Adsense

Rabu, 25 Mei 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Papaku Rocker

Posted: 24 May 2011 03:06 PM PDT

Hip

Biar sesibuk mana, Amy tetap luang waktu bersama keluarga

DARI jauh sudah kedengaran gelak tawa lima beranak bercanda ria sambil bermandi-manda. Kolam renang Hotel Palm Garden, Putrajaya menjadi pilihan untuk bersantai melepas lelah. Sesekali kedengaran suara si bapa meminta anak kecilnya berhati-hati bermain di gigi air.

Walau sekadar merehatkan minda di pinggir ibu kota, percutian singkat sebegitu sudah menjadi rutin bagi keluarga rocker tersohor, Amy Search, yang sempat mencuri masa untuk bersama anak dan isteri di tengah kepadatan jadualnya. Bagi Pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9) itu, bukan soal di mana destinasi atau berapa panjang tempoh diperlukan dalam memperuntukkan hari bersama insan tersayang, sebaliknya kualiti masa menjadi keutamaan supaya si anak tidak berasa diketepikan.

"Kalau sehari diberikan 25 jam sekali pun, jika tidak pandai membahagikan waktu pasti kita berasakan ada sesuatu yang tidak sempat dilakukan. Acara santai yang dilakukan tanpa dirancang selalunya lebih menjadi, sekali gus kejutan buat anak-anak.

"Jika tidak keluar ke mana-mana pun kami akan menghabiskan masa di rumah. Ada kalanya saya mengambil alih tugas isteri memasak dan sambil menjamu selera kami akan saling bertukar cerita dengan anak-anak," katanya sambil melirik si isteri, Norish, yang leka mengulit si bongsu, Qaqa At-Tameemi, genap dua tahun pada September ini.

Perkahwinan keempat vokalis tersohor dengan Norish atau nama sebenar Norhaniza Hassan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 7; Sania Samara, 6; dan Qaqa, malah menerusi perkahwinan terdahulu, Amy mempunyai dua anak, Nabila Huda, 26; serta Irisha Myra, 15 (di luar negara).
Katanya, sepatutnya anak sulungnya yang selesa disapa Abil bersama cucunya, Keisha Laila Zaidi, 1, turut menyertai acara santai itu namun disebabkan komitmen terhadap drama terbarunya, hasrat itu terpaksa dibatalkan pada saat akhir.

Namun sambung Amy yang tampak cukup berbangga menyandang gelaran datuk pada usia 53 tahun, mereka sekeluarga akan berkumpul lagi pada sebelah malamnya untuk meraikan kelahiran bayi kesayangan keluarga yang dilahirkan pada 11 Mei 2010.

"Diam tak diam cucu saya sudah genap setahun. Cepat benar masa berlalu macam baru semalam saya mengendong Nabila dan sekarang anak sulung saya sudah memberikan cucu. Syukur saya masih dikurniakan umur panjang untuk menikmati pengalaman ini.

"Apabila mempunyai anak kecil dan cucu yang hampir sebaya, saya berasa diberi kenikmatan yang tiada taranya. Berpeluang melihat anak serta cucu membesar di depan mata adalah anugerah tidak terhingga. Mungkin dulu saya terlampau sibuk bekerja, sekarang sesibuk mana pun saya berusaha mengisi masa dengan mereka," akuinya.

Seperti didedahkan isterinya, Amy meletakkan keluarga pada tangga pertama, malah seboleh-bolehnya mahu semua anak berkumpul sekali pun si sulung sudah punya keluarga sendiri. Selepas menunaikan umrah sekeluarga, mereka bercuti beramai-ramai pula ke Australia.

Bukan mahu menunjuk-nunjuk, kata Norish dengan merendah diri, sebaliknya rezeki yang diperoleh sememangnya untuk anak-anak, malah mereka menyimpan berdikit-dikit untuk memastikan perancangan percutian keluarga dapat direalisasikan.

"Kami pergi 10 orang termasuk dua bayi, Qaqa dan Keisha. Walau penat, ia pengalaman menyeronokkan. Saya nampak Amy begitu gembira dapat menunaikan permintaan anak-anak. Sebenarnya kami berdua tidak kisah bercuti di mana saja, tetapi Australia destinasi yang diidamkan anak-anak.

"Insya-Allah selepas ini Amy merancang membawa kami sekeluarga menunaikan haji. Semoga impiannya itu dipermudahkan Yang Maha Kuasa. Jika tiada aral melintang kami harap dapat kembali semula ke Tanah Haram tahun ini juga," katanya yang sudah tiga kali menunaikan ibadat Umrah.

Kerjasama dengan Ahmad Dhani

BERKONGSI soal kerjaya, pengetua AF9 yang turut menjayakan Konsert Legenda Double Trouble di Melaka pada 27 Mei bersama Search dan Wings itu juga bakal kembali sibuk dengan persediaan persembahan Hari Bapa di Hotel IOI Resort Putrajaya pada 17 Jun ini.

Bertemakan Mentari Moments With Amy Search, kemunculan penyanyi Fantasia Bulan Madu serta Isabella selama satu setengah jam itu bakal diiringi lima pemuzik diketuai Edrie Hashim selaku pengarah muzik, malah lebih bermakna Amy juga akan menyampaikan lagu barunya.

"Saya berbesar hati apabila diundang memeriahkan sambutan Hari Bapa di sini. Ia lebih dekat dengan khalayak khususnya meraikan mereka yang berada pada era kegemilangan Search dulu. Sudah pasti persembahan ini cukup peribadi buat saya kerana turut mengimbas nostalgia sendiri.

"Mengikut perancangan, majlis ini nanti lebih kepada acara makan malam. Golongan bapa yang dirai akan berjalan di permaidani merah sebelum disaji hidangan hebat sambil dihiburkan rangkaian lagu hits saya. Dewan pula dihias indah sesuai tema acara yang menampilkan merah sebagai rona utama," kongsinya lagi.

Pada majlis yang julung kali diadakan itu, juara Bintang Idola Berita Harian (BIBH) 2011, Azhar Osman, bakal memanaskan dulu acara bersama dua lagu. Penganjur turut menyediakan ganjaran istimewa buat tetamu bertuah termasuk aksesori mutiara daripada Rafflesia yang mencecah RM10,000!

Ditanya perihal pembikinan album mini solo yang 'lari' daripada imej rock, kata penghibur yang sudah lebih tiga dekad bergelar penyanyi itu, rakaman masih berlangsung seperti dirancangkan memandangkan buah tangan terbarunya itu diharap dapat diedarkan menjelang Ramadan.

"Setakat ini lagu bersama Yasin Sulaiman dan Edrie Hashim sudah saya selesaikan. Hanya menanti empat lagu lagi iaitu kerjasama dengan komposer serta penyanyi Indonesia seperti Ahmad Dhani dan Opick yang sedang disempurnakan," katanya lagi.

INFO: Mentari Moments With Amy Search

  • Diadakan di Hotel Marriot IOI Putrajaya pada 17 Jun 2011.
  • Persembahan disertakan dengan jamuan makan malam.
  • Harga untuk sebuah meja bagi 10 orang antara RM1,500 hingga RM4,500 atau RM150 hingga RM450 seorang.
  • Untuk tempahan, hubungi 03-89432 233 atau 03-89498888.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Semakin matang

    Posted: 24 May 2011 03:00 PM PDT

    Hip

    Banyak tampilkan pelakon lelaki, KL Gangster tetap meyakinkan

    KEMATANGAN Syamsul Yusof sebagai pengarah berkaliber kian terserlah melalui buah tangan terbarunya, KL Gangster, yang dipersembahkan kepada wakil media Isnin lalu.

    Kelegaan begitu jelas terpancar pada wajahnya apabila rata-rata mereka yang menonton memberikan komen positif. Ucapan tahniah bertali arus sebaik selesai sesi pratonton, cukup tidak dijangka anak muda ini kerana projek filem ini hampir terbatal berikutan beberapa masalah yang timbul. Filem yang menjalani penggambaran selama 38 hari dengan kos pembikinan sebanyak RM2.1 juta itu dibintangi Syamsul sendiri dan diperkuatkan lagi dengan kehadiran Aaron Aziz, Ady Putra, Zizan Raja Lawak, Shoffi Jikan, Adam Corrie, Ku Faridah, Riduan Hashim dan Sheera Iskandar.

    Biarpun sarat dengan aksi pergaduhan, Syamsul bijak mengadun filem itu. Jalan ceritanya tersusun cantik tanpa membuatkan penonton keliru. Selain itu, Syamsul turut menyuntik elemen komedi dan kekeluargaan di dalam filem berkenaan, untuk menjadikannya lebih berwarna-warni.

    Anak muda berusia 27 tahun ini juga ternyata berani apabila memaparkan pelakon lelaki sebagai tunjang utama sementara pelakon wanita hanya ditampilkan memegang watak tambahan. Tanpa kehadiran pelakon wanita popular sekalipun, eksperimen Syamsul nyata berjaya.

    "Sebelum tayangan filem ini, saya tidak senang hati, bimbang penonton tidak boleh fokus dengan apa yang cuba saya sampaikan. Formula saya setiap kali menghasilkan filem perlu ada elemen emosi. Mungkin kelihatan agak tipikal apabila saya menyelitkan elemen kekeluargaan, tetapi saya cuba mempersembahkan dalam cara berbeza.
    "Ketika menghasilkan filem ini, saya luangkan masa menonton filem The Godfather dan Young & Dangerous untuk dijadikan inspirasi. Saya tidak meniru, sebaliknya saya cuba meneroka apa yang boleh saya lakukan untuk filem KL Gangster.

    "Saya juga bertemu dengan samseng untuk mengetahui bagaimana gaya hidup serta cara pertuturan mereka. Malah saya meniru gaya pertuturan kumpulan berkenaan untuk filem ini. Bagaimanapun skrip yang saya hasilkan bersama Rizal Ashref hanyalah draf. Selebihnya diolah oleh pelakon ketika di set.

    "Saya juga seronok dapat bekerjasama dengan pelakon yang membintangi filem ini kerana mereka profesional malah filem ini berjaya disiapkan dalam tempoh agak singkat," kata Syamsul.

    Tertekan harapan peminat

    MENGULAS mengenai projek filem terbabit yang hampir dibatalkan, Syamsul menjelaskan, perkara itu timbul kerana kesukaran untuk menyatukan kesemua artis.

    Kesukaran mendapatkan ke semua pelakon secara tidak langsung turut menjejaskan sesi latihan. Syamsul bagaimanapun bersyukur apabila setiap pelakon yang menjayakan filem berkenaan memberikan sepenuh komitmen.

    Sesi latihan untuk aksi berlawan dijalankan dalam masa sebulan. Walaupun sudah menjalani latihan, namun masih berlaku kemalangan kecil yang tidak dapat dielakkan.

    Buat kali pertamanya juga, idea membikin filem ini dihasilkan Syamsul tanpa campur tangan bapanya. Memang Datuk Yusof Haslam ada memberikan beberapa saranan, tetapi Syamsul enggan mengikut cadangan bapanya kerana lebih mengetahui keinginan penonton berjiwa muda.

    Pemenang Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-23 ini mengakui, trofi diraih sedikit sebanyak membuatkan dia tertekan kerana penonton pasti meletakkan harapan tinggi.

    "Saya mengaku memang ada rasa tertekan kerana memikirkan sambutan daripada penonton selepas menonton KL Gangster dan juga tekanan akibat anugerah yang pernah saya menang sebelum ini," ujarnya sambil memberitahu, elemen komedi dan samseng di dalam KL Gangster secara kebetulan mempunyai sedikit persamaan dengan Kongsi terbitan MIG Production, tetapi jalan ceritanya nyata berbeza.

    Pemuda itu juga mendedahkan, dia tidak kisah sekali pun penjualan tiket untuk filem terbarunya tidak seberapa. "Malah, saya tak berani nak mensasarkan berapa yang mampu dikutip oleh filem ini. Tetapi saya lebih memerlukan maklum balas baik daripada media dan penonton. Itu sebenarnya lebih bermakna kerana saya mahu perbaiki lagi mutu pengarahan," katanya yang banyak berkhayal ketika menghasilkan skrip filem ke-27 terbitan Skop Production itu.

    Ketika menghasilkan skrip, katanya, tiada pelakon yang dirasakan layak melainkan semua nama yang disebutkan tadi.

    Sementara itu menyentuh mengenai dirinya yang turut terbabit dalam filem itu, Syamsul yang akan menghasilkan prekuel filem itu sedikit masa lagi berkata, dia turut berlakon dalam sesebuah filem jika berasakan watak itu sesuai. Lagipun hanya dengan terus berlakon dia dapat memperbaiki lagi mutu lakonan.

    Dalam majlis yang sama, Syamsul turut menafikan dia menggunakan Zizan kerana populariti Artis Komedi Lelaki Popular itu untuk menarik penonton ke panggung. Sebaliknya dia meletakkan watak yang sempoi untuk menceriakan penonton, supaya tidak tertekan dengan aksi lawan.

    Sinopsis

    KL GANGSTER yang menemui penonton mulai 9 Jun ini mengisahkan dua beradik yang terjebak dalam dunia samseng iaitu Malek dan Jai. Si abang, Malek, merengkuk selama lima tahun dalam penjara kerana dikhianati kumpulannya sendiri.

    Setelah dibebaskan, Malek ingin mengubah persepsi masyarakat dan menjauhkan diri daripada kehidupan hitam sebagai anggota kongsi gelap. Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang sudah tua, tetapi sebagai bekas banduan, dia sering dipandang serong oleh masyarakat. Dalam masa sama, dia berdepan masalah moral adik perempuannya, Zati.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    :: MYARTIS.COM ::

    :: MYARTIS.COM ::


    ZIZAN NIN RAI PEMINAT...

    Posted: 24 May 2011 02:38 PM PDT

    Aquila Emas Sdn Bhd dan Celeb Nexus Premium Community, sebuah syarikat pengurusan bakat di Malaysia dengan kerjasama Lewre International telah mengadakan majlis 'Up Close & Personal with Zizan Nin' baru-baru ini. Majlis istimewa itu bertujuan meraikan peminat Zizan secara peribadi dan telah diadakan di Lewre Concept Store, Mid Valley, Kuala Lumpur.

    "Idea untuk mengadakan majlis seumpana ini telah lama diilhamkan oleh pihak pengurusan Aquila Emas memandangkan sepanjang karier Zizan sebagai seorang artis, belum pernah Zizan meraikan para peminatnya secara peribadi, khusus dan istimewa.

    "Pada awal tahun 2011, satu pertemuan telah diadakan di antara Zizan serta pengurusan Aquila Emas dan pihak Lewre International. Alhamdulillah, pihak Lewre International bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan dimana Zizan sendiri mahu meraikan para peminatnya dan melayan mereka sebagai tetamu VIP dan bukan sebaliknya", ulas Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Md Isa.

    Selain daripada beramah mesra, peminat Zizan turut diberikan percuma 'Lewre Concept Membership Card' dan mendapat tawaran istimewa untuk setiap barangan Lewre yang dibeli pada hari itu berbanding perlu berbelanja minima RM300 untuk memiliki kad tersebut pada hari biasa.

    "Inilah kali pertama saya dapat meraikan para peminat saya secara peribadi, khusus dan istimewa. Mereka telah mengikuti dan menyokong karier seni saya sejak sekian lama lagi. Saya amat teruja meraikan mereka sebagai tetamu VIP", ujar Zizan.

    "Jumlah kehadiran yang terhad adalah kerana saya inginkan suasana yang cukup 'personal' agar dapat mengenali setiap seorang daripada mereka secara lebih dekat lagi. Oleh itu, pihak Aquila Emas telah menyenarai pendek jemputan melalui saringan yang dibuat terhadap permohonan para peminat saya yang diterima melalui Celeb Nexus Premium Community, Facebook, Twitter dan lain-lain lagi", tambahnya.









    GAMBAR MENARIK YANG LAIN... SILA KLIK..!




    Artikel & photos by: Aquila Emas Sdn Bhd


    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2011

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


    Datuk Siti Nurhaliza miliki Kondominium Mewah RM20 juta

    Posted: 24 May 2011 10:37 PM PDT

    datuk siti nurhaliza membeli kondominium mewahWah, Terkejut sekejap MyGosip bila mendengar Datuk Siti Nurhaliza membeli penthouse mewah dihadapan KLCC dengan harga lebih RM20 juta.. Ada gosip-gosip yang mengatakan penthouse mewah tu adalah hadiah harijadi yang ke-32 daripada Datuk K kepada Datuk Siti Nurhaliza.. Kalau betul la gosip tu.. memang sangat bertuah la Datuk Siti Nurhaliza ni kan.. Hadiah harijadi sampai berjuta-juta..

    Betul atau tidak Kondominium mewah itu adalah milik Datuk Siti Nurhaliza masih lagi menjadi tanda tanya.. kita tunggu je la Datuk Siti Nurhaliza bagi komen mengenai gosip ni nanti.. Tapi sudah ada jiran-jiran tetangga yang ternampak Datuk Siti Nurhaliza dalam lift menuju ke tingkat 40 keatas dekat kondominium mewah tu..

    Apa-apa pun MyGosip tumpang bangga la.. ada jugak Celebrity Malaysia yang tinggal kat kondominium mewah yang beharga puluhan juta ringgit ni.. Duduk depan KLCC lagi tu.. Ada ura-ura mengatakan penthouse mewah Datuk Siti Nurhaliza tu terletak di kondominium The Troika.. Jom layan gambar kat bawah…

    rumah baru siti nurhaliza

    rumah siti

    rumah siti nurhaliza

    kondominium siti nurhaliza

    penthouse mewah siti nurhaliza

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Filem Karak

    Posted: 24 May 2011 11:42 AM PDT

    karak posterSinopsis Karak:- Filem Karak ini mengisahkan sebuah cerita lagenda dan kisah seram di sepanjang lebuhraya Karak dan merupakan filem seram cubaan pertama terbitan KRU Studio yang diarah oleh Yusry Abdul Halim.

    Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.

    Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.
    .

    Tajuk Filem:
    Karak

    Pengarah:
    Yusry Abd Halim

    Penerbit:
    KRU Studios Sdn. Bhd.

    Dipawagam:
    26 Mei 2011

    Pelakon Karak:
    Shahir AF8
    Sheera Aiyob
    Kilafairy
    Md Eyzendy
    Sidek Hussain

    Trailer Karak:

    Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Rap

    Harian Metro: Rap


    Adila buka bisnes cuci kereta

    Posted: 24 May 2011 08:17 AM PDT

    PERNAH menghasilkan dua album dan menimba pengalaman menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), aura penyanyi Nas Adila Mohd Dan masih belum menyerlah.

    Mesra dipanggil Adila, penyanyi berusia 24 tahun ini sedar kedudukannya ketika ini dalam industri hiburan tempatan hampir sedekad bukan lagi zamannya.

    Kehadiran bakat baru seolah-olah membuatkan Adila tenggelam dan dilupakan. Namun, Adila menyatakan dia tidak putus asa, sebaliknya terus menyanyi atas dasar minat dan ia masih menjadi punca pendapatannya.

    Adila berkata, dia gembira kerana peminat masih menyokong karier seninya.


    Malah, dia bersyukur rezeki mengadakan persembahan pentas tidak putus.


    "Menjelang 28 hingga 29 Mei nanti, saya akan terbabit membuat persembahan sempena acara Himpunan Sejuta Belia anjuran Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan di Presint 2, Putrajaya.

    "Menariknya, salah satu persembahan saya nanti akan diiring pemuzik cak lempong. Boleh dikatakan setiap bulan saya masih mendapat pelbagai jemputan persembahan pentas.

    "Ada juga penganjur yang mengajak saya jadi juri pertandingan dan ketika ini ia seperti musim apabila mendapat banyak jemputan.

    "Saya bersyukur dan beruntung kerana peminat dan penganjur masih tidak lupakan saya. Malah, saya gembira apabila setiap hujung minggu ada persembahan.

    "Begitu juga, sambil menyanyi saya masih mempromosi single baru saya, I Love You. Sebenarnya, respons peminat terhadap lagu ini cukup positif, tetapi saya terkilan apabila segelintir stesen radio enggan putarkan kerana masalah lirik bercampur bahasa Inggeris," katanya.

    Dalam kesibukan memenuhi undangan diterima, Adila tidak melepaskan peluang memberi sokongan kepada akhbar harian nombor satu, Harian Metro ketika menjayakan acara Mini Konsert sempena Candat Sotong di Pulau Warisan Kuala Terengganu pada 1 Mei lalu.

    Adila yang tampil membuka persembahan menyampaikan dua singlenya, Bidadari Syurga dan I Love You termasuk Pesta Muda Mudi dan Matahariku.

    Katanya, dia masih memberi fokus utama pada bidang nyanyian walaupun sudah berjinak-jinak dengan lakonan sejak dua tahun lalu.

    "Sejak dulu, saya lebih minat menyanyi. Namun, saya sentiasa ingat pesan artis lama, kita harus bersedia bila zaman berubah.

    "Untuk itu, saya mula menjalankan perniagaan cuci kereta, Green Cleen Car Wash yang beroperasi di Kompleks Automobil, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.

    "Sejak dua bulan beroperasi, sambutan yang diterima daripada pelanggan cukup menggalakkan. Mulanya sebelum buka tempat ini, saya terfikir apa perniagaan yang sesuai kerana saya mahu pendapatan harian.

    "Saya fikir jika hendak buka restoran, ia susah kerana perlu fikir bermacam-macam aspek seperti tukang masak. Lalu, saya terfikir perniagaan cuci kereta lebih mudah kerana ramai pakai kereta, tetapi tidak mempunyai masa mencucinya.

    "Ada ketika apabila pelanggan ramai, saya juga turun padang bantu mencuci dan melakukan kerja menggilap kereta. Sejak kebelakangan ini, saya lihat ramai pelanggan yang datang berulang kali ke sini.

    "Saya sendiri pentingkan kualiti dan mungkin atas faktor itu, pelanggan saya selesa datang semula ke sini. Jika ada rezeki, saya berhasrat membuka cawangan lain selepas ini," katanya.

    Mengenai lakonan, Adila terbabit membintangi drama baru, Yoyong arahan Mior Hashim Manap dan skrip asal, Idrees Abdul Wahab.

    Drama sebanyak 13 episod untuk siaran RTM ini menyaksikan Adila membawa watak utama sebagai ibu yang mempunyai anak iaitu Yoyong.

    "Ini pertama kali saya bawa watak ibu. Bagi saya, ia tidak sukar, tetapi saya banyak belajar dengan abang Mior bagaimana menghayati watak dengan berkesan.

    "Pengalaman menjalani penggambaran selama 12 hari di sekitar Ulu Yam, Hulu Langat dan Lembah Klang termasuk bergandingan bersama Raja Azri yang menjadi 'suami' saya, suatu yang menarik.

    "Begitu juga, saya berhasrat untuk kembali berlakon teater dan filem jika ada peluang," katanya yang tidak sabar menantikan filem baru lakonannya bersama Fizo Omar, Hello ditayangkan.

    Menyentuh soal peribadi, Adila tidak berselindung dia sudah menjalinkan hubungan cinta dengan pengurusnya sendiri, Ridzuan (Redz).

    Katanya, dia selesa bersama Redz sejak menguruskan aktiviti seninya dua tahun lalu.

    "Ramai peminat saya yang tahu saya dengan Redz, pasangan kekasih. Perasaan cinta antara kami berlaku secara tidak sengaja apabila kami sama-sama terbabit dalam bidang ini.

    "Saya juga rasa selamat apabila Redz menemani saya ketika mengadakan persembahan. Kami sebenarnya belum membuat perancangan berkahwin tetapi jika boleh, kami mahu ia dilangsungkan pada tahun ini.

    "Hubungan kami diketahui keluarga kedua-dua pihak dan saya fikir kahwin cepat lebih baik untuk elak pandangan negatif masyarakat jika kami selalu bersama.

    "Jika sudah berkahwin dan mempunyai anak suatu hari nanti, saya fikir apa yang penting adalah menjaga bentuk badan agar terus kelihatan cantik. Jika boleh saya mahu terus kahwin kerana saya fobia bertunang lagi," katanya yang pernah putus tunang dua tahun lalu.

    PROFIL

    NAMA: Nas Adila Mohd Dan
    NAMA KOMERSIAL: Nas Adila
    ASAL: Johor Bahru
    UMUR: 24 tahun
    TARIKH LAHIR: 20 September 1986
    STATUS: Bujang
    PROFESION: Penyanyi, pengacara dan pelakon
    ALBUM: Kekasih Kerinduan (2004) dan Istana Janji (2006)
    FILEM: Jangan Pandang Belakang Congkak dan Hello
    DRAMA: Intan Asmara, Cahaya Deepavali, Menantu 3 Rasa dan Yoyong
    PROGRAM TV: Agro Challenge
    TEATER: Kita (2010)

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Azad terkilan David Teo

    Posted: 24 May 2011 08:06 AM PDT

    KETIKA semua pelakon, kru serta produser filem Kongsi bergembira dengan kejayaannya mencatat kutipan paling tinggi pada hari pertama tayangannya 12 Mei lalu, salah seorang pelakon filem itu, Azad Jazmin terkilan kerana mendakwa dipinggirkan daripada menyertai promosi filem itu.

    Azad yang memegang watak Mikail dalam filem terbitan Metrowealth (MIG) Pictures arahan Farid Kamil mengakui hanya mampu gembira dari jauh atas kejayaan Kongsi mencatat kutipan lebih RM7 juta.

    Katanya, apa yang membuat dirinya terkilan adalah tidak dipanggil serta diberitahu mengenai perjalanan promosi filem 'box-office' itu.

    Malah, katanya, nama serta gambarnya tiada langsung dalam poster filem yang turut dibintangi Shaheizy Sam, Fizo Omar dan Yana itu.


    "Semua ini berlaku kerana saya keluar daripada menjadi artis di bawah naungan MIG Talent sejak dua bulan lalu. "Saya keluar disebabkan tidak berpuas hati dengan produksi itu dan beberapa sebab tertentu.


    "Memang saya mengambil keputusan nekad untuk keluar dari MIG. Bagaimanapun, mereka tidak seharusnya menidakkan komitmen saya sepanjang menjayakan filem itu hingga nama serta gambar saya tiada langsung dalam poster.

    "Malah, saya tidak dimaklumkan mengenai promosi filem ini dan tidak diundang ketika majlis previu, baru-baru ini. Bagi saya ini cara kerja ini tidak profesional," katanya ketika ditemui di majlis sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Pulau Pinang di Sungai Acheh, Nibong Tebal, baru-baru ini.

    Azad yang memulakan kerjaya lakonan melalui filem Nana Tanjong 2 dan sitkom Anak Mami pernah diberi kepercayaan memegang watak utama dalam Ngangkung juga terbitan MIG yang mencatat kutipan lebih RM8 juta.

    Katanya, dia bagaimanapun enggan melatah dengan apa yang berlaku cuma tertanya-tanya tindakan MIG berbuat demikian yang dianggap tidak profesional.

    "Gara-gara tidak lagi bersama MIG, sampaikan nama dan juga gambar saya langsung tidak ada dalam poster filem itu. Namun saya tahu penonton akan tetap nampak komitmen serta lakonan saya dalam filem itu.

    "Saya sudah buat yang terbaik dan saya harap ia mampu meninggalkan kesan kepada penonton," katanya.

    Menurutnya, dia kini bergerak sendiri dan mendapat sokongan produser dan pengarah lain seperti Afdlin Shauki, Datuk Yusoff Haslam dan Mamat Khalid,
    "Saya tidak menafikan, peluang berlakon dalam filem memang luas ketika bersama dengan MIG. Malah, sebagai pelakon baru, saya bangga diberi peluang dan kepercayaan memegang watak utama dalam Ngangkung. Alhamdulillah dan saya bersyukur kerana itu adalah rezeki saya.

    "Begitupun ingin saya tegaskan di sini, walaupun peluang berlakon datang dari MIG, tetapi bukan produser David Teo yang beri rezeki itu. Allah s.w.t yang memberi saya rezeki itu dengan bakat yang saya pertaruhkan," katanya.

    Azad mendakwa ketika awal proses membintangi filem Kongsi, dia mendapat tahu bahawa nama serta gambarnya diletakkan dalam lakaran poster awal bersama pelakon lain iaitu Shaheizy dan Fizo.

    "Syra sedar kalau kita kerja dan berlakon dengan ikhlas, orang akan tetap nampak. Tidak perlu nak letak gambar dan nama dalam poster pun, orang akan tahu kehadiran saya dalam filem itu. Tapi bertindaklah secara profesional.

    "Selepas ini saya akan ceritakan apa yang berlaku sebenarnya antara saya dengan MIG sehingga saya mengambil keputusan keluar dari syarikat itu. Ingin saya jelaskan dan perbetulkan di sini, saya tidak pernah dibuang MIG sebaliknya saya sendiri yang memohon untuk keluar," katanya.

    Bercerita mengenai perkembangan terbarunya, selain Kongsi, Azad juga bakal muncul dalam filem Kurapat bergandingan dengan pelawak popular Jozan.
    Sementara itu pada penghujung tahun ini, filem Bohsia 2 dan Tiga Rasa lakonannya juga akan ditayangkan di pawagam.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Bakti terakhir buat ibu

    Posted:

    Bakti terakhir buat ibu

    Bakti terakhir buat ibu



    MEMULAKAN karier sebagai seorang pelakon seawal usia 20 tahun menerusi filem Berlari Ke Langit, nama Siti Elizad atau Ejad mula menjadi sebutan ramai.

    Meskipun filem sulungnya itu yang ditayangkan pada tahun 2004 dilihat kurang berjaya, namun ia tidak bermakna karier sebagai seorang pelakon terhenti setakat itu sahaja.

    Namanya kemudian mula melonjak setelah dia sekali lagi mendapat kepercayaan Bada untuk membintangi filem Gangster yang telah mendapat sambutan hangat di samping pelakon Rosyam Nor.

    Selepas itu, dia tidak menoleh ke belakang lagi dalam usaha untuk meletakkan namanya sebaris dengan pelakon-pelakon sedia ada serta mendapat kepercayaan pengarah sehingga telah berlakon enam buah filem setakat ini.

    Pada masa yang sama, kariernya tidak terhad sekadar bergelar pelakon filem sahaja, malah lakonannya turut dapat disaksikan di kaca televisyen menerusi drama-drama lakonannya.

    Bagaimanapun, pada saat namanya sedang dikenali ramai, tiba-tiba pelakon berkenaan terus menghilang daripada persada hiburan lantas menjadi tanda tanya ramai pihak terutamanya peminat.

    Sehinggakan ada khabar angin yang mengatakan bahawa Ejad telah mendirikan rumah tangga secara senyap dan tidak diizinkan oleh suami untuk terus berkecimpung dalam dunia lakonan.

    Berkesempatan menemuinya ketika majlis pelancaran drama bersiri Jamilah, I Love You! baru-baru ini, Ejad dengan tenang menjawab segala persoalan mengenai ketiadaannya dalam industri lakonan.


    BERGANDING. Siti Elizad dan Nazim pertama kali dipertemukan dalam drama.


    "Memang ramai tertanya-tanya tentang kehilangan saya selama ini. Sepanjang tidak berlakon selama dua tahun, saya sebenarnya menjaga arwah ibu yang menderita penyakit parkinson sehingga terpaksa berhenti berlakon seketika.

    "Ketika awal-awal diserang penyakit tersebut, arwah ibu masih lagi boleh bergerak sendiri. Namun apabila penyakitnya semakin serius, dia tidak mampu lagi untuk bergerak biarpun ke tandas," jelas Ejad.

    Menurut Ejad, biarpun pada mulanya agak sukar membuat keputusan untuk berehat daripada dunia lakonan, namun akhirnya dia terpaksa akur demi menjaga ibu yang tidak mungkin menjadi galang ganti dengan segala hal termasuk kariernya.

    Jelasnya, memandangkan dia satu-satunya anak perempuan tunggal dalam keluarga, dia rela berkorban semata-mata untuk menjaga ibunya dan turut dibantu oleh adik-beradik yang lain.

    "Bukan tidak mahu mengambil orang gaji tetapi sejak arwah ibu menderita penyakit tersebut, dia seperti malu untuk berhadapan dengan orang lain.

    "Tentang perbelanjaan harian pula, arwah ibu ada menyimpan sedikit wang yang disimpan sejak dia bekerja dahulu dan wang itulah yang digunakan untuk makan dan minum serta kos rawatan," ujarnya.

    Tambahnya lagi, biarpun pada mulanya berasa agak tertekan untuk menjaga ibu yang sedang sakit, namun akhirnya dia menyedari bahawa saat itulah yang paling sesuai untuk mencurahkan segala kasih saya terhadap ibu tercinta.

    "Sewaktu arwah ibu meninggal dunia, saya memang rasa terlalu sedih sangat sehingga saya rasa selama ini saya tidak dapat menjaganya dengan baik.

    "Bagaimanapun, adik-beradik saya yang lain banyak memberi sokongan kepada saya dan salah seorang abang ada katakan kepada saya, sebelum arwah ibu meninggal dia gembira melihat keadaan saya," ujarnya.


    BARISAN pelakon Jamilah, I Love You! teruja menanti tayangan drama tersebut kelak.


    Ibunya iaitu Nazariah Mohd Saleh, 62, telah kembali ke rahmatullah pada 4 April lalu. Menurut Ejad, selain parkinson, ibunya turut menghidap komplikasi penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis.

    Ingin bangkit

    Sepanjang dua tahun meninggalkan dunia lakonan kerana menjaga ibu yang sakit, Ejad tidak menafikan dalam tempoh tersebut dia pernah mendapat tawaran berlakon.

    Namun begitu, tawaran yang diterima itu terpaksa ditolak kerana tidak yakin dapat membahagikan masa dan memberi sepenuh komitmen ketika menjalani penggambaran.

    Kini setelah kehilangan ibu tercinta, Ejad telah bertekad untuk bangkit dan mahu kembali aktif semula dalam bidang yang pernah ditinggalkan sebelum ini.

    Malah, dia sebenarnya telah muncul kembali ke dunia lakonan dengan membintangi drama Cinta Antara Kita untuk slot Akasia di TV3 yang telah disiarkan pada bulan Mac lalu.

    "Mulanya saya memang menolak untuk berlakon drama tersebut, tetapi kemudiannya bersetuju apabila kak Ziela Jalil selaku penerbit telah berjumpa dengan saya sendiri dan memberitahu niatnya untuk menolong saya.

    "Cuma apa yang lebih menyedihkan hati saya apabila arwah ibu hanya sempat melihat satu episod drama tersebut sebelum dia menghembuskan nafas terakhir," ujarnya.

    Menurut Ejad, biarpun sehingga kini masih lagi terasa dengan kehilangan ibunya itu, namun dia bersedia untuk menerima apa sahaja tawaran berlakon yang sesuai sama ada drama atau pun filem.

    "Sekarang ini keadaan saya sudah pun kembali baik dan kini saya perlu meneruskan kehidupan seorang diri setelah ketiadaan arwah ibu.

    "Malah, inilah peluang terbaik untuk saya meneruskan karier dalam bidang lakonan yang pernah ditinggalkan sebelum ini dan dan yang terbaru saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jamilah, I Love You! untuk saluran Astro Ria," ujarnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tasha, Zizan masuk kubur

    Posted:

    Tasha, Zizan masuk kubur

    Tasha, Zizan masuk kubur

    Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR


    BARISAN pelakon Panggilan Arwah. Dari kiri: Riezman, Zizan Nin, Tasha dan Mahmud Ali Basha.


    SIAPA sahaja pasti akan insaf apabila terfikirkan soal kematian apatah lagi membayangkan alam kubur yang penuh dengan misteri serta sering dikategorikan sebagai tempat menakutkan.

    Perasaan itu turut dialami oleh dua pelakon, Zizan Nin dan Tasha Shilla yang merasakan sendiri pengalaman masuk ke dalam 'rumah kedua' manusia itu ketika sesi penggambaran drama Panggilan Arwah.

    Menjadikan tanah perkuburan sebenar sebagai lokasi penggambaran sudah cukup membuatkan Tasha kecut perut kerana tidak pernah melakonkan babak sedemikian.

    "Tubuh badan saya dikafankan dan hidung saya disumbat dengan kapas seperti orang yang betul-betul telah mati.

    "Hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya saya ketika badan saya dibawa turun ke dalam kubur dan dibaringkan di liang lahad," jelas pelakon berusia 24 tahun itu.

    Tasha yang pernah muncul dalam filem Ratu The Movie juga memberitahu penggambaran terpaksa dihentikan seketika kerana dia pengsan setelah beberapa minit dimasukkan ke dalam kubur.

    Selain dimasukkan ke dalam kubur, tubuh badan Tasha kecuali kepala turut dikambus dengan tanah pada pukul 3 pagi bagi memenuhi keperluan satu babak sahaja.

    Memegang watak Sabariah dalam drama terbitan Filmscape Sdn. Bhd. itu menuntut Tasha membawa watak berbeza daripada lakonannya sebelum ini.

    "Selalu orang akan melihat saya memegang watak perempuan jahat tetapi kali ini saya mencabar diri saya untuk memegang watak sebagai hantu," ujar pelakon drama Sahara itu lagi.

    Aktor Zizan Nin pula menyatakan pengalaman selama 10 hari penggambaran drama itu cukup menyeronokkan dan memberikan dirinya banyak pengajaran tentang kehidupan.

    Sama seperti Tasha, Zizan juga perlu melakukan babak di dalam kubur namun tidak timbul perasaan takut dalam dirinya dan menganggap ia sebagai momen yang perlu diingati sebagai peringatan untuk diri sendiri.

    "Berada dalam kubur seperti berada di dalam dunia berbeza dan membuatkan kita sedar betapa kerdilnya kita di muka bumi ini.

    "Tetapi saya tidak perlu berasa takut kerana alam kubur akan dijalani semua orang termasuk saya," spontan sahaja nada pelakon yang telah bertapak selama lapan tahun dalam industri seni tanah air itu.

    Dikambus hidup-hidup

    Zizan turut memberitahu babak ketika dia dikambus tanah secara 'hidup-hidup' membuatkan tanah kubur tersebut masuk ke dalam mulutnya.

    Drama arahan Faisal Ishak itu bakal menemui penonton Astro Citra di saluran 131 pada 29 Mei ini dan turut dibintangi Mahmud Ali Basha, Jazz Rashid, Kuza dan Riezman Khuzaimi.

    Menceritakan kisah Amin (Zizan Nin), seorang graduan perubatan yang baru sahaja menamatkan pengajiannya pulang ke kampung halaman sementara menunggu tawaran berkhidmat sebagai doktor di hospital kerajaan.

    Ketika berada di kampung, Amin sering bermimpi tentang ibu saudaranya, Sabariah (Tasha Shilla) yang diseksa dalam kubur dan meminta pertolongan daripada Amin.

    Bingung dengan makna di sebalik mimpi tersebut, Amin cuba mencari kisah silam emak saudaranya daripada ibunya, Maimun (Kuza) tetapi ditegah oleh ayahnya, Badrul (Mahmud Ali Basha).

    Amin gagal membezakan mimpi dan realiti dan memaksa dia menyiasat misteri Sabariah seorang diri dan akhirnya ayahnya membongkar rahsia hubungan Sabariah dengannya.

    Sabariah merupakan ibu kandung kepada Amin namun telah dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai kerana bimbang akan kata-kata orang kampung yang menuduh Sabariah melahirkan anak luar nikah kerana melakukan zina dengan seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur.

    Kebenaran yang terbongkar itu mendorong Amin mencari ayah kandungnya yang sebenar dan terjawablah teka-teki yang menghantui dirinya selama ini bahawa dia merupakan anak sah hasil perkahwinan ibunya dengan ayahnya, Ramlan (Riezman Khuzaimi) sebelum bercerai.

    Namun Sabariah terus muncul dalam mimpi Amin meminta pertolongan agar membantunya untuk dilepaskan daripada azab kubur akibat dosa silam yang dilakukannya. Kesudahannya bakal terjawab dalam drama penuh pengajaran ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kuasa Bieber, pengaruh Beyonce

    Posted:

    Kuasa Bieber, pengaruh Beyonce

    Kuasa Bieber, pengaruh Beyonce


    JUSTIN BIEBER


    JUSTIN BIEBER baru berusia 17 tahun. Dia juga bukan sesiapa sekitar lebih setahun lalu. Namun hari ini, Bieber adalah satu fenomena luar biasa yang telah tercetus dalam aliran muzik masa kini.

    Popular kerana wajah 'comel'nya, itu bukan satu-satunya tiket yang dipegang Bieber. Di sebalik kurniaan fizikal tersebut, pelantun lagu Baby itu turut diiktiraf menerusi bakat yang ada pada dirinya.

    Sebagai bukti dia bukan pendatang baru picisan, Bieber menerusi Billboard Music Awards yang berlangsung Isnin lalu telah menggondol tujuh anugerah termasuk Artis Digital Terbaik Sepanjang Tahun, Artis Baru Terbaik dan Album Pop Terbaik.

    Ia adalah pencapaian yang begitu besar buat Bieber, sementelah dia juga berjaya mengenepikan pencabar terdekatnya, Bruno Mars untuk menang besar pada majlis tersebut.

    "Saya baru berusia 17 tahun. Setiap hari saya merasakan saya telah melalui hari yang gila kerana telah bertemu banyak orang dan membuat orang tersenyum," katanya memberi respons terhadap kemenangan tersebut.

    Di sebalik kemenangan tersebut, ada kejutan yang lebih besar diberi oleh Bieber kepada umum.

    Adegan kekasih hatinya, Selena Gomez mencium Bieber secara terbuka di majlis tersebut menjadi satu 'percikan bunga api' terhadap penyanyi pujaan ramai itu. Ia umpama satu tanda aras atau amaran oleh Gomez secara tidak langsung kepada sesiapa yang mempunyai cita-cita untuk merapati penyanyi paling hangat itu buat masa ini.

    Penyanyi yang berasal dari Kanada itu bagaimanapun tidak memberi sebarang respons saat ditanya tentang ciuman tersebut, namun mengakui Gomez adalah seorang wanita luar biasa.

    Malah dalam ucapan kemenangannya, dia juga tidak menyebut nama Gomez, tetapi memilih berterima kasih buat ibunya.

    Berkongsi kemenangan besar bersamanya adalah Eminem yang dipilih sebagai Artis Terbaik Sepanjang Tahun, mengambil alih kemenangan daripada bekas kekasih Rihanna, Chris Brown yang tidak hadir pada malam tersebut.

    Rapper terkenal berusia 38 tahun yang tidak hadir ke majlis berprestij tersebut turut menggondol anugerah Artis Lelaki Terbaik Sepanjang Tahun, Album Rap Terbaik (Recovery) serta tiga anugerah lain.

    Selain Eminem, penyanyi Taylor Swift turut menang besar dengan menggondol tiga anugerah tertinggi termasuk Album Country Terbaik, Speak Now.

    Album Speak Now yang memasuki pasaran pada bulan November tahun lalu telah menjadi album paling laris dijual dalam masa lima tahun di Amerika Syarikat apabila ia terjual sebanyak lebih satu juta unit hanya dalam tempoh satu minggu!

    Rihanna yang tampil membuat persembahan kontroversi bersama Britney Spears melalui adegan cium saat berkolaborasi untuk lagu S&M juga tidak pulang dengan tangan kosong.

    Dia membawa pulang tiga anugerah termasuk Artis Wanita Terbaik Sepanjang Tahun.

    Beyonce pula mencatat kemenangan peribadi selepas dipilih sebagai penerima anugerah khusus iaitu Anugerah Artis Millennium.

    Dia yang pertama kali menyanyikan single terbaharunya, (Run The World) Girls, pada majlis tersebut dipilih berdasarkan transisi kerjayanya sejak pertama kali meninggalkan grup Destiny's Child pada tahun 2003 dengan jualan album mencecah 11 juta unit selain 25 juta single dalam tempoh kurang 10 tahun.

    Malah dia juga telah menjadi 'pecahan' paling sukses apabila keluar daripada sebuah grup untuk menjadi penyanyi solo.

    "Crazy in Love adalah sebuah lagu yang luar biasa. Apabila dia bergabung dengan Jay-Z, itu adalah satu magis dunia hiburan.

    "Dia adalah penyanyi terbaik yang boleh mencapai semua notasi sama seperti dalam album sewaktu menyanyi di dalam album. Itu adalah hal yang menakjubkan," puji Ryan Tedder dari grup OneRepublic yang bersetuju dengan pemberian anugerah tersebut kepada Beyonce.

    Turut berkongsi kemanisan anugerah tersebut adalah Katy Perry yang memenangi anugerah Lagu Digital Popular dan 100 Artis Popular. Begitu juga dengan Lady Gaga yang dipilih sebagai Artis Pop Popular.

    Will. i. Am yang mewakili grup Black Eyed Peas sewaktu mengambil trofi kemenangan Duo/Grup Terbaik telah memberi satu kesimpulan yang begitu signifikan dengan anugerah yang menghargai karyawan Hollywood berdasarkan penjualan album secara digital, konsert jelajah, kedudukan dalam carta dan populariti sama ada di media cetak atau alam maya.

    "Kita semua patut berterima kasih kepada teknologi kerana tanpa teknologi masa kini, kita tidak akan berada dalam industri ini," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Selasa, 24 Mei 2011

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    (Gambar) Ashraf Muslim & Tunang Bercuti Di Jakarta, Beli Barang Kahwin Ke?

    Posted: 24 May 2011 10:55 PM PDT

    Beberapa keping gambar pasangan bahagia, Ashraf Muslim & tunangnya kelihatan berada di bandar Jakarta mengunjungi kedai-kedai barang perkahwinan. Mungkin, ini persiapan mereka berdua yang akan berkahwin pada 1 Syawal nanti di bandar Mekah.

    Mereka bukan pergi berdua, sebaliknya turut ditemani oleh ahli keluarga yang lain. Iyalah, kami perlu maklumkan, mana tahu ada yang tak senang hati cuba timbulkan spekulasi yang bukan-bukan pula.

    Orang kata, barangan perkahwinan di negara seberang amat murah harganya berbanding di Malaysia. Malah, pilihan kain, kad kahwin atau barangan hantaran lebih banyak variasinya. Nak tahu betul atau tak, try'lah pergi sana, kan?

    Kredit gambar Beautifulnara.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sah, Tomok Bakal Berkahwin, Tamatkan Zaman Bujang Julai Ini.

    Posted: 24 May 2011 10:28 PM PDT

    [unable to retrieve full-text content]OHBULAN! nak mengucapkan jutaan tahniah buat penyanyi Tomok, Newboyz yang akan menamatkan zaman bujangnya pada 6 Julai ini di Saloma Bistro, Kuala Lumpur. Berita selanjutnya selepas ini.

    Zon Artis

    Zon Artis


    (Lirik Lagu) Pokok – Meet Uncle Hussain & Hazama AF9

    Posted: 24 May 2011 08:30 PM PDT

    (LIRIK LAGU) POKOK - MEET UNCLE HUSSAIN DAN HAZAMA AF9

    Lepas dengar lagu Pokok buat pertama kalinya pada konsert Akademi Fantasia minggu ke-7 lepas (sebelum tu pernah dengar kot, cuma tak perasan je), tersuka pula dengan lagu tu. Ditambah lagi lepas dengar nyanyian dari penyanyi asalnya, Hazama kat YouTube. Bertambah-tambah suka kami dibuatnya. Memang layan.

    Ok lah, kat bawah ni video dan lirik lagu Pokok tu. Enjoy! Tapi sebelum tu, kredit video kepada fakhrullvi dan lirik disalin terus dari post di blog ini.

    Tersesat malu bertanya tak tahu tak tahu kemana
    Terlalu banyak alasannya
    Duk terdiam
    Menyusur di kaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
    Tersentuh hati bagai luruh

    Tanya sama pokok apa sebab goyang
    Jawab angin yang goncang
    Terbang burung terbang patah sayap diduga
    Seandainya rebah kau masih ada

    Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yang belum
    Terlalu banyak alasannya
    Duduk terdiam
    Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
    Tersentuh hati mula luruh

    Tanya sama pokok apa sebab goyang
    Jawab angin yang goncang
    Terbang burung terbang patah sayap diduga
    Seandainya rebah kau masih ada

    Kau masih ada..
    Kau masih ada..
    Kau masih ada..
    Kau masih adaaaaa…… ooooooooo!

    Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yang belum
    Terlalu banyak alasannya
    Duduk terdiam
    Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
    Tersentuh hati mula luruh

    Tanya sama pokok…

    Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


    Amanda Imani Menang Besar di Festival Discovery 2011

    Posted: 24 May 2011 06:03 PM PDT

    Salam semua, apa khabar? Harap semua sihat ya. Kalau tak sihat tu, tak reti-reti nak makan ubat. Hehe, saje je nak menyakat korang. Hari ini 25 Mei, hari yang sibuk bagi Budiey sebab hari ini pagi, petang dan malam, penuh jadualku dengan event. Hari ini lokasi Budiey di Mid Valley pada sebelah pagi, sebelah petang pula di The Curve dan sebelah malam di KLCC. Fuhh… harap segalanya berjalan dengan lancar.

    Amanda Imani

    Semalam, Budiey ada terima bingkisan beberapa keping gambar dari pengurus Amanda Imani merangkap ibu kepada penyanyi ini. Gambar ini diambil semasa Amanda Imani menyertai edisi ke 20 International Pop Music Festival Discovery 2011 yang diadakan di Varna, Bulgaria di mana dari 13 hingga 15 Mei.

    Budiey difahamkan semasa festival muzik ni, Amanda Imani bertanding dalam dua kategori iaitu Lagu Terbaik, di mana dia mempersembahkan sebuah karya original, "Selamilah Cinta" dan Penyanyi Terbaik dengan mendendangkan lagu popular Mariah Carey, "Hero".

    Dengan ini, Budiey nak ucap tahniah kepada penyanyi yang semakin mendapat tempat ni. Sebabnya Amanda berjaya mengharumkan nama Malaysia kat bumi Bulgaria sana dengan memenangi Best Young Talent by World Association of Festivals and Artists (WAFA) dan Best Original Song (second place) – Selamilah Cinta.

    Dengarnya, peserta pertandingan bukan calang-calang orang ya. Semuanya berbakat dan persembahan mereka pula gempak-gempak. Pendek kata, semua vokal mantap-mantap. Selain Malaysia, negara-negara lain yang turut menghantar wakil untuk bertanding termasuk Itali, Rusia, China, Sepanyol, Turki, Sri Lanka, Ukraine dan Romania.

    Tapi keputusannya sangat tak diduga, Amanda akhirnya berjaya pulang membawa dua trofi. Kira okay dah tu. Jangan bawa pulang tangan kosong sudah ya. Ini menjadikan Amanda artis Malaysia pertama yang memenangi trofi dalam kategori ini. Diharap dengan kemenangan ini, nama Amanda semakin mengharum segar mewangi di bumi Malaysia ini.

    Amanda juga turut terharu dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada semua penaja.

    Amanda Imani

    Amanda manyanyikan lagu Hero – Mariah Carey

    Amanda Imani

    Amanda ditemuramah oleh TV Bulgaria

    Amanda Imani

    Amanda menyanyikan lagu Selamilah Cinta

    Amanda Imani

    Jangan ingat yang bukan-bukan ya, ini gambar Amanda bersama presiden festival, Dono Tsvetkov. Hehe.

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Amanda Imani Ke International Pop Music Festival Discovery 2011
  • Gambar Amanda Imani Melaram Seksi di ABP 2010
  • Gambar Amanda Amani di Green Cheongsam Showcase
  • Amanda Imani Dipandang Rendah Sebab Syok Sendiri?
  • Album Amanda Imani & IZ OIAM Kini Diedarkan di Austin Chase
  • Gambar Amanda Amani di Ujibakat Avon Voices
  • Selebriti di Rumah Terbuka Suria FM & Red FM 2010
  • Kampus Astro Learning Carnival
  • Video Sekitar Party Dinner Pelakon Komedi ABP2010
  • Konsert Alam Zainal Abidin Bakal Hiburkan Zoo Negara
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Aiskrim Nestle Drumstick Almond Thrill Terbaru

    Posted: 24 May 2011 09:03 AM PDT

    NESTLÉ DRUMSTICK® TAWARKAN AISKRIM DAN PERADUAN BARU

    NESTLÉ DRUMSTICK® menjanjikan aiskrim yang lebih lazat dan rangup setiap kali anda menikmatinya, NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL. Produk terbaru ini dihasilkan daripada resipi baru yang lebih lazat berkrim, dengan perasa kacang pekat, yang dimuatkan dalam kon gelap, diselaputi lilitan coklat nipis dan ditaburi kacang badam tumbuk di atasnya.

    Nikmatilah kelazatan rasa NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL sama ada sedikit demi sedikit atau makan bahagian luarnya yang sungguh rangup dan lazat. Dengan cara apa sekalipun, anda akan mendapati aiskrim ini memberikan rasa yang berlainan setiap kali anda menikmati kelazatannya. Sama ada kelembutan tekstur daripada pusaran coklat di bahagian tengahnya atau nuget coklat yang memberi kepuasan sehingga kunyahan terakhir.

    Photo 01

    NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL menyertai rangkaian NESTLÉ DRUMSTICK® yang menawarkan pilihan klasik "Vanilla's Got Nuts", "Chocolate Blast", "Saucy Strawberry", dan juga "KIT KAT®". Harga jualan yang disyorkan ialah RM2.80.

    "NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL telah dicipta untuk memberikan kelazatan dan keseronokan kepada penggemar aiskrim, dengan kombinasi tekstur dan perasanya yang unik. Ia juga menekankan komitmen NESTLÉ DRUMSTICK® untuk memberikan sesuatu yang baru untuk dicuba dan dinikmati oleh pengguna kami," kata Chew Soi Ping, Pengarah Eksekutif, Bahagian Aiskrim NESTLÉ PRODUCTS SDN BHD.

    "Peraduan NESTLÉ DRUMSTICK® diadakan untuk memberi semangat pengembaraan kepada penggemar NESTLÉ DRUMSTICK® dan sukacita kami menawarkan peraduan ini yang diharapkan akan memberi peluang untuk mengalami pengalaman dan pengembaraan baru," tambahnya.

    Peraduan NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL What's Yours? akan memberi peluang kepada penggemar aiskrim untuk memenangi hadiah berjumlah RM57,000. Peserta yang berminat hanya perlu menyatakan bagaimana mereka ingin mengalami pengembaraan impian mereka dengan NESTLÉ DRUMSTICK®.

    Untuk menyertai peraduan ini, peserta haruslah terlebih dahulu menjadi peminat Facebook NESTLÉ DRUMSTICK® di www.facebook.com/NestleDrumstick dan kemudian mendaftar sebagai ahli Facebook NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL What's Yours? di http://apps.facebook.com/drumstick-thrill.

    Mereka harus memuat naik video – yang tidak melebihi tempoh dua minit – mengikut tema yang ditetapkan di Facebook, atau menghantar video yang diambil di mana-mana acara NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL What's Yours? yang disenaraikan di laman web www.drumstick.com.my.

    Video mesti menunjukkan aiskrim NESTLÉ DRUMSTICK® – "Strawberry Classic", "Vanilla Classic", "Chocolate Classic", "KIT KAT®" atau ALMOND THRILL. Video boleh dihasilkan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina, dan mesti dimuat naik selewat-lewatnya pada 26 Jun 2011.

    Seramai 20 finalis yang menghantar video terbaik akan dipilih berasaskan kreativiti, keaslian dan yang berkaitan video mereka, yang seterusnya akan dipaparkan di laman Facebook NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL What's Yours? dari 4 hingga 24 Julai 2011, untuk membolehkan orang ramai melihat, mengulas dan mengundi.

    Pemenang hadiah utama akan memenangi pengembaraan yang menyeronokkan bernilai sehingga RM20,000, manakala setiap seorang daripada 19 finalis yang lain akan menerima kamera Canon Power Shot SX30IS bernilai RM1,699.

    Seramai 30 pengundi juga berpeluang untuk memenangi Hadiah Insentif Pengundi berupa Apple iPod Shuffle bernilai RM179. Mereka hanya perlu mengundi untuk salah satu video yang terpilih dan menjawab satu soalan dengan betul.

    Peraduan NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL What's Yours? dibuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas.

    Untuk maklumat lanjut mengenai NESTLÉ DRUMSTICK® ALMOND THRILL, hubungi
    1-800-88-3433 antara 10 pagi dan 5 petang, dari Isnin hingga Jumaat, atau layari laman web www.nestle.com.my.

    Photo 02

    Photo 03

    Photo 04

    Photo 05

    Photo 06

    Photo 07

    Photo 08

    Photo 10\

    Photo 09

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Stacy di Event Wall's Cornetto Beri 100ribu Aiskrim
  • Akim & Stacy Dilantik Jadi Duta Walls Cornetto
  • GELAGAT PERSIAPAN HARI RAYA DALAM DRAMA ALMOND LONDON
  • KUIH RAYA JUARA ANTARA KOLEJ
  • Peraduan Cornetto Show Your Love – Makan & Menang
  • Nikmati Keenakan Magnolia Sherbet Terbaru
  • SingleTrackMind LIVE @ Hard Rock Café Kuala Lumpur
  • Gambar Fara Fauzana di Road Show Siri Hot FM
  • Gambar Selebriti di Kembara TV3 Edisi Raya
  • Gambar Akim di Sidang Media Konsert Walls Cornetto
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.