Adsense

Khamis, 28 April 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tak kisah digelar sombong

Posted:

Tak kisah digelar sombong

Tak kisah digelar sombong



RAMAI peminat yang tertanya-tanya mengenai kebenaran desas-desus yang menyatakan bahawa pelakon Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya menjalinkan hubungan cinta dengan pengarah drama dan pelakon, Azma Aizal Yusoof, 29, saat perkara itu mula tersebar baru-baru ini.

'Permainan' Sharifah Amani, 25, yang mesra disapa Nani dan Azma Aizal di laman sesawang Facebook membangkitkan pertanyaan di kalangan peminat mereka apabila masing-masing meletakkan status 'dalam perhubungan' di profil masing-masing.

Bermula daripada situ, pertanyaan di kalangan peminat mula menghambat mereka apatah lagi gambar-gambar yang memaparkan keintiman mereka berdua turut tersebar di Internet.

Tampil membuat kenyataan dengan merendah diri mengenai isu tersebut, Azma menjelaskan bahawa perkara itu hanyalah gurauannya dengan Nani sahaja kerana mereka sudah lama akrab sebagai sahabat.

Kata Azma: "Itu hanya gurauan kami sahaja kerana saya sudah menganggap dia sebagai adik sendiri. Saya juga amat rapat dengan keluarganya. Saya tidak mahu mengambil risiko untuk bercinta dengan dia kerana ingin berhubung secara profesional sampai bila-bila.

"Saya dan dia sama-sama meminati lagu Hindustan. Sejak bekerjasama di Actor Studio tidak lama dahulu, kami mula-mula rapat dan mendengar bersama lagu-lagu Hindustan di iPod.


PENCETUS spekulasi. Inilah foto Amani dan Azma yang tersebar di Internet.


Berbeza pula respons daripada Nani apabila dia seperti biasa tidak mahu menjawab soalan-soalan berunsur peribadi dan provokasi ke atas dirinya. Dengan kata lain Nani rimas dengan soalan-soalan sebegitu.

"Terus-terang saya cakap yang saya tidak mahu membangkitkan cerita peribadi. Ini bukan kali pertama saya beritahu orang tentang pendirian saya.

"Kenapa masih tak faham. Nak saya jerit atau berlari keliling kampung agar orang faham yang saya tidak suka cerita soal peribadi?" katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Cita & Cinta baru-baru ini.

Biarpun sedikit 'panas' setelah diajukan soalan mengenai gosip hubungan antara dia dengan Azma yang menjadi buah mulut peminat, Nani tetap memberi sedikit penjelasannya mengenai perkara itu.

Menurut Nani, gambar yang memaparkan dia dan Azma itu dirakamkan ketika salah satu babak dalam drama Cita & Cinta di sebuah banglo di Kota Damansara baru-baru ini.

"Rambut saya nampak tidak terurus dalam gambar itu kerana pada ketika itu saya baru selesai menjayakan watak Zalia yang baru sudah mandi. Tiba-tiba saja dia (Azma) datang dan ajak bergambar.

"Dia terus 'bertempel' (duduk rapat) di sebelah dan upload (muat naik) di Facebook. Tiba-tiba sahaja keluar cerita lain," katanya lagi.


BARISAN pelakon Cita & Cinta bersedia menerima penilaian khalayak apabila drama ini mula ditayangkan pada malam ini menerusi TV9 pada pukul 8.30 malam.


Tidak kisah digelar seorang yang sombong, Nani yang berpegang kuat dengan prinsipnya tidak mahu mempedulikan kata-kata orang lain demi melihat kejayaan lakonannya.

"Biarlah orang nak kata saya sombong. Saya tidak peduli kerana tidak semua orang akan suka apa yang kita buat kerana saya ada sebab sendiri mengapa bersikap sebegitu.

"Saya bukan ingin menjaja cerita peribadi kerana saya tahu apa matlamat saya dalam bidang ini. Sebab itulah saya mudah naik angin jika diajukan soalan yang diluar daripada berkaitan kerjaya," katanya beremosi.

Dalam perkembangan lain diari seni Nani bakal mula bertapak pada satu aras apabila dia yang bercita-cita bergelar pengarah bakal mengarahkan filem sulungnya yang masih dalam perancangan.

Menurut Nani, selain menjadi pengarah dalam filem tersebut, dia juga bakal membintanginya selain menjadi penulis skripnya.

"Selain berlakon dan menulis skrip, saya teringin untuk mengembangkan bakat dalam dunia pengarahan.

"Insya-Allah bila skrip itu siap nanti, saya akan turut menjadi pengarahnya," jelas Nani mengenai filem yang masih di peringkat penghasilan skrip itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kekecewaan Victoria dan Nichkhun

Posted:

Kekecewaan Victoria dan Nichkhun

Kekecewaan Victoria dan Nichkhun


NICHKHUN (kiri) dan Victoria.


DALAM program realiti We Got Married yang disiarkan pada 23 April lepas, Nichkhun, anggota 2PM dan Victoria, anggota kumpulan f(x) menunjukkan rasa kecewa apabila artikel yang diusahakan mereka berdua telah dipotong daripada sebuah majalah.

Nichkhun dan Victoria yang dipasangkan sebagai pasangan suami isteri dalam program perkahwinan palsu itu terlebih dahulu diberikan tugasan untuk menjadi seorang wartawan selama sehari dan menulis artikel berkaitan dengan makanan Korea.

Malah, mengikut perancangan awal, mereka diminta untuk menulis artikel sebanyak dua muka surat untuk majalah percutian antarabangsa di Korea itu.

Meskipun tugasan tersebut sebenarnya untuk program realiti itu, namun, mereka berdua bekerja keras untuk menghasilkan artikel yang terbaik.

Malangnya, daripada dijanjikan dua muka surat penuh, hanya satu muka surat daripada majalah itu yang memaparkan artikel mereka. Menambahkan lagi kekecewaan mereka, tidak ada satu baris ayat yang ditulis mereka muncul di dalam artikel itu.

"Majalah itu merupakan majalah profesional dan dijual sehingga ke luar Korea, jadi saya tidak meletakkan harapan yang tinggi sejak peringkat awal tugasan itu diberi. Walaupun begitu, saya tetap menyimpan harapan agar artikel yang ditulis kami akan muncul seperti mana yang diusahakan," kata Nichkhun.

Tambah Victoria pula: "Saya terlalu meletakkan harapan yang tinggi, jadi saya kecewa. Perasaan saya sekarang seperti seseorang menyimbah air sejuk kepada saya."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siti Zubaidah versi berbeza

Posted:

Siti Zubaidah versi berbeza

Siti Zubaidah versi berbeza

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


SITI LELA MAYANG ZULKIFLI bertanggungjawab menjadi Siti Zubaidah dan Sultan Zainal Abidin dilakonkan oleh Muhammad Fikrie Mat Adan.


KISAH mengenai Siti Zubaidah sememangnya ada tercatat dalam lipatan sejarah sebagai seorang wanita cekal dan mempunyai semangat yang tinggi untuk menyelamatkan suaminya yang telah dikurung dalam penjara di negara China.

Malah, kisah mengenai wanita yang merupakan isteri kepada pemerintah Sultan Zainal Abidin, Raja Muda negara Kembayat itu juga pernah difilemkan sekitar tahun 1961 dan dipentaskan di Istana Budaya 11 tahun yang lalu.

Kali ini Kumpulan Seni Persembahan Petronas (KSPP) pula yang akan mementaskan teater muzikal Siti Zubaidah yang akan dipersembahkan selama dua hari bermula esok, (29 April).

Penerbit persembahan, Hartini Abdullah berkata, pementasan teater berkenaan dilakukan bagi memberi penghormatan dan semangat kaum wanita yang dilihat relevan pada hari ini.

Menurutnya, meskipun kisah wanita berkenaan pernah difilemkan dan dipentaskan sebelum ini, namun pementasan yang dibuat oleh KSPP ini agak berbeza dari sudut olahan ceritanya.

"Menariknya, semua yang terlibat dalam pementasan muzikal ini adalah terdiri daripada artis budaya KSPP termasuklah para pelakon, koreografer, pereka kostum dan set," ujarnya.

Menurutnya lagi, muzikal yang akan dipentaskan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumour itu diarahkan oleh Zahari Hamzah yang juga bertindak sebagai penulis skrip, Azizi Abdul Rahman (pengarah muzik) serta dua orang koreografer iaitu Jefri Mokhtar dan Rozilah Abdul Rahman.


BERSEDIA. Barisan Kumpulan Seni Persembahan Petronas yang bakal terbabit pada persembahan teater muzikal Siti Zubaidah di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada malam esok.


Sementara watak sebagai Siti Zubaidah dilakonkan oleh Siti Lela Mayang Zulkifli, Sultan Zainal Abidin (Muhammad Fikrie Mat Adan), Puteri Sajarah (Wan Farahani Wan Yusoff), Permaisuri Kuning (Shalinda Ismail) dan Puteri Rukiah (Ayu Syahira Sulaiman).

Siti Zubaidah mengisahkan mengenai seorang isteri yang tidak disukai oleh bonda Sultan Zainal Abidin iaitu Permaisuri Kuning berbanding isteri kedua sultan iaitu Puteri Sajarah.

Sewaktu baginda sultan pergi memburu kijang untuk Siti Zubaidah yang sedang mengidam kerana mengandung anak sulung, baginda telah diculik oleh Kilan Cahaya dan dibawa ke China.

Dua koreografer

Menariknya, untuk pementasan muzikal ini, ia melibatkan khidmat dua orang koreografer iaitu Jefri Mokhtar dan Rozilah Abdul Rahman.

Menurut pengarah, Zahari Hamzah, ia merupakan satu kelainan yang akan cuba ditampilkan memandangkan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

"Misalnya, Jefri mempunyai kemahiran dalam seni tarian tradisional, manakala Rozilah pula lebih mahir kepada tarian kontemporari. Jadi kedua-dua jenis tarian akan digabungkan dalam pementasan ini," jelasnya.

Sementara itu, Zahari juga memberitahu, tempoh selama dua bulan telah diambil untuk persiapan pementasan muzikal berkenaan.

"Sebanyak 38 orang pelakon serta 15 orang pemuzik yang terbabit. Sementara, ada 27 buah lagu yang akan dinyanyikan serta digubah sepenuhnya oleh Azizi Abdul Rahman.

Mengenai kostum pula, Zahari menjelaskan, kostum yang dipakai adalah berdasarkan kepada pemakaian yang diilhamkan dari negeri Kelantan.

Ujarnya, berdasarkan kajian dan pembacaan yang dibuat, dia mendapati ada dua versi yang mengatakan kisah Siti Zubaidah berasal dari negeri Kelantan dan Kedah.

"Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk memaparkan kisah Siti Zubaidah yang berasal dari negeri Kelantan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.