Adsense

Ahad, 5 Jun 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Video Majlis Pertunangan Elly Mazlein & Azmi Hatta

Posted: 05 Jun 2011 11:31 PM PDT

Yah, we know the story kinda outdated. However, this video just being uploaded by the crew for viewing purpose.

Apabila tengok preview majlis pertunangan Elly Mazlein, rasa macam tengok orang berkahwin pula. Bukan main meriah siap ada kereta kuda bagai. Mungkin, Elly Mazlein cuba membawa konsep Cindarella untuk majlis pertunangan ini yang berlangsung di Bukit Kiara Ekuestarian Park.

Zaman sekarang, macam satu trend pula apabila majlis pertunangan dibuat secara besar-besaran. Sebagai selebriti, mereka perlu buat majlis secara besar-besaran kerana jemputan adalah ramai, masih boleh consider lagi. Tetapi, bagaimana pula orang kebiasaan? Sampai ada yang merancang nak tukar baju 3-4 kali, serius memang ada!

Layankan video ini, mana tahu dapat idea-idea yang menarik daripada Elly Mazlein, kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maharaja Lawak Minggu 10 : Sepah & Jozan Serius Terbaik, Pecah Ulu Hati!

Posted: 05 Jun 2011 10:23 PM PDT

Kedua-dua kumpulan ini mempunyai lawak yang pada kami extravaganza & matang. Setiap lawak yang dihidangkan, mempunyai nada-nada sinis yang ditujukan kepada golongan tertentu.

Untuk persembahan Maharaja Lawak Minggu ke – 10, Jozan berani mengetengahkan isu mak nyah, manakala Sepah memaparkan situasi seorang ibu bersalin. Jozan, walaupun dikritik teruk pada minggu pertama, namun mereka kembali bangkit pada minggu kedua dan meneruskan momentum dengan jenaka-jenaka menguji minda sehingga minggu ke -10. Ada beberapa punchline yang menarik daripada Jozan seperti, "Mail Lambung Tak Makan Rasuah", dan "Cengini, cengini, cengitu cengitu".

Sepah, antara pesaing sengit Jozan. Kalau diperhatikan, mereka bijak mengutarakan isu kemelayuan sebagai bahan jenaka. Penggunaan pantun, peribahasa disusun baik pada ketika & situasinya. Jujur kata, tak mudah untuk berbuat sedemikian.

Kalau tak silap, konsert minggu 10 ini diadakan di Penang. Ramai awek-awek Penang yang cun menjadi mangsa terjahan lensa abang kamera. Thanks dude!

Apa pun, layankan klip Maharaja Lawak sebelum di-remove youtube. LOL!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.