Celebrity News |
- Panas : Gambar Jue Aziz Dipeluk Mesra Oleh Ako Mustapha
- Johnny Depp Berpisah Dengan Vanessa Paradis
- Ramlah Ram Enggan Fikir Soal Kahwin Selepas Bercerai
- Gambar Kereta Dan Rumah Dato Siti Nurhaliza
Panas : Gambar Jue Aziz Dipeluk Mesra Oleh Ako Mustapha Posted: 21 Jun 2012 02:35 AM PDT Apa nak jadi dengan Jue Aziz kita ni, seksinya dan panas sehangat-hangatnya gambar yang tersebar dalam internet ketika ini. Dan si jejaka pula sedap je peluk anak orang tanpa segan silu dan penuh perasaan, bukan mengata tetapi sekadar ingat mengingatkan sesama umatnya. Gambar ini dah lama tetapi baru ternampak keseksian dan kemanjaan mereka, tetapi gossip terbaru di laman Murai, mengossipkan Jue Aziz kini bercinta dan bercuti bersama seseorang di Bali. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Johnny Depp Berpisah Dengan Vanessa Paradis Posted: 21 Jun 2012 02:16 AM PDT SUPERSTAR HOLLYWOOD, Johnny Depp telah berpisah dengan kekasihnya Vanessa Paradis selepas 14 tahun bersama. Akhbar UK, The Sun melaporkan, perpisahan itu berlaku di saat pelakon The Pirates of the Caribbean berusia 49 tahun itu dikaitkan dengan heroin filem terbarunya The Rum Diary, Amber Heard, 26, pada April lalu. The Sun memetik sumber-sumber terdekat dengan kedua-dua pelakon itu sebagai berkata, Depp dan Vanessa cuba untuk mempertahankan hubungan mereka dengan berpindah dari kediaman rasmi mereka di Selatan Perancis ke Los Angeles bersama-sama dua orang anak mereka, Lily-Rose, 13, dan Jack, 10. Ini juga bagi membolehkan Depp memberikan tumpuan secara khusus kepada kariernya dan pada masa yang sama tidak berpisah begitu lama dengan Vanessa. Malangnya dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini, Vanessa sibuk dengan haluannya sebagai penyanyi dan juga pelakon manakala Depp menjadi Kapten Jack Sparrow. Januari lalu, Depp dan Vanessa didapati telah tinggal di hotel yang berasingan ketika mereka bersama-sama berada di Los Angeles sehingga mencetuskan khabar angin mengenai pergolakan hubungan mereka. Mereka bagaimanapun menafikan sebarang keretakan tetapi sejak itu tidak lagi kelihatan bersama termasuklah dalam mana-mana majlis karpet merah. Paling ketara ialah apabila Vanessa, 39, tidak kelihatan pada majlis meraikan hari jadi anak mereka Jack di Los Angeles pada April lalu. Pada masa yang sama, Depp dilihat sering bersama Amber termasuk dalam satu majlis di Las Vegas awal tahun ini selepas selesai membintangi sebuah lagi filem baru berjudul Dark Shadows malah mereka kelihatan menaiki jet peribadi Depp. Hubungan sulit antara Deep dan Amber bermula apabila mereka kelihatan sangat intim ketika di set filem The Rum Diary di Puerto Rico pada tahun 2009. Depp dan pasangannya Paradis pula bertemu di Paris pada 1998 apabila dia melihat pelakon kelahiran Perancis itu sedang duduk minum di sebuah bar di Hotel Costes dan kemudian menjemputnya untuk duduk semeja. Kedua-duanya kemudian menjadi sahabat baik dan berpindah ke Le Plan-de-la-Tour, iaitu sebuah perkampungan kecil di Selatan Perancis. Bagaimanapun apabila kerjaya Depp semakin meningkat dan dia terpaksa menghabiskan begitu banyak masa di Hollywood, hubungan mereka menjadi semakin dingin walaupun telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Populariti Depp memuncak mulai tahun 2003 menerusi filem Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl. Pada masa yang sama Vanessa banyak berkorban untuk menjaga anak-anak mereka. Kedua-dua pasangan itu tidak pernah berkahwin secara rasmi. Sementara itu, Pengarang Hiburan The Sun, GORDON SMART menulis, selepas berbulan-bulan kedua-dua pasangan ini menafikan keretakan dalam perhubungan mereka, akhirnya kebenaran menjelma juga. Katanya, adalah menjadi rahsia terbuka di kalangan penggiat dunia hiburan bahawa Johnny Depp dan Vanessa telah tinggal berasingan sejak beberapa bulan dahulu. Ini berlaku di sebalik penafian demi penafian yang dilakukan oleh Depp termasuk yang terbaru bulan lalu. Bagaimanapun Smart memuji sikap Depp dan Vanessa sebagai ibu-bapa kepada kedua-dua anak mereka dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen yang memburukkan satu sama lain demi masa depan anak mereka. Tetapi menurut Smart dunia hiburan telah mula menghidu sesuatu tentang hubungan dingin Depp dan Vanessa apabila mereka tidak lagi muncul bersama dalam banyak majlis rasmi atau parti yang dianjurkan oleh Depp sendiri kepada rakan-rakannya. Depp juga katanya telah membina sebuah rumah baru dan studio baru untuk merakamkan sebuah album rock 'n' roll. Sumber : Mstar Dah menjadi perkara biasa kahwin cerai yang melibatkan artis, terutamanya di luar negara ni. Semoga ia tidak menjadi ikutan kepada artis kita di Malaysia Khasnya. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Ramlah Ram Enggan Fikir Soal Kahwin Selepas Bercerai Posted: 21 Jun 2012 02:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Ramlah Ram tidak mahu lagi memikirkan soal kahwin selepas kegagalan rumah tangga bersama Penerbit Rancangan Unit Sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kamal Roslim dua tahun lalu. Ramlah, 47, berkata, pada ketika ini pemikirannya tidak lagi tertumpu kepada soal tersebut sebaliknya mahu memberi tumpuan yang lebih mengenai kerjaya dan masa depan. "Saya tidak pernah terfikir pun pasal jodoh kerana saya terlalu sibuk dengan perkara lain apatah lagi ketika usia sudah mencecah 40-an, perkahwinan bulan lagi menjadi keutamaan saya," ujarnya kepada mStar Online semasa ditemui selepas rakaman program Fenomena Raya di Angkasapuri di sini. Bagaimanapun kata Ramlah, jika ada jodoh daripada Allah suatu hari nanti, dia tidak akan menolaknya. "Nak kata serik berkahwin tidak sama sekali, namun kalau sudah ditakdirkan saya bertemu jodoh saya terima sahaja," katanya. Dalam pada itu, Ramlah berkata, walaupun bersendirian dia tidak pernah berasa sunyi kerana kehidupannya sering dikelilingi dengan anak saudara dan kaum keluarga. Malah kata Ramlah, keluarganya juga tidak pernah membangkitkan soal perkahwinan dan menyerahkan sepenuhnya kepada dia. "Anak-anak buah saya ramai untuk menceriakan saya dan membolehkan saya menumpang kasih sayang. Soal kahwin untuk kali kedua tidak pernah menjadi isu kepada saya malah keluarga juga sentiasa berada di belakang menyokong saya," katanya. Sumber : Mstar ZoOM : Jodoh dan pertemuan sudah ditakdirkan olehnya dan mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis |
Gambar Kereta Dan Rumah Dato Siti Nurhaliza Posted: 20 Jun 2012 10:10 PM PDT Kalau sudah mempunyai duit yang banyak, macam-macam benda boleh dibeli dan disimpan sebagai harta seseorang. Inilah yang boleh digambarkan dengan kekayan yang ada pada penyanyii tersohor kita yakni, Dato Siti Nurhaliza. ZoOM dan anda diluar sana sedia maklum mengenai perkahwinan artis kita dengan ahli perniagaan (Datuk K). Rumah Di Cameron Highland Rumah Di Kuala Lipis Rumah Di Bukit Antarabangsa Rumah Di Cheras |
You are subscribed to email updates from Celebrity News To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |