Adsense

Khamis, 21 Jun 2012

Celebrity News

Celebrity News


Panas : Gambar Jue Aziz Dipeluk Mesra Oleh Ako Mustapha

Posted: 21 Jun 2012 02:35 AM PDT





Apa nak jadi dengan Jue Aziz kita ni, seksinya dan panas sehangat-hangatnya gambar yang tersebar dalam internet ketika ini. Dan si jejaka pula sedap je peluk anak orang tanpa segan silu dan penuh perasaan, bukan mengata tetapi sekadar ingat mengingatkan sesama umatnya.

Gambar ini dah lama tetapi baru ternampak keseksian dan kemanjaan mereka, tetapi gossip terbaru di laman Murai, mengossipkan Jue Aziz kini bercinta dan bercuti bersama seseorang di Bali.

Apa Komen anda mengenai Jue Aziz !!?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Johnny Depp Berpisah Dengan Vanessa Paradis

Posted: 21 Jun 2012 02:16 AM PDT

SUPERSTAR HOLLYWOOD, Johnny Depp telah berpisah dengan kekasihnya Vanessa Paradis selepas 14 tahun bersama.

Akhbar UK, The Sun melaporkan, perpisahan itu berlaku di saat pelakon The Pirates of the Caribbean berusia 49 tahun itu dikaitkan dengan heroin filem terbarunya The Rum Diary, Amber Heard, 26, pada April lalu.

The Sun memetik sumber-sumber terdekat dengan kedua-dua pelakon itu sebagai berkata, Depp dan Vanessa cuba untuk mempertahankan hubungan mereka dengan berpindah dari kediaman rasmi mereka di Selatan Perancis ke Los Angeles bersama-sama dua orang anak mereka, Lily-Rose, 13, dan Jack, 10.

Ini juga bagi membolehkan Depp memberikan tumpuan secara khusus kepada kariernya dan pada masa yang sama tidak berpisah begitu lama dengan Vanessa.

Malangnya dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini, Vanessa sibuk dengan haluannya sebagai penyanyi dan juga pelakon manakala Depp menjadi Kapten Jack Sparrow.

Januari lalu, Depp dan Vanessa didapati telah tinggal di hotel yang berasingan ketika mereka bersama-sama berada di Los Angeles sehingga mencetuskan khabar angin mengenai pergolakan hubungan mereka.



Mereka bagaimanapun menafikan sebarang keretakan tetapi sejak itu tidak lagi kelihatan bersama termasuklah dalam mana-mana majlis karpet merah.

Paling ketara ialah apabila Vanessa, 39, tidak kelihatan pada majlis meraikan hari jadi anak mereka Jack di Los Angeles pada April lalu.

Pada masa yang sama, Depp dilihat sering bersama Amber termasuk dalam satu majlis di Las Vegas awal tahun ini selepas selesai membintangi sebuah lagi filem baru berjudul Dark Shadows malah mereka kelihatan menaiki jet peribadi Depp.

Hubungan sulit antara Deep dan Amber bermula apabila mereka kelihatan sangat intim ketika di set filem The Rum Diary di Puerto Rico pada tahun 2009.

Depp dan pasangannya Paradis pula bertemu di Paris pada 1998 apabila dia melihat pelakon kelahiran Perancis itu sedang duduk minum di sebuah bar di Hotel Costes dan kemudian menjemputnya untuk duduk semeja.

Kedua-duanya kemudian menjadi sahabat baik dan berpindah ke Le Plan-de-la-Tour, iaitu sebuah perkampungan kecil di Selatan Perancis.

Bagaimanapun apabila kerjaya Depp semakin meningkat dan dia terpaksa menghabiskan begitu banyak masa di Hollywood, hubungan mereka menjadi semakin dingin walaupun telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Populariti Depp memuncak mulai tahun 2003 menerusi filem Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl.

Pada masa yang sama Vanessa banyak berkorban untuk menjaga anak-anak mereka. Kedua-dua pasangan itu tidak pernah berkahwin secara rasmi.

Sementara itu, Pengarang Hiburan The Sun, GORDON SMART menulis, selepas berbulan-bulan kedua-dua pasangan ini menafikan keretakan dalam perhubungan mereka, akhirnya kebenaran menjelma juga.

Katanya, adalah menjadi rahsia terbuka di kalangan penggiat dunia hiburan bahawa Johnny Depp dan Vanessa telah tinggal berasingan sejak beberapa bulan dahulu.

Ini berlaku di sebalik penafian demi penafian yang dilakukan oleh Depp termasuk yang terbaru bulan lalu.

Bagaimanapun Smart memuji sikap Depp dan Vanessa sebagai ibu-bapa kepada kedua-dua anak mereka dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen yang memburukkan satu sama lain demi masa depan anak mereka.

Tetapi menurut Smart dunia hiburan telah mula menghidu sesuatu tentang hubungan dingin Depp dan Vanessa apabila mereka tidak lagi muncul bersama dalam banyak majlis rasmi atau parti yang dianjurkan oleh Depp sendiri kepada rakan-rakannya.

Depp juga katanya telah membina sebuah rumah baru dan studio baru untuk merakamkan sebuah album rock 'n' roll.


Sumber : Mstar

Dah menjadi perkara biasa kahwin cerai yang melibatkan artis, terutamanya di luar negara ni. Semoga ia tidak menjadi ikutan kepada artis kita di Malaysia Khasnya.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Ramlah Ram Enggan Fikir Soal Kahwin Selepas Bercerai

Posted: 21 Jun 2012 02:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ramlah Ram tidak mahu lagi memikirkan soal kahwin selepas kegagalan rumah tangga bersama Penerbit Rancangan Unit Sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kamal Roslim dua tahun lalu.

Ramlah, 47, berkata, pada ketika ini pemikirannya tidak lagi tertumpu kepada soal tersebut sebaliknya mahu memberi tumpuan yang lebih mengenai kerjaya dan masa depan.
"Saya tidak pernah terfikir pun pasal jodoh kerana saya terlalu sibuk dengan perkara lain apatah lagi ketika usia sudah mencecah 40-an, perkahwinan bulan lagi menjadi keutamaan saya," ujarnya kepada mStar Online semasa ditemui selepas rakaman program Fenomena Raya di Angkasapuri di sini.

Bagaimanapun kata Ramlah, jika ada jodoh daripada Allah suatu hari nanti, dia tidak akan menolaknya.
"Nak kata serik berkahwin tidak sama sekali, namun kalau sudah ditakdirkan saya bertemu jodoh saya terima sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Ramlah berkata, walaupun bersendirian dia tidak pernah berasa sunyi kerana kehidupannya sering dikelilingi dengan anak saudara dan kaum keluarga.

Malah kata Ramlah, keluarganya juga tidak pernah membangkitkan soal perkahwinan dan menyerahkan sepenuhnya kepada dia.
"Anak-anak buah saya ramai untuk menceriakan saya dan membolehkan saya menumpang kasih sayang. Soal kahwin untuk kali kedua tidak pernah menjadi isu kepada saya malah keluarga juga sentiasa berada di belakang menyokong saya," katanya.

Sumber : Mstar

ZoOM : Jodoh dan pertemuan sudah ditakdirkan olehnya dan mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gambar Kereta Dan Rumah Dato Siti Nurhaliza

Posted: 20 Jun 2012 10:10 PM PDT


 Kalau sudah mempunyai duit yang banyak, macam-macam benda boleh dibeli dan disimpan sebagai harta seseorang. Inilah yang boleh digambarkan dengan kekayan yang ada pada penyanyii tersohor kita yakni, Dato Siti Nurhaliza. ZoOM dan anda diluar sana sedia maklum mengenai perkahwinan artis kita dengan ahli perniagaan (Datuk K).

Dan berikut adalah beberapa gambar rumah dan kereta hasil daripada kerja keras orang yang mencari rezeki dan bukannya menggunakan duit rakyat.(Opss biarlah ia cerita orang politik yer)





 Rumah Di Cameron Highland
 Rumah Di Kuala Lipis
 Rumah Di Bukit Antarabangsa
Rumah Di Cheras

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tunjuk bukti

Posted: 20 Jun 2012 03:40 PM PDT

Hip

MAJLIS pelancaran album terbaru Anuar Zain di Bangsar, semalam.

MAJLIS pelancaran album terbaru Anuar Zain di Bangsar, semalam.

Anuar Zain gesa stesen radio dedah kajian lagu popular

PENYANYI vokal mantap, Anuar Zain, 42, mahu stesen radio tempatan mengemukakan bukti hasil kaji selidik lagu pilihan pendengar bagi mengelak timbul isu pilih kasih selain merungkai kemusykilan berhubung amalan itu.

Anuar yang pertama kali mengulas itu berkata, dia keliru dengan kehendak stesen radio tempatan dalam memilih lagu untuk dimainkan juruhebah.

Apa yang saya luahkan ini bukanlah disebabkan emosi atau kecewa kerana lagu saya tidak kerap diputarkan. Tetapi apa yang saya lakukan ini adalah kerana saya sendiri keliru dengan kehendak stesen radio itu sendiri. - Anuar Zain, Penyanyi

"Apa yang saya luahkan ini bukanlah disebabkan emosi atau kecewa kerana lagu saya tidak kerap diputarkan. Tetapi apa yang saya lakukan ini adalah kerana saya sendiri keliru dengan kehendak stesen radio itu sendiri. Muzik bagaimana yang mereka mahu?

"Tugas stesen radio adalah menjadi medium untuk memutarkan lagu sebagai hiburan pendengar. Malangnya, mereka pula yang berperanan sebagai penapis dalam menentukan lagu mana yang boleh diputarkan di stesen terbabit.

"Supaya isu ini tidak terus mengelirukan pendengar, jika mereka (stesen radio) ada bukti mengenai kaji selidik yang dijalankan, sila tunjukkan bukti," katanya pada pada majlis pelancaran album terbarunya, Anuar Zain di Bangsar, semalam.

Anuar berkata, disebabkan amalan pilih kasih serta peranan radio yang semakin tersasar, dia tidak lagi mendengar medium hiburan dan informasi itu.
"Terus terang, saya sudah lama tidak mendengar radio. Lebih dari lima tahun rasanya. Saya buat begitu kerana saya sudah tidak mempunyai minat untuk mendengar kebanyakan lagu yang diputarkan kerana konsepnya hampir sama saja... Tiada jiwa.

"Ada ketika, saya teringin mendengar lagu nasyid, dangdut dan jazz. Tapi semua lagu itu sudah tidak banyak diputarkan atas alasan tidak menepati cita rasa pendengar," katanya.

Ditanya apakah dia tidak bimbang kenyataan itu boleh mengguris hati pihak tertentu malah membawa kepada kemungkinan 'digam' stesen radio, Anuar menjelaskan dia tidak kisah jika ia berlaku.

"Selama ini, saya tidak pernah bersuara. Tapi apabila melihat perkara ini semakin menjadi-jadi, saya terpanggil untuk menyuarakan rasa hati. Luahan saya ini bukanlah untuk menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi sebagai satu teguran buat mereka.

"Terpulanglah kepada mereka. Jika mereka bersikap ego dan tidak mahu menerima teguran serta mahu 'gam' saya, saya tak kisah. Ini adalah negara demokrasi dan saya berhak meluahkan perasaan tidak puas hati ini," katanya.

Mengulas punca album terbarunya itu lewat dipromosikan malah hanya dilancarkan selepas enam bulan dipasarkan, Anuar berkata:

"Kebetulan, ketika album ini dipasarkan November lalu, saya menghadapi masalah mencari pengurusan baru serta terbabit dengan pelbagai acara. Ini membuatkan promosi album ini terpaksa ditangguhkan.

"Bagaimanapun, saya tak kisah album ini lambat dipromosikan kerana saya lebih suka ia dibuat secara santai dan tidak tergopoh gapah," katanya.


Hampir sejuta ada 'pawagam' di rumah

Posted: 20 Jun 2012 03:36 PM PDT

Hip

KEMUDAHAN 'pawagam di rumah', Astro First menarik hampir sejuta pelanggan sejak diperkenalkan di Malaysia, awal tahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, sebanyak 52 filem Melayu dipertontonkan kepada khalayak dengan penerbit filem tempatan turut menjana pendapatan sampingan apabila karya mereka di saluran itu.

Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, berkata objektif asal Astro First bukan sekadar memudahkan pelanggan malah menjadi saluran perniagaan baru kepada penerbit untuk menjana pendapatan sampingan.

Kita akui isu cetak rompak melalui Astro First pernah berlaku dan segala maklumat sudah diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) untuk diambil tindakan. - Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro

"Apabila pelanggan Astro bertambah disebabkan teknologinya, kita menyedari ada landasan lain untuk membantu dan memberi galakan kepada penerbit. Sehubungan itu, Astro First dilancarkan untuk menambah satu lagi sumber pendapatan baru kepada penerbit," katanya kepada HIP.

Khairul Anwar berkata, selain peruntukan peratusan daripada pembelian, syarikat televisyen berbayar itu juga membeli hak televisyen untuk disiarkan di saluran Astro selepas tayangan Astro First.

"Ia memberi kelebihan kepada penerbit dengan membolehkan mereka membuat perancangan menerbitkan filem.

"Dengan laluan yang diberikan Astro, penerbit sedia merangka peruntukan untuk setiap penerbitan filem termasuk risiko yang bakal dihadapi sekiranya filem mereka kurang mendapat sambutan," katanya.
Ditanya kemungkinan penyiaran filem melalui Astro First membuka ruang kepada kegiatan cetak rompak, Khairul menjelaskan, setiap dekoder yang dicipta memiliki kod yang membolehkan Astrp menyiasat penggunaannya.

"Kita ada beberapa kaedah untuk mengatasi masalah jika berlaku kebocoran atau salinan filem melalui perkhidmatan Astro.

"Kita akui isu cetak rompak melalui Astro First pernah berlaku dan segala maklumat sudah diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) untuk diambil tindakan," katanya.

Khairul berkata, kes salinan program televisyen Astro ke Youtube sudah banyak diambil tindakan.

"Lebih parah apabila ramai yang membuat salinan itu tidak tahu perkara yang mereka lakukan itu menyalahi undang-undang hak cipta," katanya.

Pada 11 Januari tahun lalu, Astro First dilancarkan bagi memudahkan pelanggan menonton filem terbaru di rumah sendiri.


Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Anggap diri bukan selebriti

Posted:

Anggap diri bukan selebriti

BERTEMU dengan aktor Bront Palarae baru-baru ini pada sesi fotografi promosi filem terbaharu lakonannya Jiwa Taiko, nyata Bront seorang yang ringkas dan penuh falsafah dalam mindanya.

Tidak perlu bersolek, hanya menyisir rambutnya agar kemas, Bront bersedia di hadapan kamera. Apa sahaja arahan yang diberi kepadanya, dilakukan tanpa banyak soal.

Kata Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin, 34, dia sememangnya seorang yang ringkas meskipun berstatus seorang selebriti, dia bukan jenis lelaki yang berdandan sebelum keluar rumah.

"Saya rimas kalau terlalu menjaga penampilan. Ya, saya seorang pelakon, tetapi lakonan adalah bidang pekerjaan saya, di luar bidang kerja saya hanya lelaki biasa," tuturnya.

Mungkin kerana pemahaman itu, nama Bront tidak pernah terjebak dengan sebarang kontroversi, malah kisah peribadinya disimpan kemas.

"Saya selesa tidak bercerita kisah peribadi kerana saya seorang aktor bukannya selebriti. Kerja saya adalah berlakon bukannya mencipta sensasi.

"Rasanya orang di luar sana juga tidak berminat untuk membaca kisah peribadi saya. Mereka kenal saya sebagai Bront di dalam kaca televisyen dan layar perak sahaja, itu sudah memadai," ujarnya serius.

Bertanya bagaimana kehidupan di luar ruang lingkup dunia seni, jawab anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu: "Normal dan sama seperti orang lain, saya keluar bekerja untuk mencari rezeki dan kerja saya adalah berlakon.

"Saya hidup dalam komuniti tidak ada rasa perbezaan dengan orang lain hanya kerana saya keluar di televisyen, majalah, surat khabar dan medium media yang lain."

Meskipun menolak dunia glamor, namun kerjaya sebagai aktor memaksa Bront untuk menerima hakikat dirinya dikenali orang ramai.

"Popular ke saya? Rasanya biasa-biasa sahaja. Mulanya sukar untuk saya menerima realiti dunia glamor, tetapi apabila saya mula diterima ramai, saya belajar untuk mengawal perhatian yang diberi.

"Jika saya berjalan di luar, masih ramai yang buat tidak tahu dengan saya, tetapi apabila ada yang meminta bergambar, baru saya sedar, ada juga orang minat dengan saya," katanya sambil ketawa.

BERGANDING dengan Nadiya Nisaa dalam filem Jiwa Taiko, nama Bront menjadi sebutan terhadap beberapa babak 'panas' mereka.


Adegan asmara Bront

Nama Bront yang bersih daripada sebarang cerita sensasi tiba-tiba menjadi hangat gara-gara dia membawakan watak antagonis bernama Pinto dalam filem Jiwa Taiko arahan Osman Ali yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Bukan watak Pinto yang menjadi bualan tetapi adegan atas katil Bront dengan watak Lara yang dipikul oleh Nadiya Nisaa.

Beritahu Bront, dia mengambil masa yang agak lama untuk larut dalam jiwa sensual Pinto berbanding dengan Nadiya yang mudah melakonkan adegan panas itu.

"Sangat sukar sebenarnya untuk melakonkan adegan yang perlu pelakonnya kelihatan seksi. Saya mengambil masa yang agak lama untuk benar-benar bersedia berlakon adegan asmara itu," terangnya yang juga seorang penulis lakon layar.

Meskipun sedar adegan itu kurang disenangi sesetengah pihak, jelas Bront, melakonkan adegan panas tersebut tidak dipaksa oleh sesiapa kerana itu pilihannya sendiri.

"Siapa-siapa yang ternganga melihat adegan itu saya minta maaf. Kalau ibu bapa saya melihat adegan asmara itu, mereka juga terkejut.

"Moden macam mana sekalipun, kita tidak boleh menidakkan bahawa seks bebas itu di luar batasan moral agama dan budaya masyarakat tempatan.

"Saya telah tahu sejak awal terdapat adegan panas itu dan bersetuju kerana keperluan adegan itu untuk menggambarkan karakter Pinto. Jadi, apa sahaja pandangan dan kritikan peminat, saya pasrah," balasnya lagi tentang filem yang mula menjalani penggambaran pada Disember 2010.

Akui bintang filem Anak Halal itu lagi, pada sesetengah keadaan wujud satu keperluan untuk seorang pelakon membawa watak dan adegan yang tidak pernah dibawakan sebelum ini untuk menyuntik elemen segar dalam kerjaya.

BRONT mengaku kecewa dengan sikap segelintir pengkarya yang tidak membayar pelakon harga yang setimpal dengan mutu persembahan yang diberikan.


Bagaimanapun selepas ini, Bront kalau boleh enggan lagi dilihat berlakon untuk adegan asmara sebegitu, cukuplah sekali cubaan buatnya.

"Selepas ini kalau ada keperluan adegan seperti itu untuk saya lakonkan biarlah tidak bersentuhan tetapi masih dapat dirasai perasaan sensual yang sama.

"Apapun saya akan sedaya upaya tidak melakonkan adegan seperti itu lagi selepas ini kerana saya sendiri kurang selesa ketika penggambaran berlangsung," ceritanya.

Kecewa Bront

Tahun ini genap sembilan tahun Bront aktif sebagai insan seni. Pernah terlibat dalam karya pecah panggung seperti Ombak Rindu dan juga karya yang sarat nilai artistiknya seperti filem Bunohan, namun terselit kekecewaan dalam hati kecilnya.

Kecewa kerana sebagai aktor, dia sering berkorban atas dasar seni tanpa diberi bayaran yang setimpal dengan mutu kerja dan persembahan yang diberikan di hadapan kamera.

Bukan cakap kosong, tetapi itulah hakikat industri seni tempatan. Bayaran yang tidak setimpal masih diterima Bront atas dasar perjuangan seni.

"Saya masih boleh terima kalau perkara ini (bayaran murah) berlaku kadang-kadang. Ada kalanya saya perlu melibatkan diri dalam karya yang penuh seni dan pengarah yang mempunyai nama besar untuk kepuasan diri dan profil kerjaya.

BRONT berharap agar dia diberi kepercayaan kembali untuk menjadi hos program berbentuk kembara.


"Bagi saya apa salahnya berkorban untuk perjuangan seni sekali-sekala. Apa yang membuatkan saya kecewa bayaran tidak setimpal ini berlaku dengan kerap. Mana mungkin sepanjang tahun saya harus berkorban atas alasan produksi tidak mempunyai bajet besar," tuturnya jujur.

Bukanlah ingin menjadi jutawan menerusi industri lakonan kerana sedar hakikat industri seni tempatan, tetapi sama seperti orang lain, Bront juga mempunyai tanggungjawab dan tanggungan yang harus dibereskan setiap bulan.

"Kalau di luar negara walaupun pelakon terkenal berlakon dalam filem indie, mereka masih diberi bayaran yang setimpal kerana pelakon itu bekerja, mereka bukan berlakon secara percuma.

"Bagaimanapun, lain pula situasinya di Malaysia. Jika filem indie atau filem tinggi seninya, bayarannya agak menyedihkan. Saya harap situasi ini dapat berubah," luahnya.

Yoo In-na terima Ji Hyun-woo

Posted:

Yoo In-na terima Ji Hyun-woo

BARU-BARU ini, Ji Hyun Woo telah tampil membuat kenyataan terbuka kepada beberapa media mengenai hubungannya bersama aktres terkenal, Yoo In Na.

Bagaimanapun pada waktu itu, aktres tersebut tidak memberi sebarang maklum balas. Namun, Yoo In Na akhirnya bersuara dengan mengaku bahawa mereka berdua telah mula keluar bersama.

Pada 18 Jun lalu, menerusi slot rancangannya dalam sebuah stesen radio siaran KBS, Cool FM yang bertajuk Yoo In Na Volume Up, aktres itu menyatakan dia perlu berhati-hati setiap kali membuat kenyataan tanpa menjejaskan kerjayanya.

"Saya bertanya kepada diri sendiri jika ini adalah cinta yang saya boleh cuba. Jika saya tidak benar-benar yakin, maka kerjaya saya akan menjadi lebih sukar. Tetapi saya mendapati bahawa ada keyakinan untuk meneruskan percintaan ini," ujarnya.

Dia kemudian menambah bahawa dia sangat menyukai Ji Hyun Woo dan yakin terhadap pelakon tersebut.

Katanya: "Saya mahukan hubungan yang istimewa dengannya. Kini kami sudah menjadi pasangan Yoo In Na's Man."

Shahrizal merisik Redzwani

Posted:

Shahrizal merisik Redzwani

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL

SHAHRIZAL akhirnya memilih teman baik yang kini menjadi kekasihnya, Redzwani sebagai bakal tunang.


JIKA sebelum ini namanya sering dikaitkan dengan khabar angin yang tidak enak didengar, keputusan Shahz Jaszle untuk menukar namanya ke Shahrizal mungkin membawa berkat.

Berdasarkan sekeping gambar di Instagramnya, pelakon tampan yang sebelum ini sering digosipkan dengan beberapa artis wanita terkenal seperti Maria Farida dan Neelofa, bakal merisik kekasih hatinya, Redzwani Puteri.

Ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini, Shahrizal dengan nada sedikit teruja mengesahkan perkhabaran tersebut dan mengatakan semua perancangan sedang diuruskan pihak keluarga kedua-dua belah pihak.

Menurutnya, setelah setahun berkawan, sudah tiba masanya untuk mereka membawa ikatan tersebut pada langkah seterusnya.

KOSMO!: Anda dikatakan bakal merisik kekasih hati, Redzwani Puteri pada 15 Julai ini berdasarkan sekeping gambar yang dimuat naik ke laman Instagram anda. Sejauh mana kebenarannya?

SHAHRIZAL: Ya, perkara itu memang benar. Buat masa ini, pihak keluarga kami berdua sedang sibuk menguruskan segala perancangan untuk majlis tersebut. Jadi saya hanya mengikut sahaja apa yang ditentukan oleh mereka kelak.

Kenapa tanpa sebarang desas-desus, anda mengambil keputusan untuk mengadakan majlis merisik tersebut?

Saya percaya semua itu adalah jodoh kerana hubungan kami bermula sebagai kawan biasa kira-kira setahun yang lepas. Lama-kelamaan, kami menjadi semakin rapat dan akhirnya bergelar pasangan kekasih pada awal tahun ini.

Boleh ceritakan sedikit bagaimana pertemuan yang hanya menjangkau usia setahun boleh sampai ke tahap ini?

Seperti yang saya katakan, itu semua ketentuan Ilahi. Saya tertarik dengan personaliti Redzwani. Daripada seorang kawan biasa, menjadi rakan rapat dan akhirnya bergelar kekasih. Lagipun keluarga kami saling mengenali. Ibu saya dan ibu Redzwani sebenarnya sudah lama berkawan, jadi mungkin dia (ibu Shahrizal) berkenan dengan Redzwani juga.

Bila dan di mana majlis merisik akan diadakan nanti?

Semuanya masih dalam perancangan lagi, cuma tarikh sahaja yang telah diputuskan. Saya dimaklumkan majlis tersebut akan berlangsung di kediaman Redzwani di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini anda sering dikaitkan dengan artis-artis wanita lain seperti Neelofa dan Miera Liyana. Adakah majlis ini akan menutup segala gosip-gosip tersebut?

Saya sudah mengenali Redzwani untuk tempoh yang agak lama dan sepanjang tempoh itu, hanya dia berada dalam hati saya. Jadi, apa yang digembar-gemburkan sebelum ini hanyalah gosip semata-mata.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Suami Ana tak pernah halang

Posted: 20 Jun 2012 07:48 AM PDT

ADA segelintir pengarah di luar sana yang khabarnya masih takut-takut untuk menyunting pelakon wanita ini selepas dia mendirikan rumah tangga.

Itulah dilema dialami pelakon yang cukup dikenali menerusi aksi beraninya dalam filem Mantra, Ana Dahlia selepas bergelar isteri kepada anak tukang masak terkenal, Datuk Chef Wan iaitu Mohd Nadzri Redzuawan (Chef Riz), sejak tujuh bulan lalu.

Hakikatnya, cinta pemilik nama sebenar Diyana Mastura Jaafar, 29, ini tidak pernah luntur dalam bidang lakonan sampailah sekarang.

Malah, Ana juga masih menanti tawaran watak yang benar-benar mencabar kemampuannya sebagai pelakon baru sekali gus mengukuhkan lagi nama yang sedia ada.


Pelakon jelita yang juga bekas pramugari AirAsia ini sangat bertuah kerana suami cukup memahami dan memberi sokongan padu kepadanya untuk meneruskan karier dalam bidang seni tempatan.


"Suami tidak pernah menghalang saya berlakon asalkan saya tahu membahagikan masa antara karier dan rumah tangga serta menjaga batas-batas sebagai isteri. Saya juga dipesan agar menjaga nama baik keluarga kedua-dua belah pihak.

Maklumlah, suami sibuk menguruskan restoran miliknya dan hanya pulang ke rumah pada jam 11 malam.

"Kalau saya berlakon, selalunya waktu penggambaran akan berakhir waktu yang lebih kurang sama. Justeru, lebih baiklah saya berlakon dan melakukan perkara yang diminati untuk mengelakkan saya berasa bosan duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa langsung.

"Apa yang penting, kami akan tetap dapat habiskan masa berkualiti bersama apabila kami bersama di rumah," katanya.

Sebagai pendatang baru, Ana akui tidak kisah bawa watak pembantu dalam drama dan filem asalkan karakter itu meninggalkan kesan mendalam pada penonton.

Antaranya, dia melakonkan watak antagonis, Sufi dalam drama bersiri 13 episod, 3 Janji arahan Heykal Hanifah yang diterajui Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle, Shah Iskandar dan Hanez Suraya yang melabuhkan tirainya di TV3, baru-baru ini.

"Sufi, gadis yang lemah lembut dan nampak baik hingga Dalia (lakonan Liyana) sendiri tidak tahu dia sebenarnya jahat hingga ke penghujung episod cerita ini.
Namun watak antagonis ini belum betul-betul jahat untuk mencabar lakonan saya," katanya.

Terbaru, Ana ditawarkan beraksi watak utama dalam drama 7 Ramadani arahan Shahrulezad Mohameddin sempena tayangan bulan puasa nanti di TV3 yang akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi. Dia bakal bergandingan dengan pelakon baru Fir AF dan Elly Suriaty, selaku teraju utamanya.

"Sebenarnya, Abang Ezad mencari saya menerusi laman facebook dan dia terus tawarkan saya berlakon dalam drama terbaru arahannya itu selepas berjaya menghubungi saya.

"Memang saya sudah lama ingin bekerja dengan Abang Ezad kerana tidak dapat bekerjasama dengannya pada tahun lalu. Pada masa sama, selepas baca skrip cerita ini, saya terus tertarik untuk bawa watak Anang, gadis lemah lembut anak orang kaya. Watak yang ditawarkan juga ada kelainan dari yang pernah dilakonkan sebelum ini," katanya.

Antara lakonannya sebelum ini ialah drama Bukan Untukmu yang disiarkan di TV9 dan Metro Skuad pula di TV2.

Ana ditemui di majlis meraikan pemenang bertuah, Nur Syazana Mat, 25, dan empat sahabatnya menikmati makan malam istimewa bersama barisan pelakon utama drama bersiri untuk Slot Lestary TV3, 3 Janji yang berlangsung di Luna Bar, Hotel Pacific Regency, Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kata Ana, selain suami, ayah mentuanya, Chef Wan juga adalah pengkritik tetap lakonannya ketika ini.

"Papa juga kerap menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bertanya khabar saya dan Riz. Saya sendiri turut meminta dia menonton lakonan saya di kaca TV dan selalunya komen yang diberikannya sangat membina untuk saya meningkatkan prestasi sedia ada.

"Pada peringkat awal, saya rasa takut dan segan dengan Papa tapi beliau sendiri selalu tunjukkan tiada jarak antara kami dan sangat mesra kerana dia menyayangi saya sama seperti anak-anak kandungnya yang lain.

"Apabila kami berjumpa, papa akan peluk saya dengan erat sama seperti dia melayan anak-anak sendiri. Malah, Papa juga sudi meraikan hari jadi saya pada 21 Jun, Riz (28 Jun) dan Serina (1 Jun) yang kebetulan jatuh pada bulan yang sama, baru-baru ini.

"Setiap kali ada masa lapang, kami akan berjumpa di rumah Papa sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan sedia ada," katanya.

Barangkali ramai yang tahu, Ana juga cekap di dapur dan dialah yang memasak di rumah walaupun suaminya chef terkenal.

"Riz memang suka 'air tangan' saya di rumah. Menu wajib suami yang dia tak pernah jemu sejak kami berkahwin adalah Sup Tulang, Tom Yam Merah dan Kangkung Goreng Belacan. Selalunya saya tidak mahu orang 'kacau' kalau saya di dapur kerana saya memang jenis pantas kalau memasak.

"Sesekali Riz juga memasak makanan kegemaran saya iaitu Nasi Goreng Yeongchow yang cukup istimewa kerana ada daging salai di dalamnya. Selain itu, ialah sajian pencuci mulut 'creme brulee' yang nampak seperti puding karamel," katanya.

Seperti pasangan muda lain, Ana dan Riz nampaknya tidak terlepas apabila mula dilontarkan soalan mengenai cahaya mata.

"Maklumlah, anggota keluarga lain termasuk adik ipar saya, Serina sudah pun ada dua anak. Cuma saya dan Riz yang belum lagi ada rezeki. Kalau diikutkan kami berdua memang dah bersedia untuk menimang cahaya mata dan melengkapkan lagi rumah tangga kami.

"Kami sudah berjumpa doktor dan nampaknya kami suami isteri tiada masalah kesihatan untuk dapat anak sendiri. Cuma masanya belum lagi.

"Saya bersyukur kerana keluarga saya dan mentua tidak mendesak cukup memahami kerana mereka tahu saya akan 'stress' apabila orang kerap bertanya soal anak.
Bagi saya, soal anak bergantung pada rezeki dan ketentuan Tuhan," katanya.

Apapun, akui Ana, rumah tangganya tetap bahagia.

"Saya berdoa semoga rumah tangga kami kekal hingga ke akhir hayat. Sebagai isteri, saya akui memang sukar untuk berjauhan dengan suami tapi nak buat macam mana kerana masing-masing ada tanggungjawab dan komitmen pada karier masing-masing," katanya.


Kegemilangan muzik Rock

Posted: 20 Jun 2012 07:34 AM PDT

SEBUT saja pentas Battle of The Bands atau Juara-Juara Rock 1980-an dan awal 1990-an, pasti teringat kepada lagu-lagu kumpulan rock kapak seperti Lefthanded, Bloodshed, Sofea dan Burnmarks.

Kumpulan terbabit masih diingati mengubah senario rock negara ini menerusi konsert rock 'live' dan lagu-lagu menyelitkan petikan gitar solo memukau dan pantas.

Apapun, kehebatan itu boleh disaksikan semula apabila konsert bertajuk Tribute To Rock Legend 2 diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ampang, Selangor pada 7 Julai ini.

Konsert bermula jam 8 malam akan menampilkan persembahan pelbagai gitaris rock hebat seperti Man Kidal, Joe Burnmarks, Mohd Noor Hendrix, Hamdan Bloodshed dan Sofea.


Apa lebih menarik, setiap mereka akan bergandingan kumpulan baru dan anggota sezaman yang banyak membuat 'session' untuk studio rakaman.


Joe yang dianggap sebagai Malmsteen Malaysia tampil bersama Get Back sementara pemain bass Lefthanded, Yan akan mempamer aksi bersama Md Noor, anggota Rusty Blade. Pemain gitar bass, Yunos yang pernah bergandingan bersama arwah gitaris Lefthanded, Samad juga akan menjayakan persembahan itu.

Man Kidal, perintis dan pelopor menyadur memperkenal bunyi muzik luar seperti kumpulan Deep Purple, Iron Maiden, Rising Force dan Michael Schenker Group (MSG) terhadap arena muzik rock Malaysia, akan bergandingan bersama gitaris lain menyampaikan lagu keramat Jimi Hendrix bertajuk Manic Impression.

Bercakap pada sidang media Tribute To Rock Legend 2 di Satay Station, Ampang Waterfront, Ampang, baru-baru ini, Man Kidal berkata peluang berada di pentas bersama gitaris rock hebat Malaysia adalah antara momen terbaik yang mereka cuba rasai.

"Saya mahu menjawab pelbagai pihak pernah mengajukan soalan bertanya kepada saya, apakah muzik rock sudah pupus? Jawapannya tidak. Ini kerana rock tetap akan mekar dan segar dalam ingatan setiap peminat genre ini dan akan terus dimainkan sampai bila-bila.

"Setiap gitaris ada keunikan masing-masing dan mereka akan menyusun lagu-lagu rock 1970-an dan 1980-an atau apa saja. Usia tidak menjadi halangan kerana Ritchie Blackmore mahu pun Akira Takasaki yang lebih tua daripada kami atau sebaya dengan Yngwie Malmsteen masih tetap bersemangat bermain gitar dengan persembahan bertenaga seperti dulu.

"Kami hadir dengan penampilan dan ekspresi lebih matang. Kami mahu mendedahkan generasi muda aspek teknikal dan menjadikan konsert ini sebagai platform terbaik mengenali muzik rock secara terus tanpa mendengar rakaman studio," katanya.

Joe, gitaris kumpulan Burnmarks pernah bergelar pemenang pertama Juara-Juara Rock Malaysia, menganggap gitaris rock atau 'shredder' negara ini seperti atlit sukan.

"Jika anda melihat ahli sukan negara bertarung dalam acara mereka, kami ibarat bertarung dalam acara petikan gitar dengan menjayakan persembahan selama satu jam atau lebih. Apa yang penting, kami ada 'leader' seperti Man Kidal atau Md Noor yang handal dan banyak membantu memperkuatkan imej gitar rock tempatan," katanya.

Hamdan, gitaris asal Bloodshed dan pemain keyboard, Judy, juga kembali bersama tiga anggota baru iaitu vokalis, Wan Zamri serta Joe (bass) dan Ewan (dram).

Tiket konsert Tribute To Rock Legend 2 berharga RM35 dan dianjurkan Sla Event dan Qlimax Design. Konsert Tribute To Rock Legend 1 pada 1 Mei lalu disertai oleh Sons of Adams, Lola &Friends, Get Back dan Napoleon Bonaparte. Untuk pertanyaan atau tiket, hubungi talian 014-6440229 atau 019-3037718.


Rabu, 20 Jun 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Iqram Dinzly Bakal Meriahkan “Jalan-Jalan Cari Makan” Musim Baru

Posted: 20 Jun 2012 10:20 PM PDT

Diam tak diam, program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) sudah pun memasuki musim ke-19! Program kali ini cukup istimewa kerana bukan sahaja menampilkan 4 segmen menarik dalam memperkenalkan tempat dan restoran yang patut dikunjungi, malah para penonton juga akan ditemani dengan seorang pengacara baru yang tidak asing lagi di dalam industri seni tanahair.

Selepas Shiha (Mentor 5) bergandingan dengan Iqbal Mazlan (Pilih Kasih) sebagai perantara musim lalu menggantikan Qushairi Razali (Qi), nantikan pula kemunculan pelakon muda popular Iqram Dinzly merangkap hos musim baru JJCM yang akan mula bersiaran pada 1 Julai 2012.

Mulai 1 Julai ini, setiap episod mingguan akan membuka tirai dengan segmen pertama yang dikenali sebagai 'Lain Macam' yang akan membawa para penonton dan penggemar makanan ke beberapa buah restoran tempatan termasuklah tempat makan menarik yang menyajikan makanan enak dan istimewa di samping mempelajari cara menyediakan serta rahsia keenakan setiap juadah pilihan.

Ikuti penggembaraan Iqram yang akan membawa penonton menjelajah ke destinasi selera bukan sahaja di sekitar kawasan Lembah Klang malah di negeri-negeri seperti Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang cukup sinonim dengan resepi unit serta juadah tempatan yang selalu dijadikan sebagai menu pilihan pencinta makanan.

Musim ini juga lebih menarik kerana setiap lokasi yang dikunjungi mempunyai cerita unik yang tersendiri seperti yang cuba ditampilkan menerusi segmen kedua, 'Siapa Itu?' di mana Iqram akan ditemani oleh seorang artis atau selebriti jemputan di dalam setiap episod mingguan. Aiman Hakim Ridza, Wan Sharmila, Izreen Azminda, Adam Shah adalah di antara yang bakal membuat penampilan khas dalam JJCM kali ini.

Saksikan bagaimana gelagat Iqram melayan kerenah para peminat dan penonton bertuah yang telah dipilih untuk tampil dalam segmen ketiga JJCM yang dikenali sebagai 'Jemput Makan'. Dalam setiap episod yang dipaparkan pihak produksi JJCM akan memilih seorang tetamu jemputan khas menerusi laman sosial rasmi Facebook JJCM atapun para peminat yang sering menghantar emel untuk memberi komen ataupun cadangan kepada program JJCM. Menariknya, mereka yang terpilih juga boleh membawa pasangan masing-masing ataupun ahli keluarga untuk menemani mereka merasai sendiri kelazatan juadah di restoran dan kedai makan yang digemari ataupun baru pertama kali dikunjungi.

Sebelum menutup tirai, jangan lupa menonton segmen terakhir JJCM, 'Singgah' yang akan memaparkan kedai makanan yang unik dan lain daripada kebiasaan seperti warung kecil popular ataupun gerai berkonsepkan santai dan ringkas di tepi jalan termasuklah restoran bergerak seperti lori "dapur bergerak" yang terletak di jejambat Pusat Bandar Damansara yang mampu menyajikan makanan untuk 1,000 pelanggan dalam satu-satu masa.

Pastikan anda berada di depan televisyen untuk menyaksikan musim baru program Jalan-Jalan Cari Makan, setiap Ahad, 12.00 tengahari, bermula 1 Julai 2012. Selain itu, para peminat juga boleh melayari laman facebook iaitu Jalan Jalan Cari Makan dan menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my

Pegang Tangan Wanita Boleh, Buka Baju Tidak – Aeril Zafril

Posted: 20 Jun 2012 10:02 PM PDT

Tertarik sebentar dengan artikel dari Gua mengenai Aeril Zafrel yang bertajuk "Aeril Zafrel Enggan Buka Baju, Pegang Tangan OK".

Hairan juga OHBULAN! setelah habis membaca keseluruhan artikel tersebut. Aeril dalam kenyataannya kepada Gua, selepas filem lakonan terbarunya, 'Hanya Aku Cinta Kau Seorang' (HACKS), dia tidak mahu lagi mendedahkan tubuh badannya seperti membuka baju di depan kamera.

"Selepas filem HACKS, saya tidak mahu lagi melakonkan adegan-adegan yang memerlukan saya membuka baju. HACKS adalah yang terakhir. Saya harap pengarah dan pihak penerbit boleh faham dengan pendirian saya ini. Jika ada yang tidak senang, saya tidak akan terima tawaran berlakon daripada mereka. Saya nekad tidak mahu melakukannya lagi."

Namun, dia tidak pula menolak untuk memegang tangan wanita jika perlu didalam filem lakonannya. Ini menimbulkan komen negatif dari pembaca Gua iaitu Aaron Azwan.

Ada juga pembaca yang gembira dengan keputusan yang diambil oleh Aeril.

Jelas Aeril lagi, dia mengambil pendekatan ini kerana dia tidak mahu membuat perubahan secara mendadak. Biarlah ianya sedikit demi sedikit. Bagi Aeril, memegang tangan wanita dalam filem lakonannya dianggap sebagai tuntutan kerja.

Untuk pengetahuan, Aeril kini sedang giat mempelajari ilmu agama dan sudah masuk 3 bulan semenjak dia mendekatkan diri padaNya. Aeril turut memberitahu dalam masa cuti yang diambil, dia mengambil kesempatan untuk melawat pusat-pusat pembelajaran agama di beberapa buah negara untuk menuntut ilmu.

"Sekarang sudah masuk tiga bulan saya mempelajari ilmu agama atau mengenal diri sendiri. Dalam tempoh itu juga, saya tidak terlibat dengan sebarang penggambaran kerana mahu berehat seketika," menurut Aeril dipetik dari Gua.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar & Ulasan Konsert Maher Zain Konsert Forgive Me

Posted: 20 Jun 2012 10:28 PM PDT

Budiey akui, suka dan minat benar dengar lagu-lagu dari Maher Zain. Irama pop lantunan suara gemersik Maher dirasakan sangat 'in' & touching selain punya mesej ketuhanan dan kemanusiaan sejagat. Itu istimewanya Maher Zain di kaca mata Budiey.

Terpanggil untuk memilih Konsert Maher Zain Forgive Me Live In Malaysia berbanding Konsert Train yang diadakan pada waktu yang sama, malam yang sama membuktikan pengaruh Maher Zain cukup sebati dalam jiwa Budiey. Namun, Budiey tercari-cari apa istimewanya dan uniknya konsert kali ini jika nak dibandingkan dengan konsert yang terdahulu beliau?

Apa-apa pun, ramai peminat patut berterima kasih kepada Marctensia yang bersusah payah membawa penyanyi lagu-lagu kemanusiaan dan ketuhanan ini ke Malaysia sekali lagi.

Konsert yang dihadiri oleh kira-kira 10 ribu orang peminat itu diadakan pada 16 Jun 2012 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ternyata memberi perspektif berbeza.

Konsert tajaan Canon ini turut mendapat sokongan Tourism Malaysia (sila jangan tukar kepada BM nama penaja ini – itu pesan PR konsert ini kepada Budiey). Ini merupakan konsert keduanya selepas konsert pertama di Kuching, Sarawak yang tak kurang mendapat sambutan hangat.

Bezanya kali ini, Maher Zain mendendangkan lebih 23 buah lagu yang rata-ratanya adalah dari album terbaru beliau Forgive Me.

Mempertaruhkan persembahan pembukaan dari dua orang artis di bawah naungan label yang sama (Awakening Records) iaitu Irfan Makki dan Raef sedikit sebanyak memperkenalkan artis ini ke Malaysia. Cuma Budiey kecewa dengan persembahan Irfan Makki yang tidak memberikan kecemerlangan dalam lantunan vokal. Sekali dengar vokal suaranya persis Michael Jackson. Sangat halus, malah Irfan Makki turut menyanyikan lagu You're Not Alone. Sama je macam Michael Jackson nyanyi, jadi apa istimewanya Irfan Makki yang mendapat perhatian dan promosi hebat oleh Maher Zain di Twitternya.

Kalau pembaca semua baca tweet Budiey pada malam itu, ternyata kekecewaan itu dilontar secara jujur dari hati. Malah turut memberikan impak negatif di mana Irfan Makki disamakan dengan budak sekolah yang baru nak belajar vokal.

Ternyata benar, bukan Budiey sahaja yang merasakan Irfan Makki hanya artis album bukan artis konsert. Tiada aura performer atau entertainer langsung, bahkan vokalnya sumbang. Itu yang penonton tak boleh terima. Bosan sekali untuk menantikan 6 buah lagu Irfan Makki tamat.

Ternyata kekecewaan ditebus oleh persembahan kedua untuk sesi pembukaan yang dimainkan oleh Raef. Muziknya lebih terkesan, lagu-lagunya senang diikut walaupun baru pertama kali Budiey dengar lantunan suara lagu milik Raef ini. Raef mendendangkan lagu-lagu popular seperti I'm Yours yang diubah sedikit liriknya, Mawlay, Allah, With You, You're The One dan Jumuah.

Maher Zain membuka persembahan dengan lagu Sepanjang Hidup, disusuli dengan lagu Assalamu Alayka, One Big Family dan diselang-selikan dengan bicara ringkas bersama penonton. Tidak banyak bercerita dengan panjang lebar, Maher Zain meneruskan hiburan Ya Nabi Salam Alayka, Freedom, Forgive Me, I Love You So, My Little Girl dan semasa waktu rehat, penonton dihiburkan dengan persembahan instrumental dari pemuzik. Pemain saxafon terkenal Malaysia, iaitu Jari juga turut diundang menyumbangkan aura muziknya untuk konsert ini.

Selain itu, Maher Zain menjemput Irfan Makki sekali lagi berduet dalam lagi I Believe dan Kiya Karo.

Lagu Mawlaya, Guide Me All The Way, Man In The Mirror, Paradise, For The Rest of My Life, Number One For Me, Insha Allah Masha Allah dan menutup konsert ini dengan lagu Baraka Allah Lakuma.

Bagi Budiey, konsert ini tiada klimaks yang berkemuncak dan ia sangat mendatar. Tak ubah jika kita datang konsert dan hanya terhibur dengan putaran album Cd. Cuma Budiey rasa ohsem dengan pemuzik-pemuzik yang hadir dari Holand dan beberapa negara asing.

Untuk konsert ini, Budiey berikan 3/5 bintang.Forgive me jika Budiey terpaksa berterus terang dengan mengatakan konsert ini biasa-biasa saje.

Cuma apa yang penting, konsert seisi keluarga ini membawa mesej-mesej positif ketuhanan dan keinsanan buat kita yang mendengarnya. Bukan sekadar hiburan biasa tapi satu pengajaran untuk keselamatan diri di dunia dan di akhirat. Wassalam.

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Maher Zain

Raef

RAEF

Irfa Makki

IRFAN MAKKI

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Program BABA’S cu-bits di TV3

Posted: 20 Jun 2012 09:57 PM PDT

BABA'S cu~bits Memperkenalkan Evolusi Sajian Tempatan Yang Bakal Menjadi Trend Baru!

George Bernard Shaw, cendekiawan sastera yang juga pemenang anugerah Nobel 1925 pernah berkata, "There is no love sincerer than the love of food" – tiada cinta yang seikhlas cinta pada makanan. Untuk kita di Malaysia ini, mungkin tiada kata-kata yang lebih tepat menjelaskan percintaan kita dengan makanan.

Percintaan inilah menyebabkan kita sentiasa mencari pengalaman-pengalaman rasa yang baru, dan juga menjadi ilham kepada beribu-ribu hidangan yang sentiasa ditambahkan kepada senarai resipi-resipi tempatan. Sememangnya tidak boleh dinafikan kita semua kaki makan. Tidak kira keturuan atau pengalaman hidup, persamaan antara kita adalah percintaan kami se-Negara dengan aroma dan rasa sajian yang lazat.

cubits logo final

Dari subur hingga senja, insan-insan kita boleh sahaja ditemui beratur untuk mendapatkan juadah-juadah yang digemari. Mungkin kerana kebanyakan dibesarkan disuap bersama, kami lebih selesa berkongsi masa ini dengan keluarga atau kawan. Itulah unsur-unsur yang menjadi dasar evolusi kulinari yang bakal menjadi "trend" tempatan terbaru!

Konsep kulinari "cu-bits" menggabungkan dua unsur tempatan iaitu makanan yang penuh kaya dengan citarasa dan tabiat kita yang dari kecil sudah dibiasakan dengan sifat berkongsi makan.

"Inspirasi untuk gelaran "cu~bits" berasakan gabungan perkataan "cuba" dan "bits", yang dengan sejelas mungkin mengambarkan trend hidang baru ini!", kata Claudian Navin Stanislaus, Ketua Pengiklanan & Promosi, Baba Products (M) Sdn Bhd.

Bukan sekadar cara hidangan yang disediakan "comeh-comeh" ala "novelle cuisine", keunikan inovasi kulinari tempatan terbaru yang digelar "cu~bits" ini adalah juga dari segi gabungan resipi-resipinya yang menonjolkan rasa-rasa Malaysia dalam jelmaan baru. Sebagai "Power Lunch" yang ringan sesama rakan sekerja, santapan petang seisi keluarga ataupun alas perut teman sejiwa, trend kulinari inovatif ini membolehkan kita menikmati pelbagai rasa dari sajian yang dihidangkan… tanpa rasa kesal kemudiannya, yang sering dirasai!

Persembahan jingle program BABA'S cu~bits oleh Andy Flop Poppy & Elvira

Persembahan jingle program BABA'S cu~bits oleh Andy Flop Poppy & Elvira

Untuk 26 minggu berturut mulai Julai 1, 2012 penonton-penonton tempatan akan mengenali dan mengalami evolusi kulinari tempatan terbaru ini dalam siri masakan BABA'S cu~bits. Setiap Ahad jam 7.30 malam, program yang dihoskan oleh Chef Kamarul akan menonjolkan 3 recipe cu~bits origin baru yang berdasarkan makanan kegemaran tempatan. Tidak kira anda mahir ataupun pertama kali hendak ke dapur, resipi-resipi dari program BABA'S cu~bits akan menjadi pilihan anda, khas bila hendak menyediakan sajian untuk dimakan bersama. Kesemua 78 resipi unik ini dihasilkan menggunakan produk-produk BABA'S; yang telah lama menjadi jenama rempah kegemaran tempatan, sungguh mudah dan cepat disediakan.

"Pastinya program ini bukan sekadar mengemukakan trend cu~bits dan resipi-resipi lazat, bahkan ia merupakan cara kami ingin mendorong lebih ramai turut ke dapur dengan menunjukkan resipi-resipi yang mudah dicuba" tambah Navin,

Produksi BABA'S cu~bits telah mencipta beberapa pencapaian, seumpamanya ia ditampilkan dalam format FULL HD dan juga merupakan kali pertama siri masakkan BABA'S akan ke udara di TV3. Satu lagi keistimewa kempen ini adalah "cross-promotion" yang dibuat dengan segmen khas BABA'S cu~bits dalam rancangan Nona, setiap Ahad jam 2 petang mulai 1 Julai 2012. Bagai peminat-peminat setia yang ingin menonton episode-episod BABA'S cu~bits yang telah terlepas, ia boleh juga diikuti di TONTON.

Seperti tahun-tahun lalu, hadiah-hadiah yang penuh lumayan telah pun disediakan untuk pengikut setia program BABA'S cu~bits, keterangan lanjut akan diumumkan oleh Chef Kamarul di dalam program dan juga di laman FACEBOOK BABA'S & U.

Jadi jika anda peminat setia program masakan BABA'S, penggemar rancangan masakan yang ingin tahu tentang cu~bits dan cara turut mengikuti trend ini, jangan lupa menonton siaran BABA'S cu~bits yang akan ke udara setiap Ahad, jam 7.30 malam bermula 1 Julai 2012, eksklusif di TV3.

Demo memasak oleh Chef Kamarul di majlis pelancaran BABA'S cu~bits

Demo memasak oleh Chef Kamarul di majlis pelancaran BABA'S cu~bits

Gimik pelancaran oleh Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV Media Prima

Gimik pelancaran oleh Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV Media Prima

Group Photo (1)

Group photo (2)

Penerbit BABA'S cu~bits Nur Azean Abdul Wahab-001

Penerbit BABA'S cu~bits Nur Azean Abdul Wahab

Persembahan istimewa oleh Jaclyn Victor

Persembahan istimewa oleh Jaclyn Victor

Chef Kamarul (1)

Chef Kamarul

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: