Adsense

Jumaat, 24 Februari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Fauzi Memarahi Lisdawati Di Set Penggambaran Filem Pak Pong | Sinopsis Filem Pak Pong

Posted: 24 Feb 2012 01:29 AM PST

Jika ikut adat berkerja bersama dengan suami sudah tentu banyak mata akan memandang kerana sudah menjadi resam pekerjaan seseorang akan berlaku tidak adil dalam hal perkerjaan ditempat yang sama. Malah kata orang jika berkerja dalam tempat yang sama sudah pasti ia akan sampai di rumah. Namun ZoOM tertarik dengan cerita pelakon kepada pengarah filem Pak Pong yakni Fauzi yang juga mantan suami Lisdawati kerana tidak memilih bulu.

Terbaru ZoOM membaca Kisah Fauzi memarahi Lisdawati kerana tidak menepati citarasa beliau semasa penggambaran Filem di set. Nak buat macam mana kerja tetap kerja dan itulah konsep dan pendirian Fauzi dalam menempuh dunia pengarah Filem. Dan berikut beberapa jawapan dan luahan Lisda mengenai suami dan pengarah beliau :

"Saya baru saja selesai berlakon filem 'Pak Pong'. Saya memegang watak jahat sebagai jin tanah. Walaupun terlibat dalam dua babak saja selama lima hari, namun ia merupakan babak besar iaitu babak pertarungan dengan kumpulan bunian,"katanya ketika ditemui baru-baru ini.

"Ramai orang ingat bila suami saya pengarah, saya mendapat kelebihan. Tidak, saya sendiri kena marah di set. Dia marah sebab saya tak nampak jahat. Dia lebih faham apa yang diperlukan dan saya terpaksa jadi keras dalam filem ini," ujar LIsdawati mengakui tidak berkepit dengan suaminya di set.

"Saya tak berkepit langsung dengan dia di set. Saya bagi dia buat kerja dia dan tak campur langsung hubungan suami isteri. Bagi saya, kerja adalah kerja. Ini kali pertama dia mengarah filem dan saya gembira mendengar komen positif dari seluruh tenaga produksi.

"Bukan itu saja, mereka suka kerja dengan dia kerana dia tak garang dan sangat kelakar. Di set, dia juga seorang yang sangat fokus bekerja. Dia ada satu visi yang sangat jauh dan ramai nampak komitmen yang diberinya sangat tinggi."

Umum dah mengetahui, Fauzi merupakan pelakon lagak ngeri yang suka melakukan aksi stunt yang agak berbahaya. Namun, ramai yang tidak tahu Lisadawati juga kini dalam proses mempelajari aksi-aksi stunt. Jika dilihat dari perwatakannya yang lembut, mampukah ibu kepada dua orang cahayamata ini melakukannya.

"InsyaAllah, saya tengah buktikan yang saya tak selembut yang mereka sangka. Sekarang ini saya selalu pergi gymnasium untuk meningkatkan stamina. Saya buat semua ini untuk nampak kuat bila buat babak gaduh. Macam dalam filem 'Pak Pong' sendiri, saya berlatih selama 3 minggu walaupun watak saya sikit.

"Saya sukakan watak bergaduh tapi tak pernah diberi peluang. Bila dapat tawaran ini, saya buat bersungguh-sungguh untuk menjayakan watak saya. Ini percubaan kali pertama dan saya tak gayat bila tergantung menggunakan kabel. Saya juga praktis dalam air untuk membuat aksi 'flip'. Pernah ketika buat latihan, saya terjatuh dan terhentak kepala," ujar Lisdawati yang kini sedang menjalani penggambaran telemovie, 'Ibu Tiri' untuk TV3.

Sinopsis :
Pak Pon

g adalah sebuah filem bergenre aksi komedi yang skripnya saya tulis sendiri. Saya telah memilih Neelofa, Siti Saleha dan Fathia sebagai bintang-bintang yang akan mewarnai filem ini. Bagaimanapun, hero filem ini masih belum pasti sebab pilihan pertama saya iaitu Aaron Aziz tidak dapat melakukannya.

Besar kemungkinan saya akan gunakan Hairul Azreen. Mungkin tidak ramai yang kenal dengan nama ini, tapi Azreen ialah pelakon yang bagus. Saya yang membawa masuk dia ke dalam industri dan rasanya tidak salah kalau saya beri dia peluang. Kalau ikut jadual, kita akan mulakan penggambaran pada 16 Januari hadapan di Betong dan Songkla, Thailand," ujar Fauzi membuka cerita.

Ditanya apakah maksud di sebalik perkataan 'Pak Pong', Fauzi memberitahu Pak Pong adalah nama sebuah Kitab Pengasih yang terkenal di kalangan masyarakat Thailand.

"Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda kerdil yang terlalu inginkan kesempurnaan. Dia mahu menjadi lelaki normal yang lebih kacak. Macam watak Si Bongkok dalam cerita Sumpah Orang Minyak, arahan P.Ramlee itu. Selepas menuntut ilmu yang salah, lelaki ini lupa diri dan akhirnya perbuatannya itu memakan diri sendiri," ujar Fauzi yang akan turut berlakon sebagai Kassim.



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Resepi Nasi Kurma

Posted: 24 Feb 2012 01:07 AM PST

Bahan A:

5 sudu besar marjerin

6 kuntum bunga cengkih

2 ulas bawang merah - dihiris

2 ulas bawang putih - dihiris

50 gm buah kurma - dibuang biji


Bahan B:

3 cawan beras wangi

4 cawan air

1/4 sudu garam

Sedikit pewarna kuning

100 gm sayur campuran



Cara menyediakan:


1. Panaskan marjerin dan tumis bahan A. Masak sehingga wangi.

2. Masukkan bahan B dan tunggu sehingga separuh masak. Masukkan pula buah kurma dan biarkan nasi masak.
Suka Resepi Ini ClickLah Like @ Share !!

Underoath Live In KL - 10 Mac 2012

Posted: 24 Feb 2012 01:06 AM PST

Kumpulan metalcore Underoath akan beraksi di KL Live, Jalan Sultan Ismail pada 10 Mac depan. Konsert anjuran Jupiter Projects ini akan diadakan pada jam 5 petang.

Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Dallas Taylor dan Luke Morton, Underoath mengeluarkan album pertama mereka, 'Act of Depression' dua tahun selepas itu dan berjaya mencatat jualan sebanyak 2,000 album.

Enam album kemudian, Underoath kini diketuai vokalis Spencer Chamberlain. Album terbaru (bukan kompilasi) mereka dikeluarkan pada tahun 2010 dengan judul 'Ø (Disambiguation)'.

Jika anda belum mendapatkan tiket ke konsert mereka, anda masih boleh membelinya pada harga RM148
di kedai-kedai Rock Corner dan Victoria Music ataupun secara online di www.airasiaredtix.com. Jika dibeli pada hari konsert, harga tiket ditetapkan pada RM188.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.facebook.com/jupiterprojects atau www.underoath777.com

Info : GUA
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Majlis Pernikahan Ana Raffali Dan Ahmad Aznaim

Posted: 24 Feb 2012 12:55 AM PST

Majlis pernikahan Ana atau nama penuh Ana Raffali dan Naim atau Ahmad Aznaim esok 25 Februari 2012 di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, hulu Klang.

Dan majlis persandingan dilangsungkan pada hari yang sama, kerana menurut Ana majlis perkahwinan beliau hanya dilakukan secara sederhana dan hanya menjemput 1000 orang tetamu.

Sebelum melangsungkan perkahwinan sudah tentu tanggungjawap suami membimbing isteri, terutamanya jika Ana terlibat dengan bidang seni. Berikut jawapan bakal suami Ana apabila ditanya oleh wartawan mengenai bakal isterinya (Ana)
Naim pula yang sentiasa menemani Ana, menyatakan dia sentiasa menyokong perjalanan seni bakal isterinya itu. Berusaha menjalankan tanggungjawab suami sebaik mungkin, dia juga berharap peminat terus menyokong karier seni Ana.

"Saya tidak berniat untuk menghalang Ana daripada terus menyanyi. Saya tetap menghormati kerjaya seninya dan sentiasa menyokong apa yang dilakukannya untuk berjaya dalam bidang seni," katanya.

ZoOM : Semalam Lisa Surihani dan Yusry...Esok giliran Ana dan Naim la pulok...sape ada gambar sharelah dengan ZoOM dan pembaca di sini ye :)

Lagu Aba Rafalli Bila Berpacaran
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Update : Lagi Gambar Pernikahan yusry Dan Lisa Surihani

Posted: 23 Feb 2012 07:43 PM PST

Buat tatapan pembaca di ZoOMartis :

 Senyum dan tawa pasangan ini sudah cukup untuk menggambarkan bertapa bahagianya mereka disaat ditabalkan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Jika ada masa nanti ZoOM kongsi bersama gambar semasa majlis persandingan ahad ini.





Credit Gambar : Mstar
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Majlis Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry

Posted: 23 Feb 2012 07:27 PM PST

PUTRAJAYA 23 Feb. - Hanya dengan sekali lafaz, pengarah filem terkenal Yusry Abdul Halim, 38, sah menjadi suami kepada pelakon wanita popular, Lisa Surihani Mohamed, 26, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Marriott, di sini malam ini.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, Mohamed Azan Mohamed.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Yusry selepas lima tahun menduda manakala yang pertama untuk Lisa Surihani.

ZoOM : Alhamdulillah selesai sudah niat dihati, hanya majlis yang akan menanti anda diluar sana.

Lagi Gambar Di Bawah :


 Setelah Sah menjadi Pasangan Suami Isteri
 Senyuman Bahagia Pasangan Sejoli Ini
 Wajah Seorang Isteri


 Reharsel sebelum majlis
Tersergam indah dan menjadi perhatian ramai pihak dengan hiasan dan susunan yang diterangi cahaya yang sudah pasti membuatkan majlis ini penuh berseri.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Gambar Seksi dan Biodata Emma Watson tersebar di Internet

Posted: 24 Feb 2012 08:08 AM PST

England - Artis yang bernama Emma Watson didalam satu filem, disukai ramai iaitu Filem bersiri Haary Potter. Emma Watson telah mendedahkan buah dadanya untuk memenuhi permintaan peminatnya untuk mencium buah dadanya. Apa yang lebih memalukan apabila gambar peribadi tersebut telah hot dan menjadi buruan peminat peminatnya di Internet. Mungkin Di Malaysia perbuatan tersebut sungguh memalukan tetapi di england, aksi gambar tersebut adalah satu perkara biasa sahaja.


Biodata Emma Watson

Nama : Emma Charlotte Duerre Watson

Jantina :Perempuan

Asal : Oxford, Oxfordshire, England, Inggris,

Umur : 15 April 1990










PERSONAL


Emma Charlotte Duerre Watson atau popular dengan nama Emma Watson, lahir di Oxford, Oxfordshire, England, Inggris, 15 April 1990. Ia adalah seorang Artis Inggeris yang popular dalam memainkan watak sebagaiHermione Granger dalam filem sequel HARRY POTTER.

Emma Watson sendiri adalah anak dari pasangan pengacara Chris dan Jacqueline Watson yang sekarang telah bercerai. Ia mempunyai adik laki-laki bernama Alex. Dia menghabiskan tahun-tahun awalnya di Paris, Perancis, dan Oxford, Inggris.

Watson bersekolah Dragon School, sebuah sekolah persiapan swasta, hingga Jun 2003.

Sejak tahun 2008, Emma sering dicover majalah-majalah untuk majalah Covergirl. Seperti majalah Flare (November 2008), Sunday Times Style (Desember 2008), VS. Magazine, dan Italian Vogue. Emma dikhabarnya sempat menjalani hubungan dengan Robert Pattinson dalam HARRY POTTER yang berperanan sebagai Cedric Diggory.

FILMOGRAFI
2001 HARRY POTTER AND THE SORCERER'S STONE
2002 HARRY POTTER AND THE CHAMBER OF SECRETS
2004 HARRY POTTER AND THE PRISONER OF AZKABAN
2005 HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE
2007 HARRY POTTER AND THE ORDER OF THE PHOENIX
2007 BALLET SHOES
2008 THE TALE OF DESPEREAUX
2010 HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS – PART 1
2011 HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS – PART 2
2011 MY WEEK WITH MARILYN
2012 THE PERKS OF BEING A WALLFLOWER


Kontroversi Hebat Dang Suria Biadap, Dikritik Hebat dan Suntikan Botox!

Posted: 23 Feb 2012 07:37 PM PST


Nama yang tidak asing lagi di persada seni tanah air, Dang Suria yang kini telah muncul dikaca TV didalam Program ON AIR. Ramai penonton yang menonton rancangan tersebut tidak puas hati dengan komen komen bodoh yang keterlaluan mengenai mengkritik rupa paras dan fizikal peserta rancangan tersebut. ON AIR merupakan sebuah rancangan pencarian penganti dalam bidang pengacaraan yang di kendalikan oleh Aznil Nawawi.



Kritikan keterlaluan itu dianggap biadap dan kurang ajar ke atas peserta rancangan itu dan secara tidak lansung telah mengaibkan maruah individu berkenaan.

Kenyataan spontan berbunyi, "Memang budak tu tak handsome langsung, saya rasa penonton akan tukar channel sebab benci tengok muka budak tu tak handsome, sorryla dia mmg tak layak" juga disifatkan sebagai terlalu angkuh untuk dikeluarkan oleh seorang selebriti yang dikenali ramai.

Setelah sekian lama tidak di kaca TV kini kemunculan Dang Suria turut menerima respon daripada penonton yang mempersoalkan perubahan wajahnya. Dang Suria telah didakwa mengamalkan suntikan Botox, terutamanya di bahagian bibir. Benar atau Tidak kita tunggu pengakuan darinya.



Kontroversi Hebat Dang Suria Biadap, Dikritik Hebat dan Suntikan Botox!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Dengan sekali lafaz

Posted: 23 Feb 2012 02:47 PM PST

Hip

Yusry terasa kembali remaja bercinta dengan Lisa

LEBIH setahun menyulam cinta, pasangan selebriti popular, Lisa Surihani Mohamed, 26, dan Yusry Abdul Halim, 39, selamat diijabkabulkan dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Marriott Putrajaya, malam tadi.

Lisa sah bergelar isteri kepada pelakon, pengarah dan penyanyi itu hanya dengan sekali lafaz.

Saya dapat rasakan, Lisa wanita yang cukup istimewa sejak mula-mula kami berkenalan. - Yusri, pengarah

Aktres berkenaan dinikahkan oleh abang sulungnya sendiri, Mohamed Azan, dengan disaksikan Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa, kira-kira jam 9 malam.

Mengenakan persalinan serba putih rekaan Cosry, pelakon Lagenda Budak Setan itu menerima mas kahwin berupa rantai platinum berserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Antara hantaran daripada Lisa termasuk kelengkapan sembahyang, kek, manisan, keyboard dan koleksi lagu Beatles, manakala pengantin lelaki pula, selain rantai berkenaan, turut membalasnya dengan kelengkapan solat, cincin dan manisan.

Hadir menyaksikan majlis pernikahan mereka ialah keluarga terdekat kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa pengantin, Siti Amira Ahmad, Abdul Halim dan Zarina Fenner.
Majlis bertemakan taman pada musim sejuk itu dihadiri oleh kira-kira 250 tetamu termasuk produser David Teo dan isterinya, Jane Lim.

Pasangan yang bakal berbulan madu di Eropah, bermula dengan Switzerland, Mac ini, akan mengadakan majlis persandingan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari.

Dijangka acara resepsi berkenaan membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak dengan anggaran kehadiran kira-kira 2,000 tetamu.

Yusry yang mengenakan baju Melayu daripada Taufik Tailor ketika ditemui selepas majlis berkenaan mengakui, dia sudah lama tidak berasakan cinta sehinggalah bertemu Lisa.

"Dia membuatkan saya berasa seperti seorang remaja yang baru bercinta. Saya juga dapat berasakan, Lisa wanita yang cukup istimewa sejak mula-mula kami berkenalan," katanya yang bersyukur apabila semuanya berakhir dengan sempurna.

Manakala Lisa yang dilihat tenang sepanjang majlis berlangsung berkata, sejak awal lagi dia dapat berasakan lelaki itulah yang terbaik buatnya.

"Semakin mengenalinya, perasaan sayang saya kepadanya semakin kuat. Itulah yang membuatkan saya berani membawa perhubungan ini ke tahap lebih jauh.

"Yusry juga menjadikan saya insan yang lebih baik," kata Lisa yang menginginkan empat cahaya mata.

Konsert Sudirman... Abadi Di Hati: Magis lirik lagu Sudir

Posted: 23 Feb 2012 01:48 PM PST

Hip

Sharifah Aini

Sharifah Aini

KELMARIN, genap dua dekad pemergian penghibur nombor 1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad. Perginya meninggalkan kenangan dan lagu malar segar yang terus diminati hingga kini.

Bagi rakan seperjuangan dalam bidang seni terutama artis generasi baru, peluang menyanyikan lagu Allahyarham dalam sebuah acara khas ibarat satu pengiktirafan buat mereka dan peluang itu tidak akan disia-siakan sama sekali.

Malam ini, bertempat di Auditorium Perdana, Angkasapuri, artis daripada generasi baru dan lama berpadu suara menjayakan konsert Sudirman... Abadi Di Hati terbitan RTM. Antara barisan artis terpilih ialah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, Adibah Noor, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Alyah, Bob, Shila Amzah, Tomok, Black, Aril dan dan Rey. Konsert selama dua jam itu menampilkan konsep persembahan secara kronologi iaitu berdasarkan album pernah arwah hasilkan, sejak album pertama berjudul Teriring Doa hingga ke album terakhir, Penghibur No 1 Asia, yang memuatkan lagu popular, One Thousand Million Smiles.

Bagi Sharifah Aini, dipilih menjayakan konsert itu sudah cukup untuk membuatkan dirinya teruja. Memilih tiga lagu untuk didendangkan, satu daripadanya ialah lagu Melayu Deli berjudul Anak Dagang.

"Kak Pah pilih lagu Anak Dagang kerana ia berentak Kemelayuan dan Kak Pah memang sukakan melodinya," katanya yang akan turut menyanyikan lagu Merisik Khabar dan Terasing untuk persembahan itu.

Turut teruja mengadakan persembahan tribute itu ialah Alyah. Sebagai peminat, pastinya peluang itu diterima penyanyi ini dengan senang hati.
"Alyah memang minat sangat dengan Allahyarham. Lirik lagunya pula cukup menyentuh perasaan," ujarnya yang akan menyampaikan lagu Jauh Di Sudut Hati.

Pendapat Alyah itu turut disokong Adibah Noor, sekali gus menyifatkan lirik lagu nyanyian Allahyarham memang mempunyai kuasa sehingga ia melekat di ingatan peminat sehingga ke hari ini.

"Kekuatan Allahyarham sebenarnya terletak pada lagunya, terutama lirik yang ditulis Habsah Hassan. Semuanya mempunyai cerita tersendiri dan dekat dengan pendengar," katanya.

Memilih lagu Hujan dan One Thousand Million Smiles untuk dinyanyikan, Adibah berkata, lagu Hujan dipilih kerana lagu itu jarang dinyanyikan dalam mana-mana majlis.

Sementara itu, generasi baru yang terbabit dalam konsert itu rata-rata melahirkan rasa bertuah kerana menjadi pilihan. Shila antara mereka yang cukup seronok apabila berpeluang menjayakan konsert yang diiringi Orkestra RTM itu.

"Ketika Allahyarham meninggal, saya baru berusia dua tahun. Saya mula mengenali hasil kerjanya selepas terbabit dalam bidang seni. Pada saya, Allahyarham memang unik dan dia berani mencuba sesuatu yang berlainan," katanya yang akan menyampaikan lagu Gerimis Di Lautan dan Si Jali-Jali, berpadu suara bersama Bob.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Teh mampu kurang tekanan darah tinggi

Posted: 23 Feb 2012 06:47 PM PST

image Teh mampu kurang tekanan darah tinggi

SYDNEY – Berita baik kepada penggemar teh, bahawa kajian dari Universiti Australia Barat dan Unilever mendapati dengan mengamalkan pengambilan tiga cawan teh sehari mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Bagaimanapun, berdasarkan penemuan itu, ketua penyelidik, Profesor Jonathan Hodgson masih tidak dapat memastikan keberkesanannya jika individu memilih untuk meminum teh hitam atau menambah susu dalam minuman tersebut.

Teh merupakan minuman kedua pilihan masyarakat dunia selepas air kosong kerana ia kaya dengan zat kimia polifenol, antioksida yang mampu menghentikan pertumbuhan sel kanser.

Kajian dari Universiti Harvard mendapati minuman itu juga mampu meningkatkan sistem imun seseorang .

"Pada masa yang sama, kita juga perlu mengurangkan pengambilan garam dan memakan lebih banyak buah dan sayur-sayuran bagi mengekalkan kesihatan fizikal di samping berkesan untuk menurunkan tekanan darah," jelas Hodgson.

///sinarharian///

Melacur kumpul duit kahwin

Posted: 22 Feb 2012 07:47 PM PST

Pelayan pusat karaoke beri alasan ketika ditahan selepas layan pelanggan

JOHOR BAHRU: Seorang pelayan pusat karaoke mendakwa terpaksa menawarkan khidmat seks ketika bekerja di situ, bagi mengumpul wang untuk membiayai majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung beberapa bulan lagi.Alasan itu diberikan ketika anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Johor menyerbu sebuah bilik hotel bajet terletak di belakang pusat karaoke tempat wanita itu bekerja, dekat Jalan Tun Abdul Razak di sini, awal pagi semalam.Ketika ditahan, wanita terbabit baru saja selesai melayan seorang lelaki yang melanggannya ketika mengunjungi pusat karaoke berkenaan.

 Melacur kumpul duit kahwin

POLIS menyoal siasat wanita yang dipercayai menawarkan khidmat seks dalam serbuan di hotel bajet di Johor Bahru, semalam

Sebaik ditahan, wanita berusia lingkungan 20-an itu menangis meminta dilepaskan kerana bimbang perkahwinan yang dirancangnya beberapa bulan lagi musnah jika kegiatan itu diketahui tunangnya.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan, Mohammad Abd Hamid, berkata serbuan dilakukan mulai jam 12 malam selepas mendapat maklumat awam dan hasil risikan berhubung kegiatan pelacuran yang ditawarkan pusat karaoke terbabit.

Katanya, dua pelayan wanita tempatan yang bekerja di pusat karaoke itu disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggan mereka dan penjaga pusat karoke terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut.
"Modus operandi yang digunakan lebih kurang sama dengan pusat hiburan eksklusif yang diserbu baru-baru ini, apabila pelayan menawarkan khidmat seks ketika berada di dalam bilik karaoke sebelum menjadikan hotel murah berdekatan untuk melampiaskan nafsu untuk menutup kegiatan mereka.

"Di sini, tawar menawar dibuat antara pelanggan dengan penjaga pusat karoke itu, sebelum persundalan dilakukan di hotel murah kira-kira 20 meter di belakang pusat terbabit dengan bayaran RM250," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pelacuran, manakala penjaga premis ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 372(1)(F) kanun sama.

"Operasi berterusan akan terus dilakukan bagi memastikan aktiviti persundalan dan jenayah lain dapat dibanteras.

"Maklumat dan kerjasama daripada orang ramai diperlukan untuk membantu polis menangani kegiatan jenayah," katanya.

///bharian///

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Intan Ladyana yakin diri

Posted:

Intan Ladyana yakin diri

Intan Ladyana yakin diri

AWAL kemunculannya dengan filem Tipah Tertipu The Movie (2006) dan Jangan Pandang Belakang (2007) aktres Intan Ladyana tidak memberi keyakinan yang tinggi buat peminat filem dan drama tempatan.

Lakonannya ketika itu, agak kaku dan keras, namun selepas terlibat dalam sembilan naskhah filem, Intan semakin matang, lakonannya juga semakin meninggalkan kesan buat penonton sehingga dia tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Bini-Biniku Gangster pada Festival Filem Malaysia ke-24 yang lepas.

Meskipun tewas kepada aktres Faezah Ilai, kata Intan yang ditemui pada majlis pratonton filem terbaharu lakonannya Adnan Sempit 2, pencalonannya itu membuktikan bakat lakonannya diiktiraf setanding dengan aktres senior Fauziah Datuk Ahmad Daud yang turut tercalon dalam kategori yang sama.

"Kalau teruk sangat saya berlakon tidak mungkin saya akan tercalon dalam Festival Filem Malaysia (FFM). Mungkin dulu lakonan saya tidak berapa bagus tetapi saya belajar daripada setiap filem yang saya lakonkan. Saya juga merasai peningkatan mutu lakonan saya berbanding sebelum ini.

"Mungkin orang yang mengatakan lakonan saya masih di tahap yang sama, mereka tidak mengikuti perkembangan saya. Dalam filem seram Flat 3A, watak itu berat dan cukup berbeza dengan watak yang pernah saya bawa sebelum ini," ujarnya yang merupakan kekasih kepada aktor Kamal Adli.

Bercakap mengenai pelapis baharu yang muda dan berjaya mengecapi populariti dalam masa yang cukup singkat, jelas Intan dia tidak melihat situasi itu sebagai satu persaingan, malah dia melihat kewujudan ramai pelapis muda sebagai satu tanda positif buat industri seni tempatan.

"Bakat masing-masing berbeza terpulang kepada rezeki. Bagi saya kemunculan ramai aktres baharu tidak menutup peluang saya, bahkan industri lakonan tempatan memerlukan lebih ramai pelakon baharu., jika tidak nanti di kaca televisyen dan pawagam hanya wajah pelakon yang sama sahaja.

"Alhamdulillah setakat hari ini rezeki saya masih ada dan saya masih sibuk seperti biasa," ulasnya yang merupakan duta produk kecantikan Syurah.

Akuinya kini dia lebih memilih naskhah untuk mengekalkan kualiti profil lakonannya dan enggan melakonkan watak yang sama pernah dibawakan sebelum ini.

"Pertama sekali, sebelum menerima tawaran saya pasti meneliti skrip terlebih dahulu. Jika cerita menarik dan wataknya berbeza saya pasti ambil, saya tidak mahu lagi membawakan watak yang sama. Dalam tiga filem baharu lakonan saya iaitu Flat 3A, Adnan Sempit 2, dan Bini-Biniku Gangster semuanya watak yang berbeza," tuturnya yang masih bernaung di bawah Metrowealth International Group (MIG).

Lebih gedik

Filem Adnan Sempit pertama arahan Ahmad Idham telah meletakkan satu standard yang tinggi apabila filem itu berjaya mengutip RM7.8 juta. Justeru itu harapan tinggi diberikan oleh peminat menerusi sekuel keduanya arahan pengarah Ismail Bob Hashim yang akan mula ditayangkan semalam, 23 Februari lalu.

Tekanan itu turut dirasai oleh barisan pelakonnya termasuk Intan yang memegang watak utama sebagai Nadia. Namun, katanya keserasian yang wujud antara mereka memudahkan proses penggambaran dan kekuatan sekuel Adnan Sempit ini terletak pada jalan ceritanya yang lebih kompleks.


INTAN LADYANA mengaku dia kini lebih yakin dengan kredibiliti lakonannya selepas terbabit dalam banyak drama dan filem sejak beberapa tahun lalu.


"Bagi saya kekuatan sekuel filem ini terletak pada jalan ceritanya. Adnan Sempit yang pertama merupakan pengenalan kepada watak-watak yang ada dalam filem ini, manakala yang kedua berlakunya perkembangan watak.

"Saya akui dalam sekuel ini, watak saya lebih gedik kerana Nadia sudah jatuh cinta dengan Adnan dan sememangnya Nadia merupakan anak yang manja. Tetapi rasanya gedik Nadia tidaklah berlebihan sesuai dengan watak dan karakternya," luahnya yang masih tidak berpuas hati dengan lakonannya dalam filem Adnan Sempit.

Komedi sangat sukar - Sam

Aktor popular Shaheizy Sam yang membawakan watak utama, Adnan memberitahu meskipun sekuel Adnan Sempit diarahkan oleh pengarah yang berbeza ia tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

"Pengarah berbeza untuk dua buah filem, sudah pasti terdapat perbezaan antara kedua-dua buah filem meskipun masih memakai judul yang sama iaitu Adnan Sempit. Masing-masing mempunyai keistimewaan dan yang kedua ini lebih banyak komedi untuk membuatkan orang ketawa," katanya.

Tambah Sam, melakonkan watak Adnan buat kali kedua membuatkannya lebih yakin berbanding yang pertama namun, katanya cukup sukar untuk membuatkan orang ketawa.

"Kali ini saya lebih yakin sebagai Adnan tetapi sukar untuk saya apabila terdapat banyak babak komedi dalam sekuel ini. Menangis lebih senang berbanding untuk membuat orang ketawa, jadi tidak secara langsung ia membuatkan saya sedikit tertekan," balasnya.

Disoal, sejauh mana keyakinannya mengenai kutipan tiket selepas Adnan Sempit pertama berjaya mencipta sejarah sebagai antara filem Melayu terlaris, kata Sam, soal kutipan di luar bidang kuasanya sebagai pelakon.

"Sasaran berapa jumlah kutipan tiket bukan kerja saya, itu kena tanya penerbit. Ketika saya berlakon, saya tidak letak dalam kepala yang filem ini harus lebih kutipannya daripada yang pertama, saya hanya memberi lakonan yang terbaik terpulang kepada penonton yang menonton filem Adnan Sempit 2.

"Harapan saya agar rakyat Malaysia memberi sokongan kepada industri filem tempatan," jawabnya.

Lebih serasi

Pemegang watak Wawa dan Bobby, Yana Samsudin dan Along Cham menjelaskan menerusi sekuel Adnan Sempit mereka semua lebih serasi berbanding yang pertama selepas mereka bergandingan dalam drama siri Adnan Sempit sebanyak 26 episod.


ADNAN SEMPIT 2 merupakan kesinambungan kepada kisah cinta dan kegiatan remaja yang gemar berlumba motor.


"Selepas beberapa kali membawa watak yang sama dan bergandingan orang yang sama keserasian itu wujud dan semua perkara yang sukar menjadi mudah. Ketika penggambaran kami semua seronok, malah pengarah juga menerima idea-idea daripada kami untuk memantapkan lagi filem ini.

"Bagi saya filem Adnan Sempit sebuah filem yang besar kerana ketika Adnan Sempit pertama kebanyakan pelakonnya masih baharu termasuk saya. Tetapi untuk yang kedua, kami semua sudah ada lebih pengalaman dan sangat berharap agar filem ini berjaya memikat hati penonton," tuturnya.

Along Cham yang membawakan watak Bobby kekasih kepada watak Wawa mengakui tekanan yang dihadapi oleh produksi filem Adnan Sempit 2 kerana mereka harus mengekalkan momentum Adnan Sempit pertama.

"Banyak perkara yang harus diambil berat, kami tidak boleh melakukan lawak yang klise yang ada dalam Adnan Sempit pertama, nanti penonton bosan. Sebab itu apabila di set penggambaran pelbagai idea gila muncul daripada kami, pelakon-pelakon. Menariknya, pengarah, mengambil kira idea kami, itu yang seronok bekerja dengan abang Bob," luahnya.

Lebih banyak dialog - Angah

Menerusi Adnan Sempit, Angah Raja Lawak yang memegang watak Ismat tidak mempunyai banyak dialog, bagaimanapun setiap kali kemunculannya dengan hanya menyanyi lagu karaoke mengikut mood cerita begitu memikat hati penonton.

Oleh itu dalam Adnan Sempit 2, wataknya dikembangkan sebagai rakan kongsi perniagaan bersama Bobby dan lebih banyak dialog diberi kepadanya.

"Lebih banyak aksi komedi yang dihidangkan dalam sekuel filem Adnan Sempit, saya juga dapat lebih banyak dialog daripada menyanyi karaoke di gerai makan sekarang saya juga mempunyai perniagaan bersama Bobby.

"Mungkin orang yang menonton akan dapat lihat perbezaan antara kedua-dua filem tetapi bagi saya, kedua-dua buah filem Adnan Sempit pertama dan kedua sangat istimewa. Harapan saya agar orang yang menonton terhibur," jawabnya,

Roslan diminta pulangkan baju

Posted:

Roslan diminta pulangkan baju

Roslan diminta pulangkan baju

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


ROSLAN SHAH


NAMA Roslan Shah kembali hangat pada tahun 2012 ini selepas sebuah butik mengadu dan mendakwa pengacara popular itu tidak memulangkan baju tajaan dalam tempoh masa yang lama.

Pemilik butik Roy Busana Anggun itu mendakwa sanggup menaja buat pertama kalinya pakaian dan juga dekorasi majlis sambutan hari jadi Roslan Shah yang ke-41 pada 17 November lalu atas dasar sudah mengenali Roslan selama 14 tahun.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini Roslan didakwanya masih belum memulangkan baju tajaan tersebut menyebabkan pemilik butik berkenaan terpaksa berdepan dengan beberapa pelanggan yang ingin menyewa baju itu.

Bagi mengesahkan perkara itu Selasa lalu, Kosmo! menghubungi pemilik butik berkenaan, Datuk Roy Azman yang nyata kecewa dengan sikap Roslan itu.

Boleh Datuk ceritakan mengenai Roslan yang dikatakan tidak memulangkan baju yang ditaja sehingga kini?

Atas dasar kawan dan sudah mengenali dia selama 14 tahun sejak di Singapura lagi saya sanggup menaja pakaian Roslan dari hujung rambut sampai hujung kaki yang bertemakan Arab pada sambutan hari jadinya di Restoran Cerana, Cheras. Malah, saya juga menaja dekorasi pentas pada malam itu. Namun, selepas majlis tersebut tamat dia tidak memulangkan baju tersebut menyebabkan sukar untuk pelanggan lain menyewa baju tersebut.

Sepatutnya berapa lama tempoh Roslan patut meminjam dan memulang baju tersebut?

Sepatutnya sejurus majlis tamat dia pulangkan tetapi sehingga kini dia masih belum pulangkan baju tersebut. Dah masuk tiga bulan baju tersebut tidak dipulangkan.

Adakah pihak Datuk menghubungi Roslan untuk memulangkan baju tersebut?

Pembantu saya ada hubungi dia beberapa kali dan menyuruhnya memulangkan baju dan dia menyatakan akan berbuat demikian tetapi sehingga kini kami masih tidak menerima baju tersebut.

Berapakah jumlah tajaan Datuk kepada Roslan?

Untuk baju Roslan RM3,500 manakala untuk dekorasi majlis sebanyak RM5,000.

Adakah Datuk terkilan menaja Roslan dan apakah di masa depan Datuk serik untuk menaja Roslan dan artis-artis lain selepas apa yang berlaku?

Saya dan dia baik dan saya tidak mahu perkara sebegini merosakkan hubungan baik kami. Roslan juga sudah banyak menjayakan majlis-majlis yang dianjurkan butik saya. Saya tidak akan serik untuk menaja dia dan juga artis-artis lain selepas ini walaupun berdepan dengan perkara sebegini.

Selain Roslan siapa lagi artis yang pernah Datuk taja?

Saya pernah taja Mimi Haris (Mystarz LG), Mas Idayu, artis-artis Luncai Emas dan terbaharu, penyanyi Abot.

Apakah harapan Datuk terhadap Roslan?

Saya harap Roslan dapat memulangkan baju tersebut untuk memudahkan saya menyewakannya kepada pelanggan lain pula.

Konsert kronologi Sudirman

Posted:

Konsert kronologi Sudirman

Konsert kronologi Sudirman

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


ALYAH antara artis terkenal yang turut menjayakan Konsert Sudirman... Abadi Di Hati.


PEMERGIAN seniman legenda negara, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad sehingga kini masih meninggalkan kesan mendalam buat peminat-peminat di Malaysia. Disebabkan itu, Sudirman masih dikenang dan dihargai sehingga ke hari ini biarpun dia sudah meninggal dunia pada 22 Februari 1992 akibat komplikasi radang paru-paru.

Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi mengadakan konsert buat Sudirman yang diberi judul Abadi Di Hati di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur, pada pukul 9 malam ini.

Konsert yang berdurasi dua jam itu akan menampilkan barisan penyanyi baharu dan lama sempena 20 tahun pemergian Sudirman.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik RTM, Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus, konsert Sudirman itu adalah usaha berterusan yang dilakukan oleh RTM buat mengenang penyanyi legenda itu.

"Semuanya bukan mudah untuk dilakukan tanpa komitmen jitu daripada pelbagai pihak dalam memartabatkan industri seni kreatif ke tahap lebih tinggi," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar majlis pelancaran Konsert Sudirman...Abadi Di Hati yang akan berlangsung di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri.

Sementara itu, penerbitnya, Ain Sabrina Onn memberitahu, penerbitan konsert penghargaan pada kali kedua ini lebih sentimental dan istimewa berbanding Konsert Suara Hati Sudirman di Stadium Malawati, Shah Alam, pada 2007 lalu.

"Ini adalah kali kedua saya bertindak sebagai penerbit konsert penghargaan Sudirman. Untuk konsert kali ini, ia lebih istimewa dan sentimental berdasarkan pemilihan lokasi dan pengisian konsert itu sendiri.

"Allahyarham bermula sebagai johan Bintang RTM pada 1976, jadi kita pilih lokasi ini sebagai mengimbau kenangan tersebut.

"Sebanyak 24 lagu dipilih mengikut kesesuaian kronologi seni Allahyarham daripada album pertama hingga terakhir. Ia bakal dipersembahkan oleh 11 penyanyi popular, baharu dan lama," tuturnya mengenai intipati konsert berkenaan.


ORKESTRA RTM merupakan nadi utama Konsert Sudirman...Suara Di Hati yang berlangsung pada malam ini.


Konsert Sudirman...Abadi Di Hati akan menampilkan karya-karya seni Penghibur Nombor 1 Asia dan Juara Bintang RTM 1976 itu secara kronologi bermula daripada album-album yang pernah dihasilkan iaitu Teriring Doa (1977), Aku Penghiburmu (1978), Perasaan (1979), Anak Muda (1980) hingga ke album terakhir.

Artis yang bakal menjayakan persembahan terbabit adalah Adibah Noor, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Alyah, Bob, Shila Amzah, Tomok, Black, Aril dan penyanyi kelahiran program Bintang RTM, Rey manakala pengacara pada konsert itu pula ialah Didie Alias dan Saiful Apek.

Jelas Ain, pihaknya juga akan menampilkan beberapa sedutan klip rakaman eksklusif Allahyarham daripada arkib RTM pada malam konsert sebelum lagu-lagunya dipersembahkan oleh penyanyi-penyanyi yang terlibat.

"Malah, kita turut merancang untuk mengundang semua komposer, penerbit dan individu penting yang pernah bekerjasama dengannya sepanjang penghasilan album-album Allahyarham menghadiri konsert ini," katanya lagi.

Bakal diketuai oleh pengarah muzik Luqman Abdul Aziz, konsert itu akan diiringi 40 pemuzik Orkestra RTM.

Ia merupakan konsert pertama daripada lapan konsert orkestra yang dirancang bagi mengisi kalendar Siri Orkestra 2012 RTM pada tahun ini.

Hadir sama ialah Pengarah Perkhidmatan Muzik, Datuk Mokhzani Ismail dan Penerbit Perkhidmatan Muzik, Ali Shaib.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Bakal cipta sejarah

Posted: 23 Feb 2012 05:14 AM PST

ZAINAL Abidin, Jamal Abdillah, Amy Search dan Datuk Sheila Majid punya lakaran sejarah tersendiri di dalam peta hiburan Malaysia. Puluhan tahun bertahan, bukan semua artis mampu berbuat demikian. Mereka antara legenda seni kita yang masih bernafas untuk terus menghibur warga kita.

Idea untuk berkongsi pentas disambut baik mereka. Langsung mereka digabungkan di dalam sebuah konsert, The Legendary Concert 2012 - Dulu, Kini dan Selamanya yang dijangka mencetus sejarah baru industri muzik tanah air bermula 5 Mei depan. Bukan calang-calang persembahan kerana bukan sahaja empat artis berpengalaman malah menampilkan empat genre muzik berlainan.

Konsert lima lokasi ini dianjurkan oleh Afro Inang Worldwide dan Research Venture Lab Sdn Bhd.

Penyanyi yang popular dengan lagu Ikhlas Tapi Jauh dan Hijau, Zainal, 53, berkata, pihaknya menerusi Afro Inang Worldwide sudah buat kajian mendalam mengenai konsert legenda itu selama dua tahun termasuk membabitkan pasaran muzik tempatan ketika ini.


"Hasil kajian mendapati, peminat usia 15 hingga 25 tahun akan menonton konsert ini kerana ia mengimbas nostalgia buat mereka. Selain itu, ramai peminat yang tidak ingin melepaskan peluang menonton konsert legenda ini kerana mereka membesar dengan lagu-lagu kami dari dulu hingga sekarang," katanya.


Secara peribadi, Zainal juga percaya sudah sampai masanya, penghibur bertaraf legenda seperti mereka berkongsi pentas dalam satu konsert serta memberikan impak pada masyarakat.

"Jika saya dikenali dengan sumbangan pada alam sekitar, Jamal pula, walaupun hidupnya penuh ranjau dan duri tapi dia tetap berdiri sampai hari ini. Manakala, Amy pula banyak mendekati golongan mat rempit dan Sheila pula dengan program amal dan kesihatannya.

"Jika nak diikutkan, Amy dan Jamal dan sudah mampu buat konsert solo kerana pengaruh mereka yang cukup besar dan menarik ribuan peminat," katanya.
Zainal juga melihat gabungan mereka berempat mampu menarik lebih ramai peminat.

"Sekurang-kurangnya seramai 40,000 peminat dalam satu konsert. Maklumlah, masing-masing mempunyai peminat tersendiri. Namun, bila kita lihat pasaran muzik sekarang, artis seperti kami nak tarik 10,000 peminat pun susah dalam satu masa," katanya.

Pada masa sama, kata Zainal, dia juga mengikuti perkembangan muzik tiga lagi penghibur yang juga rakan seperjuangannya itu.

"Jamal adalah penghibur paling senior kerana dia memulakan karier nyanyiannya pada 1979. Selepas itu, barulah saya, Amy dan Sheila pula mengikut jejaknya menceburi bidang nyanyian.

"Saya memang teruja hendak berkongsi pentas dengan Jamal kerana belum pernah mengadakan konsert dengannya sebelum ini," katanya.

Diminta komen gandingannya dengan Sheila pula, kata Zainal, mereka memang pasangan serasi apabila bergandingan di atas pentas.

"Terus terang, kami tidak ada agenda lain bila bekerjasama kerana masing-masing sudah berkahwin dan ada keluarga sendiri. Ramai peminat yang suka dengan gandingan kami di pentas.

"Muzik kami juga tidak keterlaluan dan ada identiti tersendiri. Setiap artis akan menyampaikan enam lagu solo dan kami berempat akan berduet satu lagu Ikhlas Tapi Jauh," katanya.

Bagi Jamal, 53, pula, dia tidak ingin lepaskan peluang menjayakan konsert legenda itu kerana ia adalah pentas untuk mereka membuktikan kehebatan masing-masing.

"Saya juga menjanjikan yang terbaik pada konsert itu nanti. Sudah pasti saya berdebar kerana ketiga-tiga mereka juga ada kekuatan tersendiri. Dari segi persiapan, saya memang sentiasa bersedia untuk menjayakan mana-mana persembahan atau konsert.

"Saya juga akan menyampaikan enam lagu popular saya khusus untuk menghiburkan peminat nanti. Selain itu, saya juga ada kejutan dalam segmen khas kerana ia bukan konsert yang biasa yang pernah dijayakan sebelum ini," katanya.

Manakala Amy, 54, yang tampil solo dalam konsert itu berkata, dia memang menanti peluang bekerjasama dengan tiga lagi penghibur hebat itu.

"Walaupun saya lebih berusia daripada mereka, dari segi pembabitan dalam bidang seni, sayalah yang paling junior dalam bidang muzik. Namun, saya memang mengagumi dan mengikuti perkembangan muzik Zainal, Jamal dan Sheila, sejak dulu.

"Bukan mudah untuk menggabungkan kami berempat dalam satu konsert berskala besar ini. Ia memerlukan persefahaman antara kami. Apa yang saya boleh katakan gabungan kali ini adalah yang terbaik dan bakal mencetuskan fenomena dalam industri. Rangkaian lagu yang disampaikan ialah lagu solo dan medley," katanya.

Satu-satunya penyanyi wanita dalam konsert ini, Sheila, 47, yang juga paling bongsu berkata, dia juga tidak sabar berkongsi pentas dengan tiga lagi penghibur seperjuangannya itu.

"Contohnya, saya sendiri memang meminati Jamal dan baru sekarang berpeluang mengadakan konsert dengannya. Seperti biasa, saya akan sampaikan lagu popular yang juga lagu wajib seperti Sinaran, Antara Anyer dan Jakarta dan sebagainya lagi.

"Saya juga berasa terpanggil untuk menjayakan konsert ini kerana sebahagian daripada hasil kutipan akan disalurkan untuk rumah kebajikan pilihan masing-masing. Justeru, peminat datanglah beramai-ramai kerana selain berhibur, kita juga membantu golongan kurang bernasib baik di luar sana," katanya.

Konsert Legenda membabitkan lima lokasi iaitu bermula di Stadium Larkin, Johor Bahru pada 5 Mei, diikuti Stadium Likas, Kota Kinabalu (19 Mei), Stadium Kuching, Kuching (26 Mei), Pulau Pinang (23 Jun) dan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (30 Jun).



Prihatin persatuan

Posted: 23 Feb 2012 05:06 AM PST

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di sebalik cahaya glamor dunia hiburan, ada sebahagian karyawan seni terpinggir dan menderita terutamanya mereka yang bergelar veteran. Walaupun tidak semua, masih ada yang terkial-kial berlakon serta melakukan kerja lain selagi termampu bagi meneruskan kelangsungan hidup pada usia emas mereka.

Episod derita ini turut dirasai Datuk Yahya Sulong yang sudah lama menghidap asma dan pelbagai penyakit lain. Pelakon berusia 84 tahun ini sedang terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang sejak Isnin lalu selepas terjatuh dalam bilik air. Dia kini ditemani isterinya, Datin Alisah Ali, 65, yang setia menjaganya biarpun terpaksa berulang-alik dari Bandar Baru Sentul ke Ampang.

Mujur ia mendapat reaksi segera persatuan hiburan yang bersimpati. Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang diterajui oleh presidennya, Datuk Freddie Fernandez, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang diwakili oleh Pemangku Timbalan Presiden, Zed Zaidi serta Pemuda Umno Malaysia menerusi Pengerusi Biro Kebudayaan & Kesenian, Jamawi Jaafar segera hadir menghulur sumbangan, Rabu lalu.

Tiada kata yang mampu diluahkan Datin Alisah sebaik menerima sumbangan ini. Tidak suka meminta-minta, namun dia juga tidak menolak setiap sumbangan yang diberikan kerana sekurang-kurangnya boleh menampung kos sepanjang suaminya mendapat rawatan.


"Kami tak suka dan malu untuk menerima sumbangan kerana takut dikatakan gemar meminta-minta. Sikit-sikit nak bantuan. Tapi kami akur hidup kami memang susah. Suami pernah bercakap perkara ini dan mengeluh. Dia memang susah hati dan menggelabah memikirkan soal kewangan. Tapi saya minta dia jangan menyerah dan teruskan berjuang untuk hidup.


"Bahkan kami pernah berbual mengenai soal kehidupan. Ada sekali suami tanya saya, kalau diberi pilihan siapa yang nak pergi dulu (meninggal dunia)? Maaf cakap, saya nak dia kerana jika saya yang pergi dulu, siapa yang akan menguruskan hidupnya? Kami kahwin sejak 1978 dan kami hidup bersama dengan duit pencen bekas isteri pertama dan bantuan Baitumal.

"Dengan duit inilah, saya berjimat cermat untuk menampung kehidupan kami. Apabila ada pihak bagi sumbangan, saya sangat bersyukur dan mengucapkan terima kasih. Sekurang-kurangnya ada yang ambil berat dan mahu membantu kami," katanya yang kelihatan cuba mengawal emosi sedih di depan mereka yang hadir.

Bercerita mengenai sumbangan yang disampaikan, Freddie berkata, ini bukanlah kali pertama Karyawan memberikan sumbangan buat Yahya Sulong. Tahun sebelum ini pun, mereka sudah melawatnya dan memberikan sumbangan ketika dia dimasukkan ke hospital.

"Inilah tanggungjawab kami sebagai persatuan artis kerana kami perlu sentiasa jaga kebajikan ahli serta terus membantu seperti dalam kes ini. Sudah banyak artis yang dibantu. Kami harap Yahya akan segera sembuh daripada penyakitnya. Dari segi dana untuk tabung bantuan pula, kami sudah ada beberapa cadangan untuk mencari wang.

"Sudah ada dermawan yang menyatakan kesudian untuk membantu golongan artis yang tidak bernasib baik. Kami mengalu-alukan sesiapa juga yang sudi untuk bekerjasama dengan kami mengumpul dana untuk teruskan aktiviti kebajikan. Kami mahu ada kesinambungan untuk membantu kerana ada artis yang tidak bekerja.

"Memang ada antara artis veteran mempunyai anak-anak, tetapi kadangkala mereka ada masalah sendiri dan tidak mampu untuk bantu. Selagi boleh, kami akan teruskan aktiviti begini kerana jika dilihat, industri nyanyian semakin tenat. Kita semakin kekurangan peluang untuk buat rakaman. Album juga tidak boleh dijual macam dulu. Kami perlu berfikir idea baru untuk bantu industri muzik," katanya.

Sementara itu, Zed sering bekerjasama dengan Jamawi dalam misi membantu penggiat seni tempatan. Sudah banyak program dilakukan sebelum ini, antaranya bantuan buat keluarga Allahyarham Datuk Ahmad Jais, Faizal Yusof, Latif Ibrahim dan terbaru buat seniwati Azean Irdawaty.

"Seniman berikan bantuan dan dalam masa sama buat surat sokongan kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menerusi Finas untuk artis ini dapat bantuan lain. Kami mahu lakukan sesuatu untuk meringankan beban penggiat seni. Dana untuk tabung ini dicari dengan pelbagai program.

"Terkini, kami dan Pemuda Umno akan mengadakan Karnival Muzik Belia & BN Youth Music pada 3 dan 4 Mac ini yang akan berlangsung di The Curve, Damansara. Pelbagai aktiviti menarik membabitkan persembahan artis dan seni akan diadakan. Perdana Menteri akan hadir pada 4 Mac dan kami sudah menyiapkan memorandum tiga usul berkaitan kebajikan artis untuk disampaikan kepada beliau," kata Zed.
Sementara itu, Jamawi yang turut terpanggil menghulur bantuan ini berkata: "Sebelum ini Pemuda Umno banyak bekerjasama dalam bentuk program. Tetapi selepas berbincang mengenai keperluan Seniman, kami berpendapat artis veteran dan yang sakit perlu dibantu. Kami dan Seniman akan menziarah 22 artis selepas ini untuk menyampaikan sumbangan. Ia membabitkan artis veteran dan baru kerana kami menghargai peranan artis dalam menghibur masyarakat."