Adsense

Isnin, 1 Ogos 2011

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Elfira Loy Bimbang Pelajaran Merosot Kerana Lakonan

Posted: 31 Jul 2011 10:52 PM PDT

Elfira Loy

KUALA LUMPUR: Pelakon remaja, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 17, (Elfira) yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November depan berkata kesibukannya memenuhi pelbagai komitmen lakonan telah menjejaskan tumpuan dan prestasi akademiknya kebelakangan ini.
Elfira yang mengakui bimbang dengan keadaan itu bagaimanapun terpaksa berkorban dan membahagikan masanya dengan bijak bagi mengimbangi kekurangan tersebut.
"Saya akui tumpuan dan prestasi pelajaran di sekolah agak merosot kebelakangan ini kerana terlalu sibuk dengan komitmen lakonan saban hari.
"Kebiasaannya, setiap kali habis sesi persekolahan saya akan berkejar-kejar ke lokasi penggambaran dan menyebabkan saya menjadi penat untuk menelaah pelajaran," katanya.
Menyedari kepentingan akademik dan masa yang semakin suntuk menjelang peperiksaan penting itu, Elfira bagaimanapun segera menyusun strategi untuk memperbaiki keaadan.
Dia kini sedang giat menumpukan perhatian dengan menghadiri kelas tusyen sebelum terbang ke Itali selama dua minggu pada Ogos depan untuk penggambaran drama bersama Astro.
"Peperiksaan SPM hanya tinggal beberapa bulan saja lagi dan saya semakin risau sebenarnya.
"Insya-Allah selepas drama itu selesai, saya mahu duduk di rumah saja dan mengulangkaji pelajaran yang tertinggal," kata penuntut tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsan Bandar Tun Hussein Onn 2 ini.

Neelofa Lupakan Hasrat Berehat, Terima Tawaran Mamat Khalid

Posted: 31 Jul 2011 10:50 PM PDT

Neelofa

PETALING JAYA: Pelakon kontroversi Noor Neelofa Mohd Noor, 22, ( Neelofa) memberitahu dia terpaksa melupakan hasrat untuk berehat daripada aktiviti seni sepanjang bulan Ramadan ini kerana bakal terlibat dengan penggambaran filem terbaru pengarah Mamat Khalid, Rentaz.
Kata gadis yang mesra disapa Lofa ini, walaupun pada awalnya agak keberatan untuk menerima tawaran sebagai heroin filem seram komedi itu, dia akhirnya bersetuju untuk menerima peluang tersebut selepas mendapatkan pandangan rakan-rakan dalam industri hiburan.
"Memang dari awal lagi ketika ditawarkan watak dalam filem ini saya agak keberatan untuk menerimanya. Bukan apa, seperti yang saya maklumkan dulu bahawa saya seorang yang penakut.
"Apatah lagi, saya sudah berniat untuk berehat sepanjang bulan puasa ini untuk menumpukan perhatian pada keluarga dan ibadat. Namun, selepas mengambil kira pendapat teman-teman industri, saya memutuskan untuk mengambil peluang keemasan ini.
"Tawaran ini adalah satu penghargaan yang besar ertinya bagi orang baru seperti saya," katanya pada Ahad.
Kongsinya lagi, selepas mengesahkan pembabitannya dengan produksi filem berkenaan, dia mengakui semakin berdebar-debar dan takut untuk melaksanakan tanggungjawab itu.


"Terus-terang, saya sangat takut dan bimbang pada waktu ini. Saya risau sama ada saya mampu mempersembahkan lakonan yang berkualiti atau sebaliknya.
"Apabila melibatkan filem-filem arahan Mamat Khalid, harapan penonton adalah tinggi dan saya bimbang jika tidak mampu menjayakannya sebaik yang mungkin," katanya sambil berharap peluang tersebut dapat melebarkan lagi karier seninya.
Dalam filem yang berkisar tentang perjalanan sekumpulan geng motosikal menuju ke Kuala Lumpur itu, Neelofa bakal bergandingan dengan aktor dan penyanyi Awie, Shahz Jaszle, Dazreen dan seorang lagi aktres baru.
Menurut pengarahnya Mamat Khalid, judul asal filem tersebut iaitu Highway to Hell terpaksa dipinda kepada Rentaz bagi mengelakkan sebarang pertikaian, kontroversi atau salah faham di kemudian hari.

Penyanyi Veteran Hasnah Haron Meninggal Dunia

Posted: 31 Jul 2011 10:46 PM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi veteran, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser pangkal rahim pada pukul 8 pagi Isnin di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Jenazah akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah selepas solat Asar nanti.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Skeptikal Yusof terhadap anak-anak

Posted:

Skeptikal Yusof terhadap anak-anak

Skeptikal Yusof terhadap anak-anak

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar FATAH SULAIMAN dan HAFIZ JOHARI


TIGA beranak ini pasti akan meluangkan masa bersama untuk berbincang mengenai dunia perfileman tanah air.


KIRA-KIRA 17 tahun lalu, penerbit dan pengarah popular ini berjaya mencipta rekod dalam dunia perfileman tempatan apabila filem keempatnya, Sembilu II mencatatkan kutipan tiket luar biasa sebanyak RM6.3 juta.

Dengan pencapaian hebat yang belum pernah dicatatkan oleh mana-mana pengarah filem tempatan sebelum ini, ia sekali gus meletakkan nama Datuk Yusof Haslam di puncak kegemilangan sehingga diberi jolokan The Six Million Dollar Man.

Selama bergelar pengarah filem bermula dari tahun 1991 menerusi filem pertamanya, Bayangan Maut, Yusof boleh dikatakan pencetus kepada budaya filem popular yang mengenengahkan penyanyi menjadi teraju utama.

Pernah dikecam dan dikritik hebat lantaran filem-filemnya dikatakan tidak mempunyai nilai seni atau istilah kasarnya, filem sampah, namun, ia langsung tidak menggugat kedudukan Yusof sebagai sutradara.

Malah Yusof boleh berbangga dengan empayarnya, Skop Productions yang dibangunkan atas hasil titik peluhnya sendiri sejak tahun 1985.

Selepas kali terakhir mengarahkan filem - Sembilu 2005 yang hanya mencatatkan kutipan sebanyak RM1.39 juta - Yusof lebih selesa menumpukan perhatian kepada pengarahan drama televisyen.

Bukan mahu melupakan dunia perfileman, tetapi kata Yusof, legasi seninya itu kini sudah diambil alih oleh anaknya, Syamsul yang berjaya meneruskan kesinambungannya sebagai pengarah pecah panggung.

Semuanya menerusi filem kelima arahan anak muda itu, KL Gangster yang mencatatkan kutipan luar biasa sebanyak RM11.7 juta sekali gus menjadikan filem tersebut sebagai filem paling laris dalam sejarah perfileman tempatan.

Tidak restu

Barangkali ramai yang tidak tahu, di sebalik kejayaan Syamsul itu, hakikat sebenarnya, Yusof tidak pernah 'merestui' setiap hasil kerja anaknya itu.

Dalam erti kata lain, apa jua buah tangan yang dihasilkan anaknya, dia perlu memainkan peranan dalam memberikan input yang pada pandangannya mampu mencantikkan lagi karya Syamsul.

"Kalau Syamsul datang kepada saya dan memberikan ideanya, pasti akan ada perasaan tidak puas hati. Benar, saya memang skeptikal terhadap lontaran ideanya sejak dari filem pertamanya, Evolusi KL Drift.

"Bukan sengaja mahu menjatuhkan semangatnya tetapi selagi hasil belum nampak depan mata, saya memang kurang percaya dengan kemampuannya.

"Walaupun dia sudah menghasilkan lima buah filem yang semuanya mencatatkan kutipan pecah panggung, ia bukan satu tiket untuk saya menyatakan persetujuan 100 peratus untuk segala idea-ideanya yang akan datang," ujar Yusof tanpa selindung dalam satu sesi fotografi yang berlangsung di rumahnya, Darul Haslam di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.

Berontak

Menyambung bicara, Yusof memberitahu dia memang cukup faham dengan jiwa anak muda Syamsul yang pastinya akan memberontak seandainya kemahuannya dibantah.

Tetapi, sudah menjadi resam mereka anak-beranak akan duduk berbincang dan mencari penyelesaian terbaik.

"Dia mempunyai alasan yang konkrit dalam setiap persoalan yang dibangkitkan sehinggakan saya berjaya 'diperdaya' olehnya untuk memberikan lampu hijau (ketawa).

"Sebagai contoh, apabila dia hanya mahu menampilkan semua pelakon lelaki dalam KL Gangster, saya melihatnya sebagai sesuatu yang mustahil. Apabila saya mencadangkan untuk meletakkan seorang pelakon wanita sebagai aktres, Syamsul memberitahu ia tidak kena dengan jalan ceritanya.

"Tetapi, ada juga idea saya yang diterimanya seperti menyelitkan elemen keluarga dan dia melihatnya dari sudut positif demi kebaikan jalan cerita itu sendiri.

"Begitu juga dengan filem Khurafat yang mana saya merasakan ia adalah idea yang kurang menarik atas alasan industri perfileman sudah terlalu banyak dilambakkan dengan filem-filem seram. Tetapi, Syamsul berjaya mengolah cerita itu dengan gaya penyampaian tersendiri," ujar pemilik nama penuh Mohd. Yusof Md. Haslam Khan itu yang pernah membintangi filem-filem popular seperti Jiwa Remaja, Chinta dan Lagu, Detik 12 Malam serta Tiada Esok Bagimu.

Berjaya

Jelas Yusof, bukannya sengaja mahu membangkang tetapi dia mahu melihat rasional dan realistik di sebalik idea Syamsul.

Menyingkap sejarah katanya, dia sendiri kurang yakin dengan kemampuan Syamsul mengarahkan filem. Sebab itu, dia memberikan tugas dengan lebih mudah iaitu mengarahkan siri televisyen dan Syamsul berjaya memberikan hasil yang memuaskan hati Yusof.

Tetapi, sebagai seorang bapa, Yusof mengakui memang cukup kagum dan hormat dengan idea segar dan baru yang dimiliki Syamsul dalam membangunkan industri perfileman tanah air.

"Sebagai penerbit, sudah pasti saya akan meluluskan segala projek filem yang mahu dilakukan oleh Syamsul dan mencabarnya untuk memberikan sesuatu yang berlainan dalam setiap filem-filemnya.

"Dia menyahut cabaran saya dan akhirnya dia membuktikan bahawa dia mampu melakukannya. Setiap filem dia berjaya memberikan persembahan dan pendekatan yang berbeza.

"Seiring dengan usianya yang masih muda, Syamsul tahu bagaimana hendak menawan hati golongan muda untuk ke panggung menonton filem-filemnya," katanya yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia Keempat (1983) menerusi filem Mekanik.

Selepas Syamsul, jejak langkah Yusof itu kini mula beralih kepada anak ketiganya, Muhamad Syafiq yang kini sibuk di lokasi penggambaran filem SAM (Saya Amat Mencintaimu) lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani.

Sama seperti Syamsul, kepercayaan yang diberikan Yusof kepada Syafiq dibuat selepas meneliti hasil kerja anak muda itu menerusi koleksi filem-filem pendek arahannya.

"Kelebihan yang ada pada Syafiq ialah dia mempunyai kepakaran dalam teknik imej janaan komputer (CGI) yang saya percaya akan memberikan sesuatu yang berbeza untuk projek akan datang," ujarnya.

Belum bersedia

Dalam usianya yang sudah pun mencecah 57 tahun itu, Yusof masih belum menampakkan sebarang tanda mahu bersara dan hanya duduk di rumah menghabiskan masa dengan cucu-cucunya.

Masih lagi diberikan kudrat untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya, Yusof memberitahu dia masih lagi mampu untuk bekerja.

Malah tegasnya, dia masih belum bersedia menyerahkan Skop Productions kepada Syamsul untuk menerajuinya.

"Syamsul masih muda dan biarkan dia bergelumang dengan dunia perfileman bagi mencari pengalaman.

"Anak kedua saya, Nursyamin pula tidak berminat dengan dunia hiburan. Jadi, dia lebih selesa mencari hala tujunya sendiri. Selagi saya terdaya dan mampu untuk menerajui syarikat, saya akan lakukannya," katanya ringkas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Syafiq teruskan legasi Yusof

Posted:

Syafiq teruskan legasi Yusof

Syafiq teruskan legasi Yusof

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


KAMARUDDIN Siaraf (tiga dari kiri) dan Syafiq Yusof (bertali leher) sewaktu pelancaran filem Sam di Finas, Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.


LEGASI pengarah dan penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam tidak terhenti pada Syamsul sahaja. Setelah Syamsul berjaya mencipta kejayaan sebagai pengarah filem yang mencatat kutipan tiket jutaan ringgit, kini tiba pula giliran adiknya, Syafiq mencuba bakat dalam bidang tersebut.

Anak bongsu Yusof itu diberi peluang mengarahkan filem terbaru terbitak syarikat bumiputra itu berjudul Sam yang dikategorikan dalam genre thriller.

Menurut Yusof, dia menaruh kepercayaan terhadap Syafiq mengarahkan filem dengan kos produksi dan promosi berjumlah RM1.6 juta itu biarpun anak bongsunya itu baru berusia 18 tahun dan tidak pernah mengarahkan filem cereka.

"Syafiq telah menunjukkan minat mengarah filem sejak kecil lagi. Dia pernah mengarahkan tiga episod drama bersiri Gerak Khas baru-baru ini.

"Hasil kerjanya memuaskan hati saya. Dia juga bagus dalam CGI (Imej Janaan Komputer).

"Ini adalah salah satu cara saya menurunkan legasi bidang pengarahan filem kepada anak-anak saya selepas Syamsul yang kini sudahpun bergelar pengarah filem yang semakin berkaliber," katanya kepada Hits sewaktu ditemui baru-baru ini.

Pada pertemuan selepas pelancaran Sam yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Kamaruddin Siaraf itu, Yusof berkata, dia mahu Syafiq mengikut jejak langkahnya.

Bukan setakat mengarah, malah jauh di lubuk hati Yusof, dia mahu Syafiq dan Syamsul meneruskan usaha yang telah dijalankannya dalam penerbitan filem menerusi Skop Productions pada masa depan.

"Saya anggap Syamsul dan Syafiq sebagai pengganti saya sebagai pengarah dan penerbit dalam Skop Productions. Saya pun sudah tua dan biarlah legasi saya ini diteruskan oleh anak-anak saya yang masih muda," ujarnya.

Syafiq yang ditemui pada majlis itu tidak menafikan mengarahkan filem Sam merupakan satu tanggungjawab yang berat.

Tetapi pada masa sama dia mahu membuktikan kemampuannya dalam bidang tersebut.

Katanya, sebagai generasi baru dalam bidang pengarahan filem, dia berazam mahu membawa angin perubahan bagi mempertingkatkan lagi mutu dan gaya pengarahan dalam filem arahannya itu.

"Saya mewakili generasi baru. Gaya pemikiran, idea dan pengarahan juga tentunya baru. Perkara itu dapat dilihat apabila filem ini siapi dan kita boleh membandingkannya. Tentunya tidak sama dengan filem arahan pengarah lama.

"Kejayaan abang saya, Syamsul yang muncul sebagai Pengarah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia tahun lalu membuktikan hakikat tersebut. Ia memberi perangsang kepada saya untuk berjaya dalam bidang ini," katanya.

Sementara itu, pelakon utama filem Sam, Shaheizy Sam yang melakonkan watak Sam berkata, dia tidak berasa kekok berlakon di bawah arahan Syafiq biarpun pengarah itu masih baru.

Dia menghormati walau siapa juga pengarah yang mengarahkan filem lakonannya termasuklah Syafiq yang jauh lebih muda.

"Saya hormati Syafiq sebagai pengarah. Ini kerana, dia memang tahu selok belok dalam bidang pengarahan filem.

"Bagi saya, setiap pengarah mempunyai gaya pengarahan masing-masing termasuklah Syafiq.

"Saya juga selesa berlakon di bawah arahannya. Saya tidak berasa tertekan atau kekok, jauh sekali menganggap ini adalah filem saya walaupun saya pelakon utamanya.

"Malah, jalan cerita filem ini tiada kena mengena dengan saya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Lebih waspada

Posted: 31 Jul 2011 11:37 AM PDT

Hip

Irma

Irma

Irma enggan bercinta lama-lama jika ditemukan dengan lelaki baik

BIARPUN dirinya kini sudah tampil bertudung, namun sedikit pun cahaya bintang yang tersurat dalam perjalanan seninya menjadi suram.

Malah rezeki gadis berdarah campuran Pakistan dan Cina ini sentiasa murah. Baru-baru ini dia terpilih menjadi duta tudung D' Haja untuk tempoh setahun. Selain itu dia juga diangkat sebagai duta makanan kesihatan Walit Gold, malah ketika yang sama Irma menceburi bidang perniagaan dengan menjual jubah secara atas talian bersama rakan kongsi yang juga pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail. Anak sulung daripada tiga beradik yang sentiasa kekal ramah ini seterusnya menafikan penghijrahannya menjadi wanita bertudung mematikan langkah seni yang sudah bertahun diceburi.

Adat hidup sebagai manusia, sesuatu yang baik itu pasti dicaci atau cuba disalahertikan, begitulah cerita yang sentiasa terpalit di lukisan perjalanan seni wanita cantik ini.

Katanya, perubahan selepas menunaikan umrah 28 Februari lalu, tidak dipengaruhi sesiapa, sebaliknya ia hadir dalam jiwanya sendiri dan biarlah segala perubahan itu memberikan kekuatan untuk dia terus menjalani hidup.

Pengacara program bual bicara Assalamualaikum di TV AlHijrah ini mengakui perubahan ke arah perkara yang positif dilakukan secara pelahan-lahan tanpa ada paksaan atau pengaruh individu tertentu.
"Saya bersyukur kerana bukan saja menerima tawaran berlakon, tetapi juga menerima tawaran sebagai duta tudung dan makanan kesihatan.

"Jualan jubah secara atas talian juga mendapat sambutan positif daripada peminat dan orang ramai.

Jubah yang ditawarkan adalah pada harga yang berpatutan, dengan rekaan dihasilkan menerusi perbincangan kami bersama. Fabriknya juga berkualiti dan lebih ringan. Buat masa ini kami belum memikirkan untuk membuka kedai, begitupun memang ada perancangan untuk memperbesarkan perniagaan ini," katanya bersemangat ketika berbicara mengenai perniagaan jubahnya itu.

Wanita yang tampil anggun dengan rekaan Ezuwan Ismail ini ditemui ketika hadir bersama lebih 30 selebriti pada majlis The Blue Kebaya Showcase anjuran Rafflesia The Pearl Centre, baru-baru ini.

Ketika diusik soalan klise yang sentiasa membuatkan wanita yang memegang Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini tersipu malu, dia menafikan hatinya sudah dimiliki mana-mana jejaka.

"Saya masih sendiri dan belum berpunya. Saya berkawan dengan semua orang dan saya juga tidak pernah serik bercinta, tetapi pastinya akan lebih berhati-hati," katanya yang mengimpikan untuk bersama lelaki yang dapat membimbing dirinya.

Berbicara soal jodoh, Irma yang dua kali kecundang dalam percintaan bersama jejaka yang turut bergelar selebriti berkata, dia tidak mahu lagi bercinta lama-lama. Andai dipertemukan dengan lelaki yang bersesuaian satu hari nanti, dia tidak mahu mengambil masa yang panjang untuk mengenali hati budi masing-masing.

"Saya serik bercinta lama-lama, tetapi akhirnya tidak ke mana. Selepas ini, jika dipertemukan dengan lelaki yang bersesuaian, saya tidak mahu buang masa lagi. Bukanlah kenal sebulan dua terus kahwin, tetapi kalau boleh saya tak mahu buang masa hingga bertahun-tahun," katanya.

Dilarang bermain mercun

BERCERITA mengenai perkembangan seni, gadis yang pernah membintangi filem Cinta Fotokopi dan Main-Main Cinta ini bersyukur kerana rezekinya dalam dunia seni sentiasa ada.

Kata pelakon yang pernah membintangi drama Janji Diana, Suara Merdeka, Agensi Abadi, Pendekar Melayu serta Mas Kahwin ini, dia baru saja selesai menjalani penggambaran drama Psikik untuk siaran RTM dan Kasih Aliya (TV3), sempena Ramadan.

Bekas pemenang Gadis Jelita 2004 ini kerap kali memanjatkan rasa syukur setiap kali mengalun bicara soal kerjayanya sambil memberitahu, tawaran berlakon terus datang sesuai dengan penampilannya kini.

Ketika pertemuan dengannya berlangsung baru-baru ini, Ramadan hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk menjelma. Lalu, topik bulan mulia dan Syawal itu tidak terlepas daripada perbualan.

Bercakap soal Syawal, wanita berusia 29 tahun ini memberitahu, tidak seperti kanak-kanak lain, dia tidak pernah berasakan pengalaman bermain mercun kerana ibu tidak membenarkan dia berbuat begitu.

"Saya tidak bermain mercun bukan kerana tidak mahu, tetapi ibu melarang dan akan marah setiap kali saya ingin mencubanya," katanya tersenyum.

Dia yang sangat meminati kuih raya dari jenis coklat ini menambah, setiap tahun dia akan memastikan dapat beraya bersama keluarga dan ia satu pengalaman yang cukup menggembirakan dan indah dalam diari kehidupannya.

"Jika ditanya soal makanan kegemaran, saya ini sangat mudah kerana semuanya saya makan. Macam kuih raya pula, semua saya suka dan paling diminati adalah kek raya yang diperbuat daripada coklat.

"Baju raya pula, bagi saya, semua baju baru ialah baju raya saya," katanya cuba berjenaka.

Tidak sukar untuk beribadat

BIARPUN kini dia tampil bertudung, namun masih belum terlintas di fikiran Irma untuk meninggalkan dunia seni. Katanya, dia tidak pernah berasakan memakai tudung menjadi satu beban kepadanya untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

"Kalau ada orang berasakan sukar untuk beribadah apabila bergelar artis, saya rasa itu adalah masalah individu itu sendiri, yang tidak tahu mengurus waktu dengan cara yang sistematik.

"Alhamdulillah sejak berhijrah, saya tidak pernah berdepan dengan sebarang masalah untuk bersolat apabila tiba waktunya. Malah produser dan tenaga produksi juga memahami. Apabila hendak bersolat, saya akan buang semua mekap dan kembali mengenakan semula solekan apabila selesai bersolat. Itu tidak mendatangkan masalah kepada produser.

"Malah saya pernah menjalani penggambaran dengan pengarah dan tenaga produksi yang kesemuanya berbangsa Cina. Mereka juga tiada masalah apabila saya meminta izin untuk mengerjakan solat, malah mereka juga sangat menghormati permintaan saya itu.

"Tawaran berlakon pun setakat ini alhamdulillah. Mungkin kebelakangan ini, semakin ramai pelakon yang bertudung, jadi tiada masalah untuk produser mendapatkan watak wanita berimej sedemikian.
Penerbit pun sudah memahami, dan setakat ini saya tidak pernah pula melalui pengalaman di mana saya dipaksa membuka tudung semata-mata untuk menjayakan watak," kata Irma.

Gadis yang diberi kepercayaan oleh stesen itu untuk mengacarakan program realiti Solehah, yang bakal ke udara tidak lama lagi berkata, menjadi seorang selebriti juga membolehkan dia menyebarkan dakwah.
Itu juga antara sebab utama kenapa dia tidak mahu meninggalkan dunia seni kerana medium yang ada sekarang boleh digunakannya untuk mengajak peminat melakukan perkara yang menjurus ke arah kebaikan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Rahsia gambar, bunyi berkualiti

Posted: 31 Jul 2011 11:28 AM PDT

Hip

Technicolor bertanggungjawab mencantikkan filem Asia, antarabangsa

MELIHAT kualiti gambar mengagumkan dengan warna yang menarik pada judul popular seperti Transformers dan Harry Potter, pasti ramai peminat filem yang tertanya-tanya, bagaimana mutu visual sehebat itu dapat dicapai? Apatah lagi apabila ditambah kesan bunyi yang menakjubkan.

Teknik menghasilkan filem yang berkualiti itu sebenarnya dipertanggungjawabkan kepada syarikat pemprosesan filem terbesar dunia, Technicolor, yang juga berperanan sebagai medan pasca produksi filem di Hollywood. Kini, filem tempatan turut mendapat sentuhan daripada Technicolor yang mempunyai cawangannya di Asia, bagi mencantikkan lagi filem yang dihasilkan.

Filem Syukur 21 terbitan MIG Productions muncul judul tempatan pertama yang mendapat sentuhan pasca produksi filem daripada Technicolor Asia yang berpangkalan di Bangkok.

Berkesempatan melawat studio terbabit yang terletak di Jutujak, Bangkok, Thailand baru-baru ini, memberi pengalaman baru kepada 17 anggota delegasi daripada Hip dan B*Pop, Berita Harian serta Berita Minggu, untuk melihat sendiri teknik pemprosesan dan kecanggihan Technicolor Asia itu.

Melangkah masuk ke bangunan setinggi tiga tingkat berhampiran jalan Vipavadee Rangsit Road, Ladyao, itu seperti berada di sebuah bangunan pejabat biasa dengan susun atur di dalamnya yang sangat minimum.
Meskipun kecil dan sedikit sempit, namun setelah menjengah ke dalam gedung terbabit, terkandung pelbagai kemudahan teknologi yang canggih dengan studio dan pawagam mini bagi tujuan pasca produksi.

Kemudahan yang disediakan bertaraf Hollywood itu mampu menghasilkan pasca produksi filem bagi judul seperti Captain America, Conan The Barbarian dan The Adventures of Tintin.

Setiap tingkat mempunyai peranannya tersendiri, yang dibahagikan kepada beberapa bahagian bagi memproses imej digital, perkhidmatan audio, warna, sari kata dan percetakan DVD.

Bahkan, di bahagian belakang bangunan terbabit turut ditempatkan makmal memproses salinan filem ke bentuk DVD yang mampu menghasilkan lebih 200,000 salinan sehari.

Siapa sangka, Technicolor Asia turut diberi peranan bagi menyempurnakan penghasilan filem dalam bentuk tiga dimensi (3D), malah filem Kung Fu Panda pernah diproses di sini.

Menjengah ke aras tiga bangunan terbabit pula membolehkan anggota delegasi melihat sendiri studio warna, kesan bunyi dan pawagam mini yang sedang menyiapkan proses untuk filem terbaru terbitan MIG Productions, Sumpahan Kum Kum, Hantu Dalam Botol Kicap dan Papa I Love You.

Alukan kerjasama produksi Malaysia

MENURUT Pengarah Urusan Technicolor Asia, Sergio Bosso, Technicolor mengalu-alukan kerjasama dengan produksi perfileman luar termasuk Malaysia dalam menghasilkan filem yang bermutu.

"Mungkin suatu hari nanti Malaysia akan mampu menghasilkan filem 3D pertamanya di sini. Kami mengalu-alukan kerjasama ini dalam proses pasca produksi filem.

"Kemudahan yang ada di studio ini adalah sama dengan kemudahan yang ada di Hollywood, malah filem dari Indonesia dan Thailand sendiri turut menjalani proses perfileman mereka di sini.

"Proses pasca produksi bagi sesebuah filem biasa tidaklah lama, di mana pada kebiasaannya ia mengambil masa lebih kurang dua minggu saja berbanding proses untuk filem dalam bentuk 3D," katanya.

Walaupun bangunan dan ruang dalamannya kurang menarik jika dibandingkan dengan teknologi yang dimiliki, namun ia turut menempatkan studio suntingan filem dan sari kata yang terletak di aras dua.

Malah, filem antarabangsa yang dipasarkan di Malaysia dengan dilengkapi sari kata berbahasa Melayu turut dilakukan di sini.

Melihat kerja pemprosesan filem di studio terbabit sememangnya menarik perhatian delegasi.
Peluang menyaksikan sendiri hasil kerja sebelum dan selepas proses pasca produksi dijalankan serta tayangan sedutan filem 3D terbaru amat mengujakan, apatah lagi hasil daripada teknologi terkini itu dapat disaksikan anggota rombongan lebih awal daripada orang lain.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


HASNAH HARUN KEMBALI KE RAHMATULLAH...

Posted: 01 Aug 2011 05:58 AM PDT

Hasnah Harun, 64, penyanyi era 60-an yang popular dengan lagu Bersedih, Bintang Pujaan dan beberapa lagu lain meninggal dunia kerana barah pangkal rahim kira-kira jam lapan pagi tadi di Hospital Sultan Ibrahim Johor Bahru, Johor.

"Sebenarnya sudah beberapa hari Hasnah dimasukkan ke hospital, dan kami sedia maklum kerana diberitahu oleh anaknya yang mana Hasnah sudah nazak sejak Subuh semalam. Kami sentiasa berhubung dengan anaknya untuk mengetahui perkembangan mengenai dirinya.

"Dan pagi tadi kami disedarkan dengan berita pemergiannya dan akan dikebumikan di Johor Bahru. Hasnah sudah lama menghidap penyakit barah ini dan keadaannya makin teruk sejak dari awal tahun ini selepas rawatan kimoterapi diberikan. Sebagai kawan yang rapat dengannya, kami ada melawat Hasnah di hospital beberapa kali sebelum pemergiannya.

"Selain itu, pada hujung Mei lalu, kami sempat meluangkan masa makan bersama di Kuala Lumpur dan itulah kali terakhir kami menghabiskan masa bersama, selepas itu kami tidak mempunyai kesempatan sehinggalah hari ini mengetahui berita mengenai pemergiannya," ujar Datuk A Rahman Hassan dipetik sebagai berkata.

Dengan pemergian Allahyarham, dunia seni negara kehilangan seorang lagi artis veteran yang berbakat besar. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... Amin!


Klik untuk imej besar...









.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Neelofa Lupakan Hasrat Berehat, Terima Tawaran Mamat Khalid

Posted: 31 Jul 2011 07:06 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon kontroversi Noor Neelofa Mohd Noor, 22, ( Neelofa) memberitahu dia terpaksa melupakan hasrat untuk berehat daripada aktiviti seni sepanjang bulan Ramadan ini kerana bakal terlibat dengan penggambaran filem terbaru pengarah Mamat Khalid, Rentaz.

Kata gadis yang mesra disapa Lofa ini, walaupun pada awalnya agak keberatan untuk menerima tawaran sebagai heroin filem seram komedi itu, dia akhirnya bersetuju untuk menerima peluang tersebut selepas mendapatkan pandangan rakan-rakan dalam industri hiburan.

"Memang dari awal lagi ketika ditawarkan watak dalam filem ini saya agak keberatan untuk menerimanya. Bukan apa, seperti yang saya maklumkan dulu bahawa saya seorang yang penakut.

"Apatah lagi, saya sudah berniat untuk berehat sepanjang bulan puasa ini untuk menumpukan perhatian pada keluarga dan ibadat. Namun, selepas mengambil kira pendapat teman-teman industri, saya memutuskan untuk mengambil peluang keemasan ini.

"Tawaran ini adalah satu penghargaan yang besar ertinya bagi orang baru seperti saya," katanya kepada mStar Online, Ahad.

Kongsinya lagi, selepas mengesahkan pembabitannya dengan produksi filem berkenaan, dia mengakui semakin berdebar-debar dan takut untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

"Terus-terang, saya sangat takut dan bimbang pada waktu ini. Saya risau sama ada saya mampu mempersembahkan lakonan yang berkualiti atau sebaliknya.

"Apabila melibatkan filem-filem arahan Mamat Khalid, harapan penonton adalah tinggi dan saya bimbang jika tidak mampu menjayakannya sebaik yang mungkin," katanya sambil berharap peluang tersebut dapat melebarkan lagi karier seninya.

Dalam filem yang berkisar tentang perjalanan sekumpulan geng motosikal menuju ke Kuala Lumpur itu, Neelofa bakal bergandingan dengan aktor dan penyanyi Awie, Shahz Jaszle, Dazreen dan seorang lagi aktres baru.

Menurut pengarahnya Mamat Khalid, judul asal filem tersebut iaitu Highway to Hell terpaksa dipinda kepada Rentaz bagi mengelakkan sebarang pertikaian, kontroversi atau salah faham di kemudian hari.

Imej Semula Jadi Nadine

Posted: 31 Jul 2011 07:05 PM PDT

PEMENANG Miss Universe Malaysia 2010/2011, Nadine Ann Thomas, 25, tidak pernah menganggap hanya sekadar mahu memberi keutamaan terhadap kariernya dalam bidang peragaan.

Sebaliknya, dia lebih gemar menceburi bidang muzik sebagai deejay hip hop. Minatnya yang menebal dalam muzik sejak kecil diwarisi daripada kedua ibu dan bapanya.

Bermula Jun lalu, dia telah bernaung di bawah syarikat Art Talent milik penyanyi Reshmonu.

"Saya berhasrat untuk menghasilkan lagu tetapi buat masa ini akan memulakan karier sebagai 'spinning deejay' pada September ini. Setakat ini, saya masih lagi menjalani latihan untuk bergelar deejay.

"Saya memang menggemari lagu-lagu hip hop dan R&B dan jika bergelar deejay, saya boleh gabungkan pelbagai jenis muzik seperti retro, muzik India dan Cina," ujarnya kepada OopStarz!.

Selain itu, dia juga bergelar pelakon untuk sebuah filem berjudul Nasi Lemak 2.0 yang diarahkan oleh pengarah kontroversi Namewee, individu yang didakwa mempersendakan lagu Negaraku itu.

Filem berkenaan turut dilakonkan oleh Reshmonu, Dennis Lau, Datuk Arumugan (Alleycats).

Kulit berjerawat

Menyentuh tentang petua menjaga kecantikan sehingga dinobatkan sebagai juara Miss Universe Malaysia 2010/2011, Nadine akui dia bukan seorang yang terlalu obses dengan kecantikan.

Nadine hanya mengamalkan rutin penjagaan kulit setiap hari dengan menggunakan produk yang kurang mempunyai bahan kimia.

"Saya gemar menggunakan produk kosmetik Loreal, topeng muka Himalaya dan produk penjagaan badan Body Shop.

"Sewaktu usia sembilan tahun, saya mengalami masalah kulit berjerawat dan dinasihatkan tidak menggunakan produk kecantikan sembarangan dan lebih kepada produk yang diperbuat daripada bahan yang lembut.

"Sehingga usia 21 tahun, kulit saya kembali pulih apabila saya mengamalkan ubat yang seimbang dan menggunakan skrub muka.

"Selain itu, saya juga membuat rawatan muka sendiri di rumah seperti mencampurkan madu dan gula perang untuk dijadikan skrub muka.

"Rawatan ini bagus untuk melembutkan dan mencantikkan kulit yang saya amalkan sejak lima tahun lalu," katanya.

Beralih kepada penjagaan rambut, Nadine tidak pernah mengeritingkan atau meluruskan rambutnya kerana dia lebih selesa dengan imej rambut yang semula jadi.

Menganggap dirinya seorang yang sederhana, wanita ini juga melakukan urutan sendiri pada badan dengan menggunakan minyak Bio Oil pada setiap hari. Minyak itu juga dipercayai mampu menghilangkan parut yang ada.

Sebagai tambahan, Nadine juga menyapu losen pada badan agar kulitnya sentiasa lembap.Menyebut tentang berat badan, dia akui tidak mengamalkan diet secara keterlaluan sehingga mengganggu pemakanannya.

"Saya makan nasi pada tengah hari dan tidak bimbang dengan berat badan," katanya.

Elfira Loy Bimbang Pelajaran Merosot Kerana Lakonan

Posted: 31 Jul 2011 07:04 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon remaja, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 17, (Elfira) yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November depan berkata kesibukannya memenuhi pelbagai komitmen lakonan telah menjejaskan tumpuan dan prestasi akademiknya kebelakangan ini.

Elfira yang mengakui bimbang dengan keadaan itu bagaimanapun terpaksa berkorban dan membahagikan masanya dengan bijak bagi mengimbangi kekurangan tersebut.

"Saya akui tumpuan dan prestasi pelajaran di sekolah agak merosot kebelakangan ini kerana terlalu sibuk dengan komitmen lakonan saban hari.

"Kebiasaannya, setiap kali habis sesi persekolahan saya akan berkejar-kejar ke lokasi penggambaran dan menyebabkan saya menjadi penat untuk menelaah pelajaran," katanya.

Menyedari kepentingan akademik dan masa yang semakin suntuk menjelang peperiksaan penting itu, Elfira bagaimanapun segera menyusun strategi untuk memperbaiki keaadan.

Dia kini sedang giat menumpukan perhatian dengan menghadiri kelas tusyen sebelum terbang ke Itali selama dua minggu pada Ogos depan untuk penggambaran drama bersama Astro.

"Peperiksaan SPM hanya tinggal beberapa bulan saja lagi dan saya semakin risau sebenarnya.

"Insya-Allah selepas drama itu selesai, saya mahu duduk di rumah saja dan mengulangkaji pelajaran yang tertinggal," kata penuntut tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsan Bandar Tun Hussein Onn 2 ini.

Arrora - Anggota Polis Jadi Penyanyi

Posted: 31 Jul 2011 07:03 PM PDT

DEMI cintanya terhadap bidang nyanyian, penyanyi Arrora Salwa atau nama sebenar Salwa Md. Razak,27, nekad meninggalkan kerjaya beruniform sebagai seorang anggota polis yang menjanjikan pendapatan tetap buatnya.

Berkhidmat selama tujuh tahun sebagai anggota polis atas permintaan keluarga, Arrora mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kerjaya nyanyian.

Sewaktu memegang jawatan Lans Koperal, penyanyi berzodiak Cancer ini turut menyertai kombo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan terlibat dengan pelbagai persembahan sepanjang bertugas.

"Saya rasa cukup selama tujuh tahun saya berkhidmat sebagai anggota polis dan sekarang masa untuk saya mengikut kata hati saya dan mengejar cita-cita sebagai penyanyi.

"Saya tahu kerjaya nyanyian tidak menjamin ganjaran lumayan atau pendapat yang stabil, tapi saya ambil risiko itu sebagai cabaran," jelasnya.

Biarpun masih hijau dalam dunia hiburan, nama Arrora dilihat sedang meniti di bibir-bibir peminat melalui 'single' pertamanya berjudul Ahmad.

Ketika ditanya tentang jejaka bernama Ahmad, Arrora hanya tersenyum dan berkata ia sekadar lagu yang dilontarkan di hadapan pendengar.

"Nama Ahmad tiada kena mengena dalam orang istimewa dalam hidup saya, ia diambil sebagai simbolik nama lelaki yang selalu digunakan dalam masyarakat Melayu.

"Lagu ini berentak seperti muzik Indonesia kerana ia dicipta oleh komposer negara tersebut iaitu Panji Sakti yang sebelum ini menghasilkan lagu hit Sayang-Sayang dan Jangan Nakal," katanya.

Berpeluang merakamkan lagu tersebut, Aurora berkata lirik Ahmad mudah untuk diingati apabila pertama kali mendengarnya.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Katil seberat 1.8 tan

Posted: 31 Jul 2011 05:00 PM PDT

lu 08.1 Katil seberat 1.8 tan
DENGAN menggunakan peralatan tradisonal, Roni membuat katil seberat 1.8 tan di Pusuruan, Jawa Timur. – KOMPAS.com.

PASURUAN – Seorang pembuat perabot di Jawa Timur menghasilkan sebuah katil seberat 1.8 tan dan berharga 170 juta rupiah (RM59,100).

Roni, 53, berkata, katil itu dihasilkan menggunakan kayu pokok berusia lebih satu abad dan boleh digunakan sehingga tujuh generasi.

Menurutnya, idea menghasilkan katil itu berikutan kebanjiran pembuat perabot di tempatnya yang menyebabkannya mahu membuat kelainan.

"Bagi saya adalah tidak salah untuk membuat kelainan supaya kita dikenali dan apa yang penting saya mahu Kota Pasuruan dikenali hingga ke luar negara melalui penghasilan perabot yang unik-unik," katanya kepada KOMPAS.com.

Katil ini dikatakan mempunyai panjang tiga meter dan lebar 2.8 meter. Untuk kelihatan lebih elegan, batang pokok yang mempunyai kepanjangan satu meter serta berdiameter 35 sentimeter dijadikan sebagai penyandar katil.

Katil ini dibuat secara tradisional menggunakan tangan dan memerlukan masa selama sebulan untuk disiapkan.

Bagi memudahkan pemindahannya, kaedah pasang siap diguna pakai dan antigempa dan antianai-anai kerana kayu yang digunakan telah dipanaskan sehingga kering dan disembur ubat antianai-anai sebelum proses pembuatan dimulakan. – AGENSI

//utusan///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Erti puasa Malek Noor

Posted:

Erti puasa Malek Noor

Erti puasa Malek Noor



ADA yang bertanya mengapa Malek Noor menjadi figura pertama untuk ditemu bual pada hari pertama Ramadan Al Mubarak yang bermula hari ini.

Relevannya mudah. Barangkali ada yang beranggapan bekas jaguh bina badan negara ini terlalu 'senior' untuk dijadikan bahan utama. Namun bukan itu yang Kosmo! pedulikan.

Sebaliknya, kami mahu berkongsi cerita tentang pengalaman puasa bagi figura yang mengaku tidak pernah berpuasa sepanjang usianya sehingga menjangkau usia tua.

Sebelum ini, umum tahu Malek telah membogelkan kisah hidupnya yang tidak pernah hidup berlandaskan jalan Islam. Tidak solat, memakan makanan haram termasuk daging khinzir dan meminum arak adalah hal bukan tabu bagi dirinya.

Begitu juga soal kewajipan berpuasa. Malek tidak berasa penting untuk dia berpuasa sedangkan ia adalah rukun Islam kedua yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam.

Namun selepas mendapat hidayah sekitar usia 46 tahun, kehidupan Malek kini berubah secara total. Dia telah lama meninggalkan segala yang haram dan berusaha menjadi umat Islam yang baik dengan menunaikan sebanyak mungkin kewajipan yang disyariatkan, termasuklah berpuasa di bulan Ramadan.

Tahun ini, baru genap 10 tahun Malek Noor berpuasa penuh. Dia tidak malu untuk mengaku hal tersebut walaupun kini usianya sudah menjangkau 55 tahun.

Banyak cerita yang dikongsi Malek tentang keterujaannya berpuasa. Bagi figura yang baru pulang mengerjakan umrah pada awal tahun ini, nikmat berpuasa tidak boleh ditukar ganti.

"Alhamdulillah, sejak selepas bertaubat, saya masih belum pernah tertinggal satu hari pun puasa. Malah saya juga melakukan puasa sunat seperti puasa enam dan sebagainya.

"Saya kini berusaha sehabis baik untuk menggantikan semua dosa tidak berpuasa yang pernah saya lakukan dahulu," ujarnya sambil tersenyum.

Malek memberitahu, sewaktu zaman dia tidak mempedulikan kewajipan berpuasa, dia akan makan pada waktu siang hari seperti biasa.

"Tapi saya masih hormat orang lain yang berpuasa, jadi saya tidak makan di tempat umum. Lagi pula saya pun dikenali orang, saya harus menjaga nama juga pada waktu itu. Jadi saya hanya akan makan di rumah seperti biasa dan tidak mempedulikan tentang ibadat ini," luahnya jujur.


KASIH seorang bapa yang jelas terserlah antara Malek dan Amelin.


Mengenang semula proses pertama kali dia berpuasa, ujar Malek dia sangat teruja untuk melaksanakan ibadat tersebut. Justeru, ia tidak menjadi masalah buatnya untuk memulakan puasa walaupun tidak pernah berpuasa selama lebih 40 tahun sebelum itu.

Malah kini sepanjang Ramadan, selain menahan lapar dan dahaga, apa yang dititikberatkan oleh anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini juga adalah amalan-amalan sunat yang dapat meningkatkan pahalanya.

Mengaku jarang bersahur, ujar Malek: "Aktiviti saya di bulan Ramadan banyak dihabiskan dengan membaca al-Quran, Yassin dan berwirid. Saya berusaha sebaik mungkin bukan sahaja menahan lapar berpuasa, sebaliknya mencuci segala keburukan diri sebersih-bersihnya."

Bagaimanapun kata Malek, amalan tersebut bukan sekadar dilakukan pada bulan Ramadan, sebaliknya ia juga harus diteruskan pada setiap masa. Ini termasuklah menjaga pertuturan atau bersedekah.

Ditanya tentang menunaikan solat tarawih, seperti 'melompat' daripada satu masjid ke masjid lain, Malek ternyata mempunyai persepsi sendiri.

Dia memberitahu, dia bukan individu yang mengejar jemaah tarawih. Bukan tidak menyedari ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T, namun kata Malek, dia lebih gembira jika solat wajib lima waktu dilaksana sempurna dan dijaga baik, sebelum melakukan solat sunat.

"Saya akui, ada masa, saya akan ke masjid menunaikan solat tarawih, tetapi bukanlah setiap hari saya ke masjid, kerana kadang-kadang saya memang terlepas ke masjid melakukan tarawih secara berjemaah.

"Jadi saya akan lakukannya secara berseorangan di rumah. Secara peribadi, bagi saya sendiri, saya amat menitikberat soal solat wajib lima waktu. Apa yang penting solat wajib ini tidak tercicir hanya kerana mahu mengejar ganjaran bertarawih," katanya jujur.

Sementara itu, ditanya tentang juadah berbuka, Malek tidak memilih juadah, cukup sekadar kurma pembuka selera dan sesekali dia mahu merasa nasi beriani, itu sudah memadai baginya.


MALEK dan Amelin bersama ibu dan bapa kandung Amelin, Sharifah Rohani dan Nik Mahmood.


Bukan ulama

Mengajak Malek berkongsi serba sedikit tentang transformasi dirinya kini, dia tidak mahu khalayak melihatnya sebagai seorang alim ulama, sebaliknya cukup sebagai salah seorang manusia yang pernah melakukan terlalu banyak khilaf dan sudah bertaubat nasuha untuk kembali patuh ke jalan-Nya.

Mengaku menjalani transformasi negatif kepada positif secara berperingkat-peringkat, perkara keji yang dilakukan secara drastik sebaik mendapat hidayah adalah berhenti memakan daging khinzir dan meminum arak. Sementara hal-hal buruk lain seperti pergi ke kelab malam dan sebagainya dilakukan secara berperingkat.

"Selepas saya mendedahkan kehidupan lampau saya, saya telah mendapat pelbagai respons daripada banyak orang.

"Ada yang menyokong, ada yang sebaliknya mengatakan saya memalukan diri dan keluarga kerana membuka aib yang tidak akan dibuka oleh orang lain.

"Ingin saya tegaskan di sini, saya bukan mahu memalukan keluarga atau membuka aib, sebaliknya saya mahu berterima kasih kepada Allah S.W.T kerana masih memberi saya ruang untuk memperbaiki diri dengan menyedarkan saya tentang khilaf yang dilakukan sebelum saya meninggal dunia dalam kesesatan.

"Saya juga tidak malu mengaku keburukan lampau kerana saya tidak takut atau malu dengan pandangan masyarakat, sebaliknya saya mahu dan takut hanya pada Allah S.W.T sahaja," tegasnya.

Biarpun sudah berubah paksi, itu tidak bermakna Malek melupai duniawi terus. Dia memberitahu kadang-kala masih bertemu teman-teman lama dan masih mengunjungi karaoke.

Katanya: "Sebab itu saya kata saya bukan alim ulama. Kehidupan saya banyak berubah tetapi saya juga harus menyeimbangi kehidupan duniawi asal ia tidak berlebihan dan sentiasa mementingkan akhirat."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Deruan David Archuleta

Posted:

Deruan David Archuleta

Deruan David Archuleta

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


DAVID menerima cenderamata yang merupakan sebuah wau daripada Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Adrian Lim.


DAVID James Archuleta atau David Archuletta, namanya melonjakkan deruman adrenalin serata alam. Berbeza pula dengan pencabarnya yang dinobatkan juara American Idol musim ketujuh, David Cook, aura dan gema suara David jelas sekali mampu didengar sehingga ke wilayah Asia.

Cukup gah untuk menggegar dunia apatah lagi Stadium Negara pada hari Selasa lalu, David mengukir namanya sekali lagi selepas konsert sulungnya di Malaysia pada tahun 2009 menerusi David Archuleta The Other Side of Down Tour Live In Malaysia 2011.

Menginjak ke usia dewasa 21 tahun berbekalkan panggilan manja Archie, figura kelahiran Utah, Amerika Syarikat (AS) itu kini sudah berjaya melahirkan album ketiganya The Other Side of Down.

Siri jelajah konsertnya di Asia bermula di Jakarta, Indonesia seterusnya ke Manila, Filipina sebelum meninggalkan bumi Ho Chi Minh dan Hanoi, Vietnam untuk menoktahkan sebaran suara emasnya di Kuala Lumpur.

Konsert yang pada masa yang sama bertujuan mempromosi album ketiganya itu membuka tirai persembahan dengan lagu Stomping The Roses.

Dengan hanya menyarung sehelai jaket kulit, sehelai kemeja-t kelabu serta sepasang jeans hitam hingga ke akhir persembahan yang berdurasi sejam setengah itu, Archie turut melantunkan beberapa lagu baharunya antaranya Touch My Hand, My Kind of Perfect, Everything and More dan Zero Gravity.

Tidak ketinggalan menunjukkan skil bermain piano sambil dan mengulit 5,000 pengunjung penuh syahdu dengan dendangan notasi dan irama My Kind Perfect dan A Thounsand Miles (lagu asal Vanessa Carlton).

Selain itu, Archie juga melantunkan beberapa buah lagu nyanyian asal Tears For Fears (Everybody Wants To Rule The World), Ben E King (Stand By Me) dan Bryan Adams (Heaven).


SUASANA meriah kunjungan kira-kira 5,000 peminat menjadikan konsert David Archuleta di Kuala Lumpur kali ini cukup mengujakan.


Empat single daripada album terbaharunya, The Other Side of Down, Falling Stars, Elevator dan Something 'Bout Love, turut menghiasi persembahan.

Pelengkap persembahan tidak lain tidak bukan single pertama yang menjulang namanya tinggi di persada dunia, Crush sebagai hadiah teristimewa dan penutup konsert penuh energetik di Asia.

Semanis wajahnya, kaya pelbagai gaya dan tawa kecil, Archie yang ditemui pada sidang akhbar di Hotel Hilton sehari sebelum konsertnya nyata girang teruja menjejakkan kaki buat kali kedua di bumi Malaysia.

"Masih saya ingat pengalaman kali pertama datang ke sini (Malaysia) berjumpa dengan peminat saya, dan kini buat kedua kalinya kenangan ini pasti tidak akan dilupakan," bicaranya yang terbuka untuk bertandang lagi jika diberi peluang kali ketiga.

Tambahnya, Touch My Hand benar-benar sebuah naskhah bermakna baginya, selain dicipta khas untuk didendangkan di depan khalayak ramai ia punya mesej tersendiri.

"Seumpama mimpi menjadi realiti, lagu itu amat luar biasa dan saya cukup teruja untuk berkongsinya dengan khalayak," ceritanya santun.

Sebanyak 17 buah lagu, sepersalinan dan diiringi pemuzik dari Los Angeles dan New Zealand, Archie mengakhiri persembahan penuh memukau dengan ucapan "Terima Kasih Malaysia!"

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Suhaila hilang sabar

Posted:

Suhaila hilang sabar

Suhaila hilang sabar

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


IBU dan bapa Suhaila banyak memberi sokongan moral buatnya dalam perancangan masa depan untuk membesarkan Zahrah Rania Shanley.


BADAI yang melanda rumah tangga pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 31, dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, nampak masih belum ada titik noktahnya. Bahkan, jalan penyelesaian yang dicari untuk berbaik semula semakin tidak menampakkan sinarnya.

Suhaila sebelum ini yang enggan bersuara mengenai masalah rumah tangganya kini mula tampil ke hadapan untuk memprotes segala kenyataan yang dilemparkan Jimmy terhadapnya sebelum ini.

Ibu kepada Zahrah Rania Shanley yang kini berusia sebulan, ditemui pada majlis cukur jambul anaknya pada Rabu lalu di kediaman ibu bapanya di Sungai Buloh, Selangor berkata, dia dan bapanya hilang sabar selepas Jimmy menghebohkan kepada pihak media bahawa majlis cukur jambul itu dibatalkan.

"Saya tidak faham kenapa dia kata majlis hari ini batal sedangkan tarikh 27 Julai ini dipilih olehnya sendiri kerana pada hari Sabtu dan Ahad dia sibuk bekerja. Kenyataan itu yang membuatkan bapa saya marah kepadanya dan melarang dia datang ke rumah kami, sedangkan majlis ini sudah dirancang untuk majlis doa selamat sambut puasa sekali," ujarnya.

Disoal mengapa sekarang baru Suhaila tampil untuk memberikan kenyataan sedangkan sebelum ini sudah terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Jimmy, tidak ada satu pun yang dibalasnya.

Dia menjawab: "Saya ada perniagaan sendiri, saya tidak mahu masalah rumah tangga kami diperbesarkan sebab itu saya sanggup mendiamkan diri dan dalam masa yang sama saya melantik penguam untuk kes yang difailkan Jimmy iaitu permohonan kembali taat dan nusyuz serta mendapatkan hak penjagaan anak."

Tiada persefahaman

Luah Suhaila lagi, tiada persefahaman antara mereka menjadi penyebab utama mengapa dia nekad memilih jalan untuk bercerai dengan suaminya itu.


TEKAD Suhaila kini hanya mahu mencurahkan sepenuh kasih sayang buat anak sulungnya ini.


"Saya nekad untuk bercerai, cukuplah saya pernah bagi peluang sekali kepadanya sebelum ini, jadi buat masa ini saya tunggu apa kata peguam. Keluarga saya memang tidak menyokong keputusan saya kerana kalau boleh mereka ingin melihat kami berbaik semula kerana anak, saya maafkan dia tetapi saya tidak akan kembali kepadanya," tutur Suhaila tegas.

Selain tidak ada persefahaman antara mereka, kejadian Jimmy mengasari Suhaila sebanyak dua kali, pertama pada malam sebelum perkahwinan mereka dan kedua ketika mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand juga merupakan faktor dia mengambil keputusan untuk tidak kembali kepada suaminya.

"Selepas berkahwin, baru saya tahu perangai sebenar dirinya. Saya tidak sangka dia baran macam itu. Memanglah dia ada minta saya berubah dan saya pun meminta dia berubah, tetapi manusia tidak boleh berubah begitu cepat.

"Dia tidak bagi saya berjumpa rakan-rakan saya sedangkan saya tidak banyak rakan di Kuala Lumpur kerana saya membesar sejak kecil dan bersekolah di Kedah. Jadi, rakan-rakan saya di Kuala Lumpur semuanya saudara-mara dan pekerja syarikat keluarga saya.

"Keluarga saya besar dan saya memang sukakan suasana riuh-rendah bila berkumpul dengan keluarga tetapi dia tidak boleh menerima situasi itu kerana dia sukakan suasana privasi," jelasnya.

Suhaila juga menafikan bahawa Jimmy tidak tahu tarikh sebenar majlis cukur jambul anaknya, malah, ibunya turut menjemput Jimmy untuk datang ke majlis tersebut. Bagaimanapun kelibat Jimmy dari awal sehingga majlis berakhir langsung tidak kelihatan.

"Ibu saya sudah menjemput Jimmy, saya tidak tahu kenapa dia tidak datang," jelasnya mengenai majlis cukur jambul itu turut disertai oleh anak abang Suhaila yang baru berusia 16 hari.

Sebelum mengundur diri, Suhaila, memberitahu, selepas ini dia akan memberi tumpuan kepada anaknya dan berusaha untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Menurutnya, Jimmy sebagai bapa dibenarkan untuk melawat anaknya.

"Masalah antara saya dan Jimmy, saya tidak mahu membebankannya kepada anak.

"Walau apa yang berlaku Jimmy tetap bapa kepada Zahrah, jadi saya tidak akan menghalangnya untuk datang ke rumah menjenguk Zahrah. Sebelum ini pun dia ada datang menjaga Zahrah ketika saya baru lepas bersalin," tutur Suhaila yang melahirkan anaknya secara pembedahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.