Adsense

Isnin, 10 Disember 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Isu Uniform - Farid Kamil Hanya Ditegur

Posted: 10 Dec 2012 06:27 PM PST

Inilah uniform yang digayakan oleh Farid semasa majlis resepsi perkahwinannya pada 1 Disember lalu telah menjadi pertikaian banyak pihak.
PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil bukan sahaja tidak mendapat kebenaran untuk memakai uniform pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya dengan Diana Danielle tetapi telah mengenakan pakaian yang cacamarba.
Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib berkata, pakaian "istiadat" itu tidak mencerminkan anggota beruniform di negara ini kerana ia tidak selari dengan imej pasukan berkenaan.
"Pada dasarnya baju, seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera Darat.
"Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu adalah anggota Tentera Udara," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Sebuah akhbar menerusi ruangan pojok pada Ahad lalu melaporkan Farid mungkin dikenakan tindakan saman kerana menyalahgunakan pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis resepsi persandingannya yang diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya dekat sini pada 1 Disember lalu.
Farid dan Diana bernikah pada 3 November lepas di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang, dekat sini.
Istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan ini tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis kerana pakaian yang dipakai tidak lengkap.
Tambah Rahimah, sekiranya Farid benar-benar berhajat untuk menyarungkan uniform tentera pada majlis itu, dia boleh membuat permohonan rasmi untuk dipertimbangkan.
Pihak beliau tiada masalah untuk tujuan tersebut kerana selama ini mana-mana penerbit yang ingin menggunakan pakaian tentera bagi watak-watak tertentu dalam filem atau drama akan mendapat nasihat cara pakaian sebenar sebagai seorang anggota tentera.
"Kami tidak menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi langkahnya mencampuradukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara ini adalah tidak wajar," katanya.
Sehubungan itu pihaknya akan menghantar surat teguran kepada Farid supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak mencerminkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini kerana ia bersifat cacamarba.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Urusetia) Jabatan, Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Asisten Komisioner Polis, Zulkifli Alias pula berkata Farid tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap pasukan itu kerana pakaian yang digayakannya tidak melambangkan imej sebenar PDRM.
Farid dan Diana bernikah pada 3 November lepas di Hotel Flamingo By The Lake, Ampang, Selangor.
Malah katanya, istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan itu juga tidak menggambarkan ciri-ciri anggota polis.
"Pakaian yang digunakan semasa "sword bearer" (lalu bawah pedang) itu bukan uniform rasmi polis malah tiada lencana yang dipakai anggota beruniform itu. Jadi ia bukan satu kesalahan. Cuma ia sedikit mengelirukan," jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan Zulkifli memberitahu, Farid hanya mengemukakan surat permohonan rasmi kepada pihaknya untuk menggunakan khidmat pasukan berkuda bagi mengiringi perkahwinannya dan ia telah diluluskan tanpa sebarang masalah.
"Farid telah banyak bekerjasama dengan pihak PDRM sebelum ini dalam pelbagai acara yang mungkin tidak diketahui umum dan rasanya tidak menjadi masalah bagi pihak PDRM untuk membantu melancarkan perkahwinannya.
"Malah beliau juga adalah anggota pasukan simpanan PDRM," katanya.
GAM: Lepas ni mudah la orang awam nak kahwin lalu bawah pedang, pakai cacamarba dan jangan bubuh sebarang logo .... mudah mudah.....
- ---

Datuk Yahya Sulung Diarah Keluar Rumah

Posted: 10 Dec 2012 06:25 PM PST

Yahya dan isterinya, Alisah telah menerima notis daripada DBKL agar mengosongkan rumah mereka kerana gagal membayar tunggakan sebanyak RM800.
PETALING JAYA: Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.
Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.
Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.
"Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan," ujarnya ketika dihubungi pada Isnin.
Alisah memberitahu dia kini menghidap kanser paru-paru.
Aisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.
Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.
Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.
"Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian," katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.
Zed Zaidi
Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi membantu dan menyelesaikan masalah pelakon veteran itu.
Ujar Zed, pihaknya akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan yang tidak dibayar oleh Yahya selain menghulurkan bantuan lain sekiranya perlu.
"Selalunya masalah-masalah begini kami tahu daripada pihak lain dan bukannya daripada ahli Seniman sendiri. Seperti kes Yahya, jika kami tahu lebih awal sudah tentu bantuan diberikan untuk meringankan masalah," ujarnya.
- ---

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Luaskan pengaruh

Posted: 09 Dec 2012 03:20 PM PST

Najwa Latif adakan konsert solo di Singapura 21 Disember

Selepas menawan hati peminat di negara sendiri menerusi beberapa lagu popularnya, penyanyi remaja, Najwa Latif, bakal melebarkan pengaruh ke negara jiran, Singapura, pula.

Peluang itu menjelma apabila gadis berusia 17 tahun ini buat julung kali dipelawa mengadakan konsert sulung di negara terbabit pada 21 Disember ini.
Mungkin juga semua ini disebabkan impak lagu duet saya bersama Sleeq, Untuk Dia" Najwa Latif, Penyanyi

Bukan saja ditawarkan produksi dari sana, Reconstrux Booking, untuk mengadakan persembahan solo, malah penyanyi yang kembali aktif selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini turut diberi peluang memeriahkan pentas persembahan Anugerah Planet Muzik (APM), yang juga diadakan di negara itu.

Teruja dengan dua peluang berkenaan, Najwa yang dihubungi baru-baru ini jelas gembira apabila dapat menjejakkan kaki ke Singapura buat kali pertama untuk menjayakan dua acara terbabit.

"Mula-mula dulu, apabila saya dapat tahu daripada pengurus, saya tidak percaya. Apabila semua sudah ada hitam putihnya, tentulah saya rasa gembira untuk berjumpa dengan peminat di sana. Produksi di sana yang menguruskan semuanya, termasuk jualan tiket," ujarnya.

Impak Untuk Dia
Menurut penyanyi Cinta Muka Buku dan AdaMu ini, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke Singapura sebelum ini. Justeru, dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila peluang keemasan begitu dihulurkan kepadanya.

Apatah lagi kali ini dia bukan hanya dapat berkunjung ke negara itu, malah dapat pula menghiburkan peminat di sana.

"Mungkin juga semua ini disebabkan impak lagu duet saya bersama Sleeq, Untuk Dia.

"Saya akan menyanyikan 10 lagu pada konsert terbabit. Jika diberi peluang seterusnya selepas ini, mungkin saya akan ke negara jiran yang lain pula.

"Sebelum itu, saya juga akan terbabit dengan APM. Inilah persembahan pertama saya pada acara yang cukup gah itu," katanya yang dicalonkan dalam dua kategori pada anugerah terbabit, iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Artis Baru Wanita) dan Ikon Media Baru.

Calon awal bagi kategori Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 ini bagaimanapun tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk pulang dengan trofi anugerah serumpun itu. Katanya, dicalonkan pada peringkat akhir saja sudah cukup membuat dirinya rasa dihargai.

Album kedua dalam pembikinan

Sementara itu, Najwa memaklumkan, single terbarunya berjudul Sahabat, duet bersama Sleeq dan Sham Kamarul baru saja dilancarkan.

Kembali sibuk dengan undangan persembahan di dalam dan luar negara, dia kini turut berusaha menghasilkan album kedua, yang akan dikeluarkan tahun depan.

Sedang menyiapkan beberapa lagu untuk dimuatkan dalam album berkenaan, Najwa terus bekerjasama dengan kakaknya, Ika, dalam penghasilan album terbaru itu. Jika dia lebih kepada penghasilan melodi, Ika pula bertanggungjawab sebagai penulis lirik.

"Buat masa ini saya sudah menghasilkan 12 lagu. Begitupun, saya belum memutuskan jumlah lagu yang akan dimuatkan dalam album kedua ini," katanya.

Peluang kedua

Posted: 09 Dec 2012 03:17 PM PST

Kisah silamnya sudah dilontar jauh dari lubuk hati, tetapi memori itu tidak pernah padam dalam ingatan. Ia sedikitpun tidak mematahkan semangat Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy untuk bangkit semula dan mencari arah baru dalam hidup.

Biarpun sudah dijatuhi hukuman setimpal, Benjy mengakui segala-galanya masih terpahat dalam ingatan masyarakat. Walaupun ada yang memandang sinis, masih ada yang sudi membantunya meneruskan kehidupan seperti dulu.
Alhamdulillah, kehidupan saya semakin baik. Saya sibuk menguruskan perniagaan dengan kawan selain menjaga emak yang masih terlantar sakit di rumah" Benjy, Pelakon

Berdepan situasi sukar untuk hidup normal dan mengambil masa yang lama untuk berdepan dengan masyarakat, semuanya bukanlah perkara mudah. Bagi Benjy, hidup mesti diteruskan dan tidak selamanya dia mampu bersembunyi dalam kegelapan.

"Alhamdulillah, kehidupan saya semakin baik. Saya sibuk menguruskan perniagaan dengan kawan selain menjaga emak (pelakon Azean Irdawaty) yang masih terlantar sakit di rumah.

"Saya sudah bebas sepenuhnya, boleh bergerak ke mana saja dan membuat kerja. Walaupun orang tahu kisah lalu saya, tetapi masih ada yang sudi membantu untuk saya bangkit semula," katanya.
Bekal mesin ais segera

Bersama rakan menguruskan bisnes membekalkan mesin ais segera, IceKool4u, pelakon berusia 34 tahun ini berharap perniagaan yang masih hijau di Malaysia itu menjadi sumber rezeki buat dia sekeluarga.

Bukan tidak mahu kembali dalam dunia lakonan, sebaliknya, Benjy merasakan masa belum sesuai untuk dirinya muncul di kaca televisyen (TV) atau layar lebar.

Benjy bagaimanapun akan berlakon jika tawaran yang diterima datang daripada teman baiknya.

"Buat masa sekarang, biarlah saya berehat daripada dunia seni. Ini kerana perniagaan yang saya usahakan ini masih baru, jadi ia perlukan perhatian. Saya akan berlakon jika tawaran itu daripada rakan-rakan.

"Memang ada tawaran diterima tetapi saya terpaksa menolaknya. Ini kerana saya fikir masanya belum tiba. Saya terima tawaran untuk terbabit dalam teater Tattoo Gestapo ini disebabkan pelakon Pekin Ibrahim," katanya.

Sahut cabaran pentas teater

Melihat penampilan dirinya yang agak terurus dan makin sihat, Benjy yang ditemui selepas pementasan teater Tattoo Gestapo bersama Pekin Ibrahim, Azman Hassan dan Kushairy, tidak menolak jika ditawarkan untuk berlakon teater.

"Saya terima tawaran ini kerana skripnya menarik dan disebabkan kawan. Kalau orang lain, agak susah, tetapi untuk kawan, saya tidak akan menolak," katanya.

Teater arahan Wan Azli Wan Jusoh itu mengisahkan dua teman baik, Lokman (Benjy) dan Mustafa (Pekin) yang bertugas sebagai warden penjara. Namun, kisah silam Mustafa membuatkan dia membenci Lokman kerana menghancurkan rumah tangganya.

Sikap ego Lokman yang berpangkat menyebabkan dia hilang pertimbangan dan sanggup membunuh temannya itu. Ketakutan dalam dirinya membuatkan dia bertemu dengan seorang banduan iaitu bayangannya sendiri yang sedang menanti hukuman gantung.

Dia meminta banduan terbabit menyelesaikan misteri mimpinya. Hanya keampunan pada diri sendiri menjadi jawapan yang dicari Lokman.

Meskipun ringkas, teater 30 minit itu padat dengan mesej dan penuh dengan estetika seni di sebalik penceritaannya. Skrip yang mudah difahami dengan permainan emosi dan penghayatan pelakon membuatkan perasaan penonton tersentuh.

Teater yang dipentaskan di studio Free.Space@KakiSeni di SSTwo Mall, Petaling Jaya, selama empat hari pada 22 November lalu itu turut mendapat sentuhan pelakon dan pengarah, Nam Ron sebagai pengarah artistik.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Designer Dakwa Neelofa Kurang Ajar Dan Tak Profesional

Posted: 09 Dec 2012 09:22 PM PST

tweet neelofa kurang ajar
Designer yang bertanggungjawab menyediakan pakaian untuk Neelofa bagi sebuah program wanita di stesen TV baru-baru ini, nampaknya tidak berpuas hati dengan sikap Neelofa.. Entah dimana silapnya, Designer yang bernama Nurita Harith telah mengeluarkan tweet yang mendakwa Neelofa kurang ajar serta tidak profesional..

Tweet dia berbunyi : "Harap semalam merupakan kerjasama terakhir saya bersama budak perempuan Neelofa. Sangat kurang ajar dan tidak professional."

Apakah punca dan penyebab Designer tersebut mengeluarkan status sebegitu rupa, masih lagi belum diketahui.. Adakah benar Neelofa bersikap kurang ajar dan tidak profesional?, Kita tunggu sahaja penjelasan daripada Neelofa nanti.. Tapi cara Designer ni mengeluarkan tweet tu tersangat lah profesional…

Sumber:Murai

Gambar Di Majlis Pertunangan Shah Jaszle Dan Redzwani Puteri

Posted: 09 Dec 2012 07:00 PM PST

Pertunangan Shah Jaszle Dan Redzwani
Tahniah kepada Shah Jaszle kerana beliau telah selamat bertunang dengan Redzwani Puteri pada hari sabtu yang lepas.. Majlis pertunangan Shah Jaszle telah diadakan di rumah keluarga perempuan dengan penuh meriah sekali.. Tarikh perkahwinan mereka berdua masih belum diketahui lagi, namun difahamkan Shah Jaszle ingin menamatkan zaman bujangnya secepat yang munkin tetapi keluarga belah perempuan menyarankan supaya mengikut adat..

Tambah pula, Redzwani baru sahaja menamatkan pengajian ijazah kedoktoran dan baru memulakan tugasnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang, pada bulan Oktober yang lalu..

MyGosip harap segala perancangan mereka berdua untuk mendirikan masjid akan berjalan dengan lancar hendaknya.. Apa-apa pun jom kita layan beberapa keping gambar bidikan The Photolicious di majlis pertunangan Shah Jaszle Dan Redzwani Puteri kat bawah ni…

Ahad, 9 Disember 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Santhawan anak didik Cikgu Shafi

Posted: 08 Dec 2012 02:31 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Sekali pandang si cantik ini tak tumpah seperti gadis Melayu. Berusia 23 tahun gadis bernama Santhawan Dew Boonratana ini sebenarnya berasal dari Thailand tetapi dilahirkan di Pulau Pinang.

Produksi Tun Siti Hasmah bantu Gaza

Posted: 08 Dec 2012 02:22 PM PST

[unable to retrieve full-text content]Jika selama ini lena malam Datin Paduka Umie Aida, 38, sering terganggu dalam memastikan kelancaran teater Tun Siti Hasmah. Tetapi kini, tidur malamnya sudah kembali normal selepas berakhirnya pementasan teater arahan kakaknya itu, Erma Fatima.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Di Majlis Pernikahan Betty Banafe Dan Bruce Dargus

Posted: 08 Dec 2012 08:04 AM PST


Tahniah kepada Betty Banafe kerana telah selamat dinikahkan dengan jejaka kacukan Britain dan Lubnan, Bruce Dargus yang juga seorang perunding teknologi… Dengan hanya sekali lafas sahaja mereka berdua telah menjadi suami isteri yang sah.. Majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah villa di Kempas, Johor telah dimeriahkan dengan kehadiran 300 tetamu yang terdiri daripada para VVIP, pihak media dan turut diserikan dengan kehadiran sanak saudara Betty Benafe yang berasal daripada Indonesia.

Betty Benafe yang mengenakan busana putih ala-ala Arab telah menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin dan 5 dulang hantaran iaitu telefon pintar Samsung S3, sebuah Macbook Air, sebuah Apple TV, telekung dan tepak sirih.

Manakala pihak lelaki pula menerima 7 dulang hantaran yang terdiri daripada Al-Quran digital, sehelai songket, set wangian lelaki, tepak sirih, buah-buahan, sejadah dan sirih junjung..

Dikatakan majlis resepsi bagi meraikan kedua-dua pengantin baru ni akan diadakan pada 12 Disember 2012 (Rabu) di Danga Bay Convention Centre, Johor Bahru..

Jadi sementara menunggu gambar di hari persandingan mereka, jom kita layan dulu gambar disekitar majlis pernikahan Betty Banafe dan Bruce Dargus kat bawah ni…

Sabtu, 8 Disember 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


[Gambar] Betty Benafe Sah Isteri Bruce Darghous

Posted: 08 Dec 2012 03:19 AM PST

Selamat Pengantin Baru: Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe dan suami, Bruce Darghous. 


Dengan sekali lafaz, Bruce Darghous, 31, sah diijabkabulkan dengan Betty, 33. Keduanya dinikahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Johor, Ahmad Feisal Mohamed.

Pelamin Untuk Pernikahan
 
Sumber : FB Hazrey.Com
- ---

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Agnes intai dunia

Posted: 07 Dec 2012 03:46 PM PST

Cemuhan jadi pemacu tembusi pentas antarabangsa

Diperkatakan sejak awal tahun lalu selepas melancarkan album, Agnes Is My Name, Agnes Monica bagaimanapun hanya mengunci mulut apabila ditanya mengenai kolaborasinya bersama komposer terkenal antarabangsa, Timbaland.

Spekulasi mengenai kerjasama itu terus marak apabila nama seperti Justin Timberlake, Missy Elliott, Beyonce Knowles dan Britney Spears dikatakan bakal menjadi teman duet penyanyi berusia 26 tahun itu.

Membiarkan perkara itu terus menjadi tanda tanya, Mei lalu, beberapa keping foto dirinya dan Timbaland ketika di studio rakaman tersebar di internet.

Tetapi masih tiada penjelasan kukuh daripada Agnes. Hanya selepas segala-galanya pasti, Agnes akhirnya bersuara mengenai kesungguhannya mahu menembusi pentas antarabangsa, terutama Amerika Syarikat.

"Ramai yang bertanya mengenai projek itu tetapi baru kini saya sedia untuk berkongsi. Ini projek pertama, lagu duet saya dan Timbaland," katanya membongkar rahsia yang lama terpendam.

Bagaimanapun, penyanyi Matahariku dan Teruskanlah itu enggan berkongsi terlalu banyak informasi mengenai kolaborasi itu.

Dia berkata, lagu itu diperkenalkan buat pertama kali pada satu acara anjuran United Nation Children's Fund (UNICEF) di Bali, Isnin lalu.
Acara bertaraf antarabangsa itu, jelas Agnes, turut membahaskan bagaimana golongan muda mampu menjadi pemimpin di negara masing-masing.

Tambah Agnes, lagu duetnya dengan Timbaland itu dipilih menjadi lagu tema bagi acara yang diadakan selama tiga hari itu.

"Semua maklumat mengenai lagu itu akan dimuatkan dalam laman sesawang terbaru saya. Lihat saja di situ nanti.

"Saya akan berkongsi segala hal mengenai apa yang dilakukan selama ini," kata Agnes yang baru meraih empat anugerah pada malam Yahoo! OMG Award pada 24 November lalu.

Memulakan karier nyanyian sejak usia enam tahun, Agnes memiliki tiga album dari 1992 hingga 1996 iaitu Si Meong, Yess!, dan Bala Bala.

Menganjak usia remaja, dia semakin progresif dengan menghasilkan album seperti And the Story Goes (2003), Whaddup A'..?! (2005), Nez (2008), Sacredly Agnezious (2009) dan Agnes Is My Name (2011).

Enggan terperuk di negara sendiri, pemilik nama lengkap, Agnes Monica Muljoto itu mula mengintai pasaran antarabangsa.

Permulaan langkahnya menyerlahkan sisi positif apabila diberi penghormatan sebagai pengacara di American Music Awards 2010 di Nokia Theatre, Los Angeles. Kesempatan itu turut dimanfaatkan Agnes untuk memperdengarkan suara emasnya menerusi duet bersama Christian Chavez.

Pernah dicemuh

Agnes juga pernah diberi penghormatan merakamkan lagu duet, Said I Love You... But I Lied dengan Michael Bolton yang dimuatkan dalam album penyanyi itu, Gems: The Duets Album untuk pasaran Asia.

"Lumrah jika ada yang memperkecil, malah mencemuh usaha ini tetapi saya jadikan itu sebagai pemacu untuk membuktikan diri. Memang ia meletihkan tetapi paling penting, saya harus mengubah pandangan negatif orang lain menjadi positif. Penghargaan itu bonus kerana lebih utama, bagaimana kita dapat sampai ke destinasi yang ingin dituju. Proses pembelajaran yang panjang itu membuat saya menjadi lebih baik," katanya.

Baru saja diiktiraf Artis Asia Terbaik - Indonesia di MNet Asian Music Awards (MAMA) 2012 di Hong Kong pada 30 November lalu, Agnes juga dalam rangka untuk konsert besar akhir tahun ini.

Konsert penghargaan sempena usia pembabitannya yang ke-20 dalam bidang seni itu katanya, bakal membawa pelbagai kejutan termasuk memperkenalkan beberapa lagu terbarunya.

Pada masa sama, Agnes turut menggarap pembikinan muzik video terbarunya, Muda yang menterjemahkan dirinya yang sebenar.

"Saya bangga menjadi diri sendiri dalam klip video itu. Muda adalah lagu yang memberi inspirasi atau pembakar semangat untuk orang muda supaya optimis dalam meraih mimpi dan cita-cita. Lirik lagu itu terlalu peribadi, malah saya belum pernah menghasilkan karya yang menyentuh semua orang yang mempunyai mimpi untuk mewujudkan cita-cita mereka," katanya.

Mesti Tonton: Detektif mangsa balas dendam

Posted: 07 Dec 2012 03:33 PM PST

Filem Alex Cross bawa penonton ikuti cabaran hidup pegawai polis

Kisah polis terus diangkat penerbit Hollywood sebagai subjek di layar perak. Di bawah sentuhan Rob Cohen, filem Alex Cross yang membawa penonton mengikuti perjalanan hidup dan kerjaya mencabar detektif bernama Alex Cross lakonan Tyler Perry, juga pakar psikologi yang menjadi mangsa balas dendam penjenayah psiko.

Andai sebelum ini Tyler lebih dominan dengan watak komedi, dalam filem yang diadaptasi daripada novel Cross tulisan James Patterson, dia tegar dengan memek serius namun sesekali tetap berjenaka.

Bertugas di Jabatan Polis Detroit, Alex menjadi penyiasat kes pembunuhan bersama teman karib sejak kecil Tommy Kane (Edward) serta kekasih sahabatnya, Monica (Rachel Nicols), mereka perlu berdepan seorang psiko yang menjadikan mereka sasaran seterusnya.

Pembunuh upahan

Sangkaan Alex, pembunuh upahan lakonan Matthew Fox hanya tertumpu kepada sasaran utama iaitu jutawan Perancis, Jean Reno namun selepas insiden pertembungan ketika berbalas tembakan menyebabkan lelaki itu memasang perangkap.

Mahu memusnahkan kehidupan polis terbabit, isterinya yang hamil anak ketiga ditembak manakala rakan sepasukannya, Monica diseksa hingga mati seperti mangsa sebelumnya.

Mengambil jalan singkat, Alex dan Tommy menggadai kepercayaan sebagai pegawai polis apabila mencuri bahan bukti di tempat mereka bekerja dan kemudian memburu penjenayah terbabit.
Dari segi aksi atau kronologi kisah, Alex Cross bagai tidak jauh berbeza dengan filem kepolisan Hollywood lain termasuk elemen drama sebaik isterinya dikebumikan namun babak penyeksaan terhadap mangsa sengaja dilebihlebihkan bagi meninggalkan impak.

Memotong semua jari mangsa yang separuh sedar akibat disuntik dadah serta meninggalkan lukisan sebagai penanda antara perkara yang dilakukan penjenayah itu biarpun hingga ke akhir tidak dapat dipastikan mengapa pihak penerbit menyelitkan elemen berkenaan.

Sekadar menamakan penjenayah itu sebagai Picasso bersandarkan tinggalan lukisannya, ia tiada impak kepada penonton malah hingga beberapa babak seterusnya diselitkan adegan dia sedang melukis.

Adegan mengerikan

Jangan terkejut jika anda menjangkakan wujudnya babak kejar mengejar kereta seperti yang dipertontonkan Rob dalam filem terdahulunya seperti The Fast and The Furios serta xXx, kerana jika ada pun ia sekadar sekali lalu.

Begitu pun, sutradara yang pernah berkelana ke sebuah perkampungan di Indonesia bijak memanipulasi penggemar aksi apabila menonjolkan banyak adegan mengerikan.

Rob turut mengetengahkan babak terakhir di lokasi yang dianggap memberi aura baru dalam hidupnya, Indonesia apabila menonjolkan Bali sebagai tempat bersembunyi.

Biar hanya sekilas pandang, latar sebuah resort tepi laut di pulau eksotik itu mampu 'menangkap' perhatian khususnya bagi penonton di sini semetelah bahasa digunakan adalah serumpun.

Jarang penerbit Hollywood mahu menonjolkan keunikan masyarakat Timur tetapi menerusi Alex Cross, kita disajikan dialog Indonesia termasuk membabitkan watak kepala perancang segala konspirasi, Jean Reno.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Youtube – Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 4

Posted: 07 Dec 2012 07:19 AM PST


Bagi sesiapa yang tak dapat tengok MahaRaja Lawak Mega 2012 kat Astro, jom kita layan video youtube kat bawah ni sementara masih boleh.. bagi persembahan minggu ke-4 ni, kesemua peserta akan membuat persembahan bertemakan "Mengayat".. Buat masa ni hanya ada beberapa persembahan yang sudah di upload.. kami akan update kumpulan yang lain jika ada nanti.. Layann….

SayWho

PiMai

Jambu

Shiro

Balas

Sabon

R2

DaDiDu

Jozan

Bandung Jokers

Boboi

Penyingkiran

Jumaat, 7 Disember 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Fahrin cari jodoh

Posted: 06 Dec 2012 06:03 AM PST

Pengalaman perit dua kali cinta kecundang di tengah jalan masih berbekas di hati jejaka ini. Walaupun sudah beberapa tahun peristiwa pahit itu berlaku dan bekas kekasih sudah pun mempunyai kehidupan sendiri, namun amat sukar untuk Fahrin Ahmad melupakan apa yang pernah terjadi.

Disebabkan terlalu kecewa dengan apa yang berlaku, Fahrin secara jujur mengakui, dia sudah serik untuk memilih teman wanita dalam kalangan penggiat industri seni. Pengakuan itu bukanlah untuk merendahrendahkan gadis kelompok itu, cuma kata aktor berusia 33 tahun ini, pengalaman dua kali bercinta dengan wanita dari lapangan sama, tetapi berakhir dengan perpisahan sudah cukup membuatkan dia serik.

"Selepas ini, jika ditakdirkan saya ingin bercinta, saya tidak akan memilih wanita yang sama bidang dengan saya. Pada saya, mereka (wanita dari bidang seni) sudah tidak menarik lagi, sama seperti judul lagu penyanyi Arrora Salwa. Selepas apa yang saya lalui, minat saya terhadap wanita dari kalangan ini makin berkurangan.

"Walaupun saya percaya jodoh itu ketentuan Ilahi, tapi saya akan cuba menghindarinya," ujar Fahrin ketika ditemui pada majlis sidang media Malam Amal Tahajjud Cinta di Kuala Lumpur, kelmarin.

Biarpun ada yang berpendapat lebih mudah jika beristerikan wanita dari bidang sama kerana lebih memahami, namun tegas Fahrin, perkara itu sudah tidak relevan lagi.

"Bagi saya, amat sukar jika kedua-duanya popular dan menjadi perhatian masyarakat. Saya tak nafikan bila berpacaran dengan orang luar dari bidang seni, cabaran lain tetap ada cuma pandai-pandailah kita mengatasinya," katanya.

Meskipun ramai yang ternanti-nanti bila Fahrin bakal menamatkan zaman solo termasuk kedua-dua orang tuanya sendiri, kata pelakon yang berasal dari selatan tanah air ini, dia tidak pernah terdesak untuk cepatmendirikan rumah tangga.
"Buat masa ini, saya belum lagi tertekan untuk berkahwin. Status saya masih lagi single and available.

Kalau melihat jadual kerja saya yang sentiasa sibuk ini, nampak gayanya sehingga tahun depan saya tidak nampak bayangan yang saya akan naik pelamin. Saya juga tidak ada sasaran usia berapa yang sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga.

"Cuma apabila usia saya mencecah 35 tahun dan saya masih tidak mempunyai sesiapa untuk dijadikan calon isteri, waktu itu saya sudah tak kisah jika orang tua yang carikan jodoh untuk saya. Saya terbuka untuk apa saja peluang yang datang," katanya.

Ditanya apa kesudahan hubungannya dengan penerbit iaitu Adila Ramly seperti yang pernah digembargemburkan sebelum ini, Fahrin berkata, tiada apa yang dapat diceritakan kerana mereka tidak menjalin hubungan istimewa.

Beralih kepada cerita kerjayanya, Fahrin berkata, jika tiada aral melintang, dia akan terbang ke Abu Dhabi untuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri terbitan Zeel Productions berjudul Rindu Bertamu, Ahad ini.

"Saya akan berada di sana selama sebulan untuk menjayakan penggambaran drama untuk slot Akasia. Drama itu turut dibintangi pelakon Tasha Shilla dan Shah Jaszle," katanya.

Selain sibuk berlakon, Fahrin juga terbabit dengan memberi ceramah motivasi kepada generasi muda bersama seorang rakan kongsi.

Filem BoBoiBoy temui peminat

Posted: 06 Dec 2012 05:59 AM PST

Meskipun baru dua tahun diperkenalkan, siri kartun animasi BoBoiBoy mencipta sejarah tersendiri apabila mencatatkan jumlah tontonan tertinggi di negara ini, dengan purata 2.5 juta penonton seminggu.

BoBoiBoy yang dihasilkan Animonsta Studios ini juga diiktiraf sebagai jenama antarabangsa yang muncul sebagai rancangan kedua paling popular di saluran Disney pada tahun ini, berdasarkan undian dibuat membabitkan 16 negara.

Melihat sambutan yang begitu memberangsangkan, Pengarah Urusannya, Nizam Razak, sedang mengusahakan penghasilan BoBoiBoy versi filem, untuk tontonan yang lebih meluas lagi.

Jika sebelum ini, siri kartun animasi BoBoiBoy ditayangkan di 16 negara seperti Singapura dan Indonesia, bagi filem pula, pihak produksi berhasrat untuk memasarkannya di Vietnam dan Filipina.

"Mengikut perancangan, filem BoBoiBoy akan keluar paling awal pun pada Disember tahun depan dan paling lambat pada Jun 2014. Ketika ini, kami masih dalam proses praproduksi, dengan skripnya juga sedang ditulis.

"Kalau diikutkan jangka masa untuk menghasilkan filem animasi, ia mengambil masa dua hingga tiga tahun, tetapi dengan teknologi yang kita ada, kami akan siapkan dalam 12 hingga 16 bulan.

"Mungkin ada pertambahan dari segi watak, manakala elemen pengembaraan semestinya lebih daripada animasi yang ditayangkan di TV," kata Nizam.
Mungkin ramai yang tak tahu, 55 peratus penonton BoBoiBoy terdiri daripada golongan dewasa. Justeru, kata Nizam, mereka ingin menghasilkan sebuah karya yang boleh menjadi hiburan buat seisi keluarga.

"Perbelanjaan untuk menghasilkannya kami anggarkan sebanyak RM4 hingga RM5 juta. Jumlah itu pun belum muktamad kerana kami ingin mengedarkan filem ini ke luar negara, jadi mungkin perbelanjaannya akan terus bertambah," katanya yang akan menerbitkan siri TV BoBoiBoy musim ketiga pada tahun depan.

Selain mengeluarkan filem, pihak Animonsta Studios juga baru saja menandatangani kerjasama bersama Kuwait Finance House (KFH) Malaysia, untuk penajaan siri pengumuman khidmat masyarakat yang mengetengahkan karakter Yaya.

Nizam berkata, kerjasama itu adalah usaha untuk menghasilkan animasi yang berteraskan nilai positif dan bermoral kepada masyarakat, menerusi pesanan khidmat yang diberi tajuk Apa Kata Yaya?

Majlis sidang media mengumumkan kerjasama itu yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota turut dihadiri Pengurus Besar KFH Malaysia, Datuk Jamelah Jamaluddin.

Pihak produksi juga akan menganjurkan sebuah karnival yang diberi nama Dunia Futuristik BoBoiBoy pada tahun depan dan kebanyakan aktiviti akan diadakan pada musim cuti sekolah, khusus buat hiburan santai untuk seisi keluarga.

Sementara itu, tidak mahu hanya menghasilkan BoBoiBoy, Nizam juga berminat menghasilkan animasi baru untuk siaran TV, yang dijangka menemui penonton pada tahun depan.

Khamis, 6 Disember 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Nikah semula

Posted: 05 Dec 2012 07:16 AM PST

Jika tiada aral melintang, usaha Datuk Aziz Sattar, 87, untuk kembali ke pangkuan bekas isterinya, Hashimah Delan, 54, bakal menjadi kenyataan.

Menurut pelakon veteran itu, pada dasarnya Hashimah sudah pun menyatakan kata persetujuannya dan niat suci itu bakal terlaksana dalam masa terdekat ini.

"Insya-Allah, kami akan nikah semula dalam masa seminggu dua ini. Bukan sengaja mahu menangguhkan perkara yang baik, cuma kebetulan saya sibuk menjalani penggambaran dan juga dimasukkan ke hospital kerana kurang sihat.

"Kami bercerai pun secara baik dan dia juga sudah bersetuju untuk kembali semula kepada saya," ujar Aziz kepada HIP.

Aziz menceraikan pasangannya itu pada pada 3 Mac lalu, kira-kira jam 6.30 petang.

Sejak tersebar khabar mengenai perpisahan pasangan itu, media cuba mendapatkan kenyataan pelakon ini.

Malangnya, dia seakan cuba mengelak untuk ditemubual, selain memberikan kenyataan yang seakan menafikan cerita terbabit.
Mengulas lanjut perkara itu, Aziz menjelaskan, bukan niatnya untuk cuba melarikan diri atau cuba menyembunyikan kisah perceraiannya daripada pihak media, seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Cuma katanya, dia tidak mahu perkara itu diperbesarkan kerana mereka berdua masih percaya rumah tangga yang dibina pada Disember 2006 masih ada ruang untuk diselamatkan.

"Saya tak mahu apabila terlalu bercerita soal perceraian, ada orang yang akan mengambil kesempatan. Maksud saya, ada pihak lain nanti yang akan cuba memecah-belahkan lagi hubungan kami dengan cara menghasut.

"Sebelum ini, pernah ada pihak yang cuba mengapi-apikan saya untuk terus bercerai dengan Hashimah. Atas alasan itulah saya lebih selesa mengunci mulut daripada bercerita soal perceraian ini kepada umum," tegasnya.

Kata Aziz lagi, walaupun mereka sudah bercerai hampir sembilan bulan lalu, namun hubungannya dengan bekas isterinya masih baik.

"Terus terang saya akui perceraian ini adalah satu kesilapan. Pada masa itu, fikiran dan perasaan saya tidak tenang kerana berlaku perselisihan faham kecil antara kami. Lagipun pada masa itu saya penat dan baru pulang dari Kuantan, Pahang, pada sebelah tengah hari. Apabila berlaku perselisihan faham, tiba-tiba terkeluar lafaz cerai.

"Pada saya, kedua-dua pihak bersalah dalam hal ini. Saya ada buat silap, dia juga ada buat silap. Semoga perpisahan ini akan menjadi pengajaran buat kami untuk meneruskan hidup berdua pada masa akan datang," ujarnya mengharapkan yang terbaik menerusi peluang kedua yang diberikan itu.

Lebih RM40j royalti dipungut

Posted: 05 Dec 2012 04:00 AM PST

Bayaran royalti yang berjaya dikumpulkan Persatuan Perlindungan Hak cipta Karyawan Muzik (M) Berhad (MACP), bagi tahun 2011 mencatat angka tertinggi dalam tempoh 17 tahun dengan jumlah melebihi RM40 juta.

Selama ini, bayaran itu dipungut daripada stesen radio, televisyen, tempat awam dan menerusi telefon bimbit. Namun, dengan kepesatan penggunaan laman sesawang, YouTube kini turut menjadi antara penyumbang utama.

Pengurus Besar MACP, Chan Miew Lan, berkata komposer dan penulis lirik akan terus menikmati imbuhan daripada penghasilan karya mereka sekiranya tiada campur tangan pihak lain.

Jika ia berlaku, tidak mustahil satu hari nanti pengkarya tidak akan 'merasa' lagi imbuhan seperti itu.

"Setakat ini MACP satusatunya badan berlesen yang diiktiraf kerajaan. Sekiranya ada banyak badan yang dilantik bagi mengutip royalti, perkara itu akan menjejaskan pengguna muzik hari ini.

"Mereka akan keliru, kepada siapa wang royalti harus diberikan?

Kita tidak mahu disebabkan kekeliruan, pengguna enggan melakukan pembayaran lagi. Akibatnya komposer dan penulis lirik kita tidak lagi akan dapat menikmati habuan setelah bersusah payah berkarya," katanya yang ditemui pada Malam Mesra Anugerah MACP 2012 di Hotel The Royale Bintang Damansara, kelmarin.
Pada malam berkonsepkan Malar Segar itu, komposer dan penyanyi tersohor, Datuk M Nasir, terus unggul apabila menerima Anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak buat kali ke13.

Melihat dua lagi calon yang tersenarai dalam kategori itu, jelas sekali lagu lama masih kekal relevan dan terus menjadi pilihan tertinggi.

Malah lagu malar segar turut mengatasi lagu kelompok baru.

Komposer lain yang berjaya disenarai pendek ialah pencipta yang banyak menghasilkan lagu buat kumpulan UK's, Spring, Wings, Damasutra dan banyak lagi, Saari Amri. Dia pernah memenangi kategori ini sebanyak tiga kali.

Sementara seorang lagi komposer yang disenaraikan ialah Edry Abdul Halim.

M Nasir ketika ditemui berkata, dia akan terus menghasilkan lagu.

Cuma, apakah lagu yang dihasilkannya terus diminati terpulang kepada cita rasa mereka yang mendengarnya.

"Keinginan untuk terus menghasilkan lagu tidak akan terhenti setakat ini. Cuma saya tidak pasti apakah lagu yang bakal dihasilkan nanti lebih bagus atau tidak. Penyanyi turut memainkan peranan sama ada dia berjaya menyampaikan lagu itu dengan baik ataupun sebaliknya.

"Saya akan tetap buat silap. Saya juga akan sentiasa mencari penyanyi yang saya rasa mampu membawakan lagu saya. Tetapi, jika tidak diterima, ia bukan bidang kuasa saya. Kadang kala dunia nyanyian ini juga melihat kepada pakej. Ada suara tapi tidak ada rupa pun susah untuk diterima.

Bagi saya, lebih baik ada suara daripada berbekalkan rupa sematamata," katanya yang sudah menghasilkan lebih 1,000 lagu sehingga kini.

Tambah Nasir, tiada formula khas untuk memastikan lagu yang dihasilkan sedap dan seterusnya dapat diterima peminat. Apa yang penting ialah ilham dan ia juga, katanya, lebih kepada unsur kerohanian.

Sementara itu, bagi Anugerah Penulis Lirik Dengan Pendapatan Terbanyak, ia menjadi milik Habsah Hassan, yang banyak menghasilkan lirik puitis untuk penyanyi seperti Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Zaiton Sameon, Francissca Peter, Datuk Khadijah Ibrahim dan ramai lagi.

Anugerah Nadi Cipta pula diberikan kepada penyanyi yang mendapat jolokan Papa Rock, Ramli Sarip. Penganugerahan itu diberikan kerana sumbangan artis itu yang sudah sekian lama mewarnai industri muzik.

Bukan saja aktif sebagai penya nyi, bahkan Ramli turut menyumbang karyanya dalam bentuk ciptaan lagu dan lirik.