Adsense

Rabu, 18 April 2012

Celebrity News

Celebrity News


Kisah Sedih Seorang Isteri Dengan Suami Baru Yang Nakal

Posted: 18 Apr 2012 08:29 AM PDT

Sekadar Hiasan

Sekadar berkongsi dengan anda cerita yang sudah pasti membuatka hati seorang isteri atau suami menitiskan air mata. Semoga cerita ini akan menjadi iktibar kepada anda diluar sana yang sudah berkahwin atau bercita-cita ingin mendirikan rumahtangga.


Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. "abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya." Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.

Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.

"abang dengar tak?". Macam cakap dengan laptop tu je. "hm,saya sembahyang dekat surau." Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. "saya ikut. Jap saya siap." Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? "abang, dah siap." Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! "abang..?" Aiman tersedar. "jom." Kunci kereta di atas meja di capai. "saya bawa kereta awak, tak kisah?" tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. "harta saya harta abang juga." Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.

Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. "abang,surau belok kiri tu." Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? "err,Ira.." Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. "ya?" "okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?" Syahirah senyum. "jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni." Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. "jom." Ajak Syahirah. "hmm." Enjin kereta di matikan.

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. "solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama." Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. "saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba." Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya 'tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!' Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.

Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. "aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis." Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. "..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?" Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. "cuba teka ini siapa?" kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. "hmmm, Tom Cruise.." main-main Aiman. "salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!" Aiman ketawa. "hm,Hj. Amran." Syahirah pula ketawa. "salah! Hj.Amran dekat Johor." "ha! Tahu..tahu..Syah!" Syahirah kerut dahi. "Syah mana?" "Syahirah." Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.

Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je 'masuk'. "abang buat apa?" "tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah.." "tanya apa?" "er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?" "sebab Allah." Aiman diam sebentar. "tak faham." "saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya." Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.

Seminggu berlalu…. "Abang,saya tak reti masak" kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. "lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!" Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. "macam mana ni abang?" kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. "tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak."

"maaf ya abang.." Aiman senyum. "tak apa." Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. "abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?" "belajar masak guna internet." Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. "huish masin." Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. "abangkan yang masak ni." Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. "okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa.." komen Aiman pula. "okay apa.." "is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur." "boleh ke macam itu?" "boleh je." "okay.." "dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau." Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.

Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! "ustaz." Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. "ya?" "saya nak…" "nak apa?" Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. "anak nak apa?" "saya nak belajar agama." Terluah juga. Ustaz itu senyum. "mari." Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.

Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. "ustaz kenalkan isteri saya." Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. "baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau." Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. "Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni." kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. "Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga." "terima kasih ustaz." Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. "baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum." "waalaikumsalam." Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. "lamanya abang pergi.." Aiman tersedar. "hmm,seminggu je." Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.

Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! "seminggu tu lama tauu.." lirih Syahirah. "pejam celik- pejam celik sekejap je tu.." "kalau pejam tak celik- celik?" tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. "apa awak cakap ni.." lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. "gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap." Aiman diam. "tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas." Isterinya tarik muncung. "tak mau lah, nanti kurang pahala."

Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. "awak sihat?" Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. "Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? " Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. "..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?" tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. "..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya.." air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. "awak nangis ke?" Diam lagi. "awak, saya…" Syahirah memintas. "tak apa. Saya faham." Air matanya di seka. " abang sihat tak?" "Alhamdulillah sihat." Diam. "Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk" pesan Syahirah. "baik sayang." Terdiam Syahirah.

Aiman senyum je. "lagi?" "er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur.." Aiman ketawa. "next?" "..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut.." Aiman hanya mengangguk. "lagi?" "..selalu beristigfar" "okay. Lagi?" "..ingat Allah dalam setiap perbuatan." "alright, next?" "sentiasa berselawat." "okay." "abang ni last." "apa dia tu?" soal Aiman lembut. "doakan rumah tangga kita sampai syurga." Aiman senyap sekejap. "sure." Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. "Assalammualaikum,awak." Sapa Aiman. "waalaikumsalam,abang." Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).

Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. "er,,awak pandang apa?" Syahirah tersentak. "eh, tak.. abang nampak lain." "apa yang lain?" Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. "oh.." jawab Aiman dan menarik kopiahnya. "jom masuk." Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.

Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. "abang nah.." lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. "thanks." "abang, nak tahu tak?"dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. "hmm?" Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. "ada sinetron baru tau." Berkerut dahi Aiman. "oh, apa benda tu?" "apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri." "oh.." gelas di letak di atas meja. "kenapa dengan cerita tu?" "best." Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. " apa yang best?" "lagu." Ek.. "oh.. jalan cerita tak best.?" sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. "best jugak tapi sedih." "kenapa?" "entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?" "lagu apa?" "tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar" Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.

Aiman hanya memerhati. " .. haa, nah.." dia menghulurkan earphone pada Aiman. "hm, awak ambil satu.." kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. "..er..kita dengar sesama.." teragap-gagap Aiman. "ok." Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu "saya baru download tadi.." Syahirah senyum. Aiman turut senyum.

Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini "Abang kita jadikan lagu kita nak?" Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. "hmmm." Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.

Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. "eeerr.. awak…" Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. "awak…bangun. Dah azan Asar ni.." Syahirah bangun dengan mengosok matanya. "abang saya ABC la. Abang solat lah.." Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. "awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar." Syahirah memandang Aiman.

"Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan." Aiman teragak-agak. "oh.. haa. Okay. Saya solat dulu." Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. "abang." Langkah Aiman mati. Dia menoleh. "doakan rumah tangga kita sampai syurga." Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. "sure." "abang,saya nak cari buku masak.." Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. "..nanti jumpa abang dekat kaunter lah." Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.

"ada boleh saya bantu encik?" "hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?" "maaf encik tiada stok." Aiman senyum paksa. "okay. Thanks." Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. " abang tak beli apa-apa?" "tak. Awak dah jumpa buku?" Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. "tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?" "okay." Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. "wah,romantiknya mereka!" "tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!" "mana kau tahu baik?" "tadi dia nak beli tafsir Al-Quran." "oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je." "sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan" "superb! Romantic!" "kan Allah S.W.T telah berfirman, "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (an-Nur':26) "betul-betul."

Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. "abang.." sapa Syahirah manja. Aiman senyum. "kenapa?" "nah.." Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. "birthday saya rasanya belum lagi.." "abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum." Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. "subhanaALLAH, tafsir Al-Quran.." terasa macam nak mengalir air mata Aiman. 'Al-Quran, the love letter from Allah' – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.

Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. "Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!" tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.

Selepas pulang dari pondok agam hari dia tak cepat marah atau melenting. "kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!" Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. "abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil.." Dato Rahimi memandang sinis anaknya. "bukan kamu joli kan semua duit tu?" "Abah.." "dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! " Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. "abah, saya tak da duit banyak tu." "abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!" Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. "Assalammualaikum." Lemah Aiman menjawab. "waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!" "er, kenapa along?" "kau balik je!" Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?

Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. "Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini.." rayu Syahirah. "eh, kau diam lah dik.." Aiman melangkah masuk ke rumah. "Assalammualaikum." "hah, sampai pun kau.." Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. "kenapa along?" "aku nak bawak Syahirah balik.." Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. "..ta..tapi kenapa?" "kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!" herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. "along tak boleh buat macam ni.." "apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je." "along,kenapa along cakap macam tu?" Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. "kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!" Syahir menarik tangan Syahirah.

Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. "saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!" "hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!" Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! "abang..tolong…" sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. "saya izin.." sebak. "..saya izinkan awak balik." Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. "abang…." Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…

Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. "awak.." Esakkan itu masih lagi berbunyi. "Ira..awak.." "sampai.. sampai hati abang.." Aiman senyap. "saya buat macam ni agar awak senang…" "tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan." "awak tak faham.." sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. "abang… biarlah susah senang kita bersama." Aiman senyap. "abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah." Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. "abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni.." "sayang tak perlu rasa bersalah." Terdiam Syahirah. Ya Allah…. "abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu.." Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. "cuba abang baca.." Rasulullah saw. bersabda: "Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya." (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. "sayang..abang betul-betul tak kuat.." buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. "abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang." "tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang." "abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…" Aiman hanya diam. "istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum." Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

"Assalammualaikum.." Aiman menoleh. "waalaikumsalam, eh ustaz." Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. "baca artikel apa itu?" "Nasihat Rasulullah pada Ali." "oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?" Aiman senyum. "tenang duduk dekat masjid ni." "dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?" Aiman sentap. "hm,dia balik kampung." "oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu." Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…

Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.

"Assalammualaikum, abi." Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. "waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?" nada risau. "abi,saya… saya.." tak terluah oleh kata-kata. "Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman." "terima kasih abi." Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. "abang please.. jangan tinggalkan saya lagi.." esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. "shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya." mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. "jaga dia baik-baik Aiman." Pesan Hj. Amran. "terima kasih abi, umi.." sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. "kami balik dulu abi, umi." Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. "Assalammualaikum." "waalaikumsalam." "saya sayang abang." Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. "saya pun sayang awak juga." Syahirah senyum senang. "Ira…" panggil Aiman. "ya?" Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. "thanks." "thanks untuk apa?" "sebab awak saya dah banyak berubah." Syahirah ketawa kecil. "bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang." "tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah.." kata Aiman. Syahirah senyum. "saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz." Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. "thanks lagi sekali." Dahi Syahirah berkerut. "untuk apa pula?" "settlekan bil-bil syarikat tu.." "kita suami isteri kene saling membantu." "mana Ira dapat wang banyak macam itu?" Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.

"sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?" Syahirah terkelu. "hm,rezeki Allah." "dari mana? Tak akan turun dari langit kot?" soal Aiman lembut. "abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya." Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. "awak." Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. "biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu." "kita pergi klinik." Syahirah dah pening. "tak apa. Ni panas ni. Dah biasa." "no… nampak serious ni." ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. "abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap." Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. "abang, bangun.." Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. "..Encik Aiman, bangun.." kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. "abang….abang.. bangun…" Aiman membuka matanya perlahan-lahan. "hmm, kenapa sayang?" "abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah." Aiman duduk menghadap Syahirah. "dah pukul berapa?" "hmm, 4.30 pagi." "jom." Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. "..sayang ambil wudhuk dulu.." "okay."

Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. "mimpi ke reliti ni?" seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. "abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang." Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. "..halalkan semua makan minum." Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. "abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya." dahi isterinya di cium. "Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh." Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. "hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?" Syahirah geleng. "boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah." Aiman mengangguk. "oklah. Nanti abang belikan sarapan." "okay, saaaaayang abang !" lirih Syahirah dan senyum. "sayang awak juga." Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.

PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. "Sayang !!!!" jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.

**********

Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. "sayang.." Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. "ha, ini tuan yang membunuhnya!" terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. "bukan saya." "dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa." Tangan Aiman bergari. "bukan saya!.." Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. "Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!" anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. "kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…" sayu abahnya berbicara. "bukan Aiman bah!!" Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. "abi, bukan saya, umi!!" meronta-ronta Aiman. "sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!" herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. "bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya.." "cepat bawa dia!" arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. "abi..percayalah saya.." Haji Amran senyum. "sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah.." "abi, macam mana keadaan Syahirah?" Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.

Sebak dadanya. "abi kenapa dengan isteri saya?" Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. "bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya." Haji Amran bangun dari kerusi itu. "abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?" mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. "abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum." Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. "abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu.." Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. "cuba abang baca.." Rasulullah saw. bersabda: "Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya." (Muslim) "Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran.." kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. 'Al-Quran, the love letter from Allah' – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..

"Alhamdulillah." Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. "bebas juga saya abi.." kata Aiman. "Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu." Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. "abi,jom jumpa Syahirah." Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.

Aiman terkejut. "abi, kenapa di sini?" "turun dulu Aiman. Jom." Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. "maaf, dia tak dapat di selamatkan." Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. "barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah." Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. "TAK!!!!!" jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. "sabar Aiman…bawa mengucap." "bukan Ira abi..bukan dia…" tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. "dah di tentukan ajalnya.." sebak Haji Amran.

"tak…tak…bukan dia.." sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) "lagu apa?" "tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar" Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. " .. haa, nah.." dia menghulurkan earphone pada Aiman. "hm, awak ambil satu.." kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. "..er..kita dengar sesama.." teragap-gagap Aiman. "ok." Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. "Abang kita jadikan lagu kita nak?" Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. "hmmm." kenapa harus begini…..

Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. "Aiman, nak pergi mana?" Dia senyum. "ma.." Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. "nak keluar." "pergi mana malam-malam ni?" soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. "hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum." "waalaikumsalam."

Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. "Assalammualaikum." Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. "waalaikumsalam." "anak musafir ke? Dah lewat malam ni." Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. "saya ingat nak tidur sinilah pak cik." "oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya." Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman membaringkan badannya. "Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk" pesan Syahirah. "baik sayang." Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. "lagi?" "er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur.." Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. "sayang.." Aiman menggenggam tangan Syahirah. "jangan tinggal abang lagi." Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. "tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba." Sebak Dato Rahimi mendengar. "terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi." Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.

Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam...





Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Tunku Mishal Kerabat Johor Yang Dikatakan Memukul Sonaone Atau Mikael Adam

Posted: 18 Apr 2012 07:48 AM PDT

Identiti Kerabat Johor yang dikatakan memukul Sonaone atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafae baru-baru ini di luar pusat beli belah di Bukit Bintang. Dalam berita mengatakan Mikael telah dipukul oleh seorang kerabat diraja (Johor) sehingga menyebabkan beliau cedera teruk dikepala dan badan sehingga dikejarkan ke Hospital.


Menurut sumber berita mengenai siapa yang memukul tersebar luas setelah dikatakan penulis blog szlihin.com yang memetik ayat-ayat daripada Twitter Hunnymadu yang memberitahu kepada public mengenai kisah adik beliau yang sebelum ini pernah menjadi mangsa.

Menurut Hunny Madu lagi, Tunku Mishal sebelum ini juga pernah memukul Hafiz Hatim (adik kepada Hunny Madu) yang juga merupakan penyampai radio Fly Fm di kelab malam The Rootz, Bukit Bintang pada tahun lepas."A year ago, same dude assisted to bash Abe up. Both happened at The Rootz. Thanks you T.Mishal. #justice," kata Hunny lagi.

Bagi pembaca di ZoOmartis dan Facebook yang ingin mengetahui siapakah TMI, berikut beberapa info daripada sumber :


Nama penuhnya ialah Tunku Mishal Sharin bin Ibrahim, dan dia sah merupakan seorang kerabat Diraja Johor. Sila lihat disini untuk kepastian,www.royalark.net.Kes ini telah diisukan kepada Tengku Mahkota Johor (TMJ), dan TMJ memberi respon tidak mahu mengaku bahawa Tunku Mishal adalah kerabatnya. Malah dikatakan TMJ menyokong jika Tunku Mishal dipenjarakan.sumber




Note : Hanya sekadar berkongsi dengan sumber yang ada daripada (TWitter & Blog Hiburan)

ZoOM : Apa Komen Anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Jadual Kenaikan Gaji Baru SSM 2012 JPA Kakitangan Kerajaan

Posted: 18 Apr 2012 08:49 AM PDT

Berikut adalah jadual pengiraan Kenaikan Gaji Baru SSM 2012 JPA. Di bawah adalah kiraan berkaitan jadual gaji minimum maksimum gred 41 seperti yang disampaikan oleh PM kita pada perhimpunan penjawat awam 2012 iaitu kenaikan 13% dan PGT antara RM80 ~ RM320 mengikut gred perkhidmatan.


* Jadual ini hanya contoh yang dibuat oleh blogger MaT KeDaH. Sejauh mana kebenaran jadual di bawah, kenalah tanya sendiri kepada beliau.


Klik sini untuk melihat Jadual Gaji Gred 41 dengan lebih jelas


Klik sini untuk melihat Jadual Gaji Gred 44 - 54 dengan lebih jelas

Aksi Panas Neelofa Atas Katil

Posted: 18 Apr 2012 12:07 AM PDT

Artis baru yang meningkat populariti ini sering mendapat tumpuan dari pelbagai peringkat golongan untuk mengetahui perkembangannya yang terbaru. Hari ini Neelofa teleh dikejutkan dengan satu khabar berita untuk beraksi adegan panas di atas katil. Jom lihat aksi seksi Neelofa yang cun dan lawa itu.

Dengar cerita Neelofa hatinya telah terpaut dengan seseorang dan siapakah lelaki yang bertuah itu memiliki Neelofa.

Apa apa pun kita tunggu pengakuan nya nanti.




Tags: Gambar Neelofa cun, gambar aksi neelofa atas katil, gambar neelofa nampak seluar dalam, Gambar Neelofa Seksi, Gambar Neelofa sweet, Gambar Neelofa Yang Cantik, gambar seksi neelofa, gambar terbaru neelofa

BOB Kuman VS David Teoh - Penipuan?

Posted: 17 Apr 2012 11:19 PM PDT

Isu Hangat baru baru ini kita dikejutkan satu khabar berita dari BOB Kuman bahawa satu produksi yang sungguh terkenal tidak mengendahkan pelakonnya yang mengalami kecerderaan ketika membuat pengambaran didalam dram televisyen , Jangan Padang Belakang Congkak di Hulu Langat.

Berikut adalah kenyataan yang telah dipetik dari hMetro berkenaan isu itu

KUALA LUMPUR: "Bukan janji, tetapi pasti saya sudah melangsaikan semua bayaran lakonan yang dibintangi Bob Kuman.

"Kalau benar lakonannya belum dibayar, saya minta dia segera berjumpa saya dan akan memberikan tambahan 10 peratus faedah terhadap bayaran tertunggak seperti didakwa," kata penerbit filem terkenal, David Teoh menjawab tuduhan pelakon, Bob Kuman, 40, yang mendakwa beliau mengabaikan masalah kesihatan pelakon itu yang terjatuh selepas menjalani penggambaran drama televisyen, Jangan Padang Belakang Congkak (JPBC) di Hulu Langat, Selangor pada penghujung 2010.

Harian Metro semalam melaporkan Bob Kuman mendakwa produksi milik David tidak mempedulikannya hingga dia berkejar ke hospital bersendirian selain kegagalan penerbit filem itu melangsaikan bayaran lebih RM6,000 hingga menjadi punca dia tidak dapat menjelaskan bayaran hospital.

Menurut David, beliau kesal terhadap tuduhan pelakon itu sambil memberitahu pihaknya sudah melangsaikan semua pembayaran termasuk memberikan sumbangan peribadi RM5,000 ketika melawat pelakon berkenaan di Hospital Tawakal di sini, tahun lalu.


Sekarang mana satu yang cerita benar nie? Sekiranya Davidd Teoh dah bayar boleh buktikan isu pembayaran tersebut? Ini nasihat dari G.A.M untuk mengelak dari isu salah paham.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Lufya rimas

Posted: 17 Apr 2012 03:32 PM PDT

Hip

Lufya

Lufya

Ditohmah, diganggu kerana kontroversi dicetuskan artis lain

ARTIS kelahiran program Akademi Fantasia ini kegelisahan apabila dikecam akibat kontroversi dicetuskan orang lain. Dek wajah mereka yang seakan sama, Lufya menerima tempiasnya setiap kali isu panas membabitkan pelakon Zarina Anjoulie Lavocah tersebar.

Bukan saja diganggu, malah dirinya dan keluarga ditohmah pelbagai tuduhan memalukan, gara-gara kontroversi dikaitkan dengan pelakon Anak Pontianak itu. Kata Lufya, secara tidak langsung, ia memberi kesan kepada kerjayanya sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara. Setelah hampir empat tahun berdiam diri, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 26, tampil bersuara demi membersihkan namanya. Dia yang dihubungi baru-baru ini tekad menyuarakan hal itu supaya orang ramai berhenti mengaitkan isu gambar seksi dan kehidupan liar dengan dirinya.

Tidak menyalahkan Anjoulie, malah Lufya menghormati pendirian dan cara kehidupan pelakon itu. Namun dia tidak selesa apabila nama baiknya terjejas berikutan kontroversi yang tercetus itu.

"Saya sedar kami nampak seiras dan memang ramai orang di luar sana sering salah sangka bahawa saya ialah Anjoulie. Bukan orang luar saja, orang dalam industri pun ramai yang tersalah sangka. Perkara ini membuatkan saya tak tenang.

"Saya sering menerima gangguan seksual daripada lelaki tidak dikenali. Sebahagiannya memegang saya tanpa izin, serta pelbagai lagi kelakuan tak senonoh. Boleh dikatakan, setiap kali isu mengenainya muncul, pasti saya akan menerima tempiasnya, termasuk isu gambar seksi yang diuar-uarkan sebelum ini. Ramai yang ingat saya yang yang bergambar seksi itu.
"Apabila perkara ini berlaku, saya mula rimas. Sudah hampir tiga ke empat tahun saya mengalami masalah ini. Pada mulanya saya tak mahu bercakap mengenainya. Tetapi makin lama, ia makin serius. Ramai yang mengatakan saya berkelakuan tidak senonoh, seperti suka bersosial dan sering ke parti. Sedangkan, saya bukan jenis seperti itu.

"Contohnya, apabila saya keluar ke pusat beli-belah, ada yang memandang serong dan berkata yang bukan-bukan, sekali gus membuatkan saya tak selesa. Perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan imej saya dan nama baik keluarga saya. Sebab itu kawan-kawan saya menggalakkan saya bersuara bagi membersihkan nama sendiri. Saya tak mahu nama saya dikaitkan dengan isu dicetuskan olehnya lagi. Saya juga tak mahu keluarga saya terganggu," katanya yang berharap kekeliruan itu terhenti segera.

Gadis berdarah kacukan Arab-Melayu-Indonesia ini juga mengambil tindakan meluahkannya di laman Facebook miliknya, beberapa hari lalu. Lufya tidak rela namanya dikenali kerana kontroversi, sebaliknya bakat yang dimiliki.

Dia mengaku, namanya kurang menghiasi dada akhbar. Begitupun ia tidak bermakna dirinya tidak lagi aktif. Sebaliknya Lufya sibuk dengan kerjaya seni, sebagai penyanyi dan hos rancangan Jamming dan Podium.

"Saya akui karier saya kurang diperkatakan media, tapi saya masih aktif dan banyak terbabit dengan persembahan korporat. Saya tidak pernah mengetepikan nyanyian walaupun sibuk mengacara. Saya tetap curi masa ke studio untuk mencipta lagu. Kini saya sedang mengumpul bahan untuk album dan single baru. Memang ia mengambil masa kerana semua ini dihasilkan dengan duit sendiri," katanya.

Iron Man 3 diterbitkan di China

Posted: 17 Apr 2012 03:27 PM PDT

Hip

ROBERT Downey Jr (kiri)
sebagai Iron Man dan Chris
Evas (Captain America)
dalam filem The Avengers.

ROBERT Downey Jr (kiri) sebagai Iron Man dan Chris Evas (Captain America) dalam filem The Avengers.

THE Walt Disney Company China, Marvel Studios dan DMG Entertainment kelmarin mengumumkan hasrat penerbitan bersama filem adiwira, Iron Man 3, di negara Tembok Besar itu.

Di bawah persetujuan berkenaan, DMG Entertainment akan turut melabur dalam produksi filem ketiga francais popular ini, menguruskan proses produksi bersama negara itu dan bertindak sebagai penerbit bersekutu filem berkenaan di sana.

Bahagian penerbitan filem itu di China akan dilakukan menerusi DMG Entertainment, dengan penyelarasan bersama produksi dan pasukan kreatif Marvel Studios. DMG juga bertindak sebagai pengedar Iron Man 3 di negara yang mempunyai jumlah penduduk teramai di dunia, bekerjasama dengan The Walt Disney Company China. Iron Man 3 muncul edisi ketiga dalam francais filem bernilai bilion dolar daripada Marvel itu, dan dibintangi pelakon asalnya seperti Robert Downey Jr (sebagai hartawan senjata, Tony Stark), Gwyneth Paltrow (Pepper Potts) dan Don Cheadle (James "Rhodey" Rhodes).

Filem terbaru dalam siri Iron Man ini diterbitkan oleh Kevin Feige, manakala Alan Fine, Stan Lee, Louis D'Esposito, Charles Newirth, Victoria Alonso, Stephen Broussard dan Dan Mintz pula menggalas jawatan penerbit eksekutif.

Berdasarkan skrip tulisan Drew Pearce, filem ini diarahkan Shane Black (Kiss Kiss Bang Bang). Filem terbabit akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 13 Mei tahun depan.

Menurut Pengarah Urusan The Walt Disney Company China, Stanley Cheung, populariti francais Marvel itu di seluruh dunia mencipta peluang buat mereka untuk menghasilkan sebuah lagi filem penuh aksi buat peminat.
"Penerbitan bersama Iron Man 3 di China menjadi bukti betapa pentingnya khalayak sebelah sini buat Disney, serta keupayaan industri tempatan untuk menghasilkan judul blockbuster," katanya.

Pengurus Besar Operasi dan Kewangan Marvel Studios, Rob Steffens, pula berkata, mereka cukup teruja untuk bekerjasama dengan DMG, dalam membawa wira besi itu ke pasaran negara China dengan cara penuh bergaya.

"Kami yakin cerita Marvel akan terus dinikmati oleh penonton China, dan dengan menyuntik cita rasa tempatan serta bekerja bersama rakan kongsi baru, ia tentu sekali akan menambah keinginan orang ramai untuk menyaksikan filem ini," ujarnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DMG, Dan Mintz pula, kolaborasi mereka bersama Disney dan Marvel menjadi peristiwa penting dalam landskap hiburan global berikutan inilah kerjasama bernilai berbilion dolar pertama yang diterbitkan antara Hollywood dan China.

"Francais Iron Man sudah pun membuktikan kejayaannya di seluruh dunia dan kami akan terus membawa siri ini ke peringkat lebih tinggi dengan penghasilan judul ketiganya.

"Filem ini akan terus dikembangkan jalan ceritanya, serta menampilkan bintang tersohor antarabangsa, di samping aksi menakjubkan yang akan mengagumkan peminat di mana-mana saja termasuk China, iaitu pasaran box office kedua terbesar dunia," jelasnya.

Penggambaran filem adiwira terbabit akan berlangsung Mei ini di Amerika Syarikat dan disambung di China pada penghujung musim panas nanti.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar anak lelaki Felix Agus dan Lydia

Posted: 17 Apr 2012 11:34 PM PDT

gambar felix kahwin
Jika sebelum ini Mawi juara AF3 menimang cahaya mata, kali ini giliran Felix Agus naib johan AF3 pula menimang cahaya matanya yang pertama pada 13 April yang lepas.. Menurut sumber, Isteri Felix telah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital di Kota Kinabalu.. Buat masa ini nama bayi lelaki yang comel ni masih belum lagi diketahui..

Apa yang menariknya.. bagi Felix, kelahiran anak sulungnya ini umpama hadiah yang paling bermakna buat dirinya.. ini kerana anak sulungnya lahir 10 hari selepas sambutan hari ulangtahun kelahirannya.. Wah, lepasni boleh lah berkongsi majlis hari jadi kan..

Untuk pengetahuan korang, Felix dan isterinya, Lydia Larius Gojih telah berkahwin pada pada 17 September 2011 yang lalu di Pusat Kebudayaan Penampang, Sabah.. Apa-apa pun MyGosip ucapkan Tahniah kepada Felix dan isterinya.. semoga baby lelaki Felix ni akan di didik dan dibesarkan dengan sempurna… jom kita layan gambar anak sulung Felix kat bawah ni…

gambar baby felix yang pertama

gambar isteri felix dan anak lelakinya

Zira, Isteri Nabil mengandung 5 Minggu

Posted: 17 Apr 2012 10:50 PM PDT

gambar nabil kahwin di icity
Tahniah buat Nabil Raja Lawak kerana isterinya, Zira telah disahkan mengandung 5 minggu semalam.. Akhirnya usaha nabil berbulan-bulan lamanya tanpa jemu membuahkan hasil juga kan.. Menurut Zira, badannya berasa kurang selesa semalam dan menyuruh Nabil membeli kit kehamilan dan keputusan di kit kehamilan Positif menyebabkan mereka berdua membuat pemeriksaan lanjut di sebuah klinik untuk mendapatkan pengesahan..

"Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik.

"Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna," (MH online)

Tahniah sekali lagi buat Nabil dan Zira yang berkahwin pada 30 September yang lalu dan bakal menimang cahaya mata mereka yang pertama pada akhir tahun ini.. MyGosip harap kandungan Zira akan sihat dan sempurna sehingga lah bayi itu dilahirkan kelak..

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Bukan amatur seni suara

Posted:

Bukan amatur seni suara

Bukan amatur seni suara

CERITA tentang Norish Karman ingin muncul dengan album, sudah lama didengar, namun saban tahun, ia sepi begitu sahaja.

Akhirnya pada minggu lalu, Norish yang membina nama sebagai pelakon terlebih dahulu itu telah muncul dengan album yang diberi judul Terus Melangkah. Malah ia adalah satu produk yang akan membuka lembaran baharu buat dirinya sebagai artis pada tahun ini apabila selain sibuk berlakon, dia juga akan kerap menerima undangan menyanyi.

Beritahu wanita dengan nama penuh Nor'asikin Karman itu, faktor utama album impiannya itu tertangguh lama adalah kerana dia harus bertungkus-lumus selama empat tahun mengumpul duit untuk menyudahkan album tersebut selain dia sendiri mempersiap diri untuk bergelar seorang penyanyi.

Tidak bernaung di bawah mana-mana label, dia juga menjalani proses merakam lagu-lagunya yang dilakukan secara berperingkat.

Mengakui tempoh masa empat tahun itu agak lama dan terkadang membuat dia tidak sabar, namun dia akan segera muhasabah diri. Apa yang penting kata Norish, dia mahu album impiannya dihasilkan dengan sempurna.

"Saya mengaku pernah berputus asa dengan semua ini. Tapi, anak-anak yang telah mendengar lagu-lagu saya sebelum ini memberi semangat dengan mengatakan saya harus meneruskan usaha saya dan jangan hanya membuat kerja yang saya suka separuh jalan.

"Mereka juga tidak mahu saya hanya memainkan lagu di dalam bilik sahaja. Mereka tidak mahu saya biarkan impian saya untuk menjadi penyanyi terkubur begitu sahaja. Selain itu, rakan-rakan dan para peminat juga sering beri sokongan dan pendapat kepada saya dan mereka inilah yang membuat saya bertahan sehingga album ini berjaya disudahkan," cerita Norish sewaktu ditemui pada majlis pelancaran album Terus Melangkah yang diadakan di Vogue The Club, Mont Kiara, Petaling Jaya, Selangor.


SELAIN peminat dan teman-teman, keluarga turut menjadi pendorong kuat Norish untuk muncul dengan album sulungnya, Terus Melangkah.


Seperti membuktikan kata-katanya bahawa peminat yang menjadi kekuatannya untuk melahirkan album, hal itu terlihat jelas pada majlis pelancaran albumnya itu.

Ada peminat yang hadir bukan sahaja dari Semenanjung Malaysia, malah ada di kalangan mereka juga yang sanggup datang dari jauh seperti Sarawak dan Sabah serta Singapura.

Mengulas tentang sokongan yang diberikan peminatnya, Norish memberitahu sejujurnya dia hanya mahu melakukan sebuah majlis pelancaran album yang sederhana.

"Tidak pernah saya terfikir untuk membuat pelancaran di tempat gah begini. Saya sebenarnya ingin membuat majlis yang kecil yang hanya dihadiri oleh rakan media sahaja.

"Namun, ramai peminat yang ingin terlibat sama dan menghadiri serta memeriahkan majlis ini. Sebenarnya, majlis pada hari ini banyak yang ditaja oleh kawan-kawan dan peminat saya, malah, lokasi pelancaran ini juga ditaja," cerita Norish terharu dengan bantuan keluarga, rakan dan peminat yang dihulurkan kepadanya.

Jual album sendiri

Terus Melangkah memuatkan sebanyak enam buah lagu dan antaranya merupakan Rahsia Hati hasil ciptaan Julfekar, Terus Melangkah ciptaan Damien dan Norish sendiri menyumbangkan sebanyak tiga buah lagu antaranya adalah Pencinta dan Kasihku Selamanya.

"Semua lirik yang dihasilkan dalam album ini merupakan curahan hati serta pengalaman pahit dan manis saya sepanjang bergelar anak seni, seorang ibu dan wanita. Seperti lagu Kasihku Selamanya, saya hasilkan lagu ini khas buat bekas anak tiri saya," ujarnya tentang album yang dijual pada harga RM24.90.

Tambah Norish, album sulungnya itu tidak dijual di kedai muzik, sebaliknya sesiapa yang berminat boleh membeli terus daripadanya sendiri.

"Peminat juga boleh berhubung dengan saya melalui laman Facebook untuk membeli album ini selain dijual ketika saya mengadakan persembahan di mana-mana," katanya lagi.

Sementara itu, dia bakal mengadakan siri jelajah bagi mempromosi albumnya ini di seluruh Malaysia dan akan ke Brunei sebagai lokasi pertama. Ujar Norish, dia sendiri akan turun padang untuk menjual album pertama kepada peminat.


TIDAK serik berkahwin, Norish bagaimanapun mengaku dia kini selesa menjadi ibu tunggal kepada tiga orang anaknya iaitu Muhammad Haqiem Armany (kiri), Putri Hany Amanda dan Muhammad Hardy Amieran.


"Saya akan menjual album sendiri sambil menghiburkan peminat. Sayalah seniman jalanan," jelas Norish ringkas mengenai karier yang baru dibinanya ini.

Bersaing

Biar telah memaklumkan dia melahirkan album tersebut kerana minat, namun ramai yang tertanya-tanya, apa yang memberi keyakinan kepada Norish untuk menjadi penyanyi sedangkan kini ramai pelapis muda yang bersaing dalam industri muzik tempatan.

Menjawab persoalan tersebut, jelas wanita berusia 38 tahun ini, kehadirannya sebagai penyanyi baharu dalam bidang muzik bukan untuk bersaing dengan mana-mana penyanyi sedia ada.

Ujarnya: "Saya tidak bersaing dengan mereka. Saya tahu saya punya platform dan pengikut sendiri yang sangat kuat menyokong karier seni saya, tidak kira dalam bidang lakonan mahupun nyanyian."

Tambahnya lagi, dia sedar pasti ada yang bertanya tentang kualiti vokalnya sebagai penyanyi.

"Jawapannya hanya akan anda peroleh apabila membeli album saya," katanya yang juga memberitahu perjuangan tidak boleh dihentikan hanya kerana takut bersaing dengan penyanyi sedia ada atau generasi baharu.

Greyson Chance digigit peminat

Posted:

Greyson Chance digigit peminat

Greyson Chance digigit peminat

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


BARU berusia 14 tahun, Greyson Chance sudah menjadi terkenal kerana bakat seni yang dimilikinya.


SETELAH kali pertama tampil membuat persembahan sewaktu acara Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18) pada November 2011, penyanyi cilik yang cukup berbakat, Greyson Chance kembali semula menjejakkan kaki ke Malaysia.

Menariknya, kehadiran penyanyi berusia 14 tahun itu ke negara ini adalah bagi menjayakan Konsert Greyson Chance Live in Malaysia yang berlangsung di KL Live, Kuala Lumpur semalam.

Ketika ditemui sewaktu temu bual secara eksklusif bersama pihak media sehari sebelum konsert tersebut berlangsung, penyanyi berkenaan meluahkan rasa terujanya untuk menghiburkan para peminat di negara ini.

"Sudah tentu kehadiran saya pada kali ini begitu istimewa kerana sekali lagi dapat bertemu peminat di sini. Kehadiran saya ini adalah sebahagian daripada Konsert Siri jelajah Asia 2012 dan saya memang menantikan untuk membuat persembahan di Malaysia.

"Kalau pada acara AIM 18 dahulu saya cuma dapat beraksi dalam tempoh yang sekejap, tetapi menerusi konsert ini pastinya para peminat dapat menyaksikan persembahan saya dalam durasi yang panjang," ujar penyanyi kelahiran Texas, Amerika Syarikat itu.

Mula aktif sebagai penyanyi pada tahun 2010, Greyson menarik perhatian ramai setelah dia memuat naik klip video lagu milik Lady Gaga berjudul Paparazzi, dalam versinya di YouTube. Video itu kemudian telah ditonton seramai 45 juta orang di seluruh dunia.

Selain berbakat besar dalam bidang seni suara, penyanyi berkenaan juga turut memiliki bakat bermain alat muzik piano serta mempunyai kebolehan menghasilkan lagu sendiri.

Menurut Greyson, meskipun dia masih lagi baharu dalam industri muzik, tetapi dia sudah berpeluang untuk membuat persembahan di banyak tempat dan sambutan yang diterima daripada peminat sangat menggalakkan.



Ujarnya, selain Malaysia dia juga pernah menghiburkan para peminat di beberapa buah negara Asia yang lain seperti Singapura, Filipina dan Jakarta pada tahun lalu.

"Paling tidak dapat saya lupakan apabila digigit seorang peminat semasa persembahan yang berlangsung di Manila, Filipina. Sudah tentu perasaan saya ketika itu sangat terkejut dan tidak tahu apa motif peminat tersebut bertindak sedemikian. Walaupun saya telah dikawal ketat oleh ramai pengawal keselamatan, tetapi tidak sangka pula ada peminat yang masih terlepas dan terus menggigit saya," ujarnya.

Menurutnya, meskipun pernah melalui pengalaman yang cukup menakutkan, namun dia tetap menghargai para peminat yang terus menyokong kerjayanya dalam bidang seni dan menganggap apa yang berlaku itu sebuah realiti kehidupan sebagai seorang anak seni.

Nasi lemak

Setelah dua kali menjejakkan kaki ke Malaysia, Greyson menyatakan dia memuji masyarakat di negara ini yang disifatkannya sangat peramah.

"Apa yang saya tahu di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan yang sangat sedap. Antara makanan yang paling saya gemar ialah nasi lemak. Selain itu, saya juga suka minum air kelapa dan kalau berpeluang untuk kembali semula membuat persembahan di sini, pastinya nasi lemak dan air kelapa tidak akan saya lepaskan lagi," ujarnya yang cukup gembira kerana mempunyai banyak peminat di Malaysia.

Selepas ini Greyson akan menjelajah pula ke beberapa buah negara lain seperti Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Jepun sebelum kembali ke Amerika Syarikat.

"Buat masa ini saya lebih gemar mengadakan konsert kerana ia merupakan salah satu cara untuk saya mendekatkan diri dengan para peminat dan penghargaan buat mereka yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya," ujarnya mengakhiri bicara.

Bila Qi jadi buaya darat

Posted:

Bila Qi jadi buaya darat

Bila Qi jadi buaya darat

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


BARISAN pelakon drama bersiri Friday I'm In Love bergambar selepas tamat majlis pelancaran drama tersebut di Restoran Ecoba. baru-baru ini.


PELAKON dan pengacara yang namanya kini sedang melonjak naik, Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali sering bertukar pasangan pada setiap minggu. Namun yang peliknya, Qi akan jatuh cinta pada setiap kali menjelang hari Jumaat dengan gadis yang berbeza. Hubungan tersebut bagaimanapun hanya boleh bertahan sehingga hari Khamis minggu berikutnya.

Namun Qi tidak pernah kecewa dan putus asa demi mencari cinta sejati dan berharap suatu hari dia pasti akan menemui seorang wanita yang benar-benar boleh bertahan dan membalas cintanya itu.

Bagaimanapun itu bukan situasi yang dialami dalam dunia realiti Qi. Sebaliknya, ia adalah situasi bagi watak Awang yang dilakonkan oleh Qi dalam drama terbaharu 13 episod berjudul Friday I'm In Love yang bakal ditayangkan di slot Aurora, TV9 bermula pada 19 April ini, setiap Khamis pukul 8.30 malam.

Selain Qi, antara pelakon yang terlibat dalam drama itu termasuklah Nabila Daly, Nelydia Senrose, Zoey Rahman, Ryzal Jaafar dan Aiman Hakim Redza.

Bercerita tentang wataknya, Qi yang ditemui pada sidang akhbar drama tersebut di Restoran Ecoba, Damansara Perdana, Selangor menyatakan Awang bukan seorang buaya darat walaupun dia kerap bertukar kekasih dan jatuh cinta.

"Sebenarnya Awang merupakan seorang yang kelam-kabut, lurus dan bersahaja serta tidak pernah takut untuk bercinta dan kecewa. Walaupun ada sahaja masalah yang timbul dengan cintanya sehingga perlu menukar teman wanita pada setiap minggu, namun dia tidak pernah takut.

"Dia hanya mahu mencari cinta sejatinya dan pada dasarnya juga, dia bukan seorang buaya darat, tapi keadaan yang memaksa dia menjadi begitu," jelas Qi.


MEMEGANG watak Awang, Qi akan jatuh cinta pada setiap minggu dengan wanita yang berbeza-beza.


Cerita Qi, ini merupakan drama kedua lakonannya selepas Blogger Boy dan selepas dia berehat selama tiga tahun daripada dunia lakonan. Tiga tahun itu digunakan untuk memberi komitmen sepenuhnya dan fokus terhadap bidang pengacaraan.

Tambah kekasih Yuna ini lagi, sebab utama dia kembali aktif berlakon kerana dia berasa sudah tiba masanya untuk memberi fokus terhadap bidang lakonan pada tahun ini. Namun, dia mengaku masih baharu dan banyak lagi yang perlu dipelajari untuk menjadi pelakon yang baik.

"Saya berasa selesa bekerja dengan produksi ini dan pengarah Faizul Abdul Rashid. Sejujurnya, ini merupakan kali pertama saya benar-benar cuba berlakon. Ini kerana pengarah memberi kami kelonggaran untuk meluahkan idea masing-masing. Saya sangat seronok dan tidak pernah mendapat pengalaman sebegini.

"Jadi untuk tahun ini, saya mahu serius dan fokus terhadap bidang lakonan. Saya juga ingin memilih watak yang bersesuaian dengan saya dan tidak mahu mengambil semua tawaran berlakon yang diberikan," ujar Qi yang sedang mempertimbangkan tawaran untuk tampil di layar perak kelak.

Tidak ingin terlalu bercerita mengenai perincian filem yang bakal diterimanya, Qi bagaimanapun memberi sedikit maklumat. Katanya, jika dia bersetuju untuk terbabit dalam filem tersebut, dia bakal memegang watak sebagai seorang bapa yang sanggup berkorban demi anaknya.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Cabaran meneroka dunia

Posted: 17 Apr 2012 05:57 AM PDT

LIMA belas minit masa yang diberi mendekati jiwa penyanyi muda ini petang kelmarin cukup berbaloi. Meskipun sudah kepenatan seharian menjawab soalan daripada wakil media, Greyson Chance yang berkunjung ke ibu negara, baru-baru ini bagi mempromosikan album terbarunya, Hold On 'Til The Night masih mampu menyembunyikan wajah letih, sebaliknya kekal tersenyum dan bertenaga.

Siapa sangka, figura yang duduk di depan mata ini baru berusia 14 tahun. Namun bakat dan pesona yang dimilikinya begitu besar.

Bercerita soal zaman mudanya yang terpaksa digadaikan semata-mata ingin mengejar impian bergelar penyanyi tidak sekali mengusik emosinya. Walaupun belum jauh perjalanan yang diteroka, anak kelahiran Wichita Falls, Texas, Amerika Syarikat ini bijak menyusun kata, berkongsi cerita dan sesekali mengusik persoalan yang diajukan.

Jelasnya yang popular dengan lagu Waiting Outside The Lines, banyak yang manis berlaku dalam hidupnya sejak menjadi anak seni dan tidak kurang juga cabaran yang ada kalanya mengundang bosan.


"Saya sangat gembira kerana diberikan peluang sebegini. Bayangkan, pada usia masih muda sebegini saya sudah mendapat apa yang saya idamkan. Menjadi penyanyi dan mencipta lagu untuk menghiburkan peminat adalah satu keinginan yang saya simpan sejak kecil. Namun saya sendiri tidak menduga peluang itu datang lebih awal daripada apa yang saya sangkakan.


"Terlalu banyak perkara indah berlaku dalam hidup saya terutama apabila lagu ciptaan saya dimainkan di radio dan peminat mula memberi reaksi positif terhadap album saya. Itu jelas memberikan saya kepuasan sebagai seorang penyanyi walaupun masih baru. Malah saya terharu apabila berpeluang membuat persembahan atau konsert kerana di situ saya akan dapat melihat peminat yang selama ini menyokong saya.

"Lihat saja hari ini, saya sudahpun tiba di Malaysia untuk kali kedua dan kali ini saya lebih bersemangat untuk menghiburkan peminat di sini. Ini semua hasil kerja keras dan komitmen yang saya berikan dalam memastikan apa yang saya lakukan bukanlah satu perkara yang remeh. Ibu bapa dan pihak syarikat rakaman juga percaya dengan bakat yang ada, itu lebih membuatkan saya gembira.

"Memang tidak dinafikan banyak juga dugaan. Rasa penat tidak perlu saya ceritakan kerana itulah hakikat yang perlu saya tanggung. Namun saya tidak sesekali merungut kerana semua ini satu pengalaman yang cukup manis. Menjelajah seluruh Amerika dan dunia bertemu peminat dan menghiburkan mereka yang menyokong muzik saya satu detik indah yang sukar saya gambarkan.

"Justeru, jika teruk sekalipun keadaan yang saya rasa, penat dengan jadual kerja padat aktiviti seni bukanlah satu alasan, sebaliknya inilah permulaan kepada kerjaya saya," katanya yang turut ditemani ayahnya, petang itu.

Greyson yang begitu bertenaga dan peramah sepanjang temu bual eksklusif itu mengakui kehidupannya tidaklah seperti remaja lain. Menghadiri sekolah dan bersukan pada waktu petang dengan jiran dan teman adalah mustahil buat masa sekarang kerana kebetulan jadual kerjanya yang begitu padat sepanjang rangka promosi.

Namun jelasnya, soal pembelajaran tidak menjadi masalah kerana semuanya dilakukan secara 'online' menerusi Internet dan seorang tutor ada menemaninya untuk membantu mengulang kaji pelajaran.

"Jika ingin membandingkan saya dengan remaja sebaya lain, memang banyak yang saya kurang. Tidak bebas dan terikat dengan jadual seni, saya terpaksa akur dan yakin semua itu akan terbalas sekiranya saya berjaya dalam bidang nyanyian ini. Saya tidak sempat menghadiri sekolah harian dan semuanya saya pelajari menerusi Internet. Setakat ini semuanya masih boleh saya terima.

"Cuma sebagai anak muda, saya akui ada kalanya saya rindu rumah dan bilik tidur saya. Satu perkara yang sedikit membataskan saya ketika melakukan konsert jelajah seluruh dunia seperti ini hanya ruang untuk saya berkarya. Saya sukakan suasana senyap dan penuh selesa untuk mengarang lagu dan mungkin itu saja yang kurang kerana apabila saya sudah terikat dengan jadual konsert jelajah seperti ini, setiap hari saya perlu bersedia untuk destinasi seterusnya.

"Bagaimanapun, saya gembira kerana semua pihak termasuk penganjur memberi kelonggaran dan memahami keadaan saya. Rasanya jadual kerja tidaklah terlalu ketat dan ayah turut memantau aktiviti seni agar saya tidak terlalu penat atau mengabaikan pelajaran. Walaupun sudah mengecapi populariti, pembelajaran penting untuk seseorang itu terutama anak muda seperti saya," katanya.

Sebelum ini, ramai yang membuat andaian dan spekulasi kononnya Greyson adalah saingan baru kepada Justin Bieber. Tidak sekadar itu, anak bongsu daripada tiga beradik yang dikenali dengan kemahirannya bermain piano ini sering kali dibandingkan dengan bintang terkenal itu hanya kerana memegang profil yang sama iaitu bakat dikesan menerusi YouTube dan kedua-duanya berasal dari Amerika.

Optimis dan menyifatkan persoalan sebegitu sudah membuatkannya kebal, Greyson yang pernah muncul dengan bintang muda, Najwa Latif ketika mengadakan persembahan pada Anugerah Industri Muzik, baru-baru ini akur dan membiarkan ia berlalu begitu saja.

"Soal saya dibandingkan bukanlah perkara baru kerana sejak awal pembabitan lagi, saya menjangkakan perkara ini. Namun ia bukanlah masalah kepada saya kerana muzik kami berlainan. Malah saya sudah beberapa kali bertemu Bieber sebelum ini. Kami saling menyokong antara satu sama lain," katanya.

Menyifatkan dirinya insan paling bertuah kerana berjaya merealisasikan apa yang pernah diimpikan sebelum ini, Greyson yang mula mencipta nama selepas video nyanyiannya menjadi hit tertinggi di laman sosial YouTube hanya mengharapkan semua perancangan tidak tersasar kerana masih banyak lagi yang perlu dikecapi.

"Saya mengharapkan apa yang diperjuangkan hari ini bukanlah sesuatu yang sementara, sebaliknya biarlah ia bertahan lama. Saya ingin sekali kehadiran saya kekal hingga berjaya membina empayar sendiri satu hari nanti. Mana tahu, jika diberi peluang, saya akan kembali ke Malaysia dengan karya yang lebih matang," katanya.

Malam tadi, Greyson tampil menghiburkan peminat setianya di KL Live bagi melengkapkan rangka promosi album sulungnya, Hold On 'Til The Night. Meskipun masih baru tanpa publisiti meluas, bintang muda comel ini masih mampu menghimpunkan hampir 2,000 peminat yang hadir menyaksikan persembahannya.




Prism tunggu duit PPM

Posted: 17 Apr 2012 05:44 AM PDT

PERSOALAN membelenggu ahli Performers and Artistes Rights Malaysia (Prism) mengenai nasib mereka untuk memungut baki royalti akhirnya terjawab apabila organisasi itu bersetuju membayar balik dalam tempoh terdekat sehingga Jun ini.

Jawapan ini diberikan Pengurus Besar Prism, Ong Peng Chu ketika mengadakan sidang media di Kuala Lumpur kelmarin. Dalam pertemuan bersama segelintir ahli Prism yang hadir, Ong menyatakan ketika ini dia hanya menunggu Public Performance Malaysia (PPM) memberi wang kutipan royalti sebelum proses pengagihan dilakukan.

Ong berkata, mengenai tarikh sebenar Prism dibubarkan, ia akan berlaku selepas pengagihan dibuat sepenuhnya. Dalam pada itu, Ong menyatakan segelintir ahli Prism bertindak menubuhkan organisasi baru dikenali Prism Berhad.

"Mungkin cara Prism Sdn Bhd sebelum ini membuatkan ahli mempertikai ketulusan. Jadi, penyelesaian terbaik adalah menubuhkan satu lagi organisasi dikenali Berhad.


"Ini memang perancangan Prism sejak setahun setengah lalu, tetapi belum sempat ia dilaksanakan, wujud badan baru ditubuhkan yang diterajui Datuk Sheila Majid iaitu Recording Performers Malaysia Berhad (RPM).


"Ia suatu yang bagus dan Prism menggalak ahli sertai RPM. Namun, segelintir ahli Prism tidak berfikiran yang RPM boleh berfungsi, mereka mengambil jalan menubuhkan Prism Berhad.

"Ini bermakna wujud dua badan mewakili artis dan saya juga berusaha menggabungkan dua badan ini menjadi satu kerana yang mengalami kesusahan adalah artis sendiri," katanya.

Ong juga menyatakan Prism Sdn Bhd mengambil pendekatan bebas dan tidak mengambil bahagian termasuk menyokong mana-mana badan pemungut royalti baru yang ditubuhkan. Namun, Prism akan menyokong pada organisasi yang tulus menjalankan operasi.

"Kami tidak ada bantahan pada penubuhan RPM dan sejak awal sebelum Prism Berhad ditubuhkan, kami mengalukan ahli untuk turut serta dalam organisasi baru ini.

"Saya tidak pasti jumlah ahli Prism menyokong RPM atau Prism Berhad, cuma pihak RPM ada menyatakan hasrat mengadakan perjumpaan bersama artis agar mereka menamatkan keahlian Prism dan terus sertai RPM," katanya.

Prism menjelaskan jumlah pengagihan royalti yang akan diberikan semula pada ahli melebihi RM3 juta yang diterima Prism menerusi PPM untuk kutipan tahun lalu. Seramai 1,280 ahli Prism dijangka menerima bayaran royalti ini.

Mengenai perancangan seterusnya, Ong menyatakan dia akan terus bersama organisasi antarabangsa menjalankan usaha membangunkan taraf artis di negara Asia. Dia bersedia membantu organisasi baru yang inginkan pandangan dan bantuan.

"Saya akan memberi nasihat pada badan antarabangsa sama ada bekerjasama dengan RPM atau Prism Berhad. Apa yang saya tahu, Prism Berhad sudah ditubuhkan dan pendaftaran mendapat kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Proses penubuhan ini mungkin mengambil masa sebulan. Mungkin pembubaran Prism bukan pada Jun kerana perlu mengambil masa antara dua hingga tiga bulan untuk menyelesaikan semua pembayaran royalti dan tiada lagi duit dalam akaun.

"Sekiranya masih ada baki duit, kita akan serahkan pada peguam untuk memegang wang itu dan menyerahkan pada badan atau organisasi lain yang akan meneruskan perjuangan itu," katanya.

Tambah Ong, proses pembayaran royalti dibuat mengikut formula agihan biasa iaitu mengikut jumlah lagu yang dipersembahkan dan berdaftar dengan Prism. Dalam mempercepatkan proses ini, Prism juga mendapat bantuan PPM yang memberikan data persembahan yang turut menggunakan sebahagian wang pengagihan.

"Satu pertemuan antara PPM, Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) bersama Prism sudah dilakukan untuk menubuhkan jawatankuasa membuat pengagihan. Kami juga menjemput Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) jika berminat menyertai jawatankuasa ini untuk membantu proses pengagihan lebih terbuka," katanya.

Dalam sidang media itu, Prism juga mengeluarkan kenyataan media mengenai perasaan terkilan mereka kerana diketepikan dalam sesi perbincangan mengenai peraturan badan kutipan royalti diadakan di MyIPO pada 10 April lalu.

Merujuk mesyuarat dipengerusikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Prism mendakwa mereka tidak diundang sebaliknya MACP, PPM dan Persatuan Karyawan Malaysia hadir. Dalam kenyataan itu, Prism bertindak menghantar peguam mereka pada mesyuarat itu diarahkan keluar pegawai MyIPO atas alasan ia tiada kaitan dengan Prism.

Ong juga menyatakan satu laporan berita di akhbar (bukan terbitan kumpulan The New Straits Times), salah menyatakan nama Prism dalam mesyuarat itu.