Adsense

Selasa, 8 Mei 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Almy Nadia Terkejut Fizz Fairuz Buka Mulut Soal Kahwin

Posted: 08 May 2012 06:11 PM PDT

Almy Nadia.
PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia benar-benar terkejut selepas mendengar laporan kekasihnya iaitu Fizz Fairuz berhasrat untuk mengahwininya pada tahun ini.
Almy, 25, berkata, dia tidak dapat memberi sebarang reaksi berhubung kenyataan itu kerana tidak mengetahui apa-apa tentang hasrat Fizz Fairuz.
"Maafkan saya kerana tidak dapat nak komen kerana langsung tidak mengetahui perkara itu dan rasanya tidak patut saya berkata apa-apa mengenai benda yang saya sendiri tidak pasti.
"Saya terkejut dan sejujurnya tidak tahu reaksi apa yang ingin diberi mengenai laporan berkenaan," ujarnya ketika dihubungi pada Selasa.
Fizz dalam satu laporan dalam portal Rotikaya.com pada Selasa memberitahu telah memasang niat untuk mengahwini Almy pada tahun ini dan perkara itu akan menjadi kenyataan selepas ibunya kembali mengerjakan umrah pada bulan Jun depan sebelum menetapkan tarikh pernikahan.
Dalam pada itu, Almy berkata, dia bukan cuba mengelak daripada pihak media mengenai perkara tersebut tetapi tidak pernah dimaklumkan oleh Fizz tentang hasrat hatinya itu.
Katanya buat sementara waktu ini biarlah Fizz yang membuat kenyataan kepada pihak media namun dia enggan membuat sebarang kenyataan balas kerana takut tersilap kata.
"Sebelum ini peminat dan media sering bertanya kepada saya mengenai hubungan kami sehingga pada satu tahap saya rasa malu.
Fizz Fairuz.
"Jadi sekarang biarlah Fizz yang bercakap kepada mengenai hubungan kami kerana tidak manis saya turut bercakap mengenai hal yang saya sendiri tidak tahu dan tidak dimaklumkan," ujarnya.
Bagaimanapun kata Almy, dia mahu mengambil pendekatan untuk membuka mulut apabila tiba masanya nanti bagi menjelaskan semua perkara yang menjadi tanda tanya ramai pihak selama ini.
"Sama ada Fizz masuk meminang atau tidak saya akan beritahu nanti serta mengenai apa yang terjadi tetapi bukan sekarang, suatu hari nanti. Buat masa ini biarlah Fizz yang memberi komen.
"Saya sedar pelbagai tohmahan orang buat mengenai hubungan kami dengan mengatakan bahawa kami telah putus cinta. Rasanya tak baik berkata begitu kerana ia boleh menjadi satu doa buat saya dan Fizz," jelasnya.

- ---

Pelakon Beego Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Khalwat

Posted: 07 May 2012 09:51 PM PDT

Beego
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Beego bersama dua rakannya mengakutidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang dikenakan terhadap mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, Selasa.
Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah,32, bersama Fikry Zainun dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.
Sementara itu dua wanita yang merupakan kenalan mereka iaitu Azlina Yazit @ Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhar mengaku bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara. Kedua-dua mereka membayar denda.
Mengikut fakta kes, kelima-lima tertuduh ditahan sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama pada 23 Februari 2011 kira-kira pukul 6 pagi di sebuah rumah di Kondominium Okleaf Park, Bukit Antarabangsa dekat sini.
Kesemua mereka masing-masing didakwa di bawah Seksyen 29 (1) (a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat yang boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanyasekali jika disabitkan kesalahan.
Kelima-lima tertuduh tersebut hadir selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka kerana gagal untuk perbicaraan kesberkenaan pada 10 April lalu.
Terdahulu Shaiful Azli turut menasihati dua wanita berkenaan agar bertaubat atas perbuatan itu kerana Allah memberi mereka ujian untuk menyedari kesilapan yang dilakukan.
"Saya ingin petik nasihat Saidina Umar, sekiranya kesalahan itu adalah perbuatan pertama, Allah akan menutup aib kamu tetapi jika ia dilakukan berulang kali, maka Allah sendiri akan membuka aib itu. Jadi, pilihlah untuk kehidupan lebih baik selepas ini," katanya.
Pendakwaan dilakukan Pendakwa Syarie, Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan 26 Jun 2012 untuk perbicaraan Beego bersama dua rakan lelakinya itu.

- ---

Bekas Isteri Jimmy Shanley Hamil Anak Haram?

Posted: 07 May 2012 09:45 PM PDT


SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah mendakwa mengandung anak haram dan mengugut mahu menggugurkan kandungan itu jika ia anak Jimmy.
Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh berkata, kenyataan isterinya itu dibuat menerusi kiriman SMS selepas dia menegur perbuatan Nursuhaila yang masih berjudi dan mengingkari janji tidak lagi meneruskan tabiat buruk itu.
Pelakon itu berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie yang mewakilinya, Mohd Noor Aizan Md Idrus pada perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat ke atas Nursuhaila, 25.
Bagaimanapun, Jimmy memberitahu anak yang dikandung Nursuhaila adalah zuriatnya dan isterinya tidak menggugurkan kandungan itu, sebaliknya mengeluarkan kenyataan tidak benar kerana didorong perasaan marah.
Terdahulu, Jimmy memberitahu mahkamah pada 24 Januari tahun lalu, dia pergi ke rumah ibu mentuanya selepas dipelawa wanita itu.

- ---

Dayang Masih Kekok Guna Telefon Bimbit

Posted: 07 May 2012 08:25 PM PDT

Dayang akhirnya akur dengan keperluan teknologi apabila terpaksa memiliki telefon bimbit sendiri sejak setahun yang lalu. - Foto oleh RAYMOND OOI
PETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah mengakui masih berasa janggal dan tidak begitu merasai kepentingan penggunaan telefon bimbit yang sudah setahun dimilikinya itu.
Pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 30, yang selama ini tidak mempunyai telefon bimbit akhirnya terpaksa memiliki peralatan itu sejak setahun lalu demi tuntutan kerja.
"Saya hanya gunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi dengan pengurus atas urusan kerja sahaja. Saya sering letak telefon itu di merata tempat dan jarang berada di tangan kerana tidak begitu merasai kepentingannya.
"Kadang-kadang, saya boleh keluar rumah tanpa membawa telefon itu bersama sebab sudah terbiasa dengan keadaan itu selama ini," katanya ketika ditemui di Menara Star, di sini, baru-baru ini.
Kata penyanyi lagu Sayang ini, dia membeli telefon bimbit itu selepas dipujuk berulang kali oleh pengurusnya, Sharina Ahmad bagi melancarkan urusan komunikasi antara mereka.
"Jika sebelum ini, pengurus lama saya Shaliza Kader Sultan sentiasa berada dengan saya hampir 24 jam, jadi saya tidak perlu runsing mengenai jadual kerja dan lain-lain.
"Namun, pengurus baru, Sharina Ahmad tidak semestinya bersama saya pada setiap masa. Atas sebab itu, dia memujuk saya untuk mendapatkan telefon bimbit sendiri bagi melancarkan proses komunikasi.
"Malah, sejak memiliki telefon bimbit kira-kira setahun yang lalu, saya turut memanfaatkannya untuk mengemas kini akaun Twitter dan Facebook dan berinteraksi dengan peminat," terangnya.
Bercerita mengenai perkembangan kerjaya, Dayang berkata dia bakal mengadakan persembahan dengan penyanyi Anuar Zain pada sebuah konsert amal One Night Only di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 15 Mei ini.
"Sudah lama saya tidak berkongsi pentas dengan Anuar dalam satu persembahan. Kali terakhir adalah pada persembahan di Planet Hollywood, Kuala Lumpur kira-kira lapan tahun lalu.
"Saya berasa seronok kerana selesa bekerjasama dengannya. Selain itu, saya juga akan terlibat sebagai penyanyi undangan pada konsert Datuk D.J Dave di Istana Budaya pada 1 hingga 3 Jun depan," jelasnya.

- ---

Penyebaran Gambar Syamsul Yusof dan Nurul Ain Perbuatan Khianat

Posted: 07 May 2012 08:23 PM PDT

Nurul Ain Nordin
PETALING JAYA: Aktres dan pengarah filem Oh Mak Kau (OMK), Nurul Ain Nordin (Ain) menganggap penyebaran gambarnya dengan Syamsul Yusof di Internet adalah perbuatan khianat pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengannya.
Ain, 24, yang juga penerbit filem itu berkata dakwaan mereka mempunyai hubungan istimewa juga adalah tidak benar sebaliknya dia telah mengenali Syamsul sejak menjalani latihan praktikal di Skop Production beberapa tahun lalu.
"Sudah berulang kali saya memberikan penjelasan mengenai hubungan kami namun saya sedar tidak mudah untuk meyakinkan orang untuk menerima apa yang saya katakan.
"Hakikatnya, kami hanya kawan. Hubungan kami adalah atas dasar profesional kerana dia banyak membantu membimbing saya di lokasi penggambaran filem OMK dan tidak lebih daripada itu," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Sebelum ini beberapa keping gambar tersebar di Internet memperlihatkan kemesraan mereka yang duduk berasingan daripada krew dan pelakon lain ketika di lokasi penggambaran filem OMK.
Kemesraan Ain dan Syamsul di lokasi penggambaran filem Oh Mak Kau yang didakwa menjalin hubungan secara rahsia.
Syamsul juga dikatakan sanggup menemani Ain di lokasi penggambaran selama beberapa jam walaupun dia tidak terlibat dengan penggambaran.
Ain yang mula dikenali menerusi filem Suatu Malam Kubur Berasap (2011) berkata, dia sempat berbincang dengan Syamsul mengenai dakwaan itu sejak gambar-gambar mereka tersebar di Internet pada minggu lalu.
"Saya ada bercakap dengan Syamsul mengenai perkara ini. Saya mohon agar isu ini tidak dibesar-besarkan kerana saya tidak mahu perkara remeh-temeh begini menimbulkan perasaan kurang selesa kepada Syamsul, bapanya Datuk Yusof dan mereka sekeluarga yang saya hormati.
"Apatah lagi dakwaan itu adalah tidak benar jadi saya bimbang ia akan melukakan hati kekasih Syamsul pula," ujarnya yang mengakui belum mempunyai kekasih.
Ditanya adakah penyebaran gambar dan kontroversi hubungan cinta itu sengaja dicetuskan sebagai promosi kepada filem pertama arahannya itu, Ain berkata perkara itu tidak berasas kerana masih terlalu awal untuk pihaknya melakukan promosi filem berkenaan.
"Dakwaan itu bukan strategi kami untuk mempromosikan OMK. Bagi saya, masih terlalu awal untuk tujuan itu kerana filem ini baru tamat penggambaran dan kini dalam proses suntingan dalam talian.
"Kalau semuanya lancar, ia mungkin akan ditayangkan pada hujung tahun ini. Jadi, tak mungkinlah kami sengaja mengada-adakan kontroversi ini untuk promosi pula," jelasnya.
OMK yang diterbitkan syarikat produksi Ain bersama beberapa rakan kongsi iaitu Star Scope Production Sdn Bhd menjalani penggambaran selama 23 hari.
Filem yang mengisahkan mengenai seorang wanita gengster lakonan Wan Maimunah ini turut dibarisi antaranya oleh Didie Alias, Yank Kassim, Abon dan Sepahtu.

- ---

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah?

Posted: 08 May 2012 12:23 AM PDT

Pelakon dan Pengacara Sensasi Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.

Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh berkata, kenyataan isterinya itu dibuat menerusi kiriman SMS selepas dia menegur perbuatan Nursuhaila yang masih berjudi dan mengingkari janji tidak lagi meneruskan tabiat buruk itu.

Jimmy memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat yang difailkan terhadap Nursuhaila pada 3 dan 27 Januari tahun lalu.

Menjawab soalan peguam syarie Mohd Noor Aizan Mohd Idrus, Jimmy berkata, pengakuan Nursuhaila itu adalah salah satu sebab mengapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

"SMS isteri berbunyi; Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.
Nursuhaila Eliani Suhaimy
"Saya balas SMS dan bertanya anak siapa awak mengandung? Dia jawab; Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah," kata Jimmy yang membacakan SMS Nursuhaila di hadapan Hakim Syarie, Saharusin Selamat.



Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka.

Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.

Menurutnya, Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.

Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa.

Pada prosiding hari ini, Jimmy mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz.

G.A.M harap kedua-duanya akan dapat petunjuk dan balik semula ke pangkal jalan... Amin..

GAMBAR BOGEL SELENA GOMEZ DI FACEBOOK TERSEBAR |

Posted: 07 May 2012 11:37 PM PDT

Kebelangkangan ini pencarian gambar Selena Gomez telah mendapat hit yang tinggi, apabila gambar bogel artis tersebut telah tersebar di Internet. Gambar Remaja popular ini, Khabarnya telah diambil, dicuri, dirembat oleh FANnya sendiri dan disebarkan diatas tujuan yang tidak mendapat sebarang keuntungan.

Gambar tersebut menunjukkan aksi Selena Gomez berposing bahagian buah dadanya dan kawasan privasinya tanpa memakai pakaian dalam di bahagian atas badannya begitu juga dibahagian kawasan privasinya.

Gambar Original tidak dapat dipaparkan disini diatas tujuan menjaga nama baik golongan kaum wanita tetapi sekiranya anda ingin tahu anda boleh berikan email anda di bahagian komen.




Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Hikmah kontroversi

Posted: 07 May 2012 04:01 PM PDT

Hip

Aaron Aziz dapat sokongan padu daripada peminat, rakan seperjuangan

SELEPAS genap sebulan menggenggam trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, semalam, Aaron Aziz, 36, menerima sebuah kereta Nissan Teana 2.5 L berharga RM167,020 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd selain barang kemas bernilai RM250,000 daripada Rafflesia-Mandalay.

Tidak mampu menyembunyikan rasa terharu, aktor kelahiran Singapura itu mengakui akan menggunakan sendiri kenderaan yang dimenanginya manakala set barang kemas serta barangan Avon bakal diberikan kepada wanita teristimewa dalam hidupnya, Diyana Halik. "Hadiah ini umpama penghargaan daripada peminat yang mempercayai hasil kerja saya dan tidak lupa terhadap Berita Harian selaku penganjur. Anugerah ini bukan untuk saya seorang, sebaliknya pengiktirafan kepada seluruh karyawan seni.

"Justeru, ia amat besar maknanya buat diri saya apatah lagi selepas lapan tahun kehadiran saya di sini. Saya akan menggunakan kereta ini sendiri malah tidak pernah terfikir untuk menjualnya, begitu juga dengan barang kemas," katanya selepas majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Hotel Holiday Villa Subang & Suite, di Subang, semalam.

Majlis sama turut menyaksikan peniaga kuih, Noraini Halip, 31, dipilih sebagai pemenang bagi kategori pembaca dengan membawa pulang kereta Nissan Grand Livina X-Gear 1.6A bernilai RM79,894.

Penyerahan hadiah disempurnakan oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Baid Shahid selain Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk ABPBH 2011/ Pengarang Bersekutu Edisi Mingguan Berita Harian, Hanizam Abdullah serta Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk ABPBH 2011, Zainuri Misfar.
Turut hadir Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Ang Bon Beng dan wakil penaja ABPBH2011 terdiri daripada Lux, Avon, POTO Travel & Tours, Sinarmas Travel & Tours, TV3 sebagai penyiar rasmi serta Hot FM yang menjadi stesen radio rasmi.

Pada malam kemuncak di Arena Of Stars, Genting Highlands, 8 April lalu, Aaron meraih 87,669 undi sekali gus mengenepikan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi iaitu Fizz Fairuz, Shaheizy Sam, Fasha Sandha dan Tasha Shilla.

Sementara itu, demi komitmen terhadap ABPBH dan peminatnya, Aaron yang pulang ke Singapura sejak beberapa hari lalu sanggup 'turun' ke Kuala Lumpur menghadiri majlis ini dan kemudian sebaik acara penyampaian berakhir terus memandu kembali ke Kota Singa.

"Sebenarnya ada sedikit kerja yang perlu diselesaikan di Johor Bahru dan alang-alang di sana, saya balik jenguk keluarga sekejap. Apa pun saya tidak akan melepaskan peluang menemui teman artis, rakan media dan peminat yang mengundi," katanya lagi.

Diaju isu yang masih 'panas' berkaitan kemasukan artis luar ke Malaysia selain Zed Zaidi menerusi Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) meminta kementerian menyemak dan memperketatkan permit, Aaron dengan tenang, menjelaskan sebagai pekerja seboleh mungkin dia cuba mematuhi garis panduan.

"Saya percaya setiap kejadian ada hikmahnya. Macam isu yang diluahkan Zed, ia lebih kepada pendapat. Namun saya faham dia hanya menjalankan tanggungjawabnya dan kalau dia atau persatuan mahu menyemak kemasukan artis luar, itu sudah tugas mereka.

"Apabila soal warga luar ditimbulkan, saya melihatnya dari sudut positif. Bukan hanya rakan artis termasuk pengarah seperti Datuk Yusof Haslam dan Erma Fatima memberi sokongan moral selain peminat, individu bukan peminat juga turut meniupkan perangsang.

"Dorongan mereka ini yang membuatkan semangat saya semakin kuat. Saya memenuhi setiap tawaran berlakon dengan ikhlas malah mengikut peraturan ditetapkan kerana saya mencari rezeki untuk keluarga dan anak-anak," katanya yang menegaskan tidak kecewa apabila kerakyatannya dijadikan polemik sesetengah pihak
Difahamkan menerusi isteri merangkap pengurus peribadinya, Diyana, setiap produksi yang mengambil artis luar termasuk Aaron wajib memastikan permit kerja mereka diuruskan sebelum proses penggambaran dimulakan.

Dalam kekalutan pihak tertentu, aura Aaron nyata terus berbisa apabila selain deretan filem dan telefilem yang menanti dilaksanakan, bapa kepada tiga cahaya mata itu turut dilamar mengendalikan rancangan realiti Fear Factor: Celebrity Challenge.

Bakal menjalani penggambaran pada Oktober ini, tawaran yang diajukan kira-kira tiga bulan lalu antara cabaran baru yang sedia digalas apatah lagi pengacaraan bagi program realiti berkenaan memerlukannya melakukan perkara mengerikan.

"Dulu saya pernah menjadi hos rancangan TV, cuma Fear Factor sangat mencabar malah antara program kegemaran saya. Jika tiada aral, selama sebulan saya dan peserta akan berkampung di Afrika. Saya pasti ia mengujakan," katanya yang bakal berada di lokasi filem Dampak, Jun ini disusuli Cicakman 3 bersama Zizan Razak.


Artis, pembaca bertuah dirai

Posted: 07 May 2012 03:59 PM PDT

Hip

Ramai wajah popular serikan majlis penuh meriah di Subang Jaya

BAGI meraikan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, 8 April lalu, sebuah majlis penyampaian khas diadakan di Holiday Villa Hotel and Suites Subang Jaya, semalam.

Selain pemenang kategori artis, majlis terbabit turut meraikan pembaca bertuah Peraduan Undi dan Menang. Pada majlis berkenaan, Bintang Paling Popular yang juga Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH2011, Aaron Aziz, membawa pulang kereta Nissan Teana 2.5L bernilai RM167, 020, seutas rantai mutiara tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM250,000 serta barang tajaan Avon.

Sementara itu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, pula menerima seutas rantai mutiara, juga sumbangan Rafflesia bernilai RM25,000, sebagai hadiah yang dimenangi untuk kategori Anugerah Seri Perak. Kategori yang diadakan khas sempena 25 tahun penganjuran ABPBH itu mempertandingkan kembali 12 pemenang Bintang Paling Popular anugerah terbabit.

Pemenang Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Datuk Sheila Majid, pula membawa pulang seutas rantai mutiara bernilai RM25,000, wang tunai RM 3,000 dan barang tajaan Avon.

Manakala semua pemenang bagi 14 kategori lain turut membawa pulang seutas rantai mutiara Rafflesia bernilai RM10,000, wang tunai RM3,000 dan barang tajaan Avon. Pemenang kategori Artis Duo / Berkumpulan pula membawa pulang RM5,000.
Majlis pada petang itu diserikan dengan kehadiran barisan artis popular tanah air, antaranya Ziana Zain, Faizal Ismail, Fara Fauzana, Johan As'ari, Shila Amzah, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Johan Raja Lawak, Hafiz, Diddy Alias dan ramai lagi.

Pada majlis itu, penyampaian hadiah kepada pemenang kategori khas turut diadakan. Anugerah Khas ABPBH2011 diwujudkan bagi menghargai artis yang paling banyak memberikan komitmen kepada anugerah ini khususnya sepanjang siri jelajah. Artis yang menerima anugerah terbabit ialah Fizz Fairuz, Along Cham, Yana Samsudin, Awi Rafael, Shila Amzah, Shaheizy Sam dan kumpulan Forteen. Mereka menerima barang kemas Rafflesia bernilai RM10,000 dan barangan Avon.

Sementara itu, penyampaian hadiah bagi kategori pembaca turut diadakan.
Pemenang utama, Nor Aini Khalip, 31, dari Hutang Melintang, Perak, menerima sebuah kereta Nissan Livina X-Gear 1.6A bernilai RM79,894.50.

Manakala pemenang bertuah peraduan Undi dan Menang peringkat awal dan akhir menerima barang kemas tajaan Rafflesia, Apple iPad 16 GB, kamera Canon EOS DSLR, Blackberry Torch, Sonny PS3 Console, Samsung Galaxy Tab 10.0, Apple iPod Touch serta wang tunai.

Hadiah disampaikan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid; Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Datuk Dr Ang Bon Beng; Pengarang Bersekutu Edisi Minggu Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2011, Hanizam Abdullah; Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH2011, Zainuri Misfar; dan Pengarang Hiburan Bintang Popular, Akmal Abdullah.

Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan oleh pemenang keseluruhan Bintang Idola Berita Harian 2012, Kamilia Razwanis Kamarudin dan Hafiz.


My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Fizz Fairuz Bakal Berkahwin Dengan Almy Nadia Tahun Ini

Posted: 08 May 2012 12:57 AM PDT

fizz fairuz dan almy nadia akan berkahwin
Berita gembira buat semua peminat Fizz Fairuz dan Almy Nadia yang selalu mengikuti perkembangan percintaan mereka berdua yang berusia 5 tahun ni, kerana mereka berdua dikatakan akan menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat ini.. Fizz Fairuz melalui Rotikaya mengakui jika diizinkan tuhan mereka akan berkahwin dalam tahun ini juga selepas ibu Fizz Fairuz pulang daripada mengerjakan Umrah sekitar bulan Jun ini..

"Memang itu niat saya dan dengan izin Tuhan segala gala'nya akan menjadi kenyataan selepas ibu saya kembali mengerjakan umrah. Ibu saya bakal ke Tanah Suci awal Jun ini. Sekembali'nya ibu, kami sekeluarga akan berbincang memilih tarikh yang sesuai," (Rotikaya)

Tambah Fizz Fairuz lagi, beliau mengakui yang dia ada berniat akan berkahwin dengan Almy Nadia jika dia memang untuk Anugerah Pelakon TV Paling Popular di ABPBH yang lalu.. Kemenangan sudah pun diraih, kini tiba masanya Fizz Fairuz menunaikan niatnya itu selepas bulan Jun tahun ini nanti..

MyGosip berharap sangat segala perancangan Fizz Fairuz dan Almy Nadia untuk berkahwin akan berjalan tanpa ada sebarang masaalah hendaknya.. Tak sabar nak tengok diaorang ni bersanding kan?..

Saiful Apek Tidak Puas Hati Dengan David Teo

Posted: 07 May 2012 01:15 PM PDT

Saiful Apek Tidak Puas Hati Dengan David Teo
Belum hilang perasaan sedih apabila kita semua kehilangan Bob Kuman buat selama-lamanya kini timbul pula kontroversi mengenai David Teo yang sebelum ini mengelarkan Bob Kuman sebagai peminta sedekah melalui satu temubual di rancangan hiburan… MyGosip sendiri kurang pasti adakah David Teo bermaksud kan perkara itu ataupun tidak.. Sebab kita semua sedia maklum yang bahasa Malaysia David Teo ni agak teruk..

Akibat kontroversi tu, Saiful Apek melalui laman socialnya meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap kenyataan David Teo tu.. Saiful Apek mengatakan yang dia tidak akan berdiam diri walaupun orang lain diam..

HA HA HA! sikalang wa balu aman sbab itu olang talak mule mintak sedekah & aniaya wa lagi! HA HA HA!

Saiful Apek: lu tunggu sana, walaupun lain orang diam2, tp wa solang xkan diam!!!!

Tambah Saiful Apek lagi di laman Twitter miliknya pula, Saiful Apek mempersoalkan kredibiliti wartawan yang sibuk menyebarkan berita apabila dia ditahan pihak polis sebelum ini tetapi diam seribu bahasa apabila David Teo mengecam dan menghina Arwahyarham Bob Kuman…

bile saya ditahan, smue reporter sibuk sgt nk sebarkan brite tu. tp bile David Teo kecam & hina arwah Bob Kuman, mane pergi smue reporter?!

MyGosip rasa sekarang wartawan hiburan kat Malaysia ni dah ada tugasan baru untuk dibuat.. jadi sama-sama la kita tunggu David Teo di terjah sebelum kita membuat sebarang spekulasi..

facebook saiful apek meluahkan rasa tidak puas hati terhadap david teo

tweet saiful apek mengenai rasa tidak puas hati dengan david teo dan wartawan

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Kualiti Ziana Zain

Posted:

Kualiti Ziana Zain

Kualiti Ziana Zain

TANGGAL 2 Mei lalu, genap 44 tahun usia penyanyi, pelakon dan model terkenal Ziana Zain. Bagi meraikan ulang tahun kelahiran Ziana, satu sambutan ringkas telah diadakan bersama peminatnya di Red Box, The Gardens, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Bertemu dengan ibu kepada empat orang anak iaitu Muhammad Aiman, 12, Muhammad Ammar, 9, serta pasangan kembar Muhammad Ariel Armin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin, 1 tahun 5 bulan, yang kekal jelita itu, ternyata Ziana seorang yang cukup merendah diri berbeza dengan nama besarnya, malah dia cukup suka tertawa.

Bercerita perihal kerjayanya, Ziana antara anak seni yang cukup sukses dan kekal bertahan selepas 21 tahun aktif dalam dunia seni sejak muncul dengan album pertama berjudul Madah Berhelah pada tahun 1991.

Namanya terus harum, malah menjadi semakin mahal dan terus dipuja sehingga sekarang. Rahsianya, mungkin kerana vokalnya yang berbeza dan tidak mempunyai klon yang serupa dengan dirinya.

Tertawa dengan pujian yang diberikan, Ziana mengatakan suara yang dimiliki adalah kurniaan Allah. Vokal setiap penyanyi berbeza-beza dan dia bersyukur kerana vokal serta lagunya diterima peminat.

"Saya sangat bertuah dan bersyukur kerana disayangi peminat sejak muncul dengan album pertama sampai saya sudah ada empat orang anak," tuturnya.

Ditanya bagaimana Ziana menjaga vokalnya, tegasnya, dia mengelak untuk meminum air sejuk dan minuman bergas.

"Pernah ketika mula-mula jadi penyanyi, saya langsung tidak sentuh air sejuk dan bergas kerana bimbang boleh mengganggu kualiti vokal.

"Namun, sekarang suara saya sudah lasak, sesekali minum air sejuk dan bergas apa salahnya. Rugi pula kalau tidak merasa minum air sejuk," katanya yang telah muncul dengan tujuh buah album studio.

Bukan setakat vokal, jelas penyanyi yang pernah bergelar gadis kilang serta pramugari itu lagi, untuk mengekalkan reputasi dan juga kejayaan, dia menjadi dirinya sendiri setiap masa.

"Saya menjadi diri saya yang sebenar iaitu Siti Roziana pada setiap masa, tidak kiralah di rumah, di pentas persembahan dan juga ketika bersama peminat.

"Apabila kita menjadi diri sendiri dan merasakan pekerjaan saya iaitu menyanyi, berlakon dan model sebagai satu tanggungjawab, saya akan melakukan sebaik mungkin dalam semua perkara.

"Tidak perlu meniru atau menjadi orang lain semata-mata mahu dihargai. Paling penting, saya harus jujur dengan orang yang menyayangi saya, iaitu jujur terhadap keluarga dan peminat," luahnya lagi.

Selepas 10 atau 15 tahun akan datang, andai kata Ziana tidak lagi bergerak aktif di pentas nyanyian, beritahunya, dia mahu meninggalkan nama, imej yang bersih serta lagu malar segar buat peminat.

"Saya mahu lagu-lagu saya menjadi motivasi buat orang yang mendengarnya dan juga meninggalkan imej serta semua perkara terbaik yang peminat boleh ingati apabila saya sudah tidak bergelar anak seni lagi nanti," katanya dalam nada serius.


ZIANA ZAIN tidak suka menghampakan harapan para peminatnya. Saban tahun, dia akan berkumpul dengan peminat yang sentiasa menyokong karier seninya.


Sambutan ulang tahun

Ziana memang cukup mesra bersama peminatnya. Hal itu dapat dilihat sewaktu sambutan ulang tahunnya, baru-baru ini. Dia memberitahu, hampir saban tahun jika dia tidak bercuti daripada mengandung atau berpantang, pasti ada sahaja sambutan ulang tahun dirancang oleh peminat setianya.

"Jika tiada peminat, tiadalah Ziana Zain hari ini. Jadi, apa salahnya saya meluangkan masa sehari bersama peminat yang tidak putus-putus menyokong saya daripada dahulu sehingga ke hari ini.

"Boleh dikatakan, saya rapat dengan peminat kerana bukan sekali dua perjumpaan seperti ini diadakan, tetapi sudah banyak kali. Memang saya seronok kerana rasa diri dihargai, begitu juga peminat yang merasakan diri mereka dihargai oleh saya," katanya yang berusaha untuk memenuhi undangan setiap peminatnya.

Apabila disoal adakah dia turut meraikan ulang tahun bersama keluarga, Ziana tersenyum lebar. Katanya, sambutan hari ulang tahun bukan satu tradisi dalam keluarganya, tetapi memadai dengan ucapan tanda kasih sayang terutamanya daripada suami tercinta, Armin Zaharin.

"Saya amat pentingkan kad ucapan. Tahun ini saya menerima tiga kad ucapan daripada suami. Bagi saya kad ucapan lebih romantis dan mempunyai nilai nostalgia yang tinggi," katanya yang mempunyai sekotak koleksi kad ucapan daripada suami.

Ditanya antara perkataan daripada suami yang menyentuh hatinya, sambil menitiskan air mata, Ziana memberitahu: "Saya selalu menyakiti hati awak dan membuatkan awak menangis, tetapi awak tetap setia berada di sisi saya. Terima kasih kerana menyayangi saya sebagai suami serta menjadi isteri yang terbaik buat saya."

Ulas Ziana, kad ucapan merupakan barang paling penting berbanding material lain. Ini kerana, dia berpendapat, kad ucapan mampu menghangatkan hubungan kerana ia boleh dibaca berulang kali untuk mengingati saat-saat indah.

"Bukan semua orang boleh meluahkan ucapan sayang di bibir, sebaliknya mereka akan menjadi ikhlas apabila menulis di atas kad," katanya yang turut menerima kad hari lahir daripada dua anaknya iaitu Aiman dan Ammar.

Awet muda

Tampil dengan busana berwarna kuning rekaan Zery Zamry yang merupakan warna tema majlis sambutan hari ulang tahunnya, Ziana kelihatan cukup anggun dan lebih muda daripada usia sebenarnya.

Apabila disoal apa rahsianya mengekalkan awet muda, Ziana memberitahu dia mengikut petua orang tua seperti berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap pagi dan melakukan senaman muka.

"Orang tua kita banyak petua yang baik untuk diamalkan, selain itu saya juga mengambil vitamin untuk mengekalkan kecergasan tubuh. Saya juga banyak mengambil jus buah-buahan setiap hari," katanya yang memberitahu hati yang gembira merupakan kunci kepada awet muda.

Tidak berselindung, Ziana juga mengakui mengambil kolagen dan juga vitamin C untuk mengekalkan kecantikan wajah serta tubuh.

"Sebenarnya sudah lama saya ambil kolagen dan vitamin C dan nampak perubahan yang ketara. Bagaimanapun dengan lambakan produk kolagen serta vitamin C hari ini, saya risau ada pengguna yang tersalah pilih produk.


ZIANA cukup terharu apabila diberi sejambak bunga oleh peminatnya pada sambutan ulang tahun ke-44nya baru-baru ini.


"Sebelum saya mengambil sesuatu produk, saya akan kaji dan bertanyakan kemusykilan kepada doktor yang bertauliah. Bagi saya tidak ada salahnya mengambil kolagen dan vitamin C untuk kesihatan," ujarnya yang mengambil produk tersebut dalam bentuk serbuk.

Disebabkan terlalu ramai peminat yang sering bertanya tentang rahsia kecantikannya, Ziana mengambil keputusan untuk mengeluarkan produk kesihatan atas jenamanya sendiri, selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.

"Apabila ramai yang bertanya tentang rahsia kecantikan, saya terfikir untuk mengeluarkan produk kesihatan sendiri. Bagi saya, produk yang bakal dikeluarkan ini merupakan salah satu cara saya berkongsi rahsia dengan peminat.

"Sebelum menjual produk kesihatan, saya telah mencubanya sendiri untuk tiga bulan dan melihat hasilnya yang memuaskan baru saya yakin untuk menjualnya. Harganya tidak mahal dan boleh dibeli oleh pelbagai lapisan masyarakat," ulas Ziana mengenai perancangan menjual produk jenama sendirinya itu.

Ady tak mahu anak angkat

Posted:

Ady tak mahu anak angkat

Ady tak mahu anak angkat

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


ADY PUTRA tetap berharap agar Allah memberi dia dan isterinya, Aida, peluang untuk memperoleh cahaya mata sendiri. Ady menolak untuk mengambil anak angkat.


SUDAH enam tahun pelakon bertubuh sasa, Ady Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 31, mendirikan rumah tangga dengan Aida Yusof. Namun sehingga kini mereka belum dikurniakan rezeki anak selepas Aida mengalami keguguran sebanyak empat kali.

Paling mengecewakan pasangan itu apabila isterinya disahkan mengandung kembar tiga tahun lepas, namun kandungannya tidak kuat dan dia sekali lagi mengalami keguguran.

Ramai yang mencadangkan supaya Ady mengambil anak angkat. Mungkin berkat mengambil anak angkat, mereka akan dikurniakan anak kandung selepas itu tetapi Ady menolak. Kenapa Ady menolak untuk mengambil anak angkat?

Ikuti perbualan Kosmo! bersama Ady ketika ditemui selepas persembahan Minggu Setiausaha bersama penyanyi Zahid AF dan Ady Putra yang berlangsung di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur.

Isteri anda sudah mengalami keguguran sebanyak empat kali. Apakah puncanya isteri anda mengalami keguguran?

Doktor beritahu dia ada penyakit Endometriosis (tisu daripada selaput dalam rahim yang juga disebut endometrium telah tumbuh di luar rahim). Disebabkan itu, kandungannya sukar lekat dengan kuat.

Adakah anda merujuk kepada pakar sakit puan mengenai masalah tersebut?

Kami telah berjumpa dengan beberapa pakar sakit puan. Tetapi setakat ini, ia belum menunjukkan sebarang hasil. Malah, saya juga ada cuba perubatan daripada Arab.

Bagaimana pula dengan perubatan tradisional?

Saya sudah mencuba semuanya, termasuk berubat secara tradisional. Bukan itu sahaja, saya juga ada bawa dia berjumpa pakar bidan dan bawa dia pergi mengurut. Apabila kita bercakap soal anak, ia bukan semudah seperti kita nak buat sebuah kereta. Mungkin belum rezeki untuk kami dapat anak.

Tidak teringin untuk mengambil anak angkat sahaja?

Ramai yang mencadangkan supaya kami mengambil anak angkat. Kata mereka, mungkin berkat saya ambil anak angkat selepas itu saya dikurniakan anak sendiri. Tetapi saya tanya pada diri sendiri mampukah saya menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab sebab dia bukan darah daging sendiri. Saya juga takut tidak dapat berlaku adil pada anak angkat itu. Kalau boleh, saya mahu zuriat daripada darah daging sendiri kerana ia boleh menyambung keturunan.

Apakah usaha lain yang dilakukan anda untuk memperoleh anak?

Saya sudah buat solat hajat malah saya dan isteri juga sudah mengerjakan umrah. Kalau Tuhan masih belum mengurniakan anak kepada kita, maka kita tunggu sajalah. Mungkin Dia sudah rancang dan hanya Dia sahaja yang tahu.

Maaf bertanya, disebabkan tiada rezeki anak, tidakkah berlaku sebarang perselisihan faham antara anda dan isteri?

Alhamdulillah, tiada sebarang pertikaian antara saya dan isteri. Tapi, saya tak tahulah perasaan dia macam mana. Cuma, apa yang boleh dilakukan, saya sentiasa tunjukkan kasih sayang saya padanya. Saya tak dapat bayangkan macam mana kalau saya berada di tempat dia. Mungkin saya tak kuat dan tak dapat terima kenyataan. Dia memang seorang yang tabah.

Menyaksikan anda menyanyi pada Minggu Setiausaha di Hotel Seri Pasific baru-baru ini, adakah anda ingin menjadi penyanyi selepas ini?

Saya tak pernah terfikir untuk jadi penyanyi. Saya lebih suka berlakon. Lagu yang saya nyanyikan sewaktu Minggu Setiausaha di Seri Pasific itu sekadar lagu untuk runut bunyi filem Aku Terima Nikahnya dan drama Tentang Dia.

Tidak teringin untuk hasilkan single atau album?

Saya pernah buat album sekitar tahun 2007 yang mana ia memuatkan 10 buah lagu. Buat masa ini saya tak terfikir nak buat single atau album lagi. Cukuplah sekadar menyanyi untuk runut bunyi album atau filem.

Beralih pada soalan lain, apakah projek terbaharu anda?

Sebanyak empat buah filem saya akan keluar pada tahun ini, iaitu filem Langgar, Aku Terima Nikahnya, Hanyut dan KL Gangster 2. Saya juga telah dilantik sebagai ikon Rempit United dan juga ikon umrah haji untuk Triways Hujjaj International Services Sdn. Bhd.

Dev Patel makin matang

Posted:

Dev Patel makin matang

Dev Patel makin matang


DEV PATEL dan kekasihnya, Freida Pinto sering bertukar pendapat tentang karier mereka.


DEV PATEL memang cukup sinonim dengan watak Jamal yang dibawanya dalam filem fenomena, Slumdog Millionaire. Kini, selepas empat tahun filem tersebut disiarkan, kerjaya seni Dev pantas berkembang. Bakatnya semakin diiktiraf penggiat seni Hollywood.

Dev yang baru menyambut ulang tahun ke-22nya bercakap tentang kehidupan masa kini, cabaran berlakon di Hollywood serta kisah cinta dia dengan aktres, Freida Pinto.

Bagaimana filem Slumdog Millionaire telah merubah kehidupan anda?

Terlalu banyak yang telah berubah selepas filem itu berjaya. Saya telah menjadi orang yang lebih matang. Dari segi kerjaya, saya dikelilingi banyak artis berbakat besar yang telah membuat saya mahu bersaing dengan mereka. Sikap yakin diri saya juga bertambah.

Adakah bakat anda sebagai aktor diperlekeh di Hollywood?

Ya, saya tidak boleh menafikan hal itu. Kadang-kala saya hanya diberi watak sampingan yang jika dilihat, tidak perlu ada pun tak mengapa. Tapi secara peribadi, saya mengambil ia sebagai cabaran untuk diri sendiri supaya saya tidak cepat lupa dan berasa selesa.

Anda masih berhubung dengan Danny Boyle? Ada perancangan untuk kembali bekerjasama?

Ada juga kami berhubung. Setakat ini memang tidak ada tawaran, tapi jika dia menawarkan saya watak untuk filem arahannya, saya akan menerima tanpa berfikir.

Anda dan Freida Pinto sangat sibuk. Bagaimana kalian meluangkan masa bersama?

Buat masa sekarang, secara kebetulan, saya sedang menjalani rakaman sebuah program televisyen di Los Angeles dan dia juga berada di sini kerana terbabit dengan projek filemnya. Jadi kami banyak menghabiskan masa bersama. Jika kami sibuk dan tidak dapat bertemu, kami akan berhubung melalui telefon dan Skype.

Adakah Bollywood akan melihat gandingan kalian lagi?

Saya tak kisah, tapi secara jujur, tawaran yang datang masih belum menambat hati saya untuk bersetuju berlakon dalam naskhah tersebut.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Pencapaian membanggakan

Posted: 07 May 2012 07:29 AM PDT

MENDENGAR lagu Andai Ku Bercinta Lagi yang kini hangat dimainkan di stesen radio Hot FM, ia pantas menangkap perhatian peminat berhibur. Kekuatan vokal penyanyi band memperkenalkan diri sebagai Mojo bersama genre slow rock mampu membuatkan pendengar jatuh cinta kali pertama bersama lagu ini.

Menariknya, lagu ciptaan komposer berpengalaman, Edry Abdul Halim ini baru mula promosi sejak awal bulan ini menjuarai Carta Hot FM 21 pada minggu lalu. Pencapaian ini suatu yang membanggakan buat empat anggota band ini dan membuktikan lagu ini diterima baik peminat.

Merujuk pada vokal mantap penyanyi lagu ini, Mojo tampil bertenaga mengetengahkan bekas peserta program realiti, One In A Million musim ketiga (OIAM3), Aweera bertindak sebagai vokalis.

Aweera berkata, sambutan lagu Andai Ku Bercinta Lagi dalam kalangan peminat ketika ini sangat memberangsangkan. Malah, dia juga gembira kerana masih ada peminat yang mengenali suaranya.


"Penubuhan band ini bermula pada awal tahun ini. Selepas empat anggota bersatu dalam band, kami kemudian melakukan proses rakaman single, Andai Ku Bercinta Lagi pada Februari diikuti promosi sejak awal bulan ini.


"Sebenarnya, sejak awal band ini mempunyai matlamat menghasilkan lagu ciptaan setiap anggota untuk dimuatkan dalam album berkonsep EP (extended play).

"Band ini menampilkan saya sebagai vokalis bersama Denny bermain gitar, Johar (dram) dan Edry (keyboard). Edry menjadi pencetus awal pada idea menubuhkan band ini memberi peluang pada setiap anggota mencipta lagu sendiri.

"Buat masa ini kami sudah mempunyai empat lagu. Selepas ini, kami akan memperkenalkan lagu baru, Maafkan Aku ciptaan saya, Agar Tetap Indah (Denny) dan Mimpi (Johar)," katanya ketika hadir pada sesi fotografi di Balai Berita, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Aweera atau nama sebenar, Nasharul Aweera Norhissham menyatakan band ini kembali membawa nostalgia pendengar bersama lagu genre slow rock yang pernah menjadi fenomena pada zaman 80-an dan 90-an. Memberi kelainan tersendiri, band ini turut memperkenalkan lagu dihasilkan dengan genre synth-rock iaitu penggunaan elemen elektronik.

"Mojo bermaksud aura atau faktor X yang membawa bunyi muzik lebih besar. Pengenalan nama Mojo dipilih menerusi perbincangan antara empat anggota band ini.

"Saya sendiri berani tampil bersama band kerana saya melihat ketika ini ramai penyanyi muncul bersama band. Bukan bermakna penyanyi solo tidak boleh cari makan tetapi ia mengikut perkembangan semasa.

"Namun, saya tidak mempunyai masalah berjuang secara solo. Buat masa ini tiada karya solo dan saya mahu memberi fokus pada perjalanan bersama band ini," katanya.

Sebagai band baru di bawah jenama KRU Studios, Aweera menjelaskan dia bersama tiga anggota band ini banyak meluangkan masa bersama untuk saling memahami satu sama lain dan mencari keserasian.

"Sebelum ini saya pernah menganggotai band lain dikenali Bintang. Namun, apabila karier saya bermula bersama Mojo, band ini berehat seketika untuk saya lebih fokus.

"Apapun, saya bersyukur atas sokongan peminat sejak OIAM3 sehingga kini. Sokongan ini membuatkan saya rasa dihargai walaupun tiga tahun menyepi dari industri hiburan.

"Sebelum ini saya bukan merajuk tetapi mencari peluang untuk kembali dengan kelainan. Sebelum ini muzik saya lebih pada rock tetapi ia bukan halangan membawa pelbagai genre lain seperti synth-rock," katanya.

Mengambil semangat band rock popular antarabangsa seperti Led Zeppelin, Queen, Aerosmith termasuk Search dan Wings sebagai sumber inspirasi dalam berkarya, Mojo mahu menjadi pencetus pengenalan band genre baru, synth-rock di arus muzik perdana.

"Lagu Andai Ku Bercinta Lagi diinspirasi dari kisah benar rakan Edry sendiri melalui pengalaman isterinya meninggal dunia kerana kanser. Ia mengisahkan bagaimana kasih sayang suami pada arwah yang masih kuat.

"Mengikut perancangan, empat lagu baru siap pada pertengahan Mei ini sebelum kami muncul dengan album penuh menampilkan antara 10 hingga 11 lagu pada penghujung tahun nanti.

"Saya percaya masih ramai peminat yang sukakan lagu berentak slow rock dan kami akan melancarkan single di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 22 Mei nanti selepas terbabit satu persembahan di Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya pada 9 Mei (esok)," katanya.

Trivia Aweera

  • Jejaka berasal dari Kangar ini mempunyai hobi menunggang motosikal bersama kelab BS Bikers di negeri kelahiran.
  • Mula menyanyi pada usia 8 tahun atas sokongan keluarga.
  • Abangnya, Acca juga aktif bermain muzik bersama band Koffin Kanser.
  • Masih mempunyai band heavy metal, Metronome ditubuhkan bersama rakan sekolah sejak tingkatan empat.
  • Dikenali ramai peminat menerusi lagu She Gone yang pernah dinyanyikannya ketika OIAM3.
  • Peminat boleh mengikuti perkembangan band ini di laman sosial, facebook, @mojo (twitter) dan laman sesawang, www.themojonetwork.com.



  • Batal konsert di Kuching

    Posted: 07 May 2012 07:19 AM PDT

    PIHAK penganjur, Afro Zapin Venture Sdn Bhd menarik diri daripada menjayakan The Legendary Concert 2012 dijadualkan berlangsung di Kuching pada 23 Jun depan. Penarikan diri disebabkan maklum balas diterima terhadap penjualan tiket kurang memberangsangkan daripada peminat di Kuching.

    Penasihat The Legendary Concert 2012, Zainal Abidin berkata, pihaknya mengambil keputusan menarik diri daripada membuat persembahan di Kuching kerana sambutan hambar peminat.

    "Sekalipun konsert pembukaan di Kota Kinabalu pada 5 Mei agak memberangsangkan dihadiri seramai 2,000 penonton, maklum balas diterima daripada penjualan tiket di Kuching agak perlahan.

    "Bagaimanapun beberapa lokasi lain tetap mengikut jadual asal. Setakat ini, sambutan diterima daripada beberapa lokasi seperti di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur akan diteruskan," katanya kepada Harian Metro, semalam.


    The Legendary Concert 2012 menghimpunkan empat artis legenda tanah air berlainan genre seperti Jamal Abdillah, Datuk Sheila Majid, Zainal Abidin dan Amy Search.


    Konsert julung kali diadakan di negara ini juga menghimpunkan pemuzik profesional serba-boleh dan berpengalaman luas bermain di luar negara diketuai pengarah muzik, Mac Chew bersama beberapa pemuzik percussion berwibawa, Steve Thornton, pemain gitar bass berpengalaman, Andy Peterson dan pemain saksofon, Jimmy Sax.

    Ditanya Zainal mengapa sambutan kurang memberangsangkan, beliau berkata: "Penjualan tiket kurang mendapat sambutan kerana mentaliti peminat di Malaysia sudah biasa disogok dengan hiburan percuma. Jadi, ini adalah satu kesan akibat yang menjadikan mentaliti peminat hiburan di Malaysia suka melihat konsert percuma.

    "Keadaan ini memberi kesan jangka panjang yang memberi kesan negatif kepada artis. Konsert ini memberikan persembahan 'first class' kepada peminat di Malaysia kerana segala-galanya disediakan pada tahap terbaik, baik dari segi pencahayaan, sistem bunyi, pemuzik dan lagu-lagu disampaikan yang mempunyai nilai dalam jiwa setiap peminat.

    "Jika 20 tahun lalu konsert berbayar saya dan Sheila di Stadium Merdeka menarik seramai 40,000 peminat tetapi sekarang mentaliti peminat disajikan konsert percuma hingga mereka tidak mahu lagi membayar tiket untuk menyaksikan konsert berkualiti.

    "Apa memberikan peminat semula apa yang mereka mahukan terutamanya muzik berkualiti serta menghiburkan dan pada masa sama, kami turut membuat kerja amal menyalurkan sumbangan kepada pihak memerlukan menerusi inisiatif menjayakan konsert menampilkan penyanyi legenda tanah air seperti The Legendary Concert," katanya.

    Selepas konsert The Legendary Concert 2012 membuka tirai di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu minggu lalu, tiga lagi akan menyusul selepas ini.

    Persembahan The Legendary Concert 2012 akan diadakan di Penang International Sports Arena Bayan Lepas (Pulau Pinang) pada 19 Mei diikuti Stadium Tertutup MPJB (Johor Bahru) pada 26 Mei.

    Lokasi terakhir The Legendary Concert 2012 akan diadakan pada 30 Jun di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

    Tiket untuk menyaksikan The Legendary Concert 2012 dijual pada harga RM100, RM200, RM300 dan RM600.