mr Saxobeat nyanyian asal Alexander Stan, ia ditonton lebih 1.3 juta kali. Apabila bertemu kawan 'sekepala' yang memiliki minat sama, kami memilih tampil berdua.

"Sebelum bersama FMC lagi, saya dan Shamim termasuk beberapa rakan lain di bawah kumpulan Clora Studio rancak mengadakan persembahan tidak kira gig, kolej atau majlis perkahwinan.
"Kata orang, selain mencari duit poket, ia mengajar kami lebih menghargai sesuatu. Teman juga banyak membantu termasuk merakamkan lagu dan muat turun video. Hasil persembahan kami berdikit membeli peralatan muzik seperti gitar elektrik dan mikrofon," katanya.

Diusik sama ada hubungan dengan teman duet membabitkan hati dan perasaan, gadis kelahiran Sandakan, Sabah yang juga penuntut tahun pertama Sarjana Muda Perguruan Pengkhususan Bahasa Inggeris itu

Tak jalin hubungan istimewa

Tak jalin hubungan istimewa Ini diakui sendiri Shamim yang mengakui ramai tersalah anggap sedangkan hubungan mereka tidak lebih daripada rakan.

"Bagi saya, Tasha berbakat besar dalam penciptaan lagu dan nyanyian. Sebagai pemuzik, saya kagum dengan kesungguhannya dan sudah tentu berbesar hati dapat bergandingan dengan Tasha.

"Jika dikatakan kami punya hubungan lebih daripada kawan, ia tidak sampai ke tahap itu. Malah, antara kami rapat seperti rakan lain dalam kumpulan Clora Studio. Mujur ibu bapa masing-masing memahami perkara ini," kata anak guru muzik itu.

Andai Tasha belajar bermain gitar dan keyboard sendiri, Shamim pula sejak kecil dihantar mengikuti kelas muzik. Malah akuinya, kecenderungan bapanya turut mempengaruhinya mendalami muzik hingga mengambil jurusan itu di peringkat sarjana muda.

"Saya bertuah punya orang tua yang memahami. Mereka memberi sokongan cuma tetap mengingatkan saya mendahulukan kuliah biar serancak mana pun perancangan dalam arena seni suara," katanya yang berada di tahun pertama pengajian.

Mahu terus muat turun lagu saduran

Berkongsi debaran penerimaan single sulung, Be Mine, Shamim berkata, mereka mengambil peluang cuti semester untuk mempromosikan single itu.

Sekalipun memahami cita rasa semasa berbeza mengikut musim, hakikatnya kemajuan teknologi seperti YouTube dimanfaatkan untuk menyebarkan dendangan mereka kepada khalayak yang lebih luas.

Pendapatnya disokong Tasha kerana berdasarkan hit, lagunya sudah mencecah sejuta tontonan di laman itu, sekali gus mendapat maklum balas memberangsangkan hingga mendorong mereka menghasilkan lebih banyak video muzik.

Konsert kemanusiaan untuk Gaza

Posted: 12 Dec 2012 03:19 PM PST

Kesengsaraan umat Islam di Gaza tidak terlepas dari perhatian pejuang seni yang saban hari dilihat mengambil inisiatif membantu saudara seagama yang menderita di Palestin.

Ini termasuk barisan selebriti dari Bith Sdn Bhd dan AP Entertainment yang menyuarakan rasa benci mereka kepada rejim zionis menerusi lagu, sajak dan tayangan video.

Menganjurkan program Suara Keamanan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perdana Global Dance Foundation, konsert amal yang diberi nama 'Live 2 Rock, Rock 4 Gaza' akan diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 22 Disember ini.

Bakal berlangsung dari jam 10 pagi hingga 11 malam, konsert itu akan dimeriahkan Komuniti Pemuzik Rock Reborn dan beberapa penyajak.

Antara mereka ialah Al Farabi, Insanediary, Night Crawler, Bexter, N' The Boys dan Trimmer. Turut serta ialah Rockvival, Touch Mahal, Nuclear Strikes, Nan and Blues Project, Eddy W.0, Cryo Inferno, Hard Rock Renegade, Ajin dan Eddy Jee.

Kebanyakan lagu dan sajak yang akan dipersembahkan adalah hasil ciptaan Komuniti Pemuzik Rock Reborn. Ia berlatarkan kejadian di Gaza serta mesej keamanan.

Sebanyak 50 peratus daripada hasil jualan tiket 'Live 2 Rock, Rock 4 Gaza' akan disalurkan ke tabung waqaf Gaza. Tiket dijual pada harga RM20 di Stadium Titiwangsa.
Peminat yang mahu menempah tiket boleh melayari laman web sosial Facebook dengan kata carian nama Hardrock Reborn Community.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Anne Ngasri Pilih Baju Kahwin

Posted: 12 Dec 2012 11:09 PM PST

Anne Ngasri
Anne Ngasri yang sudah bertunang dengan jejaka pilihanya, Mohd Sumali Reduan pada bulan November yang lalu dan bakal melangsungkan majlis perkahwinanya pada 22 Disember ini di Jalan Parit Ismail, Benut, Pontian… Tinggal 9 hari lagi sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan pastinya Anne Ngasri dan pasanganya sedang sibuk membuat persiapan terakhir bagi menyambut hari bersejarah mereka..

Menurut laporan Media Hiburan, walaupun ini perkahwinan kedua buat Anne Ngasri, dia masih lagi merasa berdebar untuk menanti saat-saat dinikahkan..

"Jujurnya buat masa sekarang saya masih berdebar untuk menanti saat dinikahkan. Macam mana kali pertama dahulu, samalah juga kali ini. Debarannya tetap sama.Saya mengharap agar majlis yang akan dilangsungkan berjalan lancar."

Menurut Anne Ngasri, majlis perkahwinanya kali ini akan disambut dengan majlis kesyukuran sahaja, tanpa sebarang majlis persandingan.. Pada majlis itu nanti Anne Ngasri bakal mengayakan baju rekaan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail..

Anne Ngasri yang sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan sempat berkongsi gambar baju yang bakal digayakan pada hari bersejarah tu nanti..

Gambar Di Majlis Resepsi Farid Kamil Dan Diana Danielle Di Kedah

Posted: 12 Dec 2012 04:18 PM PST

farid kamil dan diana danielle bersanding di kedah
Tahniah kepada pasangan pengantin baru ni, Farid Kamil dan Diana Danielle kerana telah selamat melangsungkan majlis resepsi belah lelaki bagi menyambut kedatangan menantu semalam.. Majlis persandingan yang berlangsung di Taman Tasik Darulaman di Jitra, Kedah ini dimeriahkan dengan kehadiran lebih dari 4000 orang tetamu yang terdiri daripada para tetamu VIP, sanak-saudara, rakan-rakan dan juga para peminat pengantin baru ni..

Bagi sesiapa yang tak dapat pergi tu, jom kita layan beberapa keping gambar disekitar majlis perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle Di Kedah kat bawah ni.. Farid Kamil dan Diana Danielle nampak berseri-seri pada hari tu..

Gambar: fadzil zahari, Amirul Hakim, MIG, Nabilaa

Rabu, 12 Disember 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tunggu Anita pulang

Posted: 11 Dec 2012 03:00 PM PST

Noorkumalasari mengaku kakak tinggalkan Malaysia kerana terluka

Terluka dan kecewa. Itulah beban emosi yang dikatakan ditanggung Anita Sarawak hingga mendorong diva pop itu pulang ke Amerika Syarikat (AS) secara senyap-senyap, sejak lebih dua tahun lalu.

Bukan krisis rumah tangga, jauh sekali berselisih faham dengan keluarga, insan paling rapat dengan Anita atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nita - bekas pelakon dan model era 1980-an, Noorkumalasari mengakui, hati Anita terluka.
Kak Nita berangkat pulang ke sana secara tergesa-gesa hingga dia tidak beritahu saya. Dia betul-betul terluka, tetapi saya yakin, insya-Allah suatu hari nanti, pintu hatinya akan terbuka untuk pulang ke Malaysia" Noorkumalasari, Adik

"Kak Nita tidak hilang, cuma dia hendak tenangkan hati di AS. Dia berangkat pulang ke sana secara tergesa-gesa hingga dia tidak beritahu saya. Dia betul-betul terluka tetapi saya yakin, Insya Allah suatu hari nanti, pintu hatinya akan terbuka untuk pulang ke Malaysia.

"Saya tidak pernah tanya kenapa Kak Nita berbuat begitu (meninggalkan Malaysia). Ini kerana saya tahu dia tidak akan cerita apa yang berlaku. Tetapi saya tahu sebabnya dan sekarang, saya fikir, mungkin Kak Nita sedar saya sudah tahu apa yang sebenarnya berlaku," luah Noorkumalasari kepada HIP.

Tidak lagi beraksi lincah di pentas seperti di Las Vegas atau tempat lain, Kak Nita dikatakan sedang sibuk mengurus perniagaan malah diva pop itu dikatakan sudah berpindah ke kejiranan baru.

Masih bertemankan suami, Mahathir, Kak Nita dikatakan mahu melupakan sejenak bidang seni bagi mengembangkan perniagaan. Namun, difahamkan, Kak Nita sedia pulang ke Malaysia jika menerima tawaran baru.
"Saya fikir Kak Nita akan pulang apabila ada tawaran. Cuma buat masa sekarang, dia lebih menumpukan perhatian kepada perniagaan dan suami. Dia pun tahu peminat amat merinduinya. Kak Nita akan balik ke sini seperti dulu, ketika dia lama menetap di AS dulu," katanya.

Nafi sekarang berhijab

Menolak dakwaan peminat yang terserempak dengan penyanyi lagu, Seksis itu di Texas, AS, dalam keadaan Kak Nita yang dikatakan sudah berhijab, Julai lalu, Noorkumalasari memberitahu, Kak Nita masih dengan imej lama.

"Beberapa hari lalu, Kak Nita ada hubungi saya beritahu dia sihat bersama suami dan sibuk menguruskan syarikat. Kak Nita beritahu dia masih seperti dulu dan menafikan dakwaan peminat mengenai perubahan dirinya.

"Dia juga beritahu tidak pernah pergi ke mana-mana seorang diri. Malah, jika ada peminat yang menegur, dia tidak akan melarikan diri walaupun dirinya sudah berubah," katanya menjelaskan persoalan itu.

Noorkumalasari mengakui sebagai adik, dia memahami tindakan yang dilakukan Kak Nita apabila terpaksa meninggalkan keluarga dan peminat di Malaysia.

"Dia tidak pernah berkongsi masalah dengan saya, tetapi saya tahu dia rasa kecewa dengan seseorang sebab itu Kak Nita pulang ke AS," katanya.

Noorkumalasari ditemui pada majlis pratonton filem Adik Mana Return di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KERONOLOGI

  • Pada 1985, Anita Sarawak memulakan kerjaya seninya di AS dengan mengikat kontrak dengan Caesar's Palace di Las Vegas.
  • Selepas 20 tahun, Anita pulang ke Singapura dan menetap di Kuala Lumpur untuk meneruskan karier seninya.
  • Sepanjang mengikat kontrak dengan stesen televisyen Astro, Anita mengendalikan rancangannya sendiri termasuk Chef Diva, Agensi Melor, Bersama Anita, Kwek Mambo Anita dan Astana.
  • Anita mengikat kontrak dengan KRU Studios sebagai artis rakaman dan mempunyai dua single berjudul Seksis dan Ular.
  • Kali terakhir Anita ditemui di majlis Minggu Setiausaha Divas Las Vegas pada 6 April tahun lalu sebelum menghilangkan diri.
  • Julai lalu, sekumpulan peminat mendakwa terserempak dengan penyanyi tersohor itu di sebuah pusat membeli-belah di Texas dengan berhijab tanpa ditemani suaminya.
  • Rindu Michael Jackson

    Posted: 11 Dec 2012 02:54 PM PST

    The Jacksons adakan segmen khas hargai jasa Raja Pop pada konsert sulung di Malaysia

    Secara fizikal, jasad adik mereka, mendiang Michael Jackson yang meninggal dunia tiga tahun lalu sudah lama bersemadi. Namun ia tidak bermakna kenangan bersama penyanyi yang mendapat jolokan Raja Pop itu terus lenyap dari ingatan.

    Biarpun tiada lagi suara hebat itu kedengaran, begitu juga tarian moonwalk tanda dagangnya yang pernah menjadi ikutan remaja suatu ketika dulu, namun semangat dan roh bintang tersohor itu tetap teguh menemani anggota kumpulan The Jacksons, sampai bila-bila.
    Bagi kami, Michael tidak pernah mati. Walaupun jasadnya sudah tiada, semangatnya tetap berada di sisi kami sampai bila-bila. Semangat itulah yang kami pinjam, sekali gus menyaksikan The Jacksons kembali bersatu dan mengadakan konsert ini" Marlon Jackson, Anggota The Jacksons

    Perkara itu diakui sendiri anggota kumpulan itu, Marlon Jackson, ketika ditanya mengenai kerinduan mereka terhadap Michael sepanjang mereka mengadakan siri konsert jelajah dunia, Unity Tour, yang dijayakan kumpulan itu ketika ini.

    "Bagi kami, Michael tidak pernah mati. Walaupun jasadnya sudah tiada, namun semangatnya tetap berada di sisi kami sampai bila-bila. Semangat itulah yang kami pinjam sekali gus menyaksikan The Jacksons kembali bersatu dan mengadakan konsert ini," katanya pada majlis sidang media The Jacksons Unity Concert di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, semalam.

    Konsert yang julung kali diadakan di Malaysia itu bakal dilangsungkan di Stadium Negara, malam esok, dan dibawakan khas oleh Offshore Entertainment Production.

    Sebagai bukti semangat adiknya itu masih bersama mereka, kumpulan yang turut dianggotai oleh Jackie, Jermaine dan Tito Jackson itu turut mengadakan persembahan tribute untuk Michael.
    "Memang kami sudah merancang untuk mengadakan persembahan tribute untuknya pada malam itu dan kami akan menyanyikan banyak lagu popularnya dalam segmen terbabit," ujar Jermaine.

    Tak pernah bergaduh

    Hubungan rapat adik-beradik itu memang terserlah dan mereka sememangnya ramah serta gemar berjenaka. Ada saja idea serta usikan spontan mereka untuk membuat wartawan yang hadir ketawa.

    Justeru, apabila ada soalan yang mendakwa mereka pernah bergaduh sewaktu mengadakan siri konsert Victory Tour, 28 tahun lalu, perkara itu dinafikan sekeras-kerasnya.

    Tegas Jermaine, hubungan mereka tetap utuh dan dakwaan kononnya berlaku pergaduhan antara mereka tidak benar sama sekali.

    "Sebelum ini pun ada pertanyaan serupa yang saya terima, iaitu apakah benar kami bergaduh? Mungkin sudah tiba masanya untuk anda semua perbetulkan gosip yang tersebar itu dengan menyatakan, kami tidak pernah bergaduh sepanjang siri konsert itu berlangsung seperti yang tertulis di internet.

    "Kami tidak pernah ada masalah, apatah lagi bergaduh seperti yang didakwa. Tapi saya tak nafikan, ada ketika kami berselisih faham juga, terutama dalam memberikan pendapat. Selepas itu kami baik semula," terangnya sambil dipersetujui tiga anggota yang lain.

    Album baru muat lagu rancak

    Ditanya mengenai penghasilan album baru, Jackie berkata, perkara itu memang ada dalam perancangan.

    "Kami akan pulang ke Amerika Syarikat Ahad ini untuk menyambut Krismas bersama keluarga. Hanya pada Januari kami dapat masuk ke studio untuk merakamkan lagu baru. Selepas itu kami akan kembali mengadakan siri jelajah konsert iaitu pada Februari. Mungkin peminat akan dapat mendengarkan lagu terbaru kami pada masa itu," katanya sambil menjanjikan ada banyak lagu rancak yang boleh membuatkan peminat menggoyangkan kaki tatkala mendengarkan album terbaru mereka.

    Mengulas persembahan yang akan mereka sajikan malam esok, masing-masing sepakat menyatakan konsert itu bakal menghiburkan serta membangkitkan nostalgia buat mereka yang menyaksikannya.

    "Yang pasti kami akan menyanyikan banyak lagu popular kami malam itu dan selebihnya kenalah datang untuk menyaksikannya," janji mereka.

    Pada majlis itu, Jermaine atau nama Islamnya, Mohammad Abdul Aziz turut diberi kejutan oleh pihak penganjur dengan meraikan ulang tahunnya ke-58, yang kebetulan jatuh pada hari ini (semalam).

    Info: The Jacksons Unity Tour
    * Tiket untuk The Jacksons Unity Tour 2012 dijual pada harga RM98, RM198, RM298, RM398 dan RM498.
    * Ia boleh didapati di www.ticketpro.com.my (TicketPro Sdn Bhd) atau dengan menghubungi hotline TicketPro di 03-78807999.

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


    Gambar Di Majlis Pernikahan Zakiah Anas Dan Azmi

    Posted: 11 Dec 2012 09:44 PM PST

    Zakiah Anas nikah
    Tahniah buat Zakiah Anas kerana dia telah selamat di'ijabkabulkan dengan Raja Shahrul Azmi di Masjid Kota Damansara, Selangor kira-kira jam 11.35 pagi tadi.. Zakiah Anas dan Azmi telah dinikahkan oleh kadi, Haji Mohd Arip Johdi dengan masa kahwin sebanyak RM13,500 tunai… Dengan hanya sekali lafaz sahaja mereka berdua telah menjadi pasangan suami isteri yang sah.. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran hampir 50 orang tetamu yang terdiri daripada Kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja..

    Tanpa membuang masa lagi, jom kita layan gambar disekitar majlis pernikahan Zakiah Anas dan Azmi kat bawah ni..


    Sumber & Gambar:mazidul akmal

    Liyana Jasmay tunda majlis nikah

    Posted: 11 Dec 2012 09:02 PM PST

    liyana jasmay tunang
    Liyana Jasmay yang baru pulang ke tanah air malam kelmarin selepas menamatkan kursus enam bulan dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat nampaknya telah menunda tarikh pernikahan dengan tunangnya, Fathuddin Mazlan.. Majlis pernikahan yang sepatutnya diadakan pada 24 Januari depan telah ditunda ke 2 Februari 2013.

    Menurut Liyana Jasmay, Majlis pernikahan tersebut terpaksa ditunda kerana ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakan.. Majlis pernikahan dan persandingan pada 2 februari nanti akan diadakan pada hari yang sama dimana majlis akad nikah akan diadakan pada waktu pagi, manakala majlis persandingan pula akan diadakan di waktu malam… Majlis tersebut bakal dilangsungkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)..

    Nampaknya lambat sikit la kita dapat lihat Liyana Jasmay bersanding diatas pelamin.. Apa-apa pun MyGosip harap segala perancangan Liyana Jasmay dan Tunangnya untuk mendirikan masjid akan berjalan dengan lancar hendaknya..

    Selasa, 11 Disember 2012

    Berita Harian: Hip

    Berita Harian: Hip


    Makin lupa diri?

    Posted: 10 Dec 2012 02:32 PM PST

    [unable to retrieve full-text content]Virus gosip terus menjangkiti pelakon remaja, Elfira Loy, apabila ada pihak mendakwa dia sengaja menyusahkan penganjur dengan sesuka hati menarik daripada sebuah acara amal pada saat akhir.

    Jiwa tetap rock

    Posted: 10 Dec 2012 02:28 PM PST

    [unable to retrieve full-text content]Biarpun muzik yang dibawanya kini lebih terarah kepada irama kehidupan dan kemanusiaan, namun jiwa Ramli Sarip masih kental dengan irama keras itu. Malah penyanyi ini mengaku dia tidak punya masalah untuk mempersembahkan lagu pada zaman kegemilangan kumpulannya, Sweet Charity.

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


    Farid Kamil Hanya Diberi Surat Teguran Dan tidak Dipenjarakan

    Posted: 10 Dec 2012 07:34 PM PST

    farid kami tidak dipenjara 2 tahun
    Baru-baru ini kecoh apabila ada yang mengatakan Farid Kamil bakal berhadapan dengan hukuman penjara 2 tahun gara-gara memakai uniform pasukan keselamatan pada majlis resepsi beliau tanpa meminta izin terlebih dahulu.. Namun cerita tersebut berakhir apabila Farid Kamil hanya akan diberi surat teguran supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut dimasa akan datang…

    Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib menerangkan pakaian yang dipakai oleh Farid Kamil ketika majlis resepsinya tempoh hari tidak mencerminkan anggota beruniform di negara ini… Tetapi Farid Kamil mengenakan pakaian yang cacamarba.

    "Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat.

    "Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara,"

    Tambah Rahimah lagi, tindakan mencampuradukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar dilakukan.. sehubungan dengan perkara itu, Pihaknya akan menghantar surat teguran agar perkara sebegini tidak akan berulang lagi.. Namun tiada tindakan undang-undang yang dapat dikenakan.

    Sumber:Mstar

    Tok Guru Nik Aziz Akan Nikahkan Khairul Fahmi Dan Leuniey

    Posted: 10 Dec 2012 06:27 PM PST

    nik aziz akan nikahkan Khairul Fahmi che mat
    Lagi 18 hari sahaja lagi Penjaga Gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Leuniey Natasha Pada 28 Disember ini.. Majlis pernikahan yang akan diadakan secara sederhana tapi meriah itu akan diadakan di kediaman Leuniey di Wakaf Bharu, Tumpat Kelantan.. Apa yang menariknya, Khairul Fahmi akan dinikahkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz pada hari itu…

    Perkara ini telah disahkan sendiri oleh bapak Leuniey yang baru sahaja menerima surat dari Pejabat Menteri Besar Kelantan, pagi tadi.

    "Alhamdulillah, insyaAllah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,"

    "Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi," katanya.

    Tambah bapak Leuniey lagi, pelamin untuk majlis pernikahan dan majlis resepsi sudah pun mendapat tajaan sepenuhnya oleh N Touch Trade dan Bright Sail…

    Sumber:Murai