Adsense

Ahad, 5 Jun 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


‘Poyo’ makanan Syamsul

Posted:

'Poyo' makanan Syamsul

'Poyo' makanan Syamsul



DALAM hela nafas seorang anak muda yang pada pandangan pertama terlihat penuh ego, ada kegusaran bersarang di hatinya. Mohd Syamsul Datuk Yusuf Haslam, 27, tidak berbohong dengan perasaannya itu.

Dia sedar bahawa khalayak sedang melihat hasil kerjanya. Malah, rentetan kejayaan filem-filem terdahulu seakan-akan mencabar dirinya untuk bertahan lebih lama dalam liganya.

Syamsul dinobat sebagai Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 melalui filem Evolusi KL Drift 2. Insiden air mata Syamsul tidak mungkin dilupakan penonton.

Dia menangis sewaktu diumumkan pemenang anugerah berprestij itu walaupun kemenangannya kemudian dipertikaikan.

Dia juga mencapai angka kutipan RM8 juta untuk filem Khurafat arahannya. Portfolio yang dibina itu perlu dibatasi diri sendiri dan bukan orang lain, fikir Syamsul.

"Jujurnya saya berasa takut untuk tayangan KL Gangster pada 9 Jun ini. Filem itu menjual lelaki sahaja. Tidak ada heroin.

"Terdetik juga, adakah peminat filem wanita akan pergi menonton kerana semua pelakonnya lelaki dan didasari cerita tentang gengster?" jujur dia bersuara di hadapan salah seorang aktor filem itu, Adiputra.

Takut gengster

Sebuah filem tanpa heroin dan tanpa suntikan cerita cinta, itu taruhan terbaru Syamsul.

Dalam benaknya kini semua terpulang kepada selera penonton yang kadangkala tidak boleh dijangka. Apa yang dilakukannya ialah membariskan aktor-aktor mantap untuk tujuan itu.

Adiputra, Soffi Jikan, Zizan Raja Lawak dan Aaron Aziz bakal 'dijual' untuk naskhah KL Gangster. Untuk dirinya sendiri, Syamsul mengakui kematangan dan kebolehannya mengarah sedang digilap.

"KL Gangster mempunyai suntikan identiti dan budaya masyarakat kita sendiri. Jadi, ia lebih dekat dengan jiwa penonton.

"Saya merujuk kepada filem Young and Dangerous dan The Godfather, tetapi saya mahu filem aksi negara kita sendiri," ujarnya yang mahu mencipta karakter Chan Ho Nam dan Chicken versi Malaysia.

Peminat pengarah tersohor Michael Bay dan M. Night Shayamalan ini berkata dia mengikut selera pasaran dalam membikin sesebuah filem.

Dalam masa yang sama, dia turut akur dengan kebolehan dirinya yang tidak cenderung membuat sesuatu atas nama seni sebaliknya mengikut perkiraan komersial.

Malah, ujarnya, faktor angka atau kutipan adalah sesuatu yang menjadi rujukannya.

"Dalam pemerhatian saya, filem komersial lebih menjadi pilihan penonton berbanding filem seni," ujarnya yang tidak pandai menyebut nama-nama sutradara berpaksikan seni seperti yang dijadikan rujukan oleh Pierre Andre.

Maka itu, Syamsul lahir dengan filem yang berada dalam skala komersial seperti Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Evolusi Kl Drift, Evolusi KL Drift 2 dan Khurafat: Perjanjian Syaitan.


MAMAT 'poyo', itu antara gelaran yang diberikan kepada Syamsul selain 'pelakon kayu'. Namun kata Syamsul, adalah tidak adil dirinya dihakmi sebelum sempat dikenali.


Poyo

Entah kenapa, Syamsul merasakan sesi interbiu dengan Sensasi Bintang kali ini lebih bersifat kaunseling.

Saya bertanyakan lelaki ini tentang dirinya yang digelar poyo oleh sesetengah orang - slanga anak muda untuk seseorang yang suka tunjuk bagus. Maklumlah, dia sutradara yang masih muda tetapi sudah merangkul anugerah.

"Gelaran poyo itu sudah jadi makanan saya sejak di bangku sekolah lagi. Tetapi itulah karakter saya walaupun saya sedar ada yang tidak suka.

"Namun, tanggapan orang memang bermacam-macam," jawabnya.

"Saya rasa ia sudah sedia ada dalam genetik saya. Ayah dan adik perempuan saya juga mempunyai karakter dan wajah yang serius.

"Sama seperti saya, mereka juga kadangkala dianggap poyo.

"Malah, ada kenalan yang telah lama mengenali saya menyatakan tanggapan pertama mereka tentang saya adalah saya seorang yang poyo.

"Bagaimanapun, setelah lama berkawan, saya sebenarnya tidak seperti yang mereka sangkakan," katanya ketawa.

Syamsul turut merasakan adalah tidak adil dia dihakimi sebelum dirapati.

Membuka lagi selapis selaput dirinya, Syamsul bercerita perihal wanita pula. Topik itu semestinya ada dalam nafas setiap lelaki.

Anak lelaki Yusuf Haslam ini mendakwa dia sukar untuk rapat dengan wanita bahkan tidak memiliki ramai kawan daripada kaum hawa itu.

"Pengalaman banyak mengajar saya tentang cinta dan wanita," ujarnya.

Syamsul berkata dia juga seringkali disalah anggap antara bersahabat dan bercinta apabila rapat dengan seseorang gadis.

Ujarnya, jika dia mula merapati seseorang, akan ada yang menyangka dia sudah jatuh cinta dengan si gadis itu.

"Saya pernah rapat dengan Liyana Jasmay sewaktu filem Khurafat. Tapi itu cerita lama. Tidak benar kalau kami bercinta.

"Saya cuba mengenalinya dengan lebih dekat tapi nampaknya tidak sesuai. Jadi eloklah kami kekal sebagai teman," ujarnya.

Buat masa ini, Syamsul sekadar mengatakan dia sedang mengenali seseorang yang bukan berada dalam industri yang sama.

Pecah panggung

Gadis itu wanita biasa yang ingin diselami hatinya oleh Syamsul.

Selain bergelora dengan persoalan cinta, jelas Syamsul, dia sedang cuba memewahkan dirinya dengan impian.

Selepas bertungkus-lumus mengangkat semua hasil kerjanya, impiannya kini cuma satu tetapi besar ertinya.

Dia mahu menghasilkan 10 buah filem pecah panggung yang sekarang sudah jelas berikutan kejayaan empat buah filem arahannya terdahulu.

"Saya inginkan kejayaan luar biasa daripada seorang insan biasa," kata Syamsul bersulam doa.

Selepas KL Gangster, Syamsul akan keluar dengan Aku Bukan Tomboi dan Bohsia 2: Jalan Kembali untuk tatapan penonton.

Akhir sekali, penulis menembak reaksi Syamsul untuk melihat kebal atau tidak dinding amarahnya.

Dia mungkin dipuji sebagai pengarah muda yang bagus tetapi bukan sebagai pelakon yang berwibawa.

Ramai yang masih menyatakan dia kaku membawakan karakter apa pun. Syamsul terdiam.

"Saya tahu orang kata saya kayu. Saya berfikiran terbuka dan mampu membezakan komen yang jujur atau berniat menjatuhkan saya.

"Saya akui saya perlu belajar. Tetapi setiap pelakon ada kelemahan dan kelebihan. Saya juga ada peminat sendiri.

"Kalau teruk sangat lakonan saya, Khurafat tidak akan dapat kutipan yang memberangsangkan sebegitu," tuturnya kepada kritikan yang datang.

Malah, Syamsul menolak khabar yang mengatakan dia hanya mampu berlakon di bawah produksi yang sama kerana tidak pernah mendapat tawaran daripada produksi lain.

Sama ada kayu atau tidak, poyo atau bukan, Syamsul menegaskan dia kini berdiri dengan penuh kematangan. Mungkin masa sahaja yang dapat menentukan kebenaran pelbagai tanggapan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Shahz tak rasa bersalah

Posted:

Shahz tak rasa bersalah

Shahz tak rasa bersalah


AKTOR ShahzJaszle menerima pelawaan Gambit untuk berlakon dalam klip Prema kerana faktor persahabatan dan peluang. Ujar Shahz, mungkin kerana kemunculannya, masyarakat jadi kecoh dengan aksi-aksi dalam klip video tersebut.


MINGGU ini nama Prema Yin, Shahz Jaszle dan Gambit Saifullah meniti di bibir para peminat seni tempatan. Ia gara-gara klip video lagu Marilah nyanyian Prema.

Aksi kurang enak dan separuh porno yang ditonjolkan dalam klip video itu memang tidak difahami motifnya.

Hendak dikatakan ada sentuhan seni, jauhlah sekali. Yang jelas ia seperti sebuah karya tangkap muat atau mungkin strategi pemasaran murahan.

Gambit Saifullah selaku pengarah drama ini berkata, klip video itu dibuat untuk pasaran antarabangsa dan bukan tempatan.

Namun, klip video itu sudah dimuat naik ke laman Youtube dan boleh ditonton oleh khalayak Malaysia. Dalam masa beberapa hari diletakkan di laman tersebut, klip Marilah telah ditonton sebanyak lebih 100,000 kali.

Sensasi Bintang bertanyakan pembawa karakter 'suami' dalam klip video tersebut, Shahz. Kata lelaki itu, dia melakonkan watak suami kepada Prema dan rumah tangga mereka sedang bergolak.

Bagaimanapun, khalayak tidak dapat menerima keintiman suami isteri seperti itu dipertontonkan dalam sebuah klip video.

Kenapa anda sanggup terima tawaran berlakon dalam klip video tersebut?

Pertama kerana saya mengenali Gambit. Saya membantunya dengan menerima tawaran tersebut. Sebab kedua kerana Gambit memberitahu saya bahawa klip ini adalah untuk tujuan pasaran antarabangsa.

Saya beritahu dia, kalau pasaran kita memang tidak lepas klip sebegini. Saya rasa ini peluang yang baik untuk saya muncul di pasaran antarabangsa.

Pendapat anda sendiri tentang klip video tersebut?

Sejujurnya saya belum melihat hasil akhir klip video tersebut. Tetapi saya rasa okey. Bab kualiti saya tidak mahu komen panjang. Tapi Gambit telah melakukan yang terbaik sebagai pengarah.

Saya cuma melakonkan watak yang dimahukan oleh Gambit. Dia mahu A, saya bagi A dengan komitmen seratus peratus.

Anda tidak terfikir tentang sensitiviti masyarakat kita?

Bagi saya, orang Malaysia memang susah terima perkara sebegini walaupun sebenarnya adegan begitu juga ada dalam filem mahupun drama lain.

Saya cuma menjalankan kerja saya dan bukan pandai-pandai saya. Saya ikut jalan cerita yang dimahukan sebagai seorang suami.

Tidakkah rasa dimurahkan dengan hasil kerja tersebut?

Tidak. Jalan ceritanya okey, mungkin kekurangan dari sudut seni, efek juga kurang.

Tidak rasa berlebihan?

Saya tidak rasa berlebihan.

Sejauh mana anda mengenali Gambit?

Saya sudah kenal dia beberapa tahun lepas. Kami malah main futsal sama-sama.

Bagaimana bekerja dengan Prema dalam adegan sebegitu?

Klip video ini baru sahaja dibuat bulan lepas. Saya pertama kali mengenali Prema sewaktu penggambaran klip video ini. Dia naif dan baik. Tidak daring seperti dalam klip video tersebut.

Anda tahu klip video ini dikutuk hebat oleh masyarakat?

Inilah mentaliti orang Malaysia. Saya memang dengar dan baca banyak kutukan orang. Tapi saya ingin bertanya kepada yang mengutuk itu, adakah mereka berani dan bersedia untuk membuat sesuatu seperti klip video tersebut?

Saya tidak kisah kalau diberi nasihat tetapi ada juga carutan yang ditulis di laman blog dan web. Pada saya, kalau mereka mencarut, di mana akhlak baik mereka sebenarnya. Akhlak mereka juga tidak betul, mahu betulkan orang lain.

Gambit melakukan tugasan dia sebagai sutradara dan kenapa orang lain yang sibuk-sibuk?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Yana takut benda laju

Posted:

Yana takut benda laju

Yana takut benda laju



NORLIANA SAMSUDIN atau mesra disapa Yana boleh dikatakan insan bertuah. Dia pernah menjadi penyanyi dan tidak pernah kering dengan tawaran berlakon drama atau filem.

Paling diingati, dia melakar nama sebagai pengarah filem wanita termuda di Malaysia menerusi filem komedi romantik Selamat Pagi Cinta.

Bagi pelakon kelahiran Kluang, Johor itu, peluang lakonan yang banyak diterimanya kini akan direbut sebaik mungkin. Dia mahu menimba pengalaman sebelum meneruskan minatnya dalam kerja-kerja di belakang tabir.

"Sekarang fokus saya kepada bidang lakonan. Jika ada ruang nanti, saya akan terlibat dengan kerja-kerja di belakang tabir dan kembali mengarah," kata graduan Seni Layar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Dalam perkembangan terbaru, Yana baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Adnan Sempit 2, menyiapkan filem Aku Ada Kau Ada dan terlibat dengan penggambaran filem 8 Jam arahan Ahmad Idham.

POLIS WANITA

Saya memang 'tabik' kepada polis wanita kerana bukan mudah untuk menjaga keamanan negara. Selalunya pasukan beruniform dikaitkan dengan lelaki, tetapi sebenarnya wanita juga adalah tulang belakang Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saya melakonkan watak seorang anggota polis dalam filem Kongsi. Ia tidak mudah kerana saya terikat dengan protokol sebagai anggota pasukan keselamatan itu.

PENGARAH

Diberikan peluang untuk menjadi pengarah filem Selamat Pagi Cinta adalah pengalaman paling berharga bagi saya. Ia satu-satunya filem arahan saya setakat ini. Saya ketika itu berumur 23 tahun dan merupakan pengarah wanita termuda di negara ini.

Saya amat mengagumi pengarah Jodie Foster kerana wanita itu sering mengarahkan filem berkaitan kewanitaan. Saya juga mengagumi gaya pengarahan Tim Burton.

KASUT

Saya obses dengan kasut. Saya boleh ketepikan beg tangan mahupun alat mekap semata-mata untuk kasut.

Saya akan membeli sehingga tiga pasang kasut sekali gus jika saya benar-benar sukakan rekaannya, tidak kira sama ada ia berjenama ataupun tidak. Bilangan kasut dalam koleksi saya memang tidak terkira dan masih ada yang belum dipakai lagi.

FOBIA

Saya tidak takutkan ketinggian tetapi saya takut pada kelajuan. Baru-baru ini, saya dipaksa oleh kawan-kawan untuk menaiki roller coaster di Genting Highlands. Kaki saya menggigil dan tidak boleh berjalan selepas turun daripada roller coaster itu.

Saya juga geli dengan ulat gonggok ataupun serangga yang berkaki banyak dan berjalan perlahan. Selain itu, saya juga tidak suka pada binatang yang tidak berbulu seperti cicak dan cacing.

CELOTEH

Kalau bab berceloteh memang saya suka. Saya mudah mesra dan boleh berborak dengan sesiapa sahaja. Saya pernah berborak mesra dengan mak cik tukang sapu walaupun baru pertama kali berjumpa. Dalam kalangan selebriti saya amat meminati Fara Fauzana kerana celotehnya yang bersahaja. Saya sentiasa mendengar dia bercakap tidak henti-henti di radio Hot FM.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.