Utusan Online - Hiburan |
Posted: Giliran Faezah Elai mengamukARTIS mengamuk di Twitter bukan perkara asing bagi masyarakat kita. Setakat nak tulis bermacam-macam perkara yang tak baik tu dah jadi lumrah pada golongan anak seni kita yang hebat ni. Terbaru pelakon Faezah Elai pula menggunakan Twitter sebagai tempat meluah perasaan. Tak pasti pula Joyah apa yang dah berlaku kepada Faezah. Apa yang bersarang di hatinya sampai sanggup twit ayat yang kurang enak didengar. Itu hak Faezah nak luah perasaan. Itu Twitter dia dan ikut suka hati dia nak tulis apa pun. Dia juga manusia biasa dan ada perasaan. Lalu, apa yang pengikut Faezah baca, itulah dirinya yang sebenar. Tapi pada pada pandangan Joyah sedikit berbeza. Maaf cakaplah, kalau twit perkara yang kurang elok sedikit sebanyak tempiasnya kena batang hidung kita balik. Artis yang bijak tidak akan buat perkara yang tak elok memandangkan dia tahu impaknya pada diri sendiri. Joyah tak kata Faezah tak bijak. Hanya tindakannya sahaja yang nampak tak bijak. Nak mengamuk sakan macam mana pun janganlah sampai nak beritahu satu dunia. Ala, bukan dia sahaja yang dah buat macam ni, ramai lagi artis kita berperangai sama. Tak gitu? |
Posted: Farahdhiya mengamuk di hotelBETUL ke Farahdhiya mengamuk di hotel? Terkejut juga Syed dengar cerita yang disampaikan oleh peminat daripada Pantai Timur ni. Kata mereka penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati tu memang cukup marah dengan layanan yang diterimanya dalam satu pertunjukan fesyen di sana. Kata mereka Farahdhiya memang dijemput ke satu pertunjukkan fesyen di sana. Tapi berlaku salah faham yang menyebabkan penyanyi itu terpaksa menunggu di lapangan terbang sampai satu jam. Alamak, lama tu. Kalau Syed di tempat Farahdhiya pun Syed akan marah. Tapi yang tak sedapnya bila sampai sahaja di hotel dia terus mengamuk dan memarahi petugas yang sedia ada di situ. Kalau mengikut sumber yang memberitahu Syed macam-macam perkataan yang tak sedap didengar keluar daripada mulut Farahdhiya sampaikan semua orang yang ada terdiam begitu sahaja. Mujur ada orang yang berjaya mententeramkan dia dan bawa masuk bilik. Lepas tu berlaku lagi satu insiden yang sepatutnya tak patut berlaku. Ketika sesi nak cuba baju, dia hanya mengenakan seluar jeans dan baju yang sedikit seksi. Iyalah, kalau dah berada di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah tu, memang perkara macam ni akan menjadi satu isu. Lantas menyebabkan pihak penganjur rasa kecewa dengan tindakannya itu. Entahlah, Syed yang mendengar cerita ni pun rasa serba salah. Bukan apa sebab tak sangka Farahdhiya sanggup buat macam tu. Harap-harap cerita yang disampaikan oleh sumber Syed ini tak benar sebab rasanya dia tak macam tu. Syed: Selalu amuk nyamuk. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |