Adsense

Jumaat, 9 November 2012

borak kosong

borak kosong


Lady Gaga Bermain bolasepak Jalanan di Brasil

Posted: 09 Nov 2012 09:30 PM PST


detail berita


Sumber 

Indahnya Seni Al-Quran Diatas Batu Permata

Posted: 09 Nov 2012 09:00 PM PST


Seorang seniman asal Iran, Raein Akbar Khanzadeh berhasil menyalin Alquran ke dalam dua lembar perak dan platinum. Lembaran-lembaran itu disusun dengan 2500 batu permata 20 karat, serta 10 karat batu rubi dan safir. Alquran salinan bertahta batu permata ini memiliki berat 6 kg.
Indahnya Seni Al-Quran Diatas Batu Permata

Khanzadeh berhasil menyelesaikan projek ini dalam waktu 10 bulan. Dia tidak meminta sponsor dari pihak manapun untuk menyelesaikan projeknya itu. Khanzadeh menghabiskan wang 150 ribu dirham miliknya sendiri untuk membeli berbagai perlengkapan yang diperlukan.

Menurutnya Alquran bukanlah alat untuk mencari keuntungan oleh kerana itu kesuciannya harus dijaga.

"Saya tidak mencari sponsor kali ini dan saya menghabiskan semua yang saya peroleh dari projek sebelumnnya. Sponsor mengarah pada komersialisasi dan saya tidak menyukai itu. Kita harus menghormati kesucian Alquran dan 
tidak menggunakannya untuk mencari wang," papar Khanzadeh, sebagaimana dikutip dari Al Arabiya News.

Khanzadeh memiliki bakat luar biasa yang dibawa sejak lahir. Dia mampu membaca dan menulis huruf berukuran 30 kali lebih kecil dibanding ukuran normal dengan mata telanjang.

Selama 12 tahun dia telah menjalani profesi ini. Bakat yang dia miliki didedikasikan untuk kepentingan Islam. Setiap tahunnya, dia berhasil menyalin Alquran dengan rekor baru yang belum ada sebelumnya.

Tahun ini dia juga telah menampilan salinan Alquran yang terdiri dari 114 bab dan mencakup 604 halaman. Lembaran-lembaran itu berasal dari perak dan berukuran lebih kecil dibanding kertas A4.

Pada awalnya, Khanzadeh merasa khawatir jika penglihatannya akan berkurang seiring dengan bertambahnya usia. Namun rasa khawatirnya itu menghilang karena semakin hari penglihatannya justru semakin tajam terlebih lagi untuk membaca Alquran.

Raein Akbar Khanzadeh adalah seorang muslim yang taat. Dia lulus dari perguruan tinggi dengan gelar studi Alquran dan Matematik. Beberapa tokoh penting menjadi pelanggan setia bagi karya-karyanya yaitu Shaikh Hamdan Bin Mohammad Bin Rashid Al Maktoum, putra mahkota Dubai dan Ketua Dewan Eksekutif Dubai.

Semua karyanya telah diverifikasi oleh Otoritas Umum UEA Urusan Islam. Karyanya terbukti detil dan tidak terdapat kesalahan. Dalam bekerja Khanzadeh tidak menggunakan mikroskop untuk membantu penglihatannya.

Foto: Uniknya Plat Kendaraan Para Pecinta Internet

Posted: 09 Nov 2012 08:30 PM PST


Plat kendaran biasa digunakan sebagai alat pengenal kendaraan biasa plat kendaraan ini berisi no regisrtrasi kendaraan tersebut yang telah terdaftar. Namun jika orang yang memiliki kendaraan itu fanatik dengan hal tertentu seperti internet maka plat kendaraan mereka akan dibuat seunik mungkin sesuai dengan apa yang ia suka. Lihat fotonya di bawah ini :


Sumber 

Kehabisan Darah, Vampire Ini Berusaha Cari Penderma

Posted: 09 Nov 2012 08:00 PM PST

SEATTLE - Mitos vampire tentunya amat menakutkan banyak orang, kerana statusnya sebagai makhluk penghisap darah. Tetapi seorang lelaki Amerika Serikat (AS) yang mengaku dirinya sebagai vampier, justru mencari bantuan derma darah.
 
Lelaki asal Seattle, AS tersebut berupaya mencari penderma darah dengan jalan mengiklankan dirinya melalui internet. Menurut lelaki yang tidak diketahui namanya tersebut, ia tidak ingin menyakiti orang lain dengan mengambil darah sedikit demi sedikit.
 
Menggambarkan dirinya sebagai lelaki berusia 21 tahun dengan mata abu-abu dan berambut pirang, dia mengiklankan diri untuk mencari darah. Caranya pun dinilai cukup ramah.
 
"Kepada yang membaca ini. Maaf saya tidak boleh mencantumkan nama kerana beberapa alasan. Tetapi perlu kalian ketahui bahawa saya adalah vampire," ujar vampir tersebut dalam iklannya, seperti dikutipOrange, Jumaat (9/11/2012).
 
"Saya memerlukan donor darah untuk kepentingan pribadi. Saya menjadi donor darah baik dari laki-laki ataupun perempuan. Tetapi saya lebih memilih penderma dari laki-laki mengingat gender saya juga laki-laki," jelasnya.
 
Vampir itu pun menyebutkan tipe darah yang diinginkannya. Ia lebih memilih darah yang bertipe AB negatif atau O. Menurutnya, kedua tipe darah sudah biasa dia konsumsi. Vampir itu menjelaskan dirinya menerima cara donor darah yang umumnya dilakukan oleh petugas medik, bila para pendermanya enggan untuk digigit.

Ini dia 'the prettiest girl in China' pilihan netizen di China

Posted: 09 Nov 2012 07:30 PM PST




Source: RocketNews24

This article was contributed by the STOMP Team.

Twenty-two-year-old Xin Yuan Zhang is consideredSource: RocketNews24

This article was contributed by the STOMP Team.

Twenty-two-year-old Xin Yuan Zhang is considered the prettiest girl in China presently, and she did not earn this honour through a beauty pageant.

She climbed to fame after being named 'the People's Hottie of China' by netizens.

Considering the fact that there are millions of netizens in China, a country with a population 1.3 billion people, Yuan Zhang's accolade is truly remarkable.

Online comments have stated that her beauty 'transcends trends and projects a calm maturity'.

Xin Yuan Zhang was born in the Hubei province in 1990, and first appeared on the scene in 2008 when a photo of her went viral.

The response was overwhelmingly positive and it was as if her looks had magically catered to everyone's tastes, prompting netizens to say that her beauty was 'one in a billion'.

She graduated from the Central Academy of Drama in Beijing, but as fate would have it, acting had taken a backseat to a career in modelling. presently, and she did not earn this honour through a beauty pageant.

She climbed to fame after being named 'the People's Hottie of China' by netizens.

Considering the fact that there are millions of netizens in China, a country with a population 1.3 billion people, Yuan Zhang's accolade is truly remarkable.

Online comments have stated that her beauty 'transcends trends and projects a calm maturity'.

Xin Yuan Zhang was born in the Hubei province in 1990, and first appeared on the scene in 2008 when a photo of her went viral.

The response was overwhelmingly positive and it was as if her looks had magically catered to everyone's tastes, prompting netizens to say that her beauty was 'one in a billion'.

She graduated from the Central Academy of Drama in Beijing, but as fate would have it, acting had taken a backseat to a career in modelling.

sumber : stomp.com.sg

Wow... Anak Messi Rasmi Jadi Anggota Kelab Newell’s Old Boys

Posted: 09 Nov 2012 07:00 PM PST


Thiago Messi, anak dari bintang bosepak Lionel Messi itu ternyata sudah mendapatkan kad keanggotan dari kelab profesional Argentina, Newell's Old Boys. Bergabungnya Thiago tak lepas dari persetujuan datuknya, Jorge yang juga merupakan ayah kandung Lionel Messi.
Newll's Old Boys bukanlah kelab yang asing bagi Lionel Messi. Kelab ini adalah kela pertamanya sebelum Ia ke Barcelona. Berharap mampu mengahadirkan Messi baru di masa depan, Newell's Old Boys langsung menawarkan Thiago menjadi anggota rasmi kelab.
Thiago Messi
Hal ini memang terlihat seperti lawak, akan tetapi ditanggapi dengan serius oleh kelab Newell's Old Boys. Officialklub akan berangkat ke Barcelona guna memberi dokumentasi rasmi untuk Thiago Messi. Bayi yang lahir pada 2 November lalu  ini akan diberikan replika kostum kelab dengan nombor 10 lengkap dengan namanya.
Thiago terdaftar dengan nombor keanggotaan 288152-1 oleh kelab Newell's Old Boys

Lelaki penggal kepala wanita ekoran berang hasut isteri supaya bercerai

Posted: 09 Nov 2012 06:30 PM PST


CHIANG MAI: Seorang lelaki daripada etnik Lahu mengakui membunuh dan memenggal kepala seorang wanita yang dikatakan cuba menghasut isterinya agar meninggalkan dirinya.
Polis semalam menerima laporan mayat seorang wanita ditemui dekat air terjun Mae Wang Noi di tambon Ban Luang, di daerah Chom Thong.

Polis menemui mayat wanita tanpa kepala itu bersebelahan dengan air terjun berkenaan. Kepalanya dan batang buluh berukuran satu meter serta sebilah pisau turut dijumpai di sekitar tempat kejadian.


Mayat itu dikenal pasti identitinya sebagai Sirikarn Pisitphonom, 34, dari daerah Fang dan kawan kepada isteri suspek.

Polis kemudian bergegas ke kediaman suspek yang dikenali sebagai Bu-ei, 22, tetapi dia sudah bersedia untuk menyerah diri. Dia mengakui membunuh mangsa dengan memukulnya beberapa kali dengan batang buluh sebelum memenggal kepala mangsa dengan pisau. Polis berkata, suspek berang kerana mangsa cuba menghasut isterinya agar meninggalkannya. - BP


sumber : mymetro

Bunuh diri sebab tak dapat skuter

Posted: 09 Nov 2012 06:00 PM PST


NEW DELHI: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menggantung diri di rumahnya kerana bapanya enggan membelikannya sebuah skuter.
Mayat Happy ditemui kelmarin di Narela, di utara Delhi, kata polis, semalam. 
Polis berkata, pelajar Kelas 10 di Sekolah Maharaja Agrasen meninggalkan satu nota yang berulis: "Kini simpanlah wang anda."

Happy berseorangan di rumah dan mengunci biliknya sebelum menggantung diri di kipas siling.



Pegawai polis berkata, bapanya, Praven Kumar, memecahkan pintu bilik dan menemui mayat anaknya.


Kumar, seorang pekerja syarikat swasta berkata, dia tidak dapat membelikan skuter untuk anaknya kerana masalah kewangan. 


sumber : mymetro

Pemuzik bebas mati ditemui sudah reput

Posted: 09 Nov 2012 05:45 PM PST


GOMBAK: Misteri bau busuk seperti bangkai yang menyelubungi penduduk Flat Sri Langkawai Satu, di sini, sejak dua minggu lalu terjawab selepas polis menemui mayat seorang lelaki dalam sebuah rumah di flat itu, malam kelmarin.
Mayat lelaki berusia 28 tahun itu ditemui dalam keadaan meniarap dan sudah reput dipercayai sudah meninggal dunia lebih dua minggu lalu, kira-kira jam 10 malam.

Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pemuzik bebas tinggal seorang diri di rumah itu sejak beberapa bulan lalu.


Jiran mangsa, Rozlina Mat Zain,32, berkata, dia sekeluarga pada mulanya menyangka ia adalah bau bangkai tikus walaupun ia datang dari rumah jirannya itu.

"Dua minggu lalu ibu bapa saya ada datang ke rumah dan bertanya mengenai bau berkenaan yang dikatakan seperti bau mayat, namun saya mengatakan kemungkinan bangkai tikus.


"Setiap hari bau itu wujud dan jiran lain juga pelik dengan bau berkenaan, tetapi kami mendiamkan diri kerana menyangka ia bangkai haiwan," katanya yang tidak menyangka jirannya itu ditemui mati selepas dua minggu.



Menurutnya, walaupun tidak mengenali jirannya itu namun pernah bersua muka ketika mahu ke tempat kerja dan dia adalah seorang yang baik serta suka menegur. Manakala ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa adalah anak keempat daripada enam beradik dan selalu bekerja di luar kawasan.

"Kami tidak menyangka mangsa sudah mati kerana tidak berhubung sejak dua minggu lalu dan menyangka dia sibuk dengan kerja," katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.


sumber : mymetro

Lembaga hitam itu...

Posted: 09 Nov 2012 05:30 PM PST


MELAKA: "Ketika memancing, satu lembaga hitam bertubuh besar datang dari belakang dan cuba menolak saya yang sempat mengelak lalu terjatuh ke tepi.
"Tidak lama kemudian, dalam keadaan separuh sedar, saya dihampiri lelaki bermotosikal yang membawa pulang ke rumahnya sebelum saya pengsan hingga keesokan pagi," kata Abd Ghani Abdullah, 52. 
Misteri kehilangannya yang ghaib dan dikhuatiri lemas ketika memancing di tali air Sungai Malim di sini, Selasa lalu, terungkai apabila pekerja kontrak itu pulang ke rumahnya di Taman Rambai Utama, Tanjung Minyak, di sini, kelmarin.

Persoalan timbul sebelum ini berikutan Proton Iswara miliknya ditemui dalam keadaan mencurigakan di tebing sungai itu manakala usaha mencari dan menyelamat dilakukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat menggunakan Unit Skuba gagal menemuinya.



Bapa kepada empat anak itu berkata, dia yang kali pertama memancing bersetuju menangkap ikan selepas diajak rakan jam 6.40 petang hari kejadian.


sumber : mymetro

Facebook UNTUK 18SX

Posted: 09 Nov 2012 05:15 PM PST


KUANTAN: Seorang pengguna facebook (fb) dikesan memanipulasi laman sosial itu dengan menjadi perantara medium lucah dan aktiviti persundalan bagi membolehkannya mengaut pendapatan haram dengan cara mudah.
Dengan mengenakan caj RM30 melalui akaun fb dikendalikannya, individu itu yang menggunakan nama Siti Normaisyarah menyediakan perkhidmatan membekal senarai nombor telefon rumah urut dan agensi teman sosial, selain gambar video klip dan pautan ke laman web lucah.
Nama Siti Normaisyarah itu dikesan pada nombor akaun bank yang diberikan kepada wartawan Harian Metro yang membuat penyamaran dan membuat pembayaran melalui pindahan wang.

Sebelum itu, kewujudan akaun fb individu terbabit dikesan dengan mematuhi prosedur cukup mudah iaitu hanya perlu 'like' sebelum diminta mengirim e-mel ke alamat diberikan.



Pemerhatian dilakukan mendapati sehingga kini akaun fb itu sudah mendapat 39,542 'like' sejak beroperasi pada 2006.


sumber : mymetro

Gitaris rock penyamun

Posted: 09 Nov 2012 05:00 PM PST


GOMBAK: Dua beradik pemain gitar kumpulan rock terkenal tahun 90-an bersama seorang lagi adik lelaki mereka dan seorang wanita, ditahan polis di sebuah flat di Taman Selayang, di sini, awal pagi semalam kerana disyaki terbabit dengan kegiatan jenayah.
Tiga beradik lelaki dan wanita berusia antara 35 dan 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 pagi untuk siasatan lanjut berhubung pembabitan mereka dalam jenayah samun, curi kenderaan dan dadah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, hasil pemeriksaan terhadap rumah yang dihuni empat individu terbabit, polis menemui tiga parang, satu cota besi, lima jam tangan pelbagai jenama, kamera, dua telefon bimbit dan 40 kad Touch n Go.

"Polis turut menemui kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang diletakkan di tempat letak kenderaan dan semakan mendapati kereta itu dilaporkan hilang di ibu kota tahun lalu," katanya kepada Harian Metro, semalam.



Menurutnya, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya melakukan pemantauan berterusan terhadap mereka yang pernah ditahan polis beberapa tahun lalu atas kesalahan dadah.


sumber : mymetro

Murid retak tulang kaki disepak rakan

Posted: 09 Nov 2012 04:30 PM PST


TAMPIN: Seorang murid lelaki tahun tiga di Gemencheh, dekat sini, mendakwa dibuli beberapa rakan sebaya yang bertindak samseng menyepak kaki kirinya hingga retak tulang buku lali.
Difahamkan, kejadian berlaku di kawasan sekolah, tengah hari Isnin lalu menyebabkan mangsa kini kesakitan untuk berjalan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, mangsa kemudian memberitahu keluarga yang membawanya ke Hospital Tampin untuk menjalani pemeriksaan.


Katanya, doktor yang merawat mangsa mengesahkan kanak-kanak itu mengalami keretakan tulang pada bahagian bawah buku lali.

"Keluarga mangsa yang tidak berpuas hati menghubungi pihak sekolah mendapatkan penjelasan berhubung insiden itu.


"Bagaimanapun, hingga hari ini (semalam), keluarga mangsa mendakwa tiada tindakan diambil. "Bimbang sesuatu yang buruk menimpa anaknya, ibu bapa mangsa membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Gemencheh tadi (semalam)," katanya ketika dihubungi.


sumber : mymetro

FOTO S*KSI DARI YOONA SNSD DI TAHUN 2012

Posted: 09 Nov 2012 04:00 PM PST





Yoona SNSD terlihat seksi dan menggoda dalam pemotretan untuk majalah Bazaar. Yoona mengenakan setelan hitam. Jaket kulit hitam yang bercampur dengan rok warna senada selutut. Untuk memberi kesan tegas, dia dicat kukunya hitam dan menambahkan riasan smokey di wajahnya yang cantik. Yoona terlihat cukup berhasil terutama menggoda di foto dengan senyum misterius.
FOTO SEKSI DARI YOONA SNSD DI TAHUN 2012

Membuat banyak orang bertanya kepada saya apa sebenarnya yang ingin ia katakan. Dalam gambar lain, Yoona terlihat berpose dengan duduk menyamping. Dia mengenakan skirt mini manis dan hitam hitam super juga. 

FOTO SEKSI DARI YOONA SNSD DI TAHUN 2012

Dengan posisi duduk, paha mulus otomatis terbuka dan tentu menambah seksualitasnya dalam foto itu. Yoona SNSD baru saja menyelesaikan drama romantis tahun ini. 

Bersama dengan "Putera Asia" Geun Suk Jang, Yoona berhasil membuat 'Love Rain' dijual untuk menembus Amerika Syarikat dan Eropah. 

Saat ini ia sibuk menjalani aktivitasnya sebagai seorang mahasiswa jurusan seni setelah cuti panjang dari ketidakhadiran kerana karyanya dengan SNSD yang solid

Ratu model dari Korea selatan

Posted: 09 Nov 2012 03:00 PM PST

Inilah geng motor yang harus dicontohi

Posted: 09 Nov 2012 08:45 AM PST

Tidak semua geng motor yang kita ketahui melakukan hal-hal negative, tapi ini yang ini sungguh hebat...



Baca Selanjutnya : http://www.suatufakta.com/2012/11/genk-motor-yang-patut-di-contoh.html#ixzz2BjMgg7vE

FOTO: Lihat Perubahan Alis Demi Lovato

Posted: 09 Nov 2012 08:30 AM PST


Kesempatan menjadi juri dalam acara pencarian penyanyi X-Factor ternyata dijadikan sebagai acarapamer gaya oleh Demi Lovato. Buktinya, jika diperhatikan, terjadi perubahan aneh terhadap alisnya di sepanjang acara tersebut berlangsung. Tak percaya? Lihat ini!

Tipis
tipis1

Full
full1

Tebal
thick

Tebal banget!!
2

2

Gila! Liu Bolin Benar-benar Invisible Man Dari China (Foto Original)

Posted: 09 Nov 2012 08:15 AM PST


Seniman China bernama Liu Bolin ini amat kreatif. Ia mengecat dirinya sesuai dengan latar belakang obyek tempat ia ingin mengambil gambar.








Bolehkah Anda melihat penampakannya?

Hasilnya adalah ia menjadi bagaikan "Invisible Man" di berbagai belahan dunia. Dan itu bukan merupakan hasil tipuan kamera atau editing photoshop! Keren!

Apa punya fesyen ni??

Posted: 09 Nov 2012 08:00 AM PST









Lawa betul Lamborghini ni..

Posted: 09 Nov 2012 07:00 AM PST





Agar Hidup, Gadis Ini Harus Selalu Minum Susu

Posted: 09 Nov 2012 06:00 AM PST


  • detail berita





Sumber 

Ummunoi, Jambatan Hidup Tertua Di India

Posted: 09 Nov 2012 05:00 AM PST


  • detail berita





Sumber

Ferrari 330GT 2+2 Berlinetta 1965 ,Ferrari pertama dirancang untuk keluarga

Posted: 09 Nov 2012 04:00 AM PST


Dengan bodywork membusuk, roda berkarat dan sudah berkulat kalau sekilas tidak mungkin kalau itu adalah sebuah kereta Ferrari pertama empat seater.
Kereta langka telah ini diselamatkan dari scrapyard dan diperkirakan beharga £ 40.000 pada saat lelong nanti.
Ferrari 330GT 2+2 Berlinetta 1965 adalah salah satu pertama yang dirancang untuk penggunaan keluarga.
Tetapi para ahli yakin masih akan menarik bagi para penggemar untuk membelinya dan melakukan  projek restorasi.
Rob Hubbard, spesialis senior di Bonhams rumah lelong, mengatakan "Ini dibawa kembali dari Amerika oleh pemilik pada akhir 1980-an, telah diparkir di garasi dan itu tidak pernah digunakan lagi.

SPESIFIKASI
Ferrari  tahun 1965 300 GT 2 +2 dapat mencapai kecepatan puncak 152mph.
Mobil bisa mencapai 0-60mph dalam 6.6seconds.
Ini adalah penggerak roda belakang dengan gearbox 5-speed manual, bahan bakar bensin.

Awalnya Ferrari dirancang dengan dua kursi saja, tetapi pada akhir tahun 1950-an pasaran untuk kereta sport yang boleh menampung keluarga telah tumbuh.
Menanggapi permintaan itu Ferrari memperkenalkan empat kursi dengan 250GTE model 2 +2 sebelum keluar 330GT dengan mesin V12 empat liter pada tahun 1964.
Ferrari berkarat awalnya dijual di Wiltshire pada tahun 1965 sebelum Amerika membelinya dan membawanya ke Florida, di mana ia dikembalikan pada awal tahun 1980, dengan dibangun kembali.
Ferrari langka ini akan di  lelang di Harrogate di Bonhams 'pada 14 November 2012.

 
• Ferrari vintage yang merupakan salah satu lagenda dari perusahaan mobil berlambang kuda jingkrak tersebut.

• Bagian dalam kotor dan bau

 
• Kursi dalam mobil yang berdebu dan tertutup lumpur

• Bagian depan mobil yang akan dijual dalam sebuah lelang di Harrogate

 
• 965 Ferrari 330GT 2 +2 Berlinetta adalah salah satu yang pertama yang dirancang untuk penggunaan buat keluarga

• Mobil telah ditinggalkan dan telah berdebu


  




(DM | YhWp)

OMG..Pasangan Kekasih Ini Keduanya Remaja Transgender

Posted: 09 Nov 2012 03:00 AM PST


  • detail berita





Sumber 

Seekor Helang Serang Budak 2 Tahun

Posted: 09 Nov 2012 02:00 AM PST


  • detail berita





Sumber

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tak makan daging

Posted: 08 Nov 2012 03:12 PM PST

Ulam-ulaman dan air zam-zam sudah memadai bagi primadona filem Melayu, Datuk Sarimah Ahmad untuk kekal sihat dan bertenaga.

Mungkin sudah diajar dari kecil, pelakon veteran tersohor ini masih bertenaga meskipun usianya mencecah 70 tahun. Malah, Sarimah masih mampu melakukan kerja berat seperti dulu tanpa bantuan sesiapa.

Bersyukur dengan rahmat kesihatan yang diberikan kepadanya, Sarimah melakukan rutin harian seawal jam 4 pagi untuk bersolat dan melakukan senaman ringan.

Hanya bersarapan dengan madu dan sedikit garam, air zam-zam dan salad sudah cukup memberi tenaga kepada pelakon yang terkenal dengan filem Ali Baba Bujang Lapok, Tiga Abdul dan Ibu Mertuaku ini.

"Saya tidak pernah makan ayam dan daging sejak kecil, bukan pantang, tetapi sebab tidak minat. Sayur-sayuran seperti ulam dan buah-buahan menjadi makanan ruji saya setiap hari dan mesti ada.

"Saya tidak percaya dengan suntikan Botox kerana bagi saya kesannya hanya sekejap dan menyakitkan. Lagi pula, saya jenis takut dengan jarum. Kita kalau nak kekal cantik dan muda, bermula dari dalam terutama hati," katanya.

Bagi Sarimah, penjagaan dalaman amat penting termasuk dari aspek pengambilan makanan dan vitamin C serta multivitamin bagi mengekalkan kesihatan tubuh.
Keperitan hidupnya melawan barah empat tahun lalu sehingga doktor memberitahu hanya mampu bertahan tiga bulan saja, memberi kekuatan kepadanya untuk kembali sihat seperti usia muda.

"Ketika itu, saya tidak boleh bergerak, hanya mampu terlantar.

Bahkan hendak solat pun perlu berbaring. Tetapi itu tidak melemahkan saya kerana menganggap mungkin ada hikmah di sebalik ujian yang diberi.

"Berkat doa dan sokongan anak, saya gagahkan diri menunaikan umrah dalam keadaan sakit. Selepas pulang, kesihatan saya semakin pulih kerana sering mengamalkan minum air zam-zam," katanya.

Meskipun sudah mempunyai 32 orang cucu dan empat cicit, ibu tunggal kepada enam anak ini mahu terus sihat untuk melihat cucu, cicit dan piut membesar di depan mata.

Tidak pernah menyembunyikan usianya, Sarimah berkongsi tip penjagaan kesihatan dengan wanita lain melalui produk kecantikan dalaman keluaran syarikatnya, Primadona Worldwide Sdn Bhd.

Syarikatnya menghasilkan dua produk kesihatan berasaskan minuman iaitu Sari AgeGard dan Sari StemShape untuk dikongsi bersama peminat.

"Sudah sekian lama saya impikan berkongsi petua penjagaan kesihatan dengan peminat. Akhirnya, ia terlaksana. Kita kalau hendak melakukan sesuatu biarlah ikhlas dari hati. Jangan buat hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Memang produk ini masih baru di pasaran.

Alhamdulillah saya percaya produk ini akan banyak membantu kesihatan kita," katanya yang masih jelita dan memiliki kulit sihat.

Dalam hatinya, Sarimah tidak mahu hanya dikenali sebagai ikon lakonan, sebaliknya mahu menjadi ikon kesihatan dengan rangkaian produknya sendiri.

"Saya masih lagi berlakon, tetapi tidak seaktif dulu kerana mahu menumpukan perhatian kepada ibadat.

"Jika ada tawaran, saya akan teliti dulu sebelum menerima watak yang diberi," katanya.

Kunci mulut

Posted: 08 Nov 2012 03:11 PM PST

Empat bulan lalu, penyanyi lagi Kau Yang Terindah, Alyah pernah membuat pengakuan dirinya sedang mengenal hati budi komposer tersohor, Datuk Ramli MS.

Namun, tidak sampai beberapa bulan selepas itu, timbul pula cerita kononnya dia dan Ramli sudah tiada apa-apa hubungan.

Ditemui di Balai Berita, kelmarin bagi mempromosi program Idola Kecil 5, HIP tidak terlepas peluang mengajukan soalan hangat itu kepada empunya badan.

Tenang ketika menanti wajahnya disolek, Alyah enggan mengiya atau menidakkan khabar angin itu.

"Sebelum ini, saya tidak pernah menyatakan kami mempunyai hubungan. Memang saya pernah beritahu, kami sedang mengenali hati budi. Tetapi saya tidak pernah mengaku kami bercinta.

"Setiap kali orang bertanya mengenai hubungan kami, saya tidak pernah menjawab ya atau tidak.

Jadi samalah juga dengan hal ini (apakah benar mereka sudah tidak menjalin apa-apa hubungan), saya tidak boleh jawab," katanya.
Tak niat sembunyi cerita Alyah kesal ada pihak menuduh dia sengaja melarikan diri dan menyembunyikan kisah peribadi atas pendiriannya mengunci mulut itu.

"Saya tak pernah berniat menyembunyikan apa-apa. Cuma saya fikir sebagai wanita, apatah lagi usia pun sudah 31 tahun, kurang manis untuk saya menjawab lebih-lebih.

"Saya tidak mahu dilabel wanita yang tidak sabar-sabar hendak berumah tangga atau dalam erti kata lain gatal," katanya.

Ujar wanita ini, dia melalui pelbagai episod suka duka dalam hidupnya. Cukuplah dia dan keluarga bersedih atas kejadian yang menimpa adiknya, Mohd Faizal Abu Hassan yang dijatuhi hukuman atas kesalahan jenayah, baru-baru ini.

"Orang tidak tahu bagaimana malu dan sedihnya kami kerana kes adik saya. Jadi, saya tidak mahu kisah peribadi membuatkan keluarga bersedih lagi," katanya.

Alyah berkata, cukuplah selepas membuat pengakuan dia sedang mengenal hati budi Ramli, ramai yang menyangka mereka akan berkahwin.

"Sebagai perempuan, malulah saya. Apa pula kata pihak lelaki, macam saya terhegeh-hegeh sangat hendak berkahwin," katanya.

Alyah cuma mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik untuknya.

"Jika benar ada seseorang yang istimewa dalam hati saya, saya tidak akan sembunyikan," katanya yang kini memikul tanggungjawab sebagai juri tetap program Idola Kecil 5.

Bersetuju menerima tawaran dari TV9 sebagai juri, bukanlah bererti dia seorang penyanyi hebat. Sebaliknya Alyah tertarik menerima tawaran itu kerana ingin berkongsi serba sedikit ilmu yang dimiliki.

Selaku juri, dia tidak mahu terlalu keras melontarkan komen, supaya peserta tidak tertekan.

Habis tugas sebagai juri, penyanyi ini mahu berehat sebulan bagi memberi fokus kepada album penuh. Selain menyiapkan album terbaru, kesempatan itu juga bakal dimanfaatkan untuk perniagaan fesyen Gaya Alyah yang diusahakannya.

Selepas insiden tiang lampu menghempap belakangnya pada majlis sambutan rumah terbuka Hot FM, September lalu, Alyah pulih sepenuhnya.

Namun, kesannya masih dirasai.

Akibat kecederaan itu, dia tidak lagi boleh menikmati minuman sejuk, selain perlu menyarung stoking ketika tidur.

"Selain tidak boleh menikmati minuman sejuk, pemakanan juga kena jaga. Jika tidak, bahagian yang tercedera akan terasa sakit dan sengal.

"Saya juga perlu berstokin dan menukar tilam yang boleh menyokong tulang belakang. Saya juga tidak boleh terlalu penat," katanya.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Antara karier dan kontroversi

Posted:

Antara karier dan kontroversi

Antara karier dan kontroversi

NABILA menegaskan kontroversi yang dialami selama ini tidak pernah mengganggu karier seninya.


MENCURI sedetik waktu pemilik nama Nabila Huda Suhaimi atau mesra disapa Abil sewaktu raptai Anugerah Skrin 2012 (ASK) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang Khamis lalu tidak sedikit pun menggugat semangatnya untuk beraksi sebagai Bawang Merah di pentas majlis tersebut.

Nabila antara artis yang bakal tampil mendukung karakter dongeng Melayu itu di samping watak Bawang Putih dijelmakan nanti oleh Scha Al-Yahya.

"Selebihnya perlu tunggu pada malam anugerah itu (malam ini). Begitu juga busana yang akan saya gayakan kelak hasil rekaan Alia Bastamam," ungkap Abil, 28, mengenai peranan yang akan dibawakannya di pentas ASK 2012 nanti.

Lagak yang ceria bersulam tawa tanpa henti, Abil membuka cerita dan harapannya apabila pertama kali tercalon dalam salah satu kategori yang dipertandingkan dalam ASK tahun ini.

Selain teruja dan dalam masa yang sama gembira, kata Nabila, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi sebarang anugerah untuk tahun ini memandangkan persaingannya bukan calang-calang.

"Sepanjang karier saya sejak berusia 16 tahun, inilah pertama kali nama saya tercalon untuk ASK. Teruja dan saya sangat berharap daripada dulu lagi sehinggalah tahun ini ada pihak yang melihat bakat saya.

"Alhamdulillah, syukur saya diberikan peluang untuk bekerja di bawah produksi Maharku Untukmu yang saya yakin mempunyai jalan cerita, skrip dan mesej yang kuat buat penonton.

"Saya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi untuk merangkul sebarang anugerah kali ini, sebaik-baiknya dahulukan yang senior," hurainya lanjut.

Abil juga tidak menolak faktor namanya tidak tercalon pada tahun-tahun sebelum ini disebabkan kurangnya nilai komersial dalam sesebuah naskhah sama ada drama atau telefilem lakonannya. Dia nyata berpegang kepada prinsip bahawa dunia lakonannya tidak diukur dengan kemenangan menggondol pelbagai anugerah.

"Berlakon adalah keghairahan saya. Saya berlakon dari dalam hati dan melakukannya dengan jujur biar orang yakin dengan bakat yang saya ada.

"Sejujurnya, saya suka berlakon cerita dan karakter berat dan cuba mengelak sekiranya diberikan watak komedi. Bukan memilih tapi saya rasa puas apabila dapat melakonkan sesuatu karakter yang sarat emosi.

"Contohnya drama rantaian Julia, saya bersyukur kerana mendapat maklum balas positif daripada penonton. Bukan mudah untuk menangis siang dan malam untuk menjiwai watak dalam drama tersebut," katanya.

Abil menegaskan dirinya tidak selektif terutama soal bayaran, kerana baginya berlakon adalah punca rezeki dan dia juga tidak pernah meletakkan skala harga atau bayaran tertentu terhadap dirinya.

"Orang tahu nilai saya, jadi setiap kali mendapat tawaran saya berpuas hati dari segi bayaran," ulas bintang filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam itu.

Kisah peribadi

Pencapaian cemerlang dalam kerjaya sebagai seorang pelakon tidak dapat lari daripada belenggu kisah-kisah kontroversi atau gosip liar yang mencerminkan sisi negatif diri Abil.

Bagaimanapun, kisah yang dicanang dan diperbesar-besarkan itu tidak sedikit pun mengganggu konsentrasi kerjaya atau kehidupan personalnya.

"Manusia tidak sempurna dan dalam setiap kehidupan mesti ada keseimbangan. Maksud saya, pasti ada perkara yang kita tidak boleh elakkan daripada berlaku.

"Saya mengambil perkara-perkara negatif yang berlaku sebelum ini sebagai satu pengajaran dan pengalaman. Kita tidak boleh meneroka sesetengah perkara tetapi kehidupan peribadi saya adalah hak saya!

"Saya menjalankan kerja sepenuh hati dan peribadi saya tidak campuradukkan dengan karier. Orang mahu menilai bakat atau personal terpulang kepada diri masing-masing," tegasnya.

Tambah Abil, dia hanya menjadi diri sendiri dan sudah terlalu penat melayan kerenah orang sekeliling yang suka menilai dirinya.

"Saya penat bekerja dan telah berkorban banyak masa, apabila ada masa perlu berhibur maka ketika itulah kita perlu lepaskan segala tekanan.

"Hanya itu masa yang ada untuk diluangkan bersama keluarga dan diri sendiri," getus ibu kepada seorang cahaya mata, Keisha Laila, 2 tahun.

Tegasnya lagi, dia seorang individu yang mementingkan karier lebih daripada segalanya. Dia sedar betapa sukar untuk mencapai tahapnya kini.

"Kontroversi tidak pernah mengganggu karier saya. Saya telah meletakkan satu salutan dalam kerjaya saya yang saya jaga sebaik mungkin. Apa yang saya dapat, itu yang saya jaga," kata Abil.

Halloween

Selepas 'panas' dengan kontroversi pakaian seksinya pada acara karpet merah majlis Anugerah Blokbuster 2011 awal bulan Oktober lalu, Nabila sekali lagi mencuri tumpuan umum apabila kali ini dia dituduh menghadiri parti liar menyambut Halloween pada hujung bulan yang sama.

Jawabnya, parti itu merupakan sambutan hari jadi temannya dan juga sebuah parti kostum. Jadi, tidak perlu timbul isu dia menghadiri parti Halloween seperti yang digembar-gemburkan.

"Setiap orang ada buat salah, itu antara saya dan Tuhan. Apabila orang suka membuat cerita, maka timbul kisah-kisah sebegini.

"Majlis hari jadi itu diadakan pada 28 Oktober dan sambutan Halloween adalah pada 31 Oktober. Kenapa saya perlu menyambut Halloween?

"Sedangkan pada tarikh 31 Oktober itu saya ada penggambaran. Pada majlis itu juga saya yang memilih untuk memakai pakaian puntianak, adakah perbuatan itu salah?

"Jika diperhatikan, ramai lagi orang Melayu yang menyambut Halloween pada tarikh 31 Oktober itu tapi tidak pula menjadi isu. Saya yang tidak menyambutnya pula dituduh bukan-bukan.

"Sekiranya saya bersalah, saya minta maaf. Perkara yang tidak patut dilayan sebelum ini saya tidak akan layan. Susah nak percaya sesiapa di dunia ini," jelas Abil.

Lisda jaga jadual Fauzi

Posted:

Lisda jaga jadual Fauzi

Lisda jaga jadual Fauzi

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

KELIBATNYA sejak akhir-akhir ini jarang muncul baik di layar kaca mahupun layar perak. Isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi itu juga semakin jarang dilihat menghadiri acara atau majlis rasmi hiburan.

Ramai yang menduga Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, sudah merajuk dengan industri hiburan lantas memberikan peluang kepada pelapis baharu untuk menonjolkan bakat.

Tidak kurang ada juga yang mendakwa bahawa Lisdawati kini lebih selektif memilih untuk membintangi sesebuah produksi lakonan hanya mengikut seleranya.

Kosmo! berpeluang menemu bual duta pusat penjagaan kecantikan Slim World sempena pertandingan akhir Miss Kebaya Slim World 2012 di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur itu bagi mengetahui tentang situasi sebenar.

Kosmo!: Lisda semakin kurang dilihat di kaca TV sekarang ini, apakah sebabnya?

LISDAWATI: Alhamdulillah, sebenarnya tawaran berlakon tidak pernah putus dan setiap tahun pasti akan ada drama atau telefilem lakonan saya. Saya bersyukur kerana masih diberikan peluang dan kepercayaan penerbit. Jujur saya akui bahawa saya kini lebih selektif terutamanya, tawaran drama. Saya terpaksa menolak beberapa tawaran kerana perlu menumpukan lebih perhatian kepada keluarga. Jika tempoh penggambaran di luar kawasan mencecah dua minggu, saya terpaksa tolak kerana komitmen dengan keluarga.

Maksudnya kini Lisda hanya bergantung kepada Fauzi semata-mata?

Saya menjaga jadual kerja Fauzi dan sebab itu juga faktor saya tidak boleh terlalu sibuk. Sudah sebulan saya tinggal di rumah sahaja, tapi tidaklah bergantung sepenuhnya kepada suami. Kalau ada telefilem yang sesuai, saya ambil (berlakon), namun kalau ditanya jadual saya sekarang tidak terlampau sibuk kerana fokus saya cuma untuk keluarga dan anak-anak.

Berbicara mengenai perancangan keluarga, adakah anda dan suami berniat untuk menambah ahli keluarga baharu?

Insya-Allah kalau ada rezeki. Lagipun, Fauzi mahukan anak lelaki. Anak-anak (Farhana, 3 tahun, dan Fazneesya, 2 tahun) pun sudah besar, cuma kami sedang menunggu masa dan keadaan yang sesuai. Alhamdulillah menurut nasihat doktor, faktor badan dan usia saya pun masih dibenarkan mengandung.

Berdasarkan prestasi dalam industri lakonan, bagaimana Lisda mampu mengekalkan survival sebagai seorang pelakon memandangkan setiap hari semakin ramai pelakon baharu muncul?

Alhamdulillah, inilah yang dinamakan rezeki. Ramai pelakon yang berlakon pelbagai drama atau filem, tetapi tetap susah naik (popular). Saya memegang prinsip setiap kali mahu terbabit dalam sesebuah karya, perkara utama adalah kesesuaian watak dan jalan cerita yang bagus, selebihnya kita berusaha dan berserah kepada penerimaan peminat.

Lisda juga turut tercalon dalam Anugerah Skrin 2012. Apakah harapan anda?

Alhamdulillah, hampir setiap tahun sebenarnya saya dicalonkan dalam Anugerah Skrin dan pastinya mengharapkan mutu lakonan saya diiktiraf. Pada tahun ini, telefilem lakonan saya berjudul Hilangnya Doa Seorang Ibu tercalon dan saya tercalon untuk kategori Pelakon TV Wanita Terbaik. Saya melihat telefilem itu kuat dari segi mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan.

Konsert RM150,000 Hafiz Hamidun

Posted:

Konsert RM150,000 Hafiz Hamidun

Konsert RM150,000 Hafiz Hamidun


HAFIZ HAMIDUN bakal mengalunkan lagu-lagu termasuk daripada album Zikir Terapi Diri dalam konsertnya di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 14 November ini.


NAMA Hafiz Hamidun, 28, sememangnya sudah tidak asing lagi dalam persada muzik tanah air.

Lebih-lebih lagi apabila lagu zikir nyanyiannya, Law Kana Bainana menjadi siulan ramai sejak awal tahun ini.

Lebih memeranjatkan lagi apabila album Zikir Terapi Diri yang mengandungi lagu-lagu zikir termasuk Law Kana Bainana itu berjaya meraih anugerah platinum berkembar empat ekoran pencapaian jualan album yang mencecah angka 60,000 unit.

Ia membuktikan betapa album genre lagu keagamaan masih diminati serta mampu mencuri hati peminat muzik tanah air pada saat ramai penggiat seni yang lain mengeluh dengan pasaran album yang semakin perlahan.

Begitu terharu dengan sambutan tersebut, ia telah menjadi antara pendorong buat Hafiz untuk mengadakan konsert sulungnya yang diberi judul, Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun.

Ia dijadualkan berlangsung pada 14 November ini di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

"Konsert ini santai tetapi ia disuntik pengisian yang serius dan sebab itu kita pilih tarikh persembahan pada malam sambutan Maal Hijrah.

"Ia bermatlamat supaya penonton tidak pulang dengan tangan kosong. Kita jadikan konsert ini berbentuk keinsafan menerusi penyusunan muzik serta dekorasi dalam dewan itu sendiri nanti," ujar Hafiz tentang konsep dan matlamat konsert tersebut.

Tambahnya, zikir-zikir tersebut nanti akan diiringi persembahan orkestra supaya alunan muziknya bukan sahaja dapat didengar, malah supaya ia mampu meresap ke dalam jiwa audiens.

"Saya masih dalam proses menyiapkan 12 buah lagu untuk disusun mengikut rentak orkestra dan setakat ini empat buah lagu telah siap disusun sepenuhnya," ujarnya.

Konsert yang berdurasi 90 minit itu akan memuatkan dua buah zikir baharu yang akan dimuatkan dalam album zikir terbaharunya nanti.

Selain Hafiz, artis di bawah naungan syarikatnya, Arteffects International, Izad Mahadi turut serta membuat persembahan pembukaan tirai pada malam tersebut.

Konsert yang menelan kos hampir RM150,000 itu dijangka turut menjemput seorang Sheikh yang didatangkan khas dari Yemen, selain seorang penceramah bebas.

Menurut anak kelahiran Perak Darul Ridzuan itu lagi, kekuatan konsert sulungnya itu bukan sahaja bergantung kepada namanya semata-mata tetapi ia lebih kepada matlamat konsert itu untuk memberi mesej yang berguna sempena Maal Hijrah pada tahun ini.

Bagi peminat Hafiz yang tidak mahu melepaskan peluang untuk berhibur dengan cara dakwah, tiket boleh terus dibeli dengan harga RM125, RM100, RM75, dan RM50 di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada hari konsert iaitu menjelang 14 November ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak penganjur Arteffects International melalui newmedia@arteffects.com.my atau hubungi talian 012-225 1297 atau 03-7727 1297.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Tak mahu dikenali kerana kontroversi

Posted: 08 Nov 2012 06:18 AM PST

BARU lima bulan berlakon, nama pendatang baru meningkat naik, Emma Maembong terus diperkatakan ramai. Semuanya gara-gara gosip dan kontroversi yang melanda dirinya sejak terbabit dalam bidang hiburan tanah air.

Selepas didakwa sebagai 'kaki propa' kerana dikatakan gagal menghadiri sesi fotografi dengan sebuah akhbar tempatan, penyebaran gambar panasnya dengan teman lelaki semakin memburukkan keadaan.

Pada majlis pelancaran drama bersiri 24 episod, Cinta Itu Milikku yang berlangsung di Sri Pentas, TV3, sekali lagi kelibat pelakon yang juga pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail dan berdarah kacukan Melayu-Scotland ini mencuri tumpuan pihak media.

Sekalipun diasak dengan pelbagai soalan panas, Emma yang mewarisi bakat melukis daripada bapanya yang juga pelukis terkenal, Ismail Embong ternyata tidak cepat melatah dan tetap tenang menjawab setiap soalan yang dikemukakan pihak media.

Walaupun sedih dengan apa yang berlaku tetapi dia reda itulah harga yang perlu dibayar sebagai anak seni.

"Terus terang, saya tidak mahu nama naik dalam bidang hiburan sebab cerita kontroversi. Saya lebih suka bermula dari bawah dan orang kenal saya sebab bakat yang dipertaruhkan dan bukan sebab penyebaran gambar itu.

"Ayah juga tahu saya sudah ada teman lelaki tapi dia tak masuk campur pun perkara itu. Walaupun ibu bapa sudah bercerai tapi hubungan saya dan sepuluh adik beradik lain sangat rapat. Mujur ayah dan anggota keluarga lain boleh menilai apa yang baik dan buruk kerana saya bukannya gadis yang suka bersosial atau liar seperti gosip di internet itu.

"Saya berlakon pun selepas ayah beri 'lampu hijau' kerana saya hanya duduk rumah dan kerja saya hanyalah melukis. Justeru, saya tidak mahu mensia-siakan kepercayaan ayah dan sangat berharap orang berhenti daripada memperkatakan cerita silam kerana perjalanan seni saya masih jauh lagi," katanya.

Emma yang mula diperkenalkan pengarah terkenal, Erma Fatima menerusi drama terbitan produksinya yang juga siri komedi Facebook Ustazah Shamsiah untuk stesen TV AlHijrah mengakui bertuah kerana diberikan kepercayaan memegang watak utama dalam drama walaupun masih baru.

"Sebenarnya, Mama Erma sudah kenal lama dengan kakak saya sebab itu saya tidak menolak untuk mencuba bakat berlakon dalam drama arahannya.

"Dalam Facebook Ustazah Shamsiah yang diterajui Azizah Mahzan, saya bawa watak budak sekolah dalam cerita yang banyak membabitkan elemen nasihat itu.

"Selepas drama itu, Mama Erma tawarkan saya untuk memegang watak Munirah dalam drama Kau Yang Terindah pula.

Saya juga tidak hadiri uji bakat ketika berlakon dalam drama itu dan bila di lokasi barulah saya tahu cabaran watak Munirah yang kena pukul dan ragut.
Sebagai pelakon baru, saya hanya buat apa yang saya mampu," katanya yang membahasakan Erma dengan panggilan Mama Erma.

Selepas watak Munirah, dia terus diberikan watak utama dalam drama Rindu Rania pula.

"Terbaru, rezeki saya semakin murah apabila ditawarkan beraksi watak utama dalam drama Cinta Itu Milikku arahan Emi Suffian dan bergandingan pula dengan Fazren Rafi dan Ana Dahlia untuk stesen TV3.

"Saya juga mendapat bimbingan daripada Emi dan Fazren sendiri yang tidak lokek berkongsi ilmu di lokasi. Hubungan dengan Ana pun rapat seperti keluarga apabila di lokasi drama ini," katanya.

Namun, Emma mengakui masih banyak yang perlu dipelajarinya dalam meningkatkan prestasi lakonan sedia ada.

"Saya tiada asas dalam bidang lakonan. Sebab itu, saya bersyukur kerana sudah ditawarkan watak utama dalam drama walaupun masih baru. Sebagai pelakon, tanggungjawab saya hanya memberikan yang terbaik untuk kepuasan penonton," katanya.

Mengulas penampilannya yang terlalu ringkas pada majlis pelancaran drama Cinta Itu Milikku yang diterajuinya itu, Emma mengakui itulah personaliti dirinya yang sebenar.

"Saya memang jarang bersolek dan lebih suka tampil ringkas bila di luar. Saya sibuk melukis dan mana ada masa nak bersolek atau memakai aksesori seperti artis lain. Mungkin saya terikut-ikut dengan cara saya di rumah.

"Saya dibesarkan ayah dan perwatakan saya memang kasar seperti lelaki. Kalau di rumah, saya hanya ikat rambut dan kadang-kadang pakai kain pelikat ayah saja di rumah," katanya.

Menyusul selepas ini, dia ditawarkan berlakon dalam filem terbitan pengarah Ahmad Idham tetapi penggambaran belum dimulakan lagi.

Sesibuk manapun berlakon, Emma tetap tidak sesekali melupakan minatnya melukis yang sudah sebati dalam dirinya.

"Bila tidak berlakon, saya mengisi masa dengan melukis di rumah. Memang rasa janggal bila saya tidak sertai pameran lukisan bersama ayah seperti yang biasa kami lakukan sebelum ini.

"Pada masa sama, saya juga tidak ada pendidikan formal dalam bidang lukisan dan melukis animasi dan potret pun kerana minat dan belajar sendiri di rumah dengan mendapat bimbingan daripada ayah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/08


Jamal, Jay Jay bergandingan

Posted: 08 Nov 2012 06:09 AM PST

BUAT pertama kalinya, dua penyanyi legenda tanah air, Jamal Abdillah dan Jay Jay akan bergabung dalam satu konsert bagi menghiburkan peminat mereka secara langsung pada 24 Disember nanti.

Konsert yang diiringi hidangan barbeku antarabangsa 'Lanjut Carnivale Fiesta BBQ Around The World' itu bakal diadakan di Lanjut Golden Beach & Golf Resort yang terletak di Kuala Rompin, Pahang.

Ditemui pada sidang media kelmarin, Jamal berkata, konsert kali ini membawa pengunjung melalui perjalanan nostalgia dirinya dan Jay Jay selama 33 tahun bergelar anak seni.

"Sambil pengunjung menikmati hidangan makan malam iaitu barbeku antarabangsa diiringi ombak pantai, kami menghiburkan mereka selama dua jam setengah.


"Apa yang menarik, lagu itu dinyanyikan secara spontan diiringi pemuzik. Tiada jumlah lagu ditetapkan, namun yang pasti ia adalah lagu hit khas untuk peminat yang menyokong karier kami selama ini," katanya.


Sementara itu, menurut Jay Jay, selama menjadi anak seni belum pernah beliau digandingkan berduet dengan Jamal dalam satu konsert.

"Konsert kali ini amat eksklusif buat peminat kami yang menantikan gandingan kami berdua selama ini. Kami juga belum mempunyai lagu duet sendiri bersama.
Mungkin kami boleh berbincang mengenainya selepas ini," katanya.

Bagi peminat dua gergasi hiburan ini, harga yang ditawarkan bagi konsert itu adalah RM399 seorang bagi pakej konsert dan barbeku empat benua, manakala serendah RM499 seorang beserta penginapan.

Antara menu yang menggamit citarasa penonton adalah Tex Mex Orientals, Continentals, Prawn Bisque Cilantro, Pastas, Rompin Prawn dan banyak lagi.

Lanjut Golden Beach & Golf Resort berkeluasan 500 ekar yang diapit dengan pantai persendirian sepanjang 3.5 kilometer selain dikelilingi alam semula jadi yang menjanjikan percutian menarik.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/08