Adsense

Rabu, 25 Januari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Senarai Laman Perkongsian Yang Di Tutup

Posted: 25 Jan 2012 09:19 AM PST


Ini merupakan senarai / status terkini laman-laman perkongsian yang telah bertindak menamatkan sebahagian perkhidmatan mereka bertitik tolak tindakan FBI terhadap Megaupload sebelumnya;
  1. 4shared: Mass deletion
  2. FileJungle (Owned by FileServe): Closed affiliate program, Mass deletion, Testing USA IP blocking
  3. FilePost: Started suspending accounts with infringing material (doing what Hotfile did)
  4. FileServe: Closed affiliate program, Mass deletion
  5. FileSonic (Owned by Fileserve): Closed file-sharing completely
  6. MediaFire: has started to delete files & accounts
  7. MegaUpload: Closed by FBI
  8. MegaVideo: Closed by FBI
  9. UploadStation (Owned by FileServe): Mass deletion, Testing USA IP blocking, losed affiliate program, Closed file-sharing completely (23 Jan)
  10. UploadBox: Closed, (UploadBox file hosting service is no longer available. All files will be deleted on January 30th. Feel free to download the files you store with UploadBox until this date.)
  11. Uploaded: Banned USA IP addresses
  12. VideoBB: Closed affiliate program, Mass deletion
  13. VideoZer: Closed affiliate program, Mass deletion
  14. Wupload: Closed affiliate program
  15. x7.to: Closed
ZoOM : So Hai Hai Bye...Bye.... Nak Buat macam mana....beli la yang original...



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Zarynn Min Masih Belum Popular Macam Artis Lain

Posted: 25 Jan 2012 09:06 AM PST

NAMANYA mungkin tidak popular atau menjadi perhatian ramai seperti Noor Neelofa, Siti Saleha mahupun Puteri Sarah. Namun, pembabitan Noraszarinawati Tumin atau mesra dengan panggilan, Zarynn Min dalam lakonan bukanlah asing. Sudah banyak drama dan watak dilakonkannya sebagai anak seni.

Biarpun pembabitan itu sudah sedekad lamanya, tetapi pencapaian Zarynn untuk bakatnya diiktiraf dalam majlis anugerah tempatan masih belum kesampaian.
Namun, itu tidak sedikit pun membuatkan dia berputus asa untuk terus menyumbang keringat dalam industri seni.

Baginya, mungkin belum rezeki lagi. Bagaimanapun, Zarynn amat berbesar hati tatkala dia mendapat pencalonan di Asia TV Awards 2011 dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik yang berlangsung pada 8 Disember lalu.

"Sekalipun tidak menang, saya sudah bersyukur sangat kerana nama dicalonkan.
Maklum sajalah, ia pencalonan pertama yang pernah saya terima sepanjang menjadi pelakon. Bahkan, kalau difikir siapalah saya untuk bersaing dengan pelakon hebat wanita dari negara Asia lain seperti Singapura dan Taiwan.
 
"Justeru, pencalonan itu nyata satu pengiktirafan besar yang boleh membantu menguatkan lagi kehadiran saya dalam bidang lakonan tempatan. Saya tidak mengharapkan kemenangan biarpun siapa yang tak mahu membawa pulang anugerah berprestij seperti itu.

"Namun, saya akur saingan dihadapi adalah sengit. Apapun, saya sudah cukup berterima kasih apabila nama dicalonkan. Menang atau kalah, adat bertanding kerana semuanya bergantung pada rezeki ditetapkan tuhan," kata Zarynn.

Me
nurut Zarynn, dia sendiri tidak pernah menyangka namanya mampu tersenarai dalam kelompok 'Top 5' di Asia TV Awards 2011 lalu berikutan dia tidak pernah dicalon dalam mana-mana anugerah di negara ini.

"Saya sedar nama masih tidak popular mana. Jadi, apabila mendapat tahu diri
tersenarai dalam Asia TV Awards 2011 tentulah sukar untuk mempercayainya.
Namun, saya memandang dari sudut positif iaitu juri sudah membuat penilaian.
Mungkin, ada kekuatan pada watak lakonan saya.

"Bahkan, pencalonan itu adalah permulaan yang bagus untuk perjalanan karier saya. Maklumlah, saya lebih cenderung melakonkan watak pelakon pembantu berbanding peranan utama. Justeru, mungkin selepas ini peluang saya lebih cerah dan lakonan makin menyerlah.

"Apapun, pembabitan saya dalam lakonan bukan untuk mengejar populariti atau anugerah. Saya berlakon kerana minat dan jika menang anugerah, itu adalah satu bonus pada diri ini. Namun, seperti saya katakan untuk meraih anugerah itu bergantung pada rezeki," katanya.

Tida
k terlalu cerewet dalam pemilihan watak, Zarynn berkata, sama ada peranan utama atau pembantu yang penting adalah sejauh mana seseorang pelakon itu mampu menjiwai karakter. Ujarnya dia sekadar memikirkan mahu memberi yang terbaik dalam setiap lakonannya.

Masih belum meraih sinar untuk membintangi filem, Zarynn berkata dia sedar sejauh mana kemampuan diri. Menurutnya, dia sudah bersyukur dengan tawaran berlakon drama yang diraih. Kata anak bongsu dalam keluarga ini, berlakon filem cabarannya lebih besar.

Katanya, dia bimbang apakah ada penonton akan menyaksikan lakonannya di layar perak nanti. Oleh itu, biarlah dia di tahap sekarang dan sekiranya ada rezeki
berlakon filem, dia takkan menolak. Apa yang penting, watak ditawarkan itu sesuai.

Selesa hidup bersendirian lagi, Zarynn berkata, buat masa ini dia selesa menumpukan sepenuh perhatian untuk memantapkan karier lakonannya dulu. Ujarnya, bukan dia tidak mahu berumah tangga dan berkeluarga, tetapi soal jodoh biarlah Tuhan yang menentukan. Sampai masa, takkan ke mana.

Info :Hmetro Online

ZoOM : Kurang Gossip memang lambat sikit nak naik dik...sabar ler ye...rezeki ada di mana-mana. Jangan naik kerana gossip panas macam artis Tutttttttttt... :)

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Harun Salim Bachik Nafi Letak Jawatan Presiden Seniman

Posted: 25 Jan 2012 08:59 AM PST

PETALING JAYA: Pelawak dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik menolak dakwaan dia bakal melepaskan jawatan itu kerana gagal melaksanakan perubahan besar sejak menggalas jawatan itu pada 2009.

Pemilik nama sebenar Haron Aminar Rashid Salim, 52, itu berkata dia berasa hairan dan kecewa dengan khabar angin yang timbul kerana boleh menjejaskan reputasinya sebagai ketua persatuan itu pada mata umum.

"Saya terkejut apabila dakwaan (meletakkan jawatan) ini timbul sedangkan saya tidak pernah berkata apa-apa atau memberikan sebarang kenyataan.
"Siapalah yang membawa mulut tentang perkara ini, walhal saya sendiri tidak tahu-menahu," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu.

Harun dilantik sebagai Presiden Persatuan Seniman selepas menewaskan Datuk Mustapha Maarof dengan kelebihan 78 undian pada Mesyuarat Agung Tahunan pada 18 Disember 2009.

Harun memegang jawatan itu bagi tempoh tiga penggal yang dijangka berakhir pada hujung tahun ini.

Ketika ditanya pernah atau tidak terdetik perasaan kecewa dan terkilan sepanjang bergelar Presiden, Harun berkata perasaan kecewa apabila kepimpinannya dipertikaikan oleh ahli persatuan itu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk terus menggalas tanggungjawab tersebut.

"Sejujurnya memang ada juga perasaan kecewa dengan kepimpinan saya sendiri dan perjalanan persatuan tetapi belum lagi sampai ke tahap hendak meletakkan jawatan.
"Jika sekalipun saya hendak meletakkan jawatan, ia tidak semudah yang diperkatakan kerana ia melibatkan semua ahli dan bukan keputusan individu," katanya.

Harun berkata kesetiaan terhadap persatuan itu tidak akan berganjak walaupun dia lagi memegang sebarang jawatan selepas ini.

"Tahun ini adalah tahun terakhir saya memegang jawatan presiden. Sekali pun saya tidak lagi menggalas jawatan presiden selepas ini, saya akan tetap sokong perjuangan Seniman.
"Sama ada berjawatan penting atau ahli biasa, ia tidak akan mengubah pendirian dan kesetiaan saya pada Seniman," katanya.
Info : Mstar

ZoOM : Sape la yang buat Onar ni, iskkk macam-macam la dunia artis di Malaysia sekarang ni. Kalau dengki 1001 cerita dan fitnah yang disebarkan dan dirancang.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Steven Tyler Goda Peserta American Idol

Posted: 25 Jan 2012 08:55 AM PST


SELEPAS dikatakan cuba menggoda Jennifer Lopez dengan berbogel di depan penyanyi wanita itu, rupa-rupanya kenakalan Steven Tyler masih lagi berlanjutan apabila dia cuba memikat salah seorang peserta American Idol bernama Jennifer Diley pada satu uji bakat.

Menurut laporan Aceshowbiz.com, peserta tersebut yang mengenakan baju renang 'bikini' oleh Steve amat kecewa kerana terasa ditipu dengan kata-kata manis juri berkenaan.

Jennifer berkata, dia begitu yakin akan mendapat tempat untuk uji bakat seterusnya apabila Steven yang dipanggil Steve sering memuji kecantikan wajahnya selain memiliki tubuh badan yang menarik.

"Selepas menyanyikan lagu With You milik Jessica Simpson dan Hero yang dipopularkan oleh Mariah Carey, tak sangka pula dia mengkritik nyanyian saya.

"Malah dia sedikit pun tidak memuji saya seperti mana dia menggoda dan memuji tubuh badan saya ini," katanya.

Info : Mstar

ZoOM : NAsib baik dekat Hollywood kalau tak memang teruk kena hentam.. :)


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Aznil Guna 9 Produk Kecantikan Wajah

Posted: 25 Jan 2012 08:21 AM PST

PETALING JAYA: Pengacara Aznil Nawawi mula terdedah dengan penjagaan wajah seawal usia 12 tahun dan sehingga sekarang telah menggunakan sebanyak sembilan jenis produk kecantikan.

Aznil berkata, pada usia tersebut dia sudah mula praktik menggunakan tiga jenis produk wajib iaitu pencuci, penyegar dan pelembap.

"Kebanyakan lelaki selalu menganggap remeh tentang penjagaan wajah mereka. Bagi mereka itu perkara yang leceh.

"Lain pula dengan saya yang sudah mula menjaga wajah pada usia muda. Jika dahulu hanya tiga produk sahaja, sekarang ini saya pakai sembilan jenis yang antaranya seperti krim mata, pemutih, serum, penegang kulit, dan pelindung matahari selain tiga pembersih utama pencuci, penyegar dan pelembap.

"Rasa muka ini seperti bogel pula apabila tidak mengenakan apa-apa," katanya.

Tambah pengacara rancangan Clever itu, dia akan meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk merawat wajahnya sebelum keluar rumah melakukan rutin hariannya.

Dan jika tidak meletakkan sebarang pelembap wajah, risiko untuk terdedah dengan cahaya matahari lebih mudah selain kurang berkeyakinan diri apabila bertemu dengan orang ramai.

"Saya percaya, sesiapa sahaja yang menjaga raut wajahnya akan berasa lebih berkeyakinan berbanding yang tidak berbuat apa-apa. Pada masa yang sama juga kita akan lebih maju daripada segi karier kerana personaliti yang dibawa itu," tegasnya.

Sementara itu, pengacara itu berharap agar kariernya diangkat lebih tinggi dengan melakukan satu kelainan untuk menghiburkan peminat-peminatnya yang terdiri daripada kalangan kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.

"Saya selalu ingin membuat kelainan agar para peminat tidak bosan dengan persembahan saya tidak kira dalam bidang pengacaraan di televisyen mahupun acara konsert.

"Sebab itu Konsert Hore-Hore dianjurkan kerana bagi saya ia satu kelainan apabila seorang pengacara yang membuat konsert, bukannya penyanyi.

"Pada tahun ini, mungkin saya akan melakukan sesuatu di mana akan menjelajah ke setiap negeri selepas menerima respons positif tentang konsert yang dianjurkan bersama pihak Astro pada Mac tahun lalu," ujarnya.




Info : Mstar




Hurm...ZoOM pun guna satu je abang Aznil.. :) patut la awet muda... :)Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Biodata Bella Dan Aiman Pelakon Vanilla Dan Coklat

Posted: 24 Jan 2012 11:34 PM PST



Info Bella

NAMA SEBENAR: Nabilah Ali Dally
NAMA KOMERSIAL: Bella Dally
TARIKH LAHIR: 27 September 1991
KELUARGA: Anak bongsu daripada dua beradik
DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu-Pakistan) dan ibu (Pan Asian-Filipina)
ASAL: Kota Kinabalu, Sabah
PENCAPAIAN: Finalis Pilih Kasih musim pertama, 2009 (menduduki tempat keempat)
DRAMA: Qalisha 2, 6 Progresif, Serapah Darah Bulan Madu, Inspirasi Varsiti, Sehelai Rambut Dibelah Tujuh, Jangan Bunuh Matahariku dan Vanila Coklat
FILEM: Seru dan Gila-Gila Remaja 2 (baru selesai penggambaran)

Info Aiman

NAMA SEBENAR: Aiman Hakim Ridza Abdoh
TARIKH LAHIR: 17 Januari 1989
KELUARGA: Anak ketiga daripada empat beradik
DARAH CAMPURAN: Ayah (Melayu) dan ibu (Arab)
ASAL: Johor Bahru, Johor
PENDIDIKAN: Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) dari Kolej Sunway
KOMERSIAL TV: Brylcreem, Celcom, Milo Fuse dan McDonald's
PENGALAMAN SENI: Mentor 5 (2011) di bawah bimbingan Rahim Maarof, namun tersingkir pada minggu keenam
DRAMA: Kitab Cinta, Kiah Pekasam, Tanah Kubur dan Vanila Coklat
SINGLE: Isyarat Hati ciptaan Adi 6ixth Sense

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Seksi Rozita Che Wan

Posted: 24 Jan 2012 09:23 PM PST

Amboi-amboi makin seksi dan bergaya Che Ita kita ni, peha yang halus dan mulus menjadi bualan dan tatapan jantan-jantan diluar sana. Nak buat macam mana dah artis Malaysia , sudah tentu seantereo yang mengetahui dan mengikuti perkembangan Che Ita.

Mungkin tema malam tu kot, al maklumlah kalau dah majis di kelab sudah tentu kena pakai macam ni, kalau kat kampung sure makcik-makcik jeling-jeling dan Pandang-pandang je.

Kalau tak silap dulu masa mula-mula jadi artis sopan dan ayu je Che Ita kita ni...apa-apa la Che Ita yang
Comel..tapi kena ingat selepas juga...jangan ingat sebelum. Bak kata pepatah "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak Tutttttttt hanya dia yang tahu" . (Pepatah ZoOm kot)



Apa Komen Anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gossip Kaer Bertunang Dengan Gadis Brunei

Posted: 24 Jan 2012 08:22 PM PST

KL,18 JAN 2012: Dalam pada kecoh membicarakan tentang hal perkahwinan rahsia pelakon sensasi Fasha Sandha, Murai Batu telah didatangi dengan banyak kiriman emel dari sahabat nun jauh di Brunei Darul Salam.
Siapakah Gadis Bertuah itu :)

Dari banyak-banyak kiriman tersebut, matlamat persoalan yang disampaikan semuanya adalah sama.
Menerusi kiriman emel berkenaan, rata-rata mahu identiti mereka dirahsiakan dan telah memberitahu Murai Batu cerita sensasi mengenai penyanyi lagu Izinkan Ku Pergi iaitu Kaer Azami.

Agak terkejut Murai Batu membaca kiriman berkenaan yang mendakwa bintang Akademi Fantasia 2 (AF2) itu sudahpun bertunang dengan seorang gadis yang berasal dari Brunei.

Menurut sumber itu lagi, gadis berkenaan juga bukanlah datang dari kalangan orang yang biasa kerana Murai Batu diberi tahu gadis tersebut adalah golongan berada di Brunei.

Wah! Adakah cerita ini betul ?

Apa yang menjadi persoalan di sini, adakah Kaer sengaja mendiamkan diri terhadap majlis itu dan mahu merahsiakan hubungan pertunangan yang dikatakan sudah terjalin lebih tiga bulan?

Majlis pertunangan itu juga dikhabarkan diadakan secara senyap-senyap dan hanya dihadiri oleh jemputan terpilih saja.

Siapa tahu, cerita ini hanya gosip semata-mata dan mungkin juga timbul salah faham.

Yalah, kadang kala orang tersilap pandang seperti apa yang berlaku kepada Marsha yang dikatakan telah pun berkahwin hanya kerana dia memakai baju kahwin bersama seorang lelaki yang tidak dikenali.


Info : Murai.com.my

ZoOM : Kalau Betul apa salah nye...kahwin je kalau dah mampu ...betul tak ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Hani Gebu Peserta Raja Lawak 6 Terima Lamaran AR Badul

Posted: 24 Jan 2012 08:17 PM PST

KUALA LUMPUR, 19 JANUARI 2012: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Mungkin inilah perumpamaan yang boleh Murai Batu berikan kepada ahli kumpulan Gebu iaitu Hani.

Walaupun penyertaan kumpulan Gebu melalui pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) di Astro Warna kurang mendapat perhatian, rezeki Hani atau nama penuhnya Haryani Othman untuk mengembangkan sayap di Malaysia bakal menjadi kenyataan.

Murai Batu dimaklumkan, Hani yang baru saja berumah tangga dengan mendapat penajaan sepenuhnya sepanjang majlis bersejarahnya itu, telah disunting seorang pelakon, pengarah dan penerbit filem dari Malaysia.

Menurut sumber Murai Batu, Hani telah menerima lamaran untuk menjadi heroin untuk sebuah filem terbaru arahan AR Badul.

Wah, hebat betul Hani kerana berjaya memikat hati AR Badul untuk mengambilnya sebagai heroin.

Kalau tak silap Murai Batu, pelakon jelita Nasha Aziz juga pernah berlakon filem arahan AR Badul. Adakah Hani mempunyai aura serupa seperti Nasha? Tepuk dada tanya selera.

Sungguhpun Murai Batu kurang pasti nama tajuk filem berkenaan, Hani sudah bersetuju untuk menandatangani kontrak perjanjian berlakon dalam filem berkenaan.

Murai Batu difahamkan ketika ini pihak produksi AR Badul sedang sibuk menguruskan jadual serta permit istimewa untuk Hani berlakon di sini.

Bagaimanapun, Murai Batu dimaklumkan kebarangkalian Hani untuk menolak berlakon filem ini juga mungkin terjadi.

Kata kawan rapat Hani, sebaik saja tamat MLM, jadual Hani begitu padat dan dia juga adalah antara pelawak Singapura yang sedang popular buat masa sekarang. Macam-macam undangan dia perolehi.

Malah, selain berlakon dan melawak, Hani juga sibuk bertugas sebagai penulis skrip menerusi beberapa program TV hebat terbitan produksi Singapura.Tambah dahsyat, Hani juga menjadi salah seorang tulang belakang kepada kejayaan pengacara hebat Singapura iaitu Najib Ali.

Wah! Murai Batu tidak sangka rezeki Hani begitu murah. Itulah orang kata, gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya.

Jika benar Hani sah menjadi heroin filem itu, ia adalah satu rekod baru dari program MLM. Yelah, bukan saja rating MLM tinggi, malah ia mampu mengembangkan lagi bakat pelawak lama untuk terus berkarya.
Sumber : Murai


 ZoOM : Bukan melamar tau....Tawaran untuk berlakon je :)
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Drama Bersiri Bukan Aku

Posted: 24 Jan 2012 08:08 PM PST



PETALING JAYA: Pelakon drama, Rosnah Johari sekali lagi memberi lakonan berkesan apabila memegang watak seorang ibu tunggal yang terpaksa memikul tanggungjawab besar selepas kematian suaminya menerusi drama berantai berjudul Bukan Aku.

Bakal disiarkan menerusi slot Bidadari bermula 26 Januari ini setiap Isnin hingga Khamis pukul 11.30 pagi di TV1, drama arahan Hafiez Othman ini menyingkap suka-duka Zainun (Rosnah) yang terpaksa menguruskan syarikat Kumpulan Usahajaya Sdn Bhd selain terpaksa melalu pelbagai rintangan sebagai ibu tunggal dan ahli perniagaan.

Selain Rosnah drama ini turut dilakonkan oleh Hairee Othman, Aliza Rafar, Shafiq Isam, Akma Abdullah, Noris Ali dan Shajiry.

Kisah Bukan Aku bermula apabila Hamdan meinggal dunia akibat serangan jantung dan telah memberikan tekanan kepada Zainun kerana telah diamanahkan untuk menguruskan dan menggendali syarikat miliknya.

Walaupun terpelajar, Zainun telah meninggalkan kerjayanya selepas berkahwin dengan suaminya dan menjadi suri rumah sepenuh masa telah menyebabkan dirinya keberatan untuk menerima amanah arwah suaminya.

Daripada situ timbul pelbagai konflik yang mewarnai plot drama hasil tulisan Mazelan Manan ini menjadikan ia drama bersiri yang menarik untuk ditonton.

Info : Mstar

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Jennifer Aniston Nafi Sedang Hamil

Posted: 24 Jan 2012 08:04 PM PST

SELEPAS kecoh dikhabarkan sedang hamil enam bulan, pelakon Jennifer Aniston akhirnya muncul menafikan berita tersebut dan menganggap berita tersebut sebagai lucu.

Daily Mail melaporkan, dia yang sedang menjalinkan hubungan dengan Justin Theroux muncul di khalayak dengan perut yang rata dan tubuh langsing.

Isu kehamilan Jennifer kecoh apabila wanita berusia 42 tahun itu memberitahu ingin berehat seketika daripada kerjaya lakonannya dan ingin menghabiskan masa bersama kekasihnya. Khabar kehamilan itu juga
sebelum ini diperkuatkan lagi apabila sumber terdekat bekas pelakon siri Friends itu memberitahu perut Jennifer kelihatan buncit dan dia mengalami simptom-simpton wanita hamil

Info : Mstar

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Biodata Winnie K dan Suki

Posted: 24 Jan 2012 08:00 PM PST

Profil

Winnie K

Nama sebenar: Kok Mui Kuan
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Status: Bujang
Profesion: Penyanyi dan model
Kejayaan: Juara Asia Bagus di Singapura (1993), Top Ten Artis Cina Malaysia selama lima tahun berturut-turut sejak 2001 dan Anugerah Best Artist dan Malaysia Most Highly Supported Best Artis Global Chinese Golden Art Award (2005)


Suki

Nama sebenar: Low Sook Yee
Tarikh lahir: 11 Disember 1989
Asal: Seremban
Pencapaian: Juara One In A Million musim pertama
Drama: The Gift

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Program Sinar Itu Hadir Jua oleh Heliza dan Wan Kamarudin

Posted: 24 Jan 2012 07:47 PM PST


KUALA LUMPUR: Kemunculan Wan Kamarudin Wan Ibrahim dan Heliza Helmi sebagai pengacara program dokudrama terbaru berjudul Sinar Itu Hadir Jua dijangka dapat menarik perhatian penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Program yang menyuntik kesedaran segelintir masyarakat yang terperangkap dalam kancah kemiskinan itu berkongsi tentang ketabahan dan kecekalan hati golongan individu yang kurang bernasib baik dalam mengharungi gelombang kehidupan.

Menariknya kisah diungkap adalah kisah benar diluahkan oleh insan-insan yang sudi membuka lipatan kisah duka mereka.


Menerusi 13 episod siarannya setiap Ahad, pukul 4.00 di TV1, Sinar Itu Hadir Jua berkongsi kisah demi kisah benar tentang perjuangan, ketekunan dan kecekalan hati segelintir masyarakat yang turut memaparkan institusi-institusi yang terlibat secara langsung dalam membantu insan-insan yang tidak bernasib baik seperti Orang Kelainan Upaya (OKU), Kutu Rayau, Pengemis dan banyak lagi.

Realiti kisah golongan yang kurang bernasib baik yang bukan sahaja memerlukan bantuan malahan bimbingan juga dipaparkan kepada penonton.

Antara kelainan program ini berbanding yang lain juga kerana ia menyuntik motivasi kepada penerima bantuan yang berpotensi untuk memajukan diri ke arah kehidupan yang lebih baik.


Malah bantuan ditawarkan juga berupa latihan kendiri termasuk kraftangan dan perniagaan kepada golongan terlibat.

Kisah-kisah ini dibawa untuk memberi contoh kepada masyarakat tentang keprihatinan masyarakat itu sendiri dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan kehidupan mereka secara kolektif atau bersama.

Ia juga menyelami peranan badan-badan kebajikan terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam membantu insan-insan yang memerlukan.

Menariknya dokudrama ini turut merungkai kepentingan institusi-institusi bantuan dan kebajikan yang banyak membantu individu-individu bermasalah juga memaparkan perjuangan individu-individu yang tidak mahu menyerah kalah dan gigih berjuang meningkatkan kehormatan diri dan juga berusaha untuk membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan.

Keadaan individu-individu yang ditemui adalah berbeza tetapi persamaannya ialah tetap ada insan yang sudi memberi ruang bagi yang ingin berubah dan membuktikan bahawa golongan yang kurang bernasib baik sememangnya tidak pernah dipinggirkan.

Program diterbitkan oleh Noraziah Zakaria dan Mohd Zamani Ibrahim, Unit Drama TV RTM ini juga turut menampilkan lagu tema berrjudul Titipan Kasih nyanyian Royce Saayan.

Info : Mstar

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Penyanyi Kumpulan Wings, Awie Kena Santau !!

Posted: 24 Jan 2012 07:37 PM PST

Apalah nak jadi dengan dunia zaman sekarang ni, semakin moden macam-macam benda yang berlaku. Namun perbuatan khurafat dengan menyebabkan seseorang menerima sesuatu yang mengakibatkan kecacatan ataupun kesakitan semakin menjadi-jadi.

Jika sebelum ini kita membaca kisah Abby bekas isteri Norman yang dikatakan di "Santau" oleh orang yang dengki. Kini seorang lagi artis yang menjadi mangsa dengki oleh manusia yang tak tau perkara yang dilakukan salah disisi agama.

Terbaru dikhabarkan vokalis kumpulan Wings, Awie terkena buatan orang dan perkara tersebut sudah lama
berlaku dan mengakibatkan aktiviti seni beliau terganggu.

Apalah nak jadi dengan orang zaman sekarang, tak dapat cara kasar, guna pula cara halus (Sihir)

Apa Kata Anda mengenai cerita ini ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Jangan dipersoal

Posted: 24 Jan 2012 01:18 PM PST

Hip

Najwa yakin lagu Cinta Muka Buku kuat pada liriknya

DILIHAT pada barisan lagu pada Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26), semuanya mempunyai kekuatan tersendiri dan sememangnya bukan calang-calang nama yang tersenarai.

Namun dalam kalangan barisan penyanyi seperti Aizat Amdan, Faizal Tahir, Yuna dan 3 Suara (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah), penyanyi paling muda dalam anugerah kali ini dipersoalkan penyertaannya. Lagu yang dipertandingkan iaitu Cinta Muka Buku diragui kekuatannya dengan melihat kepada lagu serta liriknya yang mudah, ringan dan biasa saja berbanding 11 lagu lain seperti Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan, Anna Rafali & Altimet), Beribu Sesalan dan lain-lain.

Walaupun sebegitu, penyanyinya, Najwa Latiff yang dihubungi baru-baru ini sedikit pun tidak goyah dengan kritikan seperti itu kerana baginya, setiap pendengar mempunyai pendapat masing-masing untuk menilai sesebuah karya seni itu.

"Saya terima semua komen itu sebagai positif dan pada masa sama juga memperbaiki diri serta karya saya. Saya percaya setiap individu mempunyai pendapat berbeza. Perihal mempersoalkan lagu itu, ia tidak membuatkan saya patah semangat.

"Saya pun tak sangka lagu Cinta Muka Buku dipilih layak ke final. Sebalik itu, pengalaman ini adalah satu yang seronok bagi saya kerana dapat berkongsi pentas dengan barisan penyanyi yang hebat-hebat belaka. Dengan usia saya yang baru 17 tahun ini, saya sudah ada pengalaman untuk berkongsi pentas dengan penyanyi senior dan ini membuatkan saya sangat gembira," katanya.
Najwa berpendapat kekuatan lagu Cinta Muka Buku pada lirik yang mudah difahami dan senang dihafal walaupun hanya sekali dengar.

Penulis lirik lagu itu iaitu kakaknya, Ika turut berbangga dengan kejayaan adiknya serta lagu ciptaan mereka itu. Bagi Ika, mereka sama sekali tidak sedih serta patah semangat dengan kritikan orang ramai, malah lebih bersyukur dengan peluang yang diterima untuk beraksi di atas pentas yang berprestij itu nanti.

"Sejujurnya, saya dan Najwa iaitu sebagai pencipta serta penulis lagu Cinta Muka Buku sentiasa berbangga dengan karya kami yang tersendiri. Orang ramai boleh memberi komen apa saja dan kami mengambil ia sebagai pendorong untuk terus berkarya. Kami akan buktikan pada orang ramai bahawa lagu itu juga layak untuk bertanding, sekali gus dihormati ramai.

"Pada mulanya pun, kami mencipta lagu ini untuk suka-suka, tapi akhirnya layak dipertandingkan sehingga ke final. Ini membuatkan kami rasa sangat teruja untuk beraksi," tambahnya.

Bercakap mengenai persiapan pula, Najwa dan Ika itu akui mereka tidak banyak melakukan persiapan buat masa ini kerana Najwa sendiri sibuk dengan kelas tuisyen dan rutinnya sebagai pelajar sekolah.

Persiapan untuk persembahan pada malam itu tidak banyak dibincangkan lagi, tapi sekarang mereka sedang mengusahakan pakaian yang akan dipakai oleh Najwa nanti.

Tiada gimik yang besar-besaran akan dilakukan nanti dan pembawaan lagu tidak banyak lari dari yang asal, tapi semestinya Najwa menjanjikan persembahannya yang terbaik.

Najwa yang kini tinggal di Batu Pahat, sudah berada di Kuala Lumpur pada cuti Tahun Baru Cina untuk menjalani latihan selama seminggu. Gadis bertudung ini tidak mengharapkan kemenangan yang besar serta tidak meletakkan harapan yang tinggi, malah dia hanya berhasrat menyampaikan persembahan yang menghiburkan untuk segenap penonton nanti.

Selepas tamat dengan anugerah itu, Najwa akan kembali fokus dengan pelajarannya kerana tahun ini dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Full content generated by Get Full RSS.

Jawablah! 'Kami masih bahagia'

Posted: 24 Jan 2012 01:17 PM PST

Hip

REBECCA bersama suami, Nor Azam.

REBECCA bersama suami, Nor Azam.

Rabecca nafi rumah tangga dilanda badai, dera anak tiri

BERTIUP angin lintang membawakan perkhabaran kononnya rumah tangga pelakon Rabecca Nur Al Islam bergegar dilanda badai. Puncanya apabila si suami mula mengesyaki isteri tercinta tidaklah sebaik yang disangka.

Hati mana yang tidak kecewa apabila isteri yang diamanahkan menjaga anak tiri rupa-rupanya tidak menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Akhirnya cerita pelakon filem Keramat yang suka mendera fizikal dan emosi anak tirinya sampai ke pengetahuan si suami. Akibatnya mahligai yang dibina setahun lalu itu bergoncang juga walaupun sebelum ini Rabecca menafikan sekeras-kerasnya dia ibu tiri yang jahat.
Bagaimanapun, sewaktu menghadiri majlis ulang tahun pelakon Datin Paduka Umie Aida tempoh hari, lain pula situasi yang disaksikan.

Kehadiran Rabecca yang lebih akrab disapa Becca bersama suami, Nor Azam Sulaiman, ditambah kemesraan yang ditonjolkan mereka sepanjang acara berlangsung seolah-olah menepis dakwaan mereka kini sedang berantakan. Malah, ketika diajukan soalan itu kepada pasangan ini, Rabecca dan suami menegaskan, tiada apa yang berlaku dan kebahagiaan masih menjadi milik mereka.

Hip: Betulkah khabarnya rumah tangga Becca sedang bergoncang ketika ini?
Rabecca:
Dari mana anda semua mendengar cerita ini? Terus terang, ini kali pertama saya mendengarnya. Buat apa saya nak jawab jika perkara itu memang tidak berlaku. Kalau betul rumah tangga saya berantakan, takkanlah saya dan suami boleh berada di majlis ini? Lagipun, beberapa hari lalu kami baru saja meraikan ulang tahun pertama perkahwinan kami di Jakarta. Selepas ini kami akan bercuti ke Singapura dan insya-Allah selepas itu akan ke London pula. Jadi macam mana boleh timbul isu kononnya kami bergaduh?

Hip: Berdasarkan cerita yang tersebar, rumah tangga Becca bergegar kerana suami dapat tahu Becca memang mendera anak tiri. Boleh Becca jelaskan?

Rabecca: Saya tak faham mengapa cerita seperti itu masih diungkit lagi sedangkan sudah berkali-kali saya buat penjelasan. Baru-baru ini, sewaktu majlis pratonton filem Keramat, anak saya sendiri sudah mengeluarkan kenyataan, perkara itu tidak pernah terjadi, malah saya menjaga mereka dengan baik. Apa yang boleh saya katakan, dalam dunia ini, tak semua orang suka kita dan tak semua orang benci kita. Jadi lebih baik saya tak payah layan dan kepada orang yang menyebarkan fitnah itu, saya maafkan kesalahan mereka.

Hip: Maksudnya, ini semua berlaku kerana ada pihak yang dengki dengan kebahagiaan anda berdua?

Rabecca: Mungkin... Sebab dari dulu lagi ada saja cerita yang tidak baik mengenai diri saya disebarkan. Saya sendiri tidak faham mengapa saya terus menjadi sasaran, sedangkan saya tidak pernah kacau kehidupan sesiapa. Mengenangkan inilah rempah ratus dan cabaran terpaksa saya lalui apabila bergelar pelakon, jadi saya terima saja.

Hip: Sebagai suami, apakah Azam pernah berasa sangsi dengan isteri sendiri?

Nor Azam: Saya sudah lama mengenali isteri saya sebelum kami mengambil keputusan mendirikan rumah tangga. Saya tahu dia bukanlah seperti yang orang ramai sangkakan. Dia seorang yang penyayang dan sukakan kanak-kanak. Sebab itulah saya tak pernah meraguinya. Cuma ada satu perkara yang saya sangsi mengenai Becca, iaitu apakah benar dia pandai masak seperti yang dikatakannya? Maklum sajalah, dia seorang artis dan apakah dia ada masa untuk ke dapur? Namun selepas berkahwin, ternyata Becca memang pandai masak dan sebagai seorang yang suka makan. Saya akui masakan Becca memang sedap.

Hip: Mungkin gosip seperti ini timbul disebabkan status Becca sebagai artis? Apakah Azam akan meminta Becca bersara jika gosip seperti ini tidak terkawal?

Nor Azam: Sebelum berkahwin, saya memang tahu dia seorang pelakon dan berlakon juga sudah menjadi darah dagingnya. Saya tiada masalah dalam hal itu, asalkan dia tahu batas sebagai seorang isteri, itu sudah memadai. Gosip perkara biasa dalam kehidupan artis dan saya amat memahaminya.

Full content generated by Get Full RSS.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Kepala pelatih pengawal peribadi dipukul dengan botol

Posted: 24 Jan 2012 04:59 PM PST

du 05.1 Kepala pelatih pengawal peribadi dipukul dengan botol

SEORANG jurulatih memukul kepala seorang pelatih pengawal keselamatan peribadi wanita dengan botol dalam satu latihan di Beijing, China pada 13 Januari lalu.

BEIJING – Kepala seorang pelatih wanita yang mahu menjadi pengawal keselamatan peribadi dipukul dengan botol pada satu sesi latihan di Beijing pada 13 Januari lalu.

Botol kaca itu berkecai selepas terkena botol tersebut semasa pengawal keselamatan tersebut sedang berdiri.

Dia merupakan di antara 20 wanita yang menjalani latihan selama lapan hingga 10 bulan untuk menjadi pengawal keselamatan, kebanyakannya lulusan kolej.

Latihan itu dilakukan oleh syarikat Tianjiao Special Guard/Security Consultant Ltd. Co.

Pelatih terbaik akan ditawarkan syarikat itu peluang untuk menjalani latihan di Akademi Keselamatan Antarabangsa di Israel. – Reuters

///kosmo///

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tidak lupa doa dapat anak

Posted:

Tidak lupa doa dapat anak

Tidak lupa doa dapat anak

BARU sahaja balik daripada bercuti menyambut hari jadi di Morocco, Marakesh dan Dubai bersama suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K pada 13 Januari lalu, Siti Nurhaliza Tarudin dikejutkan dengan berita daripada sebuah agensi berita mengenai tawaran berlakon untuknya dalam sebuah produksi filem Indonesia yang berjudul Kekuatan Cinta. Agensi berita tersebut melaporkan sebuah syarikat penerbitan filem Indonesia berminat untuk mengambil Siti berlakon di dalam naskhah terbaharu mereka.

Malah, syarikat berkenaan sangat senang untuk menggandingkan Siti bersama pelakon Nicholas Saputra, Christine Hakim dan Dian Sastrowardoyo di dalam filem itu.

Begitupun, Siti sendiri tidak tahu mengenai tawaran tersebut dan tidak menerima sebarang tawaran rasmi melalui syarikat terbabit. Apatah lagi, menyatakan persetujuan untuk berlakon di dalam filem itu.

"Siti tahu tawaran syarikat itu pun daripada laporan secara atas talian. Siti tidak anggap berita tersebut sebagai tawaran. Mungkin syarikat produksi itu baru berhasrat untuk melamar Siti berlakon dalam filemnya," kata Siti yang anggun dalam busana Marakesh ketika ditemui selepas sidang media majlis sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah Muhammad Al-Amin Siti Nurhaliza bersama Rabbani di Cyberview Lodge & Spa, Cyberjaya.

Memang sukar untuk Siti menentukan jawapan selagi tawaran rasmi tidak dibuat oleh pihak syarikat terbabit. Tegas Siti, walau bagaimanapun dia tetap memperhalusi tawaran yang diterimanya sebelum memberi persetujuan berlakon di dalam filem itu.

"Kalau dilihat dari barisan pelakonnya memang cerita itu kelihatan menarik. Siti ada gambaran bahawa filem itu besar kerana ia menggabungkan pelakon Indonesia dan Malaysia. Tetapi, selagi tidak ada sebarang tawaran rasmi daripada syarikat itu Siti tidak berani nak cakap terima atau tidak," ujarnya kelihatan gembira menyambut ulang tahun di negara yang diminati sekali gus percutian tersebut merupakan bulan madu kedua Siti selepas berkahwin.


KEMBARA di bumi Marakesh membawa Siti singgah ke Gunung Atlas.


Mengorek cerita di sebalik percutiannya, Siti mengaku begitu seronok dan teruja melawat ke negara yang belum pernah dikunjunginya. Malah, paling mempesonakan bagi Siti merupakan negara Marakesh.

"Marakesh memang cantik. Walaupun warna bangunan yang digunakan kebanyakannya hijau dan batu-bata sahaja tetapi ukiran dalamnya memang menakjubkan. Siti juga sangat teruja dapat menikmati makan malam di puncak Burj Khalifa pada tanggal 11 Januari," luahnya yang memberitahu, Datuk K turut memberi hadiah lain sempena hari jadinya tetapi enggan mendedahkannya kepada media.

Anak

Siti turut ditanya mengenai cahaya mata memandangkan penyanyi tersohor itu sudah berkahwin selama enam tahun.

"Siti memang merancang untuk memiliki anak sejak awal perkahwinan lagi tetapi sehingga sekarang masih belum ada rezeki menimang cahaya mata. Kita cuma merancang tetapi perancangan Allah itu lagi hebat. Rezeki di tangan Dia. Mungkin satu hari nanti Siti dikurniakan zuriat.

"Mungkin juga ada hikmah Allah melambatkan Siti untuk mendapat anak. Mungkin Dia mahu Siti sesuaikan dulu kehidupan bersama suami dan anak-anak suami atau mungkin Allah mahu Siti melaksanakan kerja-kerja Siti yang masih tertangguh. Jika sudah ada anak nanti perhatian akan beralih kepadanya pula," katanya yang sentiasa berdoa kepada Allah memohon zuriat sendiri selain mengaku turut berusaha untuk memperoleh zuriat.


SITI amat mengagumi seni reka bangunan di Marakesh.


Tanpa berselindung Siti juga mengaku, biarpun tanpa kehadiran cahaya mata, Datuk K menatangnya bagai minyak yang penuh. Tuturnya, sejak di awal perkahwinan sehingga usia perkahwinannya mencecah enam tahun layanan Datuk K terhadapnya tidak pernah berubah. Siti sentiasa dimanja dan dibelai suami. Selain belaian suami dan kesibukannya dalam menguruskan kerjaya nyanyian mahupun syarikat Siti Nurhaliza Production (SNP) miliknya tidak timbul rasa sunyi dalam hidup Siti.

Dalam perkembangan lain, Siti turut berkongsi mengenai produk terbaharu Simply Siti keluaran syarikatnya.

Selain kosmetik kini Simply Siti juga mengeluarkan produk penjagaan kulit. Produk yang menggunakan pelan endorfin dan mengandungi stem sel serta advance hidrohalogen itu dikeluarkan menerusi lima produk iaitu pelembab, krim mata, serum, skrub dan topeng muka.

"Produk ini sudah dilakukan ujian ke atas beberapa wanita dan ia memang memberi kesan beberapa minggu selepas memakainya. Ia dapat mengurangkan kedutan, mencerahkan kulit dan memberi seri pada wajah," ujarnya yang turut bakal mengeluarkan tiga pewangi jenama Siti Nurhaliza selepas kelima-lima produk penjagaan kulit itu dipasarkan pada bulan Februari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Penanggal naskhah cinta, bukan seram

Posted:

Penanggal naskhah cinta, bukan seram

Penanggal naskhah cinta, bukan seram

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


ANTARA salah satu babak cemas yang harus dilakukan aktor Azri Iskandar sewaktu penggambaran filem Penanggal di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.


SEBELUM ini, nama Ellie Suriati lebih sinonim sebagai seorang pelakon drama, filem dan teater yang cukup berkaliber. Malah, dia adalah antara pelakon yang sering dijadikan rujukan oleh ramai pelakon baharu sekarang.

Kini, pelakon berkenaan telah melangkah setapak lagi dalam mengembangkan kerjayanya sebagai seorang anak seni apabila bakal muncul dalam filem pertama yang diarahkannya sendiri iaitu Penanggal.

Ditemui ketika menjalani penggambaran filem tersebut baru-baru ini di Kuala Kangsar, Perak, Ellie memberitahu, duduk di kerusi pengarah adalah satu angan-angannya sejak mula berkecimpung sebagai seorang pelakon.

"Apabila mula bertapak dalam bidang lakonan pada tahun 1998, saya sudah memasang angan-angan untuk menjadi seorang pengarah suatu hari nanti dan sentiasa berdoa agar ia dapat direalisasikan.

"Namun, selepas 14 tahun barulah apa yang saya angankan itu akhirnya menjadi kenyataan. Lebih istimewa lagi, saya juga turut bertindak sebagai penulis skrip untuk filem ini," ujarnya.

Menurut Ellie, dia sudah menghasilkan skrip filem tersebut sejak tahun 2008 dan sudah melakukan banyak rombakan serta perbincangan bersama penerbit bagi menghasilkan jalan cerita yang lebih mantap.

Ujarnya, biarpun sudah banyak perubahan yang telah dilakukan, tetapi asas penceritaan yang ditampilkan dalam filem berkenaan masih lagi dikekalkan daripada skrip asal.

Berlatar belakang pada zaman sekitar 1930-an, Penanggal berkisarkan tentang seorang gadis bernama Murni yang telah mewarisi ilmu penanggal secara tidak sengaja daripada Mak Ajeng sehingga dia terpaksa melarikan diri ke sebuah kampung untuk mencari perlindungan.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem tersebut adalah Ummi Nazeera sebagai Murni, Azri Iskandar (Syed Yusof), Fasha Sandha (Sharifah Zaharah) dan Zul Ariffin (Syed Umar).

Ketika ditanya tentang pemilihan genre seram sebagai filem sulung arahannya, pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-16 itu menyatakan ia dipilih berdasarkan minat penonton di negara ini yang gemarkan kisah-kisah mistik.

Jelasnya, kisah seram seperti Penanggal ini dilihat sesuatu yang cukup menarik untuk diterokai, namun menegaskan filemnya itu bukanlah sebuah kisah yang benar-benar seram.

"Apa yang boleh saya katakan, Penanggal yang saya hasilkan ini adalah sebuah filem cinta klasik kerana jalan ceritanya lebih menjurus kepada kisah percintaan di sebalik kisah tentang penanggal," jelasnya.

Mengenai harapannya terhadap filem arahannya itu, Ellie memberitahu dia sememangnya meletakkan harapan yang tinggi agar ia mendapat sambutan yang hangat daripada penonton.

"Penanggal adalah ujian pertama sebagai seorang pengarah dan sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk filem ini. Biarpun telah berdepan dengan ujian yang lebih berat sebelum ini, saya tetap bekerja keras biarpun telah dinasihatkan oleh doktor supaya berehat.

"Bagaimanapun, saya sangat beruntung kerana mendapat kerjasama yang baik daripada semua tenaga produksi serta para pelakon yang telah memberikan komitmen sepenuhnya agar filem ini dapat disiapkan dengan lancar," jelasnya.

Kerjasama dua syarikat

Apa yang menariknya tentang filem ini adalah ia membabitkan kerjasama dua buah syarikat perfileman iaitu Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) dan Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB).

Penerbit Eksekutif TUSB, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, pihaknya memang sudah lama mahu menjalinkan kerjasama iaitu semenjak Ahmad Puah Onah menjadi Pengurus Besar GBSB.

"Sebenarnya kami sedang mencari skrip dan jalan cerita yang sesuai untuk jalinkan kerjasama tersebut. Kemudian Ellie berjumpa dengan saya dan memberitahu dia berhasrat untuk menghasilkan sebuah filem.

"Setelah beberapa perbincangan dibuat, akhirnya saya bersetuju untuk menerbitkan filem ini. Pada masa yang sama pihak kami turut mengundang GBSB dan ternyata mereka juga turut berminat untuk bekerjasama," jelasnya.

Menurut Gayatri, antara kerjasama yang akan dijalinkan oleh kedua-dua belah pihak adalah seperti pengagihan kos penerbitan yang sama rata serta promosi yang akan dilakukan nanti.

Memulakan penggambaran sejak 10 Disember lalu, antara lokasi yang menjadi pilihan seperti Kuala Kangsar dan Ipoh, Perak, Pulau Penarik (Terengganu) dan Kemensah di Hulu Klang, Selangor dengan kos sebanyak RM 2.1 juta.

Full content generated by Get Full RSS.

Daniel Lee mahu bangkit

Posted:

Daniel Lee mahu bangkit

Daniel Lee mahu bangkit

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


DANIEL LEE kini bangkit semula selepas beberapa tahun menyepi kerana keegoannya apabila menjadi seorang artis.


SEMENJAK muncul sebagai juara rancangan realiti Malaysia Idol 2 pada tahun 2005, penyanyi Daniel Lee Chee Hun, 30, atau Daniel Lee dilihat cukup berpotensi untuk menakluk peminat yang terdiri daripada golongan Melayu.

Entah di mana silapnya, sepanjang tempoh hampir tujuh tahun bergelar anak seni, kehadirannya dalam industri ini seolah-olah tidak disedari biarpun pernah merakamkan beberapa buah lagu Melayu.

Pernah popular menerusi lagu berjudul Pasti serta pernah melahirkan sebuah album mini Melayu yang mengandungi lima buah lagu, namun lagu-lagu nyanyiannya itu agak kurang diputarkan di stesen-stesen radio.

Berkesempatan bertemunya di pejabat Sony Music baru-baru ini, penyanyi yang berasal dari Changlun, Kedah ini mengakui kegagalannya untuk muncul sebagai penyanyi popular adalah berpunca daripada kesilapan yang dilakukannya sebelum ini.

Memandangkan Daniel beragama Kristian, adakah sambutan Tahun Baru Cina semeriah seperti Hari Krismas?

Pada saya kedua-dua sambutan perayaan tersebut sama-sama meriah. Lagipun perayaan Tahun Baru Cina turut disambut oleh semua masyarakat Cina tanpa mengira agama. Seperti ahli keluarga saya, ada yang menganut agama Buddha dan Kristian serta ada yang tidak menganut sebarang agama.

Sudah tujuh tahun Daniel bergelar penyanyi, tetapi tidak ramai yang menyedari kehadiran Daniel dalam industri ini. Apakah puncanya?

Secara jujurnya sebelum ini saya seakan-akan tidak tahu arah tujuan sebagai seorang penyanyi. Walaupun pernah menjuarai rancangan Malaysia Idol 2 dahulu, tetapi saya rasa seolah-olah belum bersedia untuk menjalani kehidupan baharu.

Misalnya, saya rasa kurang selesa untuk berhadapan dengan peminat atau jarang turun padang untuk membuat promosi apabila baru menghasilkan album. Sedangkan sebagai seorang penyanyi, itu adalah perkara paling utama yang harus dilakukan.

Kemudian sekitar tahun 2008 saya mula tidak berminat untuk menjadi penyanyi selepas melihat sambutan lagu-lagu saya kurang memberangsangkan. Malah sekitar tahun 2007 juga, saya pernah cuba untuk memasuki pasaran Taiwan, tetapi ia gagal. Hal itu telah membuat saya berasa putus asa untuk menjadi penyanyi.

Apakah yang membuatkan Daniel bersikap sedemikian?

Sebenarnya saya sendiri keliru kerana beranggapan apabila menjadi penyanyi, maka segala gaya hidup saya juga perlu berubah. Sehingga saya menjadi kecewa serta pernah berputus asa dan mahu mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi dan menyambung pelajaran. Pada masa itu juga, saya tidak nampak masa depan dengan muzik, sebaliknya saya merasakan muzik memberi tekanan dalam hidup saya.

Tapi sekarang kenapa anda kembali aktif sedangkan anda pernah berfikiran bahawa muzik tak punya masa depan?

Memang pada mulanya saya mahu membuat keputusan tersebut, tetapi apabila difikirkan semula buat apa saya perlu berputus asa. Sebenarnya dalam waktu saya keliru tentang masa depan saya, saya telah bertemu dengan seorang orang kuat agama yang saya sifatkan sebagai mentor saya yang telah membantu saya untuk memahami erti kehidupan. Selepas mentor saya mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan, saya mula bersemangat semula dan meninggalkan pemikiran kolot saya selama ini.

Akhirnya, saya telah mendapatkan semula kekuatan dan baru-baru ini saya telah berjaya menghasilkan album baharu saya yang berjudul Sincerely Yours, Daniel yang mengandungi 10 buah lagu berbahasa Cina dan Inggeris. Apa yang istimewanya, ada empat buah lagu dalam album ini adalah hasil ciptaan saya sendiri.

Jadi, apakah langkah Daniel untuk dikenali semula di kalangan pendengar Melayu setelah agak tenggelam sebelum ini?

Bagi saya tahun 2012 merupakan zaman kebangkitan saya sebagai seorang penyanyi. Saya menyasarkan untuk menghasilkan sebuah album Melayu pada tahun ini agar dapat menembusi pasaran muzik Melayu.

Bagaimanapun, buat masa ini saya ingin memberi tumpuan untuk mempromosikan album baharu saya terlebih dahulu.

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Badan kental jiwa lembut

Posted: 24 Jan 2012 05:51 AM PST

PENGGUNAAN kamera digital sofistikated Fusion System yang dibangunkan James Cameron yang sebelum ini digunakan untuk Avatar, menjadikan Journey 2: The Mysterious Island sebuah lagi filem 3D yang harus ditonton. Malah pelakon utamanya, Dwayne Douglas Johnson mencadangkan agar peminat menyaksikan versi 3D ini.

Pelakon itu yang ditemui wakil Rap di Taipei, Taiwan minggu lalu berkata, dia sendiri kagum dengan usaha pengarah Brad Peyton menjadikan Journey 2 'begitu besar'. Tidak hanya visual tetapi kandungan plot cerita sekuel Journey to the Center of the Earth (2008) ini penuh dengan elemen moral dan hiburan.

Brad yang turut serta dalam sesi temu bual itu, memuji Dwayne yang menyifatkan dirinya bertuah berpeluang bekerja dengan bekas ahli gusti yang dikenali sebagai The Rock itu.

"Dalam filem ini, Dwayne sebagai Hank, seorang lelaki penyayang terhadap keluarganya. Dengan tumbukan berjuta dolar dan senyuman berbilion dolar itu, Dwayne senang-senang menghidupkan filem ini dengan aksi serta mempunyai sifat komikal yang baik. Cukup karismatik.


"Semua orang tahu kemampuannya tetapi apa yang menakjubkan saya ialah bakatnya yang besar termasuk dalam komedi. Dia boleh buat apa sahaja, dah macam Superman. Dia boleh 'masuk' dalam apa jua situasi," kata Brad.


Kata-kata Brad itu disambut senyuman oleh Dwayne. Malah ketika sidang media sehari sebelum ini, Dwayne diminta menunjukkan aksi senyuman mahalnya itu di depan rakan media.

"Namun biarlah senyuman itu datangnya dari sini (sambil menunjukkan ke dadanya). Bercakap pasal sekuel ini, ramai yang tahu ia penuh aksi dengan teknologi moden 3D tetapi dalam masa yang sama, saya cuba masukkan elemen komedi. Saya menggunakan badan saya menerusi 'pack pulp of love' untuk digabungkan dengan teknologi James Cameron," katanya sambil ketawa mengenai satu babak menyaksikannya melakukan 'pack pulp of love' yakni menggerak-gerakkan dada bidangnya.

Dwayne akui suka membuatkan orang sekelilingnya ketawa dan gembira. Lelaki yang berdiri pada ketinggian 1.96 meter ini sememangnya suka senyum walaupun terkenal selain aksi gusti World Wrestling Entertainment serta aksi-aksi serius dan kental menerusi filem The Mummy Returns (2001) dan The Scorpion King (2002).

Pun begitu Dwayne pernah membuktikan 'kelembutannya' menerusi filem kekeluargaan seperti Tooth Fairy dan The Game Plan. Justeru, dia tidak boleh menolak tawaran untuk Journey 2: The Mysterious Island yang juga disifatkannya penuh elemen keluarga. Mungkin pada sesetengah orang, ia kontra tetapi tidak bagi lelaki berusia 40 tahun ini.

"Itu antara yang membuatkan saya suka filem ini. Watak Hank cukup menarik kerana ia ada nilai kekeluargaan, ia mendorong saya untuk menerokai lebih mendalam. Malah Brad walaupun yang banyak meneroka pasal teknologi atau skrin hijau tetapi sering mengingatkan saya mengenai siapa Hank.

"Hank nampak besar pada saya tetapi ia memiliki kelembutan seorang lelaki dan bapa. Sebagai bapa tiri kepada Sean (Josh Hutcherson), dia memastikan hubungan mereka serapat mungkin. Tambahan pula Sean, remaja yang terperangkap dengan keinginan, kehilangan ayahnya serta kehadiran Hank di dalam hidupnya.

"Jadi Hank bertindak sebagai objek yang akan bergerak seiring dengan perjalanan keinginan Sean. Dia akan cuba apa sahaja untuk 'baik' dengan anak tirinya itu walaupun terpaksa ke Laut Pasifik Selatan yang Sean percaya wujudnya pulau misteri. Kebetulan juga Sean ingin mencari datuknya, Alexander yang hilang di pulau itu," katanya.

Dwayne turut diajukan soalan mengenai penjagaan tubuh badannya tetapi katanya, dia tidak ke gimnasium setiap hari tetapi gemar melakukan aktiviti riadah luar yang disifatkan banyak memberinya ketenangan.

"Saya sering ditanya perkara ini tetapi yang penting bagi saya adalah ketenangan dan kebahagiaan. Saya akan melakukan apa sahaja untuk itu. Saya suka ketawa, berseronok dan dihiburkan. Menghiburkan orang lain juga suatu hiburan buat saya, saya suka kalau orang ketawa dan senyum. Rasa bagus sangat!

"Macam membuat filem atau berlakon, memang kerja memenatkan kerana menuntut usaha yang banyak tetapi ia membuatkan saya bahagia. Malah melalui pengalaman berlakon juga banyak mendewasakan saya mengenai kehidupan ini.

"Buatlah apa yang kamu suka buat, janji bahagia. Cuma dalam hal saya, saya banyak terbabit dalam hiburan dan saya akan berusaha untuk mencari yang terbaik untuk mengekalkan kebahagiaan itu. Lagipun peminat tahu mana pelakon yang memiliki kesungguhan dalam kariernya," katanya yang cukup ramah.

Dwayne turut memberitahu yang dia gemar mengemaskini perkembangan dirinya kepada peminat menerusi twitter dan facebook. Walaupun katanya pernah diekori oleh seseorang tetapi ia tidak menjadi halangan untuknya terus menghargai peminat.

"Ia sebagai salah satu proses pengurusan kerana saya berfikiran terbuka.
Bagaimanapun, saya tetap 'mengikat diri' bersama peminat kerana itu juga buat saya gembira," katanya.

Ketika ini, Brad dan Dwayne bersama pasukan Journey 2: The Mysterious Island sedang menjelajah beberapa bandar raya di dunia untuk mempromosikan karya fantasi tulisan Richard Outten, Brian Gunn dan Mark Gunn itu.

"Sekiranya diberi peluang untuk sekuel ketiga, saya teringin sekali untuk bekerjasama dengan Dwayne serta yang lain seperti Josh, Vanessa Hudgens dan Luis Guzman. Pengalaman kami sepanjang penggambaran Journey 2: The Mysterious Island cukup berharga," kata Brad.

Kisah Journey 2: The Mysterious Island yang sedang ditayangkan di seluruh negara bermula dengan remaja berusia 17 tahun, Sean Anderson yang mendapati kod isyarat dari pulau misteri yang tidak tahu di mana lokasinya. Untuk tidak mengecewakan Sean, bapa tirinya, Hank turut serta dalam pengembaraan ke Pasifik Selatan. Pertemuan dengan juruterbang pelancong yang cuba mengambil kesempatan, Gabato serta anak daranya, Kailani, membawa mereka ke pulau berkenaan.



Full content generated by Get Full RSS.

Bawalah bertaubat

Posted: 24 Jan 2012 05:44 AM PST

"SAYA doakan dia berjaya hindari fitnah yang melanda diri dengan penuh sabar dan matang. Sebagai bekas suami dan dulunya pernah seketika hidup bersama, saya sentiasa memberi sokongan kepada bekas isteri.

"Pada pihak yang tidak bertanggungjawab, hentikanlah perbuatan menceroboh 'privasi' orang. Kasihan pada individu yang teraniaya," kata Hattan sewaktu diminta memberikan komen berhubung kenyataan bekas isterinya, Farah Ashikin, yang akhirnya tampil memberi kenyataan mengenai isu cerai dan gambar intimnya dalam sebuah akhbar mingguan, baru-baru ini.

Hattan yang menikahi Farah pada 11 November 2011, bercerai talak satu pada 12 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, selepas dua bulan melayari rumah tangga.

Perceraian pasangan ini dipercayai berpunca ekoran penyebaran gambar intim Farah dengan bekas teman lelakinya yang diambil lima tahun lalu.


Foto berkenaan yang pernah tersebar pada 2010 sehingga memaksa Farah membuat laporan polis untuk menjaga reputasinya sebagai usahawan berjaya, kembali hangat diperkatakan tatkala Hattan dan isterinya masih mengecap kemanisan pengantin baru.


Tidak lama kemudian mereka dikatakan bercerai, justeru ramai yang percaya penyebaran foto itu punca menggugat hubungan mereka sehingga akhirnya mengambil keputusan berpisah.

"Saya kalau boleh tidak mahu memberikan sebarang komen dan mahu tutup buku mengenai hal ini. Provokasi yang dilakukan banyak pihak buat benda kecil jadi panjang cerita," katanya.

Popular dengan lagu Mahligai Syahdu, Hattan menambah lagi, sebagaimana pernah dimaklumkannya sebelum ini, perceraian dengan bekas isterinya itu dilakukan secara baik.

"Sebenarnya tiada isu yang perlu dibangkitkan kerana saya bercerai dengan Farah secara baik. Seperti pernah saya katakan sebelum ini, punca kami bercerai bukan disebabkan gambar itu.

"Saya anggap perpisahan kami ini urusan Allah SWT dan Dia tahu apa yang terbaik untuk makhluk-Nya.

"Kepada pihak yang terbabit dalam perbuatan menceroboh kemudian menyebarkan dengan niat mengaibkan, bawalah bertaubat.

"Sebelum bertindak sebegitu, cuba fikir perasaan orang. Farah misalnya ada anak dan nama baik keluarga yang perlu dijaga. Setiap manusia pernah buat kesilapan dan beri peluang mereka untuk berubah, bukan menjatuhkan dengan cara begini," kata Hattan yang menyerahkan segala ketentuan kepada Yang Maha Esa dalam menentukan masa depan mereka berdua.



Full content generated by Get Full RSS.

Selasa, 24 Januari 2012

Sensasi

Sensasi


Video Pernikahan dan temubual Ally Iskandar dan Farah Lee

Posted: 24 Jan 2012 07:35 AM PST

Gambar Serina dengan Baby barunya , Isabella Safiyya

Posted: 24 Jan 2012 06:52 AM PST

Inilah dia wajah baby girl Isabella Safiyya, anak kacukan melayu Inggeris.Mesti dah besar nanti comel macam abangnya Tristan Tariff.

Isabella dikatakan berkulit lebih cerah daripada anak sulung Serina dan juga berbulu gelap.
Dari pandangan Sensasi lah,anak kedua nie pun wajahnya persis wajah bapa mereka iaitu Salahudin Ghafar.

Tengok gambar Tristan kat bawah,comel kan...Wajah serina pula semakin lama semakin persis wajah ibunya.

Zon Artis

Zon Artis


Serina Redzuawan Selamat Lahirkan Anak Kedua

Posted: 24 Jan 2012 09:11 AM PST

GAMBAR ANAK KEDUA SERINA REDZUAWAN

Sedar tak sedar, Serina Redzuawan telahpun selamat melahirkan anak kedua pada 23 Januari lalu (Isnin) di Hospital Prince Courts, Ampang. Anak kedua Serina ini berjantina perempuan dan diberi nama Isabella Saffiya.

Dengan ini, tahniah kami ucapkan kepada Serina dan suami, Gavin Edward O'Luanaigh diatas kelahiran Isabella Saffiya. Pastinya kelahiran anak kedua ini akan menceriakan lagi suasana rumah anda kelak. InsyaAllah~

Update by @Azizwan

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ujibakat Kembara Si Manja Mencari Pasangan Anak Beranak

Posted: 24 Jan 2012 08:04 PM PST

Sesi ujibakat mencari pasangan anak-beranak kini dibuka!

Sebuah lagi program realiti permainan terbaru di Astro Ceria!

Sejajar dengan perkembangan industri seni tanahair yang semakin rancak membangun, Astro dengan berbesar hati memperkenalkan sebuah program realiti permainan terbaru berjudul Kembara Si Manja yang akan memulakan sesi ujibakat pada 28 Januari kelak dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Astro, Bukit Jalil.

kembar

Program Kembara Si Manja ini bakal menampilkan pasukan-pasukan yang terdiri daripada pasangan seorang anak bersama ibu atau bapa mereka untuk mengharungi cabaran yang asing bagi mereka. Setiap pasangan yang terpilih bakal berentap sesama sendiri untuk pulang dengan hadiah lumayan.

Pengurus saluran Astro Ceria, Puan Evon Koh berkata, "Istimewa untuk program ini ialah kami bakal memaparkan pelbagai cabaran yang tiada kaitan dengan subjek di sekolah tetapi sebaliknya cabaran tersebut bakal menguji ketahanan fizikal dan mental masing-masing. Kami yakin cabaran yang bakal dihadapi pasti dapat memukau hati penonton dengan gelagat mereka yang tersendiri. Di dalam program ini, kami berhasrat untuk memupuk semangat kerjasama di antara pasangan anak-beranak dalam menghadapi pelbagai jenis cabaran."

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program Kembara Si Manja, sila datang beramai-ramai ke ujibakat yang bakal dijalankan pada 28 Januari ini di Astro Bukit Jalil.

Sesi uji bakat ini terbuka kepada pasangan ibu atau bapa bersama anak yang fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan berumur 25 tahun keatas bagi ibu atau bapa dan antara 6 hingga 8 tahun bagi kanak-kanak. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan dan Mykid (untuk anak jika ada) berserta sekeping gambar terkini berukuran 4R.

Kaunter pendaftaran bagi sesi ujibakat akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Program Kembara Si Manja ini akan mula bersiaran di Astro Ceria menerusi Saluran 611 pada 11 Mac 2012. Butiran lanjut mengenai program ini akan diumumkan kelak.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ujibakat Program Realiti Terbaru ntv7
  • Gambar Xpresi Kembara Pulau Perhentian Day 2
  • Fesyenista Manja Baby Kiko
  • Ujibakat Mencari Pelakon Drama Bersiri TARI TIRANA
  • Gambar Ceria Dato' Siti Nurhaliza Dalam Majalah MANJA
  • Ujibakat Akademi Fantasia 6: Tarikh & Tempat Audition
  • Majalah Sensasi Bertukar Selebriti, Saniboey Bersara dari Manja?
  • FAZLEY BAKAL JADI DADDY COOL
  • Sertai Ujibakat Mari Menari Astro
  • Anuar Zain Cover Majalah Manja Keluaran Oktober
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Filem Kerat 14 Lakonan Aaron Aziz & Siti Saleha

    Posted: 24 Jan 2012 05:38 PM PST

    #PartyBudiey dah pun tamat. Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar seperti mana yang Budiey rancangkan. Cuma ada beberapa benda yang tak sempat nak settle. Antaranya, barang tajaan Drive 7 tak sempat nak ambil dari pengurus Aaron Aziz, Diyana Halik sebab kesuntukan masa. Ramai pembaca suruh Budiey menjemput Aaron Azi dan Siti Saleha.

    Bukan Budiey tak ajak, sebenarnya pasangan pelakon drama Nora Elena ini sekarang ni tengah sibuk shooting filem Kerat 14. Begitu juga dengan Fouziah Gous, pun tak dapat datang #PartyBudiey sebab berlakon dalam filem psiko thriller ini. Bab baju yang dah ditanda-tangan oleh Aaron tu, memang Budiey terkilan sangat-sangat sebab pasti ramai pembaca yang nak baju tu. Tapi tidak mengapa, mungkin kita akan rancang untuk buat party lain pulak selepas ni.

    Aaron Aziz Siti Saleha Kerat 14

    Bercakap tentang filem Kerat 14 ni, ia adalah sebuah filem psiko thriller berjudul yang menampilkan Aaron Aziz, Siti Saleha, Zamarul Hisham, Ali Arami, Fouziah Gous dan ramai lagi. Sekarang ini masih lagi dalam proses pengambaran.

    Nama watak Kerat 14:
    Aaron Aziz sebagai Haziq
    Siti Saleha sebagai Nurzara
    Zamarul Hisham sebagai ASP Razman
    Ali Arami sebagai Aril
    Fouziah Gous sebagai Sasha

    Dalam filem ini Aaron memegang watak sebagai seorang pembunuh yang mengerat mangsanya kepada 14 bahagian kerana tidak tahu cara terbaik untuk melupuskan bukti.

    "Saya memang teruja untuk membawakan watak ini sebab ia berbeza dengan watak yang diberikan sebelum ini. Penggambaran telah bermula pada 19 Januari lalu. Harap peminat akan suka dengan naskah ini," – Aaron Aziz.

    Sekilas membaca watak Aaron yang kena kerat mangsa sebanyak 14 keratan ni mengingatkan Budiey dengan kes Mona Fandey. Cuma dalam kes tu, diorang kerat mayat mangsa sebanyak 18 kerat.

    Walaupun berlainan genre, gabungan Aaron Aziz dan Siti Saleha dianggap satu eksprimental dalam filem psiko thriller ini.

    Budiey tak sabar nak tonton filem ini. Kalau diberi keizinan oleh produksi, teringin sangat untuk melawat lokasi Kerat 14 ni. Semoga segalanya berjalan lancar ya.

    Aaron Aziz Siti Saleha Kerat 14

    Aaron Aziz Siti Saleha Kerat 14

    Aaron Aziz Siti Saleha Kerat 14

    Kerat14

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Kekasih Awal & Akhir Lakonan Aaron Aziz Siti Saleha
  • Drama Nora Elena
  • Gambar Siti Saleha di Karpet Merah ASK 2011
  • Gambar Siti Saleha di Post Party Anugerah Industri Muzik 18
  • Gambar Siti Saleha di Media Prima TV Networks Screening 2012
  • Gambar Siti Saleha di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Siti Saleha Bakal Jadi Pengacara Program Gerbang AIM18
  • Siti Saleha & Remy Ishak di Roadshow Enchanteur Paris & Dashing
  • Aaron Aziz Dilantik Duta Produk Minuman Drive M7
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Full content generated by Get Full RSS.