Adsense

Isnin, 1 Ogos 2011

Zon Artis

Zon Artis


Elia Tidak Tahu Khairul Fahmi Mahu Putus Tunang, Tetap Mengatakan Wujud Orang Ketiga

Posted: 01 Aug 2011 02:15 PM PDT

Pada post ini, kami ada kongsikan kenyataan daripada Khairul Fahmi yang menyatakan dia telah memutuskan ikatan pertunangan'nya dengan Elia. Namun, keluar pula kenyataan balas daripada Elia mengatakan yang dia langsung tidak tahu Khairul Fahmi mahu memutuskan pertunangan mereka. Oh! Pening kepala kami dibuatnya.

GAMBAR PERTUNANGAN KHAIRUL FAHMI CHE MAT DAN ELIA

Ini kenyataan daripada Elia yang kami petik dari Harian Metro:-

Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam). Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut

Elia juga berkata yang pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya

Kalau sebelum ini Khairul Fahmi menafikan wujud orang ketiga, namun Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk 'menyelamatkan' dirinya dan Elia mempunyai banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.

Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.

Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi

Mengenai status Facebook yang pernah ditulis oleh Elia berhubung tindakan Khairul Fahmi yang meninggikan suara terhadap ibunya, ini kata Elia:-

Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.