Adsense

Sabtu, 29 Oktober 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Temubual Eksklusif Bersama Forteen

Posted: 29 Oct 2011 08:47 PM PDT

Kalau sebelum ni, negara kita ada Phyne Ballerz, V.E dan Ruffedge, sekarang Budiey perhatikan dah tak ramai kumpulan paduan suara wujud. Namun, terbaru kumpulan vokal yang Budiey jumpa semasa pelancaran KRU TV telah muncul di persada seni suara. Empat remaja muda trang tang tang ini menamakan diri mereka Forteen yang mana bakat mereka dicungkil oleh Edry Abdul Halim.

Forteen yang membawa maksud untuk remaja dianggotai oleh empat jejaka iaitu Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 22, (Ariz), Muhammad Ridzuan Sharifuddin, 22, (One), Mohamad Arif Ameerais Azhar, 21, (Ameer) dan Muhammad Izzul Islam Mazlan, 21 (Izzue Islam). Dalam ramai-ramai ni, Budiey hanya kenal dengan Rizu yang dulunya pernah masuk program realiti popular One In A Million (OIAM) musim ketiga.

forteen

Forteen sekarang ini sedang hangat dengan lagu single pertama berjudul Berdua Bersatu yang semakin popular di radio-radio.

Baru-baru ini, Budiey sempat menemubual Forteen…

1. Apa kelainan Forteen dari segi imej dan lagu berbanding dengan grup yang lain?
Imej Forteen lebih fokus kepada unsur-unsur formal dan digabungkan menjadi formal dan casual. Lagu single terbaru kami, Berdua Bersatu pula bergenrekan pop balada dan melodinya senang untuk didengar dan dinyanyikan bersama terutama untuk golongan remaja zaman sekarang.

2. Sejauh mana keunikan Forteen ini dapat memberi warna pada industri yang bakal bersaing dengan ramai penyanyi berkumpulan di luar sana?
Sebagai artis semestinya kami ingin bertahan sampai ke akhir hayat kami. Ini kerana kami hidup atau bernafas dengan muzik dan muzik dan jiwa kami tidak boleh dipisahkan. Mmang sudah diduga persaingan itu sentiasa ada dan positifnya perlu ada. Jadi kita kena selalu mengeluarkan sesuatu yang baru dan segar mengikut peredaraan masa bersesuaian dengan trend terkini.

3. Dalam ramai-ramai vokalis, siapa yang banyak mengetuai vokal grup ini?
Untuk single Berdua Bersatu ni kebanyakkan vokal diberi kepada ONE dan ARIDZ.

4. Ceritakan serba sedikit mesej, asal usul bagaimana lagu terbaru ini boleh dirakamkan?
Pada mulanya, kami diberi tiga lagu pilihan untuk menjadi single kami, Berdua Bersatu adalah salah satu daripadanya. Setelah berbincang kami memutuskan untuk memilih lagu berdua bersatu dan terus membuat keputusan untuk dirakamkan lagu ini.

5. Apakah visi Forteen? Di mana Forteen akan berada 5 tahun akan datang?
insyaalah kami masih merada di dalam industri Malaysia. Kami menganggap kumpulan KRU adalah mentor kami di mana mereka masih bertahan sehingga sekarang.

6. Bagaimana kalian jaga ikatan dan hubungan sesama ahli kumpulan agar tak berpecah?
Sebagai sebuah kumpulan, sebarang perkara atau permasalah yang timbul kami jadikan perbincangan sebagai asas penyelesaian. Kesemua ahli kumpulan bebas untuk bersuara, kesimpulan dan jawapan kepada penyelesaian kami jadikan sebagai keputusan bersama. Kami senang dan serasi sebagai sebuah kumpulan, jadi tiada isu atau sebab untuk kami berpecah.

7. Pendapat Forteen tentang perkembangan muzik sekarang ini?
Okay, setakat ini sepeti yang kita lihat, rancangan realiti tv semakin banyak dan bakat-bakat baru pun semakin bertambah. Jadi dari situ kita dapat lihat yang industri kita semakin berkembang.

8. K-Pop muzik jadi trend di Malaysia, tak nak tukar imej kepada K-Pop?
Kami sentiasa dikaitkan dengan K-pop atau nama sebenar korean pop, sedangkan music pop itu sesuatu yang universal bermaksud setiap artis bebas dalam cara mereka untuk berkarya. Sebenarnya kami tiada persamaan langsung dengan K-pop, di mana kami lebih mengemukakan vocal bukan tarian. Lagi pun kami lebih suka artis berkumpulan yang mengutamakan vocal sebagai pengaruh kami seperti V.E, Westlife dan lain-lain.

9. Harapan Forteen?
Harapan Forteen semestinya kami nak bertahan sampai ke akhir hayat kami. Kami berharap jugak rakyat Malaysia dapat memberi sokongan penuh kepada kami sampai bila-bila secara tidak langsung dapat membantu industri muzik tanah air dan memartabatkan lagi ke peringkat antarabangsa.

10. Perkembangan terkini Forteen?
Sekarang ini kami sedang giat menjalani promosi untuk single Berdua Bersatu dan beberapa undangan persembahan di luar sana. Alhamdullilah, kami menerima sambutan dan respon yang baik dari peminat melalui single pertama ini. Sekiranya segalanya berjalan lancar mengikut perancangan, insyallah Forteen akan muncul dengan single kedua dan ini menjadi tanda penghargaan kami khas buat peminat.

Kepada peminat yang ingin mendapatkan lagu Berdua Bersatu, lagu ini turut dimuatkan ke dalam album kompilasi OMG GEMPAK terbitan KRU Studios. Album ini sudah berada dipasaran dan boleh di dapati di cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner yang berhampiran.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Behind The Scenes Temubual Eksklusif Bersama 3 Macan
  • Gambar Siti Nurhaliza di Temubual Eksklusif @ PNB Darby Park
  • Temubual Eksklusif Bersama Dr. John Gage Di Program Tamu Awani
  • Kontroversi Melodi Manipulasi Fakta Wedding Ashraf Sinclair Bunga Citra Lestari
  • Erra Fazira dan Aleesya di Selebriti Room Suria FM Esok
  • Foto Sekitar Konsert Boyz II Men di Arena of Stars, Genting Highland
  • Sekitar Ekspresi Remaja TV9 di UKM Bangi
  • Album Kompilasi OMG Gempak
  • Dokumentari DAULAT TUANKU Di TV3
  • Rakaman Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza Bersama Peminat
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Gambar Sekitar TV3 Kids Parade & Cake Day 2011

    Posted: 29 Oct 2011 08:26 PM PDT

    'MENJANA KARISMA KANAK-KANAK' TEMA TV3 KIDS PARADE & CAKE DAY TAHUN INI
    Lebih 30 Kontinjen Meriahkan Perarakan Kanak-kanak 1Malaysia

    Bersempena sambutan Hari Kanak-kanak SeDunia peringkat kebangsaan, TV3 dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membawakan TV3 KIDS PARADE dan CAKE DAY buat kali ketiga sejak diperkenalkan pada tahun 2009. Objektif TV3 KIDS PARADE dan CAKE DAY ialah untuk menemukan pelbagai kelompok kanak-kanak bersama seisi keluarga dalam satu acara istimewa bertemakan 'Menjana Karisma Kanak-kanak' bagi memupuk semangat muhibah tanpa mengira bangsa dan agama dikalangan semua yang terlibat seiring dengan konsep 1Malaysia.

    TV3 Kid parade 2011

    Seawal jam 8.00pagi, TV3 KIDS PARADE bermula dengan acara pembukaan iaitu perarakan kanak-kanak 1Malaysia, di mana 38 kontinjen yang terlibat terdiri daripada pra-sekolah, sekolah, pasukan beragam, rumah kebajikan dan barisan artis yang pernah menjayakan program School Attack seperti Syazwan Zulkifli, Adam Shah, Talha Harith, Dedeq, Mimie Harris, Adi Mentor 4 dan Salma Mentor 5 (dilampirkan senarai penuh kontinjen untuk rujukan). Juara tahun lalu, SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi sekali lagi bertanding. Wang tunai bernilai RM3,000 menjadi rebutan buat pasukan terbaik manakala RM2,000 untuk tempat kedua, RM1,000 untuk tempat ketiga dan RM500 untuk saguhati. Setiap kontinjen akan dinilai dari segi rekaan kostum, kreativiti dan persembahan keseluruhan.

    Pengurus Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 Kids, Mohd Azri Badri berkata, "Melihat kepada kejayaan lalu, TV3 KIDS PARADE diteruskan lagi pada tahun ini. Lebih meriah, edisi kali ini mendapat kerjasama dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, KFC dan Nestlé. Diharapkan TV3 KIDS PARADE mampu menjadi platform untuk kanak-kanak berkumpul beraktiviti disamping memupuk jati diri dan karisma."

    Selain menyaksikan perarakan kanak-kanak, para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti dan memenangi cenderamata eksklusif TV3. Aktiviti lain yang diadakan di TV3 KIDS PARADE ini, antaranya, sesi beramah mesra bersama karakter kartun seperti BoBoiBoy, Upin & Ipin, Supertots, Tamagotchi, Armor Hero, persembahan pasukan sorak, bag pipe, brass band, persembahan teater kanak-kanak, pertandingan melukis, bengkel mewarna, tayangan Movie Magic, pendaftaran ahli baru MyTV3 dan banyak lagi.

    Gerai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), KFC, Nestlé, Dutch Lady, Munchy's, Pharmaniaga dan Children Islamic Centre (CiC) turut dibuka untuk pengunjung. Di gerai JKM pengunjung boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan informasi seperti perkhidmatan-perkhidmatan kebajikan untuk kanak-kanak, keluarga, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas. Di gerai Dutch Lady pula terdapat 'Cabaran Sekolahku Generasi Membina' yang mempamerkan hasil kreativiti pelajar sekolah seluruh tanahair dalam membina struktur binaan dengan menggunakan kotak susu Dutch Lady.

    TV3 KIDS PARADE edisi kali ini dirasmikan oleh Y.B. Dato' Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diiringi oleh Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

    Sementara si anak seronok berhibur dan beriadah dengan pelbagai aktiviti kanak-kanak, para ibu pastinya tidak mahu ketinggalan menyertai acara CAKE DAY. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan Menghias Kek yang menawarkan wang tunai bernilai RM500 untuk tempat pertama, RM300 tempat kedua, RM200 tempat ketiga dan RM100 hadiah saguhati. Objektifnya ialah untuk memberi peluang kepada kaum wanita menunjukkan bakat dan berkongsi pengetahuan berkenaan ilmu pastri.

    Acara CAKE DAY dirasmikan oleh Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama, TV3 & TV9. Selain pertandingan menghias kek, aktiviti lain yang turut diadakan adalah demonstrasi menghias kek oleh Puan Zuraidah dari Silver Spoon International College. Acara dimeriahkan lagi dengan sesi mendekorasi cup cakes bersama adik Izuan Fikri dan adik Mia Sara Nasuha serta lelongan kek yang telah dihias oleh personaliti dan artis jemputan seperti Sharifah Sakinah, Wan Sharmila, Hairi Safwan, Saiful Nizen dan Amyza Adnan kepada pengunjung yang hadir. Hasil lelongan akan disalurkan ke Tabung Amal Azean Irdawaty.

    Senarai Kontinjen TV3 KIDS PARADE
    1. Media Prima Berhad Kids
    2. School Invaders (Barisan artis yang telah sama-sama memeriahkan program TV3 Kids School Attack; Syazwan Zulkifli, Adam Shah, Talha Harith, Dedeq, Mimie Harris, Adi Mentor 4, Salma Mentor 5 dan ramai lagi)
    3. SMK St. John, Kuala Lumpur
    4. SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya
    5. Mascot (BoBoiBoy, Upin & Ipin, Supertots, Tamagotchi & Armor Hero)
    6. Motocade (MyTV3, TV3 Kids, School Attack & K9)
    7. SMK Tinggi Klang, Klang
    8. Permata Seni (Tiga gabungan iaitu Muzik, Koir dan Tari)
    9. Tadika Al-Fikh, Pelabuhan Klang
    10. Taska Warisan Cemerlang, Klang
    11. Tadika Sri Bunga Raya, Shah Alam
    12. Tadika Ceria Az-Zahrah, Klang
    13. Children Islamic Centre (CiC), Putrajaya
    14. Tadika Atfal Excel, Cheras
    15. Tadika Seni & Kreatif, Cheras
    16. Taska Permata SIRIM Bhd, Shah Alam
    17. Smart Soleh Integrated Preschool, Sg. Buloh
    18. Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR), Subang Jaya
    19. Rumah Hope, Petaling Jaya
    20. Rumah Sayangan, Kuala Lumpur
    21. Pertubuhan Kristian Desa Amal Jireh, Semenyih
    22. Shapherd Centre Foundation, Semenyih
    23. Rumah Ozanam, Petaling Jaya
    24. Pusat Aktiviti Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor
    25. Pemulihan Dalam Komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    26. Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    27. Persatuan Pure Life, Kuala Lumpur
    28. SK Pandan Indah, Kuala Lumpur
    29. SK Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh
    30. SK (J) Cina Lick Hung, Subang Jaya
    31. SK Puncak Alam, Selangor
    32. SK Seafield, Subang Jaya
    33. SK Jalan 3, Bandar Baru Bangi
    34. SK Meru, Klang
    35. SK Bukit Sentosa, Rawang
    36. SK Taman Bukit Subang
    37. SK Tun Doktor Ismail, Sabak Bernam
    38. St. John's Alumni Pipe Band
    *Mengikut urutan perarakan

    TV3 Kid parade 2011

    TV3 Kid parade 2011

    TV3 Kid parade 2011

    TV3 Kid parade 2011

    TV3 Kid parade 2011

    TV3 Kid parade 2011

    TV3 Kid parade 2011

    TV3 Kid parade 2011

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • KIDS PARADE & CAKE DAY
  • TV3 Kids Parade & Cake Day 2011
  • TV3 Kids Parade Bertemakan Persahabatan
  • TV3 Kids Parade & Cake Day
  • Cartoon Network Ben 10 Ultimate Boot Camp
  • TV3 Bakal Anjurkan My Kids Awards
  • TV3 Kids School Attack Jana Minda Cerdas Kanak-Kanak
  • The Water Horse & Da Vinci Creative Kids Art Worshops
  • Life Stories Hyper Parents & Coddled Kids
  • TV3 Kids Voice Out School Attack
  • Full content generated by Get Full RSS.