Adsense

Isnin, 1 Ogos 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


The Playboy Club : Kisah Gadis Playboy Terima Bantahan.

Posted: 01 Aug 2011 06:34 PM PDT

The Playboy Club, sebuah drama berunsurkan provokatif yang bakal ditayangkan di saluran NBC telah menimbulkan kegusaran di kalangan penonton kerana ia disyaki mengandungi kandungan seks yang keterlaluan sedangkan episod pertama masih belum lagi ke udara di televisyen.

Saluran NBC telah menerima sepucuk surat daripada The Parents Television Council atas dakwaan mendedahkan kehidupan lucah rakyat Amerika melalui drama bersiri ini. Malah, sebuah rakan niaga NBC, KSL telah menolak untuk menyiarkan drama tersebut kerana ia tidak sesuai dengan polisi syarikat untuk "tidak menyiarkan material atau program yang berunsurkan provokatif seks."

Drama bersiri ini akan mendedahkan kisah kehidupan Bunnies (gelaran gadis Playboy) pada tahun 1960 di bandar Chicago yang dilakonkan oleh Eddie Cibrian, Amber Heard dan David Krumholtz. Episod pertama akan keudara Isnin depan sempena musim luruh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Oprah Winfrey Disaman Kerana Slogan Motivasi!

Posted: 01 Aug 2011 05:55 PM PDT

Percaya atau tidak, rakyat Amerika memang terkenal dengan kes-kes tuntutan atau saman yang tidak masuk akal. Simone Kelly-Brown, pemilik Own Your Power Communications Inc (OYP) telah mengemukakan saman terhadap Oprah Winfrey kerana menggunakan perkataan Own Your Life (OWL) sebagai slogan motivasi.

Isunya, Simone Kelly-Brown mendakwa Oprah Winfrey menyebarkan motivasi yang berkait rapat dengan trademark syarikatnya, sekaligus melanggar undang-undang berkaitan trademark. Tuntutan Simone Kelly-Brown ada menyebut, "kerana tertuduh (Winfrey dan Harpo) mempunyai syarikat yang besar, lebih banyak wang, mempunyai liputan meluas, dan mempunyai pengaruh untuk menarik pelanggan daripada syarikat kecil, juga merupakan salah seorang wanita paling berpengaruh dalam dunia…(OYP) secara tidak langsung telah terjejas."

Walau bagaimanapun, jurucakap Oprah Winfrey menyatakan mereka masih belum menerima sebarang dokumen berkaitan dan enggan memberikan sebarang komen terhadap tuduhan tersebut.

Oprah Winfrey Network (OWN), sebelum ini mengumumkan untuk pakejkan semula material selama 25 tahun sepanjang pembabitannya dalam Oprah Winfrey Show, yang dijadualkan berakhir sekitar May, untuk sebuah program baru berjudul Own Your Life.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.