Adsense

Ahad, 5 Jun 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Gambar Siti Saleha yang cantik Dan Seksi....

Posted: 04 Jun 2011 11:32 AM PDT



Kenal Siti Saleha ni ker.? Ala pelako untuk drama Nora Elana tue ha, kat TV3 selalunya petang main. Pelakon baru ni merupakan adik kepada Sam Bunkface, umurnya sahaja baru masuk 19 tahun. Orangnya kelihatan cantik dan ayu, kalau dah ada kekasih baguslah, kalau belum, nanti ramai lah kaki miang tue kuar. Hehe. Kiranya ramai dah selebriti baru muda-muda yang dilahirkan buat masa ni. Baguslah, ada juga pelapis kan, biasala, nanti ada juga yang bosan kalau itu-itu je yang berlakon. :)
 -gambar Maestro Photography


lagi.....


Dewi Persik jalani pembedahan selaput dara selepas bercerai

Posted: 04 Jun 2011 11:27 AM PDT




JAKARTA: Dia sudah tiga kali berkahwin dan bercerai. Tetapi penyanyi dangdut, Dewi Perssik kini kembali perawan.

Penyanyi lagu 'Goyang Gergaji' itu mengaku menjalani pembedahan selaput dara dan ia dilakukan selepas menjalani ibadah umrah tidak lama dulu.
Dewi atau lebih dikenali dengan panggilan Depe dan nama sebenarnya Dewi Murya Agung dikatakan menjalani pembedahan itu di sebuah klinik di Mesir.

"Saya memang merancang untuk menjalani pembedahan selaput dara. Saya sudah pun menjalaninya. "Walaupun saya berstatus janda tetapi secara fizikalnya, saya perawan," kata Depe seperti dilapor oleh Warta Kora, semalam.

Menurutnya, dia melakukan pembedahan itu kerana mahukan keperawanannya kembali dan juga ingin memberi nikmat yang lebih kepada bakal suaminya kelak.

"Saya akan tetap perawan apabila berkahwin dengan suami baru nanti," katanya.

Menurut Depe, dia masih merasakan sakit pada sekitar perut dan pangkal paha selepas menjalani pembedahan itu.

Namun, ia tidak menghalangnya untuk membuat persembahan di atas pentas. "Yang penting, saya sudah peroleh apa yang diinginkan.

"Pembedahan dilakukan selepas menunaikan umrah bersama keluarga. Saya ingin sangat untuk mendapatkannya dan mencari maklumat mengenai klinik yang menjalankannya dan ternyata berkesan," katanya. - Agensi

Juliana Evans nafi ada adik!

Posted: 04 Jun 2011 11:23 AM PDT




Ada lah terbaca baru-baru ni dalam Twitter milik Juliana Evans. Dikhabarkan ada orang bertanyakan kepada Juliana yang adakah Adinda Evans tue adik kepada Juliana. Tapi Juliana sekeras-kerasnya menafikan dia ada adik yang bernama Adinda. Bila di siasat rupanya empunya nama Adinda Evans ni adalah Nadia Elliza yang mempunyai blog sendiri bernama Adinda Evans 
http://milanomonstaa.blogspot.com/. Jadi sekarang ni, Adinda Evans tiada kena mengena dengan Juliana Evans k. Peace!



Gambar kekasih Tauke RL??

Posted: 04 Jun 2011 11:14 AM PDT




Admin tak tahu lah kalau wanita yang bergambar dengan Tauke RL ni adalah kekasihnya. Dulu pernah juga ada gambar Tauke dengan kekasihnya setahun yang lalu yang namanya
 Ieda Siska. Tapi lihat balik gambar tue macam dia pula juga kat gambar di bawah ni, namun masalahnya, sizenya dah berbeza. Hehe. Apa-apa jerk la, asalkan Tauke berbahagia dengan kekasihnya. Oh ya, jangan lupa aksi Jambu malam ini ok. :) -gambar MyGossip





(Gambar) Perkahwinan Ahmad Fedtri Dan Nur Anati

Posted: 04 Jun 2011 11:09 AM PDT




Pengacara TV swasta, Ahmad Fedtri Yahya, 30 dan pasangannya Nur Anati Ismail, 26 selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz baru-baru ini. Majlis pernikahan itu berlangsung di Masjid To' Uban, Pasir Mas, Kelantan. Tak pasti pula admin apa tema perkahwinan Fedtri dan Nur nie namun yang pasti gaun dan pelamin amat cantik sekali. Tahniah lah kepada kedua-duanya, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
 -gambar OdisiStudio


(Gambar) Pernikahan Salih Yaacob Dan Emi

Posted: 04 Jun 2011 11:03 AM PDT

gambar pernikahan salih yaakob


Akhirnya selamat juga Salih Yaacob bernikah dengan isterinya yang ke-4, Emi baru-baru ini di dalam sebuah masjid. Melihat daripada pengantin, mereka berdua kelihatan secocok. Walaupun ramai yang sepertinya tidak menyukai cara Salih berbini, namun itu semua jodoh yang ditentukan Allah. Kita berdoa sahaja agar mereka berkekalan kelak. Apa-apa pun tahniah kepada Salih dan Emi. Selamat pengantin baru.


gambar persandingan salih yaakob
gambar pernikahan salih yaakob
gambar pernikahan salih yaakob
gambar pernikahan salih yaakob
gambar pernikahan salih yaakob

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


‘Poyo’ makanan Syamsul

Posted:

'Poyo' makanan Syamsul

'Poyo' makanan Syamsul



DALAM hela nafas seorang anak muda yang pada pandangan pertama terlihat penuh ego, ada kegusaran bersarang di hatinya. Mohd Syamsul Datuk Yusuf Haslam, 27, tidak berbohong dengan perasaannya itu.

Dia sedar bahawa khalayak sedang melihat hasil kerjanya. Malah, rentetan kejayaan filem-filem terdahulu seakan-akan mencabar dirinya untuk bertahan lebih lama dalam liganya.

Syamsul dinobat sebagai Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 melalui filem Evolusi KL Drift 2. Insiden air mata Syamsul tidak mungkin dilupakan penonton.

Dia menangis sewaktu diumumkan pemenang anugerah berprestij itu walaupun kemenangannya kemudian dipertikaikan.

Dia juga mencapai angka kutipan RM8 juta untuk filem Khurafat arahannya. Portfolio yang dibina itu perlu dibatasi diri sendiri dan bukan orang lain, fikir Syamsul.

"Jujurnya saya berasa takut untuk tayangan KL Gangster pada 9 Jun ini. Filem itu menjual lelaki sahaja. Tidak ada heroin.

"Terdetik juga, adakah peminat filem wanita akan pergi menonton kerana semua pelakonnya lelaki dan didasari cerita tentang gengster?" jujur dia bersuara di hadapan salah seorang aktor filem itu, Adiputra.

Takut gengster

Sebuah filem tanpa heroin dan tanpa suntikan cerita cinta, itu taruhan terbaru Syamsul.

Dalam benaknya kini semua terpulang kepada selera penonton yang kadangkala tidak boleh dijangka. Apa yang dilakukannya ialah membariskan aktor-aktor mantap untuk tujuan itu.

Adiputra, Soffi Jikan, Zizan Raja Lawak dan Aaron Aziz bakal 'dijual' untuk naskhah KL Gangster. Untuk dirinya sendiri, Syamsul mengakui kematangan dan kebolehannya mengarah sedang digilap.

"KL Gangster mempunyai suntikan identiti dan budaya masyarakat kita sendiri. Jadi, ia lebih dekat dengan jiwa penonton.

"Saya merujuk kepada filem Young and Dangerous dan The Godfather, tetapi saya mahu filem aksi negara kita sendiri," ujarnya yang mahu mencipta karakter Chan Ho Nam dan Chicken versi Malaysia.

Peminat pengarah tersohor Michael Bay dan M. Night Shayamalan ini berkata dia mengikut selera pasaran dalam membikin sesebuah filem.

Dalam masa yang sama, dia turut akur dengan kebolehan dirinya yang tidak cenderung membuat sesuatu atas nama seni sebaliknya mengikut perkiraan komersial.

Malah, ujarnya, faktor angka atau kutipan adalah sesuatu yang menjadi rujukannya.

"Dalam pemerhatian saya, filem komersial lebih menjadi pilihan penonton berbanding filem seni," ujarnya yang tidak pandai menyebut nama-nama sutradara berpaksikan seni seperti yang dijadikan rujukan oleh Pierre Andre.

Maka itu, Syamsul lahir dengan filem yang berada dalam skala komersial seperti Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi Kl Drift, Evolusi KL Drift 2 dan Khurafat: Perjanjian Syaitan.


MAMAT 'poyo', itu antara gelaran yang diberikan kepada Syamsul selain 'pelakon kayu'. Namun kata Syamsul, adalah tidak adil dirinya dihakmi sebelum sempat dikenali.


Poyo

Entah kenapa, Syamsul merasakan sesi interbiu dengan Sensasi Bintang kali ini lebih bersifat kaunseling.

Saya bertanyakan lelaki ini tentang dirinya yang digelar poyo oleh sesetengah orang - slanga anak muda untuk seseorang yang suka tunjuk bagus. Maklumlah, dia sutradara yang masih muda tetapi sudah merangkul anugerah.

"Gelaran poyo itu sudah jadi makanan saya sejak di bangku sekolah lagi. Tetapi itulah karakter saya walaupun saya sedar ada yang tidak suka.

"Namun, tanggapan orang memang bermacam-macam," jawabnya.

"Saya rasa ia sudah sedia ada dalam genetik saya. Ayah dan adik perempuan saya juga mempunyai karakter dan wajah yang serius.

"Sama seperti saya, mereka juga kadangkala dianggap poyo.

"Malah, ada kenalan yang telah lama mengenali saya menyatakan tanggapan pertama mereka tentang saya adalah saya seorang yang poyo.

"Bagaimanapun, setelah lama berkawan, saya sebenarnya tidak seperti yang mereka sangkakan," katanya ketawa.

Syamsul turut merasakan adalah tidak adil dia dihakimi sebelum dirapati.

Membuka lagi selapis selaput dirinya, Syamsul bercerita perihal wanita pula. Topik itu semestinya ada dalam nafas setiap lelaki.

Anak lelaki Yusuf Haslam ini mendakwa dia sukar untuk rapat dengan wanita bahkan tidak memiliki ramai kawan daripada kaum hawa itu.

"Pengalaman banyak mengajar saya tentang cinta dan wanita," ujarnya.

Syamsul berkata dia juga seringkali disalah anggap antara bersahabat dan bercinta apabila rapat dengan seseorang gadis.

Ujarnya, jika dia mula merapati seseorang, akan ada yang menyangka dia sudah jatuh cinta dengan si gadis itu.

"Saya pernah rapat dengan Liyana Jasmay sewaktu filem Khurafat. Tapi itu cerita lama. Tidak benar kalau kami bercinta.

"Saya cuba mengenalinya dengan lebih dekat tapi nampaknya tidak sesuai. Jadi eloklah kami kekal sebagai teman," ujarnya.

Buat masa ini, Syamsul sekadar mengatakan dia sedang mengenali seseorang yang bukan berada dalam industri yang sama.

Pecah panggung

Gadis itu wanita biasa yang ingin diselami hatinya oleh Syamsul.

Selain bergelora dengan persoalan cinta, jelas Syamsul, dia sedang cuba memewahkan dirinya dengan impian.

Selepas bertungkus-lumus mengangkat semua hasil kerjanya, impiannya kini cuma satu tetapi besar ertinya.

Dia mahu menghasilkan 10 buah filem pecah panggung yang sekarang sudah jelas berikutan kejayaan empat buah filem arahannya terdahulu.

"Saya inginkan kejayaan luar biasa daripada seorang insan biasa," kata Syamsul bersulam doa.

Selepas KL Gangster, Syamsul akan keluar dengan Aku Bukan Tomboi dan Bohsia 2: Jalan Kembali untuk tatapan penonton.

Akhir sekali, penulis menembak reaksi Syamsul untuk melihat kebal atau tidak dinding amarahnya.

Dia mungkin dipuji sebagai pengarah muda yang bagus tetapi bukan sebagai pelakon yang berwibawa.

Ramai yang masih menyatakan dia kaku membawakan karakter apa pun. Syamsul terdiam.

"Saya tahu orang kata saya kayu. Saya berfikiran terbuka dan mampu membezakan komen yang jujur atau berniat menjatuhkan saya.

"Saya akui saya perlu belajar. Tetapi setiap pelakon ada kelemahan dan kelebihan. Saya juga ada peminat sendiri.

"Kalau teruk sangat lakonan saya, Khurafat tidak akan dapat kutipan yang memberangsangkan sebegitu," tuturnya kepada kritikan yang datang.

Malah, Syamsul menolak khabar yang mengatakan dia hanya mampu berlakon di bawah produksi yang sama kerana tidak pernah mendapat tawaran daripada produksi lain.

Sama ada kayu atau tidak, poyo atau bukan, Syamsul menegaskan dia kini berdiri dengan penuh kematangan. Mungkin masa sahaja yang dapat menentukan kebenaran pelbagai tanggapan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Shahz tak rasa bersalah

Posted:

Shahz tak rasa bersalah

Shahz tak rasa bersalah


AKTOR ShahzJaszle menerima pelawaan Gambit untuk berlakon dalam klip Prema kerana faktor persahabatan dan peluang. Ujar Shahz, mungkin kerana kemunculannya, masyarakat jadi kecoh dengan aksi-aksi dalam klip video tersebut.


MINGGU ini nama Prema Yin, Shahz Jaszle dan Gambit Saifullah meniti di bibir para peminat seni tempatan. Ia gara-gara klip video lagu Marilah nyanyian Prema.

Aksi kurang enak dan separuh porno yang ditonjolkan dalam klip video itu memang tidak difahami motifnya.

Hendak dikatakan ada sentuhan seni, jauhlah sekali. Yang jelas ia seperti sebuah karya tangkap muat atau mungkin strategi pemasaran murahan.

Gambit Saifullah selaku pengarah drama ini berkata, klip video itu dibuat untuk pasaran antarabangsa dan bukan tempatan.

Namun, klip video itu sudah dimuat naik ke laman Youtube dan boleh ditonton oleh khalayak Malaysia. Dalam masa beberapa hari diletakkan di laman tersebut, klip Marilah telah ditonton sebanyak lebih 100,000 kali.

Sensasi Bintang bertanyakan pembawa karakter 'suami' dalam klip video tersebut, Shahz. Kata lelaki itu, dia melakonkan watak suami kepada Prema dan rumah tangga mereka sedang bergolak.

Bagaimanapun, khalayak tidak dapat menerima keintiman suami isteri seperti itu dipertontonkan dalam sebuah klip video.

Kenapa anda sanggup terima tawaran berlakon dalam klip video tersebut?

Pertama kerana saya mengenali Gambit. Saya membantunya dengan menerima tawaran tersebut. Sebab kedua kerana Gambit memberitahu saya bahawa klip ini adalah untuk tujuan pasaran antarabangsa.

Saya beritahu dia, kalau pasaran kita memang tidak lepas klip sebegini. Saya rasa ini peluang yang baik untuk saya muncul di pasaran antarabangsa.

Pendapat anda sendiri tentang klip video tersebut?

Sejujurnya saya belum melihat hasil akhir klip video tersebut. Tetapi saya rasa okey. Bab kualiti saya tidak mahu komen panjang. Tapi Gambit telah melakukan yang terbaik sebagai pengarah.

Saya cuma melakonkan watak yang dimahukan oleh Gambit. Dia mahu A, saya bagi A dengan komitmen seratus peratus.

Anda tidak terfikir tentang sensitiviti masyarakat kita?

Bagi saya, orang Malaysia memang susah terima perkara sebegini walaupun sebenarnya adegan begitu juga ada dalam filem mahupun drama lain.

Saya cuma menjalankan kerja saya dan bukan pandai-pandai saya. Saya ikut jalan cerita yang dimahukan sebagai seorang suami.

Tidakkah rasa dimurahkan dengan hasil kerja tersebut?

Tidak. Jalan ceritanya okey, mungkin kekurangan dari sudut seni, efek juga kurang.

Tidak rasa berlebihan?

Saya tidak rasa berlebihan.

Sejauh mana anda mengenali Gambit?

Saya sudah kenal dia beberapa tahun lepas. Kami malah main futsal sama-sama.

Bagaimana bekerja dengan Prema dalam adegan sebegitu?

Klip video ini baru sahaja dibuat bulan lepas. Saya pertama kali mengenali Prema sewaktu penggambaran klip video ini. Dia naif dan baik. Tidak daring seperti dalam klip video tersebut.

Anda tahu klip video ini dikutuk hebat oleh masyarakat?

Inilah mentaliti orang Malaysia. Saya memang dengar dan baca banyak kutukan orang. Tapi saya ingin bertanya kepada yang mengutuk itu, adakah mereka berani dan bersedia untuk membuat sesuatu seperti klip video tersebut?

Saya tidak kisah kalau diberi nasihat tetapi ada juga carutan yang ditulis di laman blog dan web. Pada saya, kalau mereka mencarut, di mana akhlak baik mereka sebenarnya. Akhlak mereka juga tidak betul, mahu betulkan orang lain.

Gambit melakukan tugasan dia sebagai sutradara dan kenapa orang lain yang sibuk-sibuk?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Yana takut benda laju

Posted:

Yana takut benda laju

Yana takut benda laju



NORLIANA SAMSUDIN atau mesra disapa Yana boleh dikatakan insan bertuah. Dia pernah menjadi penyanyi dan tidak pernah kering dengan tawaran berlakon drama atau filem.

Paling diingati, dia melakar nama sebagai pengarah filem wanita termuda di Malaysia menerusi filem komedi romantik Selamat Pagi Cinta.

Bagi pelakon kelahiran Kluang, Johor itu, peluang lakonan yang banyak diterimanya kini akan direbut sebaik mungkin. Dia mahu menimba pengalaman sebelum meneruskan minatnya dalam kerja-kerja di belakang tabir.

"Sekarang fokus saya kepada bidang lakonan. Jika ada ruang nanti, saya akan terlibat dengan kerja-kerja di belakang tabir dan kembali mengarah," kata graduan Seni Layar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Dalam perkembangan terbaru, Yana baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Adnan Sempit 2, menyiapkan filem Aku Ada Kau Ada dan terlibat dengan penggambaran filem 8 Jam arahan Ahmad Idham.

POLIS WANITA

Saya memang 'tabik' kepada polis wanita kerana bukan mudah untuk menjaga keamanan negara. Selalunya pasukan beruniform dikaitkan dengan lelaki, tetapi sebenarnya wanita juga adalah tulang belakang Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saya melakonkan watak seorang anggota polis dalam filem Kongsi. Ia tidak mudah kerana saya terikat dengan protokol sebagai anggota pasukan keselamatan itu.

PENGARAH

Diberikan peluang untuk menjadi pengarah filem Selamat Pagi Cinta adalah pengalaman paling berharga bagi saya. Ia satu-satunya filem arahan saya setakat ini. Saya ketika itu berumur 23 tahun dan merupakan pengarah wanita termuda di negara ini.

Saya amat mengagumi pengarah Jodie Foster kerana wanita itu sering mengarahkan filem berkaitan kewanitaan. Saya juga mengagumi gaya pengarahan Tim Burton.

KASUT

Saya obses dengan kasut. Saya boleh ketepikan beg tangan mahupun alat mekap semata-mata untuk kasut.

Saya akan membeli sehingga tiga pasang kasut sekali gus jika saya benar-benar sukakan rekaannya, tidak kira sama ada ia berjenama ataupun tidak. Bilangan kasut dalam koleksi saya memang tidak terkira dan masih ada yang belum dipakai lagi.

FOBIA

Saya tidak takutkan ketinggian tetapi saya takut pada kelajuan. Baru-baru ini, saya dipaksa oleh kawan-kawan untuk menaiki roller coaster di Genting Highlands. Kaki saya menggigil dan tidak boleh berjalan selepas turun daripada roller coaster itu.

Saya juga geli dengan ulat gonggok ataupun serangga yang berkaki banyak dan berjalan perlahan. Selain itu, saya juga tidak suka pada binatang yang tidak berbulu seperti cicak dan cacing.

CELOTEH

Kalau bab berceloteh memang saya suka. Saya mudah mesra dan boleh berborak dengan sesiapa sahaja. Saya pernah berborak mesra dengan mak cik tukang sapu walaupun baru pertama kali berjumpa. Dalam kalangan selebriti saya amat meminati Fara Fauzana kerana celotehnya yang bersahaja. Saya sentiasa mendengar dia bercakap tidak henti-henti di radio Hot FM.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sabtu, 4 Jun 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Barisan Pelakon ATTACK THE BLOCK

Posted: 04 Jun 2011 09:04 AM PDT

BARISAN PELAKON

ATTACK THE BLOCK bermula dengan babak di mana Jodie Whittaker yang membawakan watak seorang jururawat bernama Sam, sedang berjalan pulang sejurus keluar dari stesen keretapi bawah tanah setelah tamat shif yang meletihkan di mana dia telah disamun oleh sekumpulan remaja yang yang memakai hud. Kejadian tersebut terganggu seketika berikutan sebiji tahi bintang telah jatuh menimpa sebuah kereta berhampiran. Ia memberi peluang Sam meloloskan diri meskipun dalam masa yang sama dia masih lagi tidak percaya dengan kejadian-kejadian yang berlaku.

Kebanyakan filem akan menumpukan kepada Sam untuk adegan seterusnya namun tidak bagi ATTACK THE BLOCK. Ia terus memfokuskan kepada remaja-remaja tadi – Moses, Pest, Dennis, Jerome dan Biggz – di mana mereka bertembung dengan makhluk asing bersaiz kecil namun agak ganas yang muncul dari bangkai kereta yang ranap tadi.

Selaku pengarah yang pertama kali mengarahkan filem, Cornish menyedari risiko yang bakal diterimanya dengan mengambil lima orang pelakon yang turut sama kurang berpengalaman selaku watak utama – namun ia satu cabaran yang perlu digalasnya, menghadiri bengkel-bengkel lakonan dan kelab-kelab hiburan remaja yang pernah dikunjunginya bersama Pengarah Pencarian Bakat, Nina Gold dan Lucy Pardee. Dan hasilnya, seorang demi seorang berjaya ditemui dan lengkaplah satu kumpulan wira yang diinginkan.

Moses Kumpulan ini diketuai oleh Moses, seorang yang gagah namun pendiam, seorang remaja yang berada dalam dilemma antara menjadi seorang yang baik sepertimana keluarganya yang lain dan peluang untuk melarikan diri daripada kesukaran hidup dengan bekerja di bawah seorang raja dadah, Hi-Hatz (Jumayn Hunter). Meneruskan tema serupa sepertimana filem-filem John Carpenter, Cornish melihat Moses menyerupai salah satu watak wira yang menjadi ikon pengarah tersebut. "Bagi saya, Moses memiliki persamaan dengan Snake Plissken," ujar Cornish, merujuk kepada watak wira bermata satu dari filem Escape From New York lakonan Kurt Russell. "Dia tidak menggunakan pelindung mata, namun dia memiliki tiga parut di pipinya di samping dua gegelang gari di tangan akibat ditangkap, yang kemudian mereka telah memotongnya. Dia juga memakai jaket kombat yang memberikannya imej seorang pemberontak. Saya juga pernah membayangkan sekiranya watak-watak yang saya tonjolkan ini digambarkan dalam bentuk figura aksi kecil – saya membayangkan apa agaknya yang akan dilakukan oleh Kenner kepada barisan pelakon saya!"

Apa yang pasti, watak ini akhirnya jatuh ke tangan John Boyega, seorang aktor muda yang memiliki pelbagai pengalaman berkecimpung dalam seni lakon pentas untuk beberapa produksi. "Apabila mereka memberikan saya sinopsis penuh filem ini, apa yang boleh saya katakan adalah, 'Aku akan muncul dalam filem ini. Tak kira. Aku pasti akan muncul dalam filem ini!'" ujar Boyega disertai gelak ketawa. "Moses seorang yang pendiam dan berani. Dia seorang budak yang baik namun terjerat dalam situasi yang tidak sepatutnya dan kita tidak boleh menyalahkannya kerana dia tiada pilihan lain. Dia berdiam diri kerana dia tidak mahu mendedahkan terlalubanyak tentang dirinya. Dia tidakmahu orang sekeliling bertanya itu dan ini, lebih-lebih lagi apabila sukar bagi dirinya untuk mempercayai sesiapa."
Pest Seseorang dengan tutur kata yang berbisa dan telah berjaya mencuri perhatian Sam, dan sentiasa memiliki bekalan mercun dan bunga api untuk kegunaannya. Sememangnya, tingkah lakunya menggambarkan namanya sendiri, seorang 'pengacau'. Jadi, adalah amat penting bagi Cornish untuk mendapatkan pelakon yang tepat dan tidak melangkaui jangkaannya. "Apa yang penting bagi watak Pest adalah, dia seorang yang disenangi, penyayang meskipun menjengkelkan, kerana dia merupakan watak yang mempunyai paling banyak dialog dalam filem ini", ujar Cornish.

Maka, muncullah Alex Esmail, seorang pelakon baru yang mana pengalaman lakonannya hanyalah menerusi penyertaan dalam pementasan sekolah. Dari situ dia telah dipilih sendiri oleh ejen pencari bakat untuk filem ini dan telah melalui pelbagai uji bakat sebelum watak tersebut menjadi miliknya. "Pest merupakan si dungu yang kerjanya hanyalah menghisap ganja dan obses dengan mercun dan bunga api," jelas Esmail. "Dia gemar membuat kerja gila – contohnya, bila anda sedang duduk santai dalam sebuah bilik dan tiba-tiba satu letupan berlaku lantas semua orang akan berpaling dan memandang terus ke arah Pest yang sedang duduk diam sambil tersengih."

Dennis Selaku orang kanan Moses, Dennis sememangnya seorang yang tenang namun kemahirannya menghayun pedang samurai jelas amat berguna lebih-lebih lagi apabila bersemuka dengan makhluk asing yang berusaha menghapuskan mereka. "Dia seorang yang angkuh, namun jenis yang kacak dengan gaya ala-ala Han Solo," terang Cornish, "dan kami menemuinya tanpa perlu berususah payah. Rasanya, kami memang bertuah."

Aktor tersebut adalah Franz Drameh, yang pernah membintangi filem arahan Clint Eastwood berjudul Hereafter sebelum ini (di mana ia berkongsi lokasi dengan ATTACK THE BLOCK). Namun, Dennis menjadi watak yang sememangnya ingin dibawakan oleh pelakon ini. "Dia menjadi si panas baran dalam kumpulannya. Dia begitu menggilai basikal, motosikal, moped dan BMX," jelasnya lagi. "Dia yang paling kasar di kalangan mereka. Bila saya membaca skripnya, saya sangat gembira apabila kumpulan ini dipaparkan sedemikian rupa. Di sepanjang durasi berlangsungnya filem ini, penonton akan dapat melihat bagaimana kumpulan sebegini bukan hanya sekadar merompak dan menyamun, sebaliknya mereka juga punyai keberanian sama seperti manusia normal lain."

Jerome Dengan kaca mata NHS besarnya dan seragam sekolah yang tersembul keluar dari pakaian jalanannya, Jeroma boleh dianggap ahli paling pelik dalam kumpulan mereka; seorang remaja bijak yang suka mengikut teman-temannya ke mana-mana. "Dia budak yang baik sebenarnya," jelas Cornish. "Dia juga berkemungkinan orang yang paling penakut dan pastinya tidak sesuai menyamun sepertimana yang dipaparkan di awal filem. Dia seorang yang bertimbang rasa. Leoon memiliki personaliti yang kami cari kerana dia memiliki kebijaksanaan dan kelembutan yang menjadi kontras kepada rakan-rakan lain dalam kumpulannya."

Leeon dalam filem ini merupakan seorang pendatang baru dalam dunia perfileman iaitu, Leeon Jones, yang mengakui memiliki persepsi serupa tentang filem ini sepertimana apa yang difikirkan oleh pengarahnya. "Tidak pernah ada filem yang sebegini, kerana seringkali kita dihidangkan tentang kisah makhluk asing dan setiap kali itu juga kita membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya ia benar-benar berlaku kepada kawasan kediaman tempat kita tinggal," ujarnya, "dan menurut saya, inilah yang pastinya akan berlaku begitu juga dengan senjata-senjata yang akan kita gunakan malah segala-galanya nampak realistik, dan menggambarkan dengan tepat tindakan yang akan kita ambil sekiranya ia benar-benar berlaku. Kumpulan samseng ini dilakonkan dengan realistik – di mana watak seperti Moses pastinya akan menjadi pemimpin, pasti ada seorang ahli kumpulan yang panas baran, seorang yang gemar bertarung, dan pastinya ada seorang yang mahu dianggap lebih matang dari usia sebenarnya. Tidak cukup dengan itu, pastinya akan ada seorang ahli kumpulan yang gemar berkhayal. Inilah yang menjadikan kumpulan ini bagaikan satu keluarga; di mana kami saling menjaga antara satu sama lain."

Biggz
Anggota terakhir adalah Biggz, salah seorang anggota termuda di mana di sepanjang filem ini, dia jelas kelihatan tidak keruan. "Pelakon yang kami pilih, Simon Howard sebenarnya seorang yang agak bergaya di mana ketika sesi uji bakat, dia hadir dengan pakaian yang cukup hebat," ujar Cornish mengimbas kembali. "Kami biarkan dia memilih sendiri kostumnya dan akhirnya, dia muncul semula kelihatan seperti Inspector Gadget versi kecil". Bagi Simon Howard, lakonan merupakan satu pengalaman baru buat dirinya. "Biggz merupakan pelakon paling muda di kalangan mereka semua jadi semua orang menjaga dan memberi perhatian kepadanya. Saya rasa dia sebenarnya agak gementar, namun dia tidak menunjukkannya kerana dia mahu dilihat sebagai seorang dewasa di hadapan semua orang," katanya lagi. "Skrip ini dihantar ke rumah saya pada malam Krismas. Ia hadiah Krismas yang hebat! Ketika itu saya terfikir, filem ini pastinya akan jadi sesuatu yang hebat kerana sebelum ini, saya pernah membayangkan filem yang memaparkan pertempuran antara kumpulan remaja nakal menentang hantu, atau menentang makhluk asing. Akhirnya filem sebegitu direalisasikan!"

Menyedari betapa tekanan pastinya menghantui para pelakonnya yang masih muda, Cornish dengan berhati-hati dan secara perlahan-lahan membiasakan mereka dengan dunia baru perfileman yang mencabar. "Saya rasa, bahagian paling sukar adalah menyuruh mereka mempelajari, memahami dan menghafal skrip," jelas Nira Park. "Bertindak bijak dalam kumpulan improvisasi sememangnya satu perkara yang bagus, namun mempelajari dan menyampaikan dialog mengikut skrip tanpa hilang sentuhan semulajadi dalam persembahan masing-masinglah yang sebenarnya membuatkan kami teruja melihat mereka sebagai penghibur, jelas ia satu cabaran yang lebih sukar. Namun begitu, Joe banyak melakukan latihan bersama mereka dan ini membuatkan mereka menjadi rapat sebagai satu kumpulan. Seolah-olah semuanya boleh dikongsi bersama Joe. Jelas, mereka begitu selesa dan mempercayainya dan mereka pastinya mahu melakukan yang terbaik demi Joe. Menurut Cornish, kumpulan remaja ini tidak pernah menghampakannya. "Seronok apabila datang ke set setiap hari dan melihat sekumpulan remaja yang begitu bersungguh-sungguh dan naïf sama macam saya," katanya sambil ketawa. "Mereka tidak pernah merungut, sebaliknya mereka benar-benar sukakannya. Di hujung pengambaran, saya katakan pada mereka, 'bayangkan ini hari pertama pengambaran – sanggupkah kamu melaluinya sekali lagi?' Kemudian mereka memandang saya dan sebulat suara berkata, 'ya!'"

Cornish membenarkan pelakon-pelakon ini menyuntik keaslian dalam watak yang dibawakan mereka masing-masing, lebih-lebih lagi imej mereka selaku kumpulan samseng. "Ia sangat penting sebenarnya," akuinya. "Terdapat banyak kod dan maksud-maksud tertentu dalam cara berpakaian generasi muda. Contohnya, "Saya tak boleh memakai bandana berwarna ungu! Saya dari Selatan London!" Terdapat garis panduan tertentu yang mereka ikuti. Mereka memilih kasut mereka sendiri, bandana dan pakaian dari pereka kegemaran mereka sendiri. Melalui filem ini juga, kami pelajari bagaimana bergunanya memakai dua pasang seluar panjang contohnya sepasang jeans dan kemudiannya disarung pula dengan seluar sukan apabila ditahan oleh polis kerana dengan mudah mereka dapat menyembunyikan 'barangan' tertentu. Kami juga mempelajari betapa pentingnya memakai pakaian gelap terutama sekali apabila kita dirompak dan juga bagaimana warna bandana membawa maksud kawasan atau markas kumpulan tertentu. Bagaimana kita perlu berjalan dengan angkuh, bilakah ianya perlu dan bila tidak perlu."

Skrip juga terpaksa diubah mengikut pelakon yang telah dipilih di mana beberapa draf terakhir sengaja dihasilkan bagi memberi gambaran karakter-karakter tertentu yang sedia ada dalam diri para pelakonnya. "Kami menjadikan mereka sumber penting," katanya. "Contohnya, mereka agak kasar dengan Sam kerana dia telah membuat aduan tentang mereka di balai polis. Asalnya saya mahukan agar kemesraan antara mereka terjalin lebih cepat dan antara perkara yang kami minta lakukan pada awalnya adalah cuba menjadikan babak-babak yang dilakonkan setepat mungkin."

Berpuas hati dengan kelima-lima pelakon utamanya, Cornish beralih pula kepada watak-watak penting lain dalam filem – jururawat pelatih bernama Sam, seorang remaja lelaki kaya bernama Brewis yang terperangkap dalam bangunan selepas singgah sebentar untuk membeli ganja, dan Ron, seorang pengedar dadah yang menjalankan 'urusniaganya' di blok sama. Ladang ganja yang turut berada dalam bangunan tersebut ternyata menjadi unsur penting dalam memerangi serangan makhluk asing yang berhasrat menakluk bumi.

Untuk watak Sam, Cornish beralih kepada aktres Jodie Whittaker, bintang filem St. Trinian's dan Venus. "Saya mencari seorang aktres yang mampu beraksi secara semulajadi dan tidak terlalu angkuh untuk bekerjasama dengan aktor-aktor yang kurang berpengalaman" jelas Cornish. "Jodie merupakan salah seorang daripada kalangan kumpulan aktres terakhir yang saya temui untuk watak tersebut. Menemuinya nyata satu kelegaan buat saya kerana sebelum itu, saya tidak menemui calon yang benar-benar sesuai dan ia membuatkan saya benar-benar risau. Mujurlah, dia cukup sempurna."

Setelah diuji bakat, Jodie menghadiri sesi ujibakat terakhir untuk mencari bakat-bakat yang melakonkan watak kumpulan samseng demi memastikan dia betul-betul serasi dengan pelakon-pelakon yang dipilih. "Ia satu sesi ujibakat yang berlainan berbanding yang pernah saya jalani sebelum ini… kesemua mereka sedang duduk dalam deretan barisan dan memahami dialog masing-masing, dan mereka kemudiannya duduk bersama-sama dalam satu kumpulan untuk sama-sama berbincang dan saya pula diminta menyertai mereka," terang Jodie yang benar-benar menghargai peluang tersebut kerana dapat merapatkan hubungan sesama mereka dan seterusnya melihat mereka berubah menjadi aktor-aktor yang hebat, "Kumpulan pelakon muda ini, mereka jelasnya sangat bijak…dan seronok melihatkan potensi mereka yang bakal menggantikan pelakon-pelakon sedia ada."

Berhijrah ke London dari Huddersfield beberapa tahun lalu, Jodie dengan mudah menyesuaikan diri dengan karakter Sam yang cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. "Sam baru saja pindah masuk ke blok ini dan ianya kelihatan jauh berbeza daripada tempat di mana dia dibesarkan sebelum ini… Ia satu situasi di mana, seseorang itu baru berpindah ke London, mencari tempat tinggal baru dan cuba menyesuaikan diri… Perasaan kekok yang dipamerkan jelas menunjukkan watak yang saya bawakan sememangnya bukan penduduk asal tempatan."

Pelakon yang sedang mencipta nama, Luke Treadaway dipilih membawakan watak Brewis, satu watak yang dicipta oleh Cornish bagi menggambarkan dirinya sendiri ketika remaja. Ketika berumur sekitar 20an, adakalanya saya gemar mengambil bahan terlarang untuk berkhayal. Saya juga seringkali berkunjung ke markas-markas pembekal dan pernah terfikir, apa-apa sahaja boleh berlaku ketika saya sedang berkhayal. Kumpulan samseng boleh membuat kacau atau polis boleh datang menyerbu bila-bila masa. Pernah satu ketika, saya melihat seorang pengedar dadah membungkus sebilah parang menggunakan tuala dan menyembunyikannya di atas sebuah almari gantung…"

Luke menggambarkan wataknya sebagai "budak universiti yang mengedar ganja untuk meraih wang dan menyangkakan dirinya hebat bermain papan selaju namun tidak memiliki satupun alat tersebut. Dia menyembunyikan dirinya yang sebenar supaya diterima ramai. Meskipun berpura-pura, dia seorang yang baik sebenarnya."

Bagi watak Ron, yang diadaptasikan dari pengedar ganja yang pernah dikenalinya satu ketika dulu, Cornish memilih teman lamanya, bintang filem Shaun of the Dead, Hot Fuzz dan Paul, Nick Frost. "Ron adalah seorang pengedar dadah yang menjalankan makmal dadahnya di salah sebuah flat usang yang ditinggalkan, di tingkat paling atas blok yang sama," jelas Cornish. "Seronok bila setiap kali Nick berada di set. Cukup mudah mengarahkannya… Dia bersama-sama dengan kami untuk beberapa minggu dan pelakon-pelakon muda ini benar-benar seronok bekerjasama dengannya. Bekerjasama dengan aktor yang mampu berjaya tanpa perlu latihan profesional benar-benar menginspirasikan mereka…"

Frost, yang menggambarkan Ron sebagai "watak Child Catcher dari Chitty Chitty Bang Bang, yang terlebih pengaruh ganja", seorang yang tidak gemar menonjolkan sumbangannya terhadap filem ini, dan juga kemajuan prestasi pelakon-pelakon baru ini. "Mereka tidak mendengar langsung nasihat saya!" katanya sambil berseloroh. "Jujur saya katakan, mereka langsung tidak gentar berlakon meskipun kali pertama.

Pertama kali saya berada di set filem, ketika itu saya membintangi filem Shaun of the Dead dan selama seminggu saya rasa tidak keruan, jadi dalam situasi mereka, Cuma dua kemungkinan iaitu sama ada mereka tidak memikirkan rasa takut atau ianya langsung tidak mengganggu tumpuan mereka. Walau macam mana sekalipun, mereka kelihatan hebat. Mereka sangat berhemah dan menghormati semua orang, mereka mendengar dan melakukan persembahan yang hebat."

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Peraduan Jom Menonton Filem Attack the Block
  • ATTACK THE BLOCK Singkap Rahsia Makhluk Asing
  • TV3 Kids Voice Out School Attack
  • Konsert Final Akademi Fantasia Tidak Patriotik?
  • TV3 Kids School Attack Jana Minda Cerdas Kanak-Kanak
  • Live Band NRG @ Planet Hollywood, Kuala Lumpur
  • I Survived Beyond And Back
  • Ax Men New Episodes
  • In Memory of The Highland Towers Disaster
  • Taking Of Pelham 123
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Lirik Lagu OST HANYA Nyanyian Aril AF7

    Posted: 04 Jun 2011 09:04 AM PDT

    Lirik Lagu OST Tolong! Awek Aku Pontianak HANYA nyanyian Aril AF7

    Oooo….
    Kasih aku ingin,
    Jadi bintang-bintang malam mu,
    Temani kamu
    Kasih aku ingin
    Jadi separuh dari nafas mu
    Dan jiwa mu

    Bridge
    Dan aku relakan, kasihku untuk mu
    Dan akus erahkan, hatiku untuk mu

    Chorus
    Hanya ingin ada, dihatimu selalu
    Hanya ingin aku, cinta mu yang Satu
    Hanya ingin ada, disamping mu selalu,
    Hanya ingin jadi, terbaik buat mu

    Pencipta dan Penulis Lirik : Nurzaidi Abdul Rahman

    Tags: , , , , ,

    Tags: , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Arill Idola Kecil Tampil Single Duh Aduh
  • Gambar Aril dan Qhaud Berpelukan
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert ke-6 Akademi Fantasia Tema Live Band!
  • Lirik Lagu HERO WAYANG Nyanyian Siti Sairah
  • Coretan Jurnal Aril Akademi Fantasia 7 Tersebar Melalui Email
  • Keputusan Muzik-Muzik Separuh Akhir Kategori Irama Etnik Kreatif
  • Gambar Aril Adik Izwan Pilus Calon Pelajar AF7
  • Malam Kemuncak GAH 1 di Sunway Lagoon 30 Mei Ini
  • Aril Tersingkir dari Akademi Fantasia
  • Gambar Aril Cium Qhaud Cetus Kontroversi
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Gambit Saifullah Maki Hamun Blogger Malaysia [Analisis]

    Posted: 04 Jun 2011 01:12 AM PDT


    Motif maki hamun masih tidak diketahui. Namun, kami syaki Gambit Saifullah mengeluarkan kata-kata yang keras terhadap komuniti blogger ekoran daripada kontroversi video klip Prema Yin tempoh hari. Daripada kenyataan Gambit di Twitter, kami percaya ramai blogger-blogger yang terasa hati dengan sikapnya yang kekwat.

    Mungkin, Gambit Saifullah tidak sedar bahawa sebagai seorang selebriti, setiap kenyataannya mempunyai kapasiti yang memberikan impak kepada kerjayanya. Hasil daripada situasi ini, kami percaya Gambit akan hilang lebih ramai peminat, dan penghormatan daripada orang ramai.

    Daripada konteks public relation, selagi boleh kita ingin meminimumkan krisis yang dihadapi dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan. Berbudi bahasa tidak semestinya mengaku kalah, sebaliknya boleh membuatkan orang luar lebih menghormati kita.

    Dalam kes Gambit, hasil analisis kami mendapati kata-kata berbunyi, "To all the sincere supporters, thank you. To the assholes/bloggers who have nothing else better to do, middle finger on your face bitch!" memberikan impak yang besar kepada komuniti blogger secara umumnya. Ini amat bertentangan dengan konteks public relation, Gambit telah mewujudkan krisis yang tidak disenangi, dan amat susah untuk diperbaiki.

    Kenyataan keras Gambit tidak berakhir di situ, dia terus mengeluarkan kata-kata kesat terhadap blogger seperti, "Aku ckp bloggers yg cibai, yg x de kerja. Yg x tau menahu tu asal nak kena terasa? Sbb bloggers yg cibai tu hasut korang?"

    Dan, banyak lagi kata-katanya yang lain di akaun twitter @GambitSaifullah, bisa menguris hati ramai peminat. Apa pula pendapat anda?

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Zon Artis

    Zon Artis


    (Akademi Fantasia 9) Hazama, Lena & Azri Ikut Fina Ke Final

    Posted: 04 Jun 2011 08:34 AM PDT

    TONTON ONLINE SIARAN LANGSUNG KONSERT FINAL AKADEMI FANTASIA 9

    Semua sudah tahu yang Fina secara automatik telah dihantar ke konsert final selepas dia menerima imuniti pada konsert Akademi Fantasia 9 minggu ke-8.

    Pada konsert Akademi Fantasia 9 minggu ke-9 ini pula, tiga pelajar mengikut jejaknya iaitu Hazama, Lena dan juga Azri. Erul? Dia tersingkir.

    Tapi serius, kesian tengok Erul tadi bila dia begitu excited selepas namanya disebut oleh Aznil Nawawi. Kami sure dia ingat dia ke final, rupanya tersingkir.

    Tahniah kami ucapkan kepada Fina, Hazama, Lena dan Azri kerana akan beraksi di konsert final. Harap korang buat yang terbaik nanti.

    Oh ya, konsert final Akademi Fantasia 9 akan berlangsung di Presint 2, Putrajaya pada 12 Jun bersamaan hari Ahad. Ya, hari Ahad. Sama-sama kita saksikan.

    Psstt: Nak tanya sket, siapakah pelajar yang anda rasa akan bergelar juara Akademi Fantasia yang terakhir ini? Ce cite..

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    (Gambar) Adakah Ini Kekasih Taukey Kumpulan Jambu?

    Posted: 04 Jun 2011 04:21 AM PDT

    GAMBAR KEKASIH TAUKEY KUMPULAN JAMBU

    Kenapa kami letak tanda tanya? Kerana setahu kami, Taukey ni sudah berumahtangga malah sudah mempunyai beberapa orang anak. Takkan nak berkekasih-kekasih pula? Atau mungkin, Taukey nak tambah cawangan mengikut jejak Abang Jem yang sudah selamat diijabkabulkan dengan isteri keempatnya baru-baru ini? Opsss.. Terlebih sudah!

    Mungkin juga wanita itu hanya kawan kepada Taukey. Orang je lebih-lebih cakap itu kekasihnya. Tapi, bila tengok gambar kat atas tu, memang dah macam kekasih gayanya plus macam suami isteri pun ada. Kan? Tidak mahu berteki-teki lagi, apa kata anda lihat sendiri beberapa lagi gambar Taukey bersama wanita yang dikatakan kekasihnya itu.

    GAMBAR KEKASIH TAUKEY KUMPULAN JAMBU

    GAMBAR KEKASIH TAUKEY KUMPULAN JAMBU

    Memang betullah, Muka Legend Hati Cute..

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.