Adsense

Selasa, 10 April 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Kamal Adli Kagum Intan Ladyana Sanggup Menanti Dilamar

Posted: 10 Apr 2012 01:18 AM PDT

Kamal Adli
PETALING JAYA: Pelakon Kamal Adli, 25, sangat kagum dan menghargai pengorbanan kekasihnya iaitu Intan Ladyana, 29, yang sanggup menunggu untuk dilamar sebagai isteri.
Kamal berkata, dia faham dengan situasi Intan yang sedang menanti untuk dipinang apatah lagi ketika keluarga dan saudara-mara mula berkata-kata mengenai perhubungan mereka, namun dia belum bersedia dalam soal kewangan.
"Saya hormat pada Intan dan hargai pengorbanannya kerana sabar menunggu saya yang masih lagi membina karier untuk lebih kukuh.
"Malah dia juga tidak kisah dengan persoalan orang di sekeliling yang bertanyakan tentang bilakah tarikh perkahwinan kami," katanya.
Bagaimanapun tambah Kamal, dia akan menamatkan zaman bujangnya sebelum berusia 30 tahun dan akan mengukuhkan sumber kewangannya sebelum bergelar suami.
Kamal kagum dengan Intan yang sanggup menunggu untuk dilamar.
"Kita nak jaga anak orang, jadi kalau boleh biarlah kita ada aset sedikit seperti rumah terutamanya, demi keselesaan bakal isteri.
"Saya juga mahu meyakinkan keluarga Intan yang saya boleh menjaganya," ujar Kamal.
Walaupun pelbagai gosip cinta yang melanda dirinya dengan pelakon-pelakon wanita lain, Kamal bersyukur kerana Intan bukanlah seorang yang mudah melenting kerana dia memahami tidak semua gosip itu benar.
"Memang kita tidak boleh nak elak daripada cakap-cakap orang, tetapi Alhamdulillah, kami saling mengenali antara satu sama lain dan faham dengan situasi yang berlaku," ujarnya.

----

Zed Zaidi Tidak Matang Pertikai Kemenangan Aaron Aziz

Posted: 10 Apr 2012 01:17 AM PDT

Aaron Aziz.
PETALING JAYA: Bintang Paling Popular, Aaron Aziz menegur aktor Zed Zaidi yang mempersoalkan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) Ahad lalu.
Aaron berkata Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
"Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing.
"Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya," katanya yang dihubungi di sini, Isnin.
Aaron diminta mengulas mengenai entri menerusi Twitter milik Zed pada Ahad lalu yang dilihat seperti kecewa di atas kemenangan Aaron, seorang warga negara Singapura.
Antara komen Zed Zaidi menerusi Twitter miliknya yang mempersoalkan kemenangan Aaron Aziz. 
Zed secara menyindir turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi pelakon itu kerana ia dilihat seperti menggalakkan artis luar merosakkan industri seni tempatan.
Dalam pada itu, Aaron menambah, dia percaya seni lakonan tiada sempadan dan isu kenegaraan sebenarnya tidak perlu dibangkitkan apatah lagi dia tidak pernah mengganggu "periuk nasi" Zed Zaidi selama ini.
"Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sempadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia," sindir Aaron.
Sementara itu, Aaron berharap permohonannya untuk mendapat taraf penduduk tetap negara ini dapat diluluskan dengan segera bagi membolehkannya melebarkan sayap sebagai pelakon di negara ini.
"Insya-Allah kalau dah ada kerakyatan nanti boleh dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia (FFM) atau anugerah lain yang dinilai secara profesional. Dari situ nanti barulah kita tahu sama ada saya sebenarnya adalah seorang pelakon yang baik atau tidak," katanya lagi.
Zed Zaidi
Dalam perkembangan lain, Aaron bakal muncul dengan beberapa buah tangan terbaru untuk para peminatnya iaitu filem KL Gangster 2, Kerat 14, Taikun dan Taicoon serta drama bersiri Adam dan Hawa untuk Astro Prima.
Selain itu, Aaron memberitahu, pada bulan Jun depan dia bakal berangkat ke Brunei bagi menjalani penggambaran filem pertama terbitan syarikat produksi negara itu dan juga dipilih oleh KRU Studios untuk terlibat dalam Cicakman 3.
"Tahun ini adalah tahun yang cukup sibuk untuk saya kerana banyak projek yang perlu dilunaskan dan ini semuanya rezeki daripada Allah untuk saya dan keluarga," katanya.
Aaron diumumkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2011 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands dengan undian sebanyak 87,669.
Kemenangan itu membolehkan Aaron membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Nissan Teana 2.5 sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Rafflesia bernilai RM250,000.
Dia turut memenangi anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular menerusi acara itu.

----

Ryzal Jaafar Enggan Kenang Semula Kontroversi Homoseksual & Gambar Bogel

Posted: 09 Apr 2012 11:02 PM PDT

Ryzal Jaafar
PETALING JAYA: Aktor kacak Ryzal Jaafar enggan menoleh ke belakang dan mengenangkan semula kontroversi hitam berhubung penyebaran gambar bogel dan fitnah yang menuduhnya sebagai seorang homoseksual pada tahun lalu.
Ryzal atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaafar, 30, berkata walaupun periuk nasinya tidak terjejas, dia tetap berasa trauma dan tertekan dengan kontroversi yang pertama kali memalit dirinya sepanjang lapan tahun bergelar artis.
"Saya tidak mahu kenang lagi peristiwa yang sangat memalukan itu. Alhamdulillah, kerjaya saya sebagai pelakon tidak tergugat walaupun maruah saya tercalar dengan fitnah tersebut.
"Tidak pernah saya alami kontroversi sebegitu sepanjang menjadi artis. Ia adalah satu tamparan buat saya.
"Mujurlah, saya masih mendapat kepercayaan rakan-rakan, stesen televisyen dan peminat yang menjadi penguat semangat untuk saya terus melangkah," luahnya  baru-baru ini.
Pelakon dari Alor Setar itu berkata, sehingga hari ini dia masih terfikir apakah kesalahan yang sudah dilakukan kepada pihak yang menyebarkan fitnah itu sehingga dia diperlakukan sedemikian.
"Bukan mahu mengungkit atau memeningkan kepala tetapi sampai ke hari ini, saya sering tertanya-tanya apakah kesalahan yang sudah saya lakukan kepada pihak tersebut sehingga tergamak menganiaya saya sebegitu teruk?
"Kalau diperhatikan, senario fitnah yang mendakwa segelintir aktor di Malaysia ini kononnya homoseksual semakin menjadi-jadi. Bukan saya sahaja mengalami, malah ramai lagi artis lain turut berdepan dilema yang sama.
"Kejadian ini mengajar saya agar lebih berhati-hati dan lebih selektif dalam bersahabat. Kita tidak boleh sewenangnya mempercayai orang lain sepenuhnya kerana apa sahaja kemungkinan boleh berlaku pada hari ini," katanya.
Terbaru, drama bersiri sebanyak 13 episod lakonannya berjudul Friday I'm In Love (FIIL)akan disiarkan bermula 19 April ini pada setiap Khamis pukul 8.30 malam menerusi slot Aurora di TV9.
Selain Ryzal, drama bertemakan kisah percintaan anak muda itu turut membariskan Qi Razali, Zoey Rahman, Aiman Hakim Ridza, Bella Dally dan Nellydia Senrose.

----

Celebrity News

Celebrity News


Gossip Panas Twitter Zed Zaidi Mengenai Aaron Aziz

Posted: 10 Apr 2012 08:25 AM PDT

Setelah debaran dan gelombang Anugerah Berita Harian ke 25 berakhir, gelombang panaspula bertiup di Twitter artis yang menyebabkan auranya menjadi bualan akhbar online dan lamn blog yang becrita mengenai Tweet Zed Zaidi.


Akibat daripada Tweet yang beliau post dalam laman akaun Twitter  (Seperti yang dilampirkan dibawah), mengakibatkan Aaron tampil memberi jawapan berikut :

"Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing.
 
"Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya," katanya

"Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sempadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia," sindir Aaron.
ZoOM : Malas nak komen....Anda je la yang komen !! 


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Panas : Adegan Bogel Di TV !!

Posted: 10 Apr 2012 07:58 AM PDT


Nasi sudah menjadi bubur itu yang dapat dikatakan mengenai filem "Into The Wild" yang bersiaran di TV3 baru-baru ini. Penyiaran filem yang menyaksikan adegan panas mengakibatkan ramai pihak tampil membuat aduan berkenaan adegan yang terlepas pandang tersebut.




Namun pihak TV3 tampil memohon maaf atas kesilapan tersebut yang sudah pasti menjadi pengajaran ketika menghiburkan kita dengan filem atau drama daripada luar negara.






Dan berikut berita pertubuhan yang tampil kesan daripada kesilapan yang berlaku :



Pelakon utama filem "Into The Wild"
Pertubuhan yang dikenali Allied Coorodinating Committee of Islamic NGO's (ACCIN) melalui Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Ab. Kadir dalam sebuah akhbar pada Selasa membantah tindakan TV3 kerana menyiarkan adegan bogel terlampau filem berkenaan sehingga menampakkan kemaluan pelakon Emile Hirsch.
ZoOM : Apa Komen Anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Dadali Band bukan pengganti Peterpan

Posted:

Dadali Band bukan pengganti Peterpan

Dadali Band bukan pengganti Peterpan

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASSAN


ANGGOTA dadali band dari kiri rickarjd, oq, dyrga, yuda dan rix.


MUNGKIN bagi sesetengah orang ia merupakan satu penghormatan jika vokal atau wajah mereka dikatakan mirip orang popular atau ternama.

Bagaimanapun pujian itu umpama racun kepada Dyrga, vokalis Dadali Band dari Indonesia yang popular dengan lagu Di Saat Aku Mencintaimu ketika ini.

Dyrga tidak dapat menerima kata-kata itu, walaupun vokalnya pada halwa telinga orang lain kedengaran sama seperti Aril, vokalis Peterpan.

Namun dia tetap menolak dan mempertahankan bakatnya dengan alasan lenggok nyanyian mereka berbeza.

"Aku sedih apabila orang kata suara aku seperti penyanyi Peterpan. Aku ada gaya tersendiri dan tidak pernah cuba meniru Aril. Lagipun Peterpan sudah popular berbanding Dadali Band yang masih hijau dalam bidang seni.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Siti langgar pantang

Posted: 09 Apr 2012 03:33 PM PDT

Hip

Sudi bertanding demi menghormati sambutan 25 tahun ABPBH

WANITA yang cukup dikenali ramai ini pernah mengumumkan penarikan dirinya daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) selepas menerima trofi Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular pada majlis anugerah edisi ke-23, kira-kira dua tahun lalu.

Masih terngiang-ngiang di telinga ucapannya itu, bagai baru semalam ia dilafazkan penyanyi yang juga pengusaha produk kecantikan ini.

Saya bersetuju untuk turut serta (dalam pertandingan) hanya untuk kali ini sebagai tanda sokongan di atas sambutan ke-25 tahun ABPBH. Lagipun, kategori yang diwujudkan adalah yang terbaik antara terbaik, jadi semestinya saya tidak mahu ketinggalan memeriahkan lagi sambutan ini. - Datuk Siti Nurhaliza

Peminat sendiri amat maklum, Datuk Siti Nurhaliza berbuat demikian bagi memberikan laluan kepada artis lain untuk sama-sama berkongsi kemanisan pengalaman menggenggam trofi idaman ramai berkenaan, seterusnya menggalakkan lagi perkembangan industri seni hiburan tanah air.

Bagaimanapun, kelmarin, bertempat di lokasi cukup bersejarah buatnya, Arena of Stars, Genting Highlands, penyanyi yang lebih sedekad mengungguli kategori penyanyi wanita pada anugerah berprestij ini 'melanggar pantang' apabila kembali mendaki tangga pentas ABPBH untuk menerima trofi yang dipertandingkan.

Bezanya, kali ini dia menggenggam Anugerah Seri Perak, kategori yang diadakan khas sempena 25 tahun ABPBH. Pada Ahad lalu, Siti buat kesekian kali berdiri di podium dan berucap sebagai pemenang, selepas menewaskan 11 lagi bekas pemenang Bintang Paling Popular yang dicalonkan dalam kategori istimewa terbabit.

Anggun dalam persalinan rekaan Rizman Ruzaini, Siti berkata, dia sedia bertanding pada kali ini sebagai menghormati usaha Berita Harian, yang meraikan sambutan jubli perak anugerah yang banyak meninggalkan kenangan indah buat dirinya.
Bagaimanapun, selain anugerah khas itu, isteri kepada usahawan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini tetap berpegang teguh kepada keputusannya, untuk tidak bertanding lagi pada ABPBH.

"Saya bersetuju untuk turut serta (dalam pertandingan) hanya untuk kali ini sebagai tanda sokongan di atas sambutan ke-25 tahun ABPBH. Lagipun, kategori yang diwujudkan adalah yang terbaik antara terbaik, jadi semestinya saya tidak mahu ketinggalan memeriahkan lagi sambutan ini.

"Namun sejujurnya, saya tidak menyandarkan sebarang harapan untuk menang. Saya tetap berdebar menantikan keputusan dan ia tindak balas semula jadi setiap kali menyertai pertandingan.

"Malah, saya sendiri bagai tidak percaya ketika diumumkan sebagai pemenang. Disebabkan itu, sewaktu nama saya disebut, saya agak lambat bangun untuk mengambil trofi," katanya yang turut diberikan penghormatan sebagai artis pembuka tirai malam kemuncak, bersama-sama Stacy dan Alyah.

Selain Siti, turut dicalonkan dalam kategori itu ialah Aishah, Zainal Abidin, Eman Manan, Datin Sofia Jane, Datuk M Nasir, Ziana Zain, Rosyam Nor, Saiful Apek, Mawi, Nabil dan Shaheizy Sam.

Siti yang melangkah ke dunia nyanyian pada usia 16 tahun, memenangi trofi pertama Bintang Paling Popular pada ABPBH1996. Pada edisi sama, dia juga memenangi kategori Penghibur TV Popular, Artis Remaja Popular dan Penyanyi Wanita Popular.

Tahun berikutnya, trofi Bintang Paling Popular mula menjadi miliknya selama lima tahun berturut-turut. Dia bagaimanapun pernah tewas di tangan Rosyam Nor, Saiful Apek, Mawi dan Nabil, tetapi kembali merampas gelaran berkenaan pada 2004 dan 2009.

Ujar penyanyi ini, kemenangan tidak akan menjadi miliknya tanpa peminat yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seninya.

"Trofi ini ialah hadiah di atas sokongan peminat setia saya. Lebih istimewa, trofi ini hadir pada saat saya baru saja meraikan ulang tahun ke-17 pembabitan dalam dunia nyanyian. Sesungguhnya saya amat bertuah kerana mempunyai peminat seperti mereka. Bukan mudah sebenarnya untuk mendapatkan kesetiaan peminat buat tempoh waktu yang lama," katanya.

Impian Aznil jadi nyata

Posted: 09 Apr 2012 03:22 PM PDT

Hip

AZNIL gembira dengan kejayaan Zizan sebagai Pengacara TV Lelaki Popular.

AZNIL gembira dengan kejayaan Zizan sebagai Pengacara TV Lelaki Popular.

TIADA sekelumit terbit perasaan kecewa dalam diri artis serba boleh ini apabila trofi Pengacara TV Lelaki Popular yang dipegangnya selama lapan tahun berturut-turut berganti tangan, kelmarin.

Sebaliknya Aznil Nawawi cukup bersyukur apabila bakat yang dicungkil daripada program Raja Lawak, Zizan Razak, tampil menggantikan tempatnya.

Terlalu gembira dengan keputusan yang diumumkan Datin Seri Normala Shamsudin dan Nurul Syuhada, Aznil secara spontan bangkit dari tempat duduknya, lalu berlari ke atas pentas untuk menyerahkan sendiri trofi itu kepada Zizan. Ketika dia berlari-lari anak ke pentas, wajahnya nyata kelihatan riang, seperti yang dapat disaksikan peminat di Arena of Stars, Genting Highlands, mahupun penonton TV3 di rumah.

Bukan gimik murahan, sebaliknya kata pengacara pelbagai bakat itu, dia sudah mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam dunia seni dan penyiaran tanah air. Justeru, sememangnya sudah lama dia menantikan tibanya saat itu.

"Sejak tiga tahun lalu saya sudah memberikan isyarat kepada pengacara lain supaya bangkit dan lakukan kejutan. Saya tidak mahu lagi memegang trofi ini. Saya rasa sedih apabila melihat bidang pengacaraan seolah-olah tidak berkembang apabila peminat terus memberikan kepercayaan kepada saya.

"Sebenarnya sejak tahun lalu lagi saya menjangkakan Zizan akan menggantikan tempat saya, tetapi ia tidak berlaku. Namun, hari ini (kelmarin), apa yang saya inginkan menjadi nyata. Saya akan terus berkerja seperti biasa untuk melahirkan lebih banyak pelapis dalam bidang ini," katanya.
Aznil yang mula menjadi perhatian selepas mengendalikan program realiti Akademi Fantasia, menjulang trofi itu sejak ABPBH edisi 2003 sehingga 2010. Dia seakan mempunyai benteng kuat, yang sukar untuk dirobohkan.

Sebagai pengacara berpengalaman, Aznil masih mengharapkan kategori ini berupaya mempunyai saingan kuat pada masa akan datang.

"Saya berharap, pengacara lain jangan mengamalkan sikap suka menunggu. Sebaliknya, cuba bersikap agresif kerana peminat sekarang sukakan perubahan segera.

"Cuba ambil kemenangan Zizan sebagai cabaran sekiranya mereka ingin berjaya dalam bidang ini. Saya juga berharap tidak wujud benteng antara pemenang dengan calon yang tewas," katanya.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Gambar Eksklusif Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

Posted: 09 Apr 2012 03:38 PM PDT

Di sini ….

Saya kongsikan bersama dengan anda gambar eksklusif MALAM KEMUNCAK

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25….

544881 388614624516192 150089721702018 1211093 250456465 n Gambar Eksklusif Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

582397 388614717849516 150089721702018 1211094 509031723 n Gambar Eksklusif Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

530396 388615461182775 150089721702018 1211110 1005061167 n Gambar Eksklusif Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

580134 388615764516078 150089721702018 1211113 1123426904 n Gambar Eksklusif Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

536639 388615884516066 150089721702018 1211115 448450657 n Gambar Eksklusif Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

522314 388616094516045 150089721702018 1211117 1159274815 n Gambar Eksklusif Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

546329 388616147849373 150089721702018 1211118 1769081619 n Gambar Eksklusif Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

525656 388617434515911 150089721702018 1211146 1817897852 n Gambar Eksklusif Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

540301 388617837849204 150089721702018 1211152 620323105 n Gambar Eksklusif Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

295043 388618271182494 150089721702018 1211157 625360135 n Gambar Eksklusif Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

579840 388620787848909 150089721702018 1211208 701263377 n Gambar Eksklusif Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

554005 388620861182235 150089721702018 1211211 844216469 n Gambar Eksklusif Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011

SUMBER GAMBAR DAN FOTO

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Neelofa dan Anugerah Artis Paling Seksi di ABPBH ke-25

Posted: 09 Apr 2012 09:42 PM PDT

neelofa seksi di abpbh 2011 ke-25
Tahniah Neelofa kerana telah berjaya memegang title untuk anugerah artis paling seksi di ABPBH yang ke-25 baru-baru ni.. Tapi korang semua jangan salah faham.. Anugerah tu takde dipertandingkan pun di ABPBH tu, cuma MyGosip rasa anugerah ni patut diberikan pada Neelofa.. iya la, dia dah makeup cantik-cantik pakai baju lawa-lawa tapi tak menang sebarang anugerah pun kan.. jadi tak salah rasanya kami anugerahkan Neelofa dengan anugerah artis paling seksi di malam ABPBH tu..

Sekurang-kurangnya terubat juga peminat Neelofa apabila artis kesayangan mereka ni tak berjaya merangkul anugerah artis baru wanita popular tu kan.. MyGosip rasa Neelofa lah artis yang paling layak menerima title ni.. apa pendapat korang?

neelofa seksi di anugerah bintang popular berita harian 2011 ke-25

neelofa di abpbh 2011

neelofa cantik di abpbh 2011

neelofa di abpbh 25

Intan Ladyana Sanggup tunggu lamaran Kamal Adli

Posted: 09 Apr 2012 08:21 PM PDT

kamal adli dan intan ladyana
Semenjak dua menjak ni ramai artis kita yang sakan bercinta sudahpun berkahwin.. ada juga yang sudah merancang untuk berkahwin.. Tapi berbeza dengan pasangan kamal adli dan Intan Ladyana ni yang masih lagi belum merancang untuk mengakhiri percintaan mereka ke jinjang pelamin.. Kamal Adli melalui Mstar meluahkan perasaan kagumnya dan menghargai pengorbanan Intan Ladyana kerana sanggup menunggu lamaran daripadanya.

"Saya hormat pada Intan dan hargai pengorbanannya kerana sabar menunggu saya yang masih lagi membina karier untuk lebih kukuh. Malah dia juga tidak kisah dengan persoalan orang di sekeliling yang bertanyakan tentang bilakah tarikh perkahwinan kami,"

"Kita nak jaga anak orang, jadi kalau boleh biarlah kita ada aset sedikit seperti rumah terutamanya, demi keselesaan bakal isteri. Saya juga mahu meyakinkan keluarga Intan yang saya boleh menjaganya," (Mstar)

Tambah Kamal Adli lagi dia akan berkahwin sebelum umurnya mencecah 30 tahun.. itu bermakna Kamal Adli yang berumur 25 tahun ni masih ada 5 tahun lagi untuk mempersiapkan diri.. Manakala Intan Ladyana yang berumur 29 tahun ni kemungkinan akan menamatkan zaman bujangnya lebih daripada umur 30 tahun kan…

Apa-apa pun MyGosip senantiasa mendoakan yang terbaik buat mereka berdua ni..

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Hala tuju karier Pekin

Posted:

Hala tuju karier Pekin

Hala tuju karier Pekin

"DUDUK di bawah mana-mana produksi pun perlu usaha. Sama juga apabila bernaung di bawah Metrowealth (Metrowealth Movies Production), jika tidak berusaha, tiada juga tawaran yang akan diberikan.

Bak kata David Teo, usaha tangga kejayaan," itulah jawapan yang terpacul daripada mulut Mohd. Iznan Ibrahim atau nama komersialnya, Pekin ini apabila diajukan soalan tentang keputusannya untuk bernaung di bawah Metrowealth.

Tutur aktor yang berusia 31 tahun ini, dia menyertai dengan matlamat untuk menonjolkan kelainan dan ingin memberi perspektif baharu terhadap produk syarikat itu sendiri.

Selain itu sebagai aktor yang telah banyak memperoleh pengalaman, dia juga tidak mahu lokek dan ingin berkongsi ilmu bersama pelakon yang lain.

Lebih kurang tiga bulan berada di bawah MetroweaIth, Pekin telah mengorak langkah dengan pantas. Dia telah menerima satu tawaran filem berjudul Kita yang juga merupakan hasil garapan rakan baiknya, Pierre Andre.

"Saya suka dengan jalan ceritanya yang mudah. Ada juga tawaran lain tapi saya tidak gemar dengan skrip yang ditawarkan. Filem ini dengar saja judulnya, ia sangat ringkas dan perjalanan cerita juga menarik.

"Sementelah di bawah pengarahan Pierre, tidak ada masalah kerana kami sudah lama saling mengenali. Jadi senang bekerja dengan orang yang kita kenal kerana Pierre tahu apa yang saya mahukan dan saya juga tahu apa yang Pierre mahukan," jelas Pekin serius tentang pemilihan tawaran yang diberikan kepadanya.

Menceritakan tentang wataknya di dalam Kita, Pekin memegang watak sebagai Kamal yang merupakan seorang pemuda yang pemalu dan sopan. Kamal sangat menyukai rakannya, Ika (Yana Samsuddin) yang juga merupakan jirannya selama tiga tahun. Namun Kamal mendapati sangat sukar untuk meluahkan perasaannya terhadap Ika.


PEKIN IBRAHIM mula mengembangkan kariernya daripada seorang pelakon kepada penyanyi dan bakal pengarah pada masa akan datang.


Justeru setiap apa yang dilakukannya, dia akan mencari peluang untuk mendekatkan diri bersama Ika sehingga melakukan banyak perkara romantik untuk Ika.

Namun, Ika tidak pernah perasan akan layanan istimewa Kamal terhadap dirinya. Katanya lagi, Kamal merupakan watak remaja biasa namun akan diolah dengan caranya tersendiri bagi menghidupkan watak tersebut.

Pelakon perlu kreatif

Bicara anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini, jika ingin memberikan hasil lakonan yang berkualiti, seseorang pelakon itu perlu bijak mengkaji dan mencipta karakter melalui watak yang diberi.

"Jadi apabila lakonan disokong oleh karakter yang kuat, maka pelakon tidak perlu terlalu 'berlakon' untuk memperlihatkan watak tersebut untuk dihayati dan difahami oleh penonton.

"Itu yang saya lakukan di dalam Kita. Saya mengambil pendekatan yang realistik dengan tidak mahu terlalu berlakon. Itulah sebenarnya lakonan karakter yang kuat juga perlu disokong oleh emosi yang baik," ujar Pekin.

Tambahnya, sebagai seorang pelakon, kita bukan hanya bersandarkan kepada skrip dan membiarkan produksi memilih semata-mata. Sebaliknya seseorang pelakon itu juga perlu bijak dan kreatif untuk mengolah karakter supaya lakonan menjadi lebih berkualiti.

Mengarah

Sebagai seorang yang berjiwa seni dan sentiasa tegas dengan pendirian diri, Pekin tidak mahu sewenang-wenangnya menaburkan bakat kepada skrip yang dirasakan tidak bagus. Ia jelas terbukti melalui filem terbaharu lakonannya, Bunohan yang dimainkan dengan pelakon-pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Faizal Hussein, Bront Palarae, Wan Hanafi Su dan Sofi Jikan.


YANA dan Pekin berkolaborasi buat pertama kali untuk filem Kita.


Baginya, penggarap Bunohan, Dain Said bijak menampilkan kekuatan karakter yang kreatif untuk setiap watak yang diciptanya dalam filem ini. Tentang kejayaan yang diraih filem tersebut, sememangnya mereka tidak sangka akan diiktiraf sehingga tahap antarabangsa.

Kini merasakan dia lama mengabadikan diri terhadap bidang lakonan, akui Pekin, dia sudah tidak sabar ingin mengarah dan bakal mengusulkan sebuah konsep filem yang mungkin lain daripada apa yang pernah dikeluarkan oleh pihak Metrowealth tidak lama lagi.

Adney kekasih Saleha

Posted:

Adney kekasih Saleha

Adney kekasih Saleha

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


SITI SALEHA tidak kisah berkongsi cerita tentang hubungan cintanya dengan Syed Adney (foto kiri).


JIKA sesetengah artis wanita popular mengambil langkah berdiam diri atau mengelak apabila disoal mengenai kekasih, tetapi tidak bagi pelakon wanita yang popular menerusi watak Nora Elena, Siti Saleha, 22.

Adik kepada penyanyi Sam (Bunkface) itu mengakui dia kini sedang intim dengan seseorang. Jejaka tersebut juga dikenali ramai. Dia yang dimaksudkan ialah penjaga gol negeri Sabah bernama Syed Adney Syed Hussein yang juga merupakan adik kepada pelakon Sharifah Sofea.

Saleha turut memberitahu Adney merupakan bekas kekasihnya sebelum ini dan hubungan mereka putus di tengah jalan kerana salah faham. Masih sayang antara satu sama lain, hubungan mereka kembali bertaut dan kini sedang menuju ke arah satu hubungan yang lebih serius dan matang.

Ikuti perbualan Kosmo! bersama pelakon itu mengenai kekasih hatinya ketika ditemui di set penggambaran filem KL Zombie yang berlangsung di Nilai, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Kosmo!: Boleh berkongsi dengan kami tentang kekasih anda? Khabarnya ada gosip yang mendakwa anda bercinta dengan penjaga gol Kelantan?

SALEHA: Dia seorang penjaga gol Sabah. Kenapa pula penjaga gol Kelantan yang disebut. Dia juga merupakan adik kepada pelakon Sharifah Sofea.

Sejak bila kalian bercinta sedangkan sebelum ini anda menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka Inggeris bernama Robin Coenraad berikutan beberapa kali anda berdua muncul bersama dalam beberapa acara hiburan sebelum ini?

Oh itu dulu. Saya dengan dia sudah lama putus. Putus dengan dia sebab dia tak faham kerjaya saya sebagai artis. Misalnya, kalau tengok saya berlakon dengan artis lelaki dia akan cemburu.

Sudah berapa lama anda dan juga penjaga gol Sabah iaitu Syed Adney bercinta?

Sudah dua tahun dan dia merupakan bekas kekasih saya tetapi tak perlulah saya terangkan lebih lanjut.


SYED ADNEY


Anda begitu terbuka bila bercerita tentang kekasih. Tidak takut pada pandangan peminat dan masyarakat?

Apa salahnya bercerita tentang kekasih, tetapi biar ada hadnya. Saya juga tahu had untuk saya bercerita tentang kekasih.

Apakah yang membukakan hati anda untuk menerima Syed Adney semula sedangkan anda berdua pernah berpisah sebelum ini?

Saya dan keluarga dia baik terutama sekali dengan kakak dia, Sharifah Sofea. Saya selalu datang ke rumah mereka jika ada majlis. Ibu dia juga saya sudah anggap seperti ibu saya sendiri. Bila terserempak dengan dia, perasaan sayang antara satu sama lain masih ada. Disebabkan itu, kami bersama semula. Walaupun jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk tetapi dia sangat memahami.

Hubungan anda berdua semakin serius. Sudah ada sebarang perancangan di masa hadapan?

Buat masa ini kami belum fikir lagi tentang masa depan. Umur saya juga masih muda baharu 22 tahun.

Menyentuh mengenai filem KL Zombie, boleh anda cerita mengenai watak anda dan gandingan anda bersama pelawak terkenal Zizan?

Dalam filem arahan M.J Woo ini, saya memegang watak Nora, seorang gadis yang menceburi perniagaan Skim Jualan Langsung (MLM). Satu peristiwa telah berlaku hingga menyebabkan dia terheret sama dalam serangan zombie di ibu kota Kuala Lumpur. Ini kali kedua saya bekerjasama dengan Zizan Raja Lawak. Sebelum ini kami pernah berlakon bersama dalam Cintaku 120 KM/J.

Begitu sibuk dengan kerjaya lakonan bagaimana pula perancangan anda untuk menyambung pelajaran?

Buat masa ini saya terpaksa menangguhkan pelajaran seketika. InsyaAllah tahun depan saya akan sambung pengajian di United Kingdom. Mungkin dalam bidang perniagaan.

Tidak sayang untuk meninggalkan dunia lakonan seketika dan juga kekasih hati apabila mengambil keputusan menyambung pengajian tahun depan?

Itu adalah pengorbanan yang perlu saya lalui. Saya dan dia memang jarang berjumpa. Kami hanya berhubung melalui Skype dan pelbagai teknologi komunikasi lain. Saya juga tiada masalah kalau tidak berjumpa dengannya. Asalkan masing-masing tahu menjaga hubungan.

Dominasi Lat Kampung Boy

Posted:

Dominasi Lat Kampung Boy

Dominasi Lat Kampung Boy

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
amri.hassan@kosmo.com.my


MUZIKAL Lat Kampung Boy tercalon dengan 12 penyertaan daripada 36 kategori yang dipertandingkan dalam anugerah BOH Cameronian Art Awards.


JIKA tahun 2009 menyaksikan teater muzikal Prince Siddartha menang besar pada majlis BOH Cameronian Art Awards, siapa pula yang bakal membolot gelaran yang sama tahun ini?

Penganjuran kali ke-9 tahun ini bagaimanapun memperlihatkan dominasi teater muzikal arahan Harith Iskander dan Hans Isaac iaitu Lat Kampung Boy dengan 12 penyertaan daripada 36 kategori yang dipertandingkan.

Majlis anugerah yang dikendalikan oleh portal dalam talian, Kakiseni.com itu kali terakhir menganjurkan anugerah tersebut dua tahun lalu ketika portal berkenaan masih dipegang oleh Jenny Daneels dan Kathy Rowland sejak diasaskan pada tahun 2001 sebelum bertukar tangan kepada Low Ngai Yuen.

Menurut Ngai Yuen, penyertaan pada tahun ini memperlihatkan bidang seni persembahan dalam kalangan karyawan tanah air semakin berkembang dan berpotensi untuk diketengahkan.

"Kami sangat teruja untuk membawakan kembali majlis penganugerahan yang mengiktiraf karya-karya seni tempatan.

"Sepanjang acara itu dihentikan selama dua tahun, pelbagai naskhah berkualiti dan menarik dapat kita lihat muncul dalam industri," katanya yang ditemui ketika majlis pengumuman calon-calon yang bertanding untuk BOH Cameronian Art Awards untuk tahun 2011 di Alexis, The Garden, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Calon-calon daripada 36 kategori kali ini akan diadili oleh 20 orang wakil profesional dalam bidang tarian, muzik, teater muzikal dan teater.

Menerusi penyertaan tahun ini ujar Ngai Yuen, teater muzikal Lat Kampung Boy mengungguli senarai calon dengan 12 penyertaan diikuti rapat oleh teater muzikal Secret Life Of Nora.

Teater itu tercalon antaranya untuk kategori Penata Cahaya Terbaik, Penata Bunyi Terbaik, Rekaan Kostum dan Tatarias Terbaik, Rekaan Set Terbaik, Persembahan Terbaik (watak utama dan sampingan) dan Pengarah Terbaik.

Teater muzikal Terima Kasih Cinta dan drama Short Eyes masing-masing menerima lapan penyertaan.

Sementara itu, koreografer profesional, Pat Ibrahim dicalonkan sebanyak lima kategori pada tahun ini, tiga daripadanya untuk Koreografer Terbaik, dan selebihnya Lirik/Karya Asal Terbaik serta Pengarah Terbaik.

Dua bintang filem Bunohan pula, Zahiril Adzim dan Nam Ron yang turut tampil dalam drama Short Eyes tidak ketinggalan tercalon.

Zahiril yang sebelum ini pernah membawakan peranan seorang penghidap pedofilia tercalon untuk Pelakon Terbaik Teater (watak utama) manakala Nam Ron menerima pencalonan Pelakon Terbaik Teater (watak sampingan) menerusi wataknya seorang banduan bernama Ben Ice Jefferson.

Menerusi kategori tarian pula, balet kontemporari Fragile dicalonkan sebanyak enam anugerah yang mana tiga daripadanya untuk Persembahan Terbaik yang diwakili oleh Chew Zi Xin, Steve Goh dan Wong Jyh Shyong.

Selain itu, produksi JS Dance Theatre juga bakal berentap untuk Persembahan Berkumpulan Terbaik, Rekaan Set Terbaik, Rekaan Kostum Terbaik dan Tatarias Terbaik.

Malam penganugerahan akan berlangsung pada 10 April untuk kategori teknikal dan selebihnya pada 29 April ini.

Peminat seni tanah air boleh mula mengundi calon kegemaran masing-masing menerusi laman sesawang www.awards.kakiseni.com sebelum 26 April 2012.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Kejutan 8 April

Posted: 09 Apr 2012 07:08 AM PDT

BAGAI menepati ramalan ramai, Aaron Aziz adalah calon paling layak menerima pengiktirafan tertinggi, Bintang Paling Popular 2011 kerana fenomena yang dicetuskan menerusi setiap sentuhannya dalam lapangan seni lakon.

Meskipun sejak awal lagi anak seni berusia 36 tahun ini enggan terus terbuai dengan pandangan dan ramalan teman sekeliling, namun akhirnya tanggal 8 April lalu menjadi saat paling indah dalam kerjaya seninya.

Menyifatkan kemenangannya itu bagai bulan jatuh ke riba kerana mampu membawa mimpinya ke lantai realiti, pemilik nama sebenar Aaron Mustapha Aziz ini tidak henti mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat yang setia untuk terus meletakkannya tinggi ke atas tanpa memikirkan soal status mahupun warga negara.

"Alhamdulillah ini adalah hadiah atas kerja keras dan usaha saya selama ini.

Akhirnya keikhlasan saya dalam bekerja hingga menumpang di negara orang berbaloi apabila ia diiktiraf setinggi ini. Saya hanya mampu tersenyum kerana semuanya melangkaui imaginasi saya dan sukar diterima akal.

"Mana tidaknya, saya menerima anugerah tertinggi dan semuanya atas undian daripada peminat. Itu sudah cukup membahagiakan saya kerana punya rasa disayangi dan dihargai. Pastinya budi mereka yang tidak jemu memangkah nama saya akan saya bayar dengan mutu lakonan yang masih gigih diperbaiki dari masa ke semasa.

"Apapun saya tidak sekali terlintas soal popular dan tinggi kerana sepanjang menumpang rezeki di industri seni Malaysia, saya sedar akan saingan dan bakat luar biasa kebanyakan pelakon di sini. Mereka punya pesona dan sudah tentu senario itu menjentik semangat untuk saya semakin berusaha," katanya.

Bertemu dengannya di majlis sidang media sejurus tamat Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 bersama isteri juga pengurusnya, Diyana Halik yang tidak lekang di sisi jelas mencerminkan wajah seronok tidak terkata di sebalik raut wajah kacaknya.

Selama ini Diyana setia berdiri teguh di sisi aktor paling popular itu sepanjang waktu.

Selain dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular mendahului beberapa bintang lain di belakangnya termasuk Fasha Sandha, Shaheizy Sam, Zizan Razak dan Tasha Shilla, Aaron turut menerima trofi Pelakon Filem Lelaki Popular menewaskan Sam, Remy Ishak, Bront Palarae dan Syamsul Yusof.

Menganggap Sam sebagai calon paling layak selain dirinya, Aaron yang sebelum ini popular menerusi drama siri Rahsia Hati, Cinta Gila, Nora Elena dan Stanza Cinta hanya bersyukur kerana masih ada ruang buatnya memperkenalkan bakat.

"Saya memang terkejut dengan segala kemenangan kerana sejak awal lagi, saya sudah cakap dengan isteri dan teman-teman yang trofi bukanlah satu kemestian atau perkara wajib yang perlu difokus sebaliknya saya hanya ingin meraikan teman-teman dan membantu memeriahkan lagi industri hiburan tempatan.

"Jika tiada rezeki sekalipun, saya akan tetap berlakon kerana memang itu saja yang menjadi sumber pendapatan saya bagi menyara keluarga. Lantas dengan trofi yang kini sudah pun menjadi milik saya adalah bonus untuk memberi kekuatan kepada saya.

"Insya-Allah saya akan terus memberikan yang terbaik dan moga pengiktirafan ini akan memudah saya mendapatkan taraf penduduk tetap untuk keluarga," katanya yang sudah pun menghantar borang permohonan hujung tahun lalu dan kini menanti panggilan mengenai keputusan.

Aaron bagaimanapun meluahkan rasa ralat kerana kemenangannya malam kelmarin tidak dapat disaksikan anak-anaknya.

"Anak semuanya terikat dengan komitmen sekolah dan saya tidak mahu mereka terbabit dalam majlis-majlis sebegini. Lantas saya sedikit terkilan kerana anak-anak tidak berpeluang melihat saya menjulang anugerah kerana mereka adalah pengkritik dan peminat setia saya selama ini," katanya yang sebelum ini pernah membintangi filem Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur dan KL Gangster.

Selain Aaron, ABPBH2011 turut memperlihatkan beberapa kejutan apabila aktor Fizz Fairuz dipilih Pelakon TV Lelaki Popular buat julung kalinya sekali gus mengenepikan Sam, Aaron, Adi Putra dan Fauzi Nawawi.

Bintang muda Johan Asa'ri dan Tasha Shilla pula dipilih menjadi pemenang bagi kategori Artis Baru Lelaki dan Wanita selain Zizan Razak memecah monopoli Aznil Nawawi selama sembilan tahun menerusi Pengacara Lelaki Popular.

Pengacara dan pelakon, Didie Alias yang juga menjadi pengacara ABPBH2011 bersama Raja Azura, Sharifah Shahirah dan Zizan buat pertama kali untuk menerima trofi Pelakon Komedi Wanita Popular.

Farah Fauzana masih kekal bersama pengiktirafannya, Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular. Fasha Sandha turut berjaya mengekalkan rekod masing-masing apabila masih relevan memegang trofi Pelakon TV Wanita Popular.

Sempena 25 tahun penganjurannya, ABPBH2011 turut meraikan kategori Seri Perak yang menjadi milik Datuk Siti Nurhaliza.

Keseluruhannya, pentas ABPBH2011 penuh kejutan dan diwarnai wajah segar.




Dee kenali diri sendiri

Posted: 09 Apr 2012 06:57 AM PDT

BUKAN sekali dua dipandang serong tetapi dia tetap cuba bertahan dalam memperjuangkan bakat, mencari rezeki dan demi sebuah kehidupan yang bahagia dilaluinya. Segala kata nista ditelan sebagai sebahagian dugaan hidup seorang manusia bernama Syed Muradzi Syed Shamsul Baharun, 49.

Manusia mudah menjatuhkan hukum hanya melihat apa yang mereka nampak secara lahiriah. Kebetulan penampilan Syed Muradzi atau nama pentasnya, Dee ketika membuat persembahan sering mengenakan busana wanita, menderaskan lagi tafsiran yang menonton.

Bagaimanapun bagi mereka yang mengenali rapat anak kelahiran Perlis ini, Dee tidak seperti yang digambarkan oleh kebanyakan pemerhati seni.

"Orang memang suka membuat hukuman sendiri tetapi bagi saya, kenal diri sendiri terlebih dahulu dan paling penting, keimanan di dalam diri kita dan saya percaya, iman itu yang membuatkan saya insya-Allah mampu berdepan dengan orang ramai.


"Malah saya percaya dengan nawaitu setiap apa yang kita lakukan. Kalau tiada niat yang baik dan tiada keikhlasan, kita tidak akan ke mana, malah ia juga membentuk seseorang manusia sama ada untuk jadi baik atau sebaliknya.


"Saya percaya apa yang selalu mak (Allahyarhamah Sharifah Noor al-Hadi yang baru meninggal dunia 1 April lalu) cakap mengenai mengenali diri sendiri, keikhlasan dan niat yang betul dalam melakukan sebarang kerja demi mencari rezeki yang halal.

"Pernah jiran bertanyakan mak saya: 'Mak Pah tak malu ke anak Mak Pah pakai pompuan (perempuan) dalam televisyen? Bapa dia ulang alik pergi masjid, anak pula jadi lagu tu.' Tapi mak saya jawab: 'Dia pakai pompuan pun dapat duit," kata Dee yang ditemui selepas mengadakan persembahan Minggu Setiausaha Jamal Abdillah di Pusat Dagangan Dunia Putra baru-baru ini.

Jelas Dee, penampilannya sebagai 'wanita' hanyalah sebahagian daripada persembahan dan kebetulan penghibur ini dikenali dengan pelbagai karakter wanita di atas pentas termasuk meniru gaya artis.

"Ia dilakukan secara profesional dan habis persembahan, saya tanggalkan solekan lalu pakai baju-T dan jeans macam lelaki lain.

"Sebab itulah saya katakan, tengok diri dulu, tahu siapa diri kita dan yang penting keluarga tahu apa yang kita lakukan. Jangan peduli sangat apa orang nak kata dan kalau kita goyang dengan kata-kata orang, sudah tentu kita tidak bertahan lama dalam apa kerja sekalipun.

"Secara jujurnya, kita tidak boleh memaksa diri kita membuat kerja yang kita tidak suka dan duit persembahan ini jugalah yang membawa saya ke Makkah dua kali untuk mengerjakan umrah," katanya.

Dalam pada itu, sebagai orang Islam, Dee sedar haram bagi seorang lelaki memakai pakaian wanita tetapi dia hanya tampil sedemikian untuk tempoh 2-3 jam sahaja.

Malah akuinya, hatinya pernah menangis dan rasa bersalah setiap kali menyarungkan busana wanita di badannya. Dia hanya mampu berishtifar sebanyak mungkin dan memohon maaf daripada Tuhan.

Katanya, Tuhan tidak menjatuhkan hukum ke atas makhluk-Nya sesuka hati tetapi menilai hati manusia ciptaan-Nya.

"Dia lebih faham dengan apa yang kita lakukan terutama mencari rezeki.

"Tengoklah sekeliling, kita boleh jadi tok imam, tahfiz, jutawan atau siapa sahaja tetapi untuk dipanggil ke Baitullah, belum tentu lagi. Saya bersyukur kerana Allah memberi peluang itu. Bukan mahu bongkak tetapi ini semua kuasa Allah yang kita tidak tercapai dek akal kita sebagai manusia.

"Sebab itu semua bergantung kepada hati budi. Takkan setiap kali solat, kita perlu memberitahu orang lain. Itu urusan peribadi kita dengan Allah dan saya hanya mampu berdoa kepada-Nya yang terbaik, memohon supaya Dia dijauhkan saya aib dunia akhirat dan kekal di jalan yang benar," katanya yang akan muncul di pentas Minggu Setiausaha Datuk Sheila Majid di Menara Kuala Lumpur pada 25 April ini.