Adsense

Isnin, 17 Disember 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Alyah Tidak Berhasrat Untuk Memohon Maaf, Pereka Fesyen Serik

Posted: 17 Dec 2012 12:19 AM PST

alyah
Berikutan luahan hati dua pereka fesyen iaitu Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini di laman twitter sebelum ini, penyanyi Alyah dikatakan tidak berhasrat untuk memohon maaf.. Alyah menjelaskan yang dia tidak akan meminta maaf kerana berasa dirinya dihina dan diaibkan oleh pereka fesyen berkenaan menerusi laman Twitter mereka…

"Maruah saya sudah dipijak-pijak. Mereka telah mengaibkan saya dengan kata-kata yang kurang manis. Buat apa saya perlu memohon maaf tentang perkara itu kerana ia telah dibayar dengan kata-kata hinaan yang diberikan mereka."

"Belum sempat saya nak terangkan sebab-sebab saya tidak memakai pakaian rekaan tersebut, mereka telah menghentam saya di Twitter. Saya rasa dihina,"

Menurut Alyah, beliau bukanya sengaja untuk tidak mengayakan pakaian rekaan mereka berdua.. tetapi pakaian rekaan Hatta dan Rizman mempunyai masalah zip serta beberapa perkara lain. Jelas Alyah lagi, dia bercadang untuk menyelesaikan masalah tersebut secara berdepan serta ingin menjelaskan mengapa pakaian itu tidak dipakai.

"Saya bukannya seorang yang suka melarikan diri daripada masalah. Ada sebab-sebabnya kenapa saya tidak memakai pakaian mereka dan saya enggan memperbesarkan perkara ini."

"Tambah pula Hatta dan Rizman Rizman telah banyak membantu menaja pakaian saya selama ini, jadi saya tak mahulah nak memburukkan keadaan."

"Jika mereka mengatakan saya tamak kerana ingin menggunakan khidmat ramai pereka fesyen hanya untuk sebuah acara cahaja. siapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka akan tahu, setiap majlis anugerah, saya akan bertukar tiga pakaian," jelasnya.

Manakala, Rizman Ruzaini pula mengatakan yang dia sudah serik dan enggan bekerjasama dengan Alyah lagi selepas ini.. Rizman juga menyifatkan yang Alyah tidak profesional dan kejadian ini bukanlah pertama kali.

"Tiga perkara yang menunjukkan Alyah tidak profesional iaitu dia tidak datang dan berbincang dengan kami pakaian yang ingin dipakai, sebaliknya hanya menghantar gambar sebagai contoh untuk kami menghasilkan pakaiannya.

"Kedua, selepas gaun itu siap, dia tidak datang pula untuk mencuba, sehinggalah apabila gaun itu dibawa ke Singapura, ia langsung tidak dipakai.

"Sebelum ini sudah banyak kali saya menghubunginya tetapi tidak berjawab dan semua urusan perbincangan hanyalah menerusi pembantu peribadinya sahaja.

"Kos pakaian itu bukannya murah, ia bernilai ribuan ringgit dan tujuan ia ditaja adalah untuk mempromosikan jenama kami. Cukuplah, ini adalah kali terakhir kerjasama saya dengan dia," ujarnya.

Artikel sebelum ini – Hatta Dolmat Dan Rizman Ruzaini Kecewa Dengan Sikap Alyah

Sumber: Mstar

Datuk K Jalani pembedahan Hari Ini – Kecederaan Agak Serius

Posted: 16 Dec 2012 11:29 PM PST

datuk k kemalangan
Pasti ramai yang ingin tahu perkembangan terkini suami Dato` Siti Nurhaliza iaitu Datuk K yang mengalami kemalangan di New Zealand Khamis lalu sewaktu beliau bersiar-siar dengan menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson.. Melalui portal Murai yang menemubual kakak Datuk K, Datin Zaiton Mohd Jiwa memberitahu yang ketika ini Datuk K sedang menjalani pembedahan di hospital yang terletak di Invercargill, Queestown…

"Pembedahan sedang dilakukan untuk memulihkan semula kecederaan dalaman yang dialami Dato` Khalid selepas tangan, kaki dan bahunya patah akibat kemalangan yang tidak diduga itu."

"Selepas pembedahan ini dilakukan, barulah doktor dapat menentukan sama ada Dato` Khalid fit atau tidak untuk dibawa pulang semula ke Malaysia. Dan, sejak semalam, semua anak-anak Dato` Khalid sudah sampai di sini untuk melihat keadaan bapa mereka."

"Kak Ton pun tak tahu nak cakap apa lagi dan Kak Ton pun tak tahu bila Kak Ton dapat bawa Dato` Khalid balik ke Malaysia. Semuanya bergantung kepada keadaan Dato` Khalid. Tapi, apa yang boleh Kak Ton katakan keadaan Dato` Khalis stabil dan Kak Ton harap ramai yang akan doakan agar Dato` Khalid cepat sembuh," katanya.

Apabila ditanya sejauh mana seriusnya kecederaan yang dialami Datuk K, Kak Ton menjawab kecederaan yang dialami oleh Datuk K memang agak serius..

"Apa yang boleh Kak Ton katakan di sini bahawa kecederaan yang dialami Dato` Khalid memang agak serius," katanya.

Buat semua pembaca MyGosip, Marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan Datuk K, semoga beliau kembali sembuh seperti sebelum ini..