Adsense

Isnin, 7 Mei 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Ogy Selesa Hidup Solo

Posted: 06 May 2012 09:26 PM PDT

Penampilan Ogy Ahmad Daud sebagai pengacara Melodi. --foto THESTAR Oleh FAIHAN GHANI 
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara popular, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy mengakui dia berasa selesa hidup solo sejak sembilan tahun penceraiannya dengan pelakon Eman Manan.
Ogy berkata, buat masa ini, dia gembira dengan kehidupannya yang sibuk dengan jadual kerja selain menjaga anak angkatnya yang bernama Nur Aishah Aminah.
"Susah untuk saya bercakap tentang jodoh ini, jika menidakkan, dah macam lawan kuasa Tuhan pula. Dan bila kata 'ya saya ingin kahwin', bunyi seperti beria-ria.
"Apa-apa pun saya selesa dengan kehidupan sekarang ini. Tambah pula melayan karenah Aminah yang aktif, saya bahagia," katanya yang ditemui selepas mengacarakan program gosip hiburan, Melodi, secara langsung di sini, Ahad.
Ditanya, adakah Ogy pernah didekati oleh mana-mana lelaki, katanya belum ada lagi yang cuba untuk mendekatinya.
"Mungkin mereka berasa risau kot melihatkan diri saya yang agresif, mereka takut untuk mendekati saya.
"Ataupun mereka menganggap saya ini terlalu garang, maklumlah, bila bekerja maka saya akan lebih serius," selorohnya.
Sementara itu, menceritakan tentang perasaannya mengendalikan Melodi sebagai hos gantian selepas 12 tahun meninggalkan program itu, Ogy berkata dia berasa dirinya kembali ke zaman 90-an.
Kata Ogy, dia gembira apabila mendapat panggilan daripada penerbitnya, Azman Abdul Ghafar untuk mengacarakan Melodi, malah teruja untuk mengacara program yang sudah lama ditinggalkan itu.
"Walaupun hanya hos gantian, satu penghargaan buat saya apabila dapat mengacarakan program yang sudah lama saya tinggalkan.
"Sepatutnya saya kendalikan program itu bersama Zizan, tetapi Zizan tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.
"Apa-apapun saya berpuas hati dengan persembahan saya hari ini. Malah ketika mengacara, saya terus mengimbas kenangan bersama Melodi dahulu," ujarnya.

- ---

Norman Anggap Ada Musuh Cuba Burukkan KRU

Posted: 06 May 2012 09:25 PM PDT

Norman Abdul Halim 
KUALA LUMPUR: Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan tuduhan terbaru iaitu gagal menjelaskan gaji pekerja serta tidak melunaskan pinjaman bagi pembikinan filem terbitan syarikat itu sebagai tindakan iri hati daripada musuh perniagaan mereka.
Norman berkata tuduhan-tuduhan yang tidak berasas itu sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu kerana tidak mempunyai cara lain untuk memburukkan reputasi selepas melihat kejayaan syarikat berkenaan.
"Selama 20 tahun dalam dunia hiburan, kami bersih daripada kontroversi atau skandal. Jadi, pihak-pihak ini terpaksa mengatur strategi dengan mengada-adakan cerita yang tidak berasas untuk menjatuhkan kami.
"Anda boleh lihat sendiri operasi perniagaan kami. Jika benar apa yang didakwa itu berlaku, tentu sudah lama kami berdepan tindakan undang-undang," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Norman berkata, dia sudah berasa jemu dan enggan mengulas lanjut mengenai cerita-cerita yang timbul kerana kerap kali dikaitkan dengan tuduhan yang sama.
"Saya sudah malas hendak komen apa-apa. Bila kita komen, orang anggap ia memang berlaku dan kami seperti mahu menafikannya. Cuma, saya hendak cabar mana-mana pihak yang mengemukakan tuduhan itu tampil dengan bukti-buktinya.
"Janganlah jatuhkan empayar yang kami bersusah-payah bina selama 20 tahun dengan cara kotor. Orang boleh berkata apa sahaja tanpa mengetahui cerita sebenar," katanya yang percaya ia adalah perbuatan khianat penggiat industri hiburan sendiri.
(Dari kiri) Norman, para pelakon Ramli Hassan, Riz Amin, Izzue Islam, Remy Ishak dan dua adiknya pengarah filem Edry dan Yusry pada pelancaran treler filem 29 Februari, baru-baru ini. 
Dalam perkembangan lain, Norman yang juga Penerbit Eksekutif filem Stereoscopic 3 Dimensi (S3D) pertama Malaysia iaitu 29 Februari percaya masyarakat akan dapat menerima format filem yang baru diperkenalkan di negara ini.
"Kalau diikutkan, apa yang kami perkenalkan dalam 29 Februari bukanlah terlalu baru dalam dunia perfileman. Ia memang asing kepada kita tetapi di Hollywood umpamanya sudah melakukan lebih daripada ini.
"Namun, bagi rantau Asia, kami adalah yang kedua di belakang Thailand yang terlebih dulu menerbitkan filem dalam format ini.
"Saya yakin masyarakat akan memberikan peluang kepada filem ini kerana kekuatan jalan cerita dan konsepnya, selain aplikasi teknologi itu," hurainya.
29 Februari yang diarahkan Edry Abdul Halim mengisahkan kehidupan lelaki bernama Budi lakonan Remy Ishak yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia empat tahun sekali.
Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap 'kecacatan' itu sebagai satu sumpahan. Walhal, ia adalah anugerah Tuhan yang membolehkan Budi melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya sehingga akhirnya bergelar Malaysia.
Selain Remy, ia turut dibintangi antaranya Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Ramli Hassan, Nam Ron dan Chew Kin Wah.
Filem tempatan kesepuluh terbitan KRU Studios ini bakal ditayangkan pada 30 Ogos depan.

- ---

Dira Tidak Beri Impak Sebagai Pengacara Melodi

Posted: 06 May 2012 09:23 PM PDT

Dira Abu Zahar 
PETALING JAYA: Pengacara Melodi, Dira Abu Zahar kurang memberikan impak kepada penonton dan disifatkan tidak sesuai mengendalikan program hiburan tersebut.
Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, walaupun Dira banyak menunjukkan kemajuan, tetapi dia tidak mempunyai keserasian bersama gandingannya, Zizan Razak.
"Sudah setahun dia bersama Melodi dan telah menunjukkan banyak kemajuan berbanding di awal kemunculannya.
"Bagaimanapun, apa yang pihak kami lihat, tempat Dira mungkin bukan di Melodi, tetapi dia mungkin sesuai mengacarakan program-program berbentuk pengembaraan," katanya yang ditemui selepas rakaman siaran langsung Melodi di Sri Pentas TV3, di sini, Ahad.
Tambah Azman, kenyataan yang diberikan itu bukan kerana ingin mengambil kesempatan terhadap Dira yang dikaitkan dengan dakwaan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur sehingga mencetuskan kontroversi pada April lalu.
"Pihak kami bukan ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan Dira. Cuma apa yang dilihat, dia kurang menyerlah di Melodi dan berdasarkan rating penonton, kewujudannya tidak menunjukkan perbezaannya.
"Apa-apapun, pihak kami belum membuat sebarang keputusan sama ada ingin mengekalkannya bersama Melodi ataupun tidak. Biarlah kes dia selesai dahulu," ujarnya.
Sejak hampir sebulan ketiadaan Dira dalam Melodi, program tersebut kerap menggandingkan Zizan bersama bekas-bekas pengacaranya seperti Wahid dan Fauziah Ahmad Daud.
Malah, Awal Ashaari juga cuba digandingkan dengan Zizan sebelum ini sehinggalah pihak Melodi memutuskan untuk menggunakan khidmat Awal secara sepenuh masa bermula 20 Mei ini.

- ---

Majlis Persandingan Scha dan Awal Meriah

Posted: 06 May 2012 09:22 PM PDT

Scha dan Awal menggayakan busana pereka Syaiful Baharim pada mahlis perkahwinannya. Foto SHAARI CHE MAT 
PUTRAJAYA: Selepas selamat bernikah pada 4 Mei lalu, Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal) dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha) mengadakan majlis persandingan mereka dalam suasana yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad.
Majlis dihadiri kira-kira 2,000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media.
Bertemakan konsep 'vintage', Scha, 29, kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Syaiful Baharim manakala Awal, 30, pula segak dengan baju Melayu warna sedondon yang juga hasil pereka yang sama.
pasangan mempelai menggayakan busana ala Inggeris pada acara potong kek.
Suasana dewan yang dihiasi dengan paduan bunga berwarna dan cahaya ungu membuatkan majlis tampak sederhana dan elegan.
Acara bermula pada pukul 9 malam dengan ketibaan pengantin lelaki, diiringi pula dengan pengantin perempuan.
Kemudian, kedua-dua mempelai tampil dengan busana ala Inggeris bagi acara potong kek.
Dalam pada itu Awal turut memberi kejutan dengan menyanyikan lagu Sedetik Lebih khas buat isteri tercinta.
Awal memberi kejutan mendendangkan lagu 'Sedetik Lebih' khas buat Scha.
Antara selebriti yang kelihatan pada majlis tersebut adalah, Atilia, Shila Amzah, Alyah, Aishah Sinclair, Datuk Eizlan Yusof, Julia Ziegler, Tony Yusof, Zed Zaidi, Faezah Elai, Linda Onn, Irma Hasmi dan Salamiah Hassan.
Majlis berkenaan diacarakan oleh personaliti TV3 iaitu Nurul Syuhada dan Saiful Nizam.

- ---

Celebrity News

Celebrity News


Berita Semasa : Kamera Intip Harga Murah, Punca Perlakuan Sumbang Tersebar

Posted: 07 May 2012 01:29 AM PDT

Contoh Kamera Intip
 
KUALA LUMPUR: Awas, jika seseorang memberi kertas tisu di dalam sebuah kotak. Kotak tersebut mungkin merupakan sebuah kamera yang merakamkan setiap pergerakan anda.

Kamera intip kini boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk dan saiz serta boleh kelihatan seperti barangan biasa termasuk penyangkut baju, teg pengenalan, jam, pemadan elektrik, pembersih udara dan tanda keluar.

Ia beroperasi seperti kamera biasa tetapi saiznya berbeza mengikut aktiviti penyamaran.

Ada di antaranya boleh merakam imej jelas dan dijual pada harga berpatutan.

Kamera intip seperti kunci kereta sebagai contoh boleh dibeli pada harga serendah RM45 berbanding kamera televisyen litar tertutup.


Kebanyakan kamera intip adalah tanpa wayar dan menghantar data kepada penerimanya tanpa wayar.

Bagi kamera intip murah, video dirakam dan disimpan di dalam memori dalaman alat tersebut atau kad memori berasingan.

Video itu boleh diperolehi semula apabila disambung ke komputer menerusi wayar USB.

Seorang jurujual peralatan elektronik di Jalan Pasar di sini memberitahu The Star bahawa model kamera intip tanpa wayar yang popular adalah dalam bentuk jam tangan, pen dan kunci kereta.

Dia turut menunjukkan sebuah kotak tisu yang mempunyai kamera dengan lensa yang direka seperti kod bar.

"Kamera intip berbentuk kotak tisu ini berada di pasaran sejak lima atau enam tahun lalu tetapi tidak begitu popular sekarang. Ia boleh merakam bunyi," katanya.

Kamera tersebut berharga sekitar RM250 dan didatangkan bersama dengan alat kawalan untuk memulakan dan menghentikan rakaman.

Jurujual itu berkata, kamera tersebut boleh merakam video sehingga dua atau setengah jam dengan kad memori bersaiz empat gigabait.

Katanya, beberapa pembeli terdiri daripada anggota polis dan mereka yang ingin mengintip pergerakan pasangan masing-masing atau mengawasi amah di rumah.

Seorang jurujual di kedai berasingan berkata kamera intip boleh menyerupai penyangkut baju yang diperkenalkan di pasaran tahun ini.

"Apa yang anda perlukan ialah meletakkan kad memori di dalam kamera intip untuk merakamkan video. Bateri di dalam kamera itu boleh dicas menggunakan wayar USB," katanya.

Kamera intip berbentuk penyangkut baju dijual pada harga RM90 manakala yang menyerupai tag pengenalan berharga RM420.

Jangka hayat bateri kebanyakan kamera intip bagaimanapun bergantung kepada aktiviti penyamaran kerana peralatan itu kebanyakannya tanpa wayar dan tidak dihubungkan dengan bekalan elektrik.

Kamera intip, bergantung kepada model, boleh merakam video di mana saja bermula dari 40 minit selama beberapa hari. 

Info : Mstar Online

ZoOM : Patutlah dah semakin banyak video dan gambar-gambar sumbang tersebar..rupa-rupanya harga kamera mudah untuk dimiliki oleh kaki skodeng ni.

APA KOMEN ANDA ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Video Panas Chegubard BERSIH 3.0 serah Memorandum Di Ibupejabat PDRM Bukit Aman

Posted: 07 May 2012 12:01 PM PDT


Video Gempar apabila Ambiga Chegubard mewakili Bersih 3.0 mahu menyerahkan memorandum di Ibupejabat PDRM Bukit Aman telah menjadi tegang apabila Kumpulan Chegubard bertembung dengan Kumpulan Anti- Bersih yang terdiri daripada Veteran TENTERA ketika mahu menyerahkan Memo tersebut di Bukit Aman hari ini.

Chegubard yang memimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengetuai 27 NGO lain menyerahkan memorandum mendesak polis yang terlibat dengan keganasan ketika mengendalikan Bersih 3.0 tampil menyerah diri untuk disiasat.

Apa yang menariknya apabila Veteran Tentera dan Perkasa menghalang Kumpulan Bersih 3.0 dan memaki hamun dengan kumpulan yang cuba menjatuhkan dan menggulingkan kerajaan yang tersedia ada.

Ikuti perkembangan video tersebut dan anda nilaikannya




sumber : isu-hangat.blogspot.com

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Remy rimas

Posted: 06 May 2012 05:55 PM PDT

Hip

SIKAP sesetengah peminat yang mengambil berat memang sangat dihargai oleh pelakon, Remy Ishak. Cuma, apabila sikap ambil tahu yang berlebihan atau keterlaluan oleh sebahagian peminat mengenai hubungannya dengan Tiz Zaqyah, membuatkan Remy kurang selesa, tertekan dan tiada privasi.

Menganggap masalah perselisihan faham antara mereka adalah perkara biasa dalam perhubungan cinta, sikap peminat yang seolah-olah hendak campur tangan membuatkan pelakon berusia 29 tahun ini menjadi rimas.

"Saya kecewa dengan orang luar terutama segelintir peminat fanatik yang lebih daripada saya sendiri setiap kali kami ada masalah. Sampaikan ada yang menjadi perunding peribadi dalam menyelesaikan masalah kami, dengan memberikan pendapat itu dan ini, sehinggakan saya rasa tak ada privasi langsung.

"Gaduh sikit itu perkara biasa, tetapi peminat pula yang lebih. Saya dengan Tiz masih lagi bersama, tetapi soal jodoh, saya tak boleh cakap kerana semua ditentukan Allah," katanya.

Remy yang kelihatan mesra ketika menjawab pertanyaan media, baru-baru ini, selepas tayangan trailer filem 29 Februari tidak sekali-kali melatah, malah sering mengukir senyuman dan mudah ketawa.

Kemesraannya dengan media menunjukkan pelakon itu sudah melupakan 'pertelingkahan' yang pernah berlaku sebelum ini.
Setiap pertanyaan dijawab tanpa ada sebarang prejudis. Mungkin kisah lalu sudah dibuang jauh daripada hidupnya dan lelaki berbakat ini mahu memberikan lebih tumpuan kepada kerjayanya, berbanding perkara remeh.

Tidak mahu bercerita panjang soal jodoh walaupun perhubungan cinta mereka semakin serius, Remy mahu mengukuhkan lagi kerjaya seninya dan mahu melihat peningkatan dari segi mutu lakonan.

Melihat inai merah di jarinya, Remy cepat menepis dakwaan dirinya sudah bernikah dengan Tiz dalam senyap. Sebaliknya, inai berkenaan dipakainya untuk babak dalam filem terbaru arahan Yeop Hitler, berjudul Bravo 5.

"Inai ini adalah untuk babak saya berkahwin dengan Siti Saleha dalam Bravo 5. Mulanya pakai pewarna, tetapi disebabkan sering luntur, pengarah minta pakai inai sebenar.

"Filem ini mencabar saya untuk membina otot badan supaya nampak macam tentera dan berat badan saya turun lima hingga enam kilogram, sebab itu saya nampak kurus sikit," katanya yang terpaksa menjalani latihan komando selama seminggu di Kem Sungai Udang, Melaka.


My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Perkahwinan Awal Dan Scha Ala Inggeris

Posted: 07 May 2012 12:21 AM PDT

Gambar Perkahwinan Awal Dan Scha Ala Inggeris
Jika sebelum ini kita dah lihat gambar semasa Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bersanding dan makan beradab, kali ini jom kita lihat gambar Awal dan Scha memotong kek dan persembahan Awal menyanyikan lagu khas "Sedetik Lebih" buat isteri tersayang sehingga membuatkan Scha Al-Yahya terharu dan menitiskan air matanya.. semasa sessi memotong kek kahwin ni diadakan Scha dan Awal tampil bergaya dengan pakaian bercirikan ala Inggeris..

Untuk pengetahuan anda semua, Majlis perkahwinan Awal dan Scha ni di taja oleh Astro selaku penyiar rasmi perkahwinan Schawal ni, tidak lupa juga Nugeno Men dan Bio Essence yang mana Awal dan Scha adalah duta bagi produk tu.. manakala cenderahati buat tetamu yang hadir pula adalah tajaan daripada Avon..

Jadi tanpa membuang masa lagi, jom kita layan Gambar Perkahwinan Awal Dan Scha semasa sessi memotong kek kat bawah ni…

Gambar Perkahwinan Awal Dan Scha

Gambar Perkahwinan Awal Dan Scha Ala Inggeris

Gambar Perkahwinan Awal Dan Scha

Gambar Perkahwinan Awal Dan Scha Ala Inggeris

Gambar Perkahwinan Awal Ala Inggeris

Gambar Perkahwinan Awal Dan Scha Ala Inggeris

Gambar PerkahwinanScha Ala Inggeris

Gambar Perkahwinan Awal

Gambar Perkahwinan Awal Dan Scha

Gambar Perkahwinan Awal Dan Scha memotong kek kahwin

Gambar Perkahwinan Awal Dan Scha memotong kek

Lihat juga:.
Gambar Resepsi Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya
Gambar Dulang Hantaran Scha Al Yahya Dan Awal Ashaari
Gambar Di Majlis Pernikahan Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari

Gambar Resepsi Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya

Posted: 06 May 2012 09:39 PM PDT

Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya
Tahniah buat scha dan Awal kerana mereka berdua sudah pun selamat meraikan majlis resepsi perkahwinan mereka berdua malam semalam.. Majlis perkahwinan yang dihadiri lebih kurang 1500 orang tetamu itu diraikan dengan begitu meriah sekali di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Di majlis perkahwinan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari yang bertemakan "The Simplest Wedding Of The Year" ini, kedua-dua pasangan tampil anggun dengan persalinan berona putih gading rekaan Syaiful Baharim.

Majlis resepsi perkahwinan Scha dan Awal ini juga turut dimeriakan lagi dengan persembahan nyanyian daripada Shila Hamzah, Atilia, Salamiah Hassan dan Ning Baizura yang menyampaikan sebuah lagu khas buat Awal yang sememangnya meminati Ning Baizura..

Seperti biasa, sekali lagi Awal Ashaari membuat kejutan dengan menyanyikan lagu "Sedetik Lebih" buat Scha sebagai tanda kasih sayang yang tidak berbelah bahagi… Scha yang terharu dengan kejutan itu menitiskan air mata tatkala suami tercinta menyanyikan lagu tu…

Tanpa membuang masa lagi.. jom kita layan gambar disekitar majlis resepsi perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya kat bawah ni.. nampak sepadan sangat diaorang ni kan…

gambar Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya

Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya

gambar perkahwinan scha al yahya

gambar awal ashaari kahwin

gambar Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya

gambar scha kahwin

foto Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya

foto Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya

Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya

foto Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya

gambar Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya

Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya

Lihat juga:.
Gambar Perkahwinan Awal Dan Scha Ala Inggeris
Gambar Dulang Hantaran Scha Al Yahya Dan Awal Ashaari
Gambar Di Majlis Pernikahan Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Hadiah paling sempurna

Posted: 06 May 2012 08:04 AM PDT

MERENUNG pada wajah dan penampilannya yang agak 'funky', sesiapa pun pasti tidak menyangka jejaka berusia 27 tahun ini sedang menghitung masa untuk bergelar ayah.

Cukup 'stylo' dan lagaknya juga masih keremajaan, bagaimana agaknya Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran Tomok ini akan mengubah dirinya dengan gelaran baru yang besar tanggung jawabnya itu?

Bertemunya pada satu sesi fotografi, di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini, dari jauh kelihatan raut wajah Tomok berseri-seri menandakan keseronokan hidupnya ketika ini. Pada masa sama, sesekali terpancar juga rasa gusar dan berkali-kali juga dia membelek telefon bimbitnya, mungkin sedang risaukan seseorang yang ditinggalkan lama.

Mana tidaknya, demi menghadiri sesi fotografi, sang isteri yang tengah sarat menjaga kandungannya pula sedang duduk keseorangan di rumah.


Hal itu tentulah sudah cukup untuk membuatkan Tomok jadi tidak keruan walaupun hanya keluar rumah sebentar. Selepas menempuh detik indah sewaktu diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan Rahayu Abas pada 1 Julai lalu, kini tiba saatnya untuk menerima kehadiran 'orang baru' dalam keluarga mereka.


"Tiada apa yang boleh menggambarkan perasaan saya pada saat ini. Apatah lagi buat pertama kali menjadi seorang ayah, saya sangat teruja dan tidak sabar-sabar untuk merasai pengalaman ini. Sedar tidak sedar, rupanya tidak lama lagi saya akan beralih ke fasa baru iaitu berkeluarga dan menimang anak.

"Bagaimanapun, perasaan gementar itu memang tidak dinafikan tetap ada memikirkan selepas ini tanggungjawab saya akan menjadi lebih berat. Setakat ini, saya dan isteri sudah ada beberapa nama untuk anak kami nanti namun belum memilih yang paling sesuai lagi. Syukurlah, tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada isteri saya dan malah sepanjang proses dia mengandung juga OK," jelasnya gembira.

Dalam pada menantikan momen yang indah itu, juara program realiti One In A Million 3 yang juga vokalis New Boyz ini sudah tidak sabar menantikan filem futuristik lakonannya, Mantera, ditayangkan pada 17 Mei nanti.

"Pertama kali diberikan watak utama dalam filem sulung pula, pastinya saya berdebar menantikan bagaimana hasilnya serta penerimaan penonton terhadap filem ini. Ini adalah antara perkara terindah terjadi kepada saya dan semestinya mengangkat karier seni saya ke satu tahap yang lebih tinggi lagi, lari dari bidang nyanyian.

"Ketika mendapat tawaran ini kira-kira tiga tahun lalu, saya melihat ia satu peluang yang besar untuk mengembangkan lagi sayap dalam bidang seni walaupun pada dasarnya saya seorang penyanyi. Namun saya gagahkan untuk pergi uji bakat dan tidak sangka diterima malah diberikan watak utama pula.

"Pengalaman yang saya timba benar-benar hebat kerana bukan saja berpeluang merantau ke Dubai untuk penggambaran, saya juga dapat berjumpa dengan pelakon-pelakon di sana yang terbabit dalam filem ini. Selain itu, dikelilingi tenaga produksi yang cukup mantap, tidak pernah sekalipun diri ini rasa tersisih walaupun masih hijau dalam lapangan ini. Mereka pasti akan memberi tunjuk ajar dan dari situlah saya memperbaiki sedikit demi sedikit lakonan saya.

"Antara sebab saya memilih untuk menerima tawaran itu juga adalah kerana konsep dan jalan cerita yang ditonjolkan dalam filem ini sangat berlainan dengan filem tempatan lain. Mengetengahkan elemen sains fiksyen, walaupun Mantera banyak menggunakan teknik Imej Janaan Berkomputer (CGI) serta unsur robotik, ia tampak berkesan," katanya.

Pertama kali mencuba bidang ini, mungkin terlalu awal untuk Tomok menghasilkan lakonan yang cukup berkesan dan semestinya perlu bermula daripada bawah. Akuinya, sebaik menerima untuk menjayakan filem itu, dia mengambil serius tanggung jawab besar itu lantas memberikan tumpuan sepenuhnya bagai menjiwai karakternya.

"Saya membawakan watak seorang pelajar kolej, Azman, yang sangat obses dengan dunia permainan terutamanya robotik. Untuk menjiwai watak itu, saya kemudian tidak menunggu lama dan menonton kembali filem-filem berciri futuristik ini termasuklah Transformers, G.I. Joe dan Ironman. Mujur juga sebelum penggambaran dijalankan, kami diberikan kelas lakonan terlebih dulu untuk pendedahan sebelum ke set sebenar Mantera.

"Membawakan watak superhero atau adiwira amat mencabar namun saya cukup puas hati dapat melakukannya. Saya sangat berharap penonton akan suka dan sudah berikan yang terbaik untuk menjayakan filem ini. Apa-apa juga kritikan yang diberikan selepas ini, saya bersedia untuk menerimanya. Ia akan ditayangkan di pawagam pada 17 Mei, jatuh pula pada hari lahir saya.

"Kiranya, bulan Mei adalah bulan yang paling bermakna untuk saya kerana bukan isteri dijadualkan melahirkan anak pada bulan ini, malah filem sulung lakonan saya juga turut ditayangkan. Inilah antara hadiah hari lahir paling ditunggu-tunggu," ujarnya.

Mengakui bidang nyanyian masih lagi menjadi keutamaannya, Tomok bagaimanapun tidak teragak-agak untuk meneruskan pembabitan dalam bidang lakonan selepas ini. Apabila peluang sudah terbentang luas, inilah masanya untuk memperluaskan skop kerjaya seninya dan tidak mahu tertumpu dalam bidang nyanyian semata-mata.

TRIVIA TOMOK

  • Lagu yang paling disukai sekarang...
    Terukir Di Bintang (Yuna).
  • Kuasa luar biasa yang diinginkan...
    Terbang seperti Ironman.
  • Insan yang paling ingin ditemui...
    Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Tabiat buruk sukar dikikis...
    Liat bangun tidur.
  • Saat paling menyentuh dalam hidup...
    Menjuarai One In A Million 3 (OIAM).



  • Novel Seindah Sakura pikat Zul Huzaimy

    Posted: 06 May 2012 07:50 AM PDT

    DRAMA bersiri 24 episod yang diadaptasikan daripada novel hasil tulisan Wan Mahani iaitu Seindah Sakura ternyata berjaya mencabar kredibiliti pengarah muda yang kreatif, Zul Huzaimy Marzuki, 33.

    Bagi aktor hebat yang juga anak didik Datin Marlia Musa ini, dia terus tertarik dan memberanikan diri untuk mengarahkan drama bersiri itu buat julung kalinya selepas membaca novel terbabit.

    Lebih menarik, drama terbitan Temenggong Pictures ini menggandingkan aktres popular Fasha Sandha dan aktor kacak Fahrin Ahmad, selaku teraju utama.

    "Walaupun sudah mengarah banyak projek telefilem, ia kali pertama saya diberi kepercayaan mengarah projek drama bersiri pula. Pada mulanya, saya berasa khuatir untuk arah drama bersiri kerana ia berbeza daripada telefilem yang pernah saya arahkan sebelum ini.


    "Tekanan lebih dirasai untuk menyiapkan drama bersiri ini dalam tempoh 65 hari seperti direncanakan. Justeru, sebelum mengarah, saya juga bertanya pandangan pengarah berpengalaman seperti Bade Hj Azmi dan Erma Fatima bagaimana untuk mengarahkan drama bersiri ini.


    "Maklumlah, memang sudah menjadi cara saya bekerja dengan suasana yang santai
    di lokasi. Selepas penggambaran pada hari ketujuh, saya akan beri pelakon dan kru untuk 'break' sekejap dan penggambaran selalunya dari pagi dan berakhir pada jam 4 petang saja," katanya.

    Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia menerusi filem Wayang, berkata, cerita Seindah Sakura ada kelainan yang mampu menarik penonton setia slot Akasia di TV3.

    "Selalunya, pengarah lain paparkan kampung setinggan di kawasan landasan kereta api seperti digambarkan dalam novel ini, tapi kami ubah drama ini dengan memaparkan kehidupan setinggan di kawasan Beserah, Kuantan kerana susah nak buat proses 'dubbing' di kawasan landasan kereta api.

    "Selain itu, jika orang fikir, bunga sakura hanya ada di Jepun, hakikatnya, ia boleh didapati di Kota Paris seperti dipaparkan dalam drama ini. Sebenarnya, kekuatan drama ini terletak kepada jalan ceritanya sendiri dan tidak susah untuk saya membentuk karakternya. Sebab itu penonton akan nampak syot dalam drama ini juga ringkas," katanya.

    Zul ditemui di sesi ramah mesra drama bersiri itu di Theaterette, Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini. Hadir sama, Pengurus Wanita Inspirasiku, Hadzelynda Khairuddin. Drama ini dimantapkan lagi dengan barisan pelakon seperti Datuk Eizlan Yusof, Sherie Merlis, Eryna, Wan Sharmila, Fimie Don dan artis veteran Mak Mah.

    Ditanya kerjasamanya dengan Fahrin dan Fasha, beliau berkata, mereka tidak pernah bersikap 'diva' walaupun cukup besar namanya dalam bidang seni.

    "Apabila produser dan pihak TV3 beritahu watak utama cerita ini akan dilakonkan Fasha (Shakira) dan Fahrin (Cikgu Airil), saya terus setuju kerana mereka memang serasi.

    "Sebagai pengarah, apabila masuk saja ke lokasi penggambaran, saya tidak pandang artis itu sebagai Fasha atau Fahrin, cuma kalau pelakon itu tidak 'beri' apa yang saya nak dalam menjiwai karakter diserahkan, saya tetap tegur dan bimbing mereka," katanya.

    Malah Zul akui memang banyak 'bertekak' dengan Fahrin ketika di lokasi penggambaran drama ini demi kebaikan tetapi masing-masing tidak pernah ambil hati.

    "Satu perkara kalau orang tanya, kenapa saya sendiri tak berlakon dalam cerita ini, jawapan saya adalah saya tak boleh buat dua kerja sekali gus. Saya lihat watak Cikgu Airil kacak dan garang ini lebih sesuai dilakonkan oleh Fahrin.

    "Fasha pula jenis pelakon yang suka beri sedikit demi sedikit lakonannya mengikut episod supaya pelakon tertunggu-tunggu kemunculannya dan kemudian 'beri habis' apabila espisod kemuncak. Fahrin dan Fasha dah masak dengan kerja mereka.

    "Sebagai pengarah yang juga pernah pelakon, saya lebih suka beri ruang dan kebebasan kepada pelakon saya termasuk dari segi dialog," katanya.

    Tambah Zul lagi, dia puas hati dengan lakonan Mak Mah yang turut beri impak yang besar sebagai nenek Shakira dalam drama itu.

    "Mak Mah tidak dapat skrip penuh tapi lakonannya tetap hebat hingga ke penghujung cerita. Selain itu, saya turut gementar bekerja dengan Eizlan yang pernah mengarah dan menulis sendiri skrip drama yang bagus sebelum ini.

    "Cuma watak antagonis lakonan Wan Sharmila saya lebihkan sedikit mungkin kerana peranan antagonis sudah menjadi jiwa saya, sejak dulu," ujarnya.

    Antara telefilem arahan Zul yang lain adalah Rambong, Kenapa Aku Mencuri, Unjul Nak Jadi Orang, Inang Di Bumi Kerbau, Nyanyikan Aku Air Mata Itu dan Aku Belum Mati.




    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Profesional Yana - Pierre

    Posted:

    Profesional Yana - Pierre

    Profesional Yana - Pierre

    PERNAH menjalinkan hubungan cinta selama lebih tiga tahun, keserasian Yana Samsuddin dan Pierre Andre kelihatan sangat secocok ketika digandingkan semula dalam filem 3 Temujanji. Namun, Yana dan Pierre mengakui bahawa pada mulanya, mereka agak kekok ketika ingin 'bercinta' semula dalam filem tersebut.

    Bagaimanapun, sebagai seorang aktor dan aktres, mereka memilih untuk bersikap profesional dan mengetepikan kisah peribadi untuk memberikan yang terbaik terhadap lakonan masing-masing.

    "Sewaktu kami berlakon filem ini, saya dan Yana telah setahun tidak berjumpa atau berlakon bersama. Jadi, bila jumpa semula, tidak dinafikan memang kami berdua terasa kekok dan memikirkan bagaimana untuk tidak kelihatan kekok dalam filem.

    "Akhirnya kami mengambil jalan untuk bersikap profesional. Kami banyak berbincang mengenai watak dan karakter dalam filem ini. Mungkin juga dengan mengingati semula masa gembira kami dulu telah membuatkan keserasian itu timbul semula," ujar Pierre mengenai 'penyatuan' semula dia dan bekas kekasihnya itu.

    Dalam nada bersahaja dan bergurau, Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre menambah, jika tiada keserasian, maka tidak bercintalah mereka sebelum ini. Katanya juga, keserasian itu telah ada sejak dulu, namun perlu dicari semula kerana ia telah lama hilang selepas mereka putus cinta.


    PIERRE dan Yana sekali lagi akan berlakon sama dalam filem romantik yang berjudul Strawberry Cinta.


    Begitu jua pengakuan yang dibuat oleh Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin ketika ditebak persoalan yang sama dengan bekas kekasihnya itu. Kekok merupakan perkara pertama yang berlegar dalam mindanya ketika ditawarkan berlakon dalam filem tersebut.

    "Walaupun dahulu kami pernah mempunyai hubungan istimewa, tapi selepas itu masing-masing tidak bertegur atau berlakon bersama selama setahun. Kemudian, secara tiba-tiba digandingkan dalam satu filem dan sebagai pasangan kekasih. Semestinya perasaan begitu (kekok) timbul.

    "Tapi, Alhamdulillah, dia sangat membantu. Semasa kami melakukan sesi lampas otak, dia juga banyak bercerita serta semasa penggambaran pula, kami banyak berbincang bersama untuk hilangkan rasa kekok itu," tutur aktres tersebut.

    Tambah wanita berusia 27 tahun ini lagi, sebagai seorang pelakon, bersikap profesional walaupun mereka pernah mempunyai masa silam yang barangkali masih melekat dalam hati adalah bonus buat mereka untuk menjadi anak seni yang baik.

    Doa Pierre

    "Tiada masalah berlakon dengan dia kerana saya rasa bergandingan bersama Yana adalah gandingan paling senang berbanding pelakon yang lain," itu kata-kata jujur yang keluar dari mulut jejaka berusia 27 tahun ini mengenai Yana.

    Selain itu, Pierre juga tidak teragak-agak membuat pengakuan bahawa dia masih menyayangi Yana. Akan tetapi, perasaan sayang itu bukan seperti sayang buat kekasih, namun Pierre kini menganggap Yana seperti keluarganya sendiri.

    "Saya tidak menghalang jika ada jodoh kami, dan saya juga tidak akan menghalang jika kami tiada jodoh. Ini kerana, bagi saya perhubungan saya dan Yana sebelum ini cukup baik. Saya akan mendoakan yang terbaik buat Yana selepas ini termasuk soal siapa yang bakal menjadi kekasih atau suaminya.

    "Saya memang mahu yang terbaik buat dirinya dan semoga dia berbahagia tidak kira dalam perhubungan, masa depan mahupun karier," jelas Pierre tidak menyembunyikan perasaannya.

    Yana tidak kisah

    Keserasian merupakan sesuatu yang amat penting agar watak yang dilakonkan berjaya menambat hati penonton yang menonton. Bagi Yana, hubungan istimewa dia dan Pierre dianggap sebagai satu kelebihan kerana melalui pengalaman tersebut, ramai yang memuji keserasian mereka.


    YANA mengaku rezekinya sebagai pelakon semakin murah. Tahun ini, dia bakal muncul dengan tujuh buah filem.


    "Ramai juga yang bercakap memang keserasian saya dengan Pierre dalam 3 Temujanji itu jelas kelihatan. Namun, saya juga mendapat respons yang baik daripada orang ramai tentang keserasian saya dan Sam dalam filem Bini-biniku Gangster," beritahu Yana mengenai keserasian bersama pelakon yang pernah menjadi heronya.

    Selepas ini, Yana dan Pierre akan kembali 'berjodoh' untuk dua buah naskhah lagi. Ia termasuk sebuah filem romantik yang berjudul Strawberry Cinta, yang mana Yana menjadi seorang wanita Korea dan Pierre pula sebagai pemandu pelancong.

    Persandingan bersejarah Watie, Azza

    Posted:

    Persandingan bersejarah Watie, Azza

    Persandingan bersejarah Watie, Azza

    Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


    KONGSI bahagia. Dari kiri: Azlan dan isteri, Azza berkongsi majlis persandingan dengan Watie dan Joey pada 1 Mei lalu.


    JARANG kita saksikan dua artis disandingkan di atas satu pelamin secara serentak. Hakikat ini terjadi kepada anggota kumpulan Elite, Watie dan Azza yang selamat melangsungkan majlis persandingan mereka pada 1 Mei lalu.

    Majlis yang sederhana tapi meriah dengan kehadiran keluarga terdekat kedua-dua pasangan mempelai itu diadakan di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd. Kadir di Bandar Baru Bangi, Selangor.

    Sebelum ini, Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 35, bernikah dengan pasangannya yang merupakan bekas penyanyi kumpulan Exist, Zulkifli Daud atau Joey, 38, pada tarikh 22 Disember tahun lalu di rumahnya di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

    Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 34, pula bernikah dengan pasangannya, Azlan Zulaily, 25, di Masjid Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur pada 1 April lalu.

    Dedah tarikh nikah

    Menurut Watie, majlis itu sememangnya ditunggu-tunggu ramai pihak memandangkan sebelum ini dia menjanjikan akan mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya dengan Joey yang selama ini menjadi tanda tanya.

    "Pada mulanya saya ingin mengumumkan perkara ini pada tarikh 7 Julai sempena persandingan saya sekali lagi dengan Joey, tapi adalah lebih elok untuk saya khabarkan berita ini lebih awal," katanya.

    Kontroversi hubungan Watie dan Joey mula tercetus apabila mereka didakwa menjalin hubungan cinta sejak bertemu ketika penggambaran drama bersiri Blues Pasar Tani pada Mac tahun lalu di Muar, Johor.

    Joey berpisah dengan bekas isterinya, Noraini Mohamad Nasir, pada 8 Ogos tahun lalu dan dikurniakan seorang anak perempuan, Zidani, 5, manakala Watie pula mempunyai seorang anak lelaki, Ahmad Afif Danial, 8, hasil perkahwinan sebelum ini.

    Watie dan Joey akan bersanding sekali lagi pada 7 Julai ini di Mydin Subang Jaya, Selangor sempena festival perkahwinan yang berlangsung pada waktu itu.

    "Jemputan kali ini terhad, kami minta maaf banyak-banyak, Insya-Allah pada 7 Julai nanti kami menjemput semua pihak hadir sama.

    "Pihak penganjur sebenarnya yang mahukan ada persandingan pasangan pengantin sebenar ketika festival pengantin itu kelak. Pada hari itu akan ada adat istiadat lengkap perkahwinan," tambah Watie.

    Ditanya mengenai majlis pernikahan Watie dan Joey yang khabarnya dijalankan secara mengejut, jawab Joey, semuanya telah dirancang sebulan awal bersama keluarga dan adik-beradik Watie.

    "Majlis akad nikah di rumah Watie hanya diketahui oleh saya dan keluarga kedua-dua belah pihak. Sengaja saya rahsiakannya daripada pengetahuan Watie supaya perkara itu tidak nampak terlalu serius," ujarnya.

    Watie hanya diberitahu oleh kakaknya sejam sebelum rombongan majlis bertandang ke rumahnya. Jadi sebaik mengetahui bahawa dia akan bernikah dalam masa sejam, dia hanya mengenakan pakaian dan solekan serba ringkas.

    "Perasaan ketika itu bercampur-baur! Tak boleh marah dan tak boleh menangis. Memang sebelum ini Joey ada melamar saya ketika sambutan hari jadi (21 April 2011) tapi tidak sangka pula dia buat kejutan sebegitu sekali lagi sewaktu kami mahu bernikah," katanya yang diwalikan oleh Mohd. Norazly Sadali.

    Pasangan Watie dan Joey sebelum ini telah memilih lokasi Pulau Redang, Terengganu untuk lokasi bulan madu selepas bernikah.

    Tugas baharu Azza

    Sementara itu, bagi pasangan pengantin yang baru melangsungkan perkahwinannya pada 1 April lalu, Azza dan Azlan berkongsi perasaan setelah bergelar suami isteri.

    "Alhamdulillah seronok, masih rasa seperti pengantin baharu tambahan pula dengan majlis persandingan kali ini yang saya rasakan amat bermakna bagi saya dan Watie," jelas Azza.

    Bagi Azlan, ada pengorbanan yang perlu dia tempuhi demi menjaga kerukunan rumah tangganya yang baru bersemi.

    "Setiap hari saya akan balik ke rumah, tak kira penerbangan saya domestik atau antarabangsa. Biasanya pada sebelah pagi Azza yang akan menghantar saya ke lapangan terbang sebelum dia ke lokasi penggambaran dan menjemput saya pada sebelah malam," cerita Azlan yang merupakan seorang pramugara.

    Azza dan Azlan juga akan melangsungkan persandingan mereka sekali lagi pada 16 Mei ini bertempat di Mydin Meru Jaya, Ipoh, Perak.

    Untung kedua-dua pasangan ini kerana percutian bulan madu mereka ke Pulau Tioman, Pahang ditaja sepenuhnya oleh Ruhaidini.

    Adira jaga saya - AG

    Posted:

    Adira jaga saya - AG

    Adira jaga saya - AG

    Oleh HARYATI KARIM


    ADIRA mengaku AG merupakan lelaki yang paling rapat dalam hidupnya.


    TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba muncul cerita mengenai penyanyi comel Adira yang kini mula rapat dengan AG yang merupakan seorang komposer dan pemain gitar untuk band Hujan dan Coco.

    Memetik kenyataan Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 21, dalam sebuah portal hiburan, dia mengakui AG kini merupakan lelaki yang paling rapat dengannya dan tidak menolak andai ditakdirkan AG menjadi suaminya pada masa hadapan.

    Namun, tegasnya, hubungan mereka belum sampai ke tahap bercinta. Adira kini sibuk dengan program realiti Mania di Astro Ria, manakala AG pula sibuk dengan program realiti Versus di TV9 bersama band Hujan. Mereka enggan kisah peribadi mendahului kerjaya masing-masing.

    Ikuti temu bual Kosmo! bersama AG atau nama sebenarnya Hedzry Hafiz, 27, baru-baru ini.

    Kosmo!: Benarkah AG dan Adira bercinta?

    AG: Bukan bercinta tetapi kami rapat dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

    Adira mengakui anda merupakan lelaki yang paling rapat dengannya buat masa ini. Anda bagaimana pula?

    Memang kami rapat sejak mula bekerjasama dalam program Akustik Adira kira-kira hujung Mac lalu.

    Apakah yang membuatkan anda tertarik dengan Adira?

    Dia baik, pandai ambil hati dan mengambil berat mengenai saya yang masih solo dan ada penyakit lemah jantung. Saya sering terlupa untuk makan ubat dan dia selalu mengingatkan saya. Dia tegas seperti ibu saya. Memang dia selalu buat saya gembira.

    Andai ditakdirkan bercinta dengan Adira, bagaimanakah anda menerimanya kerana Adira seorang penyanyi popular?

    Saya tidak memilih atau meletakkan piawaian wanita macam mana harus menjadi jodoh saya. Kalau wanita itu seorang penyanyi popular saya harus terima dia seadanya termasuk dunia glamor yang menjadi bidang kerjanya.

    Selaku seorang pemuzik, adakah anda rimas apabila nama dikaitkan dengan gosip?

    Saya tidak kisah dan tidak ambil peduli, sebab bagi saya ini memang asam garam industri hiburan. Mahu tidak mahu saya harus terima. Cuma saya akui, sedikit sebanyak timbul rasa pelik sebab saya bukannya artis atau orang popular, saya hanya seorang pemuzik.

    Boleh ceritakan pengalaman dalam program Versus?

    Susah sebenarnya kerana saya diamanahkan untuk susun semula muzik. Kerja saya di luar program Versus memang banyak. Saya kini dalam proses penerbitan album band Hujan, Zikir Imam Muda dan Awi Rafael serta beberapa projek seperti Majlis Belia. Secara tidak langsung saya terpaksa membahagikan otak apabila bekerja dengan muzik berlainan genre.

    Adakah anda tertekan untuk memberi hasil yang terbaik kerana nama besar band Hujan?

    Tidak tertekan, tetapi cuma penat kerana saya terpaksa curi-curi masa untuk menggubah semula lagu yang diberi dalam program Versus. Kami perlu menjaga harapan peminat, sebab itu kami tampil dengan persembahan berbeza setiap minggu. Kami ingin membuktikan yang band Hujan boleh membawakan pelbagai jenis lagu.