Adsense

Khamis, 13 Oktober 2011

Celebrity News

Celebrity News


Update Peserta Maharaja Lawak Mega - Senarai Pelawak Malaysia, Indonesia dan Singapura

Posted: 13 Oct 2011 01:47 AM PDT



BERKUMPULAN :

PIMAI : Sathiya , Imuda & Mat Over
HIRO : Hamdan , Ilya , Ropie  - cecupak
BOBOI : Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik
Anje : Achong(sweetchild) & Joey Daud

Osbon  : Mr Os & Abon

Bawal Power : Bob Kuman & Sobri

Rap : Aziz Kota , Pak Lah(cecupak) & Rama(jangan ketawa)

Comel : Radhi Khalid & Bell Ngasri

3G : Yassin , Didie Alias & Enot


Syok : Suhaimi(singapura) , Ifa Raziah  & Arif Sudin(indonesia)

Gebu : Hani & Azian (dedua singapore)

Bawel : Dodon Jambul , Amin Bawel & Dadang Ragas(indonesia)
Lanun : Jegan , Elyas & Saiman al-Farisi(indonesia)

Saehu : Eko , Bocil & Vicha(indonesia)

Caer : Adeteo , Mister Ibo & Lugiana(indonesia)



SOLO:

Adlin Aman Ramli

Jalil Hamid

Bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari JUMAAT , 10 MALAM .
Bermula 28 OKTOBER.
Menampilkan 47 orang pelawak dari 3 buah negara ; MALAYSIA , SINGAPURA & INDONESIA
Hos : AC MIZAL.
 
Kredit : Awekcunbanget & bulanpurple blog 

ZoOM : Apa kata anda mengenai program ini ? bagi ZoOm ia sudah pasti gempak dan wujud persaingan yang seimbang tetapi adakah keputusan lebih memihak kepada undian SMS ??? sama-sama kita tunggu dan lihat....
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Jiwa sekeras keluli

Posted: 12 Oct 2011 03:07 PM PDT

Hip

Real Steel bukan sekadar aksi robot

MEMANG nampak pelik tapi menarik dan lucu menonton filem Real Steel apabila dua gergasi keluli dengan tubuh sasa mengikut badan manusia, bergasak dalam gelanggang tinju.

Tidak ada titisan darah terkeluar tetapi kedengaran bunyi berdenting apabila dua logam keluli berlaga yang kadang-kadang terasa ngilu pula apabila mendengarnya. Ironinya, pada masa depan, dalam dunia perfileman, manusia sudah tidak diperlukan jadi pemain wataknya. Mungkin, robot akan mengambil alih untuk menjadi pelakon.

Mungkin ada yang beranggapan, robot tidak ada perasaan untuk menghayati rasa cinta, kecewa dan gembira. Robot selalunya dikaitkan dengan keganasan dan kekejaman. Tapi jangan lupa, filem seperti Bicentennial Man, I-Robot dan Artificial Intelligent (A.I) adalah anatra filem yang menggambarkan robot mempunyai perasaan terhadap manusia.

Begitu dengan filem Tamil, Endhiran (The Robot) lakonan B Rajnikant sebagai robot yang diberikan 'hati dan perasaan' sehingga jatuh cinta dengan teman wanita si penciptanya sendiri iaitu Aishawarya Rai.

Dalam Real Steel, memaparkan mengenai keberanian dengan palitan nilai kasih sayang adalah perisai bagi mengalahkan segala-galanya sehingga besi yang keras dapat dilembutkan.
Begitulah yang di imaginasi lalu diadaptasikan dalam buah tangan terbaru Shawn Levy yang sebelum ini mengarahkan filem Night At The Museum dan Date Night.

Ketika mendengar dan menonton sedikit thriller dari filem ini, pastinya dibayangi filem robotik seperti Transformers atau Iron Man, namun ada perbezaan dalam penyampaian filem ini yang ditangani pengarah dengan garapan yang cukup ringkas dan kemas.

Nyata picisan karya anak kelahiran Montreal, Quebec ini tidak hanya berpaksikan aksi robotik dalam dunia filem ciptaannya semata-mata tetapi lebih menyingkap kepada nilai kasih sayang dan kemanusiaan sebagai inti pati yang menggerakkan naratif cerita.

Bijaknya pengarah ini apabila menggunakan subjek perhubungan yang mana akhirnya seorang anak berusia 11 tahun disatukan dengan ayah yang selama ini berhati batu dan mementingkan diri dalam dunia yang asing iaitu tinju robotik.

Lakonan Hugh Jackman sebagai peninju dan keserasiannya bersama pelakon kanak-kanak, Dakota Goyo yang bijak bermain dengan emosi melalui renungan matanya membawa penonton menghayati nilai sebenar kasih sayang yang diperlukan seorang anak yang membesar dan perlu melalui fasa kehidupan.

Memilih Jackman membawakan watak seorang bapa adalah pilihan yang dikira tepat kerana walaupun Jackman diacuankan oleh Shawn Levy sebagai bapa yang mementingkan diri, kasar dan mementingkan wang ringgit, tetapi istimewanya watak itu tidak langsung menimbulkan kebencian di hati penonton sepanjang penceritaan itu menemui penonton.

Ini kerana Jackman yang memegang watak Charlie Kenton disifatkan peribadinya dalam filem itu sebagai lelaki kasar dan keras kepala akhirnya layu dan tersungkur dalam pelukan serta kemahuan anak lelaki tunggalnya itu sehingga mengetepikan pendiriannya yang tidak mahu terbabit lagi dalam dunia tinju selepas robot mula menguasai sukan tinju pada zaman itu.

Reka bentuk set yang diilhamkan Tom Meyer mencapai tahap serta imaginasi sebuah rekaan set lakon yang berkesan dalam mengukuhkan lagi jalan cerita aksi robotik seperti itu. Tom Meyer bijak dalam memilih dan meletakkan robot ciptaannya ke dalam layar Real Steel kerana setiap rekaan ada karisma yang cukup kena dengan watak yang dicipta pengarah.

Genre aksi drama yang diserapkan yang ditulis oleh Dan Gilroy serta Jeremy Leven diadaptasi daripada cerita pendek Steel cetusan Richard Matheson itu dilihat memberi satu warna dalam pengolahan filem robotik yang mungkin dibayangkan sebagai filem ganas, aksi, pembunuhan tetapi ia sebenarnya membawa manusia dalam menilai sifat kemanusiaan yang hilang dan perlu dicari.

Apa yang agak dikesalkan pengakhiran yang ringkas dan kurang dramatik walaupun frasa ayah yang keluar dari mulut Max meruntun perasaan. Ini kerana penonton pastinya mahu melihat sesuatu yang lebih tragis berlaku dalam penyatuan dua beranak itu.

Istimewanya, pengarah juga tidak lupa memasukkan elemen humor dalam filem ini apabila memberi wajah kepada robot bernama Max sebagai yang mampu memberi tindak balas kepada perlakuan pemiliknya. Filem ini bermain dengan pelbagai rasa seperti aksi debaran, marah, kesakitan, pengorbanan, kasih sayang dan kelakar yang tidak menjemukan penonton.

Ringkasan Real Steel

Filem ini mengisahkan perhubungan antara dua beranak iaitu ayah dan anak lelaki yang terpisah sejak anak kecil. Max yang kematian ibu, dibenarkan berjumpa dalam satu masa yang cukup singkat bersama ayahnya yang pernah menjadi peninju ternama dan dalam masa sama taksub dengan dunia tinju robot sehingga mencinta robot sendiri.

Minat yang mendalam itu tidak pernah memberikan hasil apabila robot ciptaannya yang ditugaskan memenangi pertandingan tinju tidak memulangkan hasil sehinggalah pada satu malam, ketika mahu mencuri bahagian robot yang pernah kalah di ruang tinju di sebuah lokasi terpencil, Max menemui robot, bernama Atom yang hampir tertanam di dalam tanah.

Max tidak menghiraukan larangan ayahnya membawa pulang robot dari generasi lama itu yang mempunyai kepandaian mengimbas perlakuan pemiliknya. Selepas diperbaiki, robot Atom masih berfungsi tetapi kehebatan diperkecil-kecilkan Charlie yang menganggap robot Atom sekadar robot yang digunakan untuk eksperimen semata-mata.

GENRE: Drama dan Aksi
TARIKH TAYANGAN: 13 Oktober
PELAKON: Hugh Jackman, Dakota Goyo, Anthony Mackie?, Evangeline Lilly?, Kevin Durand, Hope Davis, James Rebhorn? and Olga Fonda
PENGARAH: Shawn Levy.

Full content generated by Get Full RSS.

Tahniah Datuk Andre Goh

Posted: 12 Oct 2011 03:00 PM PDT

Hip

Andre Goh ketika menerima penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.

Andre Goh ketika menerima penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.

Dikurniakan pingat DMSM di atas dedikasinya terhadap lagu Melayu Asli

PENYANYI veteran, Andre Goh melahirkan perasaan terharu dan teruja menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi rasmi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-73 pada 8 Oktober lalu.

Pemilik nama Goh Eng Boon yang kini berusia 65 itu juga, mengakui tidak menyangka sama sekali akan diberi pengiktirafan tinggi seperti itu oleh kerajaan Melaka selepas kira-kira 39 tahun terbabit dalam industri hiburan di negara ini.

Saya yang berketurunan Baba Melaka menjadikan semua adat dan budaya orang Melayu sebagai amalan dalam keluarga, sebab itu sejak kecil lagi saya sudah bergaul dan terikut dengan budaya Melayu. - Andre Goh, Penyanyi

Terkenal sebagai penyanyi lagu-lagu Melayu Asli sejak sekian lama dan pernah menjadi finalis Bakat TV Kedua 1972, beliau mendedikasikan penganugerahan itu kepada rakan-rakan yang sealiran memperjuangan genre itu, sama ada masih hidup atau sudah meninggal.

"Saya memang terperanjat apabila diberitahu mengenai pengiktirafan yang diberikan ini melalui panggilan telefon empat hari sebelum majlis diadakan. Memang sukar mengungkapkan perasaan gembira...terima kasih tidak terhingga kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka dan kerajaan Melaka.

"Penganugerahan ini sudah tentu amat bermakna sekali dan saya ingin mendedikasinya kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut memartabatkan lagu Melayu asli sama ada yang sudah tiada, masih hidup dan akan datang," katanya ketika ditemui selepas majlis penganugerahan itu di Seri Negeri, Ayer Keroh, baru-baru ini.

Goh adalah antara 1,068 individu yang menerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran kerajaan Melaka meliputi anggota kabinet, artis dan pengamal media termasuk 118 membawa gelaran Datuk sempena hari jadi rasmi Yang Dipertua Negeri Melaka itu, bagi tahun ini.
Hadir sama menyaksikan penganugerahan itu ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri, Datin Wira Asmah Abd Rahman serta Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad.

Pada awal zaman pembabitannya dalam bidang seni, Goh boleh dianggap pencetus kepada kebangkitan penyanyi bukan Melayu yang berjaya menempa nama dalam kebanjiran artis Melayu tanah air pada masa itu sehingga orang mengenali Andre Goh dengan lagu berirama Melayu asli.

Mengungkap sejarah hidupnya, Goh memberitahu, ibunya, Wee Teck Neo berasal dari Melaka Pindah, Melaka manakala ayahnya, Goh Tiam Leong pula dari Kampung Pantai Belimbing Dalam, Durian Tunggal.

Selepas seminggu kelahirannya, keluarganya berpindah ke Kampung Sialang, Tangkak, Johor. Disitu beliau menjadi satu-satunya keluarga Cina menetap di tengah perkampungan Melayu, sekali gus menjadikan mereka terikut dengan budaya orang Melayu.

Justeru, latar kehidupannya itu menjadikan beliau begitu fasih berbahasa Melayu dan apa yang menarik, bukan saja dirinya yang boleh menyanyikan lagu Melayu dengan baik, malah bapanya turut mahir mendendangkan lagu dondang sayang.

"Ibu saya pula sungguh mahir berpantun walaupun dia tidak pernah bersekolah. Rumah saya juga sering menjadi tempat perhimpunan orang kampung untuk belajar menyanyi lagu langgam, dondang sayang atau asli.

"Saya yang berketurunan Baba Melaka menjadikan semua adat dan budaya orang Melayu sebagai amalan dalam keluarga, sebab itu sejak kecil lagi saya sudah bergaul dan terikut dengan budaya Melayu," katanya.

Ketika ini, selepas 39 tahun dalam industri hiburan, Goh masih ktif dalam memenuhi undangan nyanyian di seluruh negara dan baru sahaja selesai membuat persembahan sempena Pesta Layang-layang Antarabangsa di Bintulu, Sarawak pada 24 September lalu serta Konsert Gemilang 50 Tahun Orkestra Radio Televisyen Malaysia yang rakamannya bakal disiarkan pada 1 November nanti.

Sebelum ini, beliau pernah merakamkan album (bentuk EP) pertama pada 1973 berjudul Halimun Malam, disusuli album lain termasuk Harapan Kecewa, Samudera Sunyi, Fatwa Pujangga, Impian dan Nostalgia Aidil Fitri Bersama Artis Lagenda (1998).

Selain menyanyi, beliau turut berbakat dalam bidang lakonan drama antaranya Sayang Mas Merah, Kadir & Kim, Di Hujung Pelangi, selain lakonan filem Dayang Suhana serta sitkom Keluarga Nyonya dan Mama Mahu Khawin Lagi arahan Mat Sentul.

Antara anugerah lain yang pernah diterima beliau ialah Bintang Ahli Mangku Negara pada 1982 dan Darjah Seri Melaka pada 2008.

Full content generated by Get Full RSS.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Rihanna seksi sewaktu konsert di London

Posted: 12 Oct 2011 05:30 PM PDT


nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

du 07.1 Rihanna seksi sewaktu konsert di London
 
AKSI ghairah yang ditunjukkan oleh Rihanna sewaktu membuat persembahan di London.

LONDON – Penyanyi Rihanna sekali lagi tampil dengan imej seksi ketika mengadakan persembahan selama dua jam di O2 Arena, London.

Dia memakai bikini dengan corak mozek berwarna-warni, kasut tumit tinggi berwarna merah jambu terang dengan tumit hijau sambil diiringi oleh beberapa orang penari. Rihanna menggunakan kereta sebagai latar belakang dalam konsert jelajahnya 'Loud Tour'.

Dalam persembahan pembukaan, penyanyi itu mengenakan baju hujan pendek berwarna biru dan menyampaikan lagu popularnya, Only Girl (In the World).

Konsert Loud Tour 2011 Rihanna melibatkan 20 buah negara termasuklah Amerika Syarikat (AS) dan Eropah sebagai sebahagian daripada rangka promosi album terbarunya, Loud.

Sebelum ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Umbrella itu diusir oleh seorang petani ketika mengadakan pengambaraan di sebuah ladang di Belfast, Ireland kerana mendedahkan dadanya. – AP

/// kosmo ///

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Kontroversi bukan gimik

Posted:

Kontroversi bukan gimik

Kontroversi bukan gimik

BARU-BARU ini telah tersebar kontroversi mengenai isu klip seorang pelakon baharu yang dikatakan beraksi di dunia maya dengan penuh ghairah.

Pelakon yang terlibat dalam klip rakaman selama dua minit itu ialah vokalis kumpulan terkenal One Nation Emcees, Shamimi Amalina Norhisham atau lebih dikenali sebagai Mimi.

Klip video tersebut pula dikatakan adalah salah satu babak filem sulung lakonan Mimi berjudul Klip 3GP iaitu adegan ranjang yang terdapat dalam filem terbitan Primeworks Studios itu yang turut membabitkan seorang lagi pelakon filem itu iaitu Fikhree Bakar.

Klip video juga dikatakan telah tersebar luas bukan sahaja di dalam negara malah sehingga ke negara jiran, Thailand.

Isu tersebut telah menjadi kontroversi yang mungkin sedikit sebanyak membantu promosi filem ini secara tidak langsung.

Namun persoalannya, adakah penyebaran klip tersebut merupakan gimik pihak penerbitan dalam merangka promosi filem itu?

Menjawab persoalan tersebut, Penerbit Eksekutif Primeworks Studios, Tengku Iesta Tengku Alaudin menyangkal sama sekali penyebaran klip tersebut adalah perbuatan Primeworks Studios dalam usaha mempromosi filem baharu terbitan syarikat itu.

"Ini bukannya gimik dan sebenarnya kami sedang menyiasat perkara tersebut. Memang ada di antara rakaman itu merupakan rakaman dalam filem ini namun ada di antaranya merupakan rakaman yang tidak menjadi yang tidak dipakai dalam filem ini.

"Namun, klip yang disebarkan itu telah ditokok tambah, disunting dan digabungkan bersama klip lucah lain yang kami juga tidak tahu dari mana sumbernya dan kononnya itu merupakan lakonan pelakon (Mimi) dalam filem ini.


TENGKU IESTA (berdiri, enam dari kanan) bersama barisan pelakon filem Klip 3GP.


"Mungkin rakaman itu tersebar semasa penggambaran mahupun semasa proses pascaproduksi," tegasnya yang juga mengatakan proses pascaproduksi Klip 3GP dihantar untuk diproses di Thailand.

Jelasnya juga, jika pihak Primeworks Studios menjumpai sebarang bukti kukuh terhadap apa yang berlaku, perkara tersebut akan dilaporkan kepada pihak polis.

Tengku Iesta, bagaimanapun tidak menafikan jika ada sumber dalaman yang menjadi dalangnya.

"Dalam hal ini, ia adalah di luar kawalan pihak kami. Klip aksi ghairah tersebut bukan datang dari kami dan jika ia merupakan rangka promosi, kami pastinya menggunakan saluran yang benar.

Namun apa yang pasti, klip tersebut terdapat dalam laman web yang sememangnya memuatnaik klip-klip video tidak senonoh.

"Jadi dengan ini, kami dengan tegas mengatakan ia bukannya dari pihak kami dan bukan antara promosi filem yang dijalankan.

"Bukannya mahu mengambil kesempatan dari perkara ini, namun kita ambil serius tentang perkara ini dan kami juga meminta maaf kepada pelakon-pelakon kerana tidak ada niat untuk mengaibkan sesiapa. Keduanya, kami tidak mahu memudaratkan kempen promosi kami untuk filem ini," jelas Tengku Iesta.

Mimi bukan bogel

Impak penyebaran klip video yang heboh diperkatakan itu, Mimi yang melakonkan karakter Maya Akhtar dalam Klip 3GP turut melahirkan perasaan kesal dengan tindakan kotor pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Menurut Mimi, babak ranjang tersebut yang seolah-olah menampilkan dirinya berbogel hanyalah salah satu adegan dalam babak yang perlu dilakonkan olehnya dalam filem Klip 3GP dan ia dilakukan berdasarkan profesionalisme dirinya sebagai seorang pelakon.

Mengamalkan prinsip tersendiri, secara jujur ujar Mimi, aksi berbogel tersebut bukan dilakukan oleh dirinya.

"Sebetulnya, Mimi tidak berbogel dalam Klip 3GP. Ia hanya kelihatan seolah-olah Mimi seperti berbogel. Ada perkara yang Mimi tidak lakukan sendiri dan menggunakan pelakon pengganti yang kelihatan seperti Mimi," jelasnya.

"Perkara yang Mimi tidak boleh hindari, Mimi terpaksa serahkan kepada pelakon pengganti Mimi. Itu kerana sememangnya Mimi tidak dapat melakonkan babak tersebut."

Ceritanya serius, dia amat kesal dengan perbuatan tersebut pihak yang menyebarkan klip video kontroversi itu yang dilihat telah cuba menjatuhkan maruahnya.


FIKHREE BAKAR melakonkan karakter seorang suami tetapi dalam masa yang sama menjadi gigolo dalam filem Klip 3GP.


Namun, Mimi sebaliknya mengakui berbangga diberi kepercayaan oleh pengarah filem itu, Aidilfitri Mohamed Yunos membawa karakter yang mencabar biarpun ini adalah pembabitan sulungnya untuk filem.

Sebagai pelakon yang baharu terjerumus dalam bidang lakonan, watak Maya Akhtar yang juga digambarkan sebagai seorang wanita psiko bukanlah mudah untuk dilakonkan.

"Ini filem pertama lakonan Mimi dan Mimi memang tidak pernah berlakon sebelum ini. Justeru, watak Maya memang sukar dilakonkan.

"Namun, dengan tunjuk ajar dan latihan yang diberikan oleh pengarah, Mimi dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberi ini," ujarnya.

Bagaimanapun kata Mimi, kebebasan 100 peratus yang diberi pengarah kepada Mimi untuk mengolahkan watak itu mengikut pemahaman sendiri memberi Mimi ruang untuk meluahkan kreativiti diri.

"Terus terang adegan dan aksi ranjang dan juga babak saya menjadi wanita psiko itu memang menguji dan memberi cabaran buat diri Mimi sepanjang penggambaran berlangsung. Tapi, Mimi menjadikan lakonan Angelina Jolie sebagai rujukan Mimi terutama filem lakonan Angelina yang berjudul, Gia.

Fikhree buka baju

Fikhree Bakar yang memegang watak Sani atau Sunny iaitu seorang suami yang menjalankan kegiatan gigolo mengakui, apabila diberikan watak tersebut oleh Aidilfitri, dia sememangnya telah menolak tawaran itu kerana diserang kebimbangan.

Namun, setelah dipujuk dan diberi nasihat oleh Aidilfitri, Fikhree mengambil keputusan untuk menerimanya sebagai cabaran dan pengalaman sebagai pelakon baharu.

"Apa yang mula-mula terdetik pada fikiran saya semasa ditawarkan watak ini adalah perasaan takut menyelubungi diri kerana saya memegang watak seorang lelaki gigolo. Namun, saya menerimanya kerana Aidilfitri sendiri yang banyak membantu saya dan juga saya anggap ini sebagai cabaran," ujar Fikhree yang juga mengatakan dia perlu belajar cara-cara merokok supaya kelihatan hidup dengan watak yang dibawakannya.

Jelasnya lagi, bagi watak ranjang yang dilakonkan bersama Mimi, ia merupakan perkara paling berat dan membuatkan dirinya resah, takut dan gementar untuk melakukannya.

Menurut Fikhree, dia tidak pernah membayangkan akan melakonkan adegan sebegitu dan wujud juga perasaan malu dalam dirinya.

"Walaupun takut, saya ambil ini sebagai cabaran bagi diri dan fikirkan ini hanya lakonan. Dan jika benar, orang luar menganggap saya benar-benar begitu, ia bermakna saya telah mencapai kejayaan dalam membawa watak tersebut," tutur lelaki kelahiran Kota Kinabalu, Sabah yang mengakui hanya membuka bajunya semasa melakonkan babak ranjang tersebut.

Apabila diaju soalan mengenai klip adegan ranjangnya bersama Mimi di Internet, jawapan pertama yang terpacul dari mulutnya, Fikhree mengakui sangat terkejut dengan isu tersebut.


AIDILFITRI (berdiri tengah) bersama (berdiri dari kiri, Sabhi Sadhi, Zaidi, Fikhree dan Jojo (duduk, kiri, Mimi dan Adeline)


"Ini adalah lakonan semata-mata. Jadi, saya tidak perlu risau kerana klip tersebut diambil dari telefon bimbit saya sendiri dan saya tahu kebenarannya. Bak kata pepatah, berani kerana benar," akhirinya.

Zahiril puji Mimi

Dalam pada itu bagi Zahiril Adzim yang memegang watak Eddie, iaitu seorang jutawan siber yang mengaut keuntungan dari penyebaran klip-klip video lucah tersebut, ada sebab kenapa dia bersetuju menerima tawaran berlakon dalam Klip 3GP.

Ini kerana bagi seorang pelakon berbakat besar seperti Zahiril, wataknya dalam itu tidak memerlukan dia mengerah tenaga dengan banyak.

Kebanyakan dari babak filem ini, Zahiril hanya berada di hadapan komputer sambil menyunting, memuatnaik serta memantau laman yang web lucah yang dikenali sebagai Klip 3GP yang diasaskannya itu.

"Saya menerima watak ini kerana apabila membaca skrip, saya rasakan skrip ini dekat dengan masyarakat. 3GP merupakan satu benda atau rakaman yang semua orang tahu biarpun dari peringkat sekolah hingga ke dewasa," ujarnya yang memuji lakonan Mimi dalam filem itu.

"Saya tahu walaupun watak saya hanya berlakon di hadapan komputer, namun itu mungkin boleh memberi kesan kepada masyarakat tentang bahayanya teknologi jika tidak berhati-hati," jelas Zahiril yang memuji lakonan Mimi dalam filem itu.

Full content generated by Get Full RSS.

Rain ucap selamat tinggal

Posted:

Rain ucap selamat tinggal

Rain ucap selamat tinggal


RAIN


PADA 11 Oktober lalu, aktor dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Rain mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada peminatnya sebelum dia memulakan latihan ketenteraan.

Pada pukul 1.10 petang, bintang terkenal itu tiba di kem latihan di Gyeongido, peminat yang hadir dilihat mengalirkan air mata apabila mereka menyedari itu adalah kali terakhir mereka melihat Rain sebelum dia berehat sebentar dari dunia seni selama dua tahun.

Sebagai tanda hormat kepada peminatnya, Rain tunduk buat kali terakhir di hadapan mereka dan berkata: "Hello semua. Saya rasa, saya akan mengakibatkan kekecohan sekali lagi disebabkan pendaftaran saya dalam latihan ketenteraan. Saya minta maaf. Saya akan lakukan yang terbaik dan pulang dalam keadaan sihat."

Rain kemudiannya menanggalkan topinya dan mendedahkan potongan rambut standard untuk seorang askar. Pendaftaran Rain untuk latihan ketenteraan telah menarik 1,200 orang peminat di kem latihan tersebut.

Malah, stesen televisyen seperti TVN dan Mnet turut membuat liputan siaran secara langsung berkenaan pendaftaran Rain itu.

Selain daripada aktor Hyun Bin, Rain merupakan satu-satunya selebriti yang mendapat siaran langsung pada hari pendaftaran latihan ketenteraan.

Bintang filem bertaraf antarabangsa itu memberi seluruh tenaganya untuk kerjaya dan peminat sebelum memulakan latihan. Dia telah melancarkan single digital dan menutup konsert Last Of The Best, malah dia turut terlibat dalam Festival Hallyu Gangnam, selain turut muncul dalam sebuah program di Mnet.

Rain akan menjalani latihan intensif selama lima minggu sebelum memulakan tugasnya sebagai tentera.

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Tunggu habis belajar

Posted: 12 Oct 2011 05:49 AM PDT

MESKIPUN bersandar pada filem Lagenda Budak Setan yang berjaya meraih beberapa pengiktirafan di majlis anugerah, namun ia bukan satu lesen bagi melonjakkan nama si pemilik wajah jelita, Nur Ashiqin Mohd Kamal.

Memegang watak Ayu dan bergandingan dengan Lisa Surihani, Farid Kamil serta Fazura Sharifuddin, pesona yang ada padanya bagai hanyut ditenggelami nama-nama besar yang lain.

Walau tampil dengan lakonan kemas dan ekspresi berbeza, nama Shikin Kamal masih janggal disebut dan wajahnya masih jauh tertinggal.

Bagaimanapun, jelasnya berkali-kali ketika bertemu minggu lalu, biar perlahan perjalanan ke puncak namun jika tiba nanti, ia kekal selama-lamanya.


"Tidak timbul rasa kecewa atau terkilan kerana masih tidak dikenali kerana ikhlas saya memandang peluang muncul melakonkan watak penting dalam filem Lagenda Budak Setan adalah satu laluan terbaik bagi memperkenalkan bakat dan wajah.


"Saya tidak terfikir untuk popular sebaliknya apa yang menjadi keutamaan adalah perhatian dari mata penonton bagi menyuntik terus semangat saya dalam gelanggang ini.

"Apa pun saya tetap berasakan saya bertuah kerana langkah pertama bersama nama besar dan naskhah yang hebat seperti itu," katanya yang bijak menyusun kata.

Tanpa publisiti meluas dan tidak pernah dipalit kontroversi, percaturan seni anak bongsu dari tujuh beradik ini dilihat berjalan dengan baik. Tawaran lakonan juga banyak diterima hingga ada yang terpaksa ditolak. Semua itu kerana komitmennya dengan pelajaran.

"Memang saya sedih dan kecewa kerana terpaksa menolak beberapa tawaran kerana saya masih terikat dengan pelajaran yang berbaki dua tahun lagi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Saya tidak boleh abaikan pelajaran kerana itu adalah impian keluarga untuk melihat saya berjaya dan tidak hanya meletak fokus pada lapangan lakonan.

"Selain meletak fokus dan komitmen kepada pelajaran, itu juga adalah janji saya kepada keluarga yang akan tetap menghabiskan pelajaran walaupun ingin serius dalam lapangan lakonan.

"Saya akan hanya mengambil sebarang tawaran di hujung minggu ataupun ketika cuti semester mengikut kesesuaian watak dan plot cerita.

"Justeru, bayangkan apabila saya menerima beberapa tawaran ketika sedang sibuk dalam pengajian dan terpaksa menolak semuanya tanpa berfikir dua kali.

"Namun saya percaya rezeki itu adalah ketentuan yang ditulis. Jika benar laluan dan niat kita, ia akan datang kembali dengan nilai yang berganda asalkan sentiasa ikhlas dan jujur.

"Tapi kelakarnya, walaupun sibuk dan terikat dengan jadual pengajian, saya masih sempat menyiapkan beberapa projek filem termasuk Di Larang Masuk, Uncle Usin, Tanda Putera, Left Wings dan terbaru akan muncul awal tahun depan, Mantera.

"Insya-Allah sejurus tamat pengajian nanti, saya akan serius dengan lakonan bagi mengukuhkan lagi nama dan empayar sebelum benar-benar melakukan kerja aktuari yang saya pelajari," katanya.

Dalam pertemuan itu, Shikin bersemangat bercerita mengenai projek terbarunya, Mantera.

Baginya, ia percubaan terbarunya dan boleh dikatakan penentuan dalam kerjaya.
Dalam Mantera terbitan FlareStudio yang turut dijayakan Tomok dengan kos pembikinan melangkaui RM7 juta, Shikin diangkat menerajui watak utama sebagai Deena.

Jelas Shikin yang menyifatkan Mantera sebagai sebuah naskhah hebat yang menjadi kayu ukur dalam kerjaya lakonannya sendiri.

"Saya bersyukur kerana dipilih melakonkan watak utama dalam filem Mantera kerana ia bukan sebarangan karya sebaliknya punya kekuatan dan kelainan yang cukup hebat bagi gelanggang seni perfileman tempatan.

"Ia tidak sekadar mengangkat konsep robotik dan aksi antarabangsa sebagai tarikan utama, malah Mantera cukup kuat pada plot ceritanya serta pembangunan setiap watak.

"Watak Dina yang saya lakonkan kononnya seorang pelajar jurusan robotik yang akan membantu kekasihnya, Azman apabila tersepit dalam kemelut luar biasa hingga membuatkannya berubah menjadi robot.

"Cabaran dan kekuatan filem ini memang berbeza berbanding kebanyakan filem sebelum ini kerana keseluruhan jalan ceritanya punya jiwa antarabangsa dan hebat.

"Saya yakin filem ini akan memberikan sesuatu yang berbeza kepada kaki wayang tempatan dan mereka yang gemarkan karya Hollywood seperti Transformers dan Iron Man.

"Percayalah, Mantera dapat memberikan kepuasan dan keseronokan yang sama kerana sebagai pelakon sendiri, proses pembikinan dan profesionalisme produksi dalam membentuk perjalanan filem ini begitu teliti dan bersungguh.

"Mantera memang sebuah filem yang akan membawa saya ke tahap yang lebih baik selain menjadi penentu kepada kerjaya lakonan saya untuk beralih ke fasa yang tinggi bagi mengejar apa yang pernah saya impikan," katanya.

PROFIL

Nama penuh: Nur Ashiqin Mohd Kamal
Tarikh lahir: 25 November 1991
Umur: 20 tahun
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak bongsu dari tujuh beradik
Pendidikan: Sarjana Muda Sains Aktuari dari Universiti Teknologi Mara
Kerjaya: Pelakon
Filem: Lagenda Budak Setan, Di Larang Masuk, Uncle Usin, Tanda Putera, Left Wings dan Mantera

Sinopsis Mantera

MANTERA mengisahkan pergolakan dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions.

Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia, Mantera iaitu singkatan 'Man Transformable Exo-Robotic Armor' yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik.

Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera.

Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia, Azman lakonan Tomok.

Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan 'superpower' kepada pemakainya.

Dalam masa yang sama, Azman yang sinonim dengan sikapnya yang pendiam dan tidak mempunyai ramai kawan di kolejnya bertemu pula dengan seorang gadis, Deena yang juga pelajar tahun akhir dalam jurusan robotik dan kebetulan menghadiri kelas Interaksi Komputer-Insan yang sama dengan Azman bagi melengkapkan jadual kursusnya.

Mereka berkenalan dan akhirnya mengundang rasa cinta yang pada asasnya mereka berkongsi minat yang sama dalam pemasangan peralatan robotik Mantera bagi membina motosikal.

Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah.

Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Tetap kawan dunia akhirat’

Posted: 12 Oct 2011 05:42 AM PDT

"WALAUPUN ada kenyataan mereka yang kurang menyenangkan, saya tidak pernah berkecil hati.

"Apa juga berlaku, mereka tetap sahabat saya. Saya masih ingat susah senang waktu kami bersama. Mereka kawan saya dunia dan akhirat," kata Mamat atau Mohd Noor Murad.

Mamat mengulas tindakan dua lagi rakannya, Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jepp) dan Shahmira Muhamad (Shuib) yang enggan lagi bersamanya meneruskan Sepah.

Sebagai kumpulan baru Jepp dan Shuib hanya mahu dikenali sebagai Sepahtu.


Ironinya, masih ada satu projek filem berjudul Sepah The Movie yang membabitkan mereka bertiga.


Difahamkan, persetujuan itu dibuat sebelum Jepp dan Shuib mengambil keputusan untuk menubuhkan Sepahtu, baru-baru ini.

Sepahtu juga akan muncul dengan album sulung yang bakal dihasilkan di bawah syarikat Mawi World Sdn Bhd milik Mawi.

Ditemui pada majlis pelancaran filem Sepah The Movie di Bukit Kiara Equestrian & Country Resorts, baru-baru ini, Mamat berkata, walaupun dia sudah tidak lagi bersama Jepp dan Shuib, itu bukan satu masalah untuk mereka bekerjasama.

"Saya datang untuk memberikan komitmen bagi filem sulung lakonan kami bertiga. Saya tidak ada masalah untuk membezakan antara hal peribadi dan kerjaya," katanya.

Mamat berkata lagi, dia sendiri hanya tahu mengenai keputusan Jepp dan Shuib menubuhkan Sepahtu daripada rakan yang membaca akhbar.

Jejaka berasal dari Kulai, Johor ini turut menjelaskan dia tidak menganggap apa yang dilakukan Jepp dan Shuib sebagai tindakan menikam dari belakang, sebaliknya sudah suratan takdir.

"Saya dapat tahu mengenai perancangan Jepp dan Shuib itu menerusi kawan yang membaca akhbar dan Internet. Tidak mengapalah kalau itu keputusan mereka, saya akur. Sebagai kawan saya tetap mendoakan mereka berdua berjaya dengan segala yang diusahakan," kata Mamat.

Didesak mengenai kenyataan mengatakan kewujudan Sepahtu! adalah sebahagian daripada usaha Jepp dan Shuib untuk menyingkirkan dirinya yang dikatakan banyak masalah, Mamat berkata, kalau itu juga alasannya, dia tidak dapat berbuat apa-apa.

"Apa yang penting kami tidak bermusuh. Kalau masakan kami dapat berjumpa dan akan berlakon bersama-sama.

"Mungkin setakat itu saja 'jodoh kami' dalam Sepah. Sebelum ini pun kami sudah bersetuju kalau kalau ada tawaran datang secara individu, kami dibenarkan untuk bergerak sendiri. Jadi ia bukanlah satu masalah besar kepada kami," katanya.

Pada waktu sama Jepp dan Shuib menjelaskan nama Sepah memang asalnya idea Mamat ketika mereka mula-mula ditubuhkan.

Mungkinkah selepas ini Mamat akan mengambil anggota lain pula bagi menggantikan tempat dua rakannya itu?

"Setakat ini saya belum lagi memikirkan mengenai perkara itu. Lagipun bukan senang hendak cari orang sebagai pengganti. Ada kawan yang rapat dengan saya pun tidak berani untuk menyertai Sepah inikan pula orang luar yang belum tentu serasi dengan saya.

"Setakat ini biarlah saya membawa nama Sepah seorang diri. Saya sendiri tidak tahu dan dapat menjangka apa yang akan berlaku pada masa depan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Rabu, 12 Oktober 2011

Sensasi

Sensasi


Video Kelakar: Akibat tak mengikut arahan

Posted: 12 Oct 2011 10:44 PM PDT


Sensasi tak pasti adakah Video nie diambil di Malaysia??? sebab bila tengok lelaki-lelaki yang degil tadi tak nampak mcm warga Malaysia kan..

Kesian,semua nampak marah dalam Video nie..haha..sape suruh tak ikut arahan kan..

Curiosity Kills Cat

Zon Artis

Zon Artis


Komen Daripada Admin Maher Zain Malaysian FC Terhadap Filem KLIP 3GP

Posted: 12 Oct 2011 07:49 AM PDT

Esok, 13 Oktober 2011, filem berjudul KLIP 3GP akan ditayangkan diseluruh pawagam. Namun, belum pun filem tersebut ditayangkan, ianya sudah menjadi topik hangat dari banyak pihak selepas trailer filem tersebut disiarkan di kaca televisyen dan YouTube kerana terdapat adegan ghairah serta melampau.

Yang terbaru, kami memperolehi komen daripada Akhi Fairuz yang merupakan admin fan page Maher Zain Malaysian Fan Club (MZMfc) terhadap filem KLIP 3GP tersebut. Kat bawah ni komen daripada Akhi Fairuz itu yang nyata ada benarnya dan kami turut bersetuju. Harap anda ada masa terluang untuk membacanya.

Assalammualaikum warahmatullah.

Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah. Sabda Nabi Muhammad SAW : "Daripada Anas bin Malik RA. katanya; Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya antara tanda-tanda kiamat itu ialah; diangkat ilmu (agama), tersebar kejahilan (terhadap agama), arak diminum (secara berleluasa), dan zahirnya zina (secara terang-terangan)". (Riwayat al-Bukhari no. 78 dan Muslim no. 4824)"

13 Oktober 2011 ini akan ditayangkan sebuah filem yang berjudul Klip 3gp. Diteliti promo filem ini di youtube (rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=5esBMaOSX-k), majoriti yang menjayakan filem ini beragama Islam. Saya telah berulang-ulang kali melihat preview 1 minit 51 saat di Youtube, sedaya mungkin mencari nilai positif darinya, namun usaha saya menemui kegagalan. (Anda boleh cuba barangkali).

Jujurnya, saya berasa kurang senang, kecewa dan terkilan akan filem ini. Apa yang mahu diketengahkan di dalamnya? Gejala sosial melibatkan remaja? Sebaran video lucah melalui kamera bimbit? Zina yang semakin membarah di dalam masyarakat? Berhati-hati kalau melakukan penzinaan, khuatir ada orang merakam aksi lucah anda? Atau cuba mengajar penonton kaedah menyebarkan keaiban orang lain di ruang internet?

Sebagai salah seorang Jurulatih yang mengendalikan Kempen Anda Bijak Jauhi Zina – Raudhatus Sakinah, sudah pasti kehadiran filem ini, sedikit sebanyak menyulitkan usaha kami membanteras gejala zina di kalangan warga Malaysia, khususnya anak muda. Sukar sangatkah menghasilkan filem yang didalamnya memiliki nilai positif lantas mendidik masyarakat di luar sana?

Saya sedar dunia layar perak ini tujuannya untuk bisnes. Sudah pasti bisnes itu di hujungnya mahu mengaut keuntungan. Sebab itu kebanyakan pembikin filem beralasan kononnya mereka menghasilkan sesebuah filem mengikut trend semasa dan memenuhi selera penonton. Namun dalam masa yang sama, tanggungjawab mendidik masyarakat itu terletak di bahu anda juga. Apa guna filem mendapat kutipan berjuta-juta ringgit sedangkan filem itu rendah sekali nilai positif yang ingin dipaparkan.

Beberapa minggu lepas, pabila isu Zizan di dalam Hantu Bonceng hangat diperkatakan kerana ada adegan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ramai masyarakat Muslim yang bangkit dan menunjukkan keprihatinannya. Ya, langkah ini saya puji. Zizan pula telah meminta maaf dan isunya telah dijawab sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus ( Original ). Persoalannya, pabila filem itu mencetuskan polemik dan kontroversi, baru pihak-pihak yang berwajib mahu mengambil tindakan?

Buat penerbit, pengarah, penulis skrip dan mereka yang terlibat di dalam produksi ini, ingatlah, dunia ini hanya sementara. Lakukan sesuatu kerana inginkan redha dari Allah, bukan mengaut keuntungan semata-mata. Cukup-cukuplah dengan filem rempit, jenayah, hantu dan lain-lain. Para pelakon pula janganlah hanya menganggap anda 'pelakon' dan bersedia melakonkan sebarang watak yang diberikan. Hari ini boleh berlakon menjadi seorang Ustazah, esok berlakon adegan di ranjang. Alasan : Saya berlakon dan mencari rezeki yang HALAL. Soal dosa pahala itu antara saya dengan Allah. What?!!

Masyarakat kini dambakan ilmu agama, sebab ia fitrah di dalam diri setiap manusia. Sebab itu kami Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) mengangkat martabat muzik Islami oleh Maher Zain ke peringkat yang sepatutnya agar insan seni di Malaysia tahu tugas berdakwah itu bukan milik Ustaz dan Ustazah sahaja, tetapi tugas kita semua, samada kita ini artis, penerbit filem, pengarah filem, bahkan pengguna facebook sekalipun. Moga kita semua terus berada dalam rahmat Allah SWT. Ameen

"Jika makanan ada cop HALAL, bagaimana pula ya andai filem-filem di Malaysia diletakkan simbol yang sama. Barangkali sukar untuk mencari filem keluaran Malaysia yang ada cop HALAL dan boleh ditonton bersama keluarga tanpa was-was."

Hamba Allah yang hina lagi kerdil,

Akhi Fairuz
Admin Maher Zain Malaysian Fan Club (MZMfc)
11 Oktober 2011 | 10.00 malam | Taman Melawati

Full content generated by Get Full RSS.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Aaron Aziz Cabar Diri dalam Teater Badai Semalam

Posted: 12 Oct 2011 10:01 AM PDT

Mungkin ramai yang tak tahu, teater Badai Semalam pernah ditangguhkan beberapa ketika. Budiey dengar masa tu, ramai pelakon yang berlakon dalam teater arahan Wan Khairunazwan Rodzy ini tidak bersedia kerana jadual mereka terlalu padat dengan kegiatan seni mereka. Jadi, teater ini terpaksa ditangguhkan sementara menunggu pelakon betul-betul bersedia. Dan, antara nama-nama besar yang Budiey dapat tahu terlalu sibuk ialah Aaron Aziz. Yes, of courselah, Aaron sibuk. Tambahan pula pada masa tu, selepas Nora Elena, nama beliau meletop-letop diperkatakan ramai. Bila nama makin popular, maka makin banyak tawaran kerja sana sini. Tak percaya, tengok di TV, drama lakonan Aaron tak putus-putus dimainkan. Peminat beliau juga makin ramai. Tak caya, tengok di twitter la ya.

VIDEO AARON AZIZ DI SIDANG MEDIA TEATER BADAI SEMALAM:

Semasa sesi temubual di sidang media teater Badai Semalam, Aaron Aziz mengakui jadual kariernya semakin sibuk hari demi hari. Namun, beliau menyangkal teater ini ditangguhkan bukan kerana pihak produksi untuk menunggu beliau. Malah, produksi juga terpaksa menangguh untuk merancang dan mencari rakan partner untuk bekerjasama. Maka, termetrailah perjanjian MOU antara Istana Budaya dengan syarikat Frensis Sdn Bhd.

Aaron Aziz

Sebagai pendokong watak utama, Karim iaitu kekasih kepada Mazni lakonan Erra Fazira dalam teater ini, Aaron mengakui yang dia menerima tawaran ini adalah untuk mencabar kebolehan yang ada pada dirinya dalam seni lakonan teater. Semua tahu, teater bukannya seperti drama. Habis satu scene, terus habis dan boleh pulang. Teater mempunyai komitmen yang tinggi dan berterusan serta fokus yang bukannya sedikit. Malah, medan teater menjadi satu ujian getir buat Aaron, sejauh mana beliau dapat membawa watak Karim yang berjiwa romantis dan akan bertutur dengan bahasa cinta serta ayat yang jiwang-jiwang.

Mulanya, suami kepada 3 orang anak ini tak yakin untuk berlakon teater. Namun, memandang pada naskah yang ditulis oleh Khadijah Hashim, beliau memberanikan diri. Budiey rasa, peminat Aaron Aziz yang menggelarkan diri mereka Aaronators juga teruja dan excited gila apabila mengetahui Aaron akan memijak pentas teater. Ada peminat yang dah beli tiket dah pun. Patutlah tiket dah laris 50%.

Yang penting bagi Aaron, dengan berlakon teater, pastinya akan menjadi guru dan dia dapat belajar dari pengalaman. Walaupun Aaron belum membaca novel ini, tapi Aaron dapat membayangkan watak Karim itu selepas membaca draft skrip ke-3 yang ditulis oleh 3 orang penulis skrip terkenal termasuklah Erma Fatima. Karakter Karim sangat susah tapi tidak mustahil boleh dijelmakan dengan gaya tersendiri dari Aaron. Biasanya, Aaron akan mencari keselesaannya sendiri dan perlu mengikut susunan plot dalam skrip. Walaupun tak sempat baca, Aaron berjanji untuk membaca novel Badai Semalam untuk menyelami jiwa Karim.

Budiey ucapkan good luck buat Aaron Aziz dan semua pelakon yang terlibat. Tak sabar rasanya nak tonton di Istana Budaya nanti.

Terbaru, menerusi syarikat miliknya Aaron Aziz Productions, beliau telah menerbitkan sebuah telemovie pertama berjudul Kekasih Awal & Akhir yang akan memulakan pengambaran mulai 19 Oktober ini dan akan disiarkan di TV9 pada 7 November. Menariknya, Aaron Aziz juga turut berlakon dan memilih untuk bersama dengan pasangannya dalam Nora Elena, siapa lagi kalau bukan Siti Saleha dalam telemovie ini. Setakat ini, ada beberapa nama yang dalam proses pemilihan. Yang pasti Dian P. Ramlee akan turut sama berlakon. Mesti best kan? Dengar tajuknya pun dah tahu kisahnya camna, tak gitu?

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Aaron Aziz

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Erra Fazira di Sidang Media Teater Badai Semalam
  • Umie Aida Bawa Watak Rohana dalam Teater Badai Semalam
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Gambar Aaron Aziz di Sidang Media ABP
  • Poster Emil Emilda & Gambar Aaron Aziz
  • Teater Badai Semalam Akan Dipentaskan di Istana Budaya
  • Drama Nora Elena
  • Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011
  • Profile Rosminah Mohd. Tahir Pengarah Teater Nyonya
  • Biodata, Profile dan Gambar Aaron Aziz
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Umie Aida Bawa Watak Rohana dalam Teater Badai Semalam

    Posted: 12 Oct 2011 07:17 AM PDT

    Datin Paduka Umie Aida atau nama sebenarnya, Umi Khalsum Rahmad Ali pula akan membawa watak Cik Rohana dalam teater Badai Semalam. Adik kepada sutradara Erma Fatima ini turut hadir di sidang media Teater Badai Semalam yang turut menyaksikan termetrai perjanjian MOU antara syarikat miliknya bersama Erra Fazira iaitu Frensis Sendirian Berhad bersama Istana Budaya, Kumpulan Utusan selaku Media Cetak Rasmi dan Sinar FM sebagai Radio Rasmi pada petang tadi. Cakap pasal Erma Fatima, di sidang media petang tadi juga media diberitahu yang skrip untuk teater ini ditulis juga oleh Erma Fatima bersama dengan Aminah Rapor & panel dari Istana Budaya.

    Ooh, Budiey baru je dapat tahu yang Erra Fazira dan Umie Aida yang bersahabat baik ini berpakat untuk menjayakan syarikat Frensis Sdn Bhd. Erra Fazira jadi Pengarah Urusan. Masa photo shoot tadi pun, Budiey nampak mereka sangat akrab walaupun dalam teater ni diorang ada konflik. Elok juga tu, kemesraan dua selebriti yang bersahabat baik ini boleh digambarkan dalam gambar ini:

    Umie Aida

    Menurut Datin Paduka Umie Aida, beliau tak pernah membawa watak seorang wanita yang sentiasa bersuara lantang dan selalu marah-marah. Biasanya, Umie bawa watak yang sedih, jadi cabaran utama dalam Badai Semalam adalah untuk membawa karakter wanita berusia 50 tahun yang sentiasa memberontak. Itu satu yang sukar kerana watak ibu kepada Karim lakonan Aaron Aziz ini memang perlu dimainkan dengan tenaga dalaman dan jiwa yang kuat.

    Kehadiran ramai media di sidang media petang tadi membuatkan Umie Aida dan rakannya yang lain semakin bersemangat dan merangsangkan mereka untuk bekerja dengan lebih kuat dalam mencari karakter yang boleh meruntunkan hati penonton. Ya, Budiey juga seperti media lain juga, pasti mengharap sesuatu yang luar biasa pada teater ini.

    Umie menyifatkan teater ini satu naskah yang menyentuh jiwa penonton dan beliau mengharapkan peminat teater tanahair dapat memberi sokongan seterusnya mencatatkan kutipan box office. Insya Allah.

    Umie bersetuju dan berminat untuk berlakon teater ini kerana tajuknya dan naskah Badai Semalam ini diadaptasi dari novel. Sebelum ini, Umie Aida pernah berlakon dalam teater Mencari Juita, Penyerahan Puteri, Dejavu Seorang Perempuan, Lantai T Pinkie dan Teater Natrah.

    Selain sibuk dengan latihan teater ini, Umie juga sibuk dengan proses dubbing filem Azazil yang dilakonkan bersama Remy Ishak dan Diana Danielle.

    Umie Aida

    Umie Aida

    Umie Aida

    Umie Aida

    Eh, tiba-tiba muncul Aznil. Jangan pula ingat Aznil berlakon dalam Badai Semalam ya.

    Umie Aida

    Umie Aida

    Umie Aida

    Umie Aida

    Umie Aida

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Erra Fazira di Sidang Media Teater Badai Semalam
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Teater Badai Semalam Akan Dipentaskan di Istana Budaya
  • Aaron Aziz Cabar Diri dalam Teater Badai Semalam
  • Gambar Erra Fazira Umie Aida Santai Main Badminton
  • Gambar A.Aida di Karpet Merah Anugerah Seri Angkasa
  • Gambar Majlis Resepsi Umie Aida & Khairuddin
  • Erra Fazira Janji Sokong Filem Hans Isaac
  • Drama Kerana Cintaku Saerah Sudah Bermula, Apa Pendapat Anda?
  • Umie Aida Akan Kahwin di Mekah 14 Mac Ini
  • Full content generated by Get Full RSS.