Berita Harian: Hip |
Posted: 20 Jun 2012 03:40 PM PDT Hip MAJLIS pelancaran album terbaru Anuar Zain di Bangsar, semalam. PENYANYI vokal mantap, Anuar Zain, 42, mahu stesen radio tempatan mengemukakan bukti hasil kaji selidik lagu pilihan pendengar bagi mengelak timbul isu pilih kasih selain merungkai kemusykilan berhubung amalan itu. Anuar yang pertama kali mengulas itu berkata, dia keliru dengan kehendak stesen radio tempatan dalam memilih lagu untuk dimainkan juruhebah.Apa yang saya luahkan ini bukanlah disebabkan emosi atau kecewa kerana lagu saya tidak kerap diputarkan. Tetapi apa yang saya lakukan ini adalah kerana saya sendiri keliru dengan kehendak stesen radio itu sendiri. - Anuar Zain, Penyanyi "Apa yang saya luahkan ini bukanlah disebabkan emosi atau kecewa kerana lagu saya tidak kerap diputarkan. Tetapi apa yang saya lakukan ini adalah kerana saya sendiri keliru dengan kehendak stesen radio itu sendiri. Muzik bagaimana yang mereka mahu?"Tugas stesen radio adalah menjadi medium untuk memutarkan lagu sebagai hiburan pendengar. Malangnya, mereka pula yang berperanan sebagai penapis dalam menentukan lagu mana yang boleh diputarkan di stesen terbabit. "Supaya isu ini tidak terus mengelirukan pendengar, jika mereka (stesen radio) ada bukti mengenai kaji selidik yang dijalankan, sila tunjukkan bukti," katanya pada pada majlis pelancaran album terbarunya, Anuar Zain di Bangsar, semalam. Anuar berkata, disebabkan amalan pilih kasih serta peranan radio yang semakin tersasar, dia tidak lagi mendengar medium hiburan dan informasi itu. "Ada ketika, saya teringin mendengar lagu nasyid, dangdut dan jazz. Tapi semua lagu itu sudah tidak banyak diputarkan atas alasan tidak menepati cita rasa pendengar," katanya. Ditanya apakah dia tidak bimbang kenyataan itu boleh mengguris hati pihak tertentu malah membawa kepada kemungkinan 'digam' stesen radio, Anuar menjelaskan dia tidak kisah jika ia berlaku. "Selama ini, saya tidak pernah bersuara. Tapi apabila melihat perkara ini semakin menjadi-jadi, saya terpanggil untuk menyuarakan rasa hati. Luahan saya ini bukanlah untuk menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi sebagai satu teguran buat mereka. "Terpulanglah kepada mereka. Jika mereka bersikap ego dan tidak mahu menerima teguran serta mahu 'gam' saya, saya tak kisah. Ini adalah negara demokrasi dan saya berhak meluahkan perasaan tidak puas hati ini," katanya. Mengulas punca album terbarunya itu lewat dipromosikan malah hanya dilancarkan selepas enam bulan dipasarkan, Anuar berkata: "Kebetulan, ketika album ini dipasarkan November lalu, saya menghadapi masalah mencari pengurusan baru serta terbabit dengan pelbagai acara. Ini membuatkan promosi album ini terpaksa ditangguhkan. "Bagaimanapun, saya tak kisah album ini lambat dipromosikan kerana saya lebih suka ia dibuat secara santai dan tidak tergopoh gapah," katanya. |
Hampir sejuta ada 'pawagam' di rumah Posted: 20 Jun 2012 03:36 PM PDT Hip KEMUDAHAN 'pawagam di rumah', Astro First menarik hampir sejuta pelanggan sejak diperkenalkan di Malaysia, awal tahun lalu.Sepanjang tempoh itu, sebanyak 52 filem Melayu dipertontonkan kepada khalayak dengan penerbit filem tempatan turut menjana pendapatan sampingan apabila karya mereka di saluran itu. Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, berkata objektif asal Astro First bukan sekadar memudahkan pelanggan malah menjadi saluran perniagaan baru kepada penerbit untuk menjana pendapatan sampingan.Kita akui isu cetak rompak melalui Astro First pernah berlaku dan segala maklumat sudah diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) untuk diambil tindakan. - Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro "Apabila pelanggan Astro bertambah disebabkan teknologinya, kita menyedari ada landasan lain untuk membantu dan memberi galakan kepada penerbit. Sehubungan itu, Astro First dilancarkan untuk menambah satu lagi sumber pendapatan baru kepada penerbit," katanya kepada HIP.Khairul Anwar berkata, selain peruntukan peratusan daripada pembelian, syarikat televisyen berbayar itu juga membeli hak televisyen untuk disiarkan di saluran Astro selepas tayangan Astro First. "Ia memberi kelebihan kepada penerbit dengan membolehkan mereka membuat perancangan menerbitkan filem. "Dengan laluan yang diberikan Astro, penerbit sedia merangka peruntukan untuk setiap penerbitan filem termasuk risiko yang bakal dihadapi sekiranya filem mereka kurang mendapat sambutan," katanya. "Kita ada beberapa kaedah untuk mengatasi masalah jika berlaku kebocoran atau salinan filem melalui perkhidmatan Astro. "Kita akui isu cetak rompak melalui Astro First pernah berlaku dan segala maklumat sudah diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) untuk diambil tindakan," katanya. Khairul berkata, kes salinan program televisyen Astro ke Youtube sudah banyak diambil tindakan. "Lebih parah apabila ramai yang membuat salinan itu tidak tahu perkara yang mereka lakukan itu menyalahi undang-undang hak cipta," katanya. Pada 11 Januari tahun lalu, Astro First dilancarkan bagi memudahkan pelanggan menonton filem terbaru di rumah sendiri. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |