Adsense

Isnin, 1 Ogos 2011

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


HASNAH HARUN KEMBALI KE RAHMATULLAH...

Posted: 01 Aug 2011 05:58 AM PDT

Hasnah Harun, 64, penyanyi era 60-an yang popular dengan lagu Bersedih, Bintang Pujaan dan beberapa lagu lain meninggal dunia kerana barah pangkal rahim kira-kira jam lapan pagi tadi di Hospital Sultan Ibrahim Johor Bahru, Johor.

"Sebenarnya sudah beberapa hari Hasnah dimasukkan ke hospital, dan kami sedia maklum kerana diberitahu oleh anaknya yang mana Hasnah sudah nazak sejak Subuh semalam. Kami sentiasa berhubung dengan anaknya untuk mengetahui perkembangan mengenai dirinya.

"Dan pagi tadi kami disedarkan dengan berita pemergiannya dan akan dikebumikan di Johor Bahru. Hasnah sudah lama menghidap penyakit barah ini dan keadaannya makin teruk sejak dari awal tahun ini selepas rawatan kimoterapi diberikan. Sebagai kawan yang rapat dengannya, kami ada melawat Hasnah di hospital beberapa kali sebelum pemergiannya.

"Selain itu, pada hujung Mei lalu, kami sempat meluangkan masa makan bersama di Kuala Lumpur dan itulah kali terakhir kami menghabiskan masa bersama, selepas itu kami tidak mempunyai kesempatan sehinggalah hari ini mengetahui berita mengenai pemergiannya," ujar Datuk A Rahman Hassan dipetik sebagai berkata.

Dengan pemergian Allahyarham, dunia seni negara kehilangan seorang lagi artis veteran yang berbakat besar. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... Amin!


Klik untuk imej besar...









.