Adsense

Khamis, 28 April 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Anggap Shiha seperti anak sendiri

Posted:

Anggap Shiha seperti anak sendiri

Anggap Shiha seperti anak sendiri

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL dan NUR SYADILA AMRI (Politeknik Johor Bahru)


AKSI-AKSI Sharifah Aini dan Shiha sewaktu menjalani latihan di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


SEBAIK sahaja melangkah masuk ke mahligai indah milik Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, telinga ini terus menangkap alunan indah suara yang cukup merdu sambil diiringi oleh petikan piano.

Kelihatan Sharifah Aini dan Shiha begitu khusyuk dan fokus kepada sesi latihan yang berlangsung ketika itu sehinggakan kehadiran kami tidak disedari mereka berdua.

Usai memberi salam, Sharifah Aini bingkas bangkit dari kerusi piano lalu menyambut kedatangan penulis dan jurufoto dengan penuh mesra sambil diekori Shiha di belakangnya yang pantas menghulurkan tangannya dan bersalam dengan kami.

"Inilah rutin yang kami jalankan setiap minggu dan saya mahu memastikan Shiha berada dalam tahap terbaik agar dia mampu memberikan persembahan yang membanggakan pada konsert mingguan.

"Setakat ini, saya amat berpuas hati dengan prestasi Shiha. Sebagai mentor, saya rasa bertuah kerana dapat memiliki Shiha sebagai protege. Alhamdulillah, sepanjang bersama dengan Shiha, saya tidak mempunyai sebarang masalah.

"Dia memiliki bakat yang pada hemat saya cukup luar biasa dan segala apa yang saya ajar kepadanya, dia cepat tangkap dan aplikasi untuk setiap persembahannya," ucap Sharifah Aini dalam nada syukur sambil dipersetujui Shiha yang duduk di sebelahnya.

Mengulas tentang penglibatannya dalam Mentor 5, Sharifah Aini menyifatkan ia merupakan keputusan terbaik yang dilakukannya.

Apatah lagi, sepanjang lebih empat dekad menjadi seorang anak seni, inilah kali pertama dia melibatkan diri dalam program realiti seperti Mentor 5.

"Alhamdulillah, saya gembira apabila pihak TV3 sentiasa memberi ruang kepada saya untuk berkongsi idea bagi memantapkan lagi persembahan Shiha," kata Sharifah Aini atau nama penuhnya, Sharifah Aini Syed Jaafar ini bersungguh.

Sebagai seorang yang memiliki pengalaman luas dalam bidang seni, sudah pasti Sharifah Aini mahu berkongsi ilmu yang ada dalam dirinya kepada generasi muda agar mereka mampu menjadi seorang penyanyi unggul kelak.

"Acap kali saya tegaskan kepada Shiha, untuk menjadi seorang penyanyi yang baik bukan mudah. Semuanya memerlukan pengorbanan, usaha dan kerja keras dalam membentuk diri menjadi seorang penyanyi yang versatil.

"Atas alasan itu, saya amat menitik beratkan semua aspek termasuk kedudukan tubuh badan ketika menyanyi, sebutan, penghayatan dan lontaran suara.

"Sering kali, masyarakat menganggap seorang penyanyi itu perlu menjaga sebutan dalam nyanyiannya hanya untuk lagu-lagu Inggeris.

"Sedangkan mereka tidak tahu bahawa sebutan itu juga amat penting dalam lagu bahasa Melayu. Daripada pengamatan saya, bukan semua penyanyi hari ini khususnya penyanyi muda yang menitik beratkan soal itu.

"Mungkin ia kedengaran agak remeh tetapi sebenarnya ia adalah elemen penting dalam memastikan persembahan kita mampu memberikan kepuasan kepada audiens," cerita pelantun lagu Kau Tinggi Di Awan Biru dan Rahsia Hati ini penuh bersungguh.

Berbekalkan tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan kepada Shiha, tidak hairanlah apabila Shiha sering mendapat pujian dan berada di carta teratas dalam Kumpulan A Mentor 5 lalu meninggalkan dua pencabarnya, Ayish dan Ratnah di belakangnya.

Namun, Sharifah Aini juga sering menasihatkan Shiha agar tidak berasa selesa dengan kedudukannya kerana dalam program realiti, sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Dalam hal ini, protege kepada Edry Abdul Halim iaitu Nursyafiqah Nasratullah Mohd. Nor atau Iqa dilihat Sharifah Aini sebagai bom jangka yang mampu mengejutkan ramai pihak sepanjang Mentor 5 berlangsung.

Begitu juga dengan Salma yang merupakan protege kepada Erra Fazira yang menjadi perhatian dan sebutan ramai ketika ini.

"Kedua-dua protege ini saya anggap sebagai pencabar terdekat Shiha dalam Mentor 5 kerana mereka memiliki keistimewaan tersendiri," ujarnya.

Untuk itu, selain kelas vokal yang turut dibantu oleh rakannya, Eja, Sharifah Aini juga memastikan Shiha mendapat bimbingan yang sewajarnya menerusi kelas tarian.

"Saya membimbing Shiha dengan cara yang cukup matang dan profesional di mana dia boleh meluahkan apa sahaja masalah kepada saya," jelas Sharifah Aini yang pernah membintangi filem Hapuslah Airmatamu dan Bintang Pujaan ini lagi.

Ketika ditanya mengapa Shiha tidak diberi peluang menyanyikan lagu-lagu popularnya:

"Saya mahu Shiha menjadi penyanyi yang memiliki identiti sendiri. Saya bimbang kalau saya beri lagu-lagu saya, nanti dia akan mengikut lenggok nyanyian saya.

"Walaupun apa yang terjadi, saya akan terus menyokong Shiha walaupun Mentor sudah tamat kelak kerana yakin dengan pakej lengkap yang dimilikinya. Saya mahu melihat bakat-bakat baru yang segar terus mewarnai industri hiburan kita."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karl di KL Metal Camp

Posted:

Karl di KL Metal Camp

Karl di KL Metal Camp

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar AMIRA AZMAN


KARL bakal mengubat rindu peminat Cromok pada Konsert KL Metal Camp 2011 di One Cafe, Kuala Lumpur 1 Mei ini.


TAHUN ini Konsert KL Metal Camp masuk tahun kelima anjuran syarikat rakaman Nebiula Productions di mana ia dijayakan oleh kumpulan-kumpulan metal terkenal tempatan.

Pemilik syarikat itu, Ramze Hamid berkata, tahun ini konsert yang mengenakan tiket RM30 itu menampilkan dua kumpulan terkemuka, Sofea dan Karl Cromok sebagai tarikan utamanya.

Menurutnya, Konsert KL Metal Camp 2011 buat julung-julung kalinya menampilkan dua kumpulan itu selepas hampir 20 tahun mereka tidak muncul di atas pentas persembahan.

"Tidak dinafikan setiap tahun KL Metal Camp yang merupakan aktiviti tahunan kami menampilkan pelbagai kelainan. Tahun ini kelainan dan tarikan utama konsert ini ialah Sofea dan Karl Cromok.

"Ini kerana, dua kumpulan itu bukan sahaja sudah lama tidak mengadakan konsert tetapi mereka masih mempunyai peminat yang ramai," katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Karl atau Khairul Anuar Shariff, 45, yang merupakan gitaris kumpulan thrash metal, Cromok akan muncul biarpun tidak bersama anggota-anggota asal kumpulan tersebut.

Sebaliknya, dia akan muncul bersama tiga pemuzik undangan iaitu Shah Sidious selaku gitaris, Zali Dethstroke (dram) dan Hafiz Fedora (bassis) pada konsert yang dinanti-nantikan ramai itu.

"Kali terakhir saya muncul bersama Cromok ialah pada tahun 1996 menerusi album Yours Truly. Saya juga akan mempromosikan album solo saya berjudul Shred It Back pada konsert itu nanti.

"Persembahan saya itu nanti sedikit sebanyak mampu mengubat rindu para peminat saya dan Cromok. Saya juga mungkin akan menyampaikan lagu Cromok secara instrumental," ujarnya penuh optimis.

Sementara itu, vokalis kumpulan Sofea, Amiruddin Zulkefli atau Ami juga teruja untuk muncul pada Konsert KL Metal Camp 2011 selepas hampir 20 tahun tidak mengadakan persembahan pentas.

Jelas bapa kepada tujuh anak dan berasal dari Manjoi, Ipoh, Perak ini, dia akan menyanyikan lagu-lagu lama Sofea dan bekas kumpulannya, SYJ pada persembahannya dengan durasi sekitar 40 minit itu kelak.

"Antara lagu yang akan saya sampaikan bersama Sofea pada konsert itu bertajuk Hati Syaitan, Orang Timur dan juga lagu Red Hot yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Motley Crue.

"Kami muncul semula di atas pentas persembahan selepas pihak penganjur begitu beriya-iya mahukan kemunculan Sofea pada konsert ini menyebabkan kami agak terkejut.

"Saya terpaksa mengumpulkan anggota-anggota Sofea dan kami pula hanya sempat berlatih tidak sampai sebulan untuk konsert ini," katanya yang seperti tidak sabar muncul pada Ahad ini.

Selain Amir, anggota-anggota Sofea yang akan muncul di One Cafe, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pukul 3 petang itu ialah Man Rani (bassis), Nuar SYJ08 (gitaris) dan Nahar (dram).

Selain Karl Cromok dan Sofea, kumpulan-kumpulan metal lain yang menjayakan KL Metal Camp 2011 ialah As Sahar, Fastkill, Scum, Damokis, Kazana dan Voltan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tiada niat sorok status

Posted: 27 Apr 2011 03:31 PM PDT

Hip

Dua peserta Mentor 5 anggap belum masanya bercerita soal peribadi

ADA riak kurang selesa di wajah dua peserta Mentor, Ratnah Awal, 28, dan Salmah A Asis, 21, apabila kesahihan cerita mengenai status mereka yang bukan lagi anak dara cuba dikorek.

Di internet sudah kecoh memperkatakan mengenai status janda yang dipegang kedua-dua wanita itu. Salma yang juga protege kepada penyanyi jelita Erra Fazira dikatakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, sementara Ratnah pula tidak sempat memiliki anak ketika berkahwin. Ini bukanlah kali pertama kesahihan cerita itu cuba dirungkai. Justeru, kedua-duanya memang kelihatan cukup tenang namun masih terbias sedikit riak kurang selesa apabila soalan sama diajukan.

Alasan yang diberikan kedua-dua wanita itu, kononnya tidak mahu kisah peribadi mereka terlalu diperkatakan hingga mengganggu tumpuan mereka kepada pertandingan yang bakal berakhir penghujung Mei nanti.

Bagaimanapun, Salma yang berasal dari Tawau, Sabah tidak cuba berselindung. Dia mengakui berumah tangga ketika usia 17 tahun. Perkahwinan yang diatur keluarga itu bagaimanapun hanya bertahan setahun saja dan dikurniakan seorang cahaya mata.

"Saya mengaku memang ibu tunggal tetapi bukanlah kepada tiga cahaya mata seperti yang disebarkan di internet. Saya hanya ada seorang anak saja. Saya harap selepas ini tiada lagi yang akan bertanyakan mengenai status saya. Cukuplah orang tahu saya pernah berkahwin, janganlah cuba mengorek dalam-dalam.

"Saya memasuki program ini sebab nak menjadi penyanyi. Orang menonton program ini kerana hendak melihat saya menyanyi. Saya terkejut juga macam mana cerita itu boleh tersebar sedangkan yang tahu status saya hanyalah keluarga serta teman rapat saja. Kalau boleh saya tidak mahu cerita ini diungkit kerana tidak mahu fokus pada pertandingan ini terganggu," kata Salma.

Jika Salma tidak mempunyai masalah berterus terang mengenai statusnya itu, berbeza pula dengan Ratna. Wanita berasal dari Kota Kinabalu memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung statusnya.

Kata Ratnah, protege kepada Afdlin Shauki itu, persoalan berkenaan hanya akan dijawab selepas program Mentor berakhir. Memilih untuk tidak memperkatakan apa-apa pun mengenai kisah peribadinya, dia berpendapat soal statusnya tidak patut menjadi isu besar kerana apa yang lebih penting adalah pembabitan serta bakatnya.

"Saya tak terkejut langsung dengan dakwaan sebegini. Terus terang memang saya kurang selesa langsung dengan cerita ini, saya tak mahu komen lanjut kerana saya serius masuk dalam bidang ini untuk bergelar penyanyi. Saya mahu orang menilai saya daripada bakat yang dimiliki bukan kisah peribadi," katanya.

Memang intim dengan Ayish

KEAKRABAN Ratnah dan Ayish, protege kepada Noh Hujan ini menyebabkan tersebar cerita yang kononnya mereka mempunyai hubungan istimewa. Tetapi ia segera disangkal Ratnah sambil menegaskan dia tidak hanya akrab dengan jejaka berusia 21 tahun itu, tetapi dengan ke semua temannya yang berada dalam program Mentor.

"Hubungan kami semua rapat bagaikan bersaudara. Di antara semua protege, semangat Ayish paling rapuh. Sebagai kakak, saya harus memberikannya kata-kata semangat untuk menaikkan kembali semangatnya," katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, Isnin lalu.

Terdahulu, semua enam peserta program Mentor musim kelima dibawa oleh TV3 mengunjungi Balai Berita sebagai pendedahan kepada mereka cara berdepan dengan media.

Pada kunjungan selama dua jam itu, ke semua mereka termasuk Aiman Hakin Ridza Abdoh (Aiman), Nursyafiqah Nasratullah (Iqa) dan Nurshiha Mohd Zikir (Shiha) diberi penerangan dan panduan menghadapi media oleh Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil.

"Anda mungkin mendapat tunjuk ajar cara membuat persembahan di pentas dan teknik menyanyi daripada mentor masing-masing. Tetapi mungkin tidak diajar bagaimana berdepan dengan wartawan atau media sebaik saja program ini selesai nanti.

"Kena ingat, betapa pedasnya kritikan juri daripada program ini, lagi tajam dan mungkin lebih menyakitkan hati apabila anda diajukan dengan macam-macam pertanyaan daripada media nanti.

"Tapi anda semua beruntung kerana mendapat tunjuk ajar secara terus dan bersemuka dengan mentor yang cukup berpengalaman dalam bidang masing-masing. Gunakan peluang itu sebaik-baiknya dan walaupun mungkin kalah tetapi daripada pengalaman yang diperolehi, awak semua masih boleh menjadi penyanyi yang bagus," kata Zainuri.

Mereka juga diberikan penerangan mengenai operasi Berita Harian dan Harian Metro selain mengenali lebih dekat dengan sebahagian wartawan hiburan daripada kedua-dua akhbar ini.

Mahu terus berjuang

BERADA pada kedudukan tercorot tidak pernah mematahkan semangat dua peserta lelaki program ini. Biarpun peringkat separuh akhir kian menghampiri, Aiman dan Ayish masih menaruh harapan besar mahu melangkah ke peringkat akhir.

Protege kepada Rahim Maarof berkata, mentornya itu seorang yang spontan. Rahim katanya gemar mengikut gerak hati malah suka membuat rombakan pada saat akhir. Namun dia tetap berasa beruntung kerana mendapat bimbingan dari penyanyi berpengalaman seperti Rahim.

"Rahim Maarof memang seorang yang suka berubah fikiran di saat akhir tetapi bagi saya itu bukanlah satu masalah besar untuk saya menerima caranya. Banyak ilmu yang dikongsikan Rahim mengenai dunia nyanyian kepada saya dan ia satu ilmu yang sangat berguna," katanya.

Sementara itu, bagi Ayish pula, biarpun mentornya Noh tenaga pengajar paling muda tetapi banyak juga ilmu yang ditimba daripada mentornya itu.

"Biarpun Noh mentor paling junior pada musim ini, namun pengalamannya bukan calang-calang. Banyak pengetahuan yang saya dapat sepanjang berguru dengannya," kata Ayish.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usah malu dengan bahasa Melayu

Posted: 27 Apr 2011 03:26 PM PDT

Hip

WAWANCARA Sofa Putih bersama Monoloque anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di PWTC.

WAWANCARA Sofa Putih bersama Monoloque anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di PWTC.

Loque rela dilabel imej kampung kerana memartabatkan bahasa ibunda

TIADA Kata Secantik Bahasa, judul lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang diubahsuai oleh seorang seniman muda tanah air, Loque atau Khairil Rizwan, 34, cukup sedap didengar halwa telinga.

Memartabatkan Bahasa Melayu yang tidak akan hilang dek zaman, usaha bekas anggota kumpulan Butterfingers ini perlu diberi pujian kerana mengangkat bahasa kebangsaan di dalam barisan lagu ciptaannya. Sejak bersama Butterfingers dulu, di dalam album pertama mereka diterbitkan, terdapat sebuah lagu rakyat Melayu yang diberi nama Ikan Kekek. Kulit album itu juga memaparkan ciri-ciri kemelayuan di mana kami dilihat seperti memakai baju kesultanan Melayu dulu kala.

"Walaupun pada mulanya Butterfingers merakamkan lagu Inggeris, beberapa tahun selepas itu kami menghasilkan album bahasa Melayu yang diberi judul Kembali.

"Saya merasakan seolah saya berpura-pura apabila menyanyikan lagu Inggeris, dan oleh sebab itu saya lebih selesa menyampaikannya dalam Bahasa Melayu kita.

"Kita tidak perlu segan dengan imej kampung kita. Kita tidak perlu malu dengan Bahasa Melayu kita dan kita perlu berani untuk tampil ke hadapan. Saya seorang seniman yang suka menghasilkan sesuatu yang lain dari lain.
"Oleh itu, saya banyak mengkaji hasil seni idola saya, P Ramlee untuk tampil berbeza dari apa yang sudah ada di dalam dunia hiburan tanah air kita hari ini," katanya yang ditemui di Dewan Tun Razak, Putra World Trade Centre (PWTC) bagi sesi temu bual bicara bersama Syed Munawar Sayed Mustar, berkenaan budaya keilmuan kendalian Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

Temu bual ini membicarakan mengenai peranan Monoloque sebagai selebriti dalam mempromosikan budaya keilmuan dan pembacaan melalui industri hiburan.

Sementara itu, pejuang Bahasa Melayu ini bukan saja bergerak sebagai penyanyi, malah turut terbabit dalam mengubah dan menghasilkan lagu serta lirik, juga mencipta skor filem.

Sebelum ini hanya mencipta lagu dan lirik untuk kumpulannya Butterfingers dan Monoloque, kini Loque bercita-cita untuk membuat sedemikian untuk artis yang lain.

Taksub dengan P Ramlee, R Azmi

KINI graduan kolej muzik tersohor ini, sibuk menghasilkan muzik latar belakang untuk sebuah filem yang dibintangi oleh Bintang Paling Popular 2010 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010), Shaheizy Sam, yang akan ditayang pada November ini.

Tidak sabar untuk melihat hasil karyanya, di mana kita boleh mendengar lagu ciptaan Loque agak berlainan dari penyusunan muziknya dan liriknya yang penuh dengan maksud tersirat.

Sebagai contoh, lagunya yang berjudul 'Jika Saya Seorang Robot' banyak memainkan elemen elektronik yang kedengaran begitu berbeza.

Bertanyakan mengenai sumber inspirasi, Loque berkata ia datang dari keadaan sekeliling, masyarakat dan karya lama.

"Saya suka melihat kehidupan dari sudut gelap dan pada masa yang sama membuat eksperimen terhadap manusia yang terdapat di sekeliling saya.

"Selain itu, sumber utama saya juga adalah karya klasik dari P Ramlee dan R Azmi kerana saya memang obses dengan mereka. Saya banyak mengkaji dan menganalisis karya mereka dari sudut yang berlainan.

"Saya mengubah suai lagu P Ramlee tapi tetap mengekalkan melodinya. Saya cuba lari dari kebiasaan, di mana orang lain suka buat muzik video yang kelihatan seperti negara barat namun tidak bagi saya, saya lebih gemarkan gaya seperti Datuk M Daud Kilau. Kita seharusnya memandang tinggi budaya kita sendiri," ujarnya.

Manakala, Monoloque pula akan mengeluarkan sebuah album yang diberi judul Halimunan Abad Ke 21, dalam tahun ini.

Monoloque adalah sebuah kumpulan yang ditubuhkan oleh Loque dan ahli kumpulan Butterfingers, sejak Emmet, vokalis Butterfingers berpindah ke Kanada. Menurut Loque, walaupun ketiadaan Emmet, elemen dan rempah ratus Monoloque tetap sama seperti Butterfingers.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


BAYI ARWAH FAIZAL YUSUF...

Posted: 28 Apr 2011 12:35 AM PDT

Kesedihan peminat seni atas pemergian Arwah Faizal Yusuf baru-baru ini akibat serangan jantung akhirnya terubat jua. Isteri Faizal, Rosemunira Rashid yang ketika itu sedang mengandung selamat melahirkan bayi lelaki pada 23 april lalu.

Lebih menarik, bayi tersebut amat iras dengan wajah arwah faizal. Jom kita lihat...


KLIK UNTUK IMEJ BESAR...














(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(Gambar) Justin Bieber Bermain Muzik Jalanan

Posted: 27 Apr 2011 05:36 AM PDT

Justin Bieber , 17 baru lepas mengadakan konsertnya di Stadium Merdeka pada 21hb April yang lalu. Justin Bieber bermain di bibir peminat muzik di seluruh dunia dengan lagunya meletupnya Pray.

Siapa yang tidak kenal Justin Bieber sekarang, tapi di tahun 2007 dia hanya penyanyi amatur yang tidak dikenali.

Photobucket

Pada sebuah gambar yang dikatakan diambil pada bulan Ogos 2007 yang dimuatkan di UsWeekly, Khamis (24/2), memperlihatkan Bieber semasa belum terkenal, berusia 13 tahun, memainkan gitar dan menyanyi sambil menunggu wang dari orang-orang lalu di depan Avon Theathre di kampung halamannya, Stratford, Ontario, Kanada.

Gambar ini diambil fotografer I. Shutter yang mengatakan pada UsWeekly dia mengambil gambar tersebut pada "20 Ogos 2007 jam 9 pagi" semasa dia melihat "anak manis" ini bermain gitar sementara orang-orang melempar wang ke dalam beg gitar di hadapannya.

Tapi, keasyikkan Bieber bermain muzik di jalanan pada hari itu tak lama. "Pengurus bangunan mengusirnya bahkan mengejar kanak-kanak itu," cerita Shuter.

Bieber pernah mengatakan dia bermain muzik jalanan di depan bangunan itu dan dia boleh mengumpulkan AS$ 3 ribu.

Justin Bieber mula menarik perhatian setelah lagunya diupload ke youtube oleh Scooter Braun yang seterusnya menjadi pengurusnya.

Photobucket

sumber: isuhangat

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Perancis Akan Melarang Solat Jemaah

Posted: 27 Apr 2011 05:26 AM PDT

Kerajaan Perancis berniat untuk menjalankan terus kempen anti-Islam setelah sebelumnya, undang-undang melarang pakaian purdah, mendapat protes hebat dari umat Islam. Dengan alasan kerana orang Muslim menunaikan solat di tepi jalan, pemerintah Perancis berniat membataskan kebebasan orang-orang Muslim dalam menunaikan kewajiban agama mereka.


Menteri Dalam Negeri Perancis, Claude Guéant, yang dikenali sebagai salah satu think-tank politik anti-Islam di negara ini, menetapkan peraturan baru melarang pelaksanaan solat jamaah di tepi jalan.

IRNA melaporkan, akhbar Le Parisien dalam hal ini menulis, Guéant mengatakan, "Kami sedang mencari cara untuk melarang penunaian solat berjamaah di tepi jalan."

Menjawab pertanyaan soal sedikitnya jumlah masjid di Perancis, Guéant mengatakan, di Perancis dapat dibangun masjid yang lebih banyak. Namun Guéant tidak memberikan keterangan lebih teperinci bagaimana masjid-masjid tersebut dapat dibangun.

Misalnya di bandar Nice , hanya terdapat dua masjid, dan warga Muslim di kota itu harus menempuh jalan jauh untuk pergi ke masjid. Namun masalah yang paling penting adalah bahawa kedua masjid itu tidak mampu menampung seluruh warga Muslim yang hendak menunaikan solat berjemaah.

Lihatlah bagaimana kesukaran dan cabaran umat Islam di sana, di Malaysia pula masjid dah la banyak,cantik-cantik,mewah, berkarpet tebal dsb tapi…

sumber: isuhangat

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Que Haidar dan Linda Jasmine bersama arak

Posted: 27 Apr 2011 05:23 PM PDT

Que Haidar dan Linda JasmineBaru-baru ini kecoh mengenai gambar Que Haidar dan Linda Jasmine bergembira bersama rakan-rakan tersebar di internet.. Bukan bergembira itu yang menjadi masaalah, tetapi minuman keras dan rokok menjadi isu utama didalam gambar tu.. Seperti biasa, kita tak boleh la menunding terus jari kita ke arah mereka sambil berkata mereka mengambil minuman keras dan merokok.. Apa kata kita dengar dulu penjelasan daripada Que Haidar dan Linda Jasmine didalam harian Metro mengenai isu tu terlebih dahulu…

Que Haidar dan Linda Jasmine menegaskan yang mereka berdua tidak mengambil minuman keras tersebut dan Arak itu bukanlah kepunyaan mereka, mereka berdua berada disana hanya untuk meraikan majlis harijadi seorang kawan..

"Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar untuk meraikannya (sambutan hari jadi kawan mereka berdua). Namun terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu adalah milik orang lain. Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral"

Dan menurut Linda Jasmine pula mengenai isu rokok, mereka hanya memegangnya sahaja..

"Saya tak minum arak dan merokok langsung. Rokok itu orang lain punya, mungkin Que dan saya hanya memegangnya"

Kini Jelas la yang Que Haidar dan Linda Jasmine tidak mengambil minuman keras.. mereka berdua hanya menyambut hari jadi seorang kawan sahaja yang kebetulan mempunyai minuman keras diatas meja.. Apa-apa pun jom kita layan gambar Que Haidar dan Linda Jasmine yang mencetuskan kontroversi kat bawah ni…

gambar Que Haidar dan Linda Jasmine berhibur

Que Haidar dan Linda Jasmine bersama botol arak

gambar Que Haidar dan Linda Jasmine bersama arak

Que Haidar dan Linda Jasmine berparty

Que Haidar dan Linda Jasmine seksi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gambar dan Video di Majlis pertunangan Ashraf Muslim dan Dayana

Posted: 27 Apr 2011 04:15 PM PDT

ashraf muslim bertunangTahniah MyGosip ucapkan buat Ashraf Muslim yang telah selamat bertunang dengan kekasih plihan hatinya, Noor Dayana Hj Lokman pada 23 April 2011 yang lalu.. Majlis pertunangan Ashraf Muslim yang diadakan di rumah Dayana di Gombak itu berlangsung dengan penuh meriah.. Pada hari bersejarah tersebut, Ashraf Muslim dan Noor Dayana tampil begitu angun sekali dengan mengayakan baju rekaan Ezuwan Ismail..

Pihak Ashraf Muslim membawa 5 dulang hantaran dan dibalas sebanyak 7 dulang oleh pihak perempuan.. Mereka berdua merancang untuk bernikah pada tahun ini juga iaitu pada 1 Syawal dan akan diadakan di Mekah dan diikuti dengan majlis resepsi mereka di Malaysia..

MyGosip harap segala perancangan Ashraf Muslim dan Dayana berjalan dengan lancar hendaknya.. Tahniah sekali lagi dari MyGosip… Apa-apa pun jom kita layan video dan gambar-gambar semasa majlis pertunangan Ashraf Muslim dan Noor Dayana ni berlansung..


Video di majlis pertunangan Ashraf Muslim dan Dayana

dayana bertunang

gambar dayana bertunang

Ashraf Muslim bertunang

gambar Ashraf Muslim bertunang

Ashraf Muslim dan dayana bertunang

pertunangan Ashraf Muslim

pertunangan Ashraf Muslim dan dayana

dayana dan Ashraf Muslim bertunang

majlis pertunangan Ashraf Muslim

Ashraf Muslim dan dayana bertunang


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Video seks: Siri kedua di YouTube

Posted: 27 Apr 2011 07:22 PM PDT

mh 04.1 Video seks: Siri kedua di YouTube

RAKAMAN bahagian kedua berdurasi satu minit 47 saat yang dimuat naik ke laman sosial YouTube, semalam.


KUALA LUMPUR 27 April – Sebahagian lagi daripada rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang dimuat naik ke laman sosial YouTube hari ini.

Rakaman bahagian kedua berdurasi selama satu minit 47 saat itu diberi judul Papa Nurul Izzah Part II dan dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama 'wakparjosudorno'.

Ia diyakini sambungan daripada rakaman video sama yang dimuat naik ke laman YouTube dengan judul VTS 01 1 pada 4 April lalu juga dalam tempoh durasi sama.

Ia dipercayai babak-babak akhir rakaman video asal selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Seri Carcosa baru-baru ini melihat kepada aksi dua pelakon di dalamnya.

Dalam rakaman itu, kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita sedang mengemaskan diri dengan memakai baju selepas dipercayai selesai melakukan hubungan seks.

Malah, wajah individu lelaki yang didakwa sebagai pemimpin kanan pembangkang itu juga dapat dilihat dengan jelas apabila menghampiri kamera sewaktu sedang memakai baju.

Rakaman kedua video seks itu juga sudah dipaut ke beberapa laman blog dan sehingga petang ini, video asalnya di YouTube sudah ditonton lebih 300 kali.

mh 04.2 Video seks: Siri kedua di YouTube

Keratan akhbar Utusan Malaysia pada 5 April lalu, memaparkan siri pertama.


Antara laman blog yang turut memuatkan rakaman video seks itu adalah Pisau. Net di http://www.pisau. net/ dan Papa Gomo di http://www. papagomo.com/.

Bagaimanapun, rakaman video itu ditarik balik daripada laman YouTube pada petang ini.

Dalam catatan ringkas bersama video seks itu, blog Papa Gomo mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah laknat menafikan bahawa lelaki di dalam video seks itu adalah beliau.

Blog itu juga mencabar sahabat karib Anwar, Datuk Shazryl Eskay Abdullah turut bersumpah laknat bahawa video itu bukan satu rekaan semata-mata.

Pada 21 Februari lalu, dunia politik tanah air gempar apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.

Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik.

Meskipun tidak menamakan siapa individu di dalam video seks terbabit, Anwar tampil membuat penafian bahawa beliau adalah individu yang dimaksudkan pada hari sama video seks itu ditayangkan.

Tiga hari kemudiannya, trio Datuk T akhirnya mendedahkan identiti mereka iaitu tiga ahli perniagaan termasuk Shazryl Eskay dan juga bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Rakaman video seks itu juga sudah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 1 April lalu selepas diteliti pakar profesional.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Cerewet pilih kekasih

Posted: 27 Apr 2011 08:58 AM PDT

DALAM diam, pelakon cantik Linda Hashim rupa-rupanya sudah beberapa bulan hidup sendirian selepas hubungan dengan seorang jejaka yang enggan didedahkan identitinya terputus di tengah jalan.

Linda yang juga pelakon drama siri Halimah Jongang 3 dan Tudung Ekspres menyifatkan semua yang terjadi adalah ketentuan Ilahi dan dia akur dengan kehendak takdir.

"Mungkin ramai tidak tahu perkara ini kerana saya jarang bercerita mengenai kisah peribadi saya kepada orang. Namun saya juga tidak akan berbohong kalau ada pihak media yang bertanya.

"Memang saya sedih dengan perpisahan ini namun itulah kenyataan hidup. Sekarang saya sudah tidak ada kekasih lagi. Kalau dilihat dari perspektif positif, ruang yang ada itu dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk saya memberi lebih fokus kepada kerjaya dan keluarga.


"Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan saya sentiasa percaya dengan frasa itu," kata Linda, 27.


Tidak pernah serik, Linda akui enggan tergopoh-gapah mencari pengganti walaupun kini bebas mencari teman hidup.

Mengenai calon kekasih baru, Linda yang juga pemilik syarikat perniagaan bersama kakaknya, Erin & Erina Sequins, berkata dia impikan seseorang yang sederhana dan berbudi.

"Saya sedang mengenali seseorang yang saya fikirkan sesuai. Apa yang penting dalam mencari pasangan adalah keserasian dan kejujuran. Untuk apa kita bercinta kalau ia hanya membuatkan kita pening kepala.

"Bagaimanapun saya mengaku yang saya sebenarnya seorang yang cerewet dan pemilih. Saya tidak suka seseorang yang membuatkan saya bosan," ujarnya.

Apa yang jelas, wajah dan nama Linda mungkin tidak kerap muncul di dada akhbar namun siapa sangka Linda sudah lebih sedekad menceburi bidang seni.

Sebelum ini, dia perah membintangi beberapa drama seperti Misi XX Ray, Tak Tercapai Akalmu, Janji Kekasih, Ayahku Kahwin Lagi dan Dewi Cinta.

"Tidak pernah terlintas di hati saya mengenai populariti kerana sejak awal pembabitan saya dalam bidang ini, saya hanya teringin mencari duit dan mempamerkan bakat ada. Kalau popular itu datang, ia sekadar bonus.

"Saya fikirkan mungkin saya kekal pada prinsip diri untuk tidak bercakap kepada media dan menjaja kisah peribadi. Saya hanya mahu berkongsi kisah perkembangan kerjaya atau apa saja projek khas yang membabitkan saya.

"Saya tak mahu dikatakan mencari publisiti murahan. Biarlah tidak popular, tapi rezeki tetap ada buat saya untuk bertahan sebagai pelakon," katanya yang juga pernah berlakon dalam drama siri Durani bersama Raja Farah.

Linda mengakui keperitan yang dilaluinya sepanjang lebih 10 tahun berjuang secara serius dalam lapangan seni kadangkala semacam tidak dipedulikan.

"Pelakon zaman dulu dan sekarang banyak berbeza. Pelakon hari ini boleh cepat melonjak nama walaupun lakonan mereka masih baru lagi. Mungkin itulah kelebihan selebriti hari ini.

"Bagaimanapun saya tidak berkecil hati kerana apa yang penting adalah keikhlasan kita dalam bekerja dan terus mencuba sesuatu yang hebat bagi meningkatkan mutu lakonan dari semasa ke semasa," katanya yang sebelum ini mewarnai iklan-iklan komersial seperti Minyak Masak Cap Buruh, Kentucky Fried Chicken (KFC), Clean & Clear, Sunsilk dan DiGi.

Menyentuh episod lakonan, Linda yang pernah muncul menerusi filem Rasuk, bakal menampilkan sesuatu yang berbeza dan tersendiri. Puas menggalas pelbagai peranan, dia kini tampil dengan satu watak yang cukup berbeza.

Menyandang watak Fatimah menerusi drama siri baru terbitan A Aida Productions berjudul Fatimah Juling The Series, Linda bakal menghiburkan penonton sepanjang 13 episod dengan lakonan mata juling.

"Saya sayangkan bidang lakonan dan sentiasa mencari kelainan. Alhamdulillah tawaran ini datang dan mustahil untuk saya katakan tidak kepada produsernya kerana Fatimah memberikan saya satu pembaharuan berani dalam lakonan.

"Kali ini untuk tempoh sebulan penggambaran bagi 13 episod, saya perlu sentiasa pakai lensa yang menampakkan seolah-olah mata saya juling. Tapi kelakarnya, Fatimah seorang yang berkeyakinan tinggi dan tidak langsung merasakan dirinya serba kekurangan.

"Kalau ada yang anggap drama ini menyindir atau merendah-rendahkan individu lain, saya rasa ia tidak tepat dan relevan. Ini kerana plot cerita Fatimah Juling serta pembangunan watak yang sangat positif. Justeru saya harapkan peminat akan terhibur dan mengambil iktibar daripada drama ini," katanya.

Fatimah Juling yang turut membariskan pelakon popular lain seperti Zed Zaidi, Beego, Bob Lokman dan beberapa yang lain boleh disaksikan
di Saluran 105, Astro Prima.

PROFIL

Nama Sebenar: Norhazlinda Hashim
Nama komersial: Linda Hashim
Tarikh lahir: 8 September 1984
Usia: 27 tahun
Tempat Lahir: Ipoh, Perak
Pendidikan: SPM
Profesion: Model, Pelakon
Status: Bujang
Drama TV: Antaranya Semarak Naga, Vila Cinta Daddy, Bila Tsunami Melanda, Mengapa Harus Ada Cinta, Misi Xx Ray, Tak Tercapai Akalmu, Janji Kekasih, Ayahku Kahwin Lagi, Adam Dan Dewi Cinta
Iklan: Minyak Masak Cap Buruh, Kentucky Fried Chicken (KFC), Clean & Clear, Sunsilk , DiGi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenyataan tak betul!

Posted: 27 Apr 2011 08:33 AM PDT

KENYATAAN pelakon dan pengarah veteran, Datuk Rosnani Jamil mendakwa biduanita Puan Sri Saloma meninggal dunia di pangkuannya pada 25 April 1983 tanpa kehadiran saudara-mara, membuatkan keluarga arwah terkilan.

Kakak arwah, Mariani Ismail, 75, meluahkan rasa terkilannya dan mempersoalkan tujuan Rosnani atau mesra dengan panggilan Mak Nani membuat kenyataan sedemikian seolah-olah Saloma diabaikan ahli keluarganya ketika terlantar sakit.

Katanya, sepanjang arwah koma dan menjalani rawatan di hospital, mereka bergilir-gilir menjaganya kerana masing-masing ada kerja, tetapi anaknya, Linda sentiasa berada di sisi ibu saudaranya itu kerana tidak bekerja.

"Arwah ada mengatakan ingin bertemu Nasir (arwah) dan kami cuba mencarinya dan berjaya membawa Nasir berjumpa dengannya.


"Apabila dibisikkan ke telinganya mengenai kedatangan Nasir, arwah menitiskan air mata dan tidak lama selepas itu, menghembuskan nafas terakhir.


"Arwah meninggal kira-kira jam 1 pagi dan keluarga rapatnya berada di sisinya ketika itu. Saya bersama anak-anak, Sasha dan suami, Azlan Ramli, Melissa yang berusia 10 tahun ketika itu, Dian P Ramlee dan suami, Mohd Amanti, ibu bapa saya, Umi Kalsom Mahban dan Ismail Osman serta bapa tiri saya, Mum Yusof ada di situ.

"Bagaimana pula ada pihak lain mendakwa arwah meninggal di pangkuannya tanpa kehadiran saudara-maranya? Saya tampil membuat kenyataan ini kerana perkara itu tidak benar dan sangat kesal dengan kenyataan itu. Saya tidak pasti apakah tujuannya berbuat demikian.

"Bukan niat saya untuk membela diri, tapi untuk membetulkan perkara yang tidak benar. Tanyalah dengan mereka yang masih hidup untuk mengetahui cerita sebenar. Dian dan suaminya masih hidup begitu juga Sasha dan suaminya. Saya juga berharap orang luar tidak terus membuat kenyataan yang tidak benar mengenai arwah," katanya ketika menghubungi Harian Metro.

Mariani mengakui Rosnani berkawan baik dengan arwah dan melawatnya setiap hari sepanjang Saloma terlantar di hospital.

Bagaimanapun, katanya, pada detik terakhir arwah, Rosnani tidak berada di sisinya sebagaimana didakwa sebaliknya dikelilingi ahli keluarganya.

Saloma atau nama sebenar, Salmah Ismail yang dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 22 Januari 1953 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 25 April 1983 selepas lima hari koma kerana masalah hati disebabkan demam kuning.

Rosnani dalam ruangan Interaksi pada 6 April lalu mengatakan pengalaman bersama arwah ketika menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta sebagai saat paling menyedihkan kerana bintang yang cukup diagung-agungkan dan dipuja-puja, pada akhir hayatnya hanya ditemani dirinya dan seorang ustaz.

Mariani berkata, dia ingin mengambil peluang untuk menjelaskan perkara itu ketika menjayakan program RTM, Aku, Dia & Lagu...Saloma, tetapi tidak dapat berbuat demikian.

Tambah membuatkan dirinya terkilan apabila sekali lagi membaca kenyataan Rosnani dalam Harian Metro Selasa lalu hingga terus menghubungi akhbar ini meminta diberi ruang untuk membetulkan perkara sebenar.

"Cukup-cukuplah membuat kenyataan yang bukan-bukan. Kalau Rosnani masih terus membuat kenyataan yang menjatuhkan maruah keluarga, saya tidak akan berdiam diri," katanya.

Rosnani mengatakan sepanjang arwah tenat dan dirawat di hospital, dia dan Latifah Omar setiap hari bergilir-gilir menjaganya.

Pada hari kematiannya, Mak Nani dihubungi anak saudara arwah, Linda yang memintanya membawa ustaz kerana Saloma sedang nazak.

Sebaik sampai di hospital dan selesai membacakan Al-Fatihah, tangan Mak Nani yang digenggam Saloma dilepaskan.

"Ini adalah pengalaman paling menyedihkan yang pernah berlaku dalam hidup Mak. Bayangkan, arwah Saloma satu bintang cukup diagung-agungkan dan dipuja-puja. Lunak merdu suaranya, menjadikan dia penyanyi wanita pertama negara ini yang diundang membuat persembahan di luar negara seperti Australia. Namun di akhir hayatnya, hanya ada Mak dan ustaz yang menemani.

"Ketika kami mengusung jenazah Saloma di mana ketika itu Mak bersama
anak Mak, Anuardi, Armali, bapa tiri Saloma dan Linda, azan Subuh berkumandang dan hal ini membuatkan kami semua berasa insaf.

Setinggi manapun kedudukan kita, sebanyak mana pun harta kita dan sepopular mana pun kita, akhirnya mati seorang diri menghadap Yang Maha Esa," beliau dilaporkan berkata.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tak kisah digelar sombong

Posted:

Tak kisah digelar sombong

Tak kisah digelar sombong



RAMAI peminat yang tertanya-tanya mengenai kebenaran desas-desus yang menyatakan bahawa pelakon Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya menjalinkan hubungan cinta dengan pengarah drama dan pelakon, Azma Aizal Yusoof, 29, saat perkara itu mula tersebar baru-baru ini.

'Permainan' Sharifah Amani, 25, yang mesra disapa Nani dan Azma Aizal di laman sesawang Facebook membangkitkan pertanyaan di kalangan peminat mereka apabila masing-masing meletakkan status 'dalam perhubungan' di profil masing-masing.

Bermula daripada situ, pertanyaan di kalangan peminat mula menghambat mereka apatah lagi gambar-gambar yang memaparkan keintiman mereka berdua turut tersebar di Internet.

Tampil membuat kenyataan dengan merendah diri mengenai isu tersebut, Azma menjelaskan bahawa perkara itu hanyalah gurauannya dengan Nani sahaja kerana mereka sudah lama akrab sebagai sahabat.

Kata Azma: "Itu hanya gurauan kami sahaja kerana saya sudah menganggap dia sebagai adik sendiri. Saya juga amat rapat dengan keluarganya. Saya tidak mahu mengambil risiko untuk bercinta dengan dia kerana ingin berhubung secara profesional sampai bila-bila.

"Saya dan dia sama-sama meminati lagu Hindustan. Sejak bekerjasama di Actor Studio tidak lama dahulu, kami mula-mula rapat dan mendengar bersama lagu-lagu Hindustan di iPod.


PENCETUS spekulasi. Inilah foto Amani dan Azma yang tersebar di Internet.


Berbeza pula respons daripada Nani apabila dia seperti biasa tidak mahu menjawab soalan-soalan berunsur peribadi dan provokasi ke atas dirinya. Dengan kata lain Nani rimas dengan soalan-soalan sebegitu.

"Terus-terang saya cakap yang saya tidak mahu membangkitkan cerita peribadi. Ini bukan kali pertama saya beritahu orang tentang pendirian saya.

"Kenapa masih tak faham. Nak saya jerit atau berlari keliling kampung agar orang faham yang saya tidak suka cerita soal peribadi?" katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Cita & Cinta baru-baru ini.

Biarpun sedikit 'panas' setelah diajukan soalan mengenai gosip hubungan antara dia dengan Azma yang menjadi buah mulut peminat, Nani tetap memberi sedikit penjelasannya mengenai perkara itu.

Menurut Nani, gambar yang memaparkan dia dan Azma itu dirakamkan ketika salah satu babak dalam drama Cita & Cinta di sebuah banglo di Kota Damansara baru-baru ini.

"Rambut saya nampak tidak terurus dalam gambar itu kerana pada ketika itu saya baru selesai menjayakan watak Zalia yang baru sudah mandi. Tiba-tiba saja dia (Azma) datang dan ajak bergambar.

"Dia terus 'bertempel' (duduk rapat) di sebelah dan upload (muat naik) di Facebook. Tiba-tiba sahaja keluar cerita lain," katanya lagi.


BARISAN pelakon Cita & Cinta bersedia menerima penilaian khalayak apabila drama ini mula ditayangkan pada malam ini menerusi TV9 pada pukul 8.30 malam.


Tidak kisah digelar seorang yang sombong, Nani yang berpegang kuat dengan prinsipnya tidak mahu mempedulikan kata-kata orang lain demi melihat kejayaan lakonannya.

"Biarlah orang nak kata saya sombong. Saya tidak peduli kerana tidak semua orang akan suka apa yang kita buat kerana saya ada sebab sendiri mengapa bersikap sebegitu.

"Saya bukan ingin menjaja cerita peribadi kerana saya tahu apa matlamat saya dalam bidang ini. Sebab itulah saya mudah naik angin jika diajukan soalan yang diluar daripada berkaitan kerjaya," katanya beremosi.

Dalam perkembangan lain diari seni Nani bakal mula bertapak pada satu aras apabila dia yang bercita-cita bergelar pengarah bakal mengarahkan filem sulungnya yang masih dalam perancangan.

Menurut Nani, selain menjadi pengarah dalam filem tersebut, dia juga bakal membintanginya selain menjadi penulis skripnya.

"Selain berlakon dan menulis skrip, saya teringin untuk mengembangkan bakat dalam dunia pengarahan.

"Insya-Allah bila skrip itu siap nanti, saya akan turut menjadi pengarahnya," jelas Nani mengenai filem yang masih di peringkat penghasilan skrip itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kekecewaan Victoria dan Nichkhun

Posted:

Kekecewaan Victoria dan Nichkhun

Kekecewaan Victoria dan Nichkhun


NICHKHUN (kiri) dan Victoria.


DALAM program realiti We Got Married yang disiarkan pada 23 April lepas, Nichkhun, anggota 2PM dan Victoria, anggota kumpulan f(x) menunjukkan rasa kecewa apabila artikel yang diusahakan mereka berdua telah dipotong daripada sebuah majalah.

Nichkhun dan Victoria yang dipasangkan sebagai pasangan suami isteri dalam program perkahwinan palsu itu terlebih dahulu diberikan tugasan untuk menjadi seorang wartawan selama sehari dan menulis artikel berkaitan dengan makanan Korea.

Malah, mengikut perancangan awal, mereka diminta untuk menulis artikel sebanyak dua muka surat untuk majalah percutian antarabangsa di Korea itu.

Meskipun tugasan tersebut sebenarnya untuk program realiti itu, namun, mereka berdua bekerja keras untuk menghasilkan artikel yang terbaik.

Malangnya, daripada dijanjikan dua muka surat penuh, hanya satu muka surat daripada majalah itu yang memaparkan artikel mereka. Menambahkan lagi kekecewaan mereka, tidak ada satu baris ayat yang ditulis mereka muncul di dalam artikel itu.

"Majalah itu merupakan majalah profesional dan dijual sehingga ke luar Korea, jadi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi sejak peringkat awal tugasan itu diberi. Walaupun begitu, saya tetap menyimpan harapan agar artikel yang ditulis kami akan muncul seperti mana yang diusahakan," kata Nichkhun.

Tambah Victoria pula: "Saya terlalu meletakkan harapan yang tinggi, jadi saya kecewa. Perasaan saya sekarang seperti seseorang menyimbah air sejuk kepada saya."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siti Zubaidah versi berbeza

Posted:

Siti Zubaidah versi berbeza

Siti Zubaidah versi berbeza

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


SITI LELA MAYANG ZULKIFLI bertanggungjawab menjadi Siti Zubaidah dan Sultan Zainal Abidin dilakonkan oleh Muhammad Fikrie Mat Adan.


KISAH mengenai Siti Zubaidah sememangnya ada tercatat dalam lipatan sejarah sebagai seorang wanita cekal dan mempunyai semangat yang tinggi untuk menyelamatkan suaminya yang telah dikurung dalam penjara di negara China.

Malah, kisah mengenai wanita yang merupakan isteri kepada pemerintah Sultan Zainal Abidin, Raja Muda negara Kembayat itu juga pernah difilemkan sekitar tahun 1961 dan dipentaskan di Istana Budaya 11 tahun yang lalu.

Kali ini Kumpulan Seni Persembahan Petronas (KSPP) pula yang akan mementaskan teater muzikal Siti Zubaidah yang akan dipersembahkan selama dua hari bermula esok, (29 April).

Penerbit persembahan, Hartini Abdullah berkata, pementasan teater berkenaan dilakukan bagi memberi penghormatan dan semangat kaum wanita yang dilihat relevan pada hari ini.

Menurutnya, meskipun kisah wanita berkenaan pernah difilemkan dan dipentaskan sebelum ini, namun pementasan yang dibuat oleh KSPP ini agak berbeza dari sudut olahan ceritanya.

"Menariknya, semua yang terlibat dalam pementasan muzikal ini adalah terdiri daripada artis budaya KSPP termasuklah para pelakon, koreografer, pereka kostum dan set," ujarnya.

Menurutnya lagi, muzikal yang akan dipentaskan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumour itu diarahkan oleh Zahari Hamzah yang juga bertindak sebagai penulis skrip, Azizi Abdul Rahman (pengarah muzik) serta dua orang koreografer iaitu Jefri Mokhtar dan Rozilah Abdul Rahman.


BERSEDIA. Barisan Kumpulan Seni Persembahan Petronas yang bakal terbabit pada persembahan teater muzikal Siti Zubaidah di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada malam esok.


Sementara watak sebagai Siti Zubaidah dilakonkan oleh Siti Lela Mayang Zulkifli, Sultan Zainal Abidin (Muhammad Fikrie Mat Adan), Puteri Sajarah (Wan Farahani Wan Yusoff), Permaisuri Kuning (Shalinda Ismail) dan Puteri Rukiah (Ayu Syahira Sulaiman).

Siti Zubaidah mengisahkan mengenai seorang isteri yang tidak disukai oleh bonda Sultan Zainal Abidin iaitu Permaisuri Kuning berbanding isteri kedua sultan iaitu Puteri Sajarah.

Sewaktu baginda sultan pergi memburu kijang untuk Siti Zubaidah yang sedang mengidam kerana mengandung anak sulung, baginda telah diculik oleh Kilan Cahaya dan dibawa ke China.

Dua koreografer

Menariknya, untuk pementasan muzikal ini, ia melibatkan khidmat dua orang koreografer iaitu Jefri Mokhtar dan Rozilah Abdul Rahman.

Menurut pengarah, Zahari Hamzah, ia merupakan satu kelainan yang akan cuba ditampilkan memandangkan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

"Misalnya, Jefri mempunyai kemahiran dalam seni tarian tradisional, manakala Rozilah pula lebih mahir kepada tarian kontemporari. Jadi kedua-dua jenis tarian akan digabungkan dalam pementasan ini," jelasnya.

Sementara itu, Zahari juga memberitahu, tempoh selama dua bulan telah diambil untuk persiapan pementasan muzikal berkenaan.

"Sebanyak 38 orang pelakon serta 15 orang pemuzik yang terbabit. Sementara, ada 27 buah lagu yang akan dinyanyikan serta digubah sepenuhnya oleh Azizi Abdul Rahman.

Mengenai kostum pula, Zahari menjelaskan, kostum yang dipakai adalah berdasarkan kepada pemakaian yang diilhamkan dari negeri Kelantan.

Ujarnya, berdasarkan kajian dan pembacaan yang dibuat, dia mendapati ada dua versi yang mengatakan kisah Siti Zubaidah berasal dari negeri Kelantan dan Kedah.

"Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk memaparkan kisah Siti Zubaidah yang berasal dari negeri Kelantan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.