Adsense

Ahad, 5 Jun 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Gambar Siti Saleha yang cantik Dan Seksi....

Posted: 04 Jun 2011 11:32 AM PDT



Kenal Siti Saleha ni ker.? Ala pelako untuk drama Nora Elana tue ha, kat TV3 selalunya petang main. Pelakon baru ni merupakan adik kepada Sam Bunkface, umurnya sahaja baru masuk 19 tahun. Orangnya kelihatan cantik dan ayu, kalau dah ada kekasih baguslah, kalau belum, nanti ramai lah kaki miang tue kuar. Hehe. Kiranya ramai dah selebriti baru muda-muda yang dilahirkan buat masa ni. Baguslah, ada juga pelapis kan, biasala, nanti ada juga yang bosan kalau itu-itu je yang berlakon. :)
 -gambar Maestro Photography


lagi.....


Dewi Persik jalani pembedahan selaput dara selepas bercerai

Posted: 04 Jun 2011 11:27 AM PDT




JAKARTA: Dia sudah tiga kali berkahwin dan bercerai. Tetapi penyanyi dangdut, Dewi Perssik kini kembali perawan.

Penyanyi lagu 'Goyang Gergaji' itu mengaku menjalani pembedahan selaput dara dan ia dilakukan selepas menjalani ibadah umrah tidak lama dulu.
Dewi atau lebih dikenali dengan panggilan Depe dan nama sebenarnya Dewi Murya Agung dikatakan menjalani pembedahan itu di sebuah klinik di Mesir.

"Saya memang merancang untuk menjalani pembedahan selaput dara. Saya sudah pun menjalaninya. "Walaupun saya berstatus janda tetapi secara fizikalnya, saya perawan," kata Depe seperti dilapor oleh Warta Kora, semalam.

Menurutnya, dia melakukan pembedahan itu kerana mahukan keperawanannya kembali dan juga ingin memberi nikmat yang lebih kepada bakal suaminya kelak.

"Saya akan tetap perawan apabila berkahwin dengan suami baru nanti," katanya.

Menurut Depe, dia masih merasakan sakit pada sekitar perut dan pangkal paha selepas menjalani pembedahan itu.

Namun, ia tidak menghalangnya untuk membuat persembahan di atas pentas. "Yang penting, saya sudah peroleh apa yang diinginkan.

"Pembedahan dilakukan selepas menunaikan umrah bersama keluarga. Saya ingin sangat untuk mendapatkannya dan mencari maklumat mengenai klinik yang menjalankannya dan ternyata berkesan," katanya. - Agensi

Juliana Evans nafi ada adik!

Posted: 04 Jun 2011 11:23 AM PDT




Ada lah terbaca baru-baru ni dalam Twitter milik Juliana Evans. Dikhabarkan ada orang bertanyakan kepada Juliana yang adakah Adinda Evans tue adik kepada Juliana. Tapi Juliana sekeras-kerasnya menafikan dia ada adik yang bernama Adinda. Bila di siasat rupanya empunya nama Adinda Evans ni adalah Nadia Elliza yang mempunyai blog sendiri bernama Adinda Evans 
http://milanomonstaa.blogspot.com/. Jadi sekarang ni, Adinda Evans tiada kena mengena dengan Juliana Evans k. Peace!



Gambar kekasih Tauke RL??

Posted: 04 Jun 2011 11:14 AM PDT




Admin tak tahu lah kalau wanita yang bergambar dengan Tauke RL ni adalah kekasihnya. Dulu pernah juga ada gambar Tauke dengan kekasihnya setahun yang lalu yang namanya
 Ieda Siska. Tapi lihat balik gambar tue macam dia pula juga kat gambar di bawah ni, namun masalahnya, sizenya dah berbeza. Hehe. Apa-apa jerk la, asalkan Tauke berbahagia dengan kekasihnya. Oh ya, jangan lupa aksi Jambu malam ini ok. :) -gambar MyGossip





(Gambar) Perkahwinan Ahmad Fedtri Dan Nur Anati

Posted: 04 Jun 2011 11:09 AM PDT




Pengacara TV swasta, Ahmad Fedtri Yahya, 30 dan pasangannya Nur Anati Ismail, 26 selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz baru-baru ini. Majlis pernikahan itu berlangsung di Masjid To' Uban, Pasir Mas, Kelantan. Tak pasti pula admin apa tema perkahwinan Fedtri dan Nur nie namun yang pasti gaun dan pelamin amat cantik sekali. Tahniah lah kepada kedua-duanya, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.
 -gambar OdisiStudio


(Gambar) Pernikahan Salih Yaacob Dan Emi

Posted: 04 Jun 2011 11:03 AM PDT

gambar pernikahan salih yaakob


Akhirnya selamat juga Salih Yaacob bernikah dengan isterinya yang ke-4, Emi baru-baru ini di dalam sebuah masjid. Melihat daripada pengantin, mereka berdua kelihatan secocok. Walaupun ramai yang sepertinya tidak menyukai cara Salih berbini, namun itu semua jodoh yang ditentukan Allah. Kita berdoa sahaja agar mereka berkekalan kelak. Apa-apa pun tahniah kepada Salih dan Emi. Selamat pengantin baru.


gambar persandingan salih yaakob
gambar pernikahan salih yaakob
gambar pernikahan salih yaakob
gambar pernikahan salih yaakob
gambar pernikahan salih yaakob