Adsense

Selasa, 11 September 2012

borak kosong

borak kosong


Ternyata, Wanita Benci Dipanggil Babe

Posted: 11 Sep 2012 09:30 PM PDT



detail beritaBIASANYA, setiap pasangan memiliki nama panggilan atau kesayangan yang berbeza. Namun, ada beberapa nama panggilan umum yang dibenci wanita, salah satunya babe. 
Ada beragam cara yang dilakukan pasangan untuk menunjukkan rasa sayangnya. Salah satunya dengan memanggil kekasihnya dengan nama panggilan spesial. Bila beberapa pasangan memiliki nama khusus untuk kekasihnya, tak sedikit pula yang menggunakan nama panggilan yang cukup umum dikenal.

Sebuah kajian dilakukan oleh Siteopia.com berusaha untuk mengetahui nama panggilan kesayangan yang disukai dan tidak disukai oleh wanita. Panggilan gorgeous dan beautiful merupakan beberapa nama yang sangat disukai wanita. Sedangkan babebaby girl, dan sweet cheeks cenderung membuat wanita tak suka mendengarnya.

Kajian menunjukkan bahawa nama-nama tersebut tak disukai kerana terdengar terlalu palsu, cengeng, atau justru menyinggung perasaan.

"Nama panggilan biasanya diberikan sebagai cara untuk menunjukkan kasih sayang, namun jelas ada beberapa nama yang lebih baik," ungkap juru bicara Siteopia, sebagaimana dilansir Femalefist.
Nama-nama umum, seperti babe atau darling memang lumrah digunakan, namun ternyata nama yang dipilih untuk pasangan akan memiliki impak yang berbeza.

"Ada kekuatan besar di balik sebuah nama, dan setiap nama memiliki konotasi yang berbeza. Untuk itu, penting mengetahui nama apa yang disukai wanita dan apa yang tidak disukainya," tutupnya.

Berikut ini nama-nama panggilan yang dibenci wanita menurut Siteopia.com:
1.Babe
2.Sweet cheeks
3.Snookums
4.Baby doll
5.Baby girl
6.Muffin
7.Ducky
8.Baby cakes
9.Sexy pants
10.Pudding
11.Angel pie
12.Pumpkin
13.Puppy
14.Sugar lips
15.Treacle
16.Baby
17.Pickle
18.Honeybun
19.Sugar pie
20.Cupcake
(tty)

Disangka Perompak, Isteri Tembak Mati Suaminya

Posted: 11 Sep 2012 09:15 PM PDT

NEW ORLEANS - Seorang perempuan berusia 53 tahun tanpa sengaja menembak mati suaminya. Kejadian ini berlangsung ketika perempuan itu melihat seseorang yang menyelinap masuk ke rumahnya.

Perempuan yang tidak diketahui namanya itu, menembak mati suami yang berusia 57 tahun tepat ketika lelaki itu memasuki rumah mereka pada Isnin (10/9/2012) pukul 11:00 malam waktu setempat. 

Seperti dilansir Associated Press, Selasa (11/9/2012), Sepertinya perempuan itu salah mengira suaminya adalah perompak yang hendak merompak rumahnya.

Polis tidak boleh berbuat apapun mengenai kes ini. hingga saat ini belum ada dakwaan dilontarkan kepada perempuan tersebut.

Meski penyelidikan sudah dibuat tidak ada tanda-tanda polis akan melanjutkan kes tersebut. Polis menilai kejadian itu merupakan sebuah ketidaksengajaan.(faj)

Emma Watson, Artis Paling 'Berbahaya' di Internet

Posted: 11 Sep 2012 09:00 PM PDT

Penjahat cyber yang berkeliaran di dunia maya kerap memanfaatkan kepopularan public figure untuk mencari calon korban. Tokoh terkenal yang dimaksud termasuk datang dari kalangan selebriti.

Makin popular namanya, maka besar kemungkinan ia dijadikan 'umpan'. Nah, untuk saat ini berhati-hatilah jika berniat untuk mencari tahu di internet tentang sosok cantik Emma Watson.



 McAfee menobatkan bintang film Harry Potter itu sebagai artis yang paling 'berbahaya' untuk dicari di dunia maya, demikian seperti dikutip fashingnet.com dari FoxNews, Isnin (10/9/2012).

Banyak situs yang memakai Watson untuk mengecoh user di mana berhujung pada pengup load software jahat atau pencurian informasi peribadi. Saat melakukan pencarian 'Emma Watson', ada 1 dari 8 kemungkinan user mendarat di situs jahat.

Ini adalah penelitian ke-6 yang dilakukan McAfee, di mana tahun sebelumnya, gelar susuk yang paling berbahaya dipegang oleh Heidi Klum. Dan berikut 10 besar selebriti-selebriti 'berbahaya' lainnya menurut McAfee:

1. Emma Watson
2. Jessica Biel
3. Eva Mendes
4. Selena Gomez
5. Halle Berry
6. Megan Fox
7. Shakira
8. Cameron Diaz
9. Salma Hayek
10. Sofia Vergara.

Psy Ajar Britney Spears Tarian Gangnam Style [Video]

Posted: 11 Sep 2012 08:45 PM PDT


Dalam acara The Ellen Show baru-baru ini, penyanyi penyanyi Toxic, Britney Spears, mendapat kesempatan belajar langsung tari Gangnam Style dari sang master sendiri, Psy.
Sayang sekali Simon Cowell tidak ikut menari. Tapi bagaimanapun, mendapat pujian "Brilliant" dari sang juri X-Factor tersebut adalah sebuah bentuk prestasi tersendiri bagi Psy.

Lukisan Dari Ballpen Paling Realistik?

Posted: 11 Sep 2012 08:30 PM PDT


User DeviantArt VianaArts, yang berprofesi sebagai peguam, menggunakan Ballpen multiwarna biasa untuk menggambar wajah seorang model Rusia. Pernahkah kamu melihat lukisan dari pulpen yang serealistis ini?
gambar: Samuel Silva aka VianaArts / DeviantArt

Majalah ritual menghalau hantu pertama di dunia

Posted: 11 Sep 2012 08:15 PM PDT


WARSAW, Poland - Susulan peningkatan aktiviti menghalau hantu di Poland, paderi-paderi Roman Katholik di sini bergabung tenaga dengan seorang penerbit untuk melancarkan sebuah majalah bulanan pertama di dunia yang memfokuskan secara eksklusif tentang cara menghalau syaitan.
"Peningkatan aktiviti menghalau hantu daripada empat kepada lebih 120 kes dalam tempoh 15 tahun di Poland merupakan petanda (untuk menerbitkan majalah berkenaan)," kata Paderi Aleksander Posacki.
Posacki merupakan seorang profesor dalam bidang falsafah, teologi dan hal ehwal syaitan serta penghalau hantu terkenal di Poland.
Komen itu dikeluarkan sempena majlis pelancaran majalah berkenaan, Egzorcysta, dalam satu sidang media di sini kelmarin.
Menurutnya, isu pertama majalah setebal 62 muka surat itu termasuk artikel bertajuk New Age - the spiritual vacuum cleaner dan Satan is real mula dijual bulan ini pada harga 2.34 euro (RM9.24) senaskhah.
Paderi berkenaan percaya peningkatan rasukan syaitan berpunca daripada perubahan kepercayaan sebahagian masyarakat Poland yang kini lebih berpegang kepada pasaran bebas kapitalisme dan menolak ajaran Katholik.
"Ia secara tak langsung disebabkan perubahan dalam sistem ekonomi. Kapitalisme mencipta lebih peluang untuk melakukan perniagaan merangkumi ilmu hitam. Malah kini, menelek nasib juga dikategorikan sebagai pekerjaan dan dikenakan cukai," kata Posacki kepada AFP.
"Jika orang ramai boleh membuat keuntungan dengan menggunakan elemen ilmu hitam, gangguan rohani turut berkembang," tambahnya.
Posacki yang turut berkhidmat dengan panel pakar penghalau hantu antarabangsa menjelaskan bahawa rasukan merupakan tingkah laku ekstrem yang gagal dirawat melalui kaedah psikologi, psikiatri dan terapi konvensional.
"Rasukan berlaku akibat kejahatan. Mencuri, membunuh dan pelbagai dosa lain," katanya kepada wartawan.
Jelasnya, roh jahat yang merasuk pesakit akan diusir dengan menggunakan panduan mantera yang diluluskan oleh ketua mazhab Roman Katholik, Pope John Paul II. - AFP
sumber : mymetro

Restoran 80 meter di bawah tanah

Posted: 11 Sep 2012 08:00 PM PDT


LOHJA - Seorang cef pemenang anugerah membuka sebuah restoran baharu yang unik di Finland pada kedalaman 80 meter di bawah tanah.
Menyajikan pelbagai hidangan istimewa seperti ikan salmon masin, daging anak lembu dan siput dimasak bersama epal cincang, restoran itu berada di dalam lombong batu kapur Tytyri di sini, sekitar 60 kilometer ke barat ibu kota Finland, Helsinki.
Harga makan malam merangkumi empat hidangan di restoran Muru Pop Down itu hanya AS$160 (RM497) termasuk kos pengangkutan pergi balik ke lombong itu dari Helsinki.

CEF Niklas Ekblom (kiri) dan pengusaha restoran Timo Linnamaki menyediakan makanan di restoran Muru Pop kelmarin.


"Saya seronok bekerja di restoran bawah tanah ini kerana anda jauh dari dunia luar, jadi, anda tiada gangguan untuknya memasak," kata cef berkenaan, Timo Linnamaki.
Seorang pengunjung ke restoran tersebut, Olli-Pekka Jantti berkata, makanan yang disediakan amat lazat.
"Saya juga sukakan kelainan apabila makan di restoran ini, anda berada jauh di dalam bumi, anda berasa amat pelik," katanya.
Lombong berkenaan yang berusia 115 tahun memiliki kedalaman 380 meter.
Sebahagian lombong tersebut masih beroperasi dengan kebanyakan galian itu digunakan dalam industri kimia. - AP
sumber : kosmo online

Pencuri telan berlian palsu

Posted: 11 Sep 2012 07:45 PM PDT


COLOMBO: Polis Sri Lanka semalam berkata, berlian yang ditelan oleh lelaki China di pameran batu permata di Colombo baru-baru ini adalah tiruan dan mereka kini mencari batu yang asli.
Polis menahan Chou Wan, 32, minggu lalu selepas mendapat aduan dia menelan berlian 1.5 karat bernilai AS$13,000 (RM40,176). Imbasan X-ray mendapati sebutir berlian di dalam badan Chou dan dia kemudian diberi makan julap di hospital. 
Jurucakap polis, berkata, berlian yang ditemui semula itu didapati tiruan dan tidak mempunyai nilai. Katanya, polis mengesyaki seorang lagi lelaki China yang dilihat bersama Chou, dipercayai rakan jenayahnya mungkin menyimpan berlian yang asli. - AP

sumber : mymetro

Menteri Jepun gantung diri

Posted: 11 Sep 2012 07:30 PM PDT


TOKYO: Menteri Perkhidmatan Kewangan Jepun, mati dipercayai membunuh diri dua hari sebelum sebuah majalah tabloid menyiarkan dakwaan lelaki berusia 73 tahun itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang perempuan, menurut laporan, semalam.
Tadahiro Matsushita ditemui tergantung di rumahnya di Tokyo, kelmarin, lapor media Mainichi Shimbun. Menurut laporan itu, sepucuk surat dialamatkan kepada isterinya, Perdana Menteri Yoshihiko Noda dan anggota Kabinet lain, turut ditemui. 
Seorang wanita dari majalah tabloid Shukan Shincho berkata, edisi Rabu (hari ini) akan melaporkan berita mengenai skandal yang melibatkan Matsushita yang "mempunyai hubungan dengan wanita lain" tetapi enggan menjelaskan dengan lebih lanjut.

Laporan media mengesyorkan majalah itu akan menyiarkan dakwaan Matsushita, yang juga menteri yang bertanggungjawab dalam perubahan dalam perkhidmatan pos, menjalin hubungan dengan wanita lain.



Anggota Kabinet yang lain memberi penghormatan kepada Matsushita semalam dan Menteri Kewangan, Jun Azumi berkata, "Beliau seorang ahli politik veteran dan kualiti kerjanya adalah sangat tinggi."


Azumi akan menggantikan Matsushita sebagai Menteri Perkhidmatan Kewangan dan Noda akan mengambil alih tugasnya sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam menyelia penswastaan rangkaian pejabat pos, lapor Jiji Press. - AFP 


sumber : mymetro

Anggota polis perkosa anak dipenjara 18 tahun, 12 sebatan

Posted: 11 Sep 2012 07:15 PM PDT


BANDAR SERI BEGAWAN: Seorang anggota polis berusia 33 tahun dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan merogol anak perempuannya.
Defendan didapati bersalah melakukan perbuatan itu dalam tiga kejadian berasingan pada 2007, 2010 dan Ogos tahun lalu.

Mahkamah diberitahu insiden pertama terjadi di Berek Polis Seria di Kuala Belait ketika mangsa berusia tujuh tahun. Kejadian kedua di Berek Polis Lamunin di Tutong ketika mangsa berusia 10 tahun dan kejadian terbaru berlaku di sebuah kediaman di Kampung Penaga di Kuala Belait ketika mangsa berusia 11 tahun.


Kes itu dilaporkan kepada pihak berkuasa sekitar Ogos tahun lalu. Siasatan dilakukan Defendan pada awalnya menafikan semua tiga pertuduhan dikenakan ke atasnya, termasuk dakwaan liwat. Dalam perbicaraan itu, pendakwa raya memanggil lapan saksi. Pada 2 Jun lalu Mahkamah Sesyen memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap defendan atas semua tiga pertuduhan rogol, tetapi memutuskan tiada kes prima facie dibuktikan atas tuduhan liwat dikenakan ke atasnya. - Brunei Times

sumber : mymetro

Kawan ‘makan’ kawan cacat

Posted: 11 Sep 2012 07:00 PM PDT


LONDON: Seorang pengapit pengantin ditahan kerana disyaki mencuri �85,000 (RM 420,843) daripada rakannya - seorang bekas tentera kurang upaya - yang baru berkahwin.
Connor Aldous, 21, menjadi pengapit ketika Alex Stringer dikahwinkan dengan wanita yang menjadi temannya sejak kecil.
Stringer adalah veteran tentera Britain yang pernah berkhidmat di Afghanistan, tetapi kehilangan kedua-dua kaki dan tangan kirinya akibat terkena jerangkap samar Taliban.

Dia menggunakan anggota palsu dan terpaksa dipapah Aldous di majlis perkahwinannya.



Di sebalik 'kebaikan' itu, Aldous disyaki mengeluarkan dari bank �35,000 (RM173,288) daripada �800,000 (RM3.9 juta) pampasan diterima Stringer akibat kecacatan kekal dialaminya.


Tidak cukup dengan itu, Aldous juga meminjam �50,000 (RM247,555) wang Stringer dan ia tidak pernah dibayar semula.

Stringer yang menganggur mengenali Aldous sejak mereka bersekolah dan dia menumpang di rumah bekas tentera itu yang tinggal bersama isterinya, Danielle, 20, di Canvey Island, Essex.

Jurucakap polis berkata, Aldous ditangkap Jumaat lalu dan akan ditahan sehingga Oktober untuk membolehkan siasatan dijalankan, Sementara itu, Stringer berkata, dia menganggap Aldous seperti saudara kandung sendiri dan memberikan segala yang diperlukannya.

"Kami mempercayai Aldous dan menyediakan tempat tinggal untuknya," katanya. Stringer berkhidmat dengan Kor Logistik Rejimen Pioneer Ke-23 ditimpa kemalangan di Afghanistan pada Januari tahun lalu. Hasil hubungannya dengan Danielle, mereka mendapat dua anak, masing-masing berusia empat dan satu tahun.

Pasangan itu bakal mendapat anak ketiga musim panas ini.

Tindak-tanduk Aldous disedari apabila Stringer mengesan rakannya itu membuat banyak pengeluaran dari akaun banknya dalam tempoh 12 bulan.

Katanya, pada hari tertentu, Aldous membuat sehingga lapan pengeluaran wang sehari. - DM


sumber : mymetro

Tiga dara gedik dicekup khalwat

Posted: 11 Sep 2012 06:45 PM PDT


MELAKA: Kehadiran tiga dara gedik yang hanya berseluar pendek dan bersinglet ke kediaman lelaki yang juga rakan sepengajian mereka di Taman Casa Height, Alor Gajah, dekat sini, hanya mengundang padah apabila dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), semalam.
Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari, tiga remaja perempuan dan enam lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun itu dicekup selepas didapati berkurung dalam rumah sewa berkenaan. 
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan tiga remaja perempuan berkenaan dikatakan masuk ke rumah lelaki terbabit dan didapati masih tidak keluar dari kediaman berkenaan selepas beberapa jam. 

sumber : mymetro

Tunang lari ikut janda

Posted: 11 Sep 2012 06:30 PM PDT


KANGAR: Seorang ibu langsung tidak menyangka bahawa kata-kata anak bongsunya agar tidak mengedarkan kad perkahwinan dengan pasangannya, Nur Mazera Mansor, 22, sebenarnya membawa makna dia ingin melarikan diri.
Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan, Harun Aris, 24, yang membantu perniagaan keluarganya dikatakan menghilangkan diri bersama seorang wanita berstatus janda berusia 40-an yang baru dikenalinya sejak sebulan lalu.
Ibunya, Zainab Arop, 59, berkata biarpun Harun bersikap agak pelik sebelum menghilangkan diri, dia dan suaminya tidak menyangka tindakan anak mereka itu.

sumber : mymetro

Tangan hancur ditelan pengisar

Posted: 11 Sep 2012 06:15 PM PDT


KUCHING: Malang tidak berbau bagi seorang pengusaha kedai kek dan roti di Simunjan, dekat sini, apabila tangan kanannya hancur hingga ke bahu selepas tersepit dalam mesin pengisar tepung di kedainya, semalam.
Difahamkan, wanita dikenali sebagai Alice, 40-an yang mengendalikan perniagaan berkenaan sejak 10 tahun lalu ditimpa musibah ketika memproses tepung, jam 6 pagi. 
Kejadian hanya disedari beberapa pekerja mendengar jeritan mangsa yang mengerang kesakitan.

Menurut pekerjanya yang enggan dikenali, ketika kejadian mereka dalam proses menyiapkan roti sebaik memulakan operasi seawal jam 5.45 pagi.


sumber : mymetro

Remaja bergelut dengan bapa selamatkan ibu dan dia ditemabk

Posted: 11 Sep 2012 06:00 PM PDT


IPOH: Demi menyelamatkan nyawa ibunya, seorang remaja lelaki menggadai nyawa apabila bergelut dengan bapa kandungnya sebelum ditembak dengan pistol sebanyak dua das oleh lelaki itu dalam kejadian petang semalam.
Dalam kejadian 4.30 petang di Laluan Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat, di sini, mangsa, R Hariharen, 15, parah di kaki kirinya selepas ditembak dari dekat di pekarangan rumah mereka. 
Sumber polis berkata, kejadian berlaku selepas suspek yang berusia 40-an datang ke rumah yang didiami isteri dan empat anaknya itu dengan menaiki kereta.

Menurutnya, pasangan itu yang tidak lagi tinggal sebumbung bertengkar di hadapan rumah berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham.


sumber : mymetro

Diseksa kekasih

Posted: 11 Sep 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 30 tahun dan anak perempuannya berusia 10 tahun diperlakukan seperti hamba oleh teman lelakinya yang bukan sahaja menyeksa secara fizikal dan batin sejak hujung tahun lalu, malah segala barangan berharga milik mangsa turut dirampas.
Sumber polis berkata, mangsa berpendapatan lebih RM5,000 sebulan itu tidak mampu merasai pendapatannya itu kerana teman lelakinya yang berusia 30-an menyimpan kad pengeluaran wang automatik (ATM), kad kredit dan barang kemas miliknya sejak perkenalan mereka.

Beliau berkata, pendapatan mangsa turut dijadikan modal lelaki itu untuk dipinjamkan kepada orang lain dan jika tidak memberikan wang pada masa ditetapkan, anaknya akan menjadi mangsa.


"Mangsa pernah dibelasah dengan kayu besbol dan tidak diberikan makanan serta minuman selama dua hari selepas wanita itu cuba membuat laporan polis.

"Mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini, kelmarin hasil bantuan rakannya," katanya.


sumber : mymetro

Di Taiwan Tarian Lucah Di persembahkan di tempat terbuka

Posted: 11 Sep 2012 05:30 PM PDT






samapi macamni sekali..dah tak kira malu..depan budak-budak pun
tak kisah

[Gambar] Inilah alasan kenapa perlu berhati-hati makan buah apple

Posted: 11 Sep 2012 05:15 PM PDT

 Rasa-rasanya hampir semua orang pasti pernah makan appel, tapi harap hati-hati ketika makan buah-buahan kerana boleh jadi terdapat zat yang tidak baik bagi kesihatan tubuh.

Salah satunya adalah lilin yang berfungsi sebagai pengawet yang masih melekat dalam buah-buahan yang kita makan.

Sebaiknya makanlah appel dengan membuang kulitnya kerana boleh saja masih ada lilin yang melekat di kulitnya yang digunakan dalam pengawetan dalam mesin pendingin, ini biasanya terdapat pada appel dari Amerika.

Silakan makan appel setelah menghilangkan lilin seperti yang ditunjukkan di bawah ini.



Mana dia belajar ni?

Posted: 11 Sep 2012 05:00 PM PDT



nak kata budak dah tua...kalau kes tak tahan pun
janganlah dilepaskan kat tengah jalan...
berhentikan kereta kat tepi cari tempat...
mana dia belajar ni?

Peter Casey Tak Segan Solat di Kedai Starbucks

Posted: 11 Sep 2012 04:45 PM PDT


NEW YORK - Peter Casey, atau Abdulmalik, berlatar belakang Yahudi-Kristen. Namun pencarian spiritual pemuda berusia 23 tahun ini bermuara pada Islam. Pada usia 15 tahun, lulusan Queens College ini memutuskan bersyahadat.

Kini namanya dikenal secara luas baik di negerinya, Amerika Syarikat, mahupun dunia internasional setelah pengakuannya memilih Islam tersebar luas di jagat maya. Alih-alih takut akan keselamatan nyawanya mengingat fobia Islam kembali mengental di AS menjelang peringatan tragedi 11 September, ia malah rajin menunjukkan keyakinan barunya di depan awam.

Ia misalnya, selalu pergi ke masjid setiap hari dengan 'menumpang' skateboard-nya -- gaya khas anak muda AS. Ia juga jarang berfikir dua kali untuk melakukan ibadah shalat di Starbuck, jika kebetulan ia tengah minum di sana dan waktu shalat telah tiba.

Lelaki bermata biru ini mengaku pantang menyembunyikan identiti keislamannya. Sebaliknya, ia mengatakan ia berusaha untuk "menentang stereotip dan kesalahfahaman" orang lain di sekitarnya tentang Islam.

Sebagai seorang mualaf yang dibesarkan di pinggiran kota dengan latar belakang Yudeo-Kristian Casey berada dalam posisi yang sebetulnya 'mustahil' untuk melakukannya. Namun, itulah tekad Casey; membuat orang belajar menerima seorang Muslim apa adanya, mulai dari cara dia berpenampilan, berbicara, dan bertindak.

Casey dibesarkan di pinggiran Long Island oleh ibu yang beragama Yahudi dan ayah Katolik. Ia tumbuh dalam keluarga yang bertolak belakang dalam melihat Yesus. Di satu sisi, kekristian berbicara tentang Yesus sebagai Allah Putra, Allah Bapa, dan roh Kudus. Di sisi lain, Yudaisme berbicara tentang Yesus sebagai seorang mesias palsu.

"Saya merasa ada dua hal ekstrem di sana, dan saya mempelajari keduanya," kata Casey.

Dan kemudian, pasca-serangan 11 September 2001, pemahaman mulai berubah. Dia baru berusia 13 tahun ketika dua menara kembar WTC itu runtuh. Sejak itu, ia rajin berlayar di dunia maya mengorek isi ajaran Islam -- yang pada awalnya dituduhkan berada di balik serangan itu. Ia menemukan doktrin yang lebih masuk akal tentang Yesus: dia seorang nabi, seorang lelaki yang menyampaikan firman Allah. Tidak lebih, tidak kurang.

"Ketika saya mulai belajar tentang Islam, saya seperti:" Ini dia. Ini adalah agama itu," katanya.

Dua tahun kemudian, pada usia 15 tahun, ia masuk Islam. (Orang tuanya menolak memberikan komen untuk cerita ini).

Sejak itu, lelaki yang baru-baru mulai mengajar sejarah di sebuah sekolah Islam di Brooklyn, telah berupaya untuk meluruskan kecurigaan publik AS pada Islam. Tak hanya melalui perbuatan -- seperti bershalat di tempat umum dan ramah pada siapa saja -- ia juga aktif berdakwah melalui blog-nya yang bertajuk 'Dawah Addict'. Tema-tema seperti 'Muhammad dalam Alkitab' dan 'Bagaimana Menjadi Seorang Muslim' diulasnya tanpa canggung.

"Ketika saya pertama kali menjadi Muslim, dan masih terdengar hingga hari ini, orang-orang berkata,'Mengapa tidak ada lebih banyak Muslim yang mengatakan terorisme adalah buruk? Mengapa tidak ada Muslim di luar sana mengatakan tentang Islam yang sebenarnya?'," kata Casey. "Dan saya fikir, yah, saya akan melakukannya jika tidak ada orang lain yang akan melakukannya."

Saluran Casey di YouTube memiliki lebih dari 5.000 pelanggan dan hampir setengah juta pengunjung. Meskipun pendengarnya terus bertamabah, dia juga mengalami hambatan, antara lain berbagai bentuk komen marah dan sanggahan.

Namun, dia tak surut ke belakang. Alasannya sederhana: "Saya merasa seperti saya memiliki tanggung jawab kepada orang-orang di Amerika," katanya, "Kerana ini adalah tempat saya tumbuh dan ini adalah rumah saya, dan saya ingin berbagi apa yang membuat saya sangat bahagia dan telah membawa saya kedamaian begitu banyak." Baca selengkapnya di sini

http://video.nytimes.com/video/2011/09/12/nyregion/100000001044545/the-new-american-muslim.html




Budak derita kaki raksasa

Posted: 11 Sep 2012 04:30 PM PDT


KAMPALA: Seorang budak Uganda kini bertarung dengan maut selepas kakinya membengkak secara misteri sehingga terlampau besar.
Baru berusia 10 tahun, Vincent Oketch kini hanya mampu duduk atau berbaring di katil kerana saiz kakinya menghalang dia berjalan.

Keadaan itu juga memaksa Oketch mengenakan pakaian budak perempuan atau skirt bagi menyesuaikan saiz kakinya. Doktor di Peta merayu kepada pakar perubatan antarabangsa supaya membantu mengubati Oketch kerana mereka yakin, jika lambat dirawat, budak itu mungkin meninggal dunia.


Bapa Oketch, Tito Opoya, berkata keadaannya itu sangat mengecewakan kerana anaknya menjadi bahan cemuhan apabila berpakaian seperti budak perempuan.

"Badannya kecil, tapi kakinya begitu besar dan sangat berat," katanya.


Masalah Oketch mula dikesan keluarganya ketika dia berusia 18 bulan, tetapi kemiskinan memaksa mereka membiarkan keadaan itu begitu saja.



Apabila Oketch semakin membesar, kakinya juga bertambah besar.

Doktor pula bingung mencari punca masalah Oketch.


Sesetengah doktor percaya Oketch dilahirkan dengan masalah limfatik, menyebabkan kaki budak itu membengkak melampau.

Namun, keputusan pemeriksaan yang saling bercanggah serta masalah kemudahan perubatan yang terhad menyebabkan doktor tidak banyak pilihan untuk menyelesaikan masalah itu.


Menurut Dr Isaac Osire, dia percaya Oketch berdepan masalah jangkitan serius dan kaki itu mungkin terpaksa dipotong jika tidak mendapat rawatan segera.


Kini mengendalikan pertubuhan kebajikan kanak-kanak, Dr Osire membawa Oketch ke hospital di Kampala untuk dibedah.


Katanya, imbasan awal menunjukkan Oketch mungkin mengalami masalah sistem limfatik, untut dan keganjilan tisu.


Pemeriksaan juga mendapati keadaan itu turut menjejaskan tulang Oketch sehingga menyebabkan tulang pinggulnya beralih, manakala buku lalinya terseliuh.


Namun, pemeriksaan lanjut menunjukkan Oketch mungkin mengalami jangkitan kuman pemakan daging yang sangat berbahaya.


Dr Osire berkata, doktor mungkin memotong kaki Oketch di paras paha.


"Ia sangat membimbangkan kerana kami masih mendapat keputusan yang berbeza-beza.


"Sangat sukar mengetahui apa sebenarnya berlaku dan kami terdesak mahukan bantuan asing," katanya. Sementara itu, seorang doktor Britain yang kini melawat Uganda berharap dalam bertemu Oketch minggu depan bagi melihat sendiri keadaan penyakit budak itu.


Dr Osire berkata, sebarang bantuan daripada pihak luar sentiasa dialu-alukan.


"Nampaknya kes ini mungkin terlalu rumit untuk dirawat di dalam negara ini.


"Saya mahu melakukan apa saja yang terdaya supaya Oketch boleh hidup normal," katanya. Opoya pula berkata, dia berharap ada doktor yang mampu mengubati anaknya.


Setakat ini, katanya, dia begitu terhutang budi kepada Dr Osire atas segala bantuan diberikannya.


Pertubuhan disertai Dr Osire membantu kanak-kanak di seluruh Uganda.


Dalam keadaan tertentu, dia menggunakan sendiri keretanya untuk membawa kanak-kanak yang perlukan rawatan segera ke hospital.


"Kami masih memerlukan bantuan kewangan untuk membantu kanak-kanak di negara ini," katanya. - DM


sumber : myMetro

Tauke restoran ini dah tak tahu nak buat apa dengan duit

Posted: 11 Sep 2012 04:15 PM PDT

Agaknya tauke restoran ni mempunyai duit yang berlebihan...
duit pun dia buat untuk hiasan dinding...
agak tauke ni kaya gila....

lihat diluar restoran ini nampak macam biasa saja...
cuba kita lihat hiasan dindingnya....








oopss...rupanya kat luar restoran pun dihias dengan
duit jugak.....kaya..kaya....

sumber gambar : thechive.com


Yang diharap tapi sebenarnya

Posted: 11 Sep 2012 04:00 PM PDT








Manusia makan besi

Posted: 11 Sep 2012 11:00 AM PDT








Meskipun Diprotes, Bintang P*rno Sasha Grey Tetap Jadi Guru

Posted: 11 Sep 2012 10:30 AM PDT


Los Angeles - Bintang p*rno Sasha Grey tak peduli dengan protes banyak pihak yang tak setuju dengan aksinya mengajar . Sasha jalan terus.

Seperti diberitakan sebelumnya, Sasha diundang ke sekolah Emerson Elementary School di Compton, Los Angeles pada 2 November lalu. Sasha diundang dalam rangka kempen program baca buku yang bertajuk Read Across America.

Sasha yang sudah dua tahun tak lagi membintangi video p*rno mengungkapkan dalam akaun Twitternya bahawa dia sangat senang mengajar murid yang lucu-lucu. Namun reaksi bertolak belakang dari orangtua murid. Mereka menolak anak-anaknya diajari oleh bintang p*rno.

Namun, Sasha pantang mundur. Ia tetap berkomitmen untuk membudayakan cinta membaca untuk anak-anak sekolah dasar.

"Saya berkomitmen untuk program ini. Dengan pemahaman bahawa orang-orang akan memiliki pendapat mereka sendiri tentang apa yang telah saya lakukan, siapa saya dan apa yang saya wakili," tukas Sasha seperti dikutip TMZ.

"Saya seorang aktor. Saya seorang seniman, saya seorang putri dan saya adalah seorang rakan. Saya memiliki masa lalu bahawa beberapa orang mungkin tidak setuju dengan itu. Tetapi tidak lantas mendefinisikan siapa aku," sambung Sasha.

Sasha melanjutkan, "Saya percaya di masa depan anak-anak kita, dan saya akan tetap menjadi pendukung aktif dan peserta di bidang pendidikan yang berfokus pada inisiatif."

sumber

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Ahmad Idham Latih Adik Jadi Pengarah

Posted: 10 Sep 2012 10:39 PM PDT

Ahmad Idham
PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Ahmad Idham Ahmad Nadzri sedang berusaha membina nama adiknya iaitu Ahmad Khalid Nadzri sebagai pengarah berkaliber di negara ini.
Ahmad Idham berkata, ia merupakan tanggungjawabnya sebagai seorang abang untuk memperbaiki diri adiknya tidak kira dalam apa juga bidang.
"Kalau saya tidak membantu dia siapa lagi yang boleh menolongnya?
"Tambahan pula dia memang berminat dalam bidang pengarahan dan sebagai seorang abang rasanya tidak salah saya mengajarnya dalam mencapai cita-citanya itu," ujarnya selepas pelancaran drama Runtun Qalbu di sini pada Isnin.
Drama bersiri 13 episod itu diarahkan oleh Khalid sepenuhnya bakal menemui penonton menerusi slot Zehra mulai 21 September ini.
Ia akan disiarkan pada pukul 9 malam setiap Jumaat di TV3.
Dalam pada itu, Idham memberitahu dia yakin dengan kebolehan adiknya mengarah selepas drama bersiri Apa Celop! mendapat sambutan hangat daripada penonton.
Kata Idham, sebagai seorang pengarah yang telah berpengalaman dia perlu meletakkan kepercayaan kepada pengarah muda untuk berkarya dengan sentuhan berbeza.
"Budak muda sekarang lain bukan macam dulu kerana idea mereka berbeza dan lebih maju daripada orang lama macam saya.
"Mengapa tidak kita percayakan mereka kerana bakat yang mereka ada tambahan pula Khalid mempunyai ijazah dalam bidang pengarahan," jelasnya.
Tambah Idham, dia bukan sahaja mendidik Khalid tetapi mengambil dua lagi pengarah muda sebagai protegenya.
"Orang nampak saya angkat Khalid kerana dia adik kandung saya tetapi sebenarnya ada dua lagi pengarah muda yang sedang saya gilap bakat mereka," katanya.
Sementara itu, Idham memberitahu dia berpuas hati dengan hasil kerja Khalid namun masih memantau proses pasca produksi yang masih dijalankan.
Katanya, walaupun tidak menggangu kerja-kerja pengarahan di lokasi tetapi dia ingin memastikan produk yang dihasilkan adalah yang terbaik.
Dalam perkembangan lain, Runtun Qalbu membariskan pelakon terkenal seperti Fasha Sandha, Kamal Adli, Shah Iskandar dan Fida Ibrahim.

- ---

Sheera Iskandar Sudah Sedia Dirikan Rumah Tangga

Posted: 10 Sep 2012 10:39 PM PDT

Sheera sudah bersedia bergelar isteri.
PETALING JAYA: Pelakon Sheera Iskandar berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan dan mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Sheera yang juga anak kepada pelakon Aznah Hamid berkata, dia dan kekasihnya yang hanya mahu dikenali sebagai Syan sudah lima tahun bercinta dan sudah tiba masanya mereka melangkah setapak lagi dalam perhubungan mereka.
"Hampir lima tahun saya dan Syan bercinta, saya cukup selesa bersamanya dan berharap hubungan ini akan berakhir dengan sesuatu yang indah.
"Umur saya sekarang 27 tahun dan Syan 28 tahun, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami menamatkan zaman bujang dan melangkah ke alam perkahwinan," ujarnya.
Dalam pada itu, Sheera memberitahu kekasihnya itu belum melamarnya sebagai isteri tetapi mereka ada berbincang mengenai perkahwinan impian mereka.
Tambah Sheera Syan bukan seorang yang romantik namun senang dengan cara kekasihnya itu yang sering berada di sisinya ketika dia memerlukan.
"Memang dia tidak romantik tetapi dia sering menunjukkan rasa kasih dan sayang dengan cara berbeza. Itu menyenangkan saya.
"Walaupun dia belum melamar saya tetapi kami sering berbual mengenai perkahwinan dan merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan, Insya Allah," katanya.
Tambah Sheera, dia bagaimanapun tidak mahu menekan soal perkahwinan terhadap kekasihnya itu kerana dia baru sahaja menamatkan pengajian dan membina kerjaya sebagai kontraktor.
Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan kerjaya seninya, Sheera memberitahu sepanjang Syawal dia akan berehat sebelum kembali ke beberapa lokasi penggambaran drama.
- ---

Fasha Alah Pada Ubat Gigi

Posted: 10 Sep 2012 10:38 PM PDT

Fasha Sandha
PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha mula alah kepada ubat gigi selepas hamil hampir tiga bulan.
Fasha, 28, berkata, walaupun alah terhadap bahan tersebut tetapi dia terpaksa bertahan kerana tidak berasa selesa jika tidak menggosok gigi setiap hari.
"Kalau muntah-muntah pada waktu pagi itu biasa tetapi sekarang mula alah pada ubat gigi.
"Bagaimanapun saya terpaksa tahan kerana kita memang perlu memberus gigi setiap hari," ujarnya selepas ditemui pada pelancaran drama Runtun Qalbu di sini pada Isnin.
Drama terbitan Excellent Pictures itu akan bersiaran menerusi slot Zehra pada 21 September ini pukul 9 malam setiap hari Jumaat di TV3.
Dalam pada itu, Fasha berkata, dia juga mudah kepenatan dan memerlukan rehat walaupun mendapat tidur secukupnya.
Atas alasan itu juga, dia mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan sehingga kandungannya benar-benar stabil.
"Drama bersiri Runtun Qalbu adalah yang terakhir sebelum saya berehat sebentar sehingga November depan.
"Selepas itu saya akan mengambil satu projek drama sebelum bercuti sepenuhnya sehingga bersalin," ujarnya.
Tambah Fasha, dia belum mengidam sebarang benda-benda pelik sebaliknya suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli (Jejai).
"Memang pelik tetapi itulah yang berlaku apabila suami yang mengidam nak makan macam-macam. Sehingga kini saya belum teringin apa-apa lagi," ujarnya.
Sementara itu, Fasha memberitahu seronok dapat berlakon dibawah arahan pengarah muda iaitu Khalid Nadzri yang juga adik kepada Ahmad Idham.
Jelas Fasha lagi, Runtun Qalbu juga akan menjadi fenomena dan akan mengangkat nama pelakon gandingannya iaitu Kamal Adli ke tahap yang lebih tinggi.
"Pertama kali saya berlakon dengan Kamal tetapi dia seorang pelakon yang bagus dan saya yakin menerusi drama ini namanya akan lebih menyerlah," jelasnya.
- ---

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


'Kami bahagia'

Posted: 10 Sep 2012 03:37 PM PDT

Fasha Sandha kongsi kegembiraan hidup dikelilingi keluarga besar, aktif sekalipun alami alah hamil anak pertama

PELAKON Nur Fasha Sandha Hassan, 28, berkata hidupnya kini makin bahagia dikelilingi keluarga besar. Ditemui pada majlis ramah mesra drama Runtun Qalbu di Kuala Lumpur, semalam, aktres yang sedang hamil bayi sulung itu gembira kerana hubungan dengan keluarga baik - di belah suami atau dirinya cukup baik.

"Alhamdulillah, kami mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua keluarga. Keluarga mentua melayan saya dengan baik, malah mereka keluarga yang sangat merendah diri," jawab Fasha.

Hubungan baik aktres itu dengan keluarga suaminya, Rizal Ashram Ramly terpancar melalui beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman sosial twitter serta Instagram pelakon berkenaan.
Namun, Fasha menafikan tujuan gambar terbabit dimuat naik adalah bagi menepis spekulasi kononnya hubungannya dengan keluarga mentua bermasalah.

"Tidak, saya tidak berbuat demikian untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya, suami yang memuat naik di laman sosialnya. Saya tidak berniat berbuat demikian semata-mata hendak membuktikan kepada masyarakat bahawa hubungan kami memang baik.

"Saya tidak ada masalah dengan keluarga mentua. Selepas berkahwin, memang saya kerap berulang alik ke rumah mentua, cuma takkanlah setiap kali berkunjung ke rumah mentua saya perlu war-warkan pada semua," katanya.

Fasha berkata, pada Ramadan lalu, dia sempat meluangkan masa beberapa kali berbuka puasa dengan keluarga suami.
"Malah, baru-baru ini pun saya turut serta dalam rumah terbuka yang dianjurkan keluarga suami," kata pelakon kelahiran Johor Bahru itu.

Alah bau ubat gigi

MASIH pada peringkat awal kandungan, Fasha berkata, dia baru saja mengalami alahan tidak boleh terbau ubat gigi.

Malah sejak kebelakangan ini, Fasha mudah mengah. Biarpun dalam keadaan diri yang tidak larat, pelakon yang terkenal dengan komitmen tinggi pada kerjaya itu tidak betah duduk di rumah.

Fasha akan kembali ke set penggambaran November ini untuk drama Janji Shirah terbitan Jalena Rejab. Sementara menantikan tarikh untuk kembali ke set, pelakon itu akan menemani suaminya ke Guangzhou, China mewakili negara untuk sukan lumba kereta.

"Suami adalah penyokong kuat kerjaya saya, jadi saya juga harus memberikan sokongan kepada suami. Alhamdulillah, walaupun kandungan masih dalam peringkat awal, doktor mengizinkan saya pergi ke China," katanya.

Pelakon baru tak gugat populariti

Ketika ditanya tidakkah tercabar dengan kehadiran wajah baru yang mewarnai industri seni, jawab Fasha, dia sedar dirinya sudah berkahwin serta bakal bergelar ibu.

Malah akui Fasha, keutamaannya bukan lagi pada kerjaya, sebaliknya keluarga. Jadi, bagi Fasha, dia tidak perlu berasa tercabar dengan kehadiran muka baru.

"Saya pernah bergelar memegang trofi Pelakon Televisyen Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak enam kali.

"Saya juga pernah melalui episod kegelapan kemudian kembali semula membina nama. Jadi, saya tidak perlu berasa tergugat dengan kehadiran pelakon baru," katanya.

Jamal pernah suka Khaty

Posted: 10 Sep 2012 03:22 PM PDT

Raja Pop teringat zaman sebelum jadi penyanyi, hafal semua lagu anak didik Datuk Ahmad Nawab

KEINTIMAN Raja Pop, Jamal Abdillah dan Datuk Khadijah Ibrahim bagai ada perasaan menguntum dalam hati mereka. Gelak tawa dan gurau senda tatkala bertemu jadi petanda eratnya hubungan dua penyanyi senior ini.

Siapa sangka, ada cerita antara mereka yang tersimpan kemas selama ini. Dalam diam, Jamal cukup mengagumi Khatijah atau mesra dipanggil Khaty sehingga pernah menyimpan perasaan terhadap penyanyi ketika awal kemunculannya.

Namun, lebih 30 tahun kemudian barulah rahsia itu terbongkar. Ini mengejutkan Khaty yang selama ini menganggap Jamal seperti ahli keluarganya sendiri.
"Saya tidak tahu Jamal pernah menyimpan perasaan pada saya hinggalah rahsia ini dipecahkan Abang Mad (Datuk Ahmad Nawab) yang amat rapat dengan kami. Kalau tidak, sampai sekarang saya tidak tahu.

"Memang kami rapat dan kami sering berjumpa. Kami menjadi rapat selepas bernaung di bawah syarikat rakaman sama dan kebanyakan lagu yang didendangkan adalah ciptaan Abang Mad," kata Khaty.

Rahsia yang tersimpan lama itu didedahkan Ahmad Nawab pada majlis sidang media Konsert Gemilang yang bakal menggandingkan Khaty dengan Jamal di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

"Saya tahu Jamal tidak ada masalah dengan sesiapa dan dia seorang yang baik. Berbanding dulu, saya lihat Jamal sekarang kembali ceria dan bersemangat jadi orang lupa kisah silamnya.
"Saya yakin peminat terus menyokong Jamal. Saya pasti Jamal mampu jadi tarikan untuk Konsert Gemilang," kata Khaty lagi.

Jadi idola hingga muncul juara Bintang RTM

Menyedari kakak ipar Khadijah, Masriah Mahadan iaitu isteri kepada Allahyarham Latiff Ibrahim bekerja di tempat sama sebagai artis budaya di Pentarama, Jabatan Penerangan Malaysia pada 1978, Jamal teruja untuk bertemu Khaty.

Selama ini, Jamal menganggap Khaty sebagai idolanya. Buktinya, Jamal menyanyikan lagu Khaty, Janjimu sehingga muncul juara Bintang RTM 1979.

Namun, enggan bercerita lanjut mengenai perasaannya terhadap Khaty, Jamal menganggap ia sekadar usikan kerana cukup menyanjungi Khaty.

Jika tidak kerana lagu Janjimu itu, Jamal menganggap dirinya mungkin tidak berada di tahap sekarang.

"Khaty amat digilai ramai hinggakan setiap lagunya saya hafal. Ketika separuh akhir Bintang RTM, saya bawakan lagu Ku Sangka Siang Kiranya Malam sehingga melayakkan saya ke peringkat akhir.

"Apabila berakhirnya Bintang RTM banyak tawaran diterima daripada syarikat rakaman. Tetapi saya hanya mahu berada di bawah syarikat WEA Records yang turut dinaunginya.

"Saya sangat teruja kerana dapat berada di bawah satu bumbung dengan Khaty ditambah pula bekerja dengan Ahmad Nawab," katanya.

Pertama kali digandingkan dalam siri konsert bersama, Jamal dan Khaty akan menghiburkan peminat di Kuantan pada 29 September ini. Manakala persembahan di Kuala Lumpur menyusul pada 13 Oktober sebelum menyeberang Tambak Johor.

Melalui syarikatnya, Bintang Channel Sdn Bhd, Jamal dijangka tampil dengan 20 mini konsert di Istana Budaya, tahun depan.

Jamal juga akan menganjurkan muzikal Tribute To P Ramlee di Istana Budaya pada 29 April hingga 4 Mei tahun depan dengan menampilkan artis seangkatan seperti Azlina Aziz, Musly Ramlee dan Ahmad Fauzee.

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Plugin SEO untuk WordPress

Posted: 10 Sep 2012 04:54 PM PDT

http://blog.mohdisa.com/media/wordpress-seo-plugin.png

Terdapat beberapa buah plugin SEO untuk WordPress yang boleh didapatkan di WordPress Pluginsatau anda boleh mencarinya di Google dengan menaip 'wordpress seo plugin' kerana tidak semua terdapat di dalam WordPress Plugins.

Di sini saya senaraikan beberapa jenis plugin SEO terbaik yang telah dikongsikan oleh sahabat saya dalam artikelnya, Plugin SEO WordPress Terbaik. Antaranya:

Plugin SEO Terbaik

  • WordPress SEO dari Yoast
  • HeadSpace 2 SEO
  • All In One SEO Pack
  • SEO Friendly Images
  • Platinum SEO
  • Easy WP SEO
  • SEOPressor

Untuk melihat keterangan ringkas mengenai plugin SEO terbaik di atas, anda bolehlah membaca artikel sahabat saya. Ada di antara plugin SEO di atas pernah saya pakai dan sedang pakai. Selain itu juga saya menggunakan SEO Smart Links yang membantu dalam membina inbound link secara automatik berpandukan keyword dalam setiap artikel kita.

Serius saya katakan, jika sekali anda menggunakan WordPress dengan penyediaan pelbagai plugin SEO terbaik. Pasti anda akan berasa puas hati dalam proses optimasi blog anda dalam mendapatkann SERP yang terbaik di enjin carian.

sumber: blog.mohdisa.com

Plugin WordPress yang diperlukan pada blog anda

Posted: 10 Sep 2012 04:40 PM PDT

Salah satu hal yang menyebabkan wordpress banyak dipakai karena tersedianya berbagai plugin yang dapat membantu untuk melakukan hal tertentu yang diinginkan dalam sebuah fungsi situs wp. Banyak jenis plugin wordpress, seiring waktu mengalami pasang surut popularitas. Namun ada beberapa tipe plugin yang secara mendasar sangat dianjurkan untuk dipasang di blog wp anda.

  • Plugin WordPress untuk Cache menghemat sumber daya server dan mempercepat loading halaman.
    Plugin ini sangat disarankan karena dua alasan. Pertama, karena dapat membuat load halaman web lebih cepat. Kedua, karena menyimpan versi statis dari situs anda, sehingga memerlukan pemrosesan CPU jauh lebih sedikit dibandingkan menggunakan pemrosesan standar WordPress sehingga dapat menghemat bandwidth. Plugin WordPress adalah nomor satu dalam daftar karena suatu alasan. detail plugin
  • Plugin WordPress untuk membuat SEO menjadi mudah dengan WP.
    Plugin ini menyediakan fitur yang anda butuhkan untuk meningkatkan ranking situs anda di hasil pencarian. Orang-orang menghabiskan banyak waktu dan cara untuk melakukan SEO namun terlalu sedikit waktu menulis konten yang berkualitas. Plugin ini memungkinkan anda memfokuskan perhatian pada hal yang seharusnya. Plugin ini mengurus semua pekerjaan SEO yang dibutuhkan blog anda. detail plugin
  • Plugin WordPress untuk membuat form.
    Plugin untuk membantu membuat form kustom yang dibutuhkan blog anda. Form yang dihasilkan dapat untuk membuat posting, memungkinkan upload gambar dan media, mendukung logika kondisional, dan banyak lagi. Ini adalah paket plugin form yang lengkap untuk WordPress. detail plugin
  • Plugin WordPress untuk membackup database.
    Plugin yang sangat berguna untuk membuat backup database website anda. Memiliki beberapa fungsi penting dan yang paling mengesankan fitur kemampuan untuk mengirim backup database WordPress ke email anda. detail plugin
  • Plugin WordPress untuk membuat navigasi.
    Link navigasi 'Posting Lama' dan link 'Posting Lebih Baru' terasa membosankan dan melelahkan. Dengan plugin yang satu ini kita bisa menempatkan tombol halaman sehingga pengguna dapat langsung masuk ke halaman mana yang mereka inginkan, terlihat jauh lebih baik dan tidak melelahkan. detail plugin
  • Plugin WordPress untuk membuat interlink untuk SEO.
    Plugin untuk menghubungkan satu artikel ke artikel lainnya adalah cara yang bagus untuk membangun Pagerank di seluruh situs anda dan itu cara yang bagus untuk mendapatkan pembaca untuk menemukan artikel anda yang lain pada topik yang sama. Plugin ini akan mempersambungkan kata kunci untuk artikel anda yang lain. detail plugin
  • Plugin WordPress untuk mengelola artikel lebih mudah.
    Plugin ini menyediakan kalender dari posting anda baik dulu maupun yang baru. Anda dapat drag dan drop artikel dari satu tanggal ke yang lain, mengedit mereka dan banyak lagi. Ini adalah alat menajemen artikel yang menakjubkan. detail plugin
  • Plugin WordPress untuk mengelola pemasangan banner iklan.
    Dengan plugin ini memungkinkan untuk penjadwalan otomatis iklan awal dan akhir kali, memperkenalkan otomatisasi tingkat tinggi untuk blogger. Plugin ini juga menghitung klik dan memungkinkan anda untuk menyimpan iklan yang lama sehingga mereka dapat diaktifkan kembali bila ingin dipublihsh kembali. detail plugin
  • Plugin WordPress untuk mengelola pemasangan iklan AdSense.
    Plugin ini dapat untuk mengelola pemasangan iklan Google Adsense untuk memasukkan iklan dengan cepat. Tidak peduli berapa banyak posting blog anda, plugin ini dapat menanganinya semua. Plugin ini memungkinkan anda untuk mengatur di mana iklan anda berada pada halaman dan menyesuaikan mereka dengan HTML dan CSS coding. detail plugin

Satu hal yang perlu diperhatikan bila anda menggunakan plugin adalah memastikan untuk memasang plugin yang kompatibel dengan versi wp anda serta selalu terupdate untuk menjaga kompatibilitasnya sehingga dapat berfungsi optimal.

sumber: lumixhost.com

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Memey Suhaiza Enggan Bermadu Jika Norman Rujuk

Posted: 10 Sep 2012 07:14 PM PDT

Memey Suhaiza Enggan Bermadu Jika Norman Rujuk
Ramai yang sudah mengetahui yang Memey Suhaiza kini sudah berbaik dengan bekas isteri suaminya, Abby Abadi. Namun apabila ditanya adakah Memey bersedia menerima Abby sebagai madu sekiranya Norman Hakim merujuk semula dengan Abby, Jawap Memey mana-mana wanita pastinya tidak mahu bermadu.. Ini termasuk la Memey yang tidak mahu berkongsi kasih dengan wanita lain…

"Secara umum, tanyalah saja mana-mana wanita, pasti jawapan mereka sudah tentu tidak mahu bermadu."

"Bagi saya, itu hak masing-masing jika ada wanita yang boleh berkongsi kasih, namun kalau boleh, saya enggan berkongsi kebahagiaan saya dengan wanita lain kerana saya kini sedang hidup bahagia,"

Dalam perkembangan yang lain, Memey yang kini hamil empat bulan mengakui yang dia masih lagi mengalami alahan yang teruk sehingga memerlukan rehat daripada menerima sebarang tawaran lakonan.. Memey juga turut teruja untuk menanti kelahiran anak sulungnya itu..

"Biasanya doktor beritahu setiap wanita hamil hanya mengalami alahan pada tiga bulan pertama kehamilan saja, tapi sehingga kini saya masih mengalami alahan. Malah, suami saya turut menerima tempias di mana deria bau dia juga semakin sensitif dan tekak berasa loya,"

"Kami sekeluarga begitu teruja mengikuti perkembangan bayi yang dikandung sekarang. Setiap hari Memey akan pandang cermin dan lihat perut Memey yang semakin membesar. Kami begitu teruja sehingga sudah terlintas nak beri nama anak, Muhammad Darwish Hakim." (Gua)

Fasha Sandha Yang Hamil 3 Bulan Alah Pada Ubat Gigi

Posted: 10 Sep 2012 05:28 PM PDT

Fasha Sandha Yang Hamil 3 Bulan Alah Pada Ubat Gigi
Fasha Sandha yang kini hamil tiga bulan nampaknya sudah mula mengalami alahan orang mengandung.. Kongsi Fasha Sandha, dia tidak mengidam sebarang benda-benda pelik tetapi dia mula alah pada ubat gigi, Namun begitu Fasha terpaksa melawan diri daripada alahan tersebut kerana berasa kurang selesa jika tidak menggosok gigi setiap hari..

"Kalau muntah-muntah pada waktu pagi itu biasa tetapi sekarang mula alah pada ubat gigi. Bagaimanapun saya terpaksa tahan kerana kita memang perlu memberus gigi setiap hari,"

"Memang pelik tetapi itulah yang berlaku apabila suami yang mengidam nak makan macam-macam. Sehingga kini saya belum teringin apa-apa lagi,"

Tambah Fasha Sandha lagi, dia juga mudah kepenatan dan memerlukan rehat walaupun mendapat tidur yang secukupnya dan atas alasan itu juga dia mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakonan sehingga kandungannya benar-benar stabil kelak..

"Drama bersiri Runtun Qalbu adalah yang terakhir sebelum saya berehat sebentar sehingga November depan. Selepas itu saya akan mengambil satu projek drama sebelum bercuti sepenuhnya sehingga bersalin," ujarnya selepas ditemui pada pelancaran drama Runtun Qalbu yang akan bersiaran menerusi slot Zehra pada 21 September ini pukul 9 malam setiap hari Jumaat di TV3.(Mstar)

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Bingbing tak lepas peluang

Posted: 10 Sep 2012 07:27 AM PDT

ADA Wong, watak srikandi yang cukup popular dalam permainan video Resident Evil, namun kehebatan dan kecekapannya dalam mengendalikan senjata api tidak pernah dipamerkan dalam filem.

Bagaimanapun, menerusi pembikinan Resident Evil - Retribution, Paul W S Anderson, selaku pengarah memunculkan Ada Wong serta beberapa karakter kegilaan peminat permainan video berkenaan seperti Leon Kennedy dan Barry Burton.

Namun seperkara yang menarik, pencarian untuk watak Ada Wong menggesa Anderson menjelajah hingga ke China dan akhirnya menemukan si jelita, Li Bingbing yang juga aktres terkenal di republik itu.

Khabarnya Anderson terpaut dengan kejelitaan wanita tinggi lampai yang mempunyai raut wajah seperti diukir selain 'filmography' pelakon berusia 39 tahun itu sendiri yang sememangnya tidak asing dengan deretan drama serta filem aksi.


Nyata pelawaan itu tidak ditolak Bingbing apatah lagi melihat ramai aktres dari Hong Kong, Taiwan dan China yang sudah pun melakar nama di peringkat antarabangsa.


"Saya berasa amat terharu dan bangga kerana terpilih untuk membintangi filem ini. Saya menerimanya kerana teringin untuk menimba pengalaman bekerja dengan produksi Barat yang mana umum di seluruh dunia tahu, mereka sering menghasilkan filem-filem hebat.

"Selain itu watak Ada Wong sendiri yang penuh tarikan kerana ia adalah karakter yang sangat popular dalam permainan video Resident Evil. Saya berbangga melakonkan watak ini yang mewakili karakter wanita China yang perkasa," katanya dalam temubual yang diadakan di Hotel Empire, Subang Jaya, Jumaat lalu.

Bingbing mengunjungi Malaysia, sempena menghadiri Tayangan Perdana Ekslusif Resident Evil - Retribution, yang berlangsung 7 September lalu di TGV Sunway Pyramid.

Tampak teruja saat berkongsi pengalamannya, peran Ada Wong itu berkata, untuk mendalami karakter yang diberi dia sempat menonton sendiri permainan video Resident Evil.

"Beberapa watak baru diketengahkan dalam filem ini melainkan Alice, yang dimainkan pelakon Hollywood, Milla Jovovich sejak Resident Evil pertama lagi.
Tidak seperti dia, saya pasti semua pelakon melakukan kajian untuk benar-benar memahami karakter yang diberi.

"Rujukan yang saya lakukan adalah dengan menyaksikan permainan video itu sendiri selain bermain permainan video dengan menguji ketangkasan Ada Wong untuk menghayati cara pergerakannya juga cara dia bertutur.

"Saya cuba mengingati kesemuanya sebaik mungkin supaya penonton yang terdiri daripada pencinta permainan video itu merasakan bahawa Ada Wong benar-benar hidup menerusi lakonan saya.

"Hampir kesemua babak aksi saya lakukan sendiri. Saya tidak tahu mengapa sejak dulu lagi orang menyangkakan saya pelakon aksi, walhal saya langsung tidak mendalami secara serius. Pun begitu, saya tetap suka untuk melakukan filem kung fu.

"Melalui filem ini, terdapat satu babak pertemuan dengan Milla di sebuah bilik kawalan, saya melakukan flip di udara. Ia hebat. Saya amat teruja melakukannya dan itulah juga kali pertama saya belajar menembak," katanya.

Ditanya, bagaimanakah pula pengalaman bekerja dengan Milla Jovovich, akui anak kelahiran The Forbidden Kingdom itu, wanita berkenaan sangat profesional selain seorang yang mesra.

"Di luar set kami berkongsi pelbagai cerita daripada lakonan, kerjaya, kisah keluarga hinggalah kecantikan. Dia juga banyak memberi 'input' kepada saya mengenai jalan cerita filem ini yang sudah pun dibintanginya sejak pertama kali difilemkan.

"Namun, sebaik memasuki penggambaran saya dapat merasakan bahawa dia adalah srikandi yang sebenar. Pergerakannya cukup sempurna dan tangkas.

"Ada satu hari, Milla membawa anak perempuannya ke set penggambaran lalu dia bertanya kepada anaknya itu, bila besar nanti mahu menjadi seperti apa? Lalu anaknya menjawab, mahu membesar sebagai gadis Cina seperti Ada Wong.

"Kata-kata anak kecil itu membuatkan saya amat terharu. Melihat Milla membuatkan saya kagum kerana dia bukan saja seorang pelakon yang hebat, tetapi juga mempesonakan sebagai seorang ibu. Dia membuatkan saya mula berfikir untuk mempunyai keluarga.

"Sepanjang beberapa bulan menjalani penggambaran filem itu, tiada seorang pun yang memperlekehkan pertuturan saya dalam bahasa Inggeris malah, mereka berkata, 'oh, bahasa Inggeris anda menakjubkan!.

"Semua orang memberikan galakan dan melayani saya dengan baik sekali hingga tidak terasa janggal langsung bahkan umpama bekerja dalam sebuah keluarga yang sangat selesa," katanya.

Sedikit gambaran mengenai plot konflik yang terjadi di sekuel ke-5 filem adaptasi francais permainan video terkenal itu, kewujudan T-Virus yang mematikan hasil ciptaan Umbrella Corporation terus menggugat bumi, merubah populasi global menjadi kumpulan mayat hidup pemakan daging.

Harapan terakhir dan satu-satunya manusia, Alice terbangun di tengah-tengah markas operasi Umbrella yang paling rahsia dan menemukan berbagai misteri masa lalunya.

Lewat aksinya kali ini, Alice terus memburu mereka yang bertanggungjawab atas musibah itu, dengan mengembara dari Tokyo ke New York, Washington dan Moscow, untuk menemukan sebuah pengungkapan yang memaksanya untuk memikirkan kembali semua perkara itu adalah benar.

Dibantu oleh teman baru dan lama, Alice harus bertarung untuk bertahan cukup lama untuk menyelamatkan diri dari dunia yang berada di hujung kehancuran.

Alice dibantu oleh teman-temannya seperti Ada Wong, Jill Valentina yang dilakonkan oleh Sienna Guillory, Luther West (Boris Kodjoe) dan James 'One' Shade (Colin Salmon). Sementara itu, Michelle Rodriguez kembali memerankan karakter Rain Ocampo, Shawn Roberts dengan karakter antagonis Albert Wesker yang pernah diketengahkan menerusi Resident Evil: Afterlife, turut ditampilkan kembali.

Kekaguman wanita persis perawan dari negara Siam itu tidak terbatas kepada Milla saja, bahkan juga cara kerja produksi Barat yang jauh lebih sistematik dan moden daripada negara Asia.

"Dulu saya mendengar cerita rakan-rakan artis mengenai kehebatan cara kerja pembikin filem di sana, kini saya sendiri mengalaminya. Bekerja dengan produksi Barat cukup teratur, teknologi yang digunakan mendahului industri perfileman lain.

"Semuanya yang termaktub dijelaskan secara hitam putih. Katakanlah masa bekerja dari jam 8 pagi hingga 8 malam dan sekiranya terpaksa bekerja lebih masa katakan, pelakon termasuk semua yang terbabit akan menerima bayaran tambahan.

"Berbeza dengan produksi di China, jika baki penggambaran terpaksa ditambah atau bekerja sehingga lewat kami, tiada bayaran tambahan kerana ia lebih kepada konsep menjaga perhubungan," katanya.

Meskipun tidak putus memuji kehebatan produksi Barat, namun Bingbing mengakui, walaupun karier lakonannya sudah berjaya menembusi pasaran antarabangsa, kecintaan masih tetap utuh buat industri perfileman di China.

Bukan saja selesa dari segi pertuturan, akan tetapi di negaranya sendiri dia memperoleh pelbagai watak yang memberikan Bingbing kepuasan berlakon.

"Sudah pasti, saya mahu kembali bekerja dengan produksi Barat namun, jika diberikan peluang saya memilih untuk membabitkan diri dalam pembikinan filem yang memerlukan saya bermain dengan emosi dalaman.

"Seperti Resident Evil ini, hampir kesemua babak adalah babak aksi jadi penonton hanya melihat saya dengan satu pandangan saja. Biar kini nama karier lakonan saya menembusi pasaran Hollywood, saya tetap akan berbakti pada industri perfileman di negara saya sendiri kerana di situlah saya bermula.

"Jika bukan kerana sokongan penggiat industri dan peminat, tidak mungkin saya memperoleh peluang sehebat ini," katanya.

Berbicara mengenai sesuatu di luar ruang lingkup kerjayanya, wanita sinonim dengan watak aksi itu yang menceburi bidang lakonan seawal usia 20 tahun, berkata, dia ingin melaksanakan impiannya iaitu memandu kapal terbang.

"Mungkin saya nampak seperti seorang wanita lembut secara luarannya namun, sebenarnya tidak pada dalaman saya. Sejak dulu, saya memang sukakan sesuatu yang mencabar. Impian, saya selepas acap kali berlakon filem aksi bilakah saya akan akan memandu kapal terbang pula," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/10


Soseh Soseh: Kata dah insaf?

Posted: 10 Sep 2012 07:06 AM PDT

BUKANLAH nak jadi baik atau tiba-tiba nak berperangai seperti calon Imam Muda, tapi rasanya SS perlu menegur sedikit sikap seorang selebriti jelita yang rasanya tidak pernah serik.

Sebelum ini kecoh menceritakan sikapnya yang pernah ditangkap mabuk dan berkelakuan tidak senonoh dalam keadaan separuh sedar, namun selepas beberapa ketika, selebriti tadi muncul memberikan kenyataan dan memohon maaf.

Tapi masih menafikan tindakan dan perangainya yang suka mabuk dan parti itu.
SS rasa tidak mengapa kerana sebagai seorang wanita Islam, dia wajar untuk tidak mengaku bagi mengelakkan berlakunya rusuhan pula. Maklumlah, tidak mungkin dia sanggup berdepan hukuman sebat pula kalau mengaku yang dia mabuk.

Cukup sekadar alasannya untuk lebih berhati-hati dan tidak lagi mengunjungi tempat-tempat yang boleh memerangkap dirinya lagi. SS faham dan rasanya media lain juga begitu kerana percaya dia akan berubah.

Sayang seribu kali sayang, apa yang SS harapkan itu meleset sama sekali apabila hujung minggu lalu ada pula seorang pembaca akhbar ini yang menghubungi SS menceritakan pengalamannya yang berdepan dengan selebriti yang sama dalam keadaan lebih kronik.

Kebetulan SS seorang saja yang bekerja hujung minggu lalu, terus melekat telinga di telefon mendengar setiap inci cerita pemanggil itu tadi.

Khabarnya pemanggil yang kebetulan berada di sebuah kelab hiburan malam minggu lalu atas urusan membawa pelanggannya berhibur duduk berhampiran dengan
selebriti itu tadi.

Tiba-tiba kecoh saja di kawasan selebriti popular itu berparti. Mana tidaknya kecoh, rupa-rupanya selebriti tadi sudah terhuyung-hayang tidak sedarkan diri sambil ada seorang lelaki sudah berusia namun masih kacak dan tegap badannya yang cuba 'menyelamatkan' dirinya yang terkulai layu.

Bukan itu saja, ramai juga orang yang turut berada di dalam kelab itu yang menggelengkan kepala kerana keadaan selebriti tadi yang sudah mengganggu beberapa meja lain di sebelahnya.

SS terdiam juga mendengar cerita pemanggil itu tadi kerana rasanya Syawal belum lagi melabuhkan tirainya. Orang lain sibuk rindukan Ramadan dan selebriti ini pula sudah laju mengatur perancangannya untuk mabuk dan kembali berparti.

SS rasa selebriti ini tidak akan berubah dan hanya memberi alasan kononnya dia tidak lagi bersikap seperti itu sedangkan dia tidak pernah kisah kerana apa yang penting, itulah perangainya sejak sebelum menjadi selebriti lagi bersama kawan-kawan lamanya.

Tapi tidaklah SS hairan sangat kerana selebriti tadi memang sedang bahagia kerana dirinya ditaja seorang lelaki berpangkat tinggi dengan wang ringgit yang makan tidak habis.

Jadi walaupun kerja seninya tidak seberapa, wang ringgit yang masuk mengalahkan penyanyi terkenal negara.

SS: Kelakar mendengar alasan seorang pelakon yang katanya dihalau dari sebuah kelab hiburan di sebuah majlis baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/10


Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tun Dr. Siti Hasmah ditangan Sofea

Posted:

Tun Dr. Siti Hasmah ditangan Sofea

SELAMA ini ramai yang mengenali Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa tokoh negarawan yang kini berusia 86 tahun itu mencipta sejarah sebagai doktor wanita Melayu pertama di negara ini.

Dengan peranan sebagai seorang doktor telah memberi peluang kepada beliau menaburkan khidmat dan baktinya kepada masyarakat, terutamanya buat penduduk luar bandar.

Maka, sebagai langkah supaya orang ramai dapat lebih mengenali sisi hidup isteri bekas Perdana Menteri ini, World Islamic Network Television mengambil inisiatif dengan menerbitkan sebuah teater berjudul Tun Dr. Siti Hasmah yang akan dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Menariknya, watak sebagai tokoh negarawan itu akan digalas oleh dua orang pelakon hebat iaitu Datin Sofia Jane dan Lisa Surihani yang menggantikan Erra Fazira. Erma Fatima pula bertanggungjawab sebagai pengarah, menggantikan posisi pengarah asal, Adlin Aman Ramlie.

Bagi Sofia, peluang membawakan watak sebagai Siti Hasmah dalam pementasan teater tersebut sangat bermakna buat dirinya. Dia sendiri sangat teruja untuk mendalami karakter tokoh wanita kelahiran Klang, Selangor itu.

"Beliau merupakan tokoh yang begitu saya kagumi kerana tanggungjawab yang dipikulnya sebagai seorang isteri pemimpin, doktor dan ibu. Saya rasa ia bukanlah satu tanggungjawab yang mudah buat seorang wanita.

"Malah, ramai generasi sekarang yang tidak tahu beliau banyak menabur bakti kepada masyarakat di luar bandar semasa bergelar doktor perubatan dahulu," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar di Istana Budaya baru-baru ini.

Menurut Sofia, peluang membintangi teater tersebut telah membuatkan dirinya begitu teruja untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang keperibadian Siti Hasmah.

Ujarnya, masih terdapat banyak kisah-kisah menarik tentang tokoh berkenaan yang tidak pernah dipaparkan media dan itulah yang akan cuba didedahkan menerusi pementasan teater berkenaan.

"Apa yang saya tahu, Siti Hasmah meminta supaya jalan cerita yang dipaparkan nanti tidak terlalu menjurus kepada peranannya sebagai isteri mantan perdana menteri, tetapi usaha dan khidmatnya kepada masyarakat supaya ia boleh menjadi inspirasi kepada orang ramai," ujar pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu.

Ketika ditanya apakah yang membuatkan dirinya tertarik untuk membintangi teater berkenaan, Sofia memberitahu dia gemar membawakan watak tokoh biografi wanita terkenal.

"Ini merupakan kali ketiga saya membawakan karakter sebegini selepas melakonkan watak Mak Lijah dalam teater Malam Ini Penyu Menangis pada tahun 1995 dan Natrah menerusi pementasan teater berjudul Natrah dua tahun lalu," ujarnya.

Pernah tolak

Mengikut jadual asal, pementasan teater Tun Dr. Siti Hasmah sepatutnya mula dipentaskan pada 30 Ogos lalu, tetapi terpaksa ditunda pula ke tarikh 14 September ini.

Namun begitu pada sidang akhbar tersebut, World Islamic Network Television telah mengumumkan tentang tarikh baharu pementasan yang telah ditetapkan iaitu pada 9 hingga 19 November ini.

"Saya akui pada mulanya memang pernah menolak tawaran yang diberikan oleh Erma Fatima apabila pementasan teater ini dijadualkan berlangsung pada 14 September ini kerana merasakan masa yang ada sangat singkat.

"Walaupun pernah membintangi teater sebelum ini, saya merasakan tempoh dua minggu tidak sesuai memandangkan persiapan untuk pementasan teater memang mengambil masa yang lama," jelasnya.

Menurut Sofia, dengan penundaan tarikh pementasan ke satu tarikh yang baharu iaitu pada 9 November, ia telah memberikan kelegaan kepada dirinya. Itu yang membuatkan dia bersetuju untuk terbabit dengan pementasan berkenaan.

"Dengan tempoh selama dua bulan ini, saya akan menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk menghayati watak yang diberikan serta mengenali dengan lebih mendalam karakter Siti Hasmah," ujarnya.


TEMPOH dua bulan akan digunakan sepenuhnya oleh Sofia untuk mengenali dan mendalami karakter Siti Hasmah.


Pengalaman baharu

Bagi Lisa pula, peluang untuk terbabit dengan pementasan teater tersebut telah membuka lembaran baharu buat dirinya untuk menguji kemampuan sebagai seorang pelakon serta mengembangkan lagi bakat lakonannya.

Menurutnya, dengan pembabitannya itu pasti ia memberi pengalaman baharu buat dirinya dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran memandangkan lakonan teater sangat berbeza dengan berlakon drama atau filem.

"Selama ini bukan saya tidak berminat berlakon teater, malah pernah mendapat tawaran daripada beberapa pihak. Namun, saya terpaksa menolaknya kerana terikat dengan jadual yang agak ketat.

"Secara kebetulan apabila saya dihubungi oleh pihak Istana Budaya yang mewakili produksi, memang saya tidak mempunyai sebarang kerja lain dan akhirnya saya bersetuju untuk berlakon," jelas isteri kepada Yusry Abdul Halim itu.

Ujar Lisa, pada mulanya dia menyangka hanya ditawarkan untuk membawakan watak kecil dalam pementasan tersebut dan sangat terkejut apabila perlu melakonkan watak seorang tokoh negarawan yang terkenal.

"Pastinya peranan yang diberikan ini merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar, apatah lagi saya tiada pengalaman beraksi di pentas teater. Namun, saya akan menggunakan peluang yang diberikan ini dengan sebaik-baiknya," ujarnya.

Raudhah Di Hatiku kembali

Posted:

Raudhah Di Hatiku kembali

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

BARISAN selebriti yang terlibat dengan Raudhah Di hatiku musim baharu bergambar pada majlis sidang akhbar pelancaran program tersebut baru-baru ini.


SEKALI lagi TV9 melalui jenama Raudhah Di Hatiku akan mengimarahkan masjid sekitar Lembah Klang dan Selangor di samping mengambil inisiatif memperkenalkan masjid sebagai hab komuniti para remaja dan masyarakat setempat.

Kata Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar mengenai acara itu: "Raudhah Di Hatiku akan menjadi acara tahunan stesen TV9 berikutan menerima impak positif ketika penganjuran kali pertama tahun lalu."

Pelbagai program menarik disediakan sepanjang acara padang Raudhah Di Hatiku buat penganjuran kali kedua tahun ini antaranya Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah, Halaqah, Semanis Kurma, Usrah dan Safiyya.

Menurut Pengurus Penjenamaan Kumpulan TV9, Mazliffah Ismail pula, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain dan paling utama untuk menjinakkan para remaja kepada masjid.

"Sepanjang acara berlangsung pelbagai aktiviti menarik boleh disertai pengunjung yang hadir antaranya siaran langsung Nasi Lemak Kopi O (NLKO), rakaman program 4 dan hafazan, pembukaan khemah Lin Nisa yang menyediakan pelbagai aktiviti khas untuk wanita sahaja, persembahan nasyid kumpulan Al-Mawlid, jualan bazar cufica, kanvas dan kaligrafi serta banyak lagi," katanya yang ditemui ketika sidang akhbar pelancaran Raudhah Di Hatiku di Sri Pentas baru-baru ini.

Menarik kali ini, pihaknya menyediakan khemah tertutup Lin Nisa khusus buat muslimah sahaja untuk melakukan pelbagai aktiviti termasuk peragaan fesyen tudung terbaharu, cara memakai tudung dan skaf, jubah malah beberapa aktiviti lain yang ternyata bermanfaat.

Sementara itu, Penerbit Program Dokumentari dan Majalah Primeworks Studios Sdn. Bhd., Ahmad Noor Sulaiman berkata, acara Raudhah Di Hatiku secara tidak langsung mengubah persepsi orang ramai terutama golongan bukan muslim akan kepentingan masjid sebagai hab sejagat yang bersifat penyatuan.

"Ramai yang kurang faham akan kepentingan masjid sebagai lokasi pertemuan yang menyatukan pelbagai kelompok masyarakat dan program seumpama ini memacu tujuan ke arah itu sebenarnya. Lantas ia mengetepikan persepsi masjid yang hanya dianggap sebagai tempat beribadat sahaja," ujarnya.

Tambahnya sokongan tidak jemu dan padu daripada golongan selebriti untuk menjayakan acara itu pada tahun lalu memberikan peluang sekali lagi tahun ini untuk pengunjung bertemu dengan beberapa orang selebriti tempatan yang akan hadir meluangkan masa sepanjang acara tahun ini.

Antara selebriti yang akan hadir terdiri daripada Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Lah VE, Zaf VE, Azan Ruffedge, Amer Ruffedge, Amer Munawer, Yatt Hamzah, Diana Amir dan kumpulan hijabista Scarlets yang diwakili Maria Elena.

Maka jangan ketinggalan untuk datang beramai-ramai ke tiga buah masjid terpilih sekitar Lembah Klang dan Selangor untuk merasai kemeriahan aktiviti yang telah disediakan bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang pada setiap hari Sabtu sepanjang tiga minggu.

Tiga masjid tersebut adalah Masjid Al-Hidayah Taman Melawati (8 September),Masjid Al-Falah, USJ 9, Subang Jaya (29 September) dan Masjid As-Salam, Puchong Perdana (13 Oktober).

Kuasa Shah Rukh Khan

Posted:

Kuasa Shah Rukh Khan

PENGARUH dan kehebatan Shah Rukh Khan nampaknya bukan sekadar di layar televisyen atau filem, tetapi ia turut mempengaruhi masyarakat.

Buktinya, Shah Rukh telah berjaya membuat pihak polis di kawasan kediamannya menutup sebatang jalan yang dikenali sebagai Cement Road menuju ke sebuah gereja iaitu Mount Mary Church yang terletak berhampiran banglo miliknya bagi mengelakkan suasana bising sewaktu perarakan ke gereja tersebut berlangsung!.

Tindakan tersebut telah membuatkan banyak pihak tidak berpuas hati, terutamanya penganut agama Kristian yang mengikuti perarakan keagamaan tersebut. Ini kerana jalan yang ditutup pihak berkuasa itu merupakan jalan mudah ke gereja tersebut.

"Ia mengambil masa lima minit jika melalui jalan itu ke gereja, tapi ia telah ditutup atas permintaan Shah Rukh kerana tidak mahu diganggu bunyi bising," ujar satu sumber.

Justeru, para pengikut perarakan telah membuat bantahan terhadap tindakan Shah Rukh yang dianggap sebagai keterlaluan itu.