Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Office Web Apps Mudah & Jimat Masa Posted: 05 Jun 2011 06:21 PM PDT Office Web Apps Mudah & Jimat Masa Pernah dengar pasal Office Web Apps tak? Budiey sebenarnya selalu dengar pasal benda ni tapi tak pernah nak guna application dalam web ni. Korang patut try, memang sempoi. Awal bulan Mei lalu, semasa Budiey ke Brisbane, Australia untuk menonton secara live Konsert Live Katy Perry di sana, Budiey sempat diperkenalkan oleh staff Hotmail tentang aplikasi ini. Memang cool. Untuk info, Office Web Apps ini dapat memberikan anda kebebasan menggunakan dokumen Microsoft Office di mana sahaja anda berada asalkan ada talian internet. Anda boleh berkongsi dengan orang lain. Budiey dah pun cuba guna. Sekali guna, memang rasa aplikasi ini sama hebatnya dengan menggunakan aplikasi Microsoft Office. Tak banyak beza pun. Lagi pun, ia sangat convenient. Yang pasti, dengan menggunakan Office Web Apps ni, anda boleh manage Powerpoint, Word, Excel dan One Note files dengan hanya menggunakan browser di talian internet. Budiey rasa, kalaulah tiada aplikasi Microsoft Office, pasti akan guna aplikasi Office Web Apps sebab ianya PERCUMA dan menjimatkan masa. Cuma, anda perlukan ialah Windows Live Account, web browser samada Internet Explorer, Firefox dan Safari. Yang paling penting sekali, kena ada talian internet. Nak senang, Budiey rasa korang kena guna Hotmail Account untuk memudahkan lagi access Office Web Apps. Pertama kali guna benda alah ni, Budiey cuba guna Word Web App di mana Budiey boleh membaca dan mengedit word secara online. Sangat mudah sebab aplikasi ni ada AutoCorrect, boleh juga nak check ejaan dengan spell-checking. Tak banyak beza sebab guna aplikasi dalam talian ni juga ada font dan format paragraph yang sama. Juga boleh insert table dan gambar atau imej. Cool kan? Baru-baru ini, Budiey ada terbaca berita tentang Office Web Apps yang dilancarkan di Malaysia. Setelah melancarkan Office Web Apps sebelum ini pada Windows Live, kini aplikasi tersebut telah pun secara rasminya menyokong para pengguna Malaysia, membolehkan para pengguna melihat, mengubah dan berkongsi dokumen hanya dengan menggunakan pelayar web dan sambungan internet sahaja. Terkini, Microsoft mengumumkan sokongan Office Web Apps ini di lebih 150 lokasi seluruh dunia, termasuk India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Pada bulan hadapan, aplikasi ini dijangka akan dilancarkan keseluruh dunia, sekaligus memudahkan anda berkongsi dokumen dengan sesiapa sahaja. Jom cuba, try surf, click HERE. Tags: access office, account web, alah, aplikasi microsoft office, autocorrect, brisbane australia, Budiey, dokumen, format paragraph, imej, internet explorer, kebebasan, membaca, office web, pasti, pengguna malaysia, sahaja, sempoi, web apps, word web Tags: AdvertorialClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
CLEAR Lancar Syampoo Anti Kelumumur Terbaru Posted: 05 Jun 2011 05:58 PM PDT Clear memperkenalkan teknologi nutrien kulit kepala pertama yang dipaten – Nutrium 10 Semuanya bermula dengan kulit kepala yang sihat. Lazimnya, kulit yang menutupi bahagian atas kepala kita dilupakan dan diabaikan hanya kerana ia dilitupi oleh rambut dan tidak kelihatan. Lebih dari 60% daripada warga dunia mengalami masalah kelemumur dan pelbagai masalah lain berkaitan kulit kepala. Para pakar di Clear, syampu anti kelemumur terunggul dari Unilever, telah bekerjasama dengan pakar dermatologi terulung di dunia daripada International Academy of Dermatology (IACD) bagi menghasilkan satu penyelesaian revolusioner untuk kesuburan dan pemulihan kulit kepala: Nutrium 10 untuk kaum wanita dan Pro Nutrium 10 untuk kaum lelaki. "Syampu-syampu anti-kelemumur yang sedia ada hanya membilas kepingan kelemumur, satu penyelesaian sementara, manakala teknologi unggul CLEAR – Nutrium 10 – mengambil pendekatan lain yang lebih daripada sekadar membilas kepingan: ia merawat punca kelemumur, memberi nutrisi kepada kulit kepala dan memulihkannya menjadi keadaan asal yang sempurna," kata Vicky Lim, Pengurus Jenama Clear, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd. "Kita semua sudah sedia maklum tentang kepentingan menjaga kulit muka kita tetapi bagaimana pula dengan kulit kepala kita – itu adalah kulit juga. Bagi memiliki rambut sihat, anda perlu bermula dengan menjaga kulit di atas kepala anda. Abaikan kulit kepala dan anda akan mengalami masalah kelemumur, rambut semakin nipis dan kurang, hujung bercabang dan kulit kepala yang kering," kata Dr. Thanaruch Thanakorn, seorang ahli IACD. IACD telah mengesahkan Nutrium 10 sebagai penemuan pendekatan pertama terhadap penjagaan kulit kepala yang bakal mengakibatkan anjakan paradigm dalam pengurusan penjagaan kulit kepala. Penyelesaian anti-kelemumur sedia ada memfokus kepada menyingkirkan kepingan kelemumur yang hanya merupakan gejala kulit kepala yang tidak sihat. Pendekatan baru CLEAR yang memakan masa 4 tahun untuk disempurnakan adalah satu rumusan penjagaan kulit kelapa inovatif yang merawat punca masalah iaitu lapisan pelindung kulit kepala yang rosak dan lemah. Ini menjadikan rumusan printis CLEAR jauh lebih unggul daripada syampu anti-kelemumur lain di pasaran. Rumusan penjagaan kulit kepala baru ini menangani isu perlindungan kulit kepala dengan tiga langkah revolusioner: • Menyingkirkan kulat yang mengakibatkan kelemumur dan meletakkan bahan aktif anti-mikrobial di seluruh kulit kepala walaupun selepas dibilas untuk perlindungan yang tahan • Menembusi kulit kepala sedalam tiga lapisan bagi memulihkan dan memberi khasiat kepada lapisan pelindung semula jadi kulit kepala sekaligus membina sistem pertahanan •Memberi rawatan optimum untuk helaian rambut sekaligus menjadikan serat rambut lebih lembut, licin dan mudah diurus. Sains di sebalik Nutrium10 adalah gabungan unik vitamin dan mineral yang direka untuk merawat tiga lapisan di dalam kulit kepala dan bukan sekadar di permukaan sahaja. Nutrium10 mengandungi vitamin B6, C, E, mineral, asid amino serta bahan aktif yang memulihara kulit kepala seperti Zink Pyrithione dan bahan penjagaan serat seperti Panthenol untuk penjagaan kulit kepala yang menyeluruh. Ia juga memperkayakan kulit kepala dengan bahan berkhasiat bagi menggalakkan keadaan kulit kepala serta kesihatan rambut yang lebih baik. Di Kongres Sedunia Ke-7 International Academy of Cosmetic Dermatology (IACD) yang dianjurkan di Kaherah, Mesir, tahun lalu, CLEAR mendapat peluang untuk membentangkan hasil penyelidikan mengenai teknologi baru mereka dan ujian klinikal telah menghasilkan pembangunan Nutrium10. Selepas ulasan ujian klinikal, satu soalselidik telah dilaksanakan. Ia merumuskan bahawa:
IACD percaya bahawa teknologi revolusioner CLEAR akan menyumbang ke arah bukan sahaja kesihatan kulit kepala yang lebih baik malah turut meningkatkan keyakinan serta kualiti hidup penderita masalah kelemumur. Dr Lawrence Parish, Presiden IACD berkata, "Ada yang mungkin mengalami masalah sosial atau keyakinan diri. CLEAR baru adalah penyelesaian untuk kulit kepala, rambut serta kehidupan yang lebih baik bagi para penderita kelemumur hari ini." Perbezaan jantina dan keperluan kulit kepala Kajian oleh CLEAR telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan ketara dalam kulit kepala berdasarkan jantina. "Kulit kepala kaum lelaki dan wanita adalah berbeza. Semasa ujian dan kajian, kami mendapati bahawa kulit kepala lelaki dan wanita adalah berbeza dari segi fisiologi. Penemuan ini mendorong saintis Clear untuk membentuk dan mengolah rumusan Nutrium10 mereka bagi menepati keperluan spesifik kaum lelaki dan wanita," tambah Vicky. Kulit kepala lelaki lazimnya lebih lemah dan mengalami stres, pencemaran dan haba. Pro-Nutrium10 untuk lelaki adalah satu adunan asas 10 pro-vitamin, nutrien mineral bagi menyingkirkan sel kulit mati di kulit kepala, memberi khasiat kepada kulit kepala yang dibersihkan dan meningkatkan keupayaan perlindungan semula jadi kulit kepala bagi melawan kelemumur, kegatalan dan keguguran rambut bagi menghasilkan:
Kulit kepala wanita pula lebih cenderung kepada masalah sisa bahan kimia dan ketegangan. Nutrium10 untuk wanita menawarkan cucian pelembab yang mengandungi vitamin dan mineral untuk menyokong pertumbuhan rambut yang lebih kuat dan memperkayakan kulit kepala agar beliau tidak lagi mengalami kelemumur, kekeringan dan keguguran rambut. CLEAR Nutrium10 memberikan wanita:
Rangkaian syampu anti-kelemumur baru CLEAR, untuk lelaki dan wanita, mensasarkan bukan sahaja kelemumur malah turut menangani sumber kelemumur, iaitu kulit kepala. Setiap botol syampu anti-kelemumur baru CLEAR mengandungi Nutrium10. CLEAR baru dengan Nutrium10 ditawarkan di semua farmasi terkemuka, kedai ubat, pasaraya, pasaraya hyper dan kedai runcit dengan harga RM4 untuk 80ml; RM11 untuk 180ml; RM18.50 untuk 350ml dan RM36 untuk 700ml. LATAR BELAKANG CLEAR Clear adalah jenama anti-kelemumur terunggul Unilever. Sejak pertama kali ia dilancarkan pada tahun 1972, di Asia, rumusan Clear telah terus berevolusi dengan penyelidikan intensif dan ujian klinikal yang dijalankan oleh para saintis di Clear Paris Institute. Setelah mengenalpasti keperluan berbeza bagi kulit kepala lelaki dan wanita, para saintis Clear telah membangunkan rumusan kesuburan kulit kepala dwi jantina yang pertama. Berasaskan fokus konsisten terhadap teknologi terkini, Clear dinobatkan sebagai syampu penjagaan kulit kepala paling terkemuka di dunia dan terus memperkukuhkan kedudukannya di 35 pasaran dengan rancangan untuk berkembang menjadi jenama 1 bilion di masa terdekat.
Anda ada gossip & gambar terbaru selebriti untuk dikongsi? Hantarkan kepada Budiey sekarang dengan menghantar email: budiey.isma@gmail.com.
Mahu dapatkan ulasan hiburan, gossip selebriti dan foto artis dari Sensasi Selebriti SECARA PERCUMA setiap hari? |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |