Harian Metro: Rap |
Posted: 28 Oct 2011 07:09 AM PDT SEJAK berpisah dengan suaminya, Marc Anthony pada Julai lalu, penghibur Latin paling seksi, Jennifer Lopez atau J.Lo dilihat sangat mudah tersentuh hati. Mungkin bibirnya masih mampu tersenyum namun jauh di lubuk jiwa, penyanyi lagu On The Floor itu masih menahan luka. Contoh terbaru, minggu lalu, J.Lo tidak dapat menahan rasa sebaknya tatkala menjayakan persembahan di depan ribuan peminat pada konsert Ulang Tahun Ke-15 Mohegan Sun di Connecticut, Amerika Syarikat (AS). Air mata J.Lo mula bergenang dan seterusnya berlinangan selepas memandang wajah anak kembarnya, Max dan Emme terpampang pada skrin di atas kepalanya sewaktu menyampaikan lagu If You Had My Love. Bukan itu saja, penyanyi kelahiran Bronx, New York ini menangis lagi ketika beberapa penari lelaki mengiringinya ketika menyampaikan lagu It Beats No More pada konsert berkenaan.
Nyata imej J.Lo sebagai seorang wanita lasak dan berjiwa kental yang tiba-tiba tewas (menangis) di atas pentas turut membuat peminatnya turut sama bersedih dan menangis. Mereka seakan-akan faham perasaan penyanyi pujaan mereka itu yang tidak dapat mempertahankan mahligai yang dibina selama tujuh tahun itu. J.Lo seperti kehilangan sesuatu yang biasanya membuat dia gembira selama ini. Sebelum Marc, J.Lo pernah berpisah dengan suami pertamanya, Ojani Noa. Dia kemudian bercerai dengan suami kedua yang juga seorang penari profesional, Cris Judd. Bukan itu saja, J.Lo pernah menjalin hubungan dengan dua selebriti terkenal Hollywood seperti 'rapper' terkenal, P Diddy atau Sean Combs serta pelakon kacak Hollywood, Ben Affleck. Perkahwinan ketiga bersama penyanyi Marc juga tidak mampu kekal hingga ke akhir hayat apabila mereka mengumumkan secara rasmi berpisah pertengahan Julai lalu. Mereka akhirnya bersetuju membawa haluan masing-masing dengan difahamkan salah satu puncanya kerana pendidikan serta pegangan agama buat anak kembar mereka itu. Beberapa hari selepas persembahan itu, satu sumber rapat dengan J.Lo mendedahkan bahawa perasaan sebak yang dialaminya pada konsert itu ada kisah tersendiri. Sumber itu berkata, J.Lo bukan sengaja meraih simpati dengan menangis di atas pentas pada malam itu. Katanya, penyanyi itu juga bukan menangis disebabkan penari latarnya berpakaian seperti Marc, Ben (Affleck) dan P Diddy tetapi semata-mata kerana teringatkan anak kembar kesayangannya. Difahamkan, gambar dua anaknya itu bukan gambar sebarangan. Ia ketika mereka bergaya bersama J.Lo untuk iklan jenama mewah, Gucci. Bagaimanapun, teori menangis kerana anaknya itu disangkal pula sebuah majalah terkenal di AS yang mendakwa dia menangis disebabkan terbayang seolah-olah persembahannya diiringi tarian Marc. "Babak Marc dalam montaj yang dipaparkan itu benar-benar mencengkam perasaan J Lo. Ia menggambarkan perkara yang tidak disukai mengenai Marc dan sebahagian lagi pula seperti menunjukkan dia masih mencintai Marc. "J.Lo kini sedang melalui satu frasa emosi yang sukar pada saat ini," kata sumber itu kepada pihak media. Bagaimanapun, tiada kepastian apakah keceriaan dalam hidup J.Lo boleh mekar berikutan hubungan baru bersama aktor kacak Bradley Cooper yang terkenal dengan watak Will Tippin dalam drama TV, Alias. Apa pula penjelasan J.Lo terhadap peminat setiap kali dia menitiskan air mata? "Saya rasa mereka dapat merasai apa yang saya rasa. Anda sendiri tahu, saya seorang wanita biasa seperti orang lain. Ada masa hidup saya hebat dan ada masa sebaliknya," katanya kepada saluran hiburan, Access Hollywood. Apa yang jelas, dia tetap yakin kepada cinta. Dia akui akan terus mencari cinta selagi hidup. Sewaktu menyanyi pada konsert itu, J.Lo sempat menceritakan mengenai lagu If You Had My Love. Pada penghujung konsert itu, dia sempat berkata: "Saya mengimbau semula semua kenangan dan memori lama. Saya tetap yakin mengenai masa depan dan berharap dapat jatuh cinta sekali lagi. "Ada masanya cinta itu tidak menjadi dan sudah tentu ia menyedihkan. Apapun, saya tetap yakin pada kekuatan cinta sejati. Ia masih menjadi impian terhebat saya," katanya. Bukan kali pertama J.Lo menangis di depan peminat. Dia pernah menangis menyaksikan peserta konsisten American Idol, Chris Medina tersingkir sekalipun bertindak sebagai salah seorang juri tetap bagi musim lalu. Dalam majalah People edisi terbaru 2011, J.Lo turut dinamakan sebagai Individu Tercantik. Dari sudut kerjaya seni, J.Lo memulakan karier sebagai penari untuk program televisyen In Living Color pada pertengahan 1990-an dan membintangi siri South Central. J.Lo mula berlakon filem thriller, Money Train pada 1995 diikuti filem biografi, Selena pada 1997, Anaconda (1997), The Wedding Planner (2001), Maid in Manhattan (2002), Shall We Dance? (2004), Monster-in-Law (2005) dan The Back-up Plan (2010). Beberapa lagi filem lakonannya bakal ditayangkan pada 2012. Setakat ini, J.Lo sudah menghasilkan tujuh album dengan album terbaru bertajuk Love? yang dilancarkan April tahun ini. Selain melonjak dalam bidang hiburan, J.Lo juga banyak membuat kerja amal untuk hospital kanak-kanak di merata tempat. Full content generated by Get Full RSS. |
Bermain golf bersama selebriti Posted: 28 Oct 2011 06:55 AM PDT ACARA Golf Untuk Kebajikan Bersama Selebriti dianjurkan bukan saja untuk menyemarakkan lagi penganjuran Festival Filem Malaysia ke 24 (FFM24), sebaliknya bersama-sama meningkatkan kesedaran orang ramai membabitkan anugerah berprestij bagi mengangkat martabat penggiat seni tanah air, saban tahun. Lebih bermakna, acara ini dijayakan 20 selebriti popular tanah air iaitu Fauziah Latiff, Amber Chia, Betty Banafe, Ning Baizura, Farahdhiya, Sheera Iskandar, Harith Iskandar, Nancie Foo, Datuk Yasmin Yusof, Rahim Jailani, Ahmad Tarmimi Siregar, Carine Lee, Zoe Tan, Cassandra Patrick dan Abu Bakar Juah.
Tidak ketinggalan, acara ini menampilkan Pengerusi FFM24, Harun Salim Bachik, Datuk Andre Goh dan Datuk Yasmin Yusof untuk sama-sama memeriahkannya. Acara menarik ini dianjurkan Produksi Seni Duapuluh-Duapuluh Sdn Bhd dan pengelola Bersama Kaki Golf. Pengelola FFM24 Golf Bersama Selebriti, Wani Wendy Wong Abdullah atau lebih dikenali sebagai Wendy Wong berkata, selain mewujudkan kesedaran orang ramai mengenai FFM24, acara itu juga diadakan bagi membantu golongan anak seni tempatan yang tidak mampu menyara kehidupan mereka pada hari tua kelak.
"Acara ini juga dianjurkan bagi mengutip dana membantu golongan kurang bernasib baik. Dana itu juga disalurkan kepada Persatuan Kebajikan Penghibur-Penghibur India Malaysia dan The National Autism Society Of Malaysia," katanya. Majlis sidang akhbar FFM24 Golf Untuk Kebajikan Bersama Selebriti diadakan di Tropicana Golf & Country Resort, Selasa lalu. Hadir sama, Pengerusi Gafim, Jurey Latif Rosli; Penasihat 2 FFM24, Datuk M Daud Wahid dan Presiden Nasom, Datuk Danny Tan. Selain itu, Penasihat Acara Golf, Datin Roselyn Lee; Pengurus Besar, Tropicana Golf & Country Resort, Harmen Tan; Pengelola Bersama, Nancie Foo; Pengerusi Jawatankuasa Malam Anugerah, Yusof Kelana dan Pengerusi Jawatankuasa Perasmian, Khir Mohd Noor. Kata Wendy, Golf Untuk Kebajikan Bersama Selebriti ini menawarkan hadiah lumayan kepada peserta yang mengambil bahagian. Setiap peserta berpeluang mendapat 'goodie bag' bernilai RM3,000 membabitkan pakej bernilai RM2,000 iaitu penginapan satu malam di Bali, dua malam di Genting dan tiga malam di China.
"Acara ini membabitkan dua kategori yang dipertandingkan iaitu Trofi FFM24 dan Trofi selebriti. Pemenang acara ini berpeluang memenangi tiket penerbangan ke Dubai dengan Emirates Airline, perhiasan Amee Phillps bernilai RM3000, baucar VL Skincare bernilai RM500, Fusion Excell Quantum Pendant Bracelet, peralatan golf Carlyne dan hamper dari Marigold. "Selain itu, pemenang akan mendapat langganan percuma selama setahun majalah Golf Malaysia Magazine, 10 baucar buffet daripada Tropicana Golf & Country Resort. Hadiah paling menarik menanti pemenang ialah Hole In One, rekaaan terbaru Audi A1 bernilai RM180,000," katanya. Golf Untuk Kebajikan Bersama Selebriti ini akan berlangsung pada 10 November ini, jam 7 pagi di Tropicana Golf & Country Resort. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |