Adsense

Sabtu, 29 Oktober 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Giliran Faezah Elai mengamuk

Posted:

Giliran Faezah Elai mengamuk

Giliran Faezah Elai mengamuk



ARTIS mengamuk di Twitter bukan perkara asing bagi masyarakat kita. Setakat nak tulis bermacam-macam perkara yang tak baik tu dah jadi lumrah pada golongan anak seni kita yang hebat ni.

Terbaru pelakon Faezah Elai pula menggunakan Twitter sebagai tempat meluah perasaan. Tak pasti pula Joyah apa yang dah berlaku kepada Faezah. Apa yang bersarang di hatinya sampai sanggup twit ayat yang kurang enak didengar.

Itu hak Faezah nak luah perasaan. Itu Twitter dia dan ikut suka hati dia nak tulis apa pun. Dia juga manusia biasa dan ada perasaan. Lalu, apa yang pengikut Faezah baca, itulah dirinya yang sebenar.

Tapi pada pada pandangan Joyah sedikit berbeza. Maaf cakaplah, kalau twit perkara yang kurang elok sedikit sebanyak tempiasnya kena batang hidung kita balik. Artis yang bijak tidak akan buat perkara yang tak elok memandangkan dia tahu impaknya pada diri sendiri.

Joyah tak kata Faezah tak bijak. Hanya tindakannya sahaja yang nampak tak bijak. Nak mengamuk sakan macam mana pun janganlah sampai nak beritahu satu dunia. Ala, bukan dia sahaja yang dah buat macam ni, ramai lagi artis kita berperangai sama. Tak gitu?

Full content generated by Get Full RSS.

Farahdhiya mengamuk di hotel

Posted:

Farahdhiya mengamuk di hotel

Farahdhiya mengamuk di hotel



BETUL ke Farahdhiya mengamuk di hotel? Terkejut juga Syed dengar cerita yang disampaikan oleh peminat daripada Pantai Timur ni.

Kata mereka penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati tu memang cukup marah dengan layanan yang diterimanya dalam satu pertunjukan fesyen di sana.

Kata mereka Farahdhiya memang dijemput ke satu pertunjukkan fesyen di sana. Tapi berlaku salah faham yang menyebabkan penyanyi itu terpaksa menunggu di lapangan terbang sampai satu jam.

Alamak, lama tu. Kalau Syed di tempat Farahdhiya pun Syed akan marah. Tapi yang tak sedapnya bila sampai sahaja di hotel dia terus mengamuk dan memarahi petugas yang sedia ada di situ.

Kalau mengikut sumber yang memberitahu Syed macam-macam perkataan yang tak sedap didengar keluar daripada mulut Farahdhiya sampaikan semua orang yang ada terdiam begitu sahaja.

Mujur ada orang yang berjaya mententeramkan dia dan bawa masuk bilik. Lepas tu berlaku lagi satu insiden yang sepatutnya tak patut berlaku. Ketika sesi nak cuba baju, dia hanya mengenakan seluar jeans dan baju yang sedikit seksi.

Iyalah, kalau dah berada di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah tu, memang perkara macam ni akan menjadi satu isu. Lantas menyebabkan pihak penganjur rasa kecewa dengan tindakannya itu.

Entahlah, Syed yang mendengar cerita ni pun rasa serba salah. Bukan apa sebab tak sangka Farahdhiya sanggup buat macam tu. Harap-harap cerita yang disampaikan oleh sumber Syed ini tak benar sebab rasanya dia tak macam tu.

Syed: Selalu amuk nyamuk.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Sensasi Tang Wei

Posted: 28 Oct 2011 09:34 PM PDT

Hip

Bintang filem kontroversi dari China antara lima aktres bakal bergelar gadis Bond terbaru

KEBERANIAN Tang Wei melakonkan aksi berahi ketika membintangi filem arahan Ang Lee, Lust, Caution, empat tahun lalu hampir membunuh kariernya yang pada saat itu sedang memuncak.

Ketika membintangi Lust, Caution, Tang belum mempunyai nama besar malah bakatnya cuma berlegar dalam penerbitan drama bersiri televisyen.

Namun, pesona dimilikinya meyakinkan Lee untuk memilih Tang memainkan watak utama yang mencetuskan kontroversi, Wong Chia Chi. Tang mengenepikan 10,000 aktres lain untuk menggalas watak itu. Menerusi Lust, Caution juga, pelakon kelahiran Hangzhou, Zhejiang, China ini dianugerahkan trofi pertama iaitu Pelakon Baru Terbaik di Anugerah Golden Horse pada 2007.

Kemanisan yang diharap berpanjangan tanpa disangka membawa musibah besar apabila aksi berahi Tang itu mengundang kemarahan pihak berwajib di China.

Impak daripada kecaman itu, nama Tang disenarai hitam daripada membintangi drama dan filem selama dua tahun, malah kontrak iklan menggunakan wajahnya juga ditamatkan.

Meskipun Lee yang turut memberikan sentuhannya dalam satu lagi filem kontroversi, Brokeback Mountain memotong hampir tujuh minit daripada keseluruhan babak panas dalam produksi, ia tidak mengubah nasib malang Tang.
Nasib malang Tang, 32, yang ketika itu diramalkan bakal mencipta nama besar di China bertimpa kerana kehilangan kontrak bernilai lebih RM2 juta apabila namanya digugurkan bagi menghiasi iklan penjagaan kulit, Pond's.

Bukan hanya aksi berahi Tang yang mencetuskan kemarahan, malah produksi filem yang tidak bersifat patriotik turut dikenal pasti sebagai punca utama kepada kontroversi Lust, Caution.

Lantaran tiada tawaran baru, Tang yang bercita-cita menjadi ahli arkeologi dan peguam namun menceburi dunia lakonan selepas bergelar model berpindah ke Hong Kong sebelum terbang ke United Kingdom selama tiga bulan.

Sepanjang kehilangannya itu, Tang memperkemaskan diri dengan mengambil kursus pendek drama dan bahasa Inggeris, malah turut terbabit dalam pementasan Shakespeare untuk projek graduannya.

"Seseorang pelakon harus memiliki jiwa kental, selain berani membina benteng pertahanan diri yang kukuh. Mereka harus menjadi seperti rumput yang sentiasa degil untuk tumbuh tanpa sesekali gentar dipijak," katanya.

Selepas tiga tahun menyepikan diri, tahun lalu Tang kembali ke layar perak dengan filem romantik komedi, Crossing Hennessy menemukannya dengan penyanyi dan aktor popular Hong Kong, Jacky Cheung.

"Saya tidak pernah mahu menjadi seorang bintang, ramai juga yang maklum mengenainya. Tetapi masih ramai yang datang dan memberitahu: "Oh! Kamu sekarang seorang bintang".

"Hakikatnya saya tidak pernah tahu ke mana haluan saya. Saya cuma mengimpikan sebuah kehidupan ringkas namun membahagiakan.

"Memang saya berubah tetapi perubahan itu adalah kerana tuntutan dalam kerjaya ini. Saya masih berusaha keras mencari ruang damai untuk diri sendiri," katanya.
Tang berkata, kegembiraan yang dikecapinya hari ini datang daripada mereka yang berada di kelilingnya. Tanpa ragu, Tang mengakui keluarganya ialah insan yang penting yang membuatnya sentiasa ceria dan bertenaga.

"Kegembiraan juga saya nikmati ketika bersama kru penggambaran. Mereka sentiasa mengambil berat, begitu juga dengan pengarah yang tidak mengabaikan keperluan saya.

"Namun kebahagiaan sebenar datang dari hati paling dalam. Saya selalu mencarinya, malah sentiasa tertanya-tanya apa sebenarnya yang saya mahukan.

"Saya bersyukur kerana mampu berdikari, malah berada dalam bidang yang paling saya cintai tetapi apakah itu kebahagiaan hakiki?

"Apa pun juga saya percaya kebahagiaan sejati adalah di syurga. Di situ manusia hidup akan dalam keadilan dan percaya adanya syurga dan pembalasan mengubah hidup saya dengan pantas," katanya.

Bakal jadi gadis Bond?

BIARPUN sudah menyunting aktres Perancis, Berenice Marlohe untuk beraksi sebagai gadis Bond terbaru namun pengarahnya, Sam Mendes dan pelakon utamanya, Daniel Craig masih mencari satu lagi wajah eksotik untuk mendampingi aktor itu.

Tang dikatakan menjadi calon pilihan utama Mendes dan Craig, bersaing dengan Fan Bingbing, Li Bingbing, Shu Qi dan Josie Ho yang kesemuanya belum dikenali di Amerika Syarikat. Lima nama itu berada dalam senarai utama selepas produksi berkenaan menemubual lebih 100 aktres di sekitar Asia.

Tang disebut-sebut sebagai calon pilihan kerana penguasaan bahasa Inggerisnya yang baik. Dia menguasai bahasa itu selepas mengambil kursus pendek di University of Reading, United Kingdom ketika namanya dibekukan daripada lakonan. Media juga difahamkan, pengurusan Tang turut bertanggungjawab sebagai pelabur dalam edisi ke-23 Bond yang masih belum memiliki judul tetap.

Watak itu menjadi rebutan ramai aktres Asia apatah lagi impak kemunculan Datuk Michelle Yeoh dalam Tomorrow Never Dies memperkenalkan namanya di pasaran antarabangsa. Jika berjaya, beliau akan menjadi pelakon Asia kedua untuk watak idaman ramai aktres dari seluruh dunia itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Siti kagum Foster

Posted: 28 Oct 2011 09:32 PM PDT

Hip

Teruja tonton konsert komposer tersohor, pesanan buat artis calon anugerah AIM 18

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera buat semua pembaca Berita Harian, semoga hari yang dijalani akan memberikan kebahagiaan dan kejayaan buat kita semua.

Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian dan tidak kurang juga kerjaya masing-masing, Siti amat berbangga kerana pada hari ini, rakyat Malaysia mampu bangkit dan bersaing dalam pelbagai bidang. Ini bukan saja bertujuan untuk mengukuhkan lagi ekonomi keluarga malah menyumbang kepada negara juga. Begitu juga dengan golongan wanita yang semakin ramai menceburi pelbagai lapangan untuk menjana kemajuan diri dan masa depan mereka.

Siti amat bersyukur kerana baru-baru ini, produk SimplySiti mendapat anugerah yang diberikan oleh UDC Business Award 2011 untuk UDC-Upcoming Beauty Product Of The Year.

Sebelum ini produk SimplySiti juga pernah meraih anugerah The Best Halal Lauch daripada Watson's Health, Wellness dan Beauty Award; SME's Woman Of The Year Award 2010 daripada SME's Tun Dr.Siti Hasmah; The Best Most Promising Brand 2010 daripada The Brandlaureate-SMEs Chapter Awards 2010 dan The Best Water-Proof Mascara daripada Anugerah Kecantikan Untukmu Cosmopolitan 2010.

SimplySiti juga pernah meraih anugerah The Best Halal BB-Cream daripada Watson's Health, Wellness & Beauty Award 2010; The Best Coverage Face Powder by Watson's Health, Wellness & Beauty Award 2010; The Best Exclusive Brand Lauch daripada Watson's Health, Wellness & Beauty Award 2010 dan The Best Halal Product Award 2010 daripada The Halal Journal Awards.
Inilah yang Siti katakan bahawa dengan berusaha, tiada apa yang mustahil. Produk ini baru saja menjangkau usia tidak sampai dua tahun tetapi Siti dan pasukan kerja SimplySiti tidak pernah berputus asa untuk bersaing dengan pelbagai jenis produk di luar sana.

Bagi Siti, ini adalah persaingan yang sihat dalam perniagaan dan tentunya dari semasa ke semasa kami akan terus menghasilkan sesuatu yang terbaik dalam bidang kecantikan ini.

Baiklah, itu mengenai produk kecantikan Siti dan tentunya Siti amat teruja untuk bercerita mengenai Konsert David Foster yang sempat Siti tonton minggu lalu. Sejak terbaca iklan mengenai konsert tersebut, Siti memang bertekad untuk menontonnya kerana mengagumi lagu-lagu ciptaan komposer ternama ini.

Siti akui, ada kalanya memang teruja apabila berdepan dengan selebriti yang Siti idolakan hasil kerja mereka. Siti akui sewaktu menonton Konsert Celine Dion di Las Vegas, Siti juga seperti peminat-peminat yang lain, berasa sangat tergamam apabila penyanyi kesayangan kita ada di depan mata.

Malah Siti tidak malu untuk mengakui, Siti menitiskan air mata melihat konsert itu kerana hasrat untuk bertemu penyanyi kesayangan tercapai.

Begitu juga dengan Konsert David Foster ini, Siti menghayati persembahan beliau dengan rakan-rakan artis yang diundang ke pentas. Bagi Siti, David adalah komposer yang amat menghargai bakat yang ada pada seseorang artis.

Lagu-lagu beliau menjadi hit kerana beliau tahu bagaimana untuk mencipta lagu kepada artis-artis yang beliau bekerjasama. David adalah komposer yang tahu nada atau ciri-ciri vokal yang ada pada seseorang artis dan kemampuan mereka juga dinilai oleh David. Justeru, setiap lagu yang terhasil akan menepati kemampuan setiap artis dan tentunya menjadi siulan ramai.

Siti juga tidak mahu ketinggalan untuk bercakap mengenai Anugerah Industri Muzik yang akan berlangsung pada 12 November nanti. Siti akui peminat juga maklum bahawa inilah julung kalinya Siti tidak bertanding dalam anugerah ini sejak mula bergelar artis. Jangan salah faham kerana Siti tidak menyertainya kali ini kerana Siti tidak ada album atau produk terbaru dalam jangkamasa atau syarat yang ditetapkan.

Siti lihat nama-nama yang mendominasi pencalonan AIM kali ini ramai di kalangan artis-artis muda dan baru. Ini satu perkembangan yang baik kerana industri muzik semakin hari semakin banyak melahirkan nama baru dan tentu genre muzik dapat diperkembangkan.

Namun Siti amat berharap agar semua pihak menggunakan platform AIM ini dengan sebaiknya kerana ia adalah satu pentas anugerah yang berprestij. Doa Siti agar perjalanan majlis ini akan lancar, artis akan bersaing secara sihat dan mendapat pengalaman untuk terus berkarya.

Bagi Siti, AIM amat besar dan pelbagai anugerah Siti peroleh. Jika dulu, Siti amat berhati-hati dalam setiap penghasilan album kerana menitikberatkan kualitinya dan AIM selalu menjadi ilham. Alhamdulillah, dalam banyak barisan anugerah yang Siti peroleh, antara anugerah yang terbanyak adalah AIM. Semoga ia terus menjadi semangat kepada ramai artis di luar sana untuk berjuang dalam bidang ini.

Sekian saja bicara Siti pada minggu ini. Moga kita akan bersua lagi pada minggu hadapan. Salam sayang.

Full content generated by Get Full RSS.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Fara Fauzana Dan Neelofa Sah Pengacara Baru Nona

Posted: 28 Oct 2011 03:10 PM PDT

Pengacara baru program Nona, Fara Fauzana. – Foto THE STAR oleh ELLIS KHAN

KUALA LUMPUR: Penyampai Hot FM, Fara Fauzana dan pelakon baru Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa sah akan mengalas tugas sebagai pengacara program popular Nona.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, dua pengacara baru itu bakal menggantikan Vanidah Imran bermula Januari tahun depan.

Ahmad Izham berkata, pemilihan Fara dan Neelofa adalah bagi memantapkan persembahan program itu yang turut akan mengalami perubahan daripada segi isi kandungannya.

"Seperti tahun-tahun sebelumnya kita akan menukar pengacara Nona setiap tahun dan tidak terkecuali Vanidah.

"Pemilihan Fara dan Neelofa adalah berdasarkan kepada karakter dan personaliti mereka yang berbeza daripada pengacara sebelum ini.

"Kami yakin dengan pemilihan mereka berdua akan memberikan nafas baru kepada program Nona," ujarnya pada sidang media selepas sesi pra tonton program rangkaian Media Prima 2012 di sini, Jumaat.

Sementara itu, Fara ketika ditemui berkata, dia berasa teruja dipilih sebagai pengacara baru Nona bersama-sama Neelofa dan bersetuju untuk mengendalikan program itu sejajar dengan perubahan usianya.

"Tahun hadapan saya akan berusia 32 tahun dan Nona dilihat sebagai program sesuai untuk dikendalikan sejajar dengan usia saya yang meningkat.

"Disamping itu juga, saya teruja kerana ia adalah sesuatu pengalaman baru buat saya kerana sebelum ini lebih banyak mengacarakan program berbentuk hiburan atau santai," ujarnya.

Fara bagaimanapun memberitahu dia tidak akan mengikut cara penyampaian pengacara terdahulu tetapi akan menggunakan gaya tersendiri dalam memberi pembaharuan pada Nona.

"Saya diambil oleh kerana pihak pengurusan percaya kepada kebolehan saya dan menjadi tanggungjawab saya untuk membawa program itu ke satu peringkat lain untuk memastikan ia terus mendapat perhatian penonton," katanya.

Fara bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai gandingannya bersama Neelofa dan kelainan bakal dipaparkan oleh pihak produksi untuk program itu dan berharap peminat akan terus menyokongnya.

//mstar //

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tidak selamat dengan peminat

Posted:

Tidak selamat dengan peminat

Tidak selamat dengan peminat

MULA menyertai pertandingan One In A Milion (8TV) pada tahun 2006, Alif Satar atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd. Satar mula membina nama dalam industri seni setapak demi setapak seawal usia 16 tahun.

Tiga tahun menimba ilmu dan mengaut pengalaman, penyanyi berasal dari Kuala Lumpur itu kemudiannya mengeluarkan album pertamanya berjudul Nakal dengan menampilkan lagu pop popular Jangan Nakal.

Menakjubkan apabila lagu tersebut menjadi kegilaan dan siulan ramai terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja. Alif yang ketika itu berusia 19 tahun mula dikenali sebagai penyanyi bagi ikon kanak-kanak.

Kini, sesuai dengan usianya yang sudah menginjak 21 tahun, Alif muncul dengan album kedua berjudul Lelaki Seperti Aku seterusnya menampilkan sisi matangnya.

Begitupun, Alif masih mengekalkan lagu bergenre pop dan mudah didengar bagi mengekalkan selera pendengar kanak-kanak dan remaja.

"Walaupun untuk album kedua ini saya menampilkan sisi matang tetapi saya yakin pendengar yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja masih ada. Sebabnya mereka juga membesar dengan kerjaya seni saya.

"Sebagai contoh, penyanyi Justin Timberlake yang mula dengan Disney, kemudian beralih kepada kumpulan remaja N'Sync dan sekarang menampilkan ciri-ciri seorang lelaki apabila menyanyi secara solo," katanya yang mahu dirinya melalui fasa seperti Justin yang sentiasa diterima dan disokong peminat sejak awal sehingga kini.

Peminat dua tahun

Berasa puas dengan pemilihan lagu yang terdapat dalam album terbaharu itu, Alif juga berasa terharu kerana sambutan single pertamanya, Lelaki Seperti Aku berjaya menduduki carta tertinggi di beberapa stesen radio tempatan.

Malah, dia merasa bangga kerana lagu Lelaki Seperti Aku telah dinyanyikan oleh kanak-kanak berusia dua tahun dan ia telah dimuat turun dalam laman YouTube. Begitu juga dengan penyanyi remaja Shila Amzah yang turut menyanyikan lagu itu dalam versi perempuan iaitu Gadis Seperti Aku.


ALIF kini sedang melalui fasa transisi dalam kerjaya seni seiring dengan peningkatan usianya.


"Ia penghormatan buat diri saya apabila penyanyi Shila Amzah ingin menyanyikan lagu ini untuk versi perempuan dan meletakkan videonya di laman YouTube. Video itu telah ditonton hampir 100,000 orang," katanya ketika ditemui selepas majlis pradengar album keduanya di pejabat Sony Music Entertainment Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidak mahu mengikut kata hati semata-mata, Alif lebih suka menghasilkan lagu mengikut selera pendengar.

Katanya, dia tidak mahu mencipta sesuatu lagu yang tidak dekat dengan peminatnya.

Bercakap tentang kepuasan dalam nyanyian, menurut Alif, dia lebih suka menyanyi lagu bergenre jazz.

"Memang benar muzik jazz menjadi pilihan berbanding pop tetapi saya lebih senang menurut permintaan peminat yang lebih suka jika saya menyanyikan lagu pop. Namum Insya-Allah satu hari nanti saya akan mencita sebuah album dan lagu yang menunjukkan kematangan sebenar dan ia menepati kepuasan sebenar saya," ujarnya.

Alif juga tidak kisah jika dia masih dilabelkan sebagai ikon kanak-kanak kerana sememangnya golongan itu yang banyak membantu kariernya sejak dahulu lagi.

Ditebak persoalan tentang kenapakah dia kini berani muncul dengan album yang menampilkan kematangannya selari dengan usianya yang kini mencapai 21 tahun, jawab Alif, dia khuatir popularitinya di kalangan peminat belum terjamin sepenuhnya.

"Saya bukan macam penyanyi Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir. Saya masih berasa tidak 'secure' dengan peminat sendiri. Jadi, saya harus mencipta sesuatu yang menepati selera mereka," katanya jujur.

Sebanyak 80 buah lagu yang ada dipilih untuk dimuatkan dalam album kedua Alif yang bakal dipasarkan pada 28 Oktober ini. Album itu menampilkan sebanyak lapan buah lagu termasuk sebuah lagu Inggeris ciptaan penyanyi baharu, Amirah Ali berjudul There We Go.


FIGURA ini meraih pengalaman yang cukup bermakna ketika merakamkan lagu Inggeris pertamanya, There We Go.


"There We Go merupakan lagu Inggeris pertama yang dirakamkan. Pengalaman merakamkan lagu Inggeris pertama tidak sukar seperti yang saya bayangkan tetapi perasaan gementar tetap ada lebih-lebih lagi 'feedback' daripada peminat," katanya.

Selain There We Go, Alif turut menyanyikan lagu Inggeris nyanyian Kelly Clarkson & Justin Guarini yang berjudul Timeless. Alif Satar bergandingan dengan penyanyi popular dari Filipina, Julia Abueva yang mempunyai vokal yang cukup memukau.

Lagu lain yang turut dimuatkan dalam album itu adalah Pendusta, Rapuh, Dalam Sunyi dan Abdul yang merupakan single kedua album itu.

Tentang Abdul

Amat jarang seorang penyanyi lelaki menyanyikan lagu untuk lelaki. Tetapi bagi Alif, Abdul semenangnya seorang yang istimewa di matanya.

"Abdul ditulis sepenuhnya oleh Panji Sakti menampilkan lirik yang 'catchy', mudah diingat serta susunan muziknya yang 'fun'.

"Ia bukan lagu yang memuji tetapi sebuah lagu yang menceritakan sikap lelaki yang bernama Abdul," katanya mengenai lagu Abdul yang mirip melodi lagu popular I'm Yours nyanyian Jason Mraz.

Selain mencipta nama sebagai penyanyi, Alif juga dikenali sebagai pelakon dan pengacara. Baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Cuak untuk stesen Astro Ceria, Alif juga terlibat dengan telefilem Lari Sayang Lari yang mula bersiaran di Astro Prima pada 23 Oktober lalu.


RAIH kepercayaan. Alif menerima hadiah kek istimewa daripada pengarah urusan Sony Music Entertainment Malaysia, Adrian Lim.


"Lari Sayang Lari adalah sebuah drama arahan pengarah Jepun yang juga seorang penulis skrip terkenal di Hollywood, Yasu Tanaka. Jika ia mendapat sambutan yang baik, saya diberitahu ia akan dikembangkan pula sebagai sebuah drama bersiri," katanya.

Bercerita mengenai bidang pengacaraan pula, Alif ketika ini sedang mempersiapkan diri untuk kembali ke set program realiti, Idola Kecil 4.

Dia bersyukur kerana diberi kepercayaan sekali lagi untuk mengacarakan program itu untuk empat musim berturut-turut.

"Alhamdulillah, saya masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan program Idola Kecil. Kehadiran lebih 3,000 peserta sangat memberansangkan. Bayangkan, ketika uji bakat dilakukan, ada seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menyanyikan lagu Adele iaitu Rolling In The Deep sambil bermain gitar.

"Dia berjaya memukau semua orang. Justeru, Idola Kecil tahun ini antara rancangan yang perlu anda saksikan kerana kita semua pasti terkejut melihat kebolehan setiap peserta yang ada," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Tomok bakal jadi bapa

Posted:

Tomok bakal jadi bapa

Tomok bakal jadi bapa

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


TOMOK bakal ke London untuk menjalani penggambaran klip video bersama band One Night Only pada November ini.


USAI menjalani penggambaran filem Istanbul Aku Datang, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, gembira bukan kepalang saat kakinya kembali menjejak bumi Malaysia.

Gembiranya dilahirnya dalam panjat syukur atas nikmat dan rezeki sulung yang dilimpahkan yang Maha Esa, akhirnya tidak lama lagi Tomok juga bakal menukar statusnya menjadi bapa.

Biarpun usia kandungan isterinya, Siti Rahayu Abas, 32, baru mencecah dua bulan, keterujaan luar biasa dilihat dari raut wajah pemenang rancangan realiti One In A Million (OIAM) itu.

"Saya berada di Istanbul selama dua minggu dan pada minggu pertamanya saya mendapat panggilan telefon dari Malaysia pada pukul 5 pagi.

"Debaran cemas bertukar ceria apabila isteri memaklumkan dia mengandung selepas membuat ujian menggunakan alat pengesan kehamilan," katanya yang ditemui ketika majlis sidang akhbar pengumuman 30 lagu ke separuh akhir Muzik-Muzik 26 di Wisma Bentley, Mutiara Damansara, Selangor baru-baru ini.

Hadiah paling bermakna buat dirinya itu disimpan untuk pengetahuan pasangan suami isteri itu saja sepanjang tempoh Tomok berada di Istanbul, Turki.

Namun, sepanjang tempoh seminggu berbaki di bumi anbiya itu sang suami tidak putus-putus menanyakan khabar si isteri di tanah Malaysia.

"Gembira tidak terkata selepas dapat tahu berita gembira itu, selepas khabar itu saya macam tidak boleh tidur malam dan setiap hari bertanya khabar dia," luah Tomok yang melangsungkan perkahwinannya dengan Ayu pada 1 Julai lalu.

Pulang dari Istanbul, pasangan sejoli itu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan yang tepat mengenai status kandungan isterinya.

"Selepas pemeriksaan, doktor mendapati isteri saya sah mengandung dua bulan dan selepas itu barulah kami suami isteri memaklumkan khabar gembira ini kepada keluarga terdekat," ujarnya yang sememangnya bersedia menimang cahaya mata.

Terkini, isterinya Ayu sekadar muntah-muntah namun belum mengidam makanan yang pelik-pelik. Betapa terujanya Tomok apabila dia pula mengambil tugas Ayu membuat kerja rumah.

"Katanya, badan selalu tidak selesa dan sekarang saya akan membantunya membuat kerja rumah, buat masa sekarang saya memintanya berhenti bekerja seketika sehingga selepas dia bersalin," ceritanya yang tidak kisah dikurniakan anak lelaki ataupun perempuan.

Bagaikan Bidadari

Menerusi separuh akhir Muzik-Muzik 26, Tomok turut tercalon menerusi lagu Bagaikan Bidadari.

Lagu ciptaan komposer Aubrey Suwito dan lirik olehnya sendiri itu akan berentap bersama 10 buah lagu lain pada separuh akhir kedua, 25 November ini.

"Insya-Allah saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk melengkapkan hatrik saya ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas lagu Berlari (AJL 25) dan Rindu Terhenti (AJL 24)," getus Tomok menyimpan impian.

Tomok dalam pada itu, sedang membuat persiapan mengadakan penggambaran klip video bersama band One Night Only di London pada bulan November ini.

Selain terlibat dalam Bidadari, dia juga akan mengadakan konsert sempena Kempen Buka Semangat TV3 & Coca Cola pada hujung tahun ini.

Full content generated by Get Full RSS.

AJL 26 tanpa Irama Malaysia

Posted:

AJL 26 tanpa Irama Malaysia

AJL 26 tanpa Irama Malaysia

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


KIRI: Antara 30 artis yang tercalon untuk bersaing di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 26.


SEBANYAK 30 buah lagu akan berentap pada pusingan separuh akhir Muzik-Muzik 26 sepanjang tiga minggu berturut-turut pada setiap hari Jumaat pukul 9 malam, bermula 18 November (11 lagu), 25 November (11 lagu) dan 2 Disember (8 lagu).

Acara itu akan disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan 12 buah lagu yang layak ke pentas akhir akan diumumkan juri profesional pada minggu ketiga.

Persaingan pelbagai genre dalam tiga pusingan separuh akhir itu memperlihatkan hanya lagu bergenre pop rock dan balada yang layak untuk berentap merebut peluang untuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu kali ke-26.

Menurut Pengurus Penerbitan Hiburan Primeworks Studios, Fadzliniza Zakaria, pihaknya langsung tidak memperoleh sebarang penyertaan lagu bergenre irama Malaysia mahupun etnik kreatif sejak pusingan Muzik-Muzik 26 dimulakan awal tahun ini.

"Tiada penyertaan lagu bergenre irama Malaysia atau etnik kreatif sepanjang Muzik-Muzik bersiaran tahun ini dan kita kena perhatikan trend sekarang.

"Kebanyakan penyanyi hantar penyertaan lagu bukan berdasarkan album tapi lebih kepada single, itu mungkin punca utama tiada lagu bergenre sedemikian masuk ke semi final," katanya ketika sidang akhbar pengumuman 30 buah lagu yang bakal berentap di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 26 di Wisma Bentley, Mutiara Damansara, Selangor baru-baru ini.

Sementara itu, Fadzliniza turut mengulas perubahan corak dominasi artis yang bertanding pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 26 itu juga.

"Untuk tempoh tiga tahun ini kita melihat dominasi band-band indie dan sekarang trend itu juga sudah berubah, band indie masih ada tapi ada kemasukan penyanyi solo dan duet dan ini adalah satu kombinasi yang seimbang," ujarnya yang melihat setiap lagu ada kekuatan tersendiri.

Seperti sebelumnya, Muzik-Muzik 26 masih mengekalkan sistem pencalonan baharu iaitu berdasarkan carta lagu popular stesen radio tempatan untuk menzahirkan keseimbangan, di mana setiap lagu dipilih berdasarkan citarasa pendengar dari pelbagai faktor seperti demografi, genre dan peringkat umur.

Format penjurian juga masih sama, yakni mengekalkan 100 peratus pilihan daripada juri.

"70 peratus pecahannya adalah prapenjurian dan 30 peratus ketika hari persembahan separuh akhir," maklumnya yang masih belum memilih barisan 5 orang juri yang akan mengadili lagu, lirik dan vokal.

Lebih menarik, pusingan separuh akhir Muzik-Muzik 26 akan turut diserikan dengan persembahan artis jemputan setiap minggu seperti Hazami (medley lagu Kata dan Sonata Musim Salju), kumpulan Ilusi (medley irama klasik) dan Aris Ariwatan (medley Lamunan Terhenti dan Cinta Tak Kenal Siapa).

Tiket percuma kepada mereka yang berminat untuk menyaksikan persembahan artis kegemaran masing-masing boleh didapati di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 18 November, 25 November dan 2 Disember mulai pukul 11 pagi hingga 5 petang.

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


J.Lo sebak lagi depan peminat

Posted: 28 Oct 2011 07:09 AM PDT

SEJAK berpisah dengan suaminya, Marc Anthony pada Julai lalu, penghibur Latin paling seksi, Jennifer Lopez atau J.Lo dilihat sangat mudah tersentuh hati. Mungkin bibirnya masih mampu tersenyum namun jauh di lubuk jiwa, penyanyi lagu On The Floor itu masih menahan luka.

Contoh terbaru, minggu lalu, J.Lo tidak dapat menahan rasa sebaknya tatkala menjayakan persembahan di depan ribuan peminat pada konsert Ulang Tahun Ke-15 Mohegan Sun di Connecticut, Amerika Syarikat (AS).

Air mata J.Lo mula bergenang dan seterusnya berlinangan selepas memandang wajah anak kembarnya, Max dan Emme terpampang pada skrin di atas kepalanya sewaktu menyampaikan lagu If You Had My Love.

Bukan itu saja, penyanyi kelahiran Bronx, New York ini menangis lagi ketika beberapa penari lelaki mengiringinya ketika menyampaikan lagu It Beats No More pada konsert berkenaan.


Menariknya, penari latar berkenaan menari sambil memakai pakaian kegemaran bekas suaminya itu, penyanyi lagu My Baby You.


Sejak berpisah dengan Marc kira-kira empat bulan lalu, perubahan emosi mula berlaku ke atas juri program realiti TV, American Idol ini setiap hari.

Nyata imej J.Lo sebagai seorang wanita lasak dan berjiwa kental yang tiba-tiba tewas (menangis) di atas pentas turut membuat peminatnya turut sama bersedih dan menangis. Mereka seakan-akan faham perasaan penyanyi pujaan mereka itu yang tidak dapat mempertahankan mahligai yang dibina selama tujuh tahun itu.

J.Lo seperti kehilangan sesuatu yang biasanya membuat dia gembira selama ini.
Ada mengatakan pelakon filem Love Don't Cost A Thing itu memerlukan kasih sayang seorang lelaki kerana dia jarang sunyi dan selalu didampingi.

Sebelum Marc, J.Lo pernah berpisah dengan suami pertamanya, Ojani Noa. Dia kemudian bercerai dengan suami kedua yang juga seorang penari profesional, Cris Judd.

Bukan itu saja, J.Lo pernah menjalin hubungan dengan dua selebriti terkenal Hollywood seperti 'rapper' terkenal, P Diddy atau Sean Combs serta pelakon kacak Hollywood, Ben Affleck.

Perkahwinan ketiga bersama penyanyi Marc juga tidak mampu kekal hingga ke akhir hayat apabila mereka mengumumkan secara rasmi berpisah pertengahan Julai lalu.

Mereka akhirnya bersetuju membawa haluan masing-masing dengan difahamkan salah satu puncanya kerana pendidikan serta pegangan agama buat anak kembar mereka itu.

Beberapa hari selepas persembahan itu, satu sumber rapat dengan J.Lo mendedahkan bahawa perasaan sebak yang dialaminya pada konsert itu ada kisah tersendiri.

Sumber itu berkata, J.Lo bukan sengaja meraih simpati dengan menangis di atas pentas pada malam itu.

Katanya, penyanyi itu juga bukan menangis disebabkan penari latarnya berpakaian seperti Marc, Ben (Affleck) dan P Diddy tetapi semata-mata kerana teringatkan anak kembar kesayangannya.

Difahamkan, gambar dua anaknya itu bukan gambar sebarangan. Ia ketika mereka bergaya bersama J.Lo untuk iklan jenama mewah, Gucci.

Bagaimanapun, teori menangis kerana anaknya itu disangkal pula sebuah majalah terkenal di AS yang mendakwa dia menangis disebabkan terbayang seolah-olah persembahannya diiringi tarian Marc.

"Babak Marc dalam montaj yang dipaparkan itu benar-benar mencengkam perasaan J Lo. Ia menggambarkan perkara yang tidak disukai mengenai Marc dan sebahagian lagi pula seperti menunjukkan dia masih mencintai Marc.

"J.Lo kini sedang melalui satu frasa emosi yang sukar pada saat ini," kata sumber itu kepada pihak media.

Bagaimanapun, tiada kepastian apakah keceriaan dalam hidup J.Lo boleh mekar berikutan hubungan baru bersama aktor kacak Bradley Cooper yang terkenal dengan watak Will Tippin dalam drama TV, Alias.

Apa pula penjelasan J.Lo terhadap peminat setiap kali dia menitiskan air mata?

"Saya rasa mereka dapat merasai apa yang saya rasa. Anda sendiri tahu, saya seorang wanita biasa seperti orang lain. Ada masa hidup saya hebat dan ada masa sebaliknya," katanya kepada saluran hiburan, Access Hollywood.

Apa yang jelas, dia tetap yakin kepada cinta. Dia akui akan terus mencari cinta selagi hidup.

Sewaktu menyanyi pada konsert itu, J.Lo sempat menceritakan mengenai lagu If You Had My Love.

Pada penghujung konsert itu, dia sempat berkata: "Saya mengimbau semula semua kenangan dan memori lama. Saya tetap yakin mengenai masa depan dan berharap dapat jatuh cinta sekali lagi.

"Ada masanya cinta itu tidak menjadi dan sudah tentu ia menyedihkan. Apapun, saya tetap yakin pada kekuatan cinta sejati. Ia masih menjadi impian terhebat saya," katanya.

Bukan kali pertama J.Lo menangis di depan peminat. Dia pernah menangis menyaksikan peserta konsisten American Idol, Chris Medina tersingkir sekalipun bertindak sebagai salah seorang juri tetap bagi musim lalu.

Dalam majalah People edisi terbaru 2011, J.Lo turut dinamakan sebagai Individu Tercantik.

Dari sudut kerjaya seni, J.Lo memulakan karier sebagai penari untuk program televisyen In Living Color pada pertengahan 1990-an dan membintangi siri South Central.

J.Lo mula berlakon filem thriller, Money Train pada 1995 diikuti filem biografi, Selena pada 1997, Anaconda (1997), The Wedding Planner (2001), Maid in Manhattan (2002), Shall We Dance? (2004), Monster-in-Law (2005) dan The Back-up Plan (2010). Beberapa lagi filem lakonannya bakal ditayangkan pada 2012.

Setakat ini, J.Lo sudah menghasilkan tujuh album dengan album terbaru bertajuk Love? yang dilancarkan April tahun ini.

Selain melonjak dalam bidang hiburan, J.Lo juga banyak membuat kerja amal untuk hospital kanak-kanak di merata tempat.

Full content generated by Get Full RSS.

Bermain golf bersama selebriti

Posted: 28 Oct 2011 06:55 AM PDT

ACARA Golf Untuk Kebajikan Bersama Selebriti dianjurkan bukan saja untuk menyemarakkan lagi penganjuran Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24), sebaliknya bersama-sama meningkatkan kesedaran orang ramai membabitkan anugerah berprestij bagi mengangkat martabat penggiat seni tanah air, saban tahun.

Lebih bermakna, acara ini dijayakan 20 selebriti popular tanah air iaitu Fauziah Latiff, Amber Chia, Betty Banafe, Ning Baizura, Farahdhiya, Sheera Iskandar, Harith Iskandar, Nancie Foo, Datuk Yasmin Yusof, Rahim Jailani, Ahmad Tarmimi Siregar, Carine Lee, Zoe Tan, Cassandra Patrick dan Abu Bakar Juah.

Tidak ketinggalan, acara ini menampilkan Pengerusi FFM24, Harun Salim Bachik, Datuk Andre Goh dan Datuk Yasmin Yusof untuk sama-sama memeriahkannya. Acara menarik ini dianjurkan Produksi Seni Duapuluh-Duapuluh Sdn Bhd dan pengelola Bersama Kaki Golf.

Pengelola FFM24 Golf Bersama Selebriti, Wani Wendy Wong Abdullah atau lebih dikenali sebagai Wendy Wong berkata, selain mewujudkan kesedaran orang ramai mengenai FFM24, acara itu juga diadakan bagi membantu golongan anak seni tempatan yang tidak mampu menyara kehidupan mereka pada hari tua kelak.


"Seperti yang kita ketahui, jangka hayat seseorang artis dalam industri hiburan ini adalah pendek. Apabila seseorang artis mencecah kepada usia warga emas, peluang berlakon berkurangan kerana ia diambil alih artis muda pula.


"Golongan artis veteran kita perlu bantuan kewangan meneruskan kehidupan mereka apabila tidak lagi aktif berlakon kerana faktor usia.

"Acara ini juga dianjurkan bagi mengutip dana membantu golongan kurang bernasib baik. Dana itu juga disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Penghibur-Penghibur India Malaysia dan The National Autism Society Of Malaysia," katanya.

Majlis sidang akhbar FFM24 Golf Untuk Kebajikan Bersama Selebriti diadakan di Tropicana Golf & Country Resort, Selasa lalu. Hadir sama, Pengerusi Gafim, Jurey Latif Rosli; Penasihat 2 FFM24, Datuk M Daud Wahid dan Presiden Nasom, Datuk Danny Tan.

Selain itu, Penasihat Acara Golf, Datin Roselyn Lee; Pengurus Besar, Tropicana Golf & Country Resort, Harmen Tan; Pengelola Bersama, Nancie Foo; Pengerusi Jawatankuasa Malam Anugerah, Yusof Kelana dan Pengerusi Jawatankuasa Perasmian, Khir Mohd Noor.

Kata Wendy, Golf Untuk Kebajikan Bersama Selebriti ini menawarkan hadiah lumayan kepada peserta yang mengambil bahagian. Setiap peserta berpeluang mendapat 'goodie bag' bernilai RM3,000 membabitkan pakej bernilai RM2,000 iaitu penginapan satu malam di Bali, dua malam di Genting dan tiga malam di China.
Selain itu, baucer tunai membabitkan perhiasan Amee Phillips bernilai RM500 yang boleh ditebus di Lot 10.

"Acara ini membabitkan dua kategori yang dipertandingkan iaitu Trofi FFM24 dan Trofi selebriti. Pemenang acara ini berpeluang memenangi tiket penerbangan ke Dubai dengan Emirates Airline, perhiasan Amee Phillps bernilai RM3000, baucar VL Skincare bernilai RM500, Fusion Excell Quantum Pendant Bracelet, peralatan golf Carlyne dan hamper dari Marigold.

"Selain itu, pemenang akan mendapat langganan percuma selama setahun majalah Golf Malaysia Magazine, 10 baucar buffet daripada Tropicana Golf & Country Resort. Hadiah paling menarik menanti pemenang ialah Hole In One, rekaaan terbaru Audi A1 bernilai RM180,000," katanya.

Golf Untuk Kebajikan Bersama Selebriti ini akan berlangsung pada 10 November ini, jam 7 pagi di Tropicana Golf & Country Resort.

Full content generated by Get Full RSS.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Fara Fauzana & Neelofa Pengacara Nona 2012

Posted: 28 Oct 2011 06:33 PM PDT

Tahniah kepada penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana dan juga pelakon wanita yang masih baru, Neelofa kerana telah dipilih menggantikan pelakon, Vanidah Imran untuk mengendalikan rancangan berbentuk wanita dan fesyen, Nona di TV3 bermula awal tahun 2012 nanti. Pengacara baru dan pengacara lama bergabung untuk mengendalikan program ini dan Budiey rasa ianya satu pilihan yang tepat kerana ramai yang cakap Nona sekarang sangat membosankan. Sekaligus pemilihan ini akan menaikkan rating penonton.

Pengumuman yang dibuat oleh CEO Media Prima, Ahmad Izham Omar dalam majlis Screening 2012 Media Prima TV Network Media Prima Nite Live di Kuala Lumpur pada jam 3 petang semalam dan ini sekaligus telah melenyapkan teka-teki pasal perkara itu sejak seminggu lalu.

Media tempatan membuat spekulasi pasal Fara yang dikhabarkan bakal memikul tugas mengacara program yang mendapat perhatian golongan wanita itu menggantikan tempat Vanidah Imran yang genap setahun mengendalikannya hujung tahun ini.

Fara Fauzana yang sebelum ini pernah mengacarakan rancangan hiburan, tidak berseorangan apabila dia bakal ditemani pelakon baru, Neelofa untuk mengemudi program popular itu. Nampaknya kali ini dua pengacara pula mengemudi Nona. Selain Vanidah, Nona pernah diterajui Maya Karin, Nurul Ain, Datin Seri Normala Shamsuddin, Nurfarahin Jamsari, Ezzah Aziz Fauzy dan ramai lagi.

"Saya teruja bila dapat peluang mengendalikan rancangan Nona dan berjanji akan memberikan yang terbaik," kata Fara yang pernah menghangatkan Melodi selama beberapa tahun.

Fara Fauzana

Fara Fauzana

Fara Fauzana

Fara Fauzana

Fara Fauzana

Fara Fauzana

Fara Fauzana

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Red Carpet Fara Fauzana di ABPBH2010
  • Gambar Fara Fauzana & Didie Alias Hos Melodi Raya 2010
  • Gambar Fara Fauzana di Anugerah Seri Angkasa 2010
  • Siapa Tetamu Fara Fauzana Dalam Alahai Fafau
  • Gambar Fara Fauzana di Red Carpet ABP 2008
  • Fara Fauzana Pakai Kimono di Party Masquerade Media Hiburan
  • Fara Fauzana Menang Anugerah Artis ARTIS HIP Highly Intelligent Popular
  • Gambar Fara Fauzana di Rumah Terbuka SimplySiti
  • Gambar Fara Fauzana di Road Show Siri Hot FM
  • Gambar Fara Fauzana di Sidang Media Top 5 ABP 2008
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Terra Nova

    Posted: 28 Oct 2011 08:19 AM PDT

    TERRA NOVA

    THE WORLD'S MOST EXPENSIVE
    AND BIGGEST DRAMA SERIES IN TV HISTORY,
    EXECUTIVE PRODUCED BY STEVEN SPIELBERG & PETER CHERNIN,
    PREMIERS IN MALAYSIA FIRST AND EXCLUSIVE ON
    FOX (ASTRO CH 710)
    SATURDAY, OCTOBER 29TH, 8.55 PM

    Kuala Lumpur – October 24, 2011 – FOX International Channels brings to Malaysian viewers with yet another first and exclusive drama series that promises to keep them enthralled, TERRA NOVA!

    TERRA NOVA, the world's most expensive and biggest drama series in TV history, premieres first and exclusive on FOX – the No.1 US Entertainment Channel!

    TERRA NOVA is an epic adventure that follows a family's journey back in time. In the year 2149, the world is dying; the planet is overdeveloped and overcrowded, with the majority of plant and animal life extinct. The future of mankind is in jeopardy, and its only hope for survival is in the distant past.

    This 13-episode series centers on the "Shannon family" as they join the Tenth Pilgrimage of settlers to Terra Nova, the first colony established in this beautiful yet forbidding land. JIM SHANNON, played by Jason O'Mara (Band of Brothers, The Agency, Resident Evil: Extinction), a devoted father with a checkered past, guides his family through this new world of limitless beauty, mystery and terror. Upon the Shannon's arrival, they are introduced to COMMANDER NATHANIEL TAYLOR (Stephen Lang from Avatar, Tombstone, Gettysburg and The Fugitive), the charismatic and heroic first pioneer and leader of the settlement. Taylor, warns the Shannon who include ELISABETH SHANNON played by Shelley Conn (Mistresses, Charlie and the Chocolate Factory), JOSH SHANNON (Landon Liboiron), MADDY SHANNON (Naomi Scott) and ZOE (Alana Mansour), that while Terra Nova is a place of new opportunities and fresh beginnings, all is not as idyllic as it initially appears.

    As the flagship channel of Fox International Channels, FOX enhances consumers viewing experience with the telecast of first and exclusive programmes and this is further augmented through the availability of dual language audios – English and Bahasa Malaysia, 24-hours, daily.

    TERRA NOVA, first and exclusive on FOX (Astro Channel 710), will be telecast in dual audio languages – English and Bahasa Malaysia, with Bahasa Malaysia voice characters by Malaysian celebrities;
    • Rosyam Nor (Commander Nathanial Taylor)
    • Vanidah Imran (Elisabeth Shannon)
    • Aaron Aziz (Jim Shannon)
    • Sharifah Amani (Maddy Shannon)
    • Zahiril Adzim (Josh Shannon)

    TERRA NOVA is the most ambitious drama series ever conceived. It is the biggest, best and most anticipated blockbuster series on FOX (Astro Channel 710) as it taps into the well established cross category appeal of Jurassic Park, Lost and Avatar. The series overall has cost the FOX International Channels a staggering US$70 million (RM219 million) to produce, with the pilot episode alone coming in at in excess of US$20 million (RM63 million). That equates to roughly US$200,000 (RM627,000) for every minute of action and a major investment on the part of FOX International Channels.

    finaltn_45_studio_shel_jason_stephen_4722.G1.rc.c (Large)

    TERRA NOVA is produced by 20th Century Fox Television, Chernin Entertainment, DreamWorks Television and Kapital Entertainment. Steven Spielberg (Schindler's List, Saving Private Ryan, Jurassic Park, E.T,), Peter Chernin (Rise of the Planet of the Apes), Brannon Braga (Star Trek), René Echevarria (Star Trek), Jon Cassar, Aaron Kaplan (Made of Honor, You, Me & Dupree), Katherine Pope, Justin Falvey, Darryl Frank, Craig Silverstein and Kelly Marcel serve as executive producers. Alex Graves serves as executive producer and directed the series preview.

    TERRA NOVA was one of eight honorees in the Most Exciting New Series at the "Critics Choice Television Awards" voted by journalists who had seen the pilots. The Los Angeles Times wrote: "Easily the most exciting show of the fall season, FOX's Terra Nova" has such obvious, instant and demographically diverse appeal". The New York Post calls it "Good family fun" while The Washington Post writes "Literally the biggest thing on TV this fall, "Terra Nova" has it all: time travel, misguided utopianism, "Swiss Family Robinson"-style cohesion and lots of hungry dinosaurs. It's all pretty dazzling."

    TERRA NOVA PREMIERES FIRST AND EXCLUSIVE IN MALAYSIA AS A 2-HOUR SIMULCAST ON FOX (ASTRO CHANNEL 710) AND STAR WORLD (ASTRO CHANNEL 711), SATURDAY, 29 OCTOBER AT 8.55PM.

    NEW EPISODES EVERY FRIDAY ONLY ON FOX (ASTRO CHANNEL 710) AT 8.55PM.

    FOX PROVIDES DUAL LANGUAGE AUDIO – ENGLISH & BAHASA MALAYSIA
    24-HOURS DAILY.

    About FOX International Channels
    FOX International Channels (FIC) is News Corporation's international multi-media business. We develop, produce and distribute 200+ wholly- and majority-owned entertainment, factual, sports and movie channels across Latin America, Europe, Asia and Africa, in 37 languages. These networks and their related mobile, non-linear and high-definition extensions, reach over 1 billion cumulative subscribing households worldwide.

    In Asia, FIC operates 27 channel brands including the Fox, Star and National Geographic brands in 75 channel feeds across 14 markets, reaching more than 550 million cumulative subscribers in Asia Pacific and Middle East. The leading pay-TV network has offices in Singapore, Malaysia, Indonesia, Philippines, Thailand, Hong Kong, China, Taiwan, Japan, Korea, Australia, Middle East and India. For more information, please visit: www.foxinternationalchannels.com

    In Malaysia, FOX International Channels operates National Geographic Channel, National Geographic Channel HD, National Geographic Wild, National Geographic Adventure, National Geographic Music, STAR World, STAR Movies, STAR Movies HD, FOX, FOX Crime HD, FX HD, BabyTV, tvN HD, Channel [V] Taiwan, STAR Chinese Channel and STAR Chinese Movies 2.

    TN_Dom_1_Sheet_KAWT (Large)

    tn_11_location_hut_9_1194_pwjw3e2_TVD (Large)

    TN_Intl_1_Sheet_v2_KAWT (Large)

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Trivia: Tas Tangan Pelakon di Penyampaian Hadiah ABP – Rafflesia
  • Majlis Penyampaian Hadiah ABP-BH dan Rafflesia
  • Sinopsis Drama Kecuali Cintamu
  • Nostalgia Malar Segar Imbau Kenangan di TV1
  • Mila Jirin Berundur Dari MC Voices & Stars
  • Bunkface Wakil Malaysia di Asian Music Festival 2011 Hong Kong
  • Ida Nerina, Rashidi Ishak, Faezah Elai dan Diana Rusdi @ Drama Hartamas
  • Sekitar Pelancaran Album Single IZ OIAM 2
  • Profile IZ OIAM2
  • The 6th Annual BOH Cameronian Arts Awards 2007 Nominees
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Zon Artis

    Zon Artis


    (Takziah) Isteri Zaquan Adha, Ayu Raudhah Keguguran

    Posted: 28 Oct 2011 01:44 AM PDT

    AYU RAUDHAH KEGUGURAN

    Nampaknya, impian Ayu Raudhah dan Zaquan Adha untuk menimang cahayamata sulung berkecai apabila Ayu Raudhah yang hamil enam minggu mengalami keguguran tiga hari lepas. Ayu Raudhah disahkan keguguran selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 22 Oktober lalu. Sebelum disahkan keguguran, Ayu Raudhah mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama 'Gemersik Kalbu' untuk slot Akasia TV3.

    Seperti yang dikatakan oleh Ayu Raudhah kepada portal Gua:-

    "Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.

    "Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, 'Gemersik Klabu'. Waktu itu saya 'turun darah'. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,"

    Kepada Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha, takziah dari kami kepada anda berdua. Hopefully anda bersabar dengan apa yang berlaku ini dan redha diatas ketentuanNYA. Kalau ada rezeki, insyaAllah jadi ibu dan ayah lah anda nanti. Cuma masanya kita tak tahu. Apa yang penting?

    Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

    Lagi Gambar Yasmin Hani Dan Sha’arin Di Majlis Resepsi

    Posted: 28 Oct 2011 12:41 AM PDT

    GAMBAR PERKAHWINAN YASMIN HANI DAN SHAARIN

    Kami tahu, majlis resepsi Yasmin Hani dan Sha'arin sudah seminggu berlalu malah kami juga sudah kongsikan beberapa gambar sekitar majlis resepsi mereka itu. Namun, kami tetap nak kongsikan beberapa lagi gambar Yasmin Hani dan Sha'arin semasa berlangsungnya majlis resepsi mereka itu. Seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, Yasmin Hani begitu cantik dan Sha'arin begitu kacak. Saksikan.

    GAMBAR PERKAHWINAN YASMIN HANI DAN SHAARIN

    GAMBAR PERKAHWINAN YASMIN HANI DAN SHAARIN

    GAMBAR PERKAHWINAN YASMIN HANI DAN SHAARIN

    GAMBAR PERKAHWINAN YASMIN HANI DAN SHAARIN

    GAMBAR PERKAHWINAN YASMIN HANI DAN SHAARIN

    GAMBAR PERKAHWINAN YASMIN HANI DAN SHAARIN

    GAMBAR PERKAHWINAN YASMIN HANI DAN SHAARIN

    GAMBAR PERKAHWINAN YASMIN HANI DAN SHAARIN

    GAMBAR PERKAHWINAN YASMIN HANI DAN SHAARIN

    GAMBAR PERKAHWINAN YASMIN HANI DAN SHAARIN

    GAMBAR PERKAHWINAN YASMIN HANI DAN SHAARIN

    +Let's say thanks to G.i Photoshoot

    Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.